Resepi Roti Sedap

Embed Size (px)

DESCRIPTION

resepi roti

Citation preview

Roti ini menurut buku itu beratnya 2 paun.

BAHAN2NYA:

1 cawan air2 camca besar minyak (kjee guna minyak canola. minyak apa2 pun boleh)2 camca besar gula2 camca teh garam2 camca besar susu kering4 cawan tepung roti1 camca teh yis (2 camca teh kalau guna program segera)

CARA:

Sukat semua bahan. Kemudian masukkan dulu air dan minyak. Kemudian masukkan semua bahan kering kecuali yis. Yis hanya dimasukkan di bahagian atas tepung. Jangan kenakan air atau minyak.pilih program 4 untuk masak segera.

Selepas itu tunggu sahajalah hingga tamat program itu, dua jam kemudian, anda akan dapat menikmati roti panas!

Resepi roti bun

BAHAN2NYA:240 gms tepung hi protein (tepung roti)60 gm superfine flour (tepung gandum kata CMG pun, boleh)50 gms gula castor30 gm butter10 gms susu tepung150 ml air1 butir telor2 sudu kecik yeast sudu kecik bread improver sudu kecik bread softerner5 gms garaminti ikut suka

CARA:

Masukkan semua bahan satu persatu bermula dengan bahan basah ke dalam tin breadmaker. Kemudian set pada doh dan tunggu selama masa yang ditetapkan. Brand Amway mengambil masa 1 jam. Lepas tu keluarkan doh dan bubuh dalam besin alluminium dan tumbuk angin pada doh itu sampai leper.

Kemudian biarkan kira2 20 minit dengan ditutup towel dapur yang bersih. Selepas itu bahagikan ikut suka bulat2. Pastu leperkan dan bubuhlah inti dan bulatkan sekali lagi. Susun atas tray pembakar yang telah disapu merjerin dan ditaburkan tepung. Jangan susun rapat2 sebab roti akan naik sehingga sekali ganda. Biarkan selama 40 minit atau dirasakan sudah cukup naik.

Sapu telor yang telah dipukul dan dicampur sedikit susu segar diatas roti dan bakar selama 20 hingga 25 minit guna suhu 160 degree. Bila dah nampak cantik warna keemasan, keluarkan dan sapukan pula mentega ketika ia masih panas. Cubalah. sangat berbaloi.

Cream Cheese Bread

Bahan-bahan ( 1 loaf ) 160g air 250g tepung roti 50g cream cheese 10g susu tepung 15g gula 3g(1 sudu kecil) garam 20g butter 2.5g (3/4 sudu kecil) dry yeast Cara-cara 1. Masukkan semua bahan-bahan ikut susunan ke dalam breadmaker. 2. ON kan breadmaker. Tunggu siap.. 3. Bila dah siap potonglah ikut yang anda suka.