12
Chocolate Brownies Kedut Sana kedut.. sini kedut.. Rata-rata ramai yang teruja dengan brownies yang berkedut seribu ini dan menjadi satu fenomena baru pula... walaupun sebenarnya brownies ini dah lama popular dan lebih di kenali dengan namanya Chewy Gooey Yummy Brownies. Sekarang muncul pula dengan di berikan nama baru iaitu brownies kedut. Mungkin ianya satu perangkap untuk menarik orang ramai.. atau inginkan kelainan dengan nama baru yang menjadi bualan ramai. Bagi yang baru.. mesti teruja.. pada hal brownies ni sama sahaja, dari segi resepi mahupun rasanya. Kalau ada perubahan pun adalah.. sana sikit sini sikit di ubah pada sukatan bahannya.

Resepi Choclate Brownies Kedut

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Brownies Sedap

Citation preview

Page 1: Resepi Choclate Brownies Kedut

Chocolate Brownies Kedut

Sana kedut.. sini kedut..

Rata-rata ramai yang teruja dengan brownies yang berkedut seribu ini dan menjadi satu fenomena

baru pula... walaupun sebenarnya brownies ini dah lama popular dan lebih di kenali dengan

namanya Chewy Gooey Yummy Brownies.

Sekarang muncul pula dengan di berikan nama baru iaitu brownies kedut. Mungkin ianya satu

perangkap untuk menarik orang ramai.. atau inginkan kelainan dengan nama baru yang menjadi

bualan ramai.

Bagi yang baru.. mesti teruja.. pada hal brownies ni sama sahaja, dari segi resepi mahupun rasanya.

Kalau ada perubahan pun adalah.. sana sikit sini sikit di ubah pada sukatan bahannya.

Page 2: Resepi Choclate Brownies Kedut

Oklah kerana ramai permintaan maka hari ini ita kongsikan resepi Brownies kedut yang menjadi

kegilaan dewasa ini. Yang ita buat ni yang plain sahaja, tiada campuran badam atau coklat cip. Kalau

nak letak coklat cip atau badam pun boleh sahaja. Tapi bila letak badam, kena bakar dahulu badam

sebelum di campurkan ke dalam adunan.

Ramai yang menyatakan kehairanan.. bagaimana brownies ni boleh berkedut pada permukaannya.

Kedutan itu terhasil dari penggunaan coklat masakkan yang banyak dalam sukatan hampir 1/2 kg.

Untuk mendapatkan brownies yang cantik kedutnya dan sedap rasanya, pilihan coklat masakan

sangat-sangat mempengaruhi kejadiannya, Pilihlah coklat masakkan yang baik kualitinya. Untuk

brownies ita ini, ita menggunakan coklat masakkan jenama Beryl's dan untuk serbuk kokonya ita

menggunakan Cacao Barry Extra Brute 100 % coco. Pilihan butter juga pilih butter yang baik dan

sebaiknya menggunakan ulsalted butter. Ia akan menghasilkan tekstur brownies yang lebih lembut.

Membuat brownies cukup mudah kerana tidak perlu menggunakan mixer. Hanya gaul dengan wisk

atau senduk kayu sahaja. Gaul pun tak perlu kuat-kuat sekadar adunan sebati sudah memadai.

Resepi ini di katakan oleh Cik Cek dan di kongsikan oleh Ayu. Ita ambil pula dari blog Juicy Cafe.

Page 3: Resepi Choclate Brownies Kedut

Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi dengan rakan-rakan. Kepada yang nak cuba jom ikut

ita masuk dapur.

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT

Resepi Oleh: Cik Cek

Di kongsikan oleh : Ayu

Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate

150 gm unsalted butter

100 gm gula perang

100 gm gula kastor

4 biji telur ~ gred A

1 sudu kecil esen vanilla

100 gm tepung naik sendiri

30 gm serbuk koko

Page 4: Resepi Choclate Brownies Kedut

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak

sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!

Page 5: Resepi Choclate Brownies Kedut

Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan

butter larut. Gaul rata.

Page 6: Resepi Choclate Brownies Kedut

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata

menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang

lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko

yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.

Page 7: Resepi Choclate Brownies Kedut

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.

Page 8: Resepi Choclate Brownies Kedut

Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih

dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Page 9: Resepi Choclate Brownies Kedut

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga

dengan butter.

Page 10: Resepi Choclate Brownies Kedut

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30

minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan

biarkan selama 15 minit

Page 11: Resepi Choclate Brownies Kedut

Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

Page 12: Resepi Choclate Brownies Kedut