Review Filem

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kertas Devian dan Delikuensi

Citation preview

Nama : SHANTHINIE A/P RAMALINGAM

No. Matriks : M20131000931

Review filem: Lean on meArahan:1. Senaraikan 15 masalah disiplin dan tingkahlaku devian yang dapat anda kenal pasti dalam filem ini.

1. merokok

2. mengedar dadah

3. bergaduh

4. tidak menghormati guru

5. homosexual

6. mendera kawan

7. menipu

8. menghisap dadah

9. memiliki senjata

10. vandalisme

11. anak luar nikah

12. membuli guru

13. berjudi

14. meniru semasa peperiksaan

15. mencederakan orang lain. 2. Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku devian dalam kalangan pelajar di sekolah Eastside High School?

Berdasarkan pengalaman saya, faktor utama kemerosotan akhlak pelajar Eastside High School adalah guru. Seorang guru yang baik dan beretika seharusnya membentuk akhlak pelajar apabila mereka salah memilih jalan. Selain itu, guru seharusnya menjadi seorang role model yang boleh dicontohi oleh para pelajar. Namun, dalam cerita ini, guru tidak mempedulikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar sehingga aktiviti mereka menjadi liar. Kasih sayang memainkan peranan yang penting dalam mengatasi tingkah laku devian. Dalam konteks ini, pihak sekolah harus menggunakan Teori Pencegahan iaitu memberikan hukuman agar mewujudkan rasa takut dalam kalangan pembuat devian. Dengan cara ini, tingkah laku devian dapat dibendung dengan kerjasama oleh semua guru.

Faktor kedua adalah ibu bapa. Ibu bapa seharusnya senantiasa mengawasi gerak geri anak-anak mereka. Dalam cerita ini, seorang ibu kepada salah seorang pelajar telah mengabaikan tanggungjawabnya dengan memberikan alasan-alasan yang tidak logik. Dalam konteks ini, ibu bapa tidak seharusnya menggunakan Teori Labelling. Menurut teori tersebut, devian digambarkan suatubentuk perlakuan yang sentiasa berubah-ubah kesan daripada perubahan dalam interaksi sosial dalam kalangan masyarakat. Kai Eriksson (1971) pula berpendapat perlakuan devian bukan sesuatu yang diwarisi tetapi diberikan oleh masyarakat sekitar atau setempat sama ada masyarakat itu sendiri melihatperbuatanyangdilakukanolehseseorangindividuyangdilabelsebagai devian.

Faktor ketiga adalah pengaruh rakan sebaya. Seorang rakan seharusnya membimbing rakannya ke arah yang baik dan bukannya ke arah negatif. Dalam konteks ini, pembuat devian bolehlah mengaplikasikan Teori Pilihan Rasional iaitu menurut teori itu, pembuat harus membuat pilihan secara rasional setelah menimbang kebaikan dan akibat perbuatan sesuatu jenayah.

3. Bincangkan langkah-langkah intervensi yang dilaksanakan oleh Joe Clark untuk memastikan Eastside High School bertukar wajah dan menjadi lebih cemerlang. Berikan 3 contoh yang bersesuaian berdasarkan filem tersebut.

1. Membuang beberapa pelajar yang bermasalah.

2. Melatih pelajar untuk mencintai sekolah dan ini dapat dilihat melalui penghafalan lagu

sekolah.

3. Meminta semua guru mencurah kasih sayang dan mengambil berat terhadap anak

murid mereka. Ini akan membuktikan bahawa semua guru mempunyai sikap

prihatin terhadap mereka (pelajar)4. Berdasarkan filem tersebut, nyatakan 5 perkara yang sepatutnya diamalkan oleh seorang pentadbir atau guru bagi mengatasi masalah disiplin dan devian di sekolah-sekolah di Malaysia.1. Bimbingan dan kaunseling

Semua guru harus bertindak sebagai seorang kaunselor dan senantiasa mengambil berat terhadap anak murid mereka. Sekiranya didapati mana-mana murid menghadapi masalah, guru haruslah memainkan peranan mereka. 2. Kasih sayang

Semua guru harus memberikan kasih sayang terutamanya bagi pelajar yang bermasalah agar mereka tidak salah memilih jalan.

3. Program-program

Mempelbagaikan program-program (secara kreatif) di sekolah dan memberi peluang yang sama kepada semua pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti mahupun program di sekolah.

4. Kreativiti dalam PdP.

Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar (mengurangkan masalah ponteng sekolah / kelas)

5. Menerima pandangan orang lain

Senantiasa menerima pandangan atau idea orang lain dan memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada idea-idea tersebut. Ini akan menyakinkan diri pelajar bahawa guru-guru menghormati para pelajar.