26
AMALAN DAN BUDAYA MASYARAKAT SIKH By: Fadhil Ismail

RUJ - Amalan Dan Budaya Sikh

  • Upload
    jia-yuh

  • View
    151

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

AMALAN DAN BUDAYA MASYARAKAT SIKH

AMALAN DAN BUDAYA MASYARAKAT SIKHBy: Fadhil IsmailOBJEKTIFUntuk mempelajari tentang amalan dan budaya kaum sikhDapat memupukkan semangat perpaduan di antara kaumMemberi penjelasan lebih terperinci tentang masyarakat sikh kepada umum

PENGENALANSikhisme adalah salah satu agama yang terbesar di dunia.Berkembang pada abad ke 16 dan 17 di IndiaBerasal daripada perkataan sikh bermaksud murid atau pelajarBerasal daripada daerah Punjab, India.Dapat dikenal dengan name akhir singh dan kaurSepuluh Guru Sikh

Guru Nanak DevGuru Angad DevGuru Amar DasGuru Ram DasGuru Arjan Dev

Guru Har Gobind

Guru Har RaiGuru Har KrishanGuru Tegh BahadurGuru Gobind SinghTerdapat sepuluh Guru dalam agama Sikh. Fakta ini tidak bermakna bahawa agama Sikh diasaskan oleh sepuluh orang; sebaliknya kesemua mereka dianggap sebagai roh yang sama dalam sepuluh tubuh.Akhirnya, roh itu diabadikan dalam Sri Guru Granth Sahib yang boleh dianggap sebagai Guru (kitab) yang terakhir.

4Konsep Keagamaan SikhAgama Sikhisme bukan terhad kepada bangsa Punjabi sahaja.Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanskar.Mereka yang ingin masuk agama ini harus meminum air Amrit.Sikh menyamakan Tuhan dengan kebenaran atau Sach 1 - Malah sesiapa yang mampu membaca dan memahami isi kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh boleh menganut agama ini3- sejenis madu, air ni lebih kurang mcm air baptisme holy water, ia dituangkan ditelapak tangan kanan dan diminum serta air itu juga direnjiskan sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. 5Sikh berpegang kuat kepada kitab suci Granth Sahib juga dikenali sebagai BaniKepercayaan asas Sikhisme terdapat didalam Japji atau dikenali sebagai mool mantra.Sikhisme menerima teori karma.Sikhisme menafikan pemujaan sungai dan dewa. Gurdwara merupakan simbol suci Sikh1- kitab suci ini merupakan sumbangan penulisan guru-guru sikh 2- Setiap penganut agama Sikh adalah dikehendaki untuk mengetahui Japji dan membacanya pada setiap Subuh.3- setiap individu akan melalui beberapa kali putaran hidup yang berlainan. Adalah dipercayai bahawa terdapat lapan puluh empat ribu juta kali putaran hidup. Pendek atau panjang putaran yang dilalui oleh seseorang di dalam dunia ini adalah bergantung kepada dosa yang dilakukannya4- sesiapa yang melakukannya dianggap mindanya tidak suci.5- gurdwara ialah tempat kaum sikh berkumpul untuk mengetahui ajaran sikh, didalamnya semua manusia dilayan sama rata, tiada perbezaan antara harta, kasta warna kulit dan kewarganegaraan. 6Contoh-contoh

Faktor Perpindahan Sikh ke Asia TenggaraFaktor ekonomiKekurangan tanahPertambahan pendudukKekurangan tanahBencana alam

Kedatangan Sikh di MalaysiaMengguna perkhimatan orang sikh untuk menjaga keselamatanPada peringkat awal penghijrahan, tertumpu di perak.Pada kurun ke 20, mereka telah berkhimat di sektor kerajaan mahupun swastaPengawal keselamatan, sektor pertanian, buruh dan peminjam wangPAKAIAN TRADISIONALPakaian tradisional bagi lelaki :- Kurta merupakan pakaian untuk majlis-majlis rasmi- Ia merupakan kemaja labuh dan diperbuat daripada kain kapas.

Turban/serban- Penganut sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agar yang panjang mudah diurus.- Ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan wajib dipakai.- Kain tersebut adalah sepanjang 5 meter dan ia berbentuk lonjong, tebal dan seragam.

Pakaian tradisional bagi perempuan :- Pakaian salwar kameez atau dikenali sebagai baju punjabi.- Ia merupakan blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang longgar dan dipadankan bersama selendang.

PERAYAAN VAISAKHIVaisakhi adalah pesta menuai kuno di Punjab. Ia juga menandakan bermulanya tahun menuai baru dan musim suria baru.Merupakan perayaan utama dalam kalender Sikh sempena memperingati penubuhan Khalsa pada tahun 1699.Vaisakhi jatuh pada bulan Vaisakhi di dalam kalender Nanakshahi, iaitu bersamaan dengan 14 April

ADAT-ADAT PERKAHWINANTerdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan sebelum dan selepas istiadat perkahwinan dilangsungkanMayian, Mehndi, Jago, Janj Depature, Janj Arrival(milni), Gurdwara, Sagan, Doli Depature dan Pani WaarDalam bangsa sikh, tidak diwajibkan untuk melakukan mangani (pertunangan)

Mayian adalah majlis dimana pengantin perempuan akan ditemani ahli keluarganya.Pengantin akan duduk dibangku yang dipanggil phati dan sehelai sari chadar diapungkan di atas kepalanya.Ibu pengantin perempuan akan meletakkan duit syiling dibawah tapak kaki pengantin.Ibu pengantin prempuan akan melangkah phati selepas upacara mayian selesaiTujuannya adalah untuk menolak bala dan segala kekotoran yang ada pada pengantinMehndi dilakukan selepas upacara mayian .Wakil daripada pihak perempuan akan melukis henna di tapak tangan perempuan.Diiringi lagu mehndi.Tujuannya adalah untuk menaikkan seri si pengantin.Jago adalah majlis untuk tetamu yang hadir semasa majlis perkahwinan Jugo adalah tarian bertujuan untuk menjemput pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.

Dalam tarian itu, seorang perempuan akan membawa jugo diletakkan diatas kepala dan dinyalakan lilin di atasnya.Tujuan jugo adalah untuk memeriahkan majlis perkahwinan tersebut.Janj depature adalah pengantin lelaki ditemani pengapitnya dipakaikan pengantin. apabila pengantin lelaki sampai, keluarga perempuan akan menyambut dengan gurauan. Ini dinamakan janj arrival/milniAdik pengantin perempuan akan meminta sedikit wang dan pengantin lelaki akan menguntin reben sebelum masuk rumah pengantin.Tujuannya adalah untuk memesrakan hubungan antara pengantin lelaki dan ipar-duainya.Kaum sikh juga diberi penerangan ringkas. Upacara ini dibuat di Gurdwara.Pasangan pengantin akan duduk berhadapan dengan sikhiah( paderi)Doli departure adalah dimana ahli keluarga kedua-dua pihak akan berpelukan selepas upacara gurdwaraSebelum pengantin keluar rumah perempuan dan masuk rumah lelaki, mereka harus meminta restu dari ayah dan ibu mereka.Pengantin akan duduk dan menyaksikan tarian bhangra dan kesemua ahli keluarga akan menari tarian secara berpasangan.Ini adalah upacara pani waar.ADAT-ADAT KELAHIRANSeseorang ahli keluarga sikh yang mendapat cahaya mata sulung, bayi tersebut akan dijaga oleh nenek dan datuk mereka selama 40 hari.Pantang larang keluarga sikh menyamai kaum melayu.Ibu bayi tersebut tidak dibenarkan minum minuman sejuk kerana memudaratkan kesihatan.Selepas sebulan dijaga oleh nenek dan datuk bayi tersebut, mereka akan memangil seorang paderi untuk membaptismkan bayi mengunakan air suciTujuannya untuk menghindari atau membuang roh jahat yang ada dalam badan bayi.Nama bayi diberi berdasarkan pembukaan kitab suci sikh.

ADAT-ADAT KEMATIANBangsa sikh mengurus mayat dengan membakar mayat.Lelaki akan dipakaikan dengan pakaian putih dan serbanPerempuan dipakaikan baju pengantin dan disolek dengan cantik Iyanya bertujuan untuk kelihatan cantik sebelum mengadap tuhan.Mayat yang telah dibakar akan dibiarkan sehari dan keesokannya baru dibenarkan untuk mengambil abu mayat.Abu mayat akan diletakan dalam bekas tanah liat dan dibalut dengan kain merah. Bekas tersebut akan dilepaskan ke laut.Pada hari abu dilepaskan, mereka tidak dibenarkan menyalakan api.Hari ke 10 atau 14 akan diadakan kenduri dan bacaan doa untuk si mati akan dibaca sepanjang kenduri diadakan.MAKANAN TRADISIONALRoti- Roti diperbuat daripada tepung gandum dan ianya amat senang untuk dibuat.- Ia juga dikenali sebagai chappati.

Sabhi dan daal- Sabhi dan daal merupakan sejenis juadah untuk vegeterian dan non- vegeterian.- Sabhi merupakan sayur-sayuran yang dimasak bersama-sama dengan kacang daal.

Manisan- Manisan dikenali sebagai makanan hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada gula, susu, tepung garam, dan minyak sapi.- Antara contoh manisan seperti laddo, jallebi, gulab jaman dan halwa.