15
page 1 POLITENIK IBRAHIM SULTAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI ________________________________________________________________________________ JABATAN REKABENTUK KOMUNIKASI DAN VISUAL AR201- CO-CURRICULUM TAJUK: RESEARCH (KAROM) neenanorm

Report kelab karom

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengenalan karomPeralatan karomCara permainanCara JentikCara kira mataEtika permainan karomPerkara boleh batalkan Permainan karomkesimpulan

Citation preview

Page 1: Report kelab karom

page 1

POLITENIK IBRAHIM SULTANKEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

________________________________________________________________________________JABATAN REKABENTUK KOMUNIKASI DAN VISUAL

AR201- CO-CURRICULUM

TAJUK: RESEARCH

(KAROM)

neenanorm

Page 2: Report kelab karom

page 2

TAJUK MUKA SURAT

Pengenalan 3

Sejarah Awal Permainan Karom 4

Teknik Permainan Karom 4

Pengenalan Papan Karom 5

Alat Permainan Karom 7

Cara Permulaan Permainan 8

Cara Jentikan 10

Cara Kiraan Mata 11

Format Dan Peraturan 12

Perkara Yang Boleh Membatalkan Permainan 13

Kesimpulan 14

Rujukan 15

ISI KANDUNGAN

Page 3: Report kelab karom

page 3

PENGENALAN

Karom ialah permainan permukaan meja yang mengemukakan shuffleboard. Karom telah dikenali di serata dunia. Antara nama-nama yang dikenali ialah carrum, couronne, carum, karam, karom, karum, fatta dan biliard finger. Permainan ini berasal daripada India Atau Sri Lanka. Peraturan untuk bermain carrom secara rasmi dikanunkan. Di peringkat awal permainan karom yang hampir sama telah dimainkan kira-kira 2000 tahun dahulu di zaman Makam Tua Ab-yssinian kebudayaan Indo-Iran. Ada sebahagian yang mengatakan permainan karom dari Timor, Asia Tengah Selatan. Permainan amat popular di asia selatan iaitu Nepal, India, Sri Lanka,Bangladesh & Paki-stan. Permainan ini telah di perkenalkan di serata dunia secara bebas. Permainan-permainan sebagaimana karom kelihatan diseluruh Asia, misalnya Vindi Vindi Di Fiji dan Szhe Szhe di Israel. Terdapat pelbagai kelainan yang telah di lakukan untuk memperkenalkan permainan ini dengan cara memanfaatkan benda-benda terbuang daripada membentuk menggunakan kepingan-kepingan tutup botol digunakan untuk permainan karom.

Page 4: Report kelab karom

page 4

SEJARAH AWAL PERMAIAN KAROM

Di peringkat awal permainan karom yang hampir sama telah dimainkan kira-kira 2000 tahun dahulu di zaman Makam Tua Abyssinian kebudayaan Indo-Iran. Ada sebahagian yang mengatakan permainan karom dari Timor, Asia Tengah Selatan.Pada asalnya karom berasal daripada India Atau Sri Lanka. Permainan ini terus dikembangkan menjadi sebahagian aktiviti harian dan diterima oleh pelbagai peringkat masyarakat. Bagaimana pun pelbagai versi karom yang dimainkan di dunia Timur Arab termasuk Saudi Arabia, Kuwait dan Yemen, Tengah Asia dari Turkmenistan hingga Afghanistan dan dari timur seperti Cina, Ma-laysia, Singapura dan Indonesia.

gambar : asal papan karom yang diguna-kan

gambar : papan karom yang digunakan pada zaman sekarang.

TEKNIK-TEKNIK PERMAINAN KAROM

Karom bukan sahaja permainan menarik yang memerlukan strateji, ketepatan, kreativiti dan skil di samping memerlukan kesabaran yang tinggi. Sedar atau tidak permainan karom juga dapat mengujudkan pelbagai bentuk geometri yang perlu difikirkan oleh setiap pemain untuk mencapai matlamat akhir mereka.

Sebelum bermain permainan Karom Antarabangsa kita perlu mengetahui terlebih dahu-lu peralatan dan undang-undang permainan. Terdapat 151 tajuk utama undang-undang per-mainan Karom Antarabangsa dan tidak termasuk tajuk-tajuk kecil yang berkaitan. Tetapi sebagai permulaan pemain hanya perlu tahu asas undang-undang sahaja supaya dapat bermain dengan selesa dan yakin.

Page 5: Report kelab karom

page 5

PAPAN KAROM

Permukaan permainan papan karom diperbuat daripada papan lapis atau apa jua pa-pan yang sama licin dan ketebalan tidak kurang dari 8 mm dan ukuran minima 73.50sm dan maksima 74.00sm empat segi sama dengan permukaan yang licin. Papan karom mestilah dapat menghasilkan pantulan gundu yang beratnya 15gm tidak kurang dari tiga setengah kali apabila dijentik dengan kuat dari garisan dasar ke arah bingkai yang bertentangan.

PENGENALAN PAPAN KAROM

garisan lurus hitam

SAKU

garisan dasar

bulatan tengah

Page 6: Report kelab karom

page 6

• BingkaiDi sekeliling permukaan permainan papan karom hendaklah disambungkan dengan bingkai kayu dengan lenkongan ke dalam di setiap sudut diperbuat dari Rosewood atau dari kayu keras yang mempunyai pantulan yang baik dengan ketinggian minima dari 1.90sm dan maksima 2.54sm dari permukaan permainan. Lebar bingkai kayu mestilah tidak kurang dari 6.35sm atau tidak melebihi 7.60sm. Penyokong yang sesuai hendaklah dipasang dengan kejap di bawah permukaan papan karom dan diikat dengan kukuh bersama bingkai.

• SakuSemua saku di empat penjuru papan karom mestilah bulat ke dalam dan bukan bulat keluar bergaris pusat 4.45sm dengan kelonggaran tidak melebihi 0.15sm. Hujung penjuru papan setiap saku hen-daklah dipotong.

• Garisan Dasar• Dua garisan lurus hitam 47.00sm panjangnya dengan garisan tebal antara 0.30sm sama

di bahagikan kesemua bahagian, warna hitam di lukiskan pada empat bahagian di per-mukaan permainan dan selari dengan bingkai papan disetiap segi. Di bawah dua garisan, dimana antara 0.50sm dan 0.65sm ketebalan, hendaklah 10.15sm jarak dari bingkai dan satu lagi garisan 3.18sm jarak dari bahagian bawah garisan dasar.

• Garisan dasar hendaklah ditutup dengan bulatan bergarispusat 3.18sm dikedua-dua hu-jung. Di tengah bulatan ini dilukis satu lagi bulatan bergarispusat 2.54sm dan diwarnakan merah. Bulatan ini dipanggil bulatan dasar. Bulatan dasar ini dilukiskan supaya kedua-dua garisan dasar bersentuhan dengan garisan atas dan garisan bawah. Jarak antara bulatan dasar ke bulatan dasar yang lain disetiap penjuru adalah lebih kurang 1.27sm.

• Arah PanahEmpat garisan arah panah adalah hitam, tidak kurang dari 0.15sm ketebalan hendaklah dilukis dise-tiap penjuru papan karom dengan sudut 45° diantara dua bulatan dasar kelonggaran 5.0sm menuju ke arah tengah saku disetiap penjuru dengan meninggalkan ruang jarak 5.0sm dari tepi saku. Pan-jang garisan arah panah tidak melebihi 26.70sm. Hiasan garisan melengkung bergarispusat 6.35sm dengan arah panah dikedua-dua hujung garisan melengkung tersebut boleh dibuat.

• Bulatan TengahDi tengah-tengah papan karom hendaklah dilukis dengan sebuah bulatan berwarna hitam berga-rispusat 3.18sm dengan perbezaan tidak melebihi atau kurang dari 0.16sm. Bulatan ini di panggil Bulatan Tengah dan hendaklah diwarnakan merah.

• Bulatan LuarSatu bulatan bergarispusat 17.00sm dengan bulatan tengah hendaklah dilukis warna hitam dengan perbezaan tidak melebihi dari 0.30sm. Bulatan ini dipanggil Bulatan Luar. Hiasan di dalam bulatan ini dibenarkan.

Page 7: Report kelab karom

page 7

PERALATAN PERMAINAN KAROM

GUNDU (STRIKER)Gundu mestilah licin dan bulat dengan bergarispusat tidak melebihi 4.13sm dan beratnya tidak melebihi 15.00grams. Gundu hendaklah diperbuat daripada apa juga jenis selain dari bahan logam dan gading gajah. Lorekkan hiasan yang tidak menjolok mata di atas permukaan gundu adalah dibenarkan.

BUAH KAROMBuah karom yang digunakan dalam permainan mestilah diperbuat daripada kayu berkualiti dan berbentuk bulat leper. Garis pusat buah karom tidak melebihi 3.18sm dan tidak kurang dari 3.02sm. Ketebalan buah karom tidak kurang dari 0.70sm dan tidak melebihi 0.90sm. Tepinya mestilah bulat dan rata. Berat B/k tidak kurang dari 5.00 grams dan tidak melebihi 5.50 grams. Terdapat 9 biji putih, 9 biji hitam dan 1 biji merah (Queen) dan mestilah seragam.

Page 8: Report kelab karom

page 8

Alat pengukur garispu-sat Gundu (Striker) tidak melebihi 4.13sm

Gundu (Striker) akan ditampal peletak me-nandakan ianya lulus dan mengikut spesifikasi undang-undang per-mainan.

Alat pengukur berat Gundu (Striker) tidak melebihi 15gms

Page 9: Report kelab karom

page 9

Cara menyusun buah karom sebelum pecah mula

CARA PERMULAAN PERMAINAN

Sebelum permainan bermula undian akan dijalankan oleh pengadil untuk menentukan pemain yang manakah yang akan membuat pecah mula. Undian dijalankan dengan mengu-nakan buah karom hitam dan buah karom putih atau wang siling. Pecah mula akan berpehak kepada pemain yang membuat tekaan dengan tepat.

Pemain yang mendapat giliran pecah mula akan mengambil buah karom berwarna putih dan buah karom hitam adalah kepunyaan pihak lawan. Manakala buah karom merah pula adalah umum dan boleh diambil oleh kedua-dua pemain setelah buah karom masing-masing sudah masuk ke dalam saku. Permainan akan dikira selesai setelah pemain atau pihak lawan menghabiskan buah karom mereka sendiri bersama atau tanpa buah karom merah. Buah karom merah ditutup secara rasmi oleh pemain dengan serentak ke dalam saku (buah karom merah bersama buah karom pemain sendiri) atau berturutan (jentikkan pertama masukkan buah karom merah ke dalam saku dan jentikkan kedua masukkan pula buah karom sendiri ke dalam saku).

CARA BERMAIN

• Undang-undang International Carom akan digunakan dalam pertandingan ini.• Permainan menggunakan 18cm + qcm.• Pemain yang memulakan permainan menggunakan 9 buah c/m putih. Lawannya

menggunakan 9 buah c/m hitam.• Setiap perlawanan ada lapan (8) frame. Pemain akan menggunakan c/m putih dan c/m

hitam secara giliran.• Pemain yang hendak memasukkan (confirm) qc/m (buah merah) perlu memasukkan

sekurang-kurangnya 1 c/m terlebih dahulu. Pemain yang memasukkan qc/m bersamac/m pihak lawan dalam satu pukulan adalah tidak dikira (confirm) tetapi bolehmeneruskan pukulan untuk cubaan memasukkan q c/mnya (confirm).

• C/m (buah putih/hitam) atau qc/m (buah merah) perlu diletakkan di bulatan tengah warnamerah (tindakan pengadil) apabila dalam keadaan berikut :i. Buah carom (c/m) melambung keluar dari papan karom.ii. Jika pemain tidak dapat memasukkan c/mnya setelah qc/m (buah merah) telahdimansuhkan.iii. Buah karom (c/m) yang terkeluar dari papan karom dan termasuk semula.iv. Sekiranya terdapat c/m lain di bulatan merah tengah, maka c/m yang yangperlu diletakkan di kawasan bulatan merah yang ada atau letak secara

• Pemain yang cuba memasukkan c/mnya yang terakhir tetapi termasuk sekali gundu(striker) maka permainan masih belum ditamatkan kecuali 2 c/m denda dapatdimasukkan.

Page 10: Report kelab karom

page 10

CARA JENTIKAN

Terdapat pelbagai cara jentikan yang dilakukan, tetapi ini adalah dua contoh jentikkan yang agak popular:

Contoh jentikan ke belakang yang agak popular:

Page 11: Report kelab karom

page 11

CARA KIRAAN MATA

Setiap satu permainan terdapat 8 papan yang dimainkan atau 25 mata yang mana terda-hulu. Jika di papan ke 8 mata permainan terikat sama, maka papan ke 9 akan dimainkan untuk menentukan pemenang. Undian pecah mula sekali lagi akan dilakukan oleh pengadil. Keme-nangan muktamad akan ditentukan melalui 3 permainan yang terbaik. Sebelum permainan ketiga atau penentuan dijalankan undian sekali lagi dijalankan untuk menentukan pecah mula. Dalam permainan penentuan selepas tamat papan keempat atau melepasi 12 mata, pertukaran tempat duduk hendaklah dilakukan dan permainan diteruskan sehingga tamat.

Mata kemenangan hanya dikira setelah salah seorang pemain berjaya menghabiskan buah karomnya sendiri yang berada di atas papan. Pengadil akan memberi mata kemenangan dengan mengira buah karom pehak lawan yang tertinggal di atas papan dan dicampur den-gan buah merah (jika pemain tersebut berjaya memasukkannya). Mata pemain-pemain akan terus bertambah di dalam permainan seterusnya dan jika salah seorang pemain terlebih dahulu mencapai 25 mata, maka pemain tersebut akan diistiharkan sebagai pemenang. Kemenangan juga akan dikira jika salah seorang pemain mempunyai mata yang tertinggi di papan yang ke 8. Jika didapati di papan ke 8 mata yang sama diperolehi oleh kedua-dua pemain, maka papan ke 9 akan dimainkan. Undian semula akan dibuat oleh pengadil untuk menentukan pemain yang akan membuat pecah mula. Pemain yang Berjaya menutup buah karom merah tetapi kalah di dalam permainan tersebut tidak mendapat tiga mata buah karom merah.

Berikut adalah cara kiraan mata iaitu buah karom merah 3 mata, buah karom putih dan buah karom hitam masing-masing 1 mata sahaja. Pemain masih mendapat mata buah merah se-hingga 21 mata. Jika pemain tersebut mempunyai 22 mata atau lebih, maka mata kemenangan hanya dikira buah karom pehak lawan yang tertinggal di atas papan karom sahaja. Mata buah merah hanya dikira dan diberikan kepada pemain yang memenangi perlawanan tersebut. Bagi pemain yang kalah tetapi berjaya memasukkan buah karom merah matanya adalah tidak dikira. Mata penuh dalam satu papan ialah 12 iaitu 9 mata buah karom pehak lawan di tambah dengan 3 mata buah karom merah.

Sebagai panduan berikut adalah dua contoh bagaimana kiraan mata dilakukan untuk pemain-pemain yang memenanggi perlawanan.

Page 12: Report kelab karom

page 12

• KiraanMataJikaBuahKaromMerahDimasukkanOlehPemainSendiriKiraan mata adalah jika buah karom hitam pihak lawan yang tertinggal 4 di atas papan karom dicampur buah karom merah 3 mata yang dimasukkan oleh pemain. Jumlah kesemuanya ada-lah 7 mata (4 + 3). Perlu diingatkan mata buah merah hanya di kira pada 21 mata sahaja dan jika mata lebih, maka mata buah merah tidak akan dikira. Hanya buah karom hitam sahaja dikira iaitu 4 mata sahaja.

• KiraanmatajikabuahkarommerahdimasukkanolehpehaklawanKiraan mata adalah jika buah karom hitam pehak lawan yang tertinggal 4 di atas papan karom tetapi buah karom merah telah dimasukkan oleh pehak lawan. Jumlah kesemuanya adalah 4 mata sahaja.

FORMAT DAN PERATURANPertandingan akan dijalankan sebanyak tiga (3) regu (2 beregu lelaki dan 1 bergu campuran) yangdijalankan secara serentak seperti berikut :-i. Dua (2) Beregu Lelakiii. Satu (1) Beregu Campuran

cara dua(2) beregu lelaki cara satu(1) beregu

• Setiap pemain hanya dibenarkan bermain sekali sahaja.• Jika didapati seseorang pemain bermain sebanyak dua (2) kali dalam beregu untuk sesuatu

perlawanan, maka kiraan kemenangan “Walk Over” akan diberikan kepada pihak lawannya.• Pertukaran atau penggantian tidak boleh dilakukan selepas susunan pemain-pemain telah

ditetapkan dan diserahkan kepada penganjur.• Semua pertandingan di peringkat awal akan dijalankan secara liga di mana setiap pasukan

akan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan iaitu A dan B.

Page 13: Report kelab karom

page 13

PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN

Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada dalam keadaan berikut ;• Merokok, makan atau minum.• Membuat bising atau mengganggu semasa pihak lawan hendak membuat pukulan.• Menunjuk ajar pemain lawan atau rakan dalam permainan beregu.• Bangun semasa pihak lawan hendak membuat pukulan.• Menukar gundu (striker) dalam permainan kecuali dibenarkan oleh pengadil.• Menggerakkan/mengalihkan kerusi semasa hendak membuat pukulan.

ETIKA BERPAKAIAN.Semua pemain mestilah memakai pakaian sukan yang sesuai. Pakaian menjolok mata mata adalahdilarang sama sekali.

PENGADILAN• Pengadil mempunyai kuasa mutlak mendenda pemain tanpa sebarang amaran atau teguran.• Sebarang perubahan terhadap perkara yang membatalkan permainan adalah terletak pada

budibicara pengadil.

• Keputusan pengadil adalah muktamad• Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang dilantik oleh urusetia pengelola.

Page 14: Report kelab karom

page 14

KESIMPULAN

Kesimpulan daripada apa yang saya dapat dalam laporan ini adalah permainan karom ini banyak menggunakan teknik jentikan yang betul. Permainan ini juga dapat meluangkan masa yang lapang serta dapat menghilangkan tekanan. Permainan ini juga menggunakan teknik kretif dan kepakaran otak untuk mengatur strategi mengolah pemikiran para penonton atau para la-wan. Permainan ini juga dapat mendapat sambutan masyrakat dan diperkenalkan secara bebas.

Page 15: Report kelab karom

page 15

RUJUKAN

Internet:• http://komunitikarom.blogspot.com• wikipedia