15
RUSUHAN KAUM SINGAPURA 1964 Perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. telah diadakan di seluruh Malaysia. Di kebanyakan bandar, ia disambut secara besar-besaran. Berbagai-bagai unit tentera, polis, bomba dan bekas kakitangan kerajaan, contohnya, turut serta di dalam perayaan itu di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Di Singapura, 212 organisasi Islam menyertai perhimpunan tersebut. Sehingga pukul 1 petang pada 21hb.Julai 1964, seramai 25 ribu umat Islam berkumpul di Padang. Pada pukul 2 petang, Yang di-Pertuan Negara, ketua kerajaan negeri, memberikan ucapan rasmi. Umat Islam digesa supaya mematuhi ajaran Islam dan 'bersabar, tabah dan rajin berusaha'. Pada jam 3.30 petang, orang ramai sepatutnya berarak dari Padang ke St. Andrews Road, Beach Road, Arab Street, Victoria Street, Kallang Road, dan akhirnya ke Lorong 12, Geylang. Semasa perarakan itu, di kawasan Kallang, seseorang telah membaling botol ke arah perarakan. Suasana bertukar menjadi tegang. Apabila seorang polis FRU meminta mereka yang berarak supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja petrol Kallang sekitar jam 5 petang, ia telah diserang. Dalam sekelip mata suasana menjadi kacau-bilau. Pada pukul 6.00 petang, perbuatan jenayah membakar bangunan-bangunan berlaku di kawasan Geylang di antara Kallang dan Geylang Serai, dan kereta-kereta diterbalikkan. Pada jam 6.30 petang, pertelingkahan dilaporkan berlaku di Chinatown dan Tanjung Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan lagi dilaporkan berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge Road. 50 orang yang cedera, kebanyakannya dengan kecederaan di kepala, dirawat di Hospital Besar Singapura pada jam 8.30 malam. Keadaan kacau-bilau berlaku dengan dahsyat sekali sehingga banyak panggung wayang yang mengumumkan pembatalan tayangan filem sessi 9.30 malam. Pada hari pertama rusuhan itu, 4 orang terbunuh dan 178 lagi mengalami kecederaan. Kekacauan itu turut merebak ke kawasan-kawasan lain di Singapura pada beberapa hari berikutnya. 2 lelaki diserang di kawasan Upper Serangoon jam 9.15 malam pada 22hb. Julai. Keluarga- keluarga Melayu yang tinggal di Queenstown meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka. Perintah berkurung dari waktu senja sehingga ke waktu subuh dikenakan untuk seluruh pulau itu bagi mengawal kacau-bilau pada 23hb.Julai, dan hanya ditarik semula sepenuhnya pada 2hb.Ogos, selepas 11 hari. 45 orang yang melanggar perintah berkurung tersebut telah dipenjarakan. Dengan keadaan yang tidak stabil itu, harga-harga makanan dan bekalan

Rusuhan Kaum Singapura 1964

Embed Size (px)

DESCRIPTION

history

Citation preview

Page 1: Rusuhan Kaum Singapura 1964

Gambar 1.0 : Keratan akhbar

RUSUHAN KAUM SINGAPURA 1964

Perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. telah diadakan di seluruh Malaysia. Di kebanyakan bandar, ia disambut secara besar-besaran. Berbagai-bagai unit tentera, polis, bomba dan bekas kakitangan kerajaan, contohnya, turut serta di dalam perayaan itu di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Di Singapura, 212 organisasi Islam menyertai perhimpunan tersebut. Sehingga pukul 1 petang pada 21hb.Julai 1964, seramai 25 ribu umat Islam berkumpul di Padang. Pada pukul 2 petang, Yang di-Pertuan Negara, ketua kerajaan negeri, memberikan ucapan rasmi. Umat Islam digesa supaya mematuhi ajaran Islam dan 'bersabar, tabah dan rajin berusaha'. Pada jam 3.30 petang, orang ramai sepatutnya berarak dari Padang ke St. Andrews Road, Beach Road, Arab Street, Victoria Street, Kallang Road, dan akhirnya ke Lorong 12, Geylang. 

Semasa perarakan itu, di kawasan Kallang, seseorang telah membaling botol ke arah perarakan. Suasana bertukar menjadi tegang. Apabila seorang polis FRU meminta mereka yang berarak supaya menggunakan laluan berdekatan dengan kawasan kerja petrol Kallang sekitar jam 5 petang, ia telah diserang. Dalam sekelip mata suasana menjadi kacau-bilau. Pada pukul 6.00 petang, perbuatan jenayah membakar bangunan-bangunan berlaku di kawasan Geylang di antara Kallang dan Geylang Serai, dan kereta-kereta diterbalikkan. Pada jam 6.30 petang, pertelingkahan dilaporkan berlaku di Chinatown dan Tanjung Pagar. Pada pukul 6.45 petang, beberapa pertentangan lagi dilaporkan berlaku di Arab Street dan persimpangan North Bridge Road. 50 orang yang cedera, kebanyakannya dengan kecederaan di kepala, dirawat di Hospital Besar Singapura pada jam 8.30 malam. Keadaan kacau-bilau berlaku dengan dahsyat sekali sehingga banyak panggung wayang yang mengumumkan pembatalan tayangan filem sessi 9.30 malam. Pada hari pertama rusuhan itu, 4 orang terbunuh dan 178 lagi mengalami kecederaan. 

Kekacauan itu turut merebak ke kawasan-kawasan lain di Singapura pada beberapa hari berikutnya. 2 lelaki diserang di kawasan Upper Serangoon jam 9.15 malam pada 22hb. Julai. Keluarga-keluarga Melayu yang tinggal di Queenstown meninggalkan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka. Perintah berkurung dari waktu senja sehingga ke waktu subuh dikenakan untuk seluruh pulau itu bagi mengawal kacau-bilau pada 23hb.Julai, dan hanya ditarik semula sepenuhnya pada 2hb.Ogos, selepas 11 hari. 45 orang yang melanggar perintah berkurung tersebut telah dipenjarakan. Dengan keadaan yang tidak stabil itu, harga-harga makanan dan bekalan keperluan naik dengan mendadak di dalam tempoh tersebut. Semua kerja terpaksa diberhentikan untuk selama 3 hari. Yang lebih penting lagi, ketakutan telah merebak. Secara keseluruhannya, 23 orang telah terbunuh dan 460 orang lagi cedera

Page 2: Rusuhan Kaum Singapura 1964

FAKTOR-FAKTOR

Sentimen perkauman di Singapura dibangkitkan melalui berbagai cara. Pada 12hb.Julai 1964, UMNO mengadakan persidangan yang disertai oleh lebih kurang 150 organisasi Melayu di Singapura. Persidangan itu dipengerusikan oleh Syed Jaafar Albar, Setiausaha Agong UMNO di Malaya. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu di Singapura tidak mendapat layanan yang adil dari kerajaan PAP memandangkan mereka dilihat tidak berkembang maju dari segi material. Beliau telah menggesa orang-orang Melayu supaya bersatu bagi menghadapi layanan yang tidak adil ini. Utusan Melayu, akhbar Melayu di Malaya, yang dimiliki oleh ahli-ahli UMNO yang terkemuka, juga sering menyuarakan pendirian yang sama di dalam penerbitan mereka, dan ia telah menuduh PAP sebagai menghina dan cuba untuk memecahbelahkan masyarakat Melayu di Singapura. 

Tidak mudah bagi Tunku Abdul Rahman untuk mengawal pertambahan elemen-elemen perkauman di dalam UMNO kerana beliau akan dilihat sebagai tidak menjaga kepentingan orang-orang Melayu. Sebelum itu saban hari terdapat tuduhan-tuduhan dari Indonesia yang mengatakan bahawa beliau telah menjual bangsa Melayu kepada saudagar-saudagar Cina dan India di Malaysia. Selepas rusuhan kaum, Tunku memberi pendapat bahawa ianya disebabkan oleh pengabaian yang terlalu lama orang-orang Melayu Singapura, dengan merujuk perkara berikut sebagai contoh : '(orang-orang melayu) telah dipaksa keluar dari rumah-rumah milik mereka untuk memberi jalan kepada pembangunan rumah-rumah pangsa baru dan lain-lain.' 

MCA, parti komponen pemerintah di Malaysia turut menyumbang ke arah kebangkitan suasana perkauman. Menterinya di dalam kerajaan, Khaw KAI Boh, yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan perumahan, sebagai contohnya, mendakwa bahawa kemajuan Singapura adalah dikhaskan untuk orang-orang Cina, dan beliau bercakap tentang Cauvinis Cina di Singapura. Pendirian PAP adalah orang-orang Melayu perlu meningkatkan tahap pendidikan mereka bagi membaiki kedudukan ekonomi mereka. Tiada layanan istimewa, selain dari yang diperuntukkan di dalam perlembagaan Singapura, yang dibayangkan. 

Terdapat alasan-alasan yang lebih berasas tentang mengapa ahli-ahli terkemuka UMNO dan MCA kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk membangkitkan ketegangan sosial dan kaum di Singapura, dan oleh itu melemahkan peraturan PAP dan mengurangkan ancamam politiknya. Elemen-elemen tertentu UMNO adalah bantahan terhadap pergabungan Singapura Dengan Malaya menadangkan Singapura mempunyai bilangan penduduk berbangsa Cina yang lebih besar. Nasionalis-nasionalis Melayu di dalam UMNO juga tidak senang dengan profail tinggi yang diambil oleh Lee Kuan Yew, seorang ahli politik Cina, semasa perundingan untuk pergabungan dan di dalam tempoh sebaik sahaja selepas pergabungan. Sebagai contoh, pemimpin Singapura itu mengumumkan tentang kesukaran yang dihadapinya semasa perundingan untuk pergabungan; dan di dalam satu program analisa berita TV BBC, 'Panorama', mengenai perjalanan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pembentukan Malaysia, hanya Lee Kuan Yew yang dijemput dan pandangan-pandangannya disiarkan. Pada bulan Jun 1964, Lee Kuan Yew mengetuai sekumpulan 12 orang ahli di dalam satu misi kunjungan ke 17 negara-negara Afrika dan India untuk menangkis propaganda Indonesia yang ditujukan kepada Malaysia, satu tindakan yang telah mendapat bantahan dari nasionalis Melayu seperti Syed Jaafar Albar. Kebimbangan UMNO semakin bertambah apabila parti bersekutunya di Singapura gagal memenangi sebarang kerusi di dalam pilihanraya yang diadakan pada 21hb.September 1963 di Singapura, walaupun di dalam kawasan yang mempunyai majoriti Melayu. Kesan dari kejayaan PAP sangat ketara buat UMNO. Dengan marahnya, Tunku mengecap orang-orang Melayu di Singapura sebagai 'pengkhianat'. Calon PAP yang diberikan undi oleh orang-orang Melayu di Singapura juga berbangsa Melayu?? maka ia tidaklah boleh dikatakan 'pembelot' bangsa seperti yang digambarkan oleh Tunku. 

Page 3: Rusuhan Kaum Singapura 1964

Ahli-ahli terkemuka UMNO juga tidak senang dengan sikap Singapura yang tidak patuh kepada kerajaan persekutuan. Sekali pun Tunku mengeluarkan kenyataan umum menyatakan sokongan kepada kepada MCA, PAP tetap bertanding melawan MCA di dalam pilihanraya persekutuan pada bulan April 1964. Lebih dari itu, PAP menunjukkan bahawa percubaan untuk muncul sebagai satu kuasa politik yang lebih besar di Malaysia, boleh membawa 'angin perubahan' di Malaysia, di mana UMNO akan terpaksa menerima ideologi politik dan cara pendekatan PAP yang tersendiri dan lebih berprinsip saksama. Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Menyuarakan kesangsiannya dengan keikhlasan PAP terhadap kepentingan dan kebajikan orang-orang Melayu. Penyertaan PAP di dalam pilihanraya persekutuan telah dilihat sebagai satu percubaan untuk melemahkan kedudukan dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu di Malaya, walaupun PAP tidak bertanding melawan UMNO secara langsung. 

Cauvinis-cauvinis Melayu di dalam UMNO menggambarkan PAP sebagai parti anti Melayu dan bersandarkan pada konteks inilah maka kempen kebencian terhadap kerajaan anti Melayu PAP yang dijalankan oleh Syed Jaafar Albar itu dapat difahami. Perasaan orang-orang Melayu Singapura terhadap orang-orang Cina telah terbakar. Lee Kuan Yew begitu pasti bahawa pelampau-pelampau UMNOlah yang patut dipersalahkan di dalam kejadian rusuhan kaum itu. 

Kesangsian MCA terhadap Singapura yang diterajui oleh PAP itu adalah bertujuan poltik. Mereka sebenarnya bimbang kehilangan sokongan dari penyokong-penyokong Cina di Malaya kepada Lee Kuan Yew. Pemimpin-pemimpin utama MCA cuba menyimpangkan perundingan sebelum pergabungan terjadi. MCA juga cuba untuk mengurangkan pengaruh politik PAP dengan menguatkan kembali cawangannya di Singapura, dan terlibat secara langsung di dalam politik Singapura. PAP pula, enggan untuk menerima bahawa MCA memperjuangkan kepentingan semua orang Cina di Malaya. MCA dilihat sebagai sebuah 'kelab orang-orang kaya' yang kegagalannya untuk memperjuangkan kepentingan orang-orang Cina yang kurang berkemampuan, terutamanya yang tinggal di kawasan-kawasan bandar, boleh membawa kepada bertambahnya pengaruh parti-parti politik pro-komunis. Dari itu MCA amat bimbang dengan PAP yang mungkin memohon untuk menggantikan tempatnya di dalam Perikatan yang memerintah Malaysia sekiranya kekuatan politik PAP semakin meningkat, biarpun kenyataan-kenyataan umum Tunku Abdul Rahman bahawa beliau akan tetap mempertahankan MCA, rakan kongsi setianya. 

Hubungan di antara MCA dan PAP diburukkan oleh kenyataan-kenyataan balas yang dikeluarkan secara berterusan, berkenaan hal-hal politik dan peribadi. Kenyataan-kenyataan tersebut bertambah hangat semasa kempen pilihanraya pada bulan April 1964 di Semenanjung Malaysia, apabila PAP tidak berjaya di kawasan-kawasan Bandar, semata-mata untuk menunjukkan bahawa PAP hanya berguna kepada UMNO dari segi pilihanraya dari MCA. Ketegangan semakin meningkat apabila Tan Siew Sin, Menteri Kewangan Pusat, enggan melaksanakan pasaran saham yang sama di Malaysia sebagaimana yang telah dipersetujui semasa perundingan sebelum pergabungan, kecuali Singapura membayar 60%, bukannya 40%, dari pendapatan negaranya kepada Kuala Lumpur. Adalah dipercayai bahawa MCA tidak mahu menambahkan kelebihan ekonomi Singapura dengan mengorbankan ahli-ahli MCA yang terlibat dengan perniagaan. 

Agen-agen Indonesia mungkin juga terlibat di dalam menimbulkan kacau-bilau itu. Itu adalah tempoh masa konfrontasi. Indonesia di bawah arahan Presiden Sukarno, membangkang pembentukan Malaysia kerana ia berminat untuk menakluki Sarawak dan Sabah di dalam Malaysia Timur. Kerajaan Indonesia juga menghadapi pelbagai masalah seperti ancaman ekonomi, rasuah, pentadbiran yang salah dan aktiviti-aktiviti yang merosakkan oleh komunis. Percubaan untuk menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan di Malaysia akan dapat mengalih perhatian rakyat Indonesia dari masalah-masalah tersebut.Dari bulan September 1964 sehingga bulan Mei 1965, terdapat sebanyak 42 kejadian letupan bom oleh pengkhianat-pengkhianat yang menerima arahan dari Indonesia. Selepas rusuhan kaum pada

Page 4: Rusuhan Kaum Singapura 1964

21hb.Julai 1964, Tunku Abdul Raqhman, Perdana Menteri Malysia, mengutuk Indonesia sebagai dalang di sebalik kejadian rusuhan itu. Walau bagaimanapun, pengkhianat-pengkhianat Indonesia itu tidak akan berjaya, sekiranya ketegangan kaum belum lagi tercetus sebelum itu. 

KESAN-KESAN

1. Laluan tambak Johor telah ditutup dari 22 hingga 26 Julai 1964 apabila perintah berkurung dikenakan ke atas Singapura? Akibatnya, ramai rakyat Singapura yang bekerja di Johor Bahru tidak dapat pulang ke rumah masing-masing. Semua hotel dan motel di Johor Bahru penuh diduduki oleh rakyat Singapura pada masa itu. 

2. Terdapat kesesakan jalanraya yang paling besar pada pagi 22 Julai 1964. Pada jam 10.00 pagi, kerajaan telah mengumumkan bahawa perintah berkurung akan dikenakan semula pada pukul 11.30 pagi, selepas ditarik balik sebelum itu pada pukul 6.00 pagi. Perintah berkurung telah dikenakan semula apabila terdapat lebih kekacauan pada pagi 22 Julai. Ramai yang terpaksa pulang ke rumah dari tempat kerja dengan tergesa-gesa dan jalan-jalanraya masih sesak sehingga pukul 12.00 tengah hari. 

Page 5: Rusuhan Kaum Singapura 1964

3. Terdapat banyak khabar-khabar angin yang disebarkan semasa keadaan kacau-bilau itu. Khabar angin yang paling meluas adalah mengenai saluran paip air yang membawa air dari Johor telah pecah. Banyak keluarga yang membawa keluar semua alat-alat penakung air mereka untuk dipenuhkan dengan air. Suasana cemas itu hanya berkurangan apabila PUB mengeluarkan satu kenyataan menafikan bahawa terdapat kerosakan pada paip air dari Johor itu. Sesiapa yang didapati bersalah menyebarkan khabar-khabar angin itu akan dipenjarakan selama 3 tahun. 

4. Rakyat diminta agar mengurangkan pengunaan telefon mereka. Disebabkan perintah berkurung, telekom menghadapi kekurangan kakitangan dan hanya terdapat sedikit pekerja sahaja untuk membantu menyambungkan talian. 

5. Apabila perintah berkurung dikenakan, mereka yang masih tidak mendapat sebarang pengankutan untuk pulang ke rumah, akan segera ke balai-balai polis yang berdekatan. Di balai-balai polis ini, mereka yang terkandas akan meminta bantuan polis untuk menghantar mereka pulang. Kadangkala, pihak polis melayani permintaan mereka itu. 

6. Harga barang-barang makanan meningkat kepada dua hingga tiga kali ganda. Pembekal-pembekal di pasar tidak akan tawar-menawar dengan pelanggan-pelanggan. Ini kerana bagi setiap satu pelanggan yang keberatan, terdapat sekurang-kurangnya 10 pelanggan yang bersedia untuk membeli barang-barang segar itu. Satu Jawatankuasa telah dibentuk di banyak kawasan di Singapura yang menggesa agar para pembekal dan peniaga-peniaga kedai tidak mengambil keuntungan yang berlebihan. Jawatankuasa seperti itu dibentuk untuk menenangkan ketegangan kaum dan peniaga-peniaga kedai Cina juga dinasihatkan agar tidak menolak pelanggan-pelanggan Melayu. 

7. Banyak majlis-majlis perkahwinan terpaksa ditangguhkan apabila perintah berkurung dikenakan. Ramai yang mendapat tahu tentang penangguhan-penangguhan tersebut yang dibuat melalui akhbar-akhbar tempatan. 

8. Kereta-kereta mayat bergerak lebih cepat dari biasa. Ramai keluiarga yang berkabung terpaksa meyelesaikan hal-hal pengkebumian orang yang mereka sayangi sebelum perintah berkurung dikenakan semula. Sesiapa yang didapati melanggar peraturan ini akan didakwa dan dipenjarakan. 

9. Penjualan akhbar-akhbar meningkat beberapa kali ganda. Terkandas di rumah, ramai yang membeli surat-surat khabar untuk mengetahui tentang perkembangan di Singapura. Mereka juga perlu tahu tentang waktu-waktu perintah berkurung. 

10. Pemandu-pemandu teksi mengenakan tambang yang tinggi kepada pengguna-pengguna yang bergegas untuk pulang ke rumah sebelum tempoh perintah berkurung bermula. 

11. Panggung-panggung wayang ditutup selama 1 minggu. Apabila dibuka semula pada 27 Julai, ia hanya mempunyai satu atau dua waktu tayangan dan tayangan tersebut perlu memberi masa yang secukupnya bagi penduduk-penduduk untuk sampai ke rumah mereka sebelum tempoh perintah berkurung bermula. 

12. Di kebanyakan kampung-kampung, penduduk Cina dan melayu melindungi satu sama lain dari unsur-unsur kekacauan yang datang dari luar kampung mereka. 

13. Kejadian pecah kereta, menyamun penunggang-penunggang motorsikal dan pejalan-pejalan kaki yang berseorangan dan perbuatan ganas menggunakan kayu, parang dan kerusi, adalah jenis-jenis kekacauan yang sering berlaku.

Page 6: Rusuhan Kaum Singapura 1964

CARA MENGATASI

1. Bahasa

Di dalam Malaysia terdapat lebih kurang 19 bangsa / suku di Malaysia dan ini menggambarkan betapa banyaknya bahasa petuturan yang digunakan di negara ini. Kepelbagaian bahasa petuturan ini menyebabkan akan timbulnya masalah komunikasi di kalangan rakyat yang pelbagai. Sekiranya setiap bahasa hanya mengutamakan bahasa-bahasa pertuturan bangsa mereka sahaja maka akan menyebabkan terjadinya pemisahan pergaulan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Dan akan terjadi pergaulan yang amat minimum di kalangan bangsa-bangsa ini. Ia adalah kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik sesama masyarakat lain kerana mereka hanya fasih menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja.

Ini akan menyebabkan hubungan di antara masyarakat yang berlainan bangsa menjadi renggang dan tidak mesra dan ini akan membuka ruang-ruang untuk menyebabkan terjadinya konflik di antara kaum.

Page 7: Rusuhan Kaum Singapura 1964

Penyelesaian Kepada Aspek Bahasa

Penyelesaian kepada masalah ini ialah pihak kerajaan perlu memperkasakan lagi usaha-usaha di dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu yang telah diangkat menjadi bahasa kebangsaan terutamanya di peringkat pendidikan rendah. Segala urusan-urusan rasmi dan juga tidak rasmi perlulah menggunakan bahasa kebangsaan.

Akhbar-akhbar yang menggunakan bahasa-bahasa ibunda bangsa lain seperti Nyangnyang Siang Pau (akhbar Cina), Tamil Nesan (akhbar India) perlu mengadakan satu sisipan di dalam akhbar tersebut untuk slot mempelajari bahasa kebangsaan. Ini bagi membolehkan rakyat-rakyat yang bukan dari kalangan orang Melayu dapat mempelajari dan memantapkan lagi penguasaan mereka di dalam bahasa kebangsaan.

Media-media elektronik juga perlu memainkan peranan untuk menggunakan bahasa kebangsaan di dalam siaran mereka agar rakyat boleh membiasakan diri mereka dengan bahasa kebangsaan. Ini akan menjadikan bahasa kebangsaan menjadi bahasa yang benar-benar utama dan menjadi satu kemestian setiap rakyat di negara ini untuk mempelajari dan menguasainya. Dengan ini bangsa-bangsa di Malaysia akan dapat berkomunikasi dengan baik sesama masyarakat yang berlainan suku / bangsa. Dan secara tidak langsung ia akan merapatkan hubungan sesama kaum dan seterusnya terjadilah perpaduan di dalam masyarakat.

2. Ekonomi

Apabila bijih timah ditemui oleh Long Jaafar pada tahun 1948 maka bermula era kemasukkan secaran besar-besaran kaum Cina yang datang dari negeri China. Ianya telah dibawa masuk oleh pihak Inggeris untuk menjadi buruh-buruh di lombong-lombong bijih tersebut. Dengan sebab itu di kawasan-kawasan bandar di mana terdapatnya lombong-lombong bijih populasi penduduknya dominasi oleh orang-orang Cina.

Pembukaan ladang-ladang getah di Tanah Melayu telah menyebabkan pihak Inggeris membawa orang-orang India dari negara India masuk ke Tanah Melayu bagi ditempatkan di estet-estet untuk menjadi buruh-buruh di ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Manakala orang-orang Melayu masih tinggal di kawasan-kawasan kampung mengerjakan tanam-tanaman pertanian, menangkap ikan dan lain-lain pekerjaan kampung. Hanya sebilangan kecil sahaja orang-orang Melayu yang tinggal di bandar dan bekerja sebagai kerani-kerani di sektor pentadbiran.

Dasar ini menyebabkan terjadinya pemisahan di antara 3 kelompok kaum utama di negara ini. Sistem atau dasar yang dilakukan oleh pihak Inggeris ini dinamakan sebagai ‘sistem pecah dan perintah’ iaitu kaum-kaum ini dipisahkan mengikut tempat tinggal dan pekerjaan mereka.

Kesan daripada sistem yang dilakukan oleh pihak Inggeris ini maka wujudlah satu kesan negatif dikalangan kaum-kaum yang ada ini. Antara kesannya ialah wujud sifat perkauman dan saling curiga-mencurigai di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Orang-orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini hidup di dalam keadaan miskin di kampung-kampung dan ketinggalan di sektor ekonomi sedangkan orang-orang Cina yang merupakan pendatang telah memguasai sektor-sektor ekonomi di bandar-bandar. Orang-orang Melayu ketinggalan di dalam mencapai kemajuan dan insfratuktur yang baik kerana proses tersebut tertumpu di kawasan-kawasan bandar sedangkan orang-orang Melayu kebanyakkannya tinggal di kampung-kampung. Dan ini menyebabkan orang-orang Melayu tidak berpuas hati dengan perkara ini.

Page 8: Rusuhan Kaum Singapura 1964

Sementara orang-orang Cina dan India yang pada ketika itu turut merasa tidak berpuas hati. Ini kerana mereka perlu melalui proses yang ketat bagi mendapatkan taraf kerakyatan di Tanah Melayu. Disebabkan rasa tidak puas hati di antara kaum ini maka wujudlah siri-siri rusuhan kecil namun ianya masih boleh dikawal, namun akhirnya berlaku juga satu rusuhan besar yang telah terjadi pada 13 Mei 1969.

Kesan dari terjadinya rusuhan besar pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pihak kerajaan untuk melihat betapa seriusnya masalah di antara kaum di negara ini. Bagi menanganinya beberapa tindakan telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini.

Penyelesaian Kepada Permasalahan Ekonomi

Antara tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan setelah berlakunya peristiwa ini ialah dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ia diwujudkan adalah bagi merapatkan jurang ekonomi di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia terutamanya di kalangan orang Melayu yang telah jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain. Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970. Ia dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) antara tahun 1971-1990.

3. Agama

Kepelbagaian bangsa juga turut membawa kepada kepelbagaian agama. Di negara ini menurut perlembagaan Malaysia pada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan:

"Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"

Dari apa yang dinyatakan di dalam perlembagaan tersebut ialah walaupun agama Islam diiktiraf di dalam perlembagaan Malaysia sebagai agama rasmi Persekutuan namun penganut-penganut agama-agama lain masih dibenarkan untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan.

Namun begitu kadangkala terdapat isu-isu yang sensitif yang dibangkitkan di antara agama yang jika tidak ditanggani dengan baik boleh mencetuskan konflik dan rusuhan antara agama. Antara isu yang pernah timbul yang membabitkan soal sensitiviti agama ialah berkenaan tuntutan jenazah orang yang telah memeluk Islam oleh keluarganya yang tidak Islam, pembinaan rumah ibadat orang bukan Islam di kawasan penduduk majoriti Islam dan yang terkini ialah iklan Hari raya Aidilfitri yang menyelitkan unsur-unsur agama lain seperti terdapatnya elemen Santa Claus. Penyiaran iklan ini oleh sebuah syarikat televisyen swasta telah menyebabkan umat Islam menjadi marah dan dibantah keras oleh pihak-pihak yang memperjuangkan agama Islam.

Page 9: Rusuhan Kaum Singapura 1964

Gambar 1: Laporan sebuah akhbar tempatan mengenai iklan Hari Raya Aidil Fitri yang berunsur agama lain.

Penyelesaian Kepada Isu Agama

Umum mengetahui bahawa jika isu agama ‘disentuh’ oleh mana-mana pihak pastinya akan menimbulkan masalah dan konflik yang besar dan bukan hanya boleh menyebabkan rusuhan tetapi juga peperangan. Oleh yang demikian pihak kerajaan telah menggubal beberapa undang-undang bagi mengekang dan mengatasi masalah ini. Antara undang-undang ialah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Keselamatan Dalam Negeri atau di dalam bahasa Inggeris ia disebut ‘Internal Security Act’ (ISA) dan lain-lain lagi undang yang telah digubal oleh Kerajaan Malaysia.

Sebagai contoh di dalam berkaitan penyiaran iklan yang menyentuh agama lain seperti kes yang telah dinyatakan di atas, pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengambil tindakan terhadap stesen televisyen tersebut dengan mengenakan kompaun sebanyak RM 50,000 terhadap stesen televisyen tersebut.

Gambar 2: Sebuah akhbar tempatan menyiarkan tindakan yang diambil oleh kerajaan di dalam isu tersebut

Page 10: Rusuhan Kaum Singapura 1964

Masyarakat juga perlu saling hormat-menghormati di antara satu sama lain di dalam perkara yang menyentuh soal-soal keagamaan pihak lain.

Dari perspektif agama Islam di dalam bab memperkatakan menghormati agama lain ia telah dijelaskan di dalam surah

Al-An’aam ayat 108:

“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikian Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Berdasarkan ayat di atas jelas di dalam Islam melarang umatnya mencaci dan menghina amalan-amalan penganut agama lain.

Pemimpin-pemimpin agama juga perlu memainkan peranan di dalam mengawal masyarakat di dalam kelompok agama mereka agar lebih menghormati ajaran agama lain dan sekiranya terdapat salah faham dan permasalahan berkaitan agama maka perbincangan perlu diadakan bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Tindakan berbentuk emosi akan menyebabkan berlakuny konflik di antara agama sekali gus menjejaskan kehidupan harmoni di dalam masyarakat dan negara.

PENUTUP

Kesepakatan di antara kaum-kaum dan di antara penganut-penganut agama yang berlainan di dalam sebuah komuniti atau masyarakat akan menjadikan sesebuah negara itu harmoni dan dapat bergerak secara normal dan dapat memacu kemajuan demi kesejahteraan rakyat. Namun jika berlaku sebaliknya maka negara tersebut bakal menuju kepada kehancuran dan kebinasaan seterusnya akan menyebabkan rakyat menjadi sengsara.

Dari apa yang diperbincangkan di atas maka jelaslah bahawa perpaduan di antara kaum dan agama yang pelbagai di dalam sesebuah negara menjadi kunci kejayaan terhadap negara tersebut. Begitu jugalah di dalam konteks negara Malaysia rakyatnya serta kerajaan perlulah memainkan peranan bagi mewujudkan perpaduan tersebut.

Page 11: Rusuhan Kaum Singapura 1964

Segala isu-isu yang bersifat sensitif dan menyentuh kaum dan agama perlulah diperbincangkan secara berhati-hati agar tidak wujud pergeseran di antara satu sama lain. Usaha-usaha bagi menyatu padukan masyarakat yang bersifat majmuk seperti ini perlu dimulakan pada peringkat kanak-kanak lagi agar mereka terbiasa hidup bersama walaupun berbeza dari segi kaum dan agama.

Kebudayaan-kebudayaan di antara kaum juga perlu didedahkan pada peringkat awal lagi supaya masyarakat akan lebih memahami budaya di antara satu sama lain. Seterusnya akan mewujudkan budaya hormat-menghormati di antara satu sama lain. Sejarah lampau juga perlu didedahkan kepada masyarakat agar masyarakat lebih memahami mengenai sejarah lampau dan mengambil ikhtibar daripadanya.