saimen geografi

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/7/2019 saimen geografi

    1/25

    NAMA : NOR WAHIDA BINTI ARSHAD

    KELAS : F3G PPISMP AMBILAN JULAI

    SUBJEK : KAJIAN SOSIAL-GEOGRAFI

    NAMA PENSYARAH : TUAN HAJI IBRAHIM

    BIL TARIKH PERKARA TANDATANGAN

    1 27.5.2010 Penerangan umum mengenai tugasan

    oleh Lim Tee Eng

    2 11.7.2010 Pembahagian ahli kumpulan

    3 12.7.2010 Penerangan kerja kursus oleh Encik

    Ibrahim

    4 19.7.2010 Berbincang soalan dengan pensyarah

    Encik Ibrahim

    5 21.7.2010 Berjumpa dengan Encik Ibrahim dan

    berbincang soalan tugasan

    6 23.7.2010 Perbincangan bersama ahli kumpulan

    dan pengagihan tugas.

  • 8/7/2019 saimen geografi

    2/25

    7 27.7.2010 Taklimat akhir sebelum berangkat ke

    Cameron Highlands oleh Lim Tee Eng

  • 8/7/2019 saimen geografi

    3/25

    Bismilahirrahmannirahim..

    Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya dan juga rakan-rakan telah berjaya

    menyiapkan tugasan yang diberi.Ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah

    yang terlibat semasa menjalankan kajian luar di Cameron Highlands selama 3 hari 2

    malam.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Ibrahim yang sudi memberi

    tunjuk ajar dan bimbingan untuk melaksanakan tugasan ini.Terima kasih juga kepada

    Encik Lim Tee Eng yang turut membantu kelas saya ketika proses menjalankan kajian

    luar ini.Kepada pensyarah-pensyarah lain yang turut serta menyertai kajian luar kami

    juga, jasa baik mereka amat saya hargai.

    Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi

    berkongsi ilmu serta maklumat yang berguna untuk saya menyiapkan tugasan

    ini.Kepada ahli kumpulan saya iaitu Nor Liyana dan juga Izzat.Mereka banyak

    membantu saya dan telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses tugasan

    ini berjalan.

    Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, terima kasih kerana telah memberi

    dorongan, nasihat dan juga sumber kewangan kepada saya.Jasa baik mereka tidak

    akan saya lupakan,

    Sebelum kajian ini dijalankan, kami telah diberi taklimat dan juga panduan untuk

    melaksanakan tugasan ini.Semasa menjalankan kajian, saya dan juga rakan-rakan

    perlu mencari responden yang terdapat di kawasan Cameron Highlands untuk

    menjawab soalan tugasan kami.Ketika mencari responden, saya dapati terdapat

    beberapa kesukaran iaitu kerjasama yang diberikan oleh responden amat menyedihkan

    dan soalan-soalan yang kami beri tidak dijawab sepenuhnya.Tetapi saya menganggap

    ini adalah dugaan dan cabaran kepada kami.Ternyata amat sukar untuk mendapatkan

    kerjasama daripada orang ramai.

  • 8/7/2019 saimen geografi

    4/25

    Ketika berada di sana, saya tidak melepaskan peluang untuk membeli belah dan

    melihat cara hidup penduduk-penduduk di sana.Cuaca yang amat sejuk dan nyaman

    tidak menyukarkan kami untuk menyesuaikan diri di sana.Terdapat pelbagai tempat

    yang kami kunjungi antaranya ialah Tanah Tinggi, Brincang,MARDI, dan sebagainya.

    Seterusnya, tugas kami ialah memproses maklumat yang kami perolehi semasa

    kajian dijalankan.Kami perlu menyediakan laporan kajian.

    Kesimpulannya, saya berasa amat gembira dan berpuas hati semasa

    menjalankan kajian ini.Pemilihan lokasi untuk menjalankan kajian amat sesuai kerana

    terdapat pelbagai maklumat yang kami perolehi ketika di sana.Saya berharap jika kajian

    ini dijalankan lagi, lokasi yang dipilih mestilah bersesuaian dengan tajuk

    kajian.Pengalaman berada di Cameron Highlands amat bermakna buat saya dan akan

    menjadi kenangan saya dan juga rakan-rakan.

    Disediakan oleh,

    NOR WAHIDA BT ARSHAD

  • 8/7/2019 saimen geografi

    5/25

  • 8/7/2019 saimen geografi

    6/25

    Kajian luar merupakan salah satu komponen penting dalam disiplin geografi

    yang terdiri daripada dua bahagian, iaitu Alam Sekitar Fizikal dan Alam Sekitar Manusia

    yang boleh dijalankan serentak.Teori yang dipelajari di dalam bilik darjah dimantapkan

    lagi melalui kerja praktikal di lapangan yang akan meningkatkan lagi pemahaman

    pelajar tentang aspek alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang saling

    berkaitan.

    Langkah-langkah dalam menjalankan kajian luar ialah menentukan tajuk atau isu

    kajian, pemilihan kawasan, membuat tinjauan, menentukan kaedah kajian,

    menyediakan peralatan dan bahan kajian, menentukan masa yang sesuai untuk

    menjalankan kajian, persiapan logistik, menjalankan kajian di lapangan, memproses

    dan menganalisis data dan menyediakan laporan.

  • 8/7/2019 saimen geografi

    7/25

    Kajian luar ini dijalankan pada bulan Ogos di kawasan

    Cameron Highlands, Pahang,

    Tajuk kajian luar adalah tentang kesan pelbagai aktiviti

    ekonomi ke atas alam sekitar .

    Tajuk kumpulan saya ialah kesan negatif aktiviti penanaman

    bunga-bungaan terhadap alam sekitar di Tanag Tinggi

    Cameron Highlands.

    Mengenal pasti jenis-jenis tanaman yang terdapat di

    sekitar Cameron Highlands serta cara-cara penanaman.

    Mengenal pasti impak dan kesan negatif yang terjadi

    akibat daripada aktiviti ekonomi yang dijalankan.

    Untuk mendapatkan kesahihan maklumat dan bukti

    untuk mengukuhkan kajian yang dijalankan.

    Mengenal pasti punca-punca yang mengakibatkan

    kesan negatif berlaku.

    Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai

    kajian yang dijalankan.

    Mencadangkan langkah-langkah yang dapat mengatasi

    kesan negatif yang berlaku.

  • 8/7/2019 saimen geografi

    8/25

    Memantapkan lagi pemahaman dan

    penghayatan pelajar terhadap

    persekitaran fizikal dan manusia

    Memahami prosedur menjalankan

    kajian luar dengan berkesan

    Memahami dan menghasilkan laporan

    kajian luar

    Membuat rujukan mengenai kawasan yang dikaji serta

    mencari maklumat berkaitan dengan jenis ekonomi

    kawasan yang dipilih

    Merancang dan menyediakan alat-alat kajian yang

    sesuai

    Merekod dan menganalisi data dan dapatan dari kajian

    yang dijalankan

    Menyediakan laporan kajian berdasarkan format yang

    diberi.

  • 8/7/2019 saimen geografi

    9/25

    Kebangkitan Cameron Highlands

    Nama Cameron Highlands diambil sempena dengan nama peneroka pertama

    iaitu William Cameron yang berkhidmat sebagai Juru ukur kerajaan ketika zaman

    pemerintahan British di Tanah Melayu. Beliau telah menemui Cameron Highlands

    semasa ekspedisi di kawasan Banjaran Titiwangsa sekitar tahun 1885.

    Dengan ketinggian di antara 1,000 hingga 1,800 meter dari paras laut dan suhu

    purata di antara 17 darjah Celsius hingga 18 Celsius menjadikan ia kawasan yang

    sesuai untuk diterokai dan dijadikan penempatan pada ketika itu. Cameron Highlands

    kemudiannya telah dibangunkan sebagai Hill Station oleh pihak British dan

    menyediakan tempat peranginan, rumah istirahat, taman-taman dan kawasan

    pertanian. Di antara tanaman yang telah ditanam sejak sekian lama di sini ialah

    tanaman teh. Ia juga telah menyebabkan pihak British mengambil lebih banyak tenaga

    buruh dari India untuk bekerja di ladang-ladang teh yang telah dibuka.

    Sebuah Jawatankuasa Pembangunan Cameron Highlands telah ditubuhkan

    pada tahun 1931 untuk menerajui pembangunan di daerah kecil ini. Namun, selepas itu

    SEJARAH CAMERON HIGHLANDS

  • 8/7/2019 saimen geografi

    10/25

    ia telah ditadbir oleh Penolong Pegawai Daerah di bawah pengawasan Pegawai

    Daerah Kuala Lipis. Kini, ia adalah di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Cameron

    Highlands yang bertanggungjawab dalam menyelia dan menguruskan segala urusan

    yang berkaitan.

    Kebangkitan daerah kecil ini semakin nampak ketara dengan adanya

    penambahan populasi penduduk, peluang pekerjaan yang semakin meluas di dalam

    sektor pertanian dan pelancongan serta salah satu destinasi pelancongan yang terbaik

    di Malaysia. Jika dahulunya kawasan ini hanya untuk tanaman ladang teh sahaja, kini

    pengunjung boleh menikmati pelbagai produk yang dihasilkan dan berkunjung ke

    lokasi-lokasi pelancongan yang menarik serta tempat-tempat bersejarah di sini.

  • 8/7/2019 saimen geografi

    11/25

    Tanah Tinggi Cameron

    Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan

    tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di

    barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan

    semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan

    mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya

    akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

    Mukabumi

    Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak.Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh

    sampai ke Cameron Highlans. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di

    Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.

    Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling

    menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate,Gunung Brinchang,Tringkap

    dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan

    indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah

    Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea

    Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus

    Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.

    Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron

    Highlands. di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah

    dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet danKampung Lembah Bertam

    Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.

    Keistimewaan

    Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan

    pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-

    buahan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana

  • 8/7/2019 saimen geografi

    12/25

    keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu

    sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi.

    Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga

    terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highland,

    Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara

    Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para

    pengunjung.

    Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highland, Malaysia jangan lepaskan peluang

    untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan

    bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

    Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di

    Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di

    Malaysia.

    Pekan

    Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:

    1. Ringlet

    2. Lembah Bertam

    3. Tanah Rata

    4. Brinchang

    5. Kea Farm

    6. Tringkap

    7. Kuala Terla

    8. Kampung Raja

    9. Blue Valley

  • 8/7/2019 saimen geografi

    13/25

    Tarikan Pelancong

    y Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm

    y Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea

    y Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap

    dan Kuala Terla.

    y Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.

    y Kebun Buah Strawberry.

    y Taman rama-rama.

    y Tokong Sam Poh di Brinchang

    y Jungle Trekking

    y Pasar Sayur dan Pasar malamy The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park

    y Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

  • 8/7/2019 saimen geografi

    14/25

    SEJARAH RINGKAS JKR CAMERON HIGHLANDS

    Sebelum dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya atau JKR, ia dikenali sebagai PWD

    [Public Work Department] dimana ianya dirangkumi dengan jabatan seperti bekalan

    air, pengangkutan dan bangunan. Hari ini bahagian bekalan air telah mewujudkan

    jabatan sendiri yang dikenali sebagai Jabatan Bekalan Air dan Bahagian

    Pengurusan Kenderaan sebagai Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ] dimana

    sebelum ini semua urusan untuk mendapatkan Lesen Memandu dikendalikan oleh

    Bahagian Pengurusan Kenderaan JKR.

    Kemudahan Jalan Raya ke Cameron Highlands.

    Ada 4 laluan untuk datang ke Cameron Highlands iaitu :-

    1. Dari Tapah [Perak] - 80 KM

    2. Dari Simpang Pulai [Perak] - 95 KM

    3. Dari Gua Musang [Kelantan] - 105 KM

    4. Dari Raub [Pahang] - 85 KM

    Tujuan pembukaan jalan baru adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan

    perhubungan ke Cameron Highlands, meningkatkan kegiatan-kegiatan ekonomi

    dan mewujudkan koridor pembangunan baru. Kunjungilah Cameron Highlands dan

    nikmatilah ciptaan Allah akan keindahan alam dan kenyamanan suasananya.

  • 8/7/2019 saimen geografi

    15/25

  • 8/7/2019 saimen geografi

    16/25

    BUKU:

    1. Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah.(2009). TEKS PRA-U STPM

    GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA: Longman. Selangor Darul Ehsan

    2. Katiman Rostam, L.j. (1993). GEOGRAFI TINGKATAN 5.Petaling Jaya:Eastview

    Publications Sdn Bhd.

    3. Rusly Musa,N.A. (2005).TEKS PRA-U GEOGRAFI MANUSIA.KualaLumpur:Pearson Malaysia Sdn Bhd.

    4. Seng K.S. (2004).GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA STPM.Kuala

    Lumpur:Gains Print Sdn Bhd.

    INTERNET:

    5. http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com/2009/10/bunga-kekwa-malaysia-

    lebih-berkualiti.html

    6. http://www.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=55&Ite

    mid=76

    7. http://www.mardi.gov.my/home

    8. http://moa.gov.my/web/guest/sekuriti

    9. http://www.lpp.gov.my/html/themes/moa_lpp/pdf%20files/penerbitan/BeritaTransf

    o%E2%80%A6masi%20Februari.pdf

    10.http://irtrade2u.com/v3/index.php?page=shop.browse&category_id=18&option=c

    om_virtuemart&Itemid=71&vmcchk=1&Itemid=71

    11.http://moa.gov.my/web/guest/mardi_cameron

  • 8/7/2019 saimen geografi

    17/25

    PEMERHATIAN DAN

    PENCERAPAN

    SOAL SELIDIK

    RAKAMAN DAN

    TANGKAP GAMBAR

    TEMU BUAL RUJUKAN

  • 8/7/2019 saimen geografi

    18/25

    Sebelum proses penyediaan laporan ini, kumpulan saya telah bercadang dan

    menggunakan beberapa kaedah kajian untuk membuat satu kesimpulan dan laporan

    yang lengkap mengenai kajian luar ini yang dijalankan di Cameron Highland,

    Pahang.Oleh itu, kami telah menggunakan lima kaedah kajian untuk menyiapkan

    tugasan ini.Kaedah ini digunakan sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan.

    Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua bahagian iaitu, pemerhatian secara

    terus dan pemerhatian melalui penglibatan.Kaedah pemerhatian secara terus

    tidak melibatkan komunikasi dengan manusia.Kaedah ini hanya menggunakan

    pancaindera untuk memerhatikan apa yang sedang berlaku.Daripada kaedah ini,

    kesimpulan dapat diperolehi.Manakala, kaedah pemerhatian melalui penglibatan

    pula merupakan kaedah yang berasal bidang antropologi iaitu kajian tentang

    kehidupan masyarakat.Kumpulan saya telah menggunakan kedua-dua kaedah

    ini.

    Daripada kaedah pemerhatian secara terus, kami telah melihat dan memantau

    kawasan-kawasan penanaman bunga-bungaan yang terdapat di Cameron

    Highlands.Melalui kaedah ini, kami dapati di Cameron Highlands memang

    terdapat pelbagai jenis bunga yang indah, menarik dan unik.Antaranya ialah

    bunga kekwa, ros dan sebagainya.Kebanyakan bunga-bungaan ini di tanam di

    kawasan MARDI.Selain itu, bunga-bunga ini dijaga dengan rapi dan sistematik.

    Melalui kaedah pemerhatian penglibatan pula, kumpulan saya telah berbincang

    dan bertanyakan soalan dengan pegawai penerangan di MARDI iaitu EncikLokman.Kami memerhati jenis-jenis bunga yang terdapat di MARDI dan

    melibatkan diri dengan menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan

    penanaman bunga-bungaan kepada pegawai tersebut.

    PEMERHATIAN DAN PENCERAPAN

  • 8/7/2019 saimen geografi

    19/25

    Kumpulan saya telah menggunakan kaedah rakaman video dan juga menangkap

    gambar.

    Ketika berada di MARDI, saya telah ditugaskan oleh rakan-rakan untuk merakam

    penerangan yang diberi oleh Encik Lokman.Daripada kaedah ini, pelbagai

    maklumat yang kami dapati seperti penanaman buah tomato yang kini dikatakan

    menjadi pengeluaran utama.Selain itu, kami mendapat informasi yang baru yang

    tidak terdapat di dalam buku contohnya jenis-jenis serangga yang menjadi

    perosak kepada tanaman serta pengalaman Encik Lokman yang berada di

    MARDI.

    Beliau telah menceritakan zaman pekerjaanya dahulu ketika di MARDI dan

    keadaan di Cameron Highlands ketika itu yang dikatakan berada pada suhu 9

    darjah celcius.Di samping itu,Encik Lokman mengatakan pada zaman dahulu

    tidak banyak tanaman yang ditanam tetapi pada masa kini penanaman di

    perkembangkan lagi.

    Melalui tangkapan gambar pula, kumpulan kami telah melampirkan gambar

    beberapa jenis bunga-bungaan yang terdapat di Cameron Highlands.Ini boleh

    dijadikan bahan bukti.

    RAKAMAN DAN TANGKAP GAMBAR

  • 8/7/2019 saimen geografi

    20/25

    Seterusnya, sebelum kami menjalankan kajian di sana, kami telah menyediakan

    beberapa soalan yang berkaitan dengan penanaman bunga-bungaan.Soalan ini

    dibahagikan kepada 3 bahagian.Bahagaian pertama ialah soalan untuk

    pelancong, penduduk setempat dan juga pelajar.Bahagian kedua pula soalan

    untuk para petani manakala bahagian ketiga ialah soalan untuk pegawai

    penerangan di MARDI.

    Kami telah menemu bual pegawai MARDI iaitu Encik Lokman.Beliau telah

    menerangkan kepada kumpulan saya mengenai jenis-jenis tanaman bunga, baja

    yang digunakan, cara untuk menanam bunga dan sebagainya.Hasil daripada menemu bual, kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan

    menambah maklumat yang diperolehi daripada Encik Lokman.Penerangannya

    amat jelas dan terperinci.

    Selain itu, kami juga memperoleh pelbagai maklumat daripada internet dan buku

    di perpustakaan yang berkaitan dengan penanaman bunga-bungaan.Sebelum

    berangkat ke sana, kumpulan saya telah membuat rujukan untuk memastikan

    kami bersedia dengan tajuk kajian kami.Hal ini dapat memudahkan lagi

    kumpulan kami untuk mendapat maklumat dan menanyakan soalan.

    Di samping itu, berita-berita semasa juga kami jadikan rujukan kerana kami

    perlu mengikuti perkembangan mengenai bidang pertanian ini dari semasa kesemasa.

    Kami juga merujuk dapatan kajian yang telah dibuat oleh orang lain

    sebelumnya.Ini dapat memudahkan kami dengan memberi gambaran untuk

    menyiapkan tugasan ini.

    TEMU BUAL

    RUJUKAN

  • 8/7/2019 saimen geografi

    21/25

    Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah

    disediakan oleh ahli kumpulan kami.Kami telah membuat persediaan sebelum

    pergi ke sana dengan menyediakan soalan kepada responden.Kami telah

    menyediakan sebanyak 30 set soalan untuk 30 orang responden.

    Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian pertama

    mempunyai soalan mengenai data demografi dan bahagian kedua mengenai

    kesan penanaman bunga-bungaan terhadap alam sekitar.

    Borang soal selidik ini kami edarkan kepada penduduk yang tinggal di sana, para

    pelancong dan juga orang-orang awam.Soalan-soalan yang terdapat di

    dalamnya amat mudah.Ini kerana kami tidak mahu merumitkan responden untuk

    menjawabnya.

    SOAL SELIDIK

  • 8/7/2019 saimen geografi

    22/25

    Kami telah menjalankan kajian luar di Tanah Tinggi Cameron Highlands mengenai

    kesan aktiviti ekonomi terhadap alam sekitar.Antara tempat yang kami lawati ialah

    MARDI, Tanah Rata dan Brinchang.

    Kawasan-kawasan ini amat sesuai untuk dijadikan tempat kajian kerana terdapatberbagai maklumat yang boleh diperolehi.Pelbagai aktiviti ekonomi yang dijalankan di

    sana antaranya ialah pertanian, perladangan, perkhidmatan, perkilangan, perniagaan,

    pelancongan dan sebagainya.

    Oleh kerana kajian luar kami berkaitan dengan aktiviti ekonomi, maka Cameron

    Highlands menjadi tempat pilihan untuk mengumpul maklumat dan kami boleh melihat

    sendiri aktiviti yang dijalankan.

  • 8/7/2019 saimen geografi

    23/25

    Langkah perundangan

    Melipatgandakan usaha pemantauan oleh pihak berkuasa dan mengenakan

    denda yang berat iaitu menaikkan kadar kompaun, penjara atau menarik balik

    lesen operasi kepada pengusaha pertanian yang melanggar Akta Kualiti Alam

    Sekitar 1974 dan Akta Pemuliharaan Tanah 1960.

    Selain itu, pihak kerajaan juga perlu menghukum pegawai kerajaan yang

    menerima rasuah dalam konteks pemberian lesen dan kebenaran menggunakan

    tanah di kawasan tanah tinggi.

    Langkah menyediakan laporan EIA yang lengkap sebelum sesuatu projek

    pembangunan pertanian di kawasan tanah tinggi dijalankan perlu dilakukan.

    Amalan pengurusan yang cekap

    Amalan pengurusan yang cekap perlu dibentuk dengan cara memperbaiki

    tatacara atau prosedur pemberian dan penggunaan oleh pejabat tanah dan

    daerah, mengharamkan penggunaan jentera berat, memotong cerun mengikut

    spesifikasi yang dibenarkan, menanam tanaman tutup bumi, sungkupan plastik,

    membina benteng untuk menstabilkan cerun, merawat atau membersihkan

    sungai yang tercemar dan sebagainya.

    Secara khusus, amalan pengurusan yang cekap boleh dilaksanakan seperti

    berikut:

    y Membenarkan aktiviti pertanian dijalankan hanya di kawasan yang

    mempunyai kesan yang paling minima kepada persekitaran

  • 8/7/2019 saimen geografi

    24/25

    fizikal.Kawasan yang mempunyai risiko yang tinggi yang boleh

    menyebabkan hakisan dan tanah runtuh seperti di lereng-lereng bukit

    yang bercerun curam hendaklah diisytiharkan sebagai kawasan rizab

    pertanian yang kekal.

    y Menggalakkan aktiviti penanaman sayur-sayuran dan bunga-bungaan

    dengan menggunakan kaedah hidroponik dan kaedah rumah hijau di

    kawasan tanah pamah.

    y Menggunakan baja kimia dan racun serangga dengan kadar yang minima

    dan menguruskannya secara berhemah iaitu tidak membuang sisa racun

    dan baja kimia sewenag-wenangnya ke dalam sistem saliran seperti

    sungai dan tasik tempat sebaliknya menyediakan kawasan pelupusan

    yang khusus.

    Kempen kesedaran

    Menjalankan kempen kesedaran kepada petani yang menanam bunga-bungaan

    tentang masalah hakisan dan kesannya kepada persekitaran fizikal menerusi

    risalah, sesi penerangan dan dialog, seminar, program gotong-royong serta

    pendidikan alam sekitar.

    Agensi kerajaan khususnya Jabatan Pertanian, pihak swasta dan badan bukan

    kerajaan (NGO) perlu mengambil langkah menyedarkan dan memberi

    kefahaman kepada petani-petani menerusi risalah, dan sebagainya bagi

    menghasilkan pembangunan pertanian yang lestari untuk masa depan Tanah

    Tinggi Cameron.

  • 8/7/2019 saimen geografi

    25/25