26
koridor pembangunan sabah _72

sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

  • Upload
    others

  • View
    1

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _72

Page 2: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _73

Page 3: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _74

Page 4: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _75

BAB 3

Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta

Meningkatkan Hasil Pertanian

Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat

kecemerlangan dan perdagangan produk pertanian di Asia menjelang 2025. Ini

termasuk menggandakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pertanian semasa sebanyak

empat kali ganda kepada lebih daripada RM17 bilion, purata pertumbuhan terkompaun

sebanyak 8% setahun dan mengurangkan import makanan bersih Sabah sebanyak 60%.

Minyak kelapa sawit akan menjadi pemacu utama bagi pertumbuhan ini dari segi peningkatan

hasil. Selain itu, Koridor Pembangunan Sabah (SDC) akan memberikan tumpuan terhadap

mempelbagaikan kegiatan dengan menceburi produk pertanian bernilai tinggi seperti

hortikultur, produk asli berkaitan kesihatan dan jatrofa. Tanaman getah pula akan

dipromosikan untuk susu getah dan sebagai stok bahan mentah bagi industri berasaskan

kayu.

Dalam usaha untuk menempatkan Sabah sebagai pusat kecemerlangan, SDC akan terus

menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam penghasilan bahan tanaman yang

mampu memberikan hasil yang tinggi, pelaksanaan amalan terbaik dalam kaedah penanaman

dan amalan lestari dalam usaha memulihara alam sekitar. SDC juga akan meneroka inisiatif

untuk menempatkan Sabah sebagai pusat perdagangan utama produk pertanian serantau,

dengan memanfaatkan lokasi geografinya.

Pertanian juga dilihat sebagai satu cara yang berkesan bagi membantu penduduk luar bandar

keluar daripada kepompong kemiskinan. Kerajaan Sabah sedang giat meneliti program

pengezonan tanah dan penyediaan infrastruktur sokongan untuk meningkatkan kecekapan

pengoperasian petani luar bandar. Bagi melengkapkannya, SDC akan meneliti program

pembangunan peladang dalam usaha merangsang daya pengeluaran pertanian berasaskan

makanan melalui peruntukan benih bermutu tinggi, peningkatan kaedah penanaman serta

peningkatan skala melalui pertanian berkelompok.

Page 5: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _76

100% = RM4.1 billion100% = RM15.1 billion

81

10

2

5

11

28%

47%

7%5% 13%

Kelapa Sawit

Perikanan

TernakanKokoGetahLain-lain

Keluaran Dalam Negara Kasar Sabah menurut Industri, 2005

KDNK Pertanian

Peratusan Peratusan

Perkhidmatan

Perhutanandan Pembalakan Perlombongan

dan Kuari

Pembuatan

Pertanian

3.1 Situasi Semasa

Pertanian adalah penyumbang kedua tertinggi selepas sektor perkhidmatan, menyumbang

sebanyak 28% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah atau RM4.1 bilion12 pada

tahun 2005. Sejak tahun 2001-2005, pertumbuhan KDNK pertanian kekal pada kadar 6%, iaitu

lebih tinggi sedikit daripada kadar pertumbuhan pertanian di Malaysia keseluruhannya, iaitu

pada kadar 5% setahun dalam tempoh yang sama.

12 Jabatan Statistik, Sabah

Sumber: Buku Tahunan Statistik 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah

Rajah 3.1: Bahagian Pertanian dalam KDNK

Page 6: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _77

2001 2002 2003 2004 2005

12,242 13,007 13,759 14,345 15,073

47%46%44%45%46%

28%26%26%26%27%

13%13%13%12%11%

7%10%12%12%13%5%

5%5%5%3%

3,280 3,375 3,592 3,766 4,164

Peratusan

Sektor

Perkhidmatan

Pertanian

PembuatanPerhutanan & Pembalakan

Perlombongan & Kuari

Jumlah Nilai KDNK(RM Juta)Nilai untuk Pertanian(RM Juta)

Sumber: Buku Tahunan Statistik 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah

Rajah 3.2: Pecahan KDNK untuk Sabah, 2001-2005

(Pada Harga Kekal 1987)

Eksport pertanian bagi tahun 2005 bernilai lebih RM9 bilion13. Minyak kelapa sawit adalah

eksport pertanian terbesar dengan pendapatan mencakupi kira-kira 91% daripada jumlah

hasil eksport pertanian dan 33% daripada jumlah eksport Sabah. Eksport pertanian utama

yang lain termasuk getah, kelapa dan koko dengan nilai tergabung melebihi RM540 juta.

13 Jabatan Statistik, Sabah

Page 7: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _78

14 Jabatan Pertanian, Sabah

Minyak

Kelapa Sawit

Koko Kelapa Getah Perikanandan Akuakultur

PertanianLain

Jumlah

8,310 129 132 283 199 67 9,123

RM juta

Eksport Pertanian 2005, Sabah

Nilai(RM Juta)

Sumber: Buku Tahunan Statistik 2006, Jabatan Statistik Malaysia, Sabah

Rajah 3.3: Eksport Pertanian 2005, Sabah

Sejumlah 376,000 atau 33% daripada semua individu yang bekerja di Sabah terlibat dalam

pertanian, menjadikannya penyumbang kedua terbesar selepas perkhidmatan dari segi

pekerjaan merentas semua industri di Sabah.

Dari segi keluasan tanah, sejumlah 2.1 juta14 hektar telah dikenal pasti sebagai tanah yang

sesuai untuk pertanian, dan 1.4 juta hektar daripadanya telah pun diusahakan. Baki tanah

yang sesuai untuk pertanian di Sabah harus dirancang dengan teliti dalam format tersusun.

Page 8: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _79

Jumlah tanah = 2,100100% = 7.2 juta hektar

270

430

1,400

29.2%71.8%

Tanah yang ada

Hutan simpan

Tanah dibangunkan untukpertanian

Kawasan Tanah Sabah Diguna oleh AktivitiPertanian, 2006

Tanah yang Sesuai untuk Pertanian

Peratusan ‘000 hektar

Tanah yang sesuai untukpertanian

Tanah tidak sesuai

‘000 hektar

1,231

66

40

18

14

26

Kelapa sawit

Getah

Padi

Kelapa

Koko

Lain-lain

Rajah 3.4: Tanah yang Sesuai untuk Pertanian Tanaman, 2006

Rajah 3.5: Penggunaan Tanah Pertanian yang Dibangunkan Mengikut Tanaman, 2005

Sumber: Jabatan Pertanian, Sabah

Sumber: Jabatan Pertanian, Sabah

Page 9: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _80

Sub-sektor Pertanian Utama

i) Kelapa Sawit

Kelapa sawit ketika ini adalah tanaman pertanian utama di Sabah. Sumbangan

ekonomi kelapa sawit jika ditukar ke dalam bentuk sumbangan KDNK adalah hampir

RM3.4 bilion pada tahun 2005, dengan KPTK sebanyak 9% dari tahun 1998-2005.

Pertanian tersebar luas di seluruh negeri Sabah. Sub-Wilayah Timur merupakan kawasan

utama tanaman perindustrian, terutamanya kelapa sawit, getah dan koko, dan menjadi

lokasi bagi tapak perikanan dan akuakultur yang utama. Tumpuan Sub-Wilayah Tengah

adalah kepada penanaman padi, herba, sayur-sayuran, buah-buahan, produk asli istimewa

(SNP) dan perladangan ternak. Kegiatan pertanian di Sub-Wilayah Barat pula merangkumi

ternakan, perikanan, padi, buah-buahan, koko dan kelapa.

Rajah 3.6: Taburan Tanaman Perindustrian dan Jumlah Hektar menurut Daerah

Sumber: IDS

Page 10: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _81

Sumber: IDS

Rajah 3.7: Kawasan Ladang Kelapa Sawit di Sabah

Keadaan tempatan yang sesuai dan pengurusan ladang yang baik di Sabah menjadi

pemangkin utama bagi hasil sawit yang tinggi. Seperti yang ternyata dalam Jadual 3.1,

Sabah ketika ini mengeluarkan hasil purata tertinggi di Malaysia.

Page 11: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _82

Hasil

Purata

Year

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006

19.84 21.04 20.57 21.32 21.40 22.99 23.10

18.33 19.14 17.97 18.99 18.60 18.88 19.60

3.91 4.33 4.45 4.56 4.56 4.91 4.88

3.46 3.66 3.59 3.75 3.73 3.80 3.93

BTB Sabah

BTB Malaysia

MSM Sabah

MSM Malaysia

Jadual 3.1: Hasil purata BTB dan MSM di Sabah lwn. purata Malaysia (2000-2006)

Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Luas tanah yang diusahakan dengan kelapa sawit ketika ini meliputi 1,231,584 hektar atau

hampir 90% daripada kesemua tanah pertanian negeri Sabah. Kebanyakannya tertumpu di

sekitar kawasan kelapa sawit yang mengunjur dari Sandakan ke Lahad Datu. Ini meletakkan

Sabah sebagai penyumbang terbesar tunggal kepada industri minyak sawit Malaysia

dengan 29.8% daripada kesemua ladang kelapa sawit di Malaysia, terletak di sini. Sabah

mengeluarkan 5.4 juta tan metrik15 Minyak Kelapa Sawit Mentah (MSM) pada tahun 2006

yang bersamaan 30% daripada pengeluaran MSM negara.

Meskipun pengeluaran MSM-nya tinggi, namun pada ketika ini terdapat kegiatan hiliran sawit

yang amat sedikit di negeri ini. Satu jumlah yang diuntukkan kepada permintaan peserta

hiliran tempatan bagi MSM perlu ditetapkan, yang akan diwujudkan oleh Kelompok Industri

Minyak Sawit (POIC) yang dilancarkan baru-baru ini. POIC bertujuan untuk menguasai aktiviti

hiliran nilai ditambah seperti oleo-kimia dan lemak khas (sila lihat bab Pembuatan untuk

butiran lanjut).

15 Buku Statistik MPOB 2006

Kelapa sawit merupakan penyumbang utama industri pertanian di Sabah.

Page 12: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _83

SDC akan menitikberatkan aktiviti akuakultur.

ii) Tanaman Perindustrian Lain

Tanaman perindustrian penting lain termasuk getah, kelapa dan koko menyumbang

sejumlah RM545 juta kepada eksport Sabah, dengan getah menyumbang sebanyak

RM284 juta. Sabah menyumbang kepada lebih daripada 50% pengeluaran koko di

Malaysia.

Ketika ini, lebih 66,000 hektar tanah ditanam dengan getah, dengan 90% daripadanya

diusahakan oleh pekebun kecil yang terutamanya bertempat di Sub-Wilayah Barat dan

Tengah negeri ini. Kelapa ditanam di lebih 18,600 hektar tanah manakala koko meliputi

14,100 hektar.

Penyumbang lain bagi industri pertanian adalah getah dan kelapa.

iii) Perikanan dan Akuakultur

Industri perikanan dan akuakultur di Sabah, sebahagian besarnya dipacu oleh sektor

swasta. Pada tahun 2005, perikanan menyumbang sebanyak 10% daripada KDNK

pertanian bernilai RM411 juta. Perikanan laut dalam masih belum cukup maju dan

dengan itu mempunyai potensi yang amat besar.

Page 13: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _84

Sumber: IDS

Rajah 3.8: Kawasan Perikanan dan Akuakultur di Sabah

Kegiatan utama dalam sektor perikanan adalah kegiatan menangkap udang dengan

pukat tunda dan akuakultur. Dari segi eksport, udang sejuk beku segar merupakan produk

perikanan utama yang dieksport dari SDC, menyumbang sejumlah kira-kira RM200

juta setahun kepada pendapatan eksport Negeri. Eksport utama lain termasuk udang

harimau yang jumlah eksportnya mencecah 3,000 tan metrik bernilai RM100 juta.

Ketika ini terdapat 2,073 kolam di Sabah yang melibatkan 82 pengendali, dengan

Tawau menjadi kawasan utama yang menyumbang lebih 2,000 tan metrik hasil keluaran.

Kawasan-kawasan lain termasuk Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.

Negeri Sabah telah menetapkan kawasan sekitar Sandakan, Lahad Datu, Tawau,

Beaufort dan Kuala Penyu sebagai Zon Industri Akuakultur (AIZ). Adalah dianggarkan

63,000 hektar tanah di kawasan ini sesuai digunakan untuk kegiatan akuakultur.

Usaha penanaman rumpai laut khususnya merupakan industri pertumbuhan tinggi

kebelakangan ini dengan kegiatan tertumpu di sekitar Semporna, Kota Belud dan Tuaran.

Page 14: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _85

Ketika ini ia melibatkan lebih 600 peladang dan menghasilkan produk seberat

hampir 3,000 tan metrik. Terdapat potensi pemprosesan hiliran yang besar bagi rumpai laut,

yang buat masa ini dijalankan terutamanya di Selatan Filipina. Produk akuakultur bernilai

tinggi yang lain tertumpu pada penternakan ikan, udang, ketam, tiram dan abalon terpilih.

Lokasi Sabah adalah ideal untuk aktiviti perikanan dan akuakultur.

iv) Tanaman Lain

Kawasan yang diusahakan dengan produk hortikultur seperti buah-buahan dan

sayur-sayuran, herba dan produk asli istimewa (SNP) ketika ini meliputi kira-kira

23,000 hektar tanah di seluruh Sabah. Penanaman yang diusahakan oleh pekebun kecil

tertumpu di kawasan seperti Ranau, Kudat, Penampang, Lahad Datu, Keningau,

Papar dan Tambunan. Bagi tahun 2005, nilai eksport gabungan bagi tanaman lain

berjumlah RM67 juta dengan pertumbuhan KDNK dari 1998-2005 sebanyak 4% setahun.

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam termasuk jagung, ubi kayu, halia, durian,

pisang, langsat dan nanas. Produk SNP termasuk kacip fatimah, hempedu bumi,

cengkih, kulit kayu manis, pala, dan mengkudu tertumpu di kawasan Papar, Beaufort dan

Keningau, yang berhampiran dengan Presint Agro-Industri Sabah (SAIP) di Kimanis.

Dari segi pengeluaran makanan, padi dan perladangan ternak adalah penting untuk

membantu Sabah mengurangkan defisit makanannya sebanyak RM900 juta. Pengeluaran

padi mampu diri hanya pada kadar 34% merupakan tanaman yang memberikan

pendapatan utama kepada petani luar bandar. Kawasan yang diusahakan dengan

padi meliputi 40,000 hektar dan terletak dalam kawasan seperti Papar, Tuaran,

Kota Belud, Tambunan dan Kota Marudu.

Tanah Sabah yang subur sesuai untuk pelbagai tanaman.

Page 15: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _86

Aktiviti perladangan termasuk ayam itik dan ternakan.

3.2 Kekuatan Utama Pertanian di Sabah

v) Ayam Itik dan Ternakan

Pada tahun 2005, pengeluaran telur ternakan dan babi adalah pada tahap mampu diri

manakala pengeluaran daging ternakan dan susu tenusu adalah pada kadar 98%

daripada tahap mampu diri. Pada tahun 2005, daging lembu dihasilkan hanya pada kadar

20% daripada tahap mampu diri dan semakin berkurangan dari 1995 hingga 2005 pada

kadar KPTK sebanyak -9%. Penggunaan per kapita daging lembu bagaimanapun adalah

2.8 kg, dengan KPTK sebanyak 6% dalam tempoh yang sama.

Peladang ternakan di Sabah ketika ini menghasilkan produk lembu, kerbau, ayam, itik,

babi dan tenusu. Ia terletak terutamanya dalam kawasan sekitar Kota Belud, Kinarut,

Keningau, Sandakan dan Tawau. Penternakan lembu akan diusahakan untuk memenuhi

hasrat untuk mengeksport hasil ini, memandangkan Sabah telah disahkan bebas

daripada penyakit ternak kuku dan mulut oleh Pertubuhan Dunia untuk Kesihatan

Haiwan (OIE). Selain itu, disebabkan oleh saiz ladang kelapa sawit yang besar di Sabah,

Perladangan Ternakan Bersepadu harus diberi perhatian yang sewajarnya.

i) Keadaan Semula Jadi yang Sesuai

Sabah mempunyai kawasan tanah yang luas di samping cuaca dan keadaan tanah yang

sesuai untuk pertanian. Ladang kelapa sawit Sabah mempunyai hasil purata tertinggi

dalam negara. Keadaan tanah yang sesuai juga membolehkan pelbagai tanaman ditanam

- tanaman industri seperti getah dan koko, serta tanaman pertanian yang lain seperti

buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan produk asli istimewa (SNP).

ii) Bekalan Semula Jadi Hidupan Marin

Sabah mempunyai pinggir laut paling panjang di Malaysia dengan lebih daripada

tiga suku sempadannya dikelilingi laut sepanjang lebih 4,300 km. Negeri ini kaya

dengan produk laut kerana airnya yang cetek di sepanjang pinggir pantai

membolehkan cahaya matahari menembusi dasar untuk membolehkan fotosintesis

Page 16: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _87

3.3 Cabaran Utama dan Isu yang Dihadapi dalam Pertanian

berlaku, menghasilkan bilangan fitoplankton besar. Ekosistem laut terbahagi kepada zon

muara dan zon lautan. Zon muara mewakili kurang daripada 10% daripada jumlah

kawasan lautan tetapi mengandungi 90% daripada kesemua hidupan laut.

iii) Ternakan yang Bebas daripada Penyakit Ternak Kuku dan Mulut

Sabah merupakan salah satu daripada dua negeri di Malaysia yang diisytiharkan secara

rasmi sebagai bebas daripada penyakit ternak kuku dan mulut (FMD), dan dengan yang

demikian pengeksportan produk ternakan Sabah dibolehkan.

iv) Lokasi Strategik sebagai Pintu Masuk ke Pasaran Utama

Sabah terletak secara strategik berhampiran pasaran pertumbuhan tinggi seperti China

dan Taiwan. Terdapat potensi bagi syarikat yang beroperasi di sekitar SDC untuk

merangsang eksport hasil pertanian segar dan hiliran ke pasaran ini.

Sebahagian besar tanah pertanian diusahakan oleh syarikat-syarikat minyak kelapa sawit

yang menghasilkan perolehan tertinggi di Malaysia disebabkan oleh keadaan dan amalan

penanaman yang sesuai. Namun begitu, potensi pengeluaran tidak dicapai sepenuhnya

berikutan terdapatnya perbezaan dalam kaedah penanaman dan penuaian.

Pekebun-pekebun kecil terutamanya, memerlukan bantuan asas berhubung amalan

pertanian yang baik, penggunaan teknologi yang bersesuaian, pencapaian ekonomi skala,

pemasaran dan pengedaran.

i) Penerapan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan Penggunaan Teknologi yang Lemah oleh

Pekebun Kecil

Kerajaan Negeri menyediakan bantuan kepada pekebun melalui insentif,

subsidi alat, pengalihan teknologi dan latihan. Walaupun terdapat kemajuan, masih

ada ruang untuk pekebun memperbaiki kemahiran dan kaedah mereka. Ini akan

memberikan pulangan hasil yang lebih tinggi dan keluaran yang berkualiti sebagaimana

yang dikehendaki oleh pembeli kuantiti besar seperti pasar raya besar. Pekebun kecil

secara amnya tidak menerapkan Amalan Pertanian Baik (GAP) secara berterusan.

ii) Kurangnya Keluasan, Pemasaran dan Pengagihan

Perladangan skala kecil yang dijalankan pada waktu ini seperti penanaman padi,

penternakan, buah-buahan, sayuran, SNP dan herba telah menyebabkan kos pengeluaran

Page 17: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _88

Pertanian memainkan peranan besar dalam pembangunan ekonomi Sabah. Strategi untuk

meningkatkan prestasi sektor tersebut akan ditumpukan, terutamanya kepada tiga perkara

utama:

• Pertumbuhan yang pesat bagi produk untuk eksport bernilai tinggi

• Peningkatan kualiti dan daya pengeluaran untuk pertanian berasaskan makanan

• Mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai teraju pusat kecemerlangan minyak sawit

Untuk menyokong strategi di atas, kerajaan (Persekutuan dan Negeri) perlu meningkatkan

usaha dalam penyelidikan dan pembangunan, penerapan kejenteraan dan GAP untuk

meningkatkan kualiti dan produktiviti. Hab Pendidikan Sandakan akan menunjangi satu

kelompok pusat penyelidikan dan pembangunan dan latihan kerajaan untuk tujuan ini.

Antara yang akan diletakkan di sini ialah Pusat Kecemerlangan Biodiversiti Tropika.

Stesen juga akan dibina di seluruh Sabah bersama-sama pusat pengumpulan untuk

memberikan panduan kepada pekebun, terutamanya pekebun kecil tentang bahan

penanaman, baja, alat kejenteraan dan penerangan, serta peragaan GAP.

3.4 Strategi Utama untuk Menggiatkan Semula Pertanian

yang tinggi, kualiti pengeluaran yang tidak tetap dan hasil yang rendah. Oleh sebab itu

pendapatan pekebun-pekebun ini rendah.

Isu keluasan dan ketidakmampuan untuk penghasilan berterusan, dalam kuantiti yang

besar, yang memenuhi piawaian kualiti, menyebabkan pemasaran hasil pertanian

menjadi sukar. Pekebun buah-buahan dan sayur-sayuran serta penternak buat masa ini

tidak mempunyai keupayaan untuk memasarkan secara terus ke pasaran yang besar

kerana kegagalan mereka untuk memenuhi permintaan yang berterusan. Mereka

menjual hasil di pasar tempatan atau melalui orang tengah yang menyebabkan mereka

tidak mendapat harga yang lebih baik bagi hasil mereka.

iii) Tanah Pertanian yang Semakin Menyusut

Sabah perlu memberikan tumpuan kepada teknologi untuk mendapatkan hasil

yang lebih baik kerana tanah yang sesuai untuk pertanian adalah terhad jika

dibandingkan dengan Indonesia. Harga produk komoditi utama seperti minyak

kelapa sawit akan terjejas teruk, apabila ladang kelapa sawit baru yang besar di

Indonesia, mencapai kematangan dalam tempoh lima ke tujuh tahun akan datang.

Page 18: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _89

Salah satu daripada bahagian yang diberi tumpuan dalam pertanian ialah

usaha mempercepatkan pertumbuhan produk pertanian yang bernilai dan berpotensi

tinggi. Insentif dan penurunan kos perladangan akan menjadi alat pendesak penting dalam

menarik pengusaha agro dan IKS untuk membangunkan industri akuakultur, perikanan

laut dalam, produk hutan bukan balak dan hortikultur.

Pasaran akuakultur global sekarang bernilai lebih kurang ASD75 bilion dengan pertumbuhan

tahunan sebanyak 8.8% setahun sejak tahun 1971. Sabah kini mengeksport udang, ikan nilai

tinggi dan produk akuakultur utama, seperti rumpai laut, ke pasaran mewah seperti Jepun,

Taiwan dan China.

Sub-sektor utama lain termasuklah hortikultur yang nilai pasaran globalnya sebanyak ASD80

bilion pada tahun 2004. Ini termasuk florikultur yang pada masa ini, banyak dikeluarkan di

Sabah, contohnya orkid. Produk lain termasuklah herba dan SNP yang mempunyai nilai

pasaran global sebanyak ASD60 bilion dan kadar pertumbuhan sehingga 30% setahun, dan

produk baru seperti jatrofa, kenaf, rosella dan vanilla akan dipertimbangkan.

Jatrofa berpotensi sebagai sumber alternatif bagi bio bahan api, yang mempunyai nilai yang

menarik, memandangkan harga yang tinggi pada masa ini bagi bahan api fosil dan bahan

mentah bio bahan api daripada komoditi makanan seperti minyak sawit dan tebu. Tumbuhan

tersebut boleh tahan kemarau panjang dan dapat dituai dalam tempoh yang singkat, kurang

dari setahun. Oleh sebab itu ia sesuai untuk ditanam di kawasan yang curahan hujannya

rendah dan pengairan sukar dijalankan seperti Semenanjung Bengkoka, Kota Marudu,

Keningau dan Tenom yang berada dalam Sub-Wilayah Tengah. Pati buah jatrofa boleh

digunakan dalam industri kosmetik dan farmaseutikal.

Satu lagi tumpuan utama pertanian ialah usaha meningkatkan tahap kualiti dan daya

pengeluaran sub-sektor pertanian berasaskan makanan. Objektifnya termasuklah

mengurangkan defisit makanan untuk Sabah yang pada ketika ini berada pada paras RM900

juta, di samping meningkatkan pendapatan pekebun luar bandar. Ia juga dijangka akan

menjana pendapatan melalui eksport ke Semenanjung Malaysia dan negara-negara jiran.

Di bawah Dasar Pertanian Negeri Sabah Kedua, Kerajaan Negeri terutamanya, telah

menetapkan sasaran utama berhubung peningkatan tahap mampu diri untuk pengeluaran

3.4.1

3.4.2

Pertumbuhan yang Pesat bagi Produk untuk Eksport Bernilai Tinggi

Peningkatan Kualiti dan Daya Pengeluaran untuk Pertanian Berasaskan Makanan

Page 19: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _90

3.4.3 Mengukuhkan Kedudukan Sabah sebagai Teraju Pusat Kecemerlangan

Minyak Sawit

padi daripada 30% kepada 60% dan lembu daripada 23% kepada 30% menjelang tahun

2010. Kerajaan negeri telah mengenal pasti Kota Belud sebagai kawasan ‘jelapang padi’

bagi negeri ini. Sebuah pusat pengeluaran benih padi dan penyelidikan dan pembangunan

sedang dibangunkan di sana. Kerajaan negeri juga telah memperkenalkan Taman Pengeluaran

Makanan Kekal (PFPP) di Tawau, Kinabatangan, Papar dan Beaufort dengan insentif bagi

pekebun untuk menanam tanaman tertentu seperti betik, nenas, avokado, mangga dan

pisang.

Penternakan haiwan juga menjadi tumpuan utama pengeluaran makanan di Sabah kerana

industri tersebut mempunyai potensi yang besar berikutan iklim yang sesuai dan juga telah

diisytiharkan secara rasmi sebagai bebas daripada penyakit ternak kuku dan mulut (FMD)

oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE). Tanaman berasaskan makanan utama lain

adalah padi, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Penerapan GAP oleh pekebun kecil akan menjadi faktor utama dalam memastikan hasil

yang tinggi dapat diperoleh daripada setiap hektar tanah. Ini penting terutamanya

bagi pekebun kecil yang tambahan peningkatan pengeluaran akan meningkatkan

jumlah pendapatan mereka. Ini boleh dicapai dengan meminimumkan pembaziran

dan mengawal peningkatan kos. Kualiti keluaran juga akan mampu menepati tahap

jualan dan eksport yang diperlukan.

Minyak sawit merupakan tanaman minyak makan yang paling tinggi hasilnya setiap hektar.

Ia mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam penjanaan kerja bernilai tinggi dalam aktiviti

hiliran. Kesesuaian tanah dan keadaan di Sabah telah menyumbang kepada kejayaan

Sabah sebagai penghasil tertinggi di negara ini. Oleh sebab itu, tumpuan akan diberikan

kepada usaha meningkatkan produktiviti dan hasil melalui kemajuan teknologi dan

peningkatan penyelidikan dan pembangunan dalam bioteknologi dan amalan agronomi.

Amalan Pertanian Baik diaplikasikan dalam usaha meningkatkan kualiti pengeluaran.

Page 20: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _91

3.5 Program

Meletakkan asas untuk pertumbuhan

Mempercepatpenyelidikan pertanianmakanan dan penubuhanperniagaan

Menjadi wilayah pengeluaran makanan terkemuka di Asia

• Mengukuhkan infrastruktur pertanian Sabah

• Mewujudkan tumpuan terhadap subsektor pertumbuhan utama dan bernilai tinggi

• Mempertingkat keusahawanan luar bandar

• Menggalakkan penyertaan IKS dalam perniagaan pertanian

• Memperhebat penyelidikan dan pembangunan

• Menarik minat penyelidik terbaik dalam bidang tertentu

• Membangunkan bakat pengurusan dalam pertanian melalui kerjasama dengan Hab Pendidikan Sandakan

• Meletakkan Sabah sebagai pusat pengeluaran pertanian terkemuka di Asia

Fasa 1: RMKe-9 2008-2010

Fasa 2: RMKe-102011-2015

Fasa 3: RMKe-11-122016-2025

Mempromosikan dan menguatkuasakan kemampanan minyak sawit dan kebolehjejakkan

(traceability) makanan perlu demi memastikan akses yang berterusan ke dalam pasaran

dunia. Oleh sebab itu, proses pensijilan dan penguatkuasaan perlu diperketat sebaik sahaja

standard diterbitkan oleh Meja Bulat berhubung Minyak Sawit Mampan.

Untuk mencapai objektif peningkatan pertumbuhan pertanian dan pendapatan luar bandar,

strategi umum yang diterangkan di atas akan disebarkan dan dilaksanakan melalui beberapa

program.

Pendekatan tiga fasa akan digunakan:

Page 21: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _92

Program Bantuan Cemerlang Tani (AgriExcel) menyediakan platform untuk membolehkan

pengetahuan dan bantuan disebarkan kepada pekebun kecil. Pelbagai pusat akan ditubuhkan

di kawasan pertanian utama di Sabah dalam program tersebut. Pekebun kecil akan mendapat

akses untuk:

• Latihanamalanpertanianyangbaik(GAP)

• Petakpenerangandanperagaanuntukpenerapanteknologi

• Khidmatnasihat

• Pembeliansumberyangbersubsidi(bajadanalatkejenteraan)

Di samping agensi yang telah menyediakan pembiayaan mikro di seluruh Malaysia, satu

skim pembiayaan mikro baru yang disasarkan khusus untuk Sabah dan tertumpu pada

pertanian akan dibentuk. Isu utama pada waktu ini ialah pekebun luar bandar tidak dapat

memanfaatkan kewujudan dana sebegini kerana tiada kesalinghubungan. Dana-dana ini

perlu disesuaikan, dipakejkan dan dibawa ke kampung-kampung tersebut supaya pekebun

faham terma dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul.

Inisiatif sokongan lain dalam program ini termasuk penempatan semula pekebun luar bandar

dan pekebun kecil berdasarkan kawasan yang dizon semula. Kawasan yang terbabit akan

ditentukan dengan memadankan kesesuaian tanah kepada tanaman yang difokuskan seperti

padi, getah, koko, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sejumlah 10,000 isi rumah dijangka

akan terlibat dalam projek ini. Proses penempatan semula, yang kebanyakannya melibatkan

pemindahan pekebun kecil dan pekebun luar bandar di dalam daerah yang sama, akan

membolehkan akses yang lebih mudah kepada sumber dan pengeluaran tanaman secara

besar-besaran.

Program Bantuan Cemerlang Tani (Agri-Excel) bertujuan untuk melahirkan ramai usahawan

luar bandar yang amat diperlukan untuk dibantu dengan pendidikan, latihan, pembinaan

kesedaran dan pembiayaan mikro. Program ini dijangka akan memberikan kesan yang ketara

ke atas pembanterasan kemiskinan. Skim Penempatan Semula Getah Bengkoka mengikut

model agropolitan menyediakan contoh yang baik bagi model penempatan yang boleh

dibantu oleh Program Bantuan Cemerlang Tani (AgriExcel). Satu lagi program berkaitan

ialah program Jelapang Padi yang melibatkan 7,000 keluarga di daerah Kota Marudu-Kota

Belud dan cadangan Skim Jatrofa SLDB Keningau-Tenom.

3.5.1 Program Bantuan Cemerlang Tani (AgriExcel)

Page 22: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _93

Penglibatan sektor swasta penting kepada pertumbuhan industri pertanian. Program

pencepat niaga tani direka bentuk untuk menarik IKS dan usahawan tani untuk menjalankan

aktiviti pertanian yang dipromosikan di Koridor Pembangunan Sabah (SDC). Program

ini juga akan menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan IKS niaga tani dengan

penyertaan pekebun tempatan melalui usaha sama atau perladangan kontrak untuk

memastikan pendapatan yang berterusan.

Presint Agro-Industri Sabah (SAIP), yang sedang dibangunkan di Kimanis akan menjadi

kluster bersepadu agrotek yang akan membantu IKS dan perusahaan baru dalam industri

asas tani dengan komponen seperti:

• Pusatinkubator

• Ladangherba

• Tamanilmu

• TamanIKS

• Zonkomersialdankediaman

Program Pencepat Niaga Tani akan menggalakkan dan memberikan sokongan kepada peserta

melalui insentif, pembiayaan dan membuat sempadan tanah untuk kelompok pertanian.

Kelulusan permohonan untuk insentif akan diasaskan pada satu gugusan faktor yang telus

dan komprehensif, yang termasuk kebolehlaksanaan ekonomi projek yang dicadangkan serta

pengalaman bertani dan keusahawanan pemohon.

Insentif yang akan diberikan melalui program tersebut termasuk:

• Sumbanganpembiayaanbantumula

• Pinjamanuntukpembelianteknologi

• Geranuntukaplikasipemindahanteknologi

• Pemajakankapallautdalam,jenterapentingdankemudahan

• Insentiffiskal

• Nasihatperniagaandanbantuanpemasaran

• Kemudahan inkubator untuk menjalankan medan ujian bagi teknologi baru yang

diserapkan

3.5.2 Program Pencepat Niaga Tani

Page 23: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _94

Inisiatif pembangunan sub-sektor pertumbuhan tinggi berpotensi yang disasarkan

termasuk:

i) Akuakultur

• Pembangunan Pusat Akuakultur Marin Kebangsaan untuk penyelidikan khusus

dalam akuakultur dan menggalakkan penggunaan teknik mampan dalam kalangan

nelayan tempatan

º Pembangunan inkubator dengan kemudahan loji perintis untuk menggalakkan

usahawan menerapkan teknologi

º Pusat penyelidikan tersebut akan bekerjasama rapat dengan Universiti Malaysia

Sabah dan juga mempunyai pautan dengan Jabatan Perikanan serta institusi biologi

marin dan akuakultur yang terkenal di dunia

• Mengimportteknologipembiakanuntukikanhiasan,udang,tiramdanudangkara.

• Pembangunanpusatpengumpulandanpemprosesanpenting

ii) Perikanan

• Memastikan pelesenan untuk syarikat penangkapan ikan laut dalam telus dan

berdasarkan kriteria yang ditetapkan

• Menubuhkansebuahsyarikatpemajakankapal lautdalamyangdilengkapidengan

pelbagai jenis kapal yang mencukupi untuk operasi penangkapan ikan laut. Kapal-

kapal ini akan dipajakkan kepada syarikat-syarikat yang dilesenkan

• Penambahan infrastruktur pelabuhan untuk menyokong penangkapan ikan pinggir

laut dan laut dalam di pelabuhan utama yang pada waktu ini di Papar, Kudat, Kunak dan

Sandakan. Ini termasuklah kemudahan seperti bilik storan sejuk, platform kerja,

bangunan pejabat, kemudahan CIQ, kemudahan kesihatan, pejabat kawalan trafik,

bekalan elektrik dan air, perhubungan dan bekalan diesel

iii) Penternakan

• Peningkatankelompok ternakanNabawandanPantaiTimurdenganpembangunan

kemudahan am seperti rumah sembelihan, kemudahan simpanan dan pusat fidlot

• PembangunanPusatPenternakanBersepaduKeningauyangakanmemberitumpuan

kepada penambahbaikan dan pembiakan haiwan ternakan serta peningkatan

pengurusan memberikan makanan untuk ternakan daging dan tenusu

• Pembangunan inkubator dan projek perintis untuk menjadi medan ujian

bagi teknologi dan produk baru yang diambil dan diamalkan oleh usahawan seperti

perusahaan sarang burung, ternakan burung unta dan rusa

Page 24: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _95

• Penggunaan tanah di sekitar untuk menanam jagung bagi mengurangkan

kebergantungan pada makanan ternakan yang diimport

iv) Hortikultur

• Pembangunan infrastruktur yang dikongsi untuk kawasan kelompok – jalan raya,

bekalan air dan elektrik, sanitasi, dan sebagainya

• Peruntukan sistem hidroponik/aeroponik, ladang organik, perladangan kepersisan,

sokongan penyelidikan dan pembangunan agrobio dan pembinaan rumah hijau yang

merangkumi sistem penyiraman, sistem kawalan suhu dan kelembapan, pencahayaan,

pasu dan tanah dan sebagainya

• Pembangunaninkubatordenganlojiperintisbagimenyokongpembangunanproduk

baru secara percubaan, seperti minyak kelapa dara, produk berasaskan vanilla, dan

rozel dan sebagainya

v) Produk hutan bukan balak

• Pembangunan infrastrukturyangdikongsiuntukkawasankelompoktermasuk jalan

raya, bekalan air dan elektrik, sanitasi, dan sebagainya

• Pembangunankilangpenyariantumbuhan,kemudahanpengeringansemburandan

Pusat Perdagangan Herba Sabah

• TinjauanbiodanpembangunanprodukmelaluirangkaianSabahBio-X(rujukBab7)

Pusat pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran akan ditempatkan di kawasan pumpun

pekebun kecil, kelompok penternakan dan tanaman makanan yang ditubuhkan oleh IKS

dan berhampiran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (PFPP). Sebuah Taman Halal yang

khusus akan dibina di lokasi yang sesuai di dalam Zon Agro-Makanan IKS supaya pensijilan

Halal, pemprosesan, perkhidmatan teknologi dan nasihat mudah dicapai. Taman Halal ini

akan bekerjasama dengan Hab Halal dan Pengedaran Labuan. Tujuan penubuhan pusat

pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran adalah untuk membolehkan IKS memenuhi

skala dan kualiti untuk pembeli seperti pusat pemprosesan dan pasar raya besar. Ini juga

akan membolehkan pekebun kecil dan usahawan tani mendapat harga yang lebih baik kerana

pusat-pusat ini menghapuskan orang tengah dan dikawal oleh undang-undang kerajaan.

Pusat-pusat pengumpulan ini, yang mempunyai kemudahan penyimpanan yang sempurna

dan kawalan kualiti, serta akses kepada perkhidmatan pensijilan Halal dan rangkaian rantaian

sejuk, perlu mempunyai sokongan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air, tenaga dan

perhubungan. Ini akan memastikan kualiti dan kesegaran hasil tani tidak terjejas supaya ia

boleh dijual pada harga yang tinggi.

3.5.3 Memodenkan Pusat Pengumpulan, Pembungkusan dan Pengedaran

Page 25: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _96

3.5.4 Membina Asas Pengetahuan Minyak Sawit

Kesalinghubungan pusat-pusat pengumpulan ini amat penting bagi memastikan produk

boleh sampai ke loji pembungkusan dan pemprosesan yang terletak di kawasan seperti Taman

Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Presint Agro – Industri Sabah (SAIP) di Kimanis.

Kenderaan pengangkutan untuk memungut hasil tani dari ladang pekebun kecil dan juga

untuk menghantar hasil tani ke pasaran sasaran juga akan disediakan untuk pajakan.

Penetapan harga bagi produk dicadangkan supaya dipantau secara harian oleh Kementerian

Pertanian dan Industri Makanan, dan FAMA untuk memastikan pekebun kecil dibayar

mengikut harga pasaran yang sesuai yang berdasarkan suatu harga minimum.

Penetapan harga minimum untuk pelbagai jenis hasil tani akan melindungi kepentingan

pekebun-pekebun kecil tersebut. Pengurusan pusat akan dibuka kepada pemilik syarikat

atau IKS. Pengendali yang dipilih akan bertanggungjawab ke atas pemasaran hasil tani yang

dikumpulkan di pusat-pusat ke pasaran utama.

Sabah menyumbang sejumlah 29.8% kepada tanaman kelapa sawit di Malaysia dan

merupakan penghasil minyak sawit mentah (MSM) yang tertinggi. Untuk mengekalkan

Sabah sebagai peneraju dalam hal ini tumpuan perlu diberikan kepada penyelidikan dan

pembangunan, pembangunan modal insan dalam pengurusan ladang dan juga amalan

agronomi untuk meningkatkan tahap produktiviti, daya saing dan penyertaan penduduk

tempatan dalam industri kelapa sawit.

Hab Pendidikan Sandakan akan menjadi pusat pengumpulan dan penyebaran asas

pengetahuan minyak sawit. Ia akan bekerjasama dengan pusat latihan minyak sawit

(PLASMA) MPOB. Institusi berkenaan akan bekerjasama dengan Persatuan Minyak Sawit

Malaysia (PMSM) untuk memahami keperluan pemilik ladang serta pengurus ladang.

Syarikat perladangan minyak sawit juga akan diminta untuk membantu dalam latihan fizikal

dan membenarkan kakitangan mereka untuk mengambil cuti sabatikal bagi melanjutkan

pelajaran. Latihan juga akan dijalankan di luar negara melalui Dana Biasiswa Pendidikan

Pertanian yang akan diwujudkan untuk tujuan membiayai pelajar bagi mempelajari amalan

yang diperlukan di institusi terkenal di seluruh dunia.

Pusat penyelidikan dan pembangunan Bioteknologi Sawit Sandakan akan ditubuhkan untuk

memberi tumpuan terhadap peningkatan pengetahuan tentang minyak sawit iaitu bahan

penanaman, pengeluaran benih dan penjenteraan ladang. Pusat tersebut akan berkongsi

Page 26: sabah · BAB 3 Memperkasakan Penyertaan Luar Bandar serta Meningkatkan Hasil Pertanian Wawasan bagi sektor pertanian adalah untuk mempromosikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dan

koridor pembangunan sabah _97

dengan pusat penyelidikan pertanian dan bioteknologi di seluruh dunia dan mengambil

saintis ternama tempatan dan luar untuk bekerja dengannya. Penyertaan pasukan penyelidik

antarabangsa yang berwibawa daripada The Royal Society dan Kew Gardens boleh

dimanfaatkan melalui Pusat Kecemerlangan untuk Penyelidikan Biodiversiti Tropika.

Pusat pemprosesan minyak sawit.