2

Click here to load reader

RISALAH MERDEKA.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: RISALAH MERDEKA.docx

Terbitan : Dewan Pemuda PAS DUN Kota PuteraSempena Sambutan Kemerdekaan Negara Kali Ke-58

31 Ogos 2015

Kemerdekaan Islam, Kemerdekaan Hakiki

“PAS meyakini bahawa Islam sahajalah yang dapat memerdekakan seluruh ummat manusia khususnya di Malaysia kepada kemerdekaan hakiki. Islam yang merdeka ini bukan sahaja akan dinikmati oleh Islam, tetapi akan juga

melimpahi rahmatnya kepada penganut penganut agama lain. Lihat sahaja ketika pembukaan Kota Mesir dan Palestin Di zaman Saidina Umar, Orang orang bukan Islam menerima keamanan dan kemerdekaan di bawah Islam dengan nilai kebebasan yang tak pernah mereka kecapi ketika berada di bawah Rom Timur atau Rom Barat. Kebaikan yang dapat daripada futuhat

Islam akan membawa segala kebaikan dan keadilan kepada semua masyarakat dan kaum.”

- Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Kemerdekaan bukan terletak pada sebuah laungan “MERDEKA” yang bergema bersama terpacaknya detikan jam pada angka 12 tengah malam.

Merdeka bukan diertikan dengan sorak sorai gembira bersama percikan bunga api di udara malam sambutan merdeka! Merdeka bukan

dimanifestasikan dengan kebebasan di malam sambutan kemerdekaan untuk berbuat apa-apa sahaja termasuk perkara-perkara yang dilarang agama.

Apalah ertinya melaungkan MERDEKA!, sedangkan diri masih menjadi hamba kepada syaitan durjana. Hawa nafsu dituruti. Mulut melaungkan

MERDEKA sedang tangan menggenggam botol-botol arak! Tangan kanan dijulang bersama laungan MERDEKA sedangkan tangan kiri memeluk bahu

pasangan bukan muhram! Apakah kita mahu menang sorak kampung tergadai?

Kita berpesta di malam 30 Ogos sambil menunggu detik 12 malam untuk melaungkan sebuah kata yang dikeramatkan. Itulah kata MERDEKA. Inikah lambang sebuah patriotism kita? Sedangkan kita tinggal tercorot. Tercorot dalam pelajaran. Tercorot dalam ekonomi. Tercorot dalam budaya dan

akhlak. Tercorot dalam pelbagai aspek lapangan hidup di dunia. Malah lebih malang, juga tercorot dalam mencapai kebahagiaan akhirat. Ironinya, dalam masa yang sama pencapaian kita meningkat. Meningkat dalam

keruntuhan akhlak. Meningkat dalam angka-angka generasi kita yang menghuni pusat-pusat Serenti. Meningkat dalam melahirkan anak-anak tak

berbapa. Meningkat dalam kesalahan-kesalahan jenayah.

Kitakah bangsa yang merdeka?