14
Bagaimanakah perkembangan sains dan teknologi dapat meningkatkan mutu sukan negara?

Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

Bagaimanakah perkembangan sains dan

teknologi dapat meningkatkan mutu sukan

negara?

Page 2: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

Kejayaan sukan tidak semestinya bergantung kepada kekuatan seseorang atlit semata-mata tetapi juga pada faktor lain.

Pengetahuan sains dan teknologi membolehkan ahli-ahli sukan menggunakan tenaga secara optimum untuk kecemerlangan dalam bidang sukan.

Page 3: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

Teknik latihan sukan yang saintifik dan sistematik· Pakar sukan boleh memanfaatkan hukum dan konsep sains dalam penyelidikan untuk memajukan kaedah-kaedah sukan dengan lebih berkesan.· Teknologi komputer telah digunakan untuk menentukan cara lompatan terbaik dalam acara lompat jauh atau lompat tinggi.

Page 4: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

· Pengetahuan dalam biomekanik, iaitu kajian tentang struktur dan sistem biologi serta daya dan gerakan tubuh badan akan membantu ahli sukan melakukan sesuatu gerakan dengan cekap. · Penggunaan prinsip-prinsip mekanik secara langsung akan membantu ahli sukan melakukan gerakan tertentu misalnya imbangan dalam jimnastik, luncuran dengan optimum.

Page 5: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

Peralatan sukan yang sesuai meningkatkan prestasi shli sukan· Dengan sains dan teknologi peralatan sukan yang lebih jitu dan sesuai dengan peringkat umur dan jantina ahli sukan dapat dihasilkan.

Page 6: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

· Teknologi komputer telah digunakan untuk mereka bentuk peralatan sukan berpandukan hukum-hukum fizik dan matematik, umpamanya, lembing yang bersifat aerodinamik.· Penggunaan bahan atau fabrik pakaian yang sesuai membolehkan ahli sukan berasa selesa dan sejuk ketika bersukan atau berlatih.

Page 7: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

Sains pemakanan membantu meningkatkan pencapaian ahli sukan· Prestasi fizikal atlit adalah berkait rapat dengan corak pemakanannya.· Pengambilan diet yang betul atau seimbang akan menghasilkan tenaga yang berterusan dan membantu pemulihan segera.

Page 8: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

· Sains permakanan banyak digunakan untuk menentukan kuantiti zat makanan seperti protein, kabohidrat atau vitamin tertentu yang optimum untuk ahli sukan.· Analisis komposisi zat dalam makanan membolehkan pakar-pakar diet mencadangkan sarapan terbaik untuk meningkatkan prestasi ahli sukan.

Page 9: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

Sains perubatan meningkatkan pencapaian sukan· Kecanggihan dalam bidang perubatan telah membantu dalam mengesan sebarang kecederaan atau penyakit ahli sukan dan merawatnya.

Page 10: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

· Ujian elektrokardiogram dan ujian kecergasan kardiovaskular sebelum aktiviti sukan cergas boleh menghindarkan ahli sukan daripada cedera atau mati kerana aktiviti sukan cergas itu. · Pencerakinan perubatan dapat mencegah para atlit daripada mengambil pelbagai dadah seperti steroid anabolik untuk memenangi sesuatu acara sukan secara tidak jujur .

Page 11: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

Teknologi maklumat dan telekomunikasi meningkatkan kecemerlangan sukan· Teknologi ICT seperti video, televisyen dan kamera video serta satelit komunikasi membolehkan teknik-teknik sukan yang baik dikesan untuk dipelajari.

Page 12: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

· Rancangan siaran langsung sesuatu acara sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh meningkatkan kepopularan sukan.· Kutipan besar daripada yuran iklan boleh membiayai ahli-ahli sukan yang berjaya.· Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka seperti menjadi ahli sukan profesional.

Page 13: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

Sains dan teknologi tetap penting untuk kemajuan bidang sukan.

Teknologi sukan membolehkan para atlit menjadi sempurna dari segi fizikal dan mental dan meningkatkan kecemerlangan dunia sukan.

Page 14: Sains Dan Teknologi Dalam Memajukan Sukan

Selamat mencuba

Tarikh hantar tugasan: 10 Februari 2011