Upload
sayasaiful
View
2.474
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
IMBUHAN
Izinkan
Munsyi Azizi
Membantu anda
2
Imbuhan meN-
Takrif
Imbuhan meN- ialah awalan yang apabila diimbuhkan kepada kata kerja, kata nama atau kata sifat, mewujudkan beberapa maksud.
Bentuk imbuhan
Imbuhan meN- boleh menjadi meN-, meN- … -kan, meN- … -i dan sebagainya. Imbuhan meN- adalah imbuhan kata kerja.
3
Imbuhan meN-
Imbuhan meN- mempunyai awalan:- me, mem, meng, menge.
Contoh: menanak, memberi, mengangkut, mengecas, menyiang
Imbuhan meN- dapat dibahagikan kepada beberapa maksud tertentu.
4
Imbuhan meN-
Melakukan perbuatan.
Contoh:Nazri memukul anjing gila.
Kakak menyiang ikan. Membuat.
Contoh:Adik membuat layang-layang daripada buluh.
Ibu sedang mengacau dodol.
5
Imbuhan meN-
Menjadi.
Contoh:Kulitnya melecur selepas terkena api.
Enjin kereta itu membahang. Mengeluarkan bunyi.
Contoh:Pencuri itu mengerang kesakitan selepas ditikam.
Kucingnya mengiau apabila dipanggil.
6
Imbuhan meN-
Menghala ke (arah, tempat).
Contoh:Pesawat itu menuju ke barat.
Air sungai itu mengalir ke muara.
7
meN- + kata kerja satu suku kata
meN- menjadi menge- apabila bertemu dengan perkataan satu suku kata.
Contoh: mengebom, mengecat, mengeram, mengepos, mengekod Abang mengepos surat. Pekerja itu mengecat rumah. Kerani itu mengekod data dengan komputer. Tentera mengebom perkampungan
pemberontak.
8
Imbuhan meN- … -kan
Imbuhan meN- … -kan dapat membentuk beberapa maksud.
a) menjadikan.
Contoh: Pengakap itu menyalakan api di hadapan
khemah. Rajendran menghitamkan rambut dengan
cecair khas.
9
Imbuhan meN- … -kan
b) membantu orang lain.
Contoh: James membacakan ibunya surat itu. Saya membelikan buku untuk adik saya.
c) berkenaan dengan/mengenai.Contoh:
Datuk kerap menceritakan kisah zaman Jepun kepada kami.
Ibu tersebut suka mengenangkan peristiwa kematian anaknya.
10
Imbuhan meN- … -i
Imbuhan meN- … -i boleh menghasilkan beberapa maksud.
a) menjadikan.
Contoh: Kakak menghiasi biliknya dengan bunga-
bunga hidup. Dia mewarnai dinding dengan warna kuning.
11
Imbuhan meN- … -i
b) melengkapi dengan/memberi.
Contoh: Menteri itu mengakhiri ucapannya dengan dua
rangkap pantun. Dia memerahi kukunya.
c) mengusahakan/melakukan.
Contoh: Suhaimi menziarahi kubur ibunya setiap pagi
aidilfitri. Pak Mat selalu menasihati budak-budak nakal
supaya berkelakuan baik.
12
Imbuhan beR-
Takrif
Imbuhan beR- ialah awalan yang apabila diimbuhkan kepada kata nama, kata kerja atau kata sifat, mewujudkan beberapa maksud.
13
Pelbagai maksud imbuhan beR-
Imbuhan beR- dapat bermaksud mempunyai, menghasilkan, menaiki, mengerjakan, mengikuti, menganggap sebagai, dilakukan kerana diri, perbuatan saling berbalasan dan bilangan.
ber- + mempunyai dapat bermaksud memiliki.Contoh: Saya bertali leher merah sewaktu menghadiri
majlis rasmi itu. Dia tidak berduit lagi kerana wangnya hilang.
14
Pelbagai maksud imbuhan beR-
ber- + menghasilkan dapat bermaksud mendatangkan.Contoh: Pokok rambutan kami berbuah lebat. Radionya tidak berbunyi sejak kelmarin.
ber- + menaiki dapat bermaksud pergi dengan kenderaan/mengenderai/ menunggang.Contoh: Bapa berkenderaan ke tempat kerja. Kami berbasikal ke sekolah.
15
Imbuhan di-
Takrif
Imbuhan di- ialah awalan yang apabila diimbuhkan kepada kata nama, kata kerja atau kata sifat, mewujudkan dua maksud.
16
Dua maksud imbuhan di-
Imbuhan di- yang diimbuhkan kepada kata kerja dapat membentuk maksud pasif dalam ayat. Contoh: Bola itu ditendang oleh Haris dengan kaki
kirinya. Hadi berlari dengan laju apabila dikejar oleh
seekor anjing.Perhatikan: Kata kerja aktif bagi ditendang dan dikejar ialah
menendang dan mengejar. Kata bantu oleh boleh digunakan untuk pelaku.
17
Dua maksud imbuhan di-
Imbuhan di- dapat digunakan untuk menguatkan maksud pasif dalam kata kerja. Contoh: Diperlajunya kereta yang dipandunya kerana
dia sudah lewat ke pejabat. Kereta yang sedang diperlajunya terbabas.
18
Imbuhan teR-
Takrif
Imbuhan teR- ialah awalan yang apabila diimbuhkan kepada kata kerja, kata sifat atau adverba, mewujudkan beberapa maksud.
19
Pelbagai maksud kata berimbuhan teR- Kata berimbuhan teR- dapat bermaksud
dilakukan dengan tidak sengaja, keupayaan, makna paling dan menggambarkan keadaan.
teR- + dilakukan dengan tidak sengaja.Contoh: Ranjit terpukul tiang gol sehingga
menyebabkan kayu hokinya patah. Dia tersepak wang RM50.00 ketika berjalan di
lorong itu.
20
Pelbagai maksud kata berimbuhan teR- teR- + keupayaan juga bermaksud
kesanggupan. Contoh: Parit yang besar itu terlompat oleh adik. Siapa sangka budak yang kurus itu termakan
tiga pinggan nasi minyak. teR- + makna paling juga bermaksud yang
amat sangat. Contoh: Bangunan Berkembar Petronas dikatakan
bangunan yang tertinggi di dunia. Menara yang tertinggi di Asia ialah Menara
Kuala Lumpur.
21
Pelbagai maksud kata berimbuhan teR- teR- + menggambarkan keadaan.
contoh: Dia sering terkenang akan ibunya yang telah
meninggal dunia. Kerana terlalu rindu dia pun termimpi akan
kekasihnya.
22
Imbuhan –kan dan -i
Takrif
Imbuhan –kan dan -i ialah akhiran yang dapat diimbuhkan kepada kata nama, kata kerja atau kata sifat. Akhiran –kan mewujudkan dua maksud iaitu membuat untuk orang lain dan bersifat ayat suruhan. Akhiran –i mewujudkan maksud lokatif (tempat) dan menjadikan.
23
Imbuhan –kan dan -i
–kan membuat untuk orang lain.Contoh: Biar saya nyalakan api di dapur. Bapa membacakan ibu surat.
–kan bersifat ayat suruhan.Contoh: Tolong pulangkan buku saya itu. Masukkan barang-barang itu ke dalam kereta.
24
Imbuhan –kan dan -i
Akhiran –i pula membawa maksud: Lokatif (tempat)
Contoh: Kerusi itu saya duduki. Garisi ayat yang salah.
Menjadikan Contoh: Bilik itu kamu terangi dengan cahaya pelita. Latihan itu akan kami mulai.
25
Imbuhan peN–
Takrif
Imbuhan peN– ialah awalan yang apabila diimbuhkan kepada kata kerja atau kata sifat, mewujudkan beberapa maksud.
Bentuk imbuhan peN-
Imbuhan peN– boleh berbentuk tiga berdasarkan maksudnya, iaitu pe–, peN– … -an dan per– … -an.
26
Imbuhan peN–
Imbuhan peN– (pe–, peng–, penge– dan peny–) dapat membawa maksud: Orang yang melakukan sesuatu.
Contoh:
Encik Wahid Hashim ialah pengarang akhbar Utusan Malaysia.
Siti Nurhaliza ialah penyanyi kesukaan ramai
27
Imbuhan peN–
Alat / perkakas.
Contoh:
Kakak menyapu halaman dengan penyapu lidi.
Setiap bangunan tinggi perlu ada pemadam kebakaran.
Sifat / tabiat.
Contoh:
Allah Maha pengampun.
Setiap orang tidak baik bersikap pendendam terhadap orang lain.
28
Imbuhan peN–
Sukatan pada masa, saiz, jarak.
Contoh:Kira-kira empat puluh peratus pelajar di sekolah rendah adalah lelaki.
Besar batang pokok itu dua pemeluk.
29
Imbuhan ke–
Takrif
Imbuhan ke– ialah awalan yang apabila diimbuhkan kepada kata kerja, kata sifat atau kata sifat, mewujudkan beberapa maksud.
30
Maksud perkataan berimbuhan ke- Kata nama terbitan
Terbentuk daripada gabungan imbuhan ke- dan kata dasar, seperti ke + tawa = ketawa; ke + tua = ketua; ke + mudi = kemudi
Contoh: Mesyuarat pertama Persatuan Bahasa Melayu itu
untuk memilih beberapa jawatan ketua. Orang gila itu sentiasa ketawa sejak tadi.
31
Maksud perkataan berimbuhan ke- Bilangan
Terbentuk daripada gabungan ke- dan bilangan sepeti ketiga, kelima, keseribu, kesejuta …
Contoh: Dia mendapat tempat kedua dalam peperiksaan
akhir tahun. Abdullah merupakan pengunjung yang kesejuta
pameran itu.
32
Imbuhan ke- … -an
Perkataan yang diterbitkan hasil gabungan imbuhan ke- + kata dasar + -an, seperti kesabaran, keyakinan, kebakaran. Perkataan terbitan ini mewujudkan tiga maksud iaitu hasil perbuatan, keadaan dan menyerupai.
33
Imbuhan ke- … -an
Hasil perbuatan
Contoh: Keberanian pemuda itu terbukti apabila dia
sanggup menyelamatkan orang tua yang kelemasan di dalam tasik itu.
Kemalangan di jalan raya berpunca daripada kecuaian pengguna sendiri.
34
Imbuhan ke- … -an
Keadaan
Contoh: Kegelisahan budak itu akhirnya hilang apabila
bapanya muncul. Keindahan ketika matahari terbenam sungguh
cantik.
35
Imbuhan ke- … -an
Menyerupai
Contoh: Baju yang dipakainya itu kemerah-merahan. Warna air sungai yang tercemar itu kehitam-
hitaman.
Perhatikan, tanda sempang digunakan.
36
Imbuhan –an
TakrifImbuhan –an ialah akhiran yang apabila diimbuhkan kepada semua jenis kata, mewujudkan beberapa maksud.
Maksud perkataan berimbuhan -anTerbentuk daripada gabungan kata dasar, kata nama, kata kerja, kata sifat atau adverba dengan akhiran –an seperti bulan + –an = bulanan; pukul + –an = pukulan dan harap + –an = harapan.
37
Imbuhan –an
Hasil perbuatanContoh: Tulisan pensyarah itu tentang ekonomi orang Melayu. Bungkusan yang dikirim oleh abang telah diterima
oleh ibunya. Tempat
Contoh: Orang ramai tidak dibenarkan melintasi kawasan
larangan. Keluarga yang ramai memerlukan ruangan yang
selesa.
38
Imbuhan –an
Besar / luasContoh: KLIA mempunyai landasan pendaratan pesawat
yang panjang. Malaysia dan Indonesia dipisahkan oleh lautan.
Tiap-tiapContoh: Setiap pelajar di sekolah menduduki peperiksaan
tahunan. Di negara maju terdapat banyak akhbar harian.
39
Imbuhan –an
Benda/bahanContoh: Ibu bersyukur apabila menerima kiriman wang
daripada abang. Setiap makanan perlu bersih daripada kuman.
Semoga keberkatan Tuhan
sentiasa bersama kita.
“Maju Bahasa, Majulah Bangsa”
Sekian, terima kasih.