rph kegiatan 1.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ccc

Citation preview

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)(Pengajaran dan Pembelajaran Bidang Kegiatan Tahap 2 KSSR)Mata pelajaran: Pendidikan Seni VisualTahun : 4 AlfaTema: Gaya Hidup SihatTajuk : Hidup Sihat, Negara Makmur Tarikh / Hari: 24 Ogos 2014 / AhadMasa : 10.45 pagi 11. 45 pagi (60 minit)Bilangan Murid: 24 orang (L=10 P=14)Bidang : Menggambar Aktiviti: Menghasilkan poster yang bertemakan gaya hidup sihat dengan teknik catan dan Montaj.Media : Alat: berus, palet, gunting, pembaris: Bahan: kertas lukisan, majalah, gam, cat poster, atau oil pastelBahan Bantu Mengajar: Komputer riba, LCD, Contoh gambar poster (separa maujud)

EMK: Keusahawanan, kretiviti, inovasi dan teknologi maklumat dan komunikasi

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

STANDARD KANDUNGAN1.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada karya poster. 1.2 Aplikasi Seni Mengaplikasikan bahasa seni visual dan media dalam penghasilan karya poster. 1.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya poster. 1.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada poster. 1.1.1 Unsur Seni 1.1.1.1 Rupa - muka taip 1.1.1.2 Warna - primer atau sekunder atau tertier

1.1.2 Prinsip Rekaan 1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri 1.1.2.2 Kontra - warna 1.1.2.3 Penegasan - muka taip atau ilustrasi

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan poster. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media seperti: 1.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, gunting dan pembaris 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, kertas warna,majalah, gam dan cat poster atau oil pastel 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik -montaj atau kolaj atau lukisan atau catan atau gabungan mana- mana teknik

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan poster secara kreatif. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif. 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya poster. 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya poster.

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan. 1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya. 1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid pernah terlibat dengan minggu kecergasan anjuran sekolah.KBKK: Menjana idea, menentukan sumber, menimbang dan membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menganalisis dan menilai.Penyerapan Nilai: Bekerjasama, tekun, rajin, bersifat inkuiri, berani menyuarakan pendapat.Kecerdasan Pelbagai: Spatial, linguistik, interpersonal, Kosa Kata: Poster, makmur, montaj, warna cerah.Pendekatan: Kontekstual, konstraktivisme, mediatif.Strategi: Teknologi Komunikasi dan Maklumat, Kemahiran Berfikir, Pemusatan murid, berasaskan sumber atau bahanTeknik: Soal jawab, penerangan, demonstrasi

Langkah /masaIsi pelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set induksiPersepsi Estetik(5 minit)Guru menayangkan video Bangun Pagi Gosok Gigi &Guru membawa bahan maujud ( berus gigi, gelas, roti)1. Apakah yang anda perhatikan dalam video tersebut?2. Apakah yang dilakukan oleh watak dalam video tersebut?

Jangkaan jawapan: Gosok gigi Mandi Membersih diri Murid dan guru menyanyi bersama serta mengayakan dengan bahan maujud.

Murid diminta mengamati video tersebut.

Guru bertanya kepada murid tentang video tersebut?

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tema dan tajuk pelajaran pada hari ini. KBT: Verbal-linguistik

Nilai: Berusaha

Ilmu: Pendidikan Kesihatan

Teknik: Penerangan, soal jawab

Media: bahan maujud, Komputer riba, LCD (tayangan video)

Strategi: TMK &kemahiran berfikir

Langkah 1Aplikasi Seni (10 minit)Aktiviti 1:

Murid didedahkan tentang sejarah dan budaya serta kegunaan poster.

Murid ditunjukan gambar ciri-ciri poster bertemakan gaya hidup sihat.

Murid diterangkan tentang Asas seni reka yang terlibat, cara reka letak (komposisi) dan menyusun atur muka taip (huruf) dan ilustrasi.

Murid dan guru saling membina slogan tentang gaya hidup sihat (pilihan murid)

Murid-murid diperkenalkan dengan alat dan bahan yang diperlukan untuk membuat poster (teknik catan dan montaj)

BBM: Tayangan gambar (separa maujud)

KB: menjana Idea

MI: Linguistik, interpersonal

Pendekatan: Kontekstual, konstraktivisme, mediatif

PN: Mendengar dengan penuh perhatian.

Langkah 2Ekspresif Kreatif(40 minit)Aktiviti 2:

Langkah 1:.

Langkah 2:

Langkah 3:

Langkah 4:

Langkah 1: penyediaan bahan untuk membuat poster dan proses melakukan lakaran mengikut kreativiti.

Langkah 2: warnakan latar belakang mengikut kreativiti masing-masing. Setelah itu, diletakan di bawah sinaran matahari sehingga kering.

Langkah 3: membuat guntingan imej daripada majalah dan tampalkan mengikut komposisi yang bersesuaian (teknik montaj)

Langkah 4: membuat kekemasan dan poster tersebut siap untuk dipamerkan

KBT:menjana idea, menentukan sumber, menimbang dan membuat keputusan, menyelesaikan masalah

Pendekatan: Konstraktivisme, mediatif.

PN: Tekun, rajin sabar, dan bekerjasama

Strategi: berasaskan sumber dan bahan

Teknik: Demonstrasi

PenutupApresiasiSeni(5 minit)Kognitif:Apresiasi berpandukan bahasa seni visual (ASR)

Sosial:Pameran dan nyanyian Beberapa orang murid dikehendaki membuat apresiasi dan refleksi terhadap karya yang dihasilkan.

Murid mempamer poster di hadapan kelas.

Guru dan murid menyanyikan semula lagu Bangun Pagi Gosok GigiMI: Interpersonal

PN: Berdikari, berusaha

KBT: Verbal-linguistik.

Refleksi: