7
Hikayat Bayan Budiman Khoja Mubarak seorang saudagar kaya di negeri yang bernama Ajam. Beliau mempunyai seorang anak yang bernama Khoja Maimun. Apabila cukup umurnya, Khoja Maimun telah dikahwinkan dengan Bibi Zainab. Oleh kerana hampir kehabisan harta, Khoja Maimun bercadang untuk pergi belayar dan berniaga. Sebelum belayar, Khoja Maimun telah membeli dua ekor burung sebagai peneman isterinya sepeninggalan beliau pergi belayar. Seekor burung bayan dan seekor burung tiung. Apabila sampai masa hendak pergi belayar, Khoja Maimun berpesan kepada isterinya supaya sentiasa bermufakat dengan burung-burung itu sebelum melakukan sesuatu perkara. Sepeninggalan Khoja Maimun, Bibi Zainab yang tinggal sendiri berasa kesunyian. Semasa duduk termenung di tingkap, seorang Putera Raja lalu dihadapan rumahnya. Kedua-duanya saling berpandangan dan berbalas senyum. Sejak hari itu Bibi Zainab telah jatuh berahi terhadap putera raja itu. Putera Raja itu juga telah jatuh cinta pada Bibi Zainab. Dengan perantaraan seorang perempuan tua, pertemuan antara mereka berdua telah dapat di atur. Sebelum meninggalkan rumahnya, Bibi Zainab telah menyatakan hasratnya kepada Burung Tiung betina yang diharapnya akan lebih memahami perasaannya. Maka jawab Tiung; “Ya,Tuan yang kecil molek, siti yang baik rupa, pekerjaan apakah yang Tuan hamba hendak kerjakan ini? Tiadakah Tuan takut akan Allah subhanahu wataala dan tiadakah Tuan malu akan Nabi Muhammad, maka Tuan hendak mengerjakan maksiat lagi dilarangkan Allah Taala dan ditegahkan Rasulullah s.a.w. Istimewanya pula sangat kejahatan, dan tiada wajib atas segala perempuan membuat pekerjaan demikian itu. Tiadakah tuan mendengar di dalam Al-Quran dan kitab hadis Nabi, maka barangsiapa perempuan yang menduakan suaminya, bahawa sesungguhnya disulakan oleh malaikat di dalam neraka jahanam seribu tahun lamanya…” 1

Resensi Hikayat Bayan Budiman

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hikayat budiman

Citation preview

Hikayat Bayan Budiman

Khoja Mubarak seorang saudagar kaya di negeri yang bernama Ajam. Beliau mempunyai seorang anak yang bernama Khoja Maimun. Apabila cukup umurnya, Khoja Maimun telah dikahwinkan dengan Bibi Zainab.

Oleh kerana hampir kehabisan harta, Khoja Maimun bercadang untuk pergi belayar dan berniaga. Sebelum belayar, Khoja Maimun telah membeli dua ekor burung sebagai peneman isterinya sepeninggalan beliau pergi belayar. Seekor burung bayan dan seekor burung tiung. Apabila sampai masa hendak pergi belayar, Khoja Maimun berpesan kepada isterinya supaya sentiasa bermufakat dengan burung-burung itu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Sepeninggalan Khoja Maimun, Bibi Zainab yang tinggal sendiri berasa kesunyian. Semasa duduk termenung di tingkap, seorang Putera Raja lalu dihadapan rumahnya. Kedua-duanya saling berpandangan dan berbalas senyum.

Sejak hari itu Bibi Zainab telah jatuh berahi terhadap putera raja itu. Putera Raja itu juga telah jatuh cinta pada Bibi Zainab. Dengan perantaraan seorang perempuan tua, pertemuan antara mereka berdua telah dapat di atur.

Sebelum meninggalkan rumahnya, Bibi Zainab telah menyatakan hasratnya kepada Burung Tiung betina yang diharapnya akan lebih memahami perasaannya. Maka jawab Tiung;

Ya,Tuan yang kecil molek, siti yang baik rupa, pekerjaan apakah yang Tuan hamba hendak kerjakan ini? Tiadakah Tuan takut akan Allah subhanahu wataala dan tiadakah Tuan malu akan Nabi Muhammad, maka Tuan hendak mengerjakan maksiat lagi dilarangkan Allah Taala dan ditegahkan Rasulullah s.a.w. Istimewanya pula sangat kejahatan, dan tiada wajib atas segala perempuan membuat pekerjaan demikian itu. Tiadakah tuan mendengar di dalam Al-Quran dan kitab hadis Nabi, maka barangsiapa perempuan yang menduakan suaminya, bahawa sesungguhnya disulakan oleh malaikat di dalam neraka jahanam seribu tahun lamanya

Teguran Burung Tiung betina itu membuatkan Bibi Zainab marah lalu dihempaskan burung itu ke bumi. Matilah burung itu.

Bibi Zainab seterusnya meminta nasihat daripada Burung Bayan pula sambil mencurahkan hasrat hatinya itu. Setelah mendengar semuanya, Burung Bayan pun berkata;

Adapun hamba ini haraplah Tuan, jikalau jahat sekalipun pekerjaan Tuan, insyaAllah di atas kepala hambalah menanggungnya, jika datang suami Tuan pun, tiada mengapa, daripada hamba inipun hendak membuat bakti kepada Tuan dan berbuat muka pada suami Tuan itu. Baiklah Tuan segera pergi, kalau-kalau lamalah anak raja itu menantikan Tuan, kerana ia hendak bertemu dengan tuan. Apatah dicari oleh segala manusia di dalam dunia ini, melainkan martabat, kebesaran dan kekayaan? Adakah yang lebih daripada martabat anak raja? Tetapi dengan ikhtiar juga sempurnalah adanya. Adapun akan hamba tuan ini adalah seperti hikayat seekor unggas bayan yang dicabut bulunya oleh seorang isteri saudagar.

Burung Bayan tidak melarang malah dia menyuruh Bibi Zainab meneruskan rancangannya itu, tetapi dia berjaya menarik perhatian serta melalaikan Bibi Zainab dengan cerita-ceritanya. Bibi Zainab terpaksa menangguh dari satu malam ke satu malam pertemuannya dengan putera raja. Begitulah seterunya sehingga Khoja Maimun pulang dari pelayarannya.

Bayan yang bijak bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawanya tetapi juga dapat menyekat isteri tuannya daripada menjadi isteri yang curang. Dia juga dapat menjaga nama baik tuannya serta menyelamatkan rumah tangga tuannya.

Antara cerita bayan itu ialah mengenai seekor bayan yang mempunyai tiga ekor anak yang masih kecil. Ibu bayan itu menasihatkan anak-anaknya supaya jangan berkawan dengan anak cerpelai yang tinggal berhampiran. Ibu bayan telah bercerita kepada anak-anaknya tentang seekor anak kera yang bersahabat dengan seorang anak saudagar. Pada suatu hari mereka berselisih faham. Anak saudagar mendapat luka di tangannya. Luka tersebut tidak sembuh melainkan diubati dengan hati kera. Maka saudagar itupun menangkap dan membunuh anak kera itu untuk mengubati anaknya.

Sebuah lagi cerita bayan ialah mengenai seorang lelaki yang sangat mengasihi isterinya. Apabila isterinya meninggal dunia, dia telah memohon doa kepada Tuhan supaya separuh daripada umurnya dibahagikan kepada isterinya. Doa itu dikabulkan dan isterinya hidup semula. Namun, si isteri tidak jujur dan lari dengan seorang saudagar kaya. Lelaki itu menjejaki isterinya kerana menyangka isterinya dilarikan oleh saudagar kaya itu. Tetapi dia telah dihina dan diusir oleh isterinya. Kerana marah dan kecewa, lelaki itu memohon agar Tuhan mengembalikan usianya yang telah diberi kepada isterinya. Dengan kehendak Tuhan, isterinya mati semula.

Dalam cerita yang lain pula, Bayan bercerita mengenai pengorbanan seorang isteri. Seorang puteri raja yang kejam telah membunuh 39 orang suaminya. Suaminya yang keempat puluh telah berjaya menginsafkannya dengan sebuah cerita mengenai seekor rusa betina yang sanggup menggantikan pasangannya, rusa jantan, untuk disembelih. Begitu kasih rusa betina kepada pasangannya sehingga sanggup mengorbankan diri untuk disembelih. Puteri itu insaf dan tidak jadi membunuh suaminya yang keempat puluh itu, malah sanggup berkorban apa sahaja untuk suaminya.

Unsur Instrinsik

TEMA

Temanya adalah kecerdikan seorang Burung Bayan. Hikayat ini menceritakan tentang seorang istri yang tidak bisa setia menunggu suaminya pulang dari berlayar dan jatuh cinta lagi pada seorang anak raja. Tetapi, karena adanya Burung Bayan, sang istri tidak dapat bertemu dengan sang anak raja sampai suaminya kembali.

LATAR

LATAR TEMPAT

Tingkap, di depan rumah Bibi Zainab

Bukti:

Semasa duduk termenung di tingkap, seorang Putera Raja lalu dihadapan rumahnya.

Di rumah Bibi Zainab

Bukti:

Sebelum meninggalkan rumahnya, Bibi Zainab telah menyatakan hasratnya kepada Burung Tiung betina yang diharapnya akan lebih memahami perasaannya.

LATAR WAKTU

Sepeninggal Koja Maimun

Bukti:

Sepeninggalan Khoja Maimun, Bibi Zainab yang tinggal sendiri berasa kesunyian.

LATAR KEADAAN

Kebimbangan Bibi Zainab

ALUR

Hikayat ini diceritakan secara flashback/maju mundur. Pada awal cerita, diceritakan Bibi Zainab yang ditinggal Khoja Maimun hingga saat Khoja Maimun kembali. Tetapi diakhir cerita, diperjelas kembali cerita-cerita yang diutarakan Burung Bayan kepada Bibi Zainab hingga membuat Bibi Zainab menunda pertemuannya dengan anak raja.

PENOKOHAN

Bibi Zainab

Diceritakan memiliki watak yang tidak setia, mudah goyah, dan pemarah. Wataknya yang tidak setia dan mudah goyah ditunjukkan oleh cerita saat ia jatuh cinta dengan anak raja, padahal ia telah memiliki suami.

Bukti:

Sejak hari itu Bibi Zainab telah jatuh berahi terhadap putera raja itu.

Watak pemarahnya ditunjukkan oleh sikapnya dalam cerita yang melempar Burung Tiung hingga mati saat burung tersebut tidak sependapat dengannya.

Bukti:

Teguran Burung Tiung betina itu membuatkan Bibi Zainab marah lalu dihempaskan burung itu ke bumi.

Burung Tiung

Diceritakan memiliki watak yang jujur namun tidak cerdik. Ia berkata dengan jujur mengenai apa yang dia pikirkan kepada Bibi Zainab.

Bukti:

Tiadakah tuan mendengar di dalam Al-Quran dan kitab hadis Nabi, maka barangsiapa perempuan yang menduakan suaminya, bahawa sesungguhnya disulakan oleh malaikat di dalam neraka jahanam seribu tahun lamanya

Ia tidak cerdik karena tidak memikirkan apa yang akan Bibi Zainab lakukan apabila mendengar pikirannya. Hingga akhirnya Bibi Zainab marah dan membunuhnya.

Bukti:

Teguran Burung Tiung betina itu membuatkan Bibi Zainab marah lalu dihempaskan burung itu ke bumi.

Burung Bayan

Diceritakan memiliki watak yang cerdik, setia pada Khoja Maimun, dan bijak. Ia tidak berkata sejujurnya, tetapi mencoba mengalihkan perhatian Bibi Zainab agar menunda pertemuannya dengan anak raja.

Bukti:

Burung Bayan tidak melarang malah dia menyuruh Bibi Zainab meneruskan rancangannya itu, tetapi dia berjaya menarik perhatian serta melalaikan Bibi Zainab dengan cerita-ceritanya.

Ia memakai caranya yang bijak bisa membuat nyawa dan rumah tangga Tuan Khoja Maimun terselamatkan.

Bukti:

Bayan yang bijak bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawanya tetapi juga dapat menyekat isteri tuannya daripada menjadi isteri yang curang.

Khoja Maimun

Diceritakan memiliki watak yang bertanggung jawab dan pengertian. Ia pergi berlayar dan berniaga karena ingin menghidupi istrinya.

Bukti:

Oleh kerana hampir kehabisan harta, Khoja Maimun bercadang untuk pergi belayar dan berniaga.

Ia juga menyadari betapa kesepiannya istrinya nanti hingga ia membelikan sepasang burung untuk istrinya.

Bukti:

Sebelum belayar, Khoja Maimun telah membeli dua ekor burung sebagai peneman isterinya sepeninggalan beliau pergi belayar.

AMANAT

Kecerdikan akan membawa keuntungan bila dipergunakan dengan baik

Jangan mudah jatuh cinta dengan orang lain apabila telah bersuami

Unsur Ekstrinsik

NILAI

Hikayat ini di dominasi oleh nilai moral/agama. Seorang istri harus selalu setia kepada suami dimanapun suami berada, karena Allah melarang seorang perempuan menduakan suaminya.

5