Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
s
1.0. PENDAHULUAN
Garis Panduan ini sebagai panduan kepada kakitangan RISDA, Syarikat
Milikan RISDA (SMR), Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad
(KARISMA), pesara, Ahli Pihak Berkuasa RISDA (APB) dan Ahli Lembaga
Pengarah Syarikat Milikan RISDA (ALP) untuk menyertai Skim Hospital dan
Pembedahan Berkelompok (SHPB) bagi tempoh satu (1) tahun perlindungan
insurans berkuatkuasa dari 1 Mei 2020 hingga 30 April 2021.
2.0. KEAHLIAN DAN UMUR PENYERTAAN
2.1. Semua kakitangan RISDA yang berjawatan tetap atau kontrak adalah
diwajibkan menyertai SHPB.
2.2. Penyertaan SHPB juga dibuka kepada kakitangan SMR dan KARISMA
yang berjawatan tetap atau kontrak, pesara, APB dan ALP.
2.3. Kakitangan yang dilantik, bersara atau menamatkan perkhidmatan,
APB dan ALP yang dilantik sebelum dan selepas tarikh perlindungan
insurans berkuatkuasa iaitu 1 Mei tahun semasa boleh menyertai
SHPB.
2.4. Kakitangan boleh menyertai SHPB bersama pasangan (suami/ isteri)
termasuk isteri kedua, ketiga dan keempat serta anak-anak yang
masih di bawah tanggungan.
2.5. Pesara hanya boleh menyertai SHPB bersama pasangan tetapi terhad
kepada seorang isteri sahaja.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
2
2.6. Bagi APB dan ALP yang berumur 64 tahun (umur tahun berikutnya)
dan ke bawah boleh menyertai SHPB bersama pasangan (suami/
isteri) tetapi terhad kepada seorang isteri sahaja. Manakala APB dan
ALP yang berumur 65 tahun hingga 74 tahun (umur tahun berikutnya)
hanya boleh menyertai SHPB untuk diri sendiri sahaja.
2.7. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan yang layak menyertai
SHPB adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang diiktiraf
oleh undang-undang termasuk anak berstatus Orang Kelainan Upaya
(OKU) yang masih belum bekerja atau belum berkahwin.
2.8. Pasangan yang berkahwin, anak yang dilahirkan atau anak yang
menyambung pengajian di tingkatan enam (6) atau Institut Pengajian
Tinggi (IPT) dalam negara selepas tarikh perlindungan insurans
berkuatkuasa iaitu 1 Mei tahun semasa juga boleh menyertai SHPB.
2.9. Bagi pasangan (suami/ isteri) kakitangan yang berkhidmat di RISDA
dikehendaki menyertai SHPB secara berasingan. Penyertaan anak
kakitangan hanya dibenarkan sekali sahaja sama ada didaftarkan
bersama penyertaan ibu atau bapa.
2.10. Tarikh penentuan had umur penyertaan SHPB untuk setiap kategori
ialah pada tarikh perlindungan insurans berkuatkuasa iaitu pada 1 Mei
setiap tahun.
2.11. Had umur penyertaan SHPB bagi setiap kategori adalah seperti di
Jadual 1.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
3
Jadual 1: Had umur penyertaan SHPB
BIL. KATEGORI HAD UMUR PENYERTAAN
a. Kakitangan Mulai 18 tahun hingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 60.
b. Pesara Sehingga 64 tahun (umur tahun berikutnya)
c. APB / ALP Sehingga 74 tahun (umur tahun berikutnya)
d. Pasangan (suami/ isteri pertama hingga isteri ke-4) kakitangan, pesara, APB dan ALP.
Mulai 18 tahun hingga 64 tahun (umur tahun berikutnya)
e. Anak-anak masih di bawah tanggungan yang belum bekerja dan belum berkahwin: i. Bayi hingga anak tamat
tingkatan lima (5) ii. Anak yang belajar di
tingkatan enam (6) atau menyambung pengajian di IPT dalam negara.
Mulai umur 15 hari hingga satu (1) hari sebelum ulang tahun ke 18. Mulai tarikh pendaftaran tingkatan enam (6) atau IPT hingga tamat belajar atau 25 tahun (umur tahun berikutnya) mengikut mana yang dahulu.
3.0. PENAMATAN KEAHLIAN
Kelayakan kakitangan, pesara, APB, ALP, pasangan dan anak-anak sebagai
ahli SHPB akan tamat apabila:
3.1. Kakitangan atau pesara atau APB atau ALP meninggal dunia.
3.2. Kakitangan bersara atau menamatkan perkhidmatan dan berhenti
mencarum.
3.3. Kakitangan meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan atau
meninggalkan perkhidmatan atau dibuang kerja.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
4
3.4. Perkhidmatan APB atau ALP ditamatkan.
3.5. Ahli yang gagal mencarum dua (2) bulan berturut-turut.
3.6. Anak-anak di bawah tanggungan yang telah bekerja atau telah
berkahwin atau telah menamatkan pengajian. Kakitangan atau pesara
boleh menamatkan keahlian dengan memaklumkan secara bertulis
kepada Urus Setia SHPB dan caruman SHPB yang telah dibayar
sebelumnya tidak akan dikembalikan.
4.0. SKOP PERLINDUNGAN
4.1. SHPB memberi perlindungan 24 jam di mana-mana sahaja seluruh
dunia kepada ahli yang menetap di Malaysia atau mengembara ke luar
negara untuk satu tempoh yang tidak melebihi 90 hari berturut-turut
melainkan setelah mendapat kelulusan syarikat insurans.
4.2. SHPB memberi perlindungan bagi rawatan di hospital seperti berikut:
a. Menerima rawatan sebagai pesakit dalam akibat penyakit atau
kemalangan.
b. Menjalani pembedahan kecil sebagai pesakit luar.
c. Menerima rawatan kecemasan akibat penyakit di antara pukul 10
malam hingga pukul 8 pagi keesokan harinya.
d. Menjalani rawatan susulan dengan doktor dan hospital yang sama
bagi tempoh 60 hari dari tarikh discaj hospital.
5.0. PELAN PERLINDUNGAN
5.1. Kadar perlindungan SHPB adalah berbeza di antara setiap pelan dan
tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
5.2. Kakitangan RISDA, SMR dan KARISMA yang menyertai SHPB boleh
memilih di antara lima (5) pelan perlindungan iaitu A, B, C, D atau E
seperti di lampiran 1 serta kategori penyertaan seperti di Jadual 2.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
5
Jadual 2: Kategori penyertaan SHPB untuk kakitangan
5.3. Pasangan (suami/ isteri) termasuk isteri kedua, isteri ketiga dan isteri
keempat serta anak-anak yang masih di bawah tanggungan
kakitangan yang menyertai SHPB hanya boleh memilih pelan
perlindungan yang sama dengan pelan pilihan kakitangan.
5.4. Bagi pasangan (suami/ isteri) kakitangan yang bekerja di RISDA atau
SMR atau KARISMA boleh memilih pelan perlindungan yang berbeza.
Bagaimanapun, anak kakitangan yang menyertai SHPB hanya boleh
memilih satu pelan perlindungan sahaja sama ada mengikut pelan
pilihan ibu atau bapa.
5.5. Pesara berumur di bawah 60 tahun boleh memilih di antara lima (5)
pelan perlindungan iaitu A, B, C, D atau E seperti di lampiran 1.
Pesara berumur 60 tahun hingga 64 tahun (umur tahun berikutnya)
pula boleh memilih di antara lima (5) pelan perlindungan iaitu A, B, C,
D atau E seperti di lampiran 2.
5.6. Bagi pesara berumur di bawah 60 tahun yang menyertai SHPB boleh
memilih di antara dua (2) kategori penyertaan yang terdapat bagi
setiap pelan seperti di Jadual 3.
BIL. KATEGORI PENYERTAAN KOD PENYERTAAN
a. Kakitangan sahaja A01/ B01/ C01/ D01/ E01
b. Kakitangan dan pasangan A02/ B02/ C02/ D02/ E02
c. Kakitangan dan anak-anak masih di bawah tanggungan A03/ B03/ C03/ D03/ E03
d. Kakitangan, pasangan dan anak-anak masih di bawah tanggungan A04/ B04/ C04/ D04/ E04
e. Isteri ke-2, ke-3 dan ke-4 A05/ B05/ C05/ D05/ E05
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
6
Jadual 3: Kategori penyertaan SHPB bagi pesara bawah 60 tahun
5.7. Pesara yang berumur 60 tahun hingga 64 tahun (umur tahun
berikutnya) yang menyertai SHPB juga boleh memilih di antara dua (2)
kategori penyertaan yang terdapat bagi setiap pelan seperti di Jadual
4.
Jadual 4: Kategori penyertaan SHPB bagi pesara berumur 60 tahun
hingga 64 tahun
5.8. Pasangan (suami/ isteri) pesara yang menyertai SHPB hanya boleh
memilih pelan perlindungan yang sama dengan pelan pilihan pesara.
5.9. APB dan ALP berumur di bawah 60 tahun yang menyertai SHPB
hanya boleh memilih pelan E seperti di lampiran 1 dan dibenarkan
memilih di antara dua (2) kategori penyertaan seperti di Jadual 5.
Jadual 5: Kategori penyertaan SHPB bagi APB / ALP bawah 60 tahun
5.10. Bagi APB dan ALP berumur 60 tahun hingga 64 tahun (umur tahun
berikutnya) yang menyertai SHPB hanya boleh memilih pelan E seperti
di lampiran 2 dan dibenarkan memilih di antara dua (2) kategori
penyertaan seperti di Jadual 6.
BIL. KATEGORI PENYERTAAN KOD PENYERTAAN
a. Pesara sahaja A01/ B01/ C01/ D01/ E01
b. Pesara dan pasangan A02/ B02/ C02/ D02/ E02
BIL. KATEGORI PENYERTAAN KOD PENYERTAAN
a. Pesara sahaja A06/ B06/ C06/ D06/ E06
b. Pesara dan pasangan A07/ B07/ C07/ D07/ E07
BIL. KATEGORI PENYERTAAN KOD PENYERTAAN
a. APB / ALP sahaja E01
b. APB / ALP dan pasangan E02
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
7
Jadual 6: Kategori penyertaan SHPB bagi APB / ALP berumur
60 tahun hingga 64 tahun
5.11. Pelan perlindungan bagi APB dan ALP berumur 65 tahun hingga 74
tahun (umur tahun berikutnya) adalah seperti di lampiran 3 dan hanya
APB dan ALP yang berumur 65 tahun hingga 74 tahun (umur tahun
berikutnya) sahaja boleh menyertai SHPB dengan memilih pelan E12.
5.12. Ahli SHPB tidak dibenarkan menukar mana-mana pelan yang telah
dipilih sepanjang tempoh satu (1) tahun perlindungan.
5.13. Ahli SHPB juga dinasihatkan supaya memastikan kadar caj bilik
penginapan yang dikenakan semasa dimasukkan ke hospital tidak
melebihi kelayakan mengikut pelan yang dipilih bagi mengelak
sebarang caj tambahan dikenakan.
6.0. MANFAAT PERLINDUNGAN
SHPB akan menanggung caj rawatan dan perubatan yang dikenakan oleh
pihak hospital bagi perkara-perkara yang dilindungi oleh insurans sahaja
tertakluk kepada had maksima pelan yang dipilih mengikut hilang upaya atau
had tahunan seperti di lampiran 1 atau lampiran 2 atau lampiran 3 bagi
manfaat perlindungan seperti berikut:
6.1. Penginapan dan bilik hospital
a. Bilik wad biasa
Melindungi caj harian yang dikenakan oleh pihak hospital tertakluk
kepada kadar maksima mengikut pelan ahli bagi bilik, makanan dan
perkhidmatan biasa jururawat yang tidak termasuk penyediaan
jururawat khas dan perkhidmatan doktor bagi tempoh tidak melebihi
120 hari.
BIL. KATEGORI PENYERTAAN KOD PENYERTAAN
a. APB / ALP sahaja E06
b. APB / ALP dan pasangan E07
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
8
b. Unit Penjagaan rapi (ICU/ CCU/ HDU)
Melindungi caj harian sebenar yang dikenakan oleh pihak hospital
bagi bilik Intensive Care Unit (ICU), Coronary Care Unit (CCU),
High Dependency Unit (HDU) atau wad pengasingan (Isolation
Ward) semasa menerima rawatan bagi tempoh tidak melebihi 20
hari.
6.2. Peralatan hospital dan lain-lain perkhidmatan
Melindungi caj sebenar yang dikenakan oleh pihak hospital semasa
menerima rawatan bagi perkhidmatan yang disediakan oleh pihak
hospital seperti berikut:
a. Oksigen dan segala urusan yang berkaitan
b. X-ray, electrocardiograms dan pengujian makmal
c. Ubat, pembalut luka dan pemindahan darah
6.3. Pembedahan
Melindungi caj sebenar yang dikenakan oleh pakar bedah bagi setiap
pembedahan yang dilakukan.
6.4. Perkhidmatan bius
Melindungi caj sebenar yang dikenakan oleh pakar bius semasa
pembedahan dilakukan.
6.5. Penggunaan dewan bedah
Melindungi caj sebenar penggunaan dewan bedah yang dikenakan
oleh pihak hospital semasa pembedahan dilakukan.
6.6. Lawatan doktor
Melindungi caj sebenar yang dikenakan oleh doktor bagi setiap hari
lawatan dan rawatan yang dilakukan di wad ke atas pesakit yang
hilang upaya tidak melibatkan pembedahan termasuk pada hari
dibenarkan discaj dari hospital.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
9
6.7. Bayaran balik cukai
Bayaran balik cukai perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan ke
atas caj penginapan dan bilik hospital.
6.8. Rundingan doktor pakar sebelum pembedahan
Melindungi caj sebenar perkhidmatan nasihat doktor pakar yang
dirujuk oleh doktor bertauliah dalam tempoh 60 hari sebelum pesakit
dimasukkan ke hospital bagi penyakit atau kecederaan yang sama.
6.9. Perkhidmatan diagnosis sebelum pembedahan
Melindungi caj sebenar penggunaan X-ray dan ujian makmal untuk
tujuan diagnosis penyakit yang disyorkan oleh doktor bertauliah dalam
tempoh 60 hari sebelum pesakit dimasukkan ke hospital bagi penyakit
atau kecederaan yang sama.
6.10. Pandangan kedua pakar bedah
Melindungi caj sebenar perkhidmatan rundingan dan pandangan kedua
doktor pakar berhubung prosedur rawatan yang akan dilakukan dalam
tempoh 60 hari sebelum pesakit dimasukkan ke hospital bagi penyakit
atau kecederaan yang sama.
6.11. Rawatan susulan selepas discaj dari hospital
Melindungi caj sebenar rawatan susulan dengan doktor yang sama
merawat sebelumnya akibat pembedahan atau bukan bagi tempoh
tidak melebihi 60 hari dari tarikh discaj hospital.
6.12. Rawatan kecemasan akibat kemalangan
Melindungi caj sebenar rawatan kecemasan yang dikenakan oleh
pihak hospital akibat kecederaan kemalangan dan menerima rawatan
sebagai pesakit luar dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.
Perlindungan juga merangkumi rawatan susulan dengan doktor dan
pusat perubatan yang sama bagi tempoh tidak melebihi 60 hari dari
tarikh kemalangan.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
10
6.13. Rawatan pergigian akibat kemalangan
Melindungi caj sebenar rawatan kecemasan pergigian yang dikenakan
oleh pihak hospital atau klinik pergigian berdaftar dan menerima
rawatan sebagai pesakit luar dalam tempoh 24 jam selepas
kemalangan. Perlindungan juga merangkumi rawatan susulan dengan
doktor gigi yang sama bagi tempoh tidak melebihi 14 hari dari tarikh
kemalangan.
6.14. Perkhidmatan ambulan
Melindungi sehingga RM300.00 bagi perkhidmatan ambulan dan
rawatan kecemasan yang diberi oleh pihak hospital atau syarikat
ambulan persendirian.
6.15. Bayaran balik caj laporan perubatan
Bayaran balik caj sebenar untuk penyediaan laporan perubatan yang
diperlukan.
6.16. Elaun tunai harian hospital kerajaan Malaysia
Elaun tunai harian dibayar mengikut kadar pelan ahli dan bilangan hari
rawatan di hospital kerajaan Malaysia bagi tempoh tidak melebihi 120
hari.
6.17. Rawatan kecemasan akibat penyakit
Melindungi caj sebenar rawatan kecemasan akibat penyakit sebagai
pesakit luar yang diterima selepas pukul 10.00 malam hingga pukul
8.00 pagi keesokan harinya yang dikenakan oleh pihak hospital atau
klinik 24 jam yang berdaftar.
6.18. Prosedur penjagaan harian
Melindungi caj sebenar rawatan sebagai pesakit luar termasuk semua
caj tambahan yang dikenakan oleh pihak hospital atau pusat rawatan
pakar dan penjagaan harian.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
11
6.19. Peralatan terapi
Melindungi caj sewaan sebenar semasa rawatan terapi yang
dikenakan oleh pihak hospital.
6.20. Penggunaan alat sokongan
Melindungi caj penggunaan alat sokongan dalaman sehingga
RM1,500.00 yang dikenakan oleh pihak hospital.
6.21. Penjagaan jangka panjang
Melindungi caj rawatan kemoterapi pesakit kanser dan dialisis pesakit
buah pinggang.
7.0. MANFAAT KEMATIAN
Bayaran pampasan ahli SHPB yang meninggal dunia atas sebarang sebab
sebanyak RM2,000.00 akan dibayar sekali gus kepada waris untuk
perbelanjaan menguruskan jenazah.
8.0. PENGECUALIAN PERLINDUNGAN
8.1. Rawatan dan pembedahan kosmetik atau apa-apa rawatan komplikasi
yang berkaitan kecuali rawatan dan pembedahan kosmetik akibat
kecederaan kemalangan dalam tempoh 6 bulan selepas rawatan
pertama kemalangan dilakukan.
8.2. Rawatan dan penjagaan untuk tujuan pengujian dan penyelidikan yang
dilakukan tidak menurut piawaian professional atau yang diperlukan
untuk tujuan perubatan.
8.3. Kecederaan kerana terlibat kegiatan jenayah, di bawah pengaruh
alkohol dan dadah atau mencederakan diri sendiri dalam keadaan
sedar atau tidak sedar.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
12
8.4. Penjagaan jururawat peribadi dan perkhidmatan rawatan pemulihan
akibat keletihan fizikal atau fikiran.
8.5. Ubat dan alat mencegah kehamilan, prosedur dan rawatan komplikasi
yang berkaitan, prosedur dan rawatan kemandulan, pembedahan
penukaran jantina dan rawatan pemindahan hormon.
8.6. Berkhatan kecuali rawatan akibat penyakit.
8.7. Rawatan akibat jangkitan penyakit kelamin seperti AIDS, HIV atau
sekuela atau penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh
kerajaan Malaysia.
8.8. Rawatan alternatif seperti akupuntur, osteopathy, refleksologi,
pengurutan, terapi aroma, herba, rawatan atau perunding pemakanan
dan sebagainya.
8.9. Semua jenis vitamin, krim sapuan, minyak angin, makanan tambahan,
produk herba, produk menurun berat badan, produk pembersihan kulit
muka, produk kosmetik dan produk sebagainya yang dibeli dari kaunter
atau kedai menjual produk kecantikan dan kesihatan.
8.10. Rawatan psikotik, kecelaruan mental atau gangguan saraf dan
keadaan tingkah laku termasuk segala jenis penyakit mental dan
gangguan tidur.
8.11. Rawatan kecacatan fizikal atau keganjilan konjanital sejak dilahirkan
atau dalam tempoh 6 bulan selepas dilahirkan.
8.12. Penyakit atau kehilangan upaya anak yang baharu dilahirkan dalam
tempoh 15 hari pertama selepas dilahirkan.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
13
8.13. Pemeriksaan am fizikal yang dilakukan secara berjadual, pemeriksaan
kesihatan, rawatan dan vaksin pencegahan, ujian diagnosis bukan
untuk tujuan rawatan.
8.14. Terapi pekerjaan yang bukan sebahagian daripada program pemulihan
rawatan tetapi dirawat sebagai pesakit dalam kerana trauma.
8.15. Pemeriksaan dan rawatan pembetulan mata seperti pemakaian cermin
mata atau kanta sesentuh atau lasik atau pembedahan penukaran
kanta, pemasangan anggota palsu, alat bantuan pendengaran atau
apa-apa rawatan bagi membetulkannya.
8.16. Apa-apa rawatan atau pembedahan pergigian seperti pemeriksaan,
tampal, cabut atau buang gigi terbenam dan penjagaan am kecuali
pembedahan pergigian akibat kecederaan kerana kemalangan.
8.17. Rawatan secara langsung atau tidak langsung akibat terdedah kepada
bahan radioaktif, bahan letupan atau kemalangan yang disebabkan
oleh bahan-bahan tersebut.
8.18. Rawatan akibat peperangan, terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam mogok, rusuhan, pemberontakan atau aktiviti
ketenteraan, kekecohan awam, letupan senjata atau menjadi tawanan.
8.19. Penyediaan kemudahan lain selain perkhidmatan rawatan oleh hospital
seperti kemudahan televisyen, telefon, fax, radio dan lain-lain.
8.20. Rawatan terapi fizikal atau pemulihan anggota atau fisioterapi sebagai
pesakit luar.
8.21. Rawatan pemulihan sebagai pesakit luar, chemotherapy, radiation
therapy, immunotherapy, photodynamic therapy, kidney dialysis dan
lain-lain.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
14
8.22. Perbelanjaan kerana menderma atau menerima apa-apa organ badan
termasuk perbelanjaan pemindahan organ.
8.23. Penyakit atau kecederaan yang dialami akibat aktiviti udara kecuali
penumpang perkhidmatan Syarikat Penerbangan Awam atau
penumpang kapalterbang sewa khas yang dikendali dan diselenggara
dengan baik oleh anggota penerbangan professional.
8.24. Pengujian darah untuk pengujian alahan atau alergi.
9.0. TEMPOH PEMISAHAN
9.1. Tempoh Pemisahan bermaksud satu jangkamasa yang menentukan
ahli akan menerima had baharu bagi hilang upaya yang sama dalam
satu (1) tahun perlindungan.
9.2. Tempoh Pemisahan tersebut bergantung kepada tempoh seperti
berikut:
a. Empat belas (14) hari selepas tarikh discaj hospital bagi hilang
upaya yang tidak memerlukan rawatan susulan.
b. Enam puluh (60) hari selepas tarikh discaj hospital bagi hilang
upaya yang memerlukan rawatan susulan.
c. Tiada Tempoh Pemisahan bagi hilang upaya atau penyakit kritikal
yang memerlukan jangkamasa rawatan yang panjang seperti
penyakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kanser.
10.0. PENGAMBILALIHAN POLISI
Ahli akan dilindungi mengikut pelan di bawah polisi lama jika menghidap
penyakit atau mengalami kemalangan dan memerlukan rawatan sebelum
polisi baharu berkuatkuasa atau pada masa polisi baharu telah berkuatkuasa
dan terdapat sejarah perubatan untuknya semasa polisi lama.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
15
11.0. BIL HOSPITAL MELEBIHI HAD PELAN PERLINDUNGAN
11.1. SHPB akan mendahulukan bayaran bil hospital yang melebihi had
pelan perlindungan bagi kakitangan dan tanggungannya sahaja tidak
melebihi 10% daripada had pelan ahli. Apa-apa perbezaan yang
melebihi 10% daripada had pelan ahli perlulah dijelaskan sendiri oleh
kakitangan kepada pihak hospital.
11.2. Kuasa meluluskan pendahuluan bayaran bil hospital yang melebihi had
pelan ahli adalah seperti di Jadual 7.
Jadual 7: Kuasa meluluskan pendahuluan bayaran bil hospital melebihi
had pelan ahli
11.3. Bayaran balik pendahuluan bayaran bil hospital yang melebihi had
pelan ahli diurus melalui potongan gaji bagi kakitangan RISDA dan
pembayaran penuh oleh SMR dan KARISMA. Potongan gaji atau
bayaran balik oleh kakitangan yang berkenaan akan diurus di peringkat
SMR dan KARISMA masing-masing.
11.4. Kadar potongan gaji bulanan dan tempoh bayaran balik bagi
pendahuluan bayaran bil hospital yang melebihi had pelan kakitangan
RISDA adalah seperti di Jadual 8.
BIDANG KUASA HAD NILAI KUASA MELULUS
Melulus pendahuluan bayaran bil hospital yang melebihi had pelan ahli.
Maksima 10% daripada had pelan ahli.
1. Pengarah Bahagian Pentadbiran, ATAU
2. Ketua Unit Khidmat Sokongan Logistik dan Kebajikan, ATAU
3. Ketua Seksi Kebajikan
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
16
Jadual 8: Kadar dan bilangan ansuran potongan gaji kakitangan
RISDA
11.5. Bagaimanapun, kadar dan bilangan ansuran potongan gaji di atas
adalah tertakluk kepada baki tempoh perkhidmatan kakitangan RISDA.
11.6. Sebarang rayuan ke atas kadar potongan gaji bulanan hendaklah
dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Urus Setia SHPB untuk
pertimbangan dan kelulusan oleh Jawatankuasa Pentadbir Tabung
Kebajikan RISDA.
12.0. TUNTUTAN INSURANS
Setiap tuntutan kepada pihak insurans mestilah dilengkapkan dengan
dokumen-dokumen berikut:
12.1. Bayaran balik bil hospital:
a. Borang tuntutan insurans yang telah lengkap diisi.
b. Laporan perubatan bagi prosedur atau rawatan yang berkaitan.
c. Laporan polis jika terlibat kemalangan.
d. Resit asal.
e. Bil terperinci hospital yang asal.
f. Salinan kad pengenalan kakitangan dan pesakit yang disahkan.
g. Nombor akaun bank.
12.2. Elaun tunai harian hospital kerajaan Malaysia:
a. Borang tuntutan insurans yang telah lengkap diisi.
b. Laporan perubatan bagi prosedur atau rawatan yang berkaitan.
c. Ringkasan pelepasan (Discharge summary)
BIL. NILAI
PENDAHULUAN RM
KADAR POTONGAN GAJI
RM / BULAN BILANGAN ANSURAN
1. RM120.00 dan ke bawah Ikut nilai bil 1 bulan
2. RM120.01 hingga RM5,000.00 RM120.00 Maksima 42 bulan
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
17
d. Nota pelepasan (Discharge note)
e. Salinan kad pengenalan kakitangan dan pesakit yang disahkan.
f. Nombor akaun bank.
12.3. Manfaat kematian:
a. Borang tuntutan insurans yang telah lengkap diisi.
b. Laporan perubatan bagi prosedur atau rawatan yang berkaitan.
c. Laporan polis jika terlibat kemalangan.
d. Salinan Sijil Kematian yang disahkan.
e. Salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur yang disahkan.
f. Salinan kad pengenalan kakitangan dan si mati yang disahkan.
13.0. CARUMAN
13.1. Kadar caruman ahli SHPB adalah termasuk kenaan cukai jualan dan
perkhidmatan (SST) sebanyak 6%.
13.2. Kadar caruman bulanan mengikut pelan perlindungan dan kategori
penyertaan pilihan kakitangan RISDA dan SMR adalah selepas ditolak
sumbangan pengurusan RISDA seperti di lampiran 4.
13.3. Selain daripada kakitangan RISDA dan SMR dikehendaki membuat
caruman penuh termasuk SST tanpa sumbangan pengurusan RISDA
pada setiap bulan mengikut pelan perlindungan dan kategori
penyertaan yang dipilih seperti di lampiran 4.
13.4. Semua kakitangan RISDA berjawatan tetap atau kontrak diwajibkan
mencarum sekurang-kurangnya kadar yang paling minima iaitu pelan A
kategori penyertaan kakitangan kod A01.
13.5. Caruman penyertaan isteri kedua, ketiga dan keempat juga tiada
sumbangan pengurusan RISDA dan perlu memilih kategori penyertaan
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
18
Isteri ke-2, ke-3 dan ke-4 di antara kod pelan A05 atau B05 atau C05
atau D05 atau E05 seperti di lampiran 4.
13.6. Caruman bulanan kakitangan RISDA, SMR dan KARISMA kepada
SHPB akan dibuat secara potongan gaji oleh majikan masing-masing.
13.7. Mana-mana kakitangan RISDA, SMR dan KARISMA yang bercuti
tanpa gaji hendaklah menguruskan caruman SHPB secara tunai atau
kaedah lain yang sesuai sepanjang tempoh cuti tanpa gaji tersebut
bagi mengelak keahlian SHPB ditamatkan.
13.8. Kadar caruman satu (1) tahun termasuk SST bagi pesara berumur 64
tahun (umur tahun berikutnya) dan ke bawah mengikut pelan
perlindungan dan kategori penyertaan adalah seperti di lampiran 5.
13.9. Pesara kena mencarum sekali gus untuk tempoh satu (1) tahun
perlindungan kepada SHPB dan membuat bayaran penuh melalui cek
persendirian atau cek bank atau deraf bank atau pindahan secara
dalam talian atas nama Skim Hospital Dan Pembedahan
Berkelompok akaun Bank Muamalat nombor 1403-0000916-719.
Pesara dikehendaki mengemukakan salinan slip bayaran kepada Urus
Setia SHPB dan menyatakan nama serta nombor kad pengenalan
sekiranya mendeposit sendiri caruman atau membuat pindahan secara
dalam talian.
13.10. Ahli SHPB yang bersara semasa tempoh perlindungan insurans
berkuatkuasa boleh menyambung penyertaan dengan mengisi borang
keahlian pesara dan membayar caruman sekali gus untuk tempoh
bermula dari tarikh persaraan sehingga tamat tempoh perlindungan
insurans.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
19
13.11. APB dan ALP berumur di bawah 60 tahun dikehendaki mencarum
mengikut kadar caruman satu (1) tahun termasuk SST dan boleh
memilih di antara pelan E01 atau E02 seperti di lampiran 5.
13.12. Bagi APB dan ALP berumur 60 tahun hingga 64 tahun (umur tahun
berikutnya) dikehendaki mencarum mengikut kadar caruman satu (1)
tahun termasuk SST dan boleh memilih di antara pelan E06 atau E07
seperti di lampiran 5.
13.13. Kadar caruman termasuk SST yang perlu dibayar oleh APB dan ALP
berumur 65 tahun hingga 74 tahun (umur tahun berikutnya) adalah
sebanyak RM11,147.00 untuk satu (1) tahun.
13.14. Apa-apa perubahan pelan dan kadar caruman SHPB adalah tertakluk
kepada syarikat takaful yang dilantik oleh pengurusan RISDA.
14.0. SUMBANGAN PENGURUSAN RISDA
14.1. Sumbangan pengurusan RISDA adalah merupakan subsidi
sebahagian daripada jumlah caruman yang sepatutnya dibayar oleh
kakitangan RISDA dan SMR.
14.2. Sumbangan pengurusan RISDA hanya diberi kepada kakitangan
RISDA dan SMR tetapi terhad kepada satu keluarga dan seorang isteri
sahaja.
14.3. Kadar sumbangan adalah tertakluk kepada kelulusan pengurusan
RISDA dari masa ke semasa.
15.0. TEMPOH PERLINDUNGAN
Tempoh perlindungan insurans kepada ahli SHPB adalah satu (1) tahun
bermula dari 1 Mei tahun semasa hingga 30 April tahun berikutnya.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
20
16.0. CARA MEMOHON DAN MEMBAHARUI KEAHLIAN
16.1. Kakitangan RISDA, SMR dan KARISMA yang ingin memohon menjadi
ahli atau membaharui keahlian SHPB bagi tempoh perlindungan polisi
baharu hanya perlu mengemaskini maklumat kakitangan, pasangan
(suami/ isteri) dan anak dalam Sistem e-Tabung dengan melayari
laman sesawang di www3.risda.gov.my/etabung.
16.2. Bagi pesara yang ingin memohon menjadi ahli atau membaharui
keahlian SHPB bagi tempoh perlindungan polisi baharu perlu mengisi
borang.
16.3. Bagi kakitangan yang dilantik atau bersara, pasangan yang berkahwin,
anak yang dilahirkan atau anak yang menyambung pengajian selepas
1 Mei setiap tahun yang ingin menyertai SHPB juga perlu mengisi
borang yang boleh dicetak dari Menu Garis Panduan SHPB yang
terdapat dalam Sistem e-Tabung.
16.4. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urus Setia
SHPB di alamat Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe,
Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.
17.0. BORANG DAN KEGUNAAN
BIL. NAMA BORANG KEGUNAAN
17.1. SHPB 1/2020 Borang Penyertaan SHPB Bagi Kakitangan Umur Bawah 60 Tahun
17.2. SHPB 2/2020 Borang Penyertaan SHPB Bagi Pesara/ APB/ ALP Umur Bawah 64 Tahun
17.3. SHPB 3/2020 Borang penyertaan SHPB Bagi APB/ ALP Umur 65 Tahun Hingga 74 Tahun
17.4. SHPB 4/2020 Borang Kebenaran Penyelesaian Hutang
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
21
18.0. URUS SETIA
Semua borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urus Setia
SHPB di alamat Bahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe, Ibu
Pejabat RISDA, KM 7.5 Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur.
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
22
Lampiran 1
MANFAAT SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK BAGI KAKITANGAN DAN PESARA/ APB/ ALP UMUR BAWAH 60 TAHUN TERMASUK PASANGAN DAN ANAK
THE SCHEDULE OF BENEFITS PLAN A PLAN B PLAN C PLAN D PLAN ERM RM RM RM RM
1. Hospital room & board (Daily max. up to 120 days) 120 190 210 250 400
2. Intensive Care Unit (Daily max. up to 20 days)
3. Hospital miscellaneous services
4. Surgical fees
5. Anaethetist's fees
6. Operating theatre
7. In-hospital physician's visit(Daily max. up to 120 days)
8. Reimbursement of SST
9. Pre-surgical/ medical specialist consultation(Within 60 days prior to hospitalisation)
10. Pre-surgical/ medical diagnostic services(Within 60 days prior to hospitalisation)
11. Second surgical opinion(Within 60 days prior to hospitalisation)
12. Follow-up treatment (Max. up to 60 days)
13. Outpatient accidental treatment(Within 24 hours & follow-up 60 days)
14. Accidental dental treatment (Within 24 hours & follow-up 14 days)
15. Ambulance services(Emergency & non-emergency services)
16. Medical report fee reimbursement
17. Government daily cash allowance(Daily max. up to 120 days)
18. Emergency out-patient treatment (10 pm to 8 am)
19. Daycare procedure (Inclusive all incidental costs)
20. Therapeutic equipment (wheel chair & others)
21. Orthopedic appliances
22. Death benefit (all causes) 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000
16,500 20,500 25,500 30,500 50,000
23. Long term care :Outpatient cancer treatmentOutpatient kidney dialysis treatment
As charged
As charged
As charged
As charged
As charged
As charged
6% of room and board charges
As charged
As charged
As charged
350
As charged
As charged
As charged
As charged
300 300 300 300 300
As charged
Rental charge during confinement
As charged up to max. of RM1,500 only
Overall limit per disability/ per member
As charged
As charged up to RM15,000 per annum/ per member
50 150 200 250
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
23
Lampiran 2
MANFAAT SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK BAGI PESARA/ APB/ ALP UMUR 60 TAHUN HINGGA 64 TAHUN TERMASUK PASANGAN
THE SCHEDULE OF BENEFITS PLAN A PLAN B PLAN C PLAN D PLAN ERM RM RM RM RM
1. Hospital room & board (Daily max. up to 120 days) 120 190 210 250 400
2. Intensive Care Unit (Daily max. up to 20 days)
3. Hospital miscellaneous services
4. Surgical fees
5. Anaethetist's fees
6. Operating theatre
7. In-hospital physician's visit(Daily max. up to 120 days)
8. Reimbursement of SST
9. Pre-surgical/ medical specialist consultation(Within 60 days prior to hospitalisation)
10. Pre-surgical/ medical diagnostic services(Within 60 days prior to hospitalisation)
11. Second surgical opinion(Within 60 days prior to hospitalisation)
12. Follow-up treatment (Max. up to 60 days)
13. Outpatient accidental treatment(Within 24 hours & follow-up 60 days)
14. Accidental dental treatment (Within 24 hours & follow-up 14 days)
15. Ambulance services(Emergency & non-emergency services)
16. Medical report fee reimbursement
17. Government daily cash allowance(Daily max. up to 120 days)
18. Emergency out-patient treatment (10 pm to 8 am)
19. Daycare procedure (Inclusive all incidental costs)
20. Therapeutic equipment (wheel chair & others)
21. Orthopedic appliances
22. Long term care :Outpatient cancer treatmentOutpatient kidney dialysis treatment
23. Death benefit (all causes) 2,000 2,000 2,000 2,000 2,000
15,000 20,000 25,000 30,000 40,000
As charged
300 300
50 150 200 250 350
Overall limit per annum/ per member
As charged
As charged
Rental charge during confinement
As charged up to max. of RM1,500 only
As charged
As charged
As charged
As charged
As charged
As charged
As charged
As charged
As charged
As charged
As charged
6% of room and board charges
As charged
As charged
300 300 300
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
24
Lampiran 3
MANFAAT SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK BAGI APB/ ALP UMUR 65 TAHUN HINGGA 74 TAHUN
THE SCHEDULE OF BENEFITS PLAN ERM
1. Hospital room & board (Daily max. up to 120 days) 250
2. Intensive Care Unit (Daily max. up to 20 days) As charged
3. Hospital miscellaneous services As charged
4. Surgical fees As charged
5. Anaethetist's fees As charged
6. Operating theatre As charged
7. In-hospital physician's visit(Daily max. up to 120 days)
8. Reimbursement of SST 6% of room and board charges
9. Pre-surgical/ medical specialist consultation(Within 60 days prior to hospitalisation)
10. Pre-surgical/ medical diagnostic services(Within 60 days prior to hospitalisation)
11. Second surgical opinion(Within 60 days prior to hospitalisation)
12. Follow-up treatment (Max. up to 60 days) As charged
13. Outpatient accidental treatment(Within 24 hours & follow-up 60 days)
14. Accidental dental treatment (Within 24 hours & follow-up 14 days)
15. Ambulance services(Emergency & non-emergency services)
16. Medical report fee reimbursement As charged
17. Government daily cash allowance(Daily max. up to 120 days)
18. Emergency out-patient treatment (10 pm to 8 am) As charged
19. Daycare procedure (Inclusive all incidental costs) As charged
20. Therapeutic equipment (wheel chair & others) Rental charge during confinement
21. Orthopedic appliances As charged up to max. of RM1,500 only
22. Long term care :Outpatient cancer treatmentOutpatient kidney dialysis treatment
23. Death benefit (all causes) 2,000
20,000
As charged
As charged
As charged
As charged
Overall limit per annum
300
100
As charged
As charged
As charged
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
25
Lampiran 4KADAR CARUMAN SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK BAGI KAKITANGAN UMUR BAWAH 60 TAHUN
PELAN KATEGORI KOD CARUMAN SUMBANGAN CARUMANPENYERTAAN PENYERTAAN PENUH PENGURUSAN KAKITANGAN
TERMASUK SST RISDA TERMASUK SST(SETELAH
TOLAK SUMBANGAN
RISDA)RM RM RM
Kakitangan sahaja A01 76.00 35.00 41.00
Kakitangan & pasangan A02 189.05 35.00 154.05
Kakitangan & anak-anak A03 191.15 35.00 156.15
Kakitangan & keluarga A04 304.45 35.00 269.45
Isteri ke-2, ke-3 & ke-4 A05 76.00 - 76.00
Kakitangan sahaja B01 100.55 35.00 65.55
Kakitangan & pasangan B02 250.45 35.00 215.45
Kakitangan & anak-anak B03 252.55 35.00 217.55
Kakitangan & keluarga B04 402.70 35.00 367.70
Isteri ke-2, ke-3 & ke-4 B05 100.55 - 100.55
Kakitangan sahaja C01 125.25 35.00 90.25
Kakitangan & pasangan C02 312.30 35.00 277.30
Kakitangan & anak-anak C03 314.35 35.00 279.35
Kakitangan & keluarga C04 501.65 35.00 466.65
Isteri ke-2, ke-3 & ke-4 C05 125.25 - 125.25
Kakitangan sahaja D01 145.05 35.00 110.05
Kakitangan & pasangan D02 361.75 35.00 326.75
Kakitangan & anak-anak D03 363.85 35.00 328.85
Kakitangan & keluarga D04 580.80 35.00 545.80
Isteri ke-2, ke-3 & ke-4 D05 145.05 - 145.05
Kakitangan sahaja E01 159.90 35.00 124.90
Kakitangan & pasangan E02 398.85 35.00 363.85
Kakitangan & anak-anak E03 400.95 35.00 365.95
Kakitangan & keluarga E04 640.15 35.00 605.15
Isteri ke-2, ke-3 & ke-4 E05 159.90 - 159.90
A
B
C
D
E
SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK
26
Lampiran 5KADAR CARUMAN SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK BAGI PESARA/ APB/ ALP UMUR 64 TAHUN DAN KE BAWAH
PELAN KATEGORI KOD CARUMAN CARUMAN PENYERTAAN PENYERTAAN SATU SATU
BULAN TAHUNTERMASUK SST TERMASUK SST
RM RMPesara/ APB/ ALP (umur bawah 60 tahun) sahaja A01 76.00 912.00
Pesara/ APB/ ALP (umur bawah 60 tahun) dan pasangan A02 189.05 2,268.60
Pesara/ APB/ ALP (umur 60 tahun hingga 64 tahun) sahaja A06 217.30 2,607.60
Pesara/ APB/ ALP (umur 60 tahun hingga 64 tahun) dan pasangan A07 542.40 6,508.80
Pesara/ APB/ ALP (umur bawah 60 tahun) sahaja B01 100.55 1,206.60
Pesara/ APB/ ALP (umur bawah 60 tahun) dan pasangan B02 250.45 3,005.40
Pesara/ APB/ ALP (umur 60 tahun hingga 64 tahun) sahaja B06 235.80 2,829.60
Pesara/ APB/ ALP (umur 60 tahun hingga 64 tahun) dan pasangan B07 588.60 7,063.20
Pesara/ APB/ ALP (umur bawah 60 tahun) sahaja C01 125.25 1,503.00
Pesara/ APB/ ALP (umur bawah 60 tahun) dan pasangan C02 312.30 3,747.60
Pesara/ APB/ ALP (umur 60 tahun hingga 64 tahun) sahaja C06 241.90 2,902.80
Pesara/ APB/ ALP (umur 60 tahun hingga 64 tahun) dan pasangan C07 603.80 7,245.60
Pesara/ APB/ ALP (umur bawah 60 tahun) sahaja D01 145.05 1,740.60
Pesara/ APB/ ALP (umur bawah 60 tahun) dan pasangan D02 361.75 4,341.00
Pesara/ APB/ ALP (umur 60 tahun hingga 64 tahun) sahaja D06 251.85 3,022.20
Pesara/ APB/ ALP (umur 60 tahun hingga 64 tahun) dan pasangan D07 628.80 7,545.60
Pesara/ APB/ ALP (umur bawah 60 tahun) sahaja E01 159.90 1,918.80
Pesara/ APB/ ALP (umur bawah 60 tahun) dan pasangan E02 398.85 4,786.20
Pesara/ APB/ ALP (umur 60 tahun hingga 64 tahun) sahaja E06 283.55 3,402.60
Pesara/ APB/ ALP (umur 60 tahun hingga 64 tahun) dan pasangan E07 708.00 8,496.00
A
B
C
D
E
27
SHPB 1/2020
Urus Setia SHPB KEGUNAAN URUS SETIABahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :
1. Nama (mengikut kad pengenalan)
2. Nombor kad pengenalan baharu 3. Nombor pekerja (jika berkaitan)- -
4. Tarikh lahir 5. Pendapatan sebulan (Gaji asas + elaun tetap)- - R M .
6. Jawatan
7. Tempat bertugas
8. Alamat
Poskod Bandar
9. Nombor telefon kediaman 10. Nombor telefon bimbit- -
1. Pilihan kakitangan RISDA dan SMR sahaja (Tandakan [ X ] pilihan anda)
RM RM RM RM RMKakitangan sahaja 01Kakitangan & pasangan 02Kakitangan & anak-anak 03Kakitangan & keluarga 04Isteri ke-2, ke-3 & ke-4 05Jumlah Caruman
2. Pilihan selain kakitangan RISDA dan SMR (Tandakan [ X ] pilihan anda)
RM RM RM RM RMKakitangan sahaja 01Kakitangan & pasangan 02Kakitangan & anak-anak 03Kakitangan & keluarga 04Isteri ke-2, ke-3 & ke-4 05Jumlah Caruman
125.25
314.35 363.85 400.95
402.70 640.15
PELAN C PELAN D
501.65 580.80
159.90
159.90
PENYERTAAN PELAN A PELAN B
76.00 100.55
189.05 250.45
76.00 100.55
191.15
312.30 361.75 398.85
125.25
PELAN E
76.00 100.55 125.25 145.05 159.90
156.15
269.45 367.70 466.65 545.80
145.05
304.45
145.05
252.55
605.15
65.55 90.25 110.05 124.90
217.55 279.35 328.85 365.95
154.05 215.45 277.30 326.75 363.85
41.00
BORANG PENYERTAAN SHPB BAGI KAKITANGANMAKLUMAT KAKITANGAN
PELAN PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SATU BULAN
PENYERTAAN PELAN A PELAN B PELAN C PELAN D PELAN E
28
SHPB 1/2020
BIL. NAMA ANAKNO. KAD PENGENALAN BAHARU
/ MYKIDHUBUNGAN NAMA SEKOLAH / IPT NO. PELAJAR
NO. KAD PENGENALAN BAHARUNAMA PASANGAN
MAKLUMAT PASANGAN (termasuk isteri kedua hingga keempat)
BIL.
MAKLUMAT ANAK (anak kandung, anak tiri dan anak angkat)
TEMPAT BERTUGAS(Nyatakan jika berkhidmat di RISDA/ SMR/ KARISMA)
HUBUNGAN
29
SHPB 1/2020
Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SHPB serta *membenarkan gaji bulanan saya dipotong / membayar caruman SHPB secara *tunai / pindahan / cek sebanyak Ringgit Malaysia. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . atas nama "SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK" akaun Bank Muamalat nombor 1403-0000916-71-9.
- -Tarikh
* Potong mana yang tidak berkenaan.
Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
- - Tarikh
Nama:Jawatan:Cop Jabatan:
# NOTA: 1. Hanya lengkapkan maklumat pasangan dan anak yang layak dan akan menyertai SHPB sahaja.
1.1. Umur maksima penyertaan pasangan sehingga 64 tahun (umur tahun berikutnya).
1.2. Umur maksima penyertaan anak dari 15 hari hingga 1 hari sebelum 18 tahun jika masih bersekolah dan hingga 1 hari sebelum 25 tahun jika menyambung pengajian di Tingkatan 6 atau IPT awam/ swasta dalam negara.
2. Sertakan salinan kad pengenalan ahli dan pasangan serta MyKid anak yang menyertai SHPB.
3. Sertakan salinan kad pelajar anak yang masih belajar di IPT awam/ swasta dalam negara yang menyertai SHPB.
4. Sertakan salinan slip deposit tunai/ pindahan wang yang dicatat nama dan no. kad pengenalan ahli.
5. Kadar caruman selain kakitangan RISDA dan SMR tidak ditolak sumbangan pengurusan RISDA.
Tandatangan Kakitangan
PENGESAHAN
Tandatangan Ketua Jabatan/ Saksi
PENGAKUAN
30
SHPB 2/2020
Urus Setia SHPB KEGUNAAN URUS SETIABahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :
Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :
1. Nama (mengikut kad pengenalan)
2. Nombor kad pengenalan baharu
- -
3. Tarikh lahir 4. Tarikh bersara (jika berkaitan)
- - - -
5. Tempat bertugas terakhir (jika berkaitan)
6. Alamat
Poskod Bandar
7. Nombor telefon kediaman 8. Nombor telefon bimbit
- -
RM RM RM RM RM
01
02
06
07
Kiraan caruman sebahagian : RM _______ (Nilai pelan pilihan) X ______ (Bilangan bulan)
Jumlah caruman dibayar = RM _______
# NOTA: Tandakan ( X ) pilihan anda
7545.60
3005.40
1206.60
Pesara/ APB/ ALP (umur
60 - 64 tahun) sahaja
Pesara/ APB/ ALP (umur
60 - 64 tahun) & psgn
Pesara/ APB/ ALP (umur
bawah 60 tahun) & psgn
912.00
2268.60
PELAN C PELAN D PELAN E
1918.80
4786.20
Pesara/ APB/ ALP (umur
bawah 60 tahun) sahaja1503.00
3747.60
1740.60
4341.00
BORANG PENYERTAAN SHPB BAGI PESARA/ APB/ ALPMAKLUMAT PESARA/ APB/ ALP
PELAN PERLINDUNGAN DAN KADAR CARUMAN SATU TAHUN
PENYERTAAN PELAN A PELAN B
12
6508.80 7063.20 7245.60 8496.00
2607.60 2829.60 2902.80 3022.20 3402.60
31
SHPB 2/2020
BIL
Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SHPB dan membayar caruman SHPBsecara *tunai / pindahan / cek sebanyak Ringgit Malaysia . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . atas nama
"SKIM HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK" akaun Bank Muamalat nombor 1403-0000916-71-9.
- -
Tarikh
* Potong mana yang tidak berkenaan.
Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
- -
Tarikh
Nama:
Jawatan:
Cop Jabatan:
# NOTA:
1. Hanya lengkapkan maklumat pasangan yang layak dan akan menyertai SHPB sahaja.
- Umur maksima penyertaan pasangan 64 tahun (umur tahun berikutnya).
2. Sertakan salinan kad pengenalan ahli dan pasangan yang menyertai SHPB.
3. Sertakan salinan slip deposit tunai / pindahan wang yang dicatat nama dan no. kad pengenalan ahli.
PENGAKUAN
Tandatangan Pesara/ APB/ ALP
PENGESAHAN
Tandatangan Ketua Jabatan/ Saksi
MAKLUMAT PASANGAN
NAMA PASANGAN NO. KAD PENGENALAN
BAHARU
TEMPAT BERTUGAS (Nyatakan jika berkhidmat di
RISDA/ SMR/ KARISMA)
32
SHPB 3/2020
Urus Setia SHPB KEGUNAAN URUS SETIABahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :
1. Nama (mengikut kad pengenalan)
2. Nombor kad pengenalan baharu 3. Tarikh lahir- - - -
4. Alamat
Poskod Bandar
5. Nombor telefon kediaman 6. Nombor telefon bimbit- -
Saya bersetuju mematuhi segala syarat keahlian yang ditetapkan oleh SHPB.
- -
Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
- -
Nama:Jawatan:Cop Jabatan:
# NOTA: 1. Kadar caruman SHPB RM11,147.00 bagi tempoh 1 tahun perlindungan.2. Sertakan salinan kad pengenalan ahli yang menyertai SHPB.
PENGAKUAN
BORANG PENYERTAAN SHPB BAGI APB/ ALP UMUR 65 TAHUN HINGGA 74 TAHUNMAKLUMAT APB/ ALP
PENGESAHAN
Tandatangan Ketua Jabatan Tarikh
Tandatangan APB/ ALP Tarikh
33
SHPB 4/2020
Urus Setia SHPB KEGUNAAN URUS SETIABahagian Pentadbiran, Tingkat 4, Bangunan Annexe Tarikh terima :
Ibu Pejabat RISDA, Jalan Ampang, 50990 Kuala Lumpur Tarikh kemaskini :
1. Nama (mengikut kad pengenalan)
2. Nombor kad pengenalan baharu
- -
Saya faham dan bersetuju membenarkan Urus Setia Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (SHPB)
untuk mengurus penyelesaian hutang bil hospital saya dan tanggungan yang tidak dilindungi oleh insurans
(jika ada) hingga selesai melalui potongan seperti berikut:
1. Gaji bulanan, ATAU2. Wang pampasan yang layak diterima dari Skim Khairat Kakitangan RISDA (SKKR), ATAU 3. Manfaat kematian yang layak diterima dari Skim Hospital Dan Pembedahan Berkelompok (SHPB), ATAU4. Khairat kematian dari Tabung Kebajikan Kakitangan RISDA (TKKR), ATAU5. Bayaran Gantian Cuti Rehat (GCR), ATAU6. Peruntukan perubatan tahunan RISDA, ATAU7. Tuntutan kepada ahli keluarga atau waris yang terdekat.
- -
Saya mengesahkan bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
- -
Nama:
No. KP:
TarikhTandatangan Ketua Jabatan/ Saksi
BORANG KEBENARAN PENYELESAIAN HUTANG MAKLUMAT KAKITANGAN/ PESARA
PENGAKUAN KAKITANGAN/ PESARA
PENGESAHAN MAJIKAN/ SAKSI
TarikhTandatangan Kakitangan/ Pesara