2
ii) RUPA Rupa adalah hasil pertemuan penghujung sesuatu garisan dengan permulaannya serta berbeza dari ruang di sekelilingnya. Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya, (Abdul Shukor Hashim,Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria,2011). Rupa bersifat dua dimensi (tidak berjisim) dan boleh terbentuk melalui pelbagai cara sama ada melalui garisan, warna atau jalinan. Rupa terbahagi kepada dua iaitu rupa geometri dan rupa organik. Rupa geometri merupakan rupa yang bersudut seperti segi tiga, segi empat, piramid, bulat dan sebagainya. Rupa organik pula merupakan rupa bebas yang dan dinamik, tidak mempunyai sempadan dan tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dan lain- lain. Di samping itu, rupa mempunyai nilai positif dan negatif apabila masuk ke dalam satu satah sempadan. Rupa negatif pula ialah ruang di luar rupa positif. Penggunaan teknik positif dan negatif akan menghasilkan seni visual yang lebih menarik. Ragam hias dalam rupa dapat dipelbagaikan melalui ulangan, penambahan dan pengurangan. Rupa yang mengalami proses pengulangan akan menghasilkan corak. Contohnya,susunan batu- bata, susunan turun separa, susunan turun sesuku,susunan selang-seli, susunan cerminan, susunan orgee. Rupa juga mempunyai kaitan dengan bidang seni grafik iaitu penciptaan muka taip yang bermaksud jenis-jenis rupa bentuk huruf dan

Rupa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

seni visual

Citation preview

ii)RUPA

Rupa adalah hasil pertemuan penghujung sesuatu garisan dengan permulaannya serta berbeza dari ruang di sekelilingnya. Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya, (Abdul Shukor Hashim,Badrul Isa, Khairezan Rahmat dan Zuraimi Zakaria,2011). Rupa bersifat dua dimensi (tidak berjisim) dan boleh terbentuk melalui pelbagai cara sama ada melalui garisan, warna atau jalinan.

Rupa terbahagi kepada dua iaitu rupa geometri dan rupa organik. Rupa geometri merupakan rupa yang bersudut seperti segi tiga, segi empat, piramid, bulat dan sebagainya. Rupa organik pula merupakan rupa bebas yang dan dinamik, tidak mempunyai sempadan dan tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dan lain-lain. Di samping itu, rupa mempunyai nilai positif dan negatif apabila masuk ke dalam satu satah sempadan. Rupa negatif pula ialah ruang di luar rupa positif. Penggunaan teknik positif dan negatif akan menghasilkan seni visual yang lebih menarik.

Ragam hias dalam rupa dapat dipelbagaikan melalui ulangan, penambahan dan pengurangan. Rupa yang mengalami proses pengulangan akan menghasilkan corak. Contohnya,susunan batu-bata, susunan turun separa, susunan turun sesuku,susunan selang-seli, susunan cerminan, susunan orgee. Rupa juga mempunyai kaitan dengan bidang seni grafik iaitu penciptaan muka taip yang bermaksud jenis-jenis rupa bentuk huruf dan lambang yang boleh dijadikan sebagai identiti atau logo bagi sesebuah organisasi.