33
MAKTAB PERGURUAN SULTAN MIZAN 22200, BESUT TERENGGANU KERJA KURSUS TAJUK: RUKUN IMAN DAN KAITANNYA DENGAN ALLAH, MASYARAKAT DAN ALAM SEKITAR NAMA: BADROL IZRIL BIN BAH REM NO K/P: 841031-08-5243 NAMA: SHAIRAZI BIN SAHARUDDIN NO K/P: 840918-06-5417

RUKUM IMAN DAN KAITANNYA DENGAN ALLAH.doc

Embed Size (px)

Citation preview

RUKUM IMAN DAN KAITANNYA DENGAN ALLAH, MASYARAKAT DAN ALAM SEKITAR

MAKTAB PERGURUAN SULTAN MIZAN

22200, BESUT TERENGGANU

KERJA KURSUS

TAJUK:

RUKUN IMAN DAN KAITANNYA DENGAN ALLAH,

MASYARAKAT DAN ALAM SEKITAR

UNTUK PERHATIAN: BIODATA

NAMA :SHAIRAZI BIN SAHARUDDIN

KAD PENGENALAN : 840918-06-5417

UNIT : 1 SN/KH

ALAMAT : NO 3, HALA TAMAN MERU 7,

TAMAN MERU 2B, 30020,

IPOH, PERAK.

TARIKH LAHIR : 18 SEPTEMBER 1984

HOBI : MEMBACA, MELAYARI INTERNET DAN BERMAIN.

BIODATA

NAMA : BADROL IZRIL BIN BAH REM

KAD PENGENALAN : 841031-08-5243

UNIT : 1 SN/KH

ALAMAT : B-6, TAMAN LAM KOK LOONG,

33100, PENGKALAN HULU

PERAK

TARIKH LAHIR : 31 OKTOBER 1984

HOBI : MEMBACA KOMIK DAN MELUKIS

PENGHARGAAN

Assalammualaikum

Di sini kami mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada pensyarah yang sudi memberikan kerjasama dalam menjayakan kerja kursus ini.

Selain itu, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan kami kerana selama ini mereka telah memberikan komitmen yang membanggakan dalam berkongsi pendapat dan maklumat seterusnya menetapkan satu keputusan yang boleh diterima secara sebulat suara. Ini menunjukkan kerjasama dalam satu pasukan lebih baik daripada bersendirian sahaja.

Tidak ketinggalan, kami ingin melafazkan ucapan yang tidak terhingga kepada kedua ibubapa kami kerana merekalah yang menjadi sumber inspirasi dalam mencetuskan semangat kami untuk berusaha lebih tekun di samping menjadi seorang guru yang cemerlang dalam kesemua bidang akademik mahupun kurikulum. Akhir kata, kami ingin memohon kemaafan sekiranya ada kesalahan kata dan perbuatan yang selama ini kami tidak sedari sepanjang kerja kursus ini dijalankan secara langsung atau sebaliknya. SEKIAN.

RUKUM IMAN DAN KAITANNYA DENGAN ALLAH, MASYARAKAT DAN ALAM SEKITAR.

Iman dari segi bahasa ialah kepercayaan, manakala dari segi istilah ialah keyakinan yang sebenarnya terhadap ke-esaan dan kekuasaan Allah S.W.T dan mengakui bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah utusannya untuk menyampaikan risalah agama Islam kepada seluruh umat di dunia ini. .

Iman juga bermaksud amanah dan aman. Orang yang beriman ialah orang yang sifatnya amanah dalam melaksanakantanggungjawab terhadap Allah S.W.T, terhadap dan alam sekitar. Apabila segala tanggungjawab itu dilaksanakan dengan sempurna, maka seseorang itu berasa aman kerana telah menunaikan apa yang diamanahkan kepadanya.

Golongan yang beriman dikehendaki melaksanakan pelbagai amanah kepada Allah S.W.T,kepada masyarakat dan kepada alam sekitar.

Rukun Iman terdiri daripada 6 perkara:

1. Beriman kepada Allah S.W.T.

2. Beriman Kepada Malaikat.

3. Beriman Kepada Kitab.

4. Beriman Kepada Rasul.

5. Beriman Kepada Hari Kiamat.

6. Beriman Kepada Qadak Dan Qadar.

1) Beriman Kepada Allah S.W.T. Beriman kepada Allah s.w.t bermaksud mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah s.w.t yang mencipta alam ini dan Dialah yang berhak disembah. Kita wajib mempercayai-Nya sebagai pencipta alam ini dan tidak memperhambakan diri dalam segala amalan dunia dan akhirat melainkanNya. Sekiranya seseorang manusia berfikir, ia akan mendapatibahawa sesungguhnya Allah s.w.t yang telah mencita dirinya telah memberikannya alat berfikir untuk mempelajari ilmu ilmu agam dan duniawi. Tanpa alat-alat tersebut tidak mungkin manusia dapat memperolehi sebarang ilmu. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya ; Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.

Kita harus juga mempercayai dengan keyakinan bahawa Allah S.W.T bersifat dengan segala sifat kesempurnaan.Antara sifat-sifat Allah S.W.T ialah maha mengetahui . Contohnya jika anda memerhatikan pancaindera haiwan, pasti anda akan melihat sesungguhnya mata telah diciptakan didalam rahim ibu. Rahim yang gelap gelita, tambahannya pula mata tidak melihat melainkan di dalam cahaya. Maka ia menjadi saksi bahawa pencipta mata tersebut amat mengetahui bahawa pancaindera itu keluar kea lam luas yang mempunyai cahaya.

Selain daripada sifat itu, banyak lagi sifat-sifat Allah s.w.t seperti maha

bijaksana, maha pengampunan dan lain-lain lagi. Ini membuktikan bahawa Allah

s.w.t ini maha pencipta alam ini dam kita wajib menyembahnya. Sebagai tanda

kesyukuran terhadap kurniaan Allah s.w.t kepada manusia maka kita hendaklah

mempelajari akan sifat-sifat maha pencipta demi mengenali-Nya dan menguatkan

iman terhadap-Nya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t :

Maksudnya: Maka ketahuilah sesesungguhnya Dia, tiada Tuhan melainkan Allah dan mintalah ampun untuk dosamu.

2) Beriman Dengan Malaikat.

Beriman dengan malaikat beerti mampercayai bahawa Allah S.W.T mempunyai pesuruh-pesuruh yang sentiasa patuh dan taat menjalankan segala perintah-Nya, mereka itulah yang disebut Malaikat yang bukan manusia dan bukannya binatang. Kita boleh lihat dengan dengan firman Allah s.w.t :

Maksudnya : sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka bertasbih (untuk-Nya) dan hanya kepada-Nyalah mereka sujud

Malaikat diciptakan begitu rupa tanpa mempunyai nafsu tetapi hanya berakal dan tidak sekalipun menderhakai Allah S.W.T. Mereka tidak lelaki dan tidak perempuan, bukan jin dan bukan syaitan. Jumlah Mlaikat ini tidak terhingga banyaknya. Dari segi nisbahnya boleh dihitung sebagai berikut tetapi bukanlah merupakan suatu nilai yang tepat :

i. Manusia 1%(peratus)

ii. Jin 9%(peratus)

iii. Malaikat 90% (peratus)

Kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 malaikat ini dan tugas-tugasnya:

i. Jibrail Bertugas menyampaikan wahyu.

ii. Izrail - Bertugas mencabut nyawa.

iii. Mikhail Bertugas memberi rezeki.

iv. Israfil Bertugas meniup sangkakala.

v. Mungkar Bertugas menyoal dikubur.

vi. Nakir Bertugas menyoal dikubur.

vii. Raqib Bertugas menulis kebajikan.

viii. Atiq Bertugas menulis kejahatan.

ix. Malik Bertugas menjaga neraka.

x. Ridhwan Bertugas menjaga syurga.

Selain itu, ada malaikat-malaikat yang sentiasa bersiar-siar mencari majlis-majlis zikir dan mengerumi mereka. Diantara mereka ada yang sentiasa sujud dan rukuk tanpa bengun dan di antara mereka yang mempunyai tugas selainnya.

3) Beriman dengan Kitab.

Beriman dengan kitab beerti pecayakan kitab itu di turunkan oleh Allah melelui malaikat kepada nabi dan rasul supaya menyampaikan kepada umat seluruh dunia.Kitab ini ialah suatu undang-undang dasar atau sebagai pedoman dalam memberikan ajaran kepada manusia yang hendak dipimpin itu. Kitab ini diberikan kapada para Rasul utusan Allah S.W.T.Tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai Kitab wajib perlu mengikut dasar kitab yang terlebih dahulu daripadanya. Allah telah berfirman :

Maksudnya : wahai orang-orang yang beriamn, tetaplah beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kepada kitab-Nya yang Allah turunkan kepada rasul-Nya, serta turunkan sebelumnya.Barangsipa yang kafir kepada Allah, Malaikat-malaikat, kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya

Pembahagian Kitab.

Kitab Kitab ini terbahagi kepada dua iaitu:

1) Suhuf.

Ia merupakan pedoman yang tidak begitu lengkap yang mana hanya penjelasan hukum-hukum dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya.Suhuf ini hanya berjumlah 100 buah iaitu diberikan kepada:

i. Nabi Allah Shith (a.s) 50 Suhuf.

ii. Nabi Allah Idris (a.s) 30 Suhuf.

iii. Nabi Allah Ibrahim (a.s) 10 Suhuf.

iv. Nabi Allah Musa (a.s) 10 Suhuf.2) Kitab.sementara kitab pula ialah suatu peraturan yang lengkap unsur segala peraturan dan dasar ketuhanan yang berhubung dengan dunia mahupun dengan akhirat, yang berhubung dengan zahir mahupun dengan batin.Kitab-kitab ini adalah suatu peraturan yang lengkap. Jumlahnya hanya 4 buah sahaja iaitu:

i. Taurat diberikan kepada Nabi Musa a.s.

ii. Zabur diberikan kepada Nabi Daud a.s.

iii. Injil diberikan kepada Nabi Isa a.s.

iv. Al-Quran diberikan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

4) Beriman dengan Rasul

Kita sebagai umat Islam wajib beriman dan percayakan Rasul dan Nabi . Rasul dan Nabi itu diutuskan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan wahyunya serta mengajar manusia kearah pembentukan Islam di dalam diri kita sendiri. Allah s.w.t telah mengutuskan rasul-rasul untuk memaklumkan kepada manusia tentang tuhan dan pencipta mereka dan mengajak manusia supaya beribadat kepada Allah s.w.t sahajadan tidak mengengkari sembahan selain Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Dan sesungguhnya telah kami utuskan di dalam setiap umat itu Rasul (untuk mengajak mereka) supaya menyembah Allah dan menjauhkan Thaghut.

(an Nahl 36)

Rasul ialah seorang lelaki merdeka yang diwahyukan oleh Allah S.W.T supaya dia beramal untuk dirinya sendiri seterusnya menyampaikan kepada orang lain.Di dalam Al-Quran menyebutkan terdapat 313 orang rasul dan yang wajib diketahui hanyalah 25 orang.

Mereka diutuskan untuk memberikan kepada manusia suri teladan yang baik di dalam perilaku, akhlak yang mulia ndan ibadat yang betul. Rasul-rasul membwa berita berita gembira mengenai nikmat-nikmat yang kekal abadi untuk mereka sebagai balsan ketaatan mereka dan juga memberi peringatan kepada manusia supaya jangan membantah setiap suruhan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : (mereka Kami utus) selaku Rasul-rasul pembawa berita gembira dengan pemberi peringatan agar tiadas alas an bagi manusia membantah Allah sesudah di utuskan Rasul-rasul itu . Dan adlah Allah Maha Lagi Maha Bijaksana

Nama Rasul Yang Wajib Diketahui.a) Adam a.s n) Musa a.s

b) Idris a.s o) Harun a.s

c) Nuh a.s p) Zulkifli a.s

d) Hud .a.s q) Daud a.s

e) Salih a.s r) Sulaiman a.s

f) Ibrahim a.s s) Ilyas a.s

g) Lut a.s t) Ilyasa a.s

h) Ismail a.s u) Yunus a.s

i) Ishak a.s v) Zakaria a.s

j) Yaakub a.s w) Yahya a.s

k) Yusuf a.s x) Isa a.s

l) Ayub a.s y) Muhammad S.A.W

m) Syuib a.s

n) Musa a.s

5) Beriman Dengan Hari Kiamat.

Beriman dengan hari kiamat bermaksud kita harus mempercayai bahawa seluruh alam ini akan hancur dan semua ehidupan di alam ini9 akan mati. Kita harus percaya kepada hari kiamat akan menyediakan untuk kehidupan kita maksud dan tujuan tinggi.Maksud ini adalah perbuatan baik, meninggalkan yang mungkar, bersegera kepada kelebihan dan menjauhkan sebarang mudarat ke atas badan, agama, maruah, akal dan harta.Sesiapa yang tidak mempercayai bahawa hari akhirat itu wujud bererti di telah sesat sejauh-jauhnya. Begitui juga dengan firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Sesungguhnya mereka yang tidak mengharapkan pertemuan dengan kami sedangkan mereka reda dengan kehidupan dunia dan merasa tenantg dengannya dan mereka yang lalai dari ayat-ayat kami, mereka itu tempatnya di dalam neraka dengan apa yang mereka kerjakan.

Perkara-perkara yang berhubung dengan hari kiamat adalah bertolak ansur dari kepercayaan kepada:

i. Adanya mati

ii. Pembalasan di kubur (azab atau nikmat)

iii. Hari Kebangkitan setelah dunia ini dihancurkan kesemuanya.

iv. Hari Mahsyar ( kesemua manusia, jin dikumpulkan disebuah padang yang besar yang disebut Padang Mahsyar)

v. Dihisab segala amalan dan timbang.

vi. Meniti Titian Sillaturrahim.

vii. Ke syurga atau neraka.

Kedahsyatanya hari kiamat boleh kita lihat daripada ayat-ayat al-quran. Antaranaya firman Allah s.w.t di dalam surah AT- Takwir ayat 1- 113 yang bermaksud : Apabila bintang-bintang berjatuhan dan apabila gunung- ganang dihancurkan dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan) dan apabila binatang- binatang liar dikumpulkan dan apabila laut dijadikan meluap dan apabila roh-roh dipertemukan (dengan tubuh) apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya kerana dosa apakah dia dibunuh, dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka dan apabila langit dilenyapkan dan apabila neraka jahanam dinyalakan dan apabila syurga didekatkan

Dengan ayat ini , kita seharusnya memperbanyakan ibadat kepada Allah s.w.t dan juga mempercayai bahawa Allah itu adalah pencipta seluruh alam serta mahkluk-mahkluk di dunia dan bila-bila masa sahaja ia boleh lenyapkan dengan sekelip mata sahaja

6) Beriman Kepada Qadak Dan Qadar.

a) Kita harus percaya segala yang terjadi keatas diri kita adalah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah S.W.T

b) Kita harus redha dan bersabar terhadap ketentuan yang Allah laksanakan

Orangyang beriman ialah orang yang bersifatnya amanah dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t , terhadap masyarakat , dan terhadap alam sekitar .Apabila segala tanggungjawab itu dilaksanakan dengan sempurna ,maka seseorang itu akan berasa aman kerana telah menjalankan amanahnya .Gologan yang beriman harus melakukan tanggungjawab seperti berikut :

KEPADA ALLAH

Beribadat kepada Allah dengan sepenuh hati dan tidak mendua dua kannya . Menjaga iman supaya sentiasa subur dan terus bertambah supaya kita menjadi lebih bertakwa kepada pencipta ala mini . Menunaikan segala tuntutan yang disuruh . Meninggalkan segala yang dilarangnya seperti melakukan sumbang mahram ,bermain judi dan sebagainya . Melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi.KEPADA MASYARAKAT

Menepati janji apabila kita berjanji dengan orang lain . Bersikap adil terhadap sesame manusia . Melakukan hubungan baik sesame manusia . Amanah dalam sukatan dan timbangan didalam perniagaan . melakukan ihsan dalam masyarakat separti tolong menolong diantara satu sama lain . KEPADA ALAM SEKITAR

Memelihara dan memulihara alam sekitar dengan sebaik mungkin .

Tidak memusnahkan alam dengan sengaja .

Tidak mencemarkan alam sekitar dengan sengaja .

Mnegindahkan alam dengan menanam pokok menjaganya dengan baik .

Melaksanakan pembagunan dengan syariat Allah s.w.t .

Melaksanakan pembagunan alam sekitar untuk kebaikan semua .

Kesan-Kesan Daripada Beriman Dengan Rukun Iman.

Iman Melahirkan Ketenteraman.

Iman memberikan jiwa seseorang itu dalam keadaan aman dan tenteram seperti:

i. Mendorong seseorang mengamalkan akhlak yang mulia daripada ajaran Islam.

ii. Mendorong seseorang muslim melakukan kebaikan dan meninggalkan segala kejahatan.

iii. Memberi semangat kepada individu muslim untuk berusaha dengan bersungguh-sungguhbagi kecermelangan hidup.

Orang yang beriman menyerahkan segala urusan yang dilakukan kepada Allah

S.W.T. Mereka rela dengan segala ketentuannya dan bersabar menerima segala

dugaan. Mereka sentiasa mengingati dan berdoa kepada Allah S.W.T melalui solat.

Orang yang beriman mempunyai perasaan sabar, tenang, Qanaah dan tawaduk.

Mereka berasa cukup dengan segala yang Allah kurniakan kepadanyadan sentiasa

bersyukur terhadap kerniaan-kurniaan tersebut. Sifat qanaah dapat meninggalkan

sifat tamak yang dilarang oleh Allah S.W.T.

Orang yang beriman tidak berasa takut untuk menghadapi masa akan datang kerana segala urusan hidupnya diserahkan kepada kekuasaan Allah S.W.T.

PERBUATAN YANG MEROSAKKAN IMAN

Iman adalah hidayat Allah S.W.T yang amat tinggi nilainya. Ia hendaklah dijaga pada setiap masa supaya sentiasa bertambah subur pada jiwa orang yang beriman.Setiap orang Islam hendaklah menjauhi segala perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T.Antara perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan iman adalah:

i. Tidak patuh kapada perintah Allah S.W.T.

ii. Gemar melakukan perkara yang mungkar.

iii. Mengamalkan akhlak yang bertentangan dengan ajaran Islam.

iv. Tidak merima hukum-hukum yang telah ditetapkan didalam Al-Quran.

v. Tidak percaya pada satu daripada Rukun Iman.

Bagi mengelakkan daripada iman seseorang itu rosak, dia hendaklah sentiasa melakukan perkara-perkara yang boleh menyubur atau menambahkan iman seperti:

i. Memulakan sesuatu pekerjaan dengan lafaz Basmalah dan mengakhirinya dengan lafaz Hamdalah.

ii. Membaca, memahami, menghayati dan mengamalkan isi kehidupan Al-Quran.

iii. Mengajar orang lain membaca dan menghayati isi kandungan Al-Quran.

iv. Berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarganya.

v. Berzikir, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan lain-lain sebagai memuji kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.

vi. Menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup seharian.

vii. Sentiasa melakukan perkara kebajikan untuk faedah orang-orang Islam.

Iman Memupuk Semangat Berkorban.

Orang-orang yang beriman sanggup mengorbankan segala yang dimikinya pada jalan yang diredhai. Mereka sanggup berkorban nyawa, harta benda, masa, tenaga dan ilmu pengetahuan untuk menegakkan syiar Islam.

Jihad pada jalannya lebih diutamakan daripada perkara-perkara yang lain. Hal ini dapat dilihat daripada sikap orang-orang Islam Makkah yang sanggup meninggalkan kaum keluarga dan harta berhijrah ke Madinah demi mengembangkan ajaran Islam.

Golongan beriman sanggup menyumbangkan hartanya pada jalan kebaikan. Hal ini demikian kerana mereka faham bahawa harta kekayaan adalah hak mutlak Allah S.W.T. Manusia hanya dikurniakan untuk sementara dan demi kepentingan bersama.

Di medan peperangan, orang yang beriman tidak gentar menghadapi sebarang musuh. Keberanian ini adalah kesan daripada cahaya keimanan yang telah menguasai diri dan jiwa mereka. Mereka tidak takut sekiranya menemui maut kerana cita-cita mereka adalah syahid di medan perang.

Ust. Hamil @ Amir Abdul Hameed , PENDIDIKAN ISLAM TING 4 & 5 (2000) , SASBADI SDN .BHD Ahmad Bin Mohd Salleh M.Ed (UM),PENDIDIKAN ISLAM ASAS DINAMIKA GURU JILID 1 (SEMESTER 1 & 3) EDISI KEDUA 2001, PENERBIT FAJAR BAKTI SDN.BHD Ahmad Mohni Hj. Aris. Dll, PENDIDIKAN ISLAM TING 4 & 5 (2000) , SASBADI SDN .BHD Abdullah Al-Wazhaf Dll, IMAN MAKRIFAH DAN HAL EHWALNYA (1993), PENERBITAN KINTAN SDN.BHD Ust Ismail Kamus, PANDUAN SOLAT SEHARIAN ,PENERBITAN KINTAN SDN.BHDNAMA: BADROL IZRIL BIN BAH REM

NO K/P: 841031-08-5243

NAMA: SHAIRAZI BIN SAHARUDDIN

NO K/P: 840918-06-5417

EMBED PBrush

Panduan solat seharian

pendidikan islam

surah An- Nahl ayat 78

surah Muhammad ayat 19

surah Al- Araf ayat 206

iman dan makrifah dan hal ehwalnya

surah Al-Nisaa ayat i36

surah An- Nahl ayat 36

surah An-Nisaa ayat 165

surah yunus ayat 7 dan 8

pendidikan islam ting 4&5

iman makrifah dan hal ehwalnya

PENDIDIKAN ISLAM TING 4&5