Upload
nanie-persona-alonso
View
824
Download
97
Embed Size (px)
Citation preview
1
2
AMANAT PENAUNG
Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Cawangan
Kejurulatihan di atas usaha-usaha yang telah diambil untuk memperkukuhkan bidang
kejurulatihan di dalam negara. Pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sentiasa menyokong segala
usaha peningkatan untuk memperkukuhkan dan mengembangkan bidang kejurulatihan agar ia
selaras dengan visi dan misi MSN yang memegang slogan Ke Arah Kecemerlangan Sukan.
Hasrat tersebut telah direalisasikan dengan kewujudan Skim Persijilan Kejurulatihan
Kebangsaan (SPKK) dibawah kawalan Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK) bagi tujuan
untuk meningkatkan bidang pendidikan kejurulatihan kebangsaan dan mengiktiraf serta
mentauliah para jurulatih ke peringkat yang tertinggi di Malaysia.
Pihak Majlis dengan sokongan dan kerjasama daripada Lembaga Kejurulatihan
Kebangsaan (LKK) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) sentiasa melihat setiap
perkembangan dan kemajuan yang dicapai di dalam bidang kejurulatihan harus selari dengan
perkembangan terkini di dalam bidang sains sukan dan bidang pendidikan kejurulatihan
mengikut sukan spesifik masing-masing. Di atas kesedaran itu, maka Bengkel Pemurnian Silibus
Sains Sukan telah diadakan pada tahun ini untuk memantapkan silibus Kursus Sains Sukan sedia
ada sebagai salah satu usaha penambahbaikan bidang pendidikan kejurulatihan khususnya di
bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan.
Akhir sekali, pihak Majlis ingin menyampaikan ucapan terima kasih dan syabas kepada
semua pihak yang terlibat khususnya barisan panel penggubal yang dipilih daripada pelbagai
latar belakang mengikut pengalaman serta kepakaran bidang masing-masing yang telah berusaha
gigih meluangkan keringat dan masa untuk menggubal dan memurnikan Silibus Kursus Sains
Sukan bagi Tahap I, II dan III. Semoga usaha murni ini untuk menyediakan satu silibus yang
komprehensif akan menjadi inspirasi kepada semua penggiat sukan khususnya lapisan jurulatih
di Malaysia untuk sentiasa mempertingkatkan pengetahuan demi kepentingan bidang
kejurulatihan agar ia bergerak seiring dengan perkembangan bidang sains sukan.
Sekian.
DATO ZOLKPLES EMBONG Ketua Pengarah
Majlis Sukan Negara Malaysia
3
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1) MAKLUMAT AM KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II 4
2) UNIT 1 FALSAFAH KEJURULATIHAN 8
3) UNIT 2 SUKAN DI MALAYSIA 19
4) UNIT 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI SUKAN 29
5) UNIT 4 ASAS BIOMEKANIK 68
6) UNIT 5 LATIHAN DAN PERSEDIAAN FIZIKAL 86
7) UNIT 6 PEMAKANAN SUKAN 99
8) UNIT 7 KOMPETENSI KEJURULATIHAN 111
9) UNIT 8 PSIKOLOGI SUKAN 122
10) UNIT 9 TINGKAH LAKU MOTOR 149
11) UNIT 10 KECEDERAAN DAN PERUBATAN SUKAN 157
12) PENGHARGAAN DAN SENARAI PENYELARAS 178
4
MAKLUMAT AM
KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II
1. PENGENALAN
Kursus Sains Sukan merupakan salah satu komponen di bawah Skim Persijilan
Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK). SPKK adalah satu program pembangunan
kejurulatihan yang seragam dan berterusan dan antara lain ialah untuk meningkatkan
pengetahuan jurulatih dalam ilmu kejurulatihan khususnya aspek sains sukan ke arah
memajukan lagi prestasi atlet demi kecemerlangan sukan untuk negara.
2. PERLAKSANAAN KURSUS
2.1. Kelas akan berjalan selama enam (6) hari.
2.2. Kehadiran peserta adalah 100%.
2.3 Sesi peperiksaan melibatkan 1 hari.
2.4 Tenaga pengajar adalah terdiri daripada instruktur yang dilantik oleh Lembaga
Kejurulatihan Kebangsaan.
2.5 Sebarang pindaan dan perubahan diatas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan akan dimaklumkan kepada peserta.
3. PENILAIAN
3.1 PEPERIKSAAN OBJEKTIF
i) Peperiksaan ini mengandungi 60 soalan berbentuk objektif.
ii) Masa peperiksaan adalah 1 jam.
iii) Peperiksaan ini akan diadakan pada hari terakhir (hari ke - 6
kursus).
3.2 TUGASAN
i) Setiap peserta akan diwajibkan menyediakan satu tugasan berdasarkan
salah satu tajuk yang akan diberikan oleh Penyelaras Kursus semasa
taklimat. Penilaian untuk tugasan ini adalah berdasarkan aspek-aspek
berikut :-
ii ) Tugasan akan di pungut sebelum peperiksaan dimulakan. Peserta perlu
menyerahkan tugasan kepada penyelaras dan akan menandatangani
Borang Penyerahan Tugasan.
iii ) Sekiranya peserta tidak menyerahkan tugasan maka peserta tersebut tidak
dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.
5
BIL ASPEK PEMBAHAGIAN MARKAH
i. Keupayaan Memahami Soalan 5%
ii. Susunan Mmaklumat 5%
iii. Ketepatan Fakta 5%
iv. Ketepatan Jawapan 5%
v Kreativiti dan Makluman Baru 10%
Jumlah Markah 30%
4. PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN KURSUS. 4.1 Kepada semua peserta yang mempunyai Lesen Jurulatih di bawah Skim
Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) boleh mengikuti kursus Sains Sukan Tahap II, yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dengan mendapat diskaun yuran penyertaan . Yuran bagi ahli SLKK adalah seperti berikut :
4.2 Setiap peserta yang telah mendaftar bagi kursus dikehendaki membayar yuran sebanyak RM 150.00 (Bukan Ahli) , RM 100 (Ahli) dan peserta
mengulang RM 50.00.
4.3 Pembayaran perlu dibuat melalui wang tunai sahaja semasa menghadiri kursus dan untuk mendapat diskaun peserta dikehendaki menunjukkan Lesen sebagai bukti.
4.4 Wang pendaftaran perlulah dijelaskan semasa pendaftaran di tempat kursus. Sekiranya wang pendaftaran tersebut tidak dijelaskan, peserta tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
BIL KURSUS YURAN
AHLI ( SPKK/LESEN) BUKAN AHLI (TIADA LESEN)
1
Tahap II
RM100 mempunyai SPKK Thp
I/Lesen C
RM150
6
5. KEPUTUSAN
a. Keputusan hanya akan diumumkan dalam Laman Web Utama MSN selepas sebulan dari tamatnya Kursus. Nama peserta yang tiada do dalam senarai sila
hubungi Urusetia di talian 03- 89929010
Prosedur: Klik Laman Web Utama MSN
Klik Akademi - Keputusan
b. Markah lulus komponen penilaian ialah
PERKARA KOMPONEN PERATUS
Ujian Objektif 60 60%
Tugasan 1 30%
Kehadiran 6 HARI 10%
3 LULUS 60%
c. Markah LULUS keseluruhan ialah 60%
1. Sijil boleh diambil dari pihak penganjur selepas 3 bulan.
Tahap II
1 FALSAFAH KEJURULATIHAN 2 jam
1.1 Pengenalan: Peranan Jurulatih. 1.2 Etika Kejurulatihan. 1.3 Peranan Jurulatih Untuk Mendidik Atlit Di Dalam dan
Luar Latihan.
2 SUKAN DI MALAYSIA 2 jam
2.1 Dasar Sukan Negara.
2.2 Objektif, Peranan Dan Fungsi.
2.3 Sejarah Perkembangan Sains Sukan.
2.4 Perkembangan Sains Sukan Di Malaysia.
2.5 Akta Sukan Negara.
3 ANATOMI DAN FISIOLOGI SUKAN 4 jam
3.1 Sistem Saraf Dan Sistem Otot (Neuromuscular Junction).
3.2 Otot, Pergerakan Dan Senaman.
3.3 Sistem Kardiovaskular Atau Kardiorespiratori.
3.4 Sistem Tenaga.
3.5 Sistem Endokrina.
4 BIOMEKANIK 4 jam
4.1 Koordinasi Pergerakan (Coordination Movement).
4.2 Linear Kinetik.
7
4.3 Tuas Dalam Badan.
4.4 Analisis Pergerakan - Analisis Kualitatif.
5 SUAIAN FIZIKAL 7 jam
5.1 Asas Periodisasi.
5.2 Bagaimana Merancang Periodisasi Latihan.
5.3 Analisa Keperluan.
5.4 Merancang Sesi Latihan Dan Persediaan Fizikal.
5.5 Latihan Rintangan.
5.6 Asas Teknik Latihan.
5.7 Praktikal (3 Jam).
6 APLIKASI PEMAKANAN SUKAN 3 jam
6.1 Penilaian Status Pemakanan.
6.2 Pemakanan Sebelum, Semasa dan Selepas
Latihan/Pertandingan.
6.3 Muatan Karbohidrat.
6.4 Makanan Tambahan dan Bahan Ergogenik.
7 KOMPETENSI KEJURULATIHAN 5 jam
7.1 Pengukuran dan Penilaian.
7.2 Pengurusan Pasukan.
8 PSIKOLOGI SUKAN 4 jam
8.1 Kebimbangan dan Kebangkitan Emosi (Anxiety and
Energizing).
8.2 Teknik Latihan Mental.
9 TINGKA LAKU MOTOR 3 jam
9.1 Sumbangan Sensori Terhadap Kawalan Motor (Visual,
Auditori, Proprioseptors, System Vestibular, Reseptors Otot,
Reseptors Sendi, Reseptor Cutaneous).
9.2 Struktur Dan Fungsi Sistem Kawalan Motor Dalam
Pembelajaran.
9.3 Maklumbalas.
9.4 Timing Maklumbalas. 9.5 Ketepatan.
10 KECEDERAAN DAN PERUBATAN SUKAN 3 jam
10.1 Pengurusan Kecederaan Sukan. 10.2 Urutan Dalam Sukan. 10.3 Strapping Dan Taping. 10.4 Penggunaan Dadah Dalam Sukan.
JUMLAH MASA KURSUS 37 jam
Ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country-
John .F. Kennedy
Tomorrows success is founded on todays preparation
8
UNIT 1
FALSAFAH KEJURULATIHAN
9
Pengenalan
Jurulatih memainkan berbagai peranan berdasarkan pelbagai situasi. Jurulatih mengaplikasikan gaya kejurulatihan berlainan kerana :
atlet berbeza
situasi berbeza Untuk melaksanakan tugas dengan baik, jurulatih perlu mempunyai falsafah
sebagai panduan
Objektif
Peserta :
dapat menentukan pelbagai peranan yang dimainkan oleh jurulatih; mampu mengenal pasti etika dan falsafah yang bersesuaian dengan corak
kejurulatihannya.
Peranan Jurulatih
10
Gaya Kejurulatihan.
1) Autokratik
Guna kuasa & autoriti .
Keputusan asas cetek .
Kawalan atlet ketat / tidak anjal ikut kata saya.
2) Laissez Faire
Profil rendah / sifat kepimpinan minimum.
Guna sedikit kuasa formal.
Tindakan atlet bebas buatlah apa yang suka.
3) Demokratik
Guna kuasa formal & tidak formal.
Keputusan bersama.
Berkongsi idea.
Sedia mendengar buat apa yang patut.
4) Eklektik
Guna gaya campuran.
Ikut situasi buatlah yang perlu.
PERBANDINGAN GAYA KEJURULATIHAN
Autokratik Laissez-fare Demokratik
Buat keputusan Jurulatih Sendiri @ kumpulan Perbincangan bersama
Komunikasi Sehala Dua hala
Fokus Berpusat tugasan Tanpa fokus Berpusat kepad atlet
Orentasi Tugasan Tiada Proses
Tekanan Tinggi Tiada Rendah / Terkawal
11
Etika Kejurulatihan
TINDAKAN BERKAITAN
12
Kod Etika Kejurulatihan (Nilai yang diformalkan)
Kepentingan Etika
Bantu jurulatih nilai isu.
Pastikan atlet dihormati.
Pastikan tanggungjawab jurulatih.
Memperolehi integriti dalam perhubungan.
Pastikan jurulatih dapat menerima dan mempromosi nilai sukan.
Hubungan Falsafah & Etika
Falsafah = Gabungan Pengetahuan, Sikap, Kepercayaan dan nilai, Bentuk asas tindakan
dan beri arah.
Etika = Merupakan satu cabang falsafah yang terlibat dengan nilai murni.
KOD ETIKA KEJURULATIHAN
(Nilai yang
diformalkan)
13
- berkait dengan isu-isu nilai yang mempengaruhi proses membuat keputusan dalam tugas jurulatih
1. panduan dan rujukan jurulatih. 2. menghormati atlet. 3. mempertahankan kewibawaan jurulatih. 4. keyakinan ibu bapa. 5. menjaga imej sukan.
Falsafah dan Etika Kejurulatihan
ETIKA KEJURULATIHAN
Etika Dalam Sukan
- Bermaksud panduan tentang tingkah laku dan nilai-nilai positif yang perlu ada pada individu yang terlibat dalam sukan.
- Disiplin, nilai-nilai murni, keadilan, permainan bersih, sukan yang bebas daripda dadah, keselamatan semasa bermain dan permainan yang bebas dari keganasan adalah antara
unsur-unsur yang terangkum dalam etika kesukanan.
- Matlamat sukan sebagai ejen perpaduan akan tercapai sekiranya etika kesukanan diamalkan.
FALSAFAH SIAPA ITU JURULATIH ? MENGAPA MENJADI JURULATIH ?
ETIKA SOALAN NILAI MORAL & KEPUTUSAN BETUL / SALAH / BOLEH / TIDAK ?
14
KOD ETIKA JURULATIH
Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yakin bahawa jurulatih memainkan peranan penting
sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan dan kejayaan seseorang atlet. Jurulatih
merupakan seorang pemimpin/guru yang bertanggungjawab mempastikan program-
program sukan dapat membentuk keperibadian dan perwatakan yang baik di dalam
kehidupan seorang atlet.
Setiap jurulatih harus mengamalkan tingkah laku yang positif ketika bersama-sama atlet
dalam memberikan pengalaman dan potensi diri kepada mereka. Selain itu jurulatih
perlulah sentiasa menunjukkan sikap kesukanan dan budi pekerti yang mulia serta menilai
setiap atlet dengan baik dan seadilnya.
Jurulatih hendaklah menjadi model dalam melaksanakan tugas dengan jujur dan cekap
selain mempunyai integriti yang tinggi. Jurulatih juga mestilah bertanggungjawab dalam
membina semangat kekitaan sewaktu mengambil bahagian dalam sukan, berdisiplin tinggi
serta sanggup berkorban apa sahaja demi mencapai kemajuan atlet bimbingannya.
Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan percaya bahawa seseorang jurulatih akan melakukan
sesuatu yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga untuk atlet di bawah
penjagaannya. Kod etika jurulatih ini hendaklah diguna pakai oleh semua jurulatih sama
ada sepenuh masa, sambilan dan luar negara yang berkhidmat di bawah naungan Institut
Sukan Negara Malaysia. Kod etika ini sememangnya memberikan penekanan tentang
amalan baik yang perlu diikuti oleh seseorang jurulatih.
Saya akan sentiasa terikat dan mematuhi kod etika ini ketika menjalankan tugas sebagai
seorang jurulatih.
Seorang jurulatih sukan bertanggungjawab membantu mengembangkan potensi diri
seorang atlet dengan meningkatkan prestasinya :-
Mengenalpasti keperluan setiap orang individu.
Meningkatkan prestasi dengan cara yang selamat, latihan terkawal, membuat penilaian dan mengambil bahagian sebaik mungkin dalam setiap pertandingan.
Mewujudkan satu persekitaran di mana seseorang atlet itu sentiasa mendapat motivasi
bagi mengekalkan penyertaan dan meningkatkan prestasinya.
15
Jurulatih hendaklah mematuhi prinsip-prinsip etika jurulatih yang baik seperti di bawah :-
Sebagai seorang jurulatih
1) Saya akan bersikap positif terhadap tugas sebagai jurulatih serta tidak akan
berkelakuan negatif yang mana ia akan memberi kesan terhadap tanggapan
masyarakat atau penerimaan jurulatih sebagai kerjaya.
2) Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan atau dakwaan bertulis kepada orang
ramai berkaitan perkara yang tidak benar dengan profesion kejurulatihan.
3) Saya akan hormati pelbagai pendekatan kaedah yang digunakan ketika melatih.
Saya akan menghormati daya usaha dan sumbangan orang lain serta tidak
menganggap usaha atau kaedah tersebut milik saya sendiri.
4) Saya wajar bersifat amanah dalam semua perkara yang saya lakukan dan
mendidik atlet betapa pentingnya integriti, kejujuran, keyakinan dan kesetiaan.
5) Saya akan memberikan keutamaan terhadap perihal kesejahteraan dan
keselamatan atlet lebih daripada peningkatan prestasi. Saya akan menurut semua
garis panduan yang terkandung di dalam persatuan-persatuan sukan yang saya
ceburi.
6) Saya akan menghormati hak, maruah dan nilai seseorang atlet serta melatih
mereka secara adil dan sama rata.
7) Saya akan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang efektif bagi mempastikan
pengalaman yang diperolehi ketika latihan menyeronokkan, dapat meningkatkan
harga diri dan menggalakkan perasaan sayang serta menghargai nilai sukan.
8) Saya tidak akan melakukan penderaan fizikan dan psikologikal, tidak
menggunakan tutur kata yang tidak sepatutnya serta latihan yang boleh
menyinggung perasaan seseorang atlet dan orang lain.
9) Saya akan menggalakkan atlet mencapai kejayaan secara jujur, berfikir dan
bermain sebagai satu pasukan, melakukan yang terbaik dan sentiasa memperbaiki
prestasi dengan daya usaha tinggi serta berdisiplin. Melarang atlet daripada
bersifat pentingkan diri sendiri serta tidak bersungguh-sungguh dalam
mengharungi sesuatu pertandingan sehingga tamat perlawanan. Saya akan
pastikan penerapan budaya kerja berkumpulan dilaksanakan demi kelancaran dan
kecemerlangan sukan.
16
10) Saya akan membina perhubungan yang baik dengan atlet berdasarkan kepada
kepercayaan dan saling hormat menghormati. Saya tidak akan terpengaruh untuk
mendapatkan sesuatu keistimewaan atau ganjaran.
11) Saya juga tidak akan menggunakan kedudukan saya untuk melakukan salah laku
seks atau membuat perhubungan yang dilarang dengan atlet atau seseorang yang
rapat dengan mereka.
12) Saya akan menjadi contoh yang baik bagi segala tindak tanduk saya ketika
menjalankan tugas mahupun diluar tugas agar senantiasa menjadi ikutan kepada
atlet.
13) Saya akan menjauhkan diri dari berkelakuan tidak senonoh, merokok, minum
minuman keras dan penyalahgunaan dadah dalam bentuk apa jua sekali pun. Ini
akan memberi impak yang negatif tentang peranan Saya sebagai role-model.
14) Saya akan membimbing atlet menerima tanggungjawab ke atas perlakuan dan prestasi mereka.
15) Saya akan berusaha meningkatkan ilmu bagi menambahkan pengetahuan berkaitan prinsip-prinsip kejurulatihan dan mempelajari teknik dan strategi terkini
dalam sukan yang diceburi.
16) Saya akan bekerjasama dengan pakar-pakar lain (contohnya jurulatih, pegawai,
saintis, doktor, pelatih, ahli fisioterapi) demi kebaikan atlet.
17) Saya akan memberikan pengalaman, keadaan yang selamat serta cabaran yang
tidak dapat dilupakan bagi atlet dengan mengekalkan suasana sukan secara fizikal
dan mental yang selamat.
18) Saya akan sentiasa mengamalkan prinsip fair-play dan tidak akan melanggar
peraturan-peraturan serta undang-undang permainan. Saya akan mengingati atlet
tentang bahayanya mengambil benda terlarang termasuk minuman keras dan
rokok serta dadah untuk peningkatan prestasi.
19) Saya tidak akan menggunakan nama dan atlet saya untuk mendapatkan sebarang
imbuhan secara komersil melainkan dengan mendapat izin dari Majlis Sukan
Negara.
20) Saya akan sentiasa mematuhi kod etika ini secara berterusan dalam semua lapangan sukan
17
21) Saya akan menghormati semua pegawai sukan pada setiap masa. Saya juga akan
akur dengan sensitiviti agama, adat resam dan budaya masyarakat majmuk negara
ini.
22) Saya akan mempromosi serta menggalakkan semangat kesukanan.
PERANAN JURULATIH UNTUK MENDIDIK ATLET
Personaliti Ahli Sukan
Personaliti adalah corak perlakuan yang ditunjukkan oleh individu dan ia adalah unik untuk
individu itu sendiri. Personaliti merangkumi sikap, cara pemikiran, perasaan, cara bertindak dan
cara berinteraksi dengan orang lain. Personaliti seseorang sering menjadi perhatian orang lain
dan lazimnya sesuatu tanggapan dibuat mengenainya.
Antara ciri-ciri yang wajar dimiliki oleh seseorang atlet termasuklah :
a) Mempunyai disiplin diri yang tinggi. b) Sentiasa mengamalkan permainan yang bersih c) Mempunyai rekod yang baik sepanjang penglibatan dalam sukan. d) Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi e) Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan. f) Bijak mengawal emosi semasa di gelanggang.
Disiplin diri
Disiplin diri yang tinggi adalah perlu bagi seseorang atlet sama ada semasa di dalam atau luar
gelanggang. Disiplin diri yang tinggi dapat membantu seseorang atlet untuk berada di puncak
kecemerlangan.
Atlet yang berdisiplin tahu peranan dan tanggungjawabnya, mematuhi arahan ketua dan
jurulatih, mengikuti jadual latihan yang ditetapkan dengan baik dan menghormati rakan
sepasukan yang lain. Atlet yang berdisiplin juga berupaya mengawal emosi untuk mengelakkan
perkara yang tidak diingini berlaku semasa permainan.
Kegagalan mengawal emosi semasa bermain akan membawa padah kepada pemain itu sendiri
dan pasukannya. Pemain mungkin dikenakan tindakan tatatertib dan pasukannya mungkin
disenarai hitamkan.
Semasa di luar gelanggang, seorang atlet yang berdisiplin akan sentiasa menjaga nama baiknya
dan sukan yang diceburinya. Atlet ini tidak akan mendedahkan dirinya kepada unsur-unsur
negatif yang boleh mencemarkan namanya seperti terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
18
Disiplin Dalam Sukan
Seseorang atlet mestilah memahami undang-undang, strategi, taktik dan kemahiran dalam
sesuatu permainan. Etika dan peraturan permainan perlu difahami dengan jelas. Sebagai contoh,
bermain dengan semangat kesukanan dan memakai pakaian yang sesuai mengikut jenis
permainan.
Kerjasama penting dalam sesuatu permainan. Semangat kerjasama di kalangan atlet sepanjang
permainan akan meningkatkan prestasi pasukan dan prestasi atlet itu sendiri.
Kesetiaan kepada pasukan adalah perlu untuk memastikan kerjasama yang erat di kalangan atlet.
Tindakan negatif seperti memberi atau menerima rasuah dalam pasukan yang pernah berlaku
sebelum ini berpunca daripada sikap tidak setia kepada pasukan dan sikap sesetengah individu
yang tidak jujur dan amanah.
Komitmen yang tinggi dapat memberi kenikmatan keseronokan dan kepuasan kepada seseorang
atlet. Atlet tidak mudah berasa kecewa apabila berhadapan dengan kekalahan.
Semangat kesukanan yang tinggi juga akan menghindarkan perkara-perkara negatif ketika
bersukan seperti pergaduhan dengan pemain lawan dan ketidaksefahaman antara rakan
sepasukan.
Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi adalah salah satu faktor kejayaan seseorang atlet.
Seseorang atlet yang ingin maju mestilah sentiasa ingin meningkatkan prestasinya dan bersedia
menerima kritikan daripada masyrakat dengan hati terbuka.
Everything has its beauty but not everyone sees it Confucius
Youth prefer to be stimulated instead of being instructed
Success is not so much achievement as achieving.
Refuse to join the cautious crowd that plays not to lose; play to win
19
UNIT 2
SUKAN DI MALAYSIA
20
Dasar Sukan Negara
Implementasi
1) Organisasi 2) Perancangan 3) Personal
4) Kewangan 5) Insentif 6) Kemudahan
1.
1. 1.ORGANISASI - Ada peranan utama masing-masing. - Bekerjasama untuk mencapai . - Matlamat Dasar Sukan Negara. - Perhubungan yang rapat dan koordinasi yang licin. - Dasar ditentukan diperingkat atas.
2. PERANCANGAN - Program jangka masa panjang untuk pembangunan sukan
21
3. PERSONAL
- Pengambilan pegawai bertauliah di semua peringkat untuk membangunkan mutu sukan, merancang, melaksana, memantau, dan menilai program sukan.
4. KEWANGAN (Sumber) TABUNG PERSATUAN SUKAN
KERAJAAN NEGERI
Bajet Tahunan.
Penajaan.
KERAJAAN PUSAT
Bajet tahunan kumpulan wang sukan negara.
Sumbangan Sports Toto.
INDIVIDU
Derma.
Penajaan.
SEKTOR SWASTA
Penajaan.
Derma.
Geran tahunan.
INSENTIF
i. Tujuan
Penghargaan, Pengiktirafan. Penggalakan atas. Pergorbanan. Kejayaan & Pencapaian atlet, jurulatih dan pegawai sukan.
22
MOTIVASI
- Peningkatan prestasi
ii. Bentuk
Skim Hadiah Kemenangan SHAKAM, SHAKAR, SGAR, SIKAP Skim Kebajikan
Atlet elaun latihan, insurans, yuran pengajian, Biasiswa, Pencen, Pekerjaan, Hadiah
kebendaan rumah, kereta, melancong, anugerah / pingat.
KEMUDAHAN
Sukan massa.
Sukan prestasi tinggi.
Kompleks pentadbiran. - PEJ. SUKAN MSN, ISN, MSNeg
Infrastruktur sukan.
- Latihan / Penyelidikan / Pendidikan. - Stadium, Dewan Rakan Sukan, Pusat. - Sukan Komuniti , Gim Rakyat.
Pihak yang terlibat
- Kementerian Belia dan Sukan, MSN, ISN. - Kementerian Pelajaran. - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dasar Sukan Negara menggariskan tiga konsep, iaitu :
a) Sukan untuk semua. b) Sukan Massa. c) Sukan untuk kecemerlangan.
23
Sukan Untuk Semua
- Menggalakkan penyertaan secara menyeluruh dalam aktiviti sukan.
- Sukan ini diperkenalkan dengan hasrat untuk menjana semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.
Sukan Massa
- Sukan yang melibatkan penyertaan beramai-ramai dalam satu acara sukan seperti jogathon dan senamrobik.
- Peserta dapat menunjukkan semangat kesukanan dan membawa imej perpaduan dalam suasana yang meriah.
Sukan Untuk Kecemerlangan
- Memberi tumpuan kepada pembangunan sukan dari pringkat akar umbi hinggalah ke tahap kecemerlangan.
- Majlis Sukan Negara (MSN) diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program-program pembangunan sukan ke arah mencapai kecemerlangan sukan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
- Selain mempertingkatkan prestasi atlet Negara, kualiti pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan juga dititikberatkan.
- Dengan wujudnya Dasar Sukan Negara, prestasi sukan di Malaysia telah dapat dipertingkatkan tahun demi tahun. Malaysia telah berjaya melahirkan jaguh-jaguh sukan
yang bertaraf dunia dalam beberapa sukan berprestij.
Rasional Dasar Sukan Negara
- Rasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan Negara.
a) Peringkat Individu
Pembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan.
Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.
Memanfaatkan masa senggang.
24
Mengurangkan tekanan hidup.
Interaksi sosial yang bermakna.
Perkembangan kemahiran-kemahiran asas.
b) Peringkat Masyarakat
Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moral masyarakat sesuai dengan aspirasi nasional.
Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukan perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara.
Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti.
Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masa lapang.
c) Peringkat Antarabangsa
Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.
Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa.
Memupuk persahabatan.
Objektif Dasar Sukan Negara
Membentk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.
Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.
Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.
Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat
dipertingkatkan.
Sejarah Perkembangan Sains Sukan
Sejarah perkembangan sains sukan di negara kita secara khususnya adalah tidak nyata dan tersurat. Namun demikian dengan pengenalan mata pelajaran pendidikan jasmani
yang menitik beratkan pembentukan insan secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelektual dapat diterapkan unsur-unsur sains dalam mata pelajaran tersebut
secara tidak langsung. Tujuan kecemerlangan sukan telah memusatkan sains sukan
sebagai satu disiplin ilmu.
Perkembangan sejarah sukan dan sains sukan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.
25
i. Peringkat Awalan
Sejak zaman tamadun Yunani, Rom, China dan Islam, aktiviti sukan telah
berkesan. Pada kurun ke-18, semua lapisan masyarakat secara menyeluruh telah
melibatkan diri dalam sukan. Ini adalah berpunca dari tiga peristiwa penting yang
telah berlaku antara tahun 1762 hingga 1789.
a. 1762 - Jean Jcques Rousseau telah menerbitkan buku Emile di mana beliau menggalakkan setiap individu melibatkan diri dalam sukan kerana
aksi dan pergerakan sukan adalah satu bentuk aktiviti yang ideal dan
memanfaatkan kepada manusia.
b. 1777 - Era perindustrian bermula dengan penciptaan enjin stim oleh James Watt. Masa pekerjaan bertambah dan ini menyebabkan ramai orang tidak
ada masa untuk rekreasi.
c. 1789 - Rusuhan dan penaklukan Penjara Bastile, Perancis telah memulakan Revolusi Perancis di mana pembahagian masyarakat mengikut
kelas (golongan bangsawan dan petani) telah dihapuskan.
Pada kurun ke-18, banyak aktiviti sukan seperti tenis, lumba kuda dan lawan pedang
adalah terhad kepada golongan atasan sahaja.
ii. Peringkat Pertengahan
Unsur-unsur sains sukan telah mula diperkenalkan secara tidak langsung pada
akhir kurun ke -19 dan awal kurun ke-20 di mana pergerakan manusia dan aktiviti
sukan dianalisiskan.
Pada tahun 1878, Edward Muybridge telah mencipta kaedah penggambaran aksi
berjalan dan larian manusia dan kuda. H. Piper (1907) seorang bangsa German
telah menggunakan elektromiogram (EMG) untuk mengukur impuls elektrik yang
dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan.
Pada pertengahan abad ke-20, kajian-kajian sains berkaitan dengan sukan seperti
antropometri, biologi, biomekanik, fisiologi dan sosiologi mula berkembang
dengan pesat.
26
iii. Peringkat Terkini
Pada masa kini terdapat ramai saintis sukan yang terlibat dalam penyelidikan
sukan. Mereka menggunakan kaedah-kaedah dan alatan yang canggih dan
berteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran lebih 2000 saintis sukan semasa
Kongres Sains Sukan Dunia anjuran Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kali
ketiga di Atlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1995.
Penyelidikan sains sukan pada mulanya berlandaskan kepada pendidikan jasmani
(1950 an) dan kemudian berkembang menjadi satu disiplin tersendiri pada akhir
1960 an dan awal 1970 an. Pakar-pakar disiplin sains yang lain menyumbang
dalam kajian dan penyelidikan dalam sukan.
Kajian-kajian saintifik dalam sukan telah menghasilkan atlit bertaraf dunia di
negara Asia. Penemuan serbis sepak kuda dalam sepak takraw telah dikaji oleh
saintis sukan negara Thailand. Hasil kajian ini didapati berkesan dan menjadi
popular di kalangan atlit negara lain.
Perkembangan Sains Sukan di Malaysia
Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur
dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran
Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif.
Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telah memasukkan pendidikan jasmani
dalam kursus diploma pendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia, Serdang telah
memulakan pengambilan siswazah untuk program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani.
Universiti Malaya telah memulakan Ijazah Sains Sukan pada tahun 1995 dan diikuti Institut
Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA yang menawarkan
Diploma Sains Sukan.
Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di Stadium Jalan Raja Muda, Kampong Baru
di kenali sebagai Klinik Sukan Negara sebelum berpindah ke bangunan baru di Kompleks Sukan
Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sains sukan dikendalikan bagi tujuan
persediaan atlet negara.
Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuah badan sukarela yang mempunyai
ahli terdiri daripada guru-guru, pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaran
pendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalam pembangunan dan pendidikan
sukan. Badan ini telah menganjurkan seminar-seminar sains sukan pada peringkat kebangsaan
dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanya ditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani,
Sains Sukan dan Kecergasan (PPJSKM) untuk mencerminkan satu badan yang lebih luas
bidangnya. Selain badan ini, terdapat bahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif
mempromosikan pelbagai aspek sains sukan.
27
Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran sains
sukan sebagai satu mata pelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 di Sekolah
Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor. Mata pelajaran ini
akan dijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun 2001.
Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan Kebangsaan
Pada 14 Januari 1985, Majlis Sukan Negara (MSN) telah menganjurkan Simposium
Kejurulatihan Kebangsaan dan hasil daripada simposium itu, para peserta telah mengesyorkan
agar sistem kejurulatihan diperkembangkan. Sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah
ditubuhkan untuk bekerjasama dengan Badan-Badan Sukan Kebangsaan.
Ekoran daripada simposium itu, sebuah Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan telah diwujudkan
oleh MSN. Bidang tugas lembaga ini ialah :
a) Mewujudkan skim persijilan kejurulatihan kebangsaan. b) Menyusun dan menggubal kurikulum kejurulatihan. c) Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatan kejurulatihan di antara Persatuan
Sukan Kebangsaan yang mengawal sukan.
d) Melaksanakan apa-apa tugas dari masa ke semasa berhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh Menteri Belia dan Sukan.
Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum telah diwujudkan bagi menggubal kurikulum sains
sukan dan bidang pengkhususan sukan serta praktikal di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan
Kebangsaan.
Skim Persijilan Kejurulatihan adalah satu program pembangunan dan pendidikan jurulatih yang
seragam dan berterusan terbahagi kepada tiga komponen iaitu :
1) Sains Sukan - Prinsip-prinsip am kejurulatihan dan sumber manusia. 2) Pengkhususan sukan - Kemahiran, teknik dan strategi khusus kepada sukan-
sukan tertentu.
3) Praktikal - Amalan kejurulatihan.
Objektif skim adalah untuk :
a) Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam bidang sains sukan, pengkhususan sukan dan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagi prestasi serta
pencapaian atlet kebangsaan.
b) Mewujudkan satu program yang sistematik untuk menambah bilangan jurulatih dan menyediakan peluang kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalam bidang
kejurulatihan.
28
c) Mewujudkan satu sistem dan pendekatan yang professional serta saintifik dalam bidang kejurulatihan ke arah memajukan sukan Negara.
d) Menyelaras dan melaksanakan semua program dan aktiviti persijilan kejurulatihan di semua peringkat.
Pihak yang menyediakan kandungan komponen berikut ialah :
a) Sains Sukan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan. b) Pengkhususan sukan dan praktikal oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang berkenaan
mengikut garis panduan yang diberikan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan.
Pengajian Sains Sukan di Institut Pengajian Tinggi Malaysia
Institut pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, dan
Universiti Teknologi MARA menawarkan program sains sukan di peringkat diploma, sarjana
muda, sarjana dan kedoktoran.
Para graduan dari program ini boleh berkhidmat di agensi-agensi kerajaan atau swasta sebagai
jurulatih, fisioterapis, pendidik, pengurus kedai sukan, pentadbir kelab sukan dan kecergasan,
pengulas sukan, sainstis sukan dan sebagainya.
Genius is the ability to reduce the complicated to the simple- Dennis Conner
The development of the game is so fast theses days that the coach who says it cant be done is generally interrupted by someone doing it
The greatest mistake a man can make is to be afraid of making one.
29
UNIT 3
ANATOMI DAN FISIOLOGI SUKAN
30
SISTEM SARAF
Divisions of the Nervous System
Gambarajah 1: Bahagian sistem saraf
31
Gambarajah 2: Struktur asas sel saraf
DENDRIT AKSON - OTOT RANGKA
Rangsangan yang diterima oleh organ-organ deria ditafsirkan dalam bentuk impuls. Impuls dihantar ketombol sinaptik pada hujung akson.
Persimpangan saraf otot ialah tapak neuron motor bertemu fiber otot.
Klasifikasi Tindakan Otot
Agonis (Prime Movers) - Otot penggerak utama. Mempunyai lebih daya. Antagonis (Opposers) - Otot yang bertindak secara bertentangan dengan otot
penggerak utama.
Sinergis - Otot yang membantu otot penggerak utama. - Menstabilkan sendi dimana otot melekat.
Penguncupan Otot Rangka
Pembentukan daya hasil daripada interaksi filamen aktin dan miosin. Isometrik - ukuran otot tidak berubah semasa penguncupan otot. Contoh menolak
dinding.
32
Isotonik - otot memendek hasilkan daya. Ada konsentrik (pendek otot) esentrik (panjang fiber otot) contoh dumbell curl
- Konsentrik
Pemendekan ukuran otot semasa pengucupan. Contoh arm curl.
- Esentrik
Pemanjangan ukuran otot semasa pengucupan. Contoh turun tangga
Isokinetik - menguncup pada kelajuan yang tetap mengatasi rintangan yang berubah - ubah
Gambarajah 3: Klasifikasi tindakan otot
33
Actin & Myosin Relationship
Apabila impuls saraf bergerak di sepanjang saraf motor ini (otot berjalur), serat otot akan
menjadi pendek dan otot akan mengecut. Apabila impuls saraf tidak bergerak di sepanjang saraf
motor tersebut, otot akan mengendur. Semua saraf motor ke otot berjalur ini merupakan
sebahagian sistem saraf somatik (atau voluntari) dan merupakan saraf rangsangan.
Melalui latihan yang tertentu fiber merah atau fiber putih menguasai bahagian otot-otot rangka.
Fiber merah terdapat lebih banyak dalam otot atlet yang terlibat dengan aktiviti enduran/pelari
jarak jauh manakala fiber putih lebih banyak terdapat dalam otot atlet angkat berat atau pelari
pecut.
34
Perubahan secara perbandingan dalam fiber
merah dan fiber putih
% Kawasan Fiber Putih ( Fast twitch)100 80 60 40 20 0
Pelari Pecut
Pengangkat
Berat
Tidak terlatih
Pelari Jarak jauh
0 20 40 60 80 100
% Kawasan Fiber Merah ( Slow twitch)
Gambarajah 3: % sumbangan fiber putih dan fiber merah mengikut acara/aktiviti
Otot, Pergerakan dan Senaman
Otot dan Pergerakan
Topik ini mengkaji mengenai otot-otot besar berpandukan kepada lekatannya kepada sendi semasa bekerja.
Keupayaan untuk mengenalpasti otot yang terlibat dalam sesuatu pergerakan, akan membantu jurulatih merancang latihan yang bersesuaian dengan keperluan dalam sukan
masing-masing.
35
1. Otot-Otot Sendi Bahu
a. The Anterior, medial and the posterior deltoid.
36
b. Latissimus dorsi, pectoralis major dan external rotator cuff.
Muscle Joint Action Activities Exercises for Groups
Latissimus dorsi Shoulder extension,
adduction
Pulling items
toward you,lifting
Bent-over row, bent-over
shoulder extension.
Seated low row,
unilateral adduction
Pectoralis major Shoulder horizontal
adduction, flexion
Pushing items in
front of you, lifting
and throwing
Push-up, bench press,
dumbbell fly, standing
chest press
Four rotator cuff
musclesSupraspin
atus,
subscapularis,
infraspinatus,
teres major
Shoulder internal
and external
rotation, abduction
Opening and
closing doors,
stabilizers the
shoulder joint
Side lying external
shoulder rotation, supine
internal rotation, standing
rotation
37
c. Otot-otot Sendi Girdel Bahu
Muscle Joint Action Activities Exercises for Groups
Trapezius I
and II
Scapular elevation Holding phone to ear Shrugs
Trapezius III,
rhomboids
scapular retraction Posture stabilizer High rows, reverse flys,
prone dorsal lifts, seated
high row
Trapezius IV Scapular depression Stabilizer when
pushing out of a chair
Resisted depression in a
dip position.
38
2. Otot-otot Sendi Siku
Biceps brachii, brachialis, brachioradialis & Triceps brachii
Muscle Joint Action Activities Exercises for Groups
Biceps brachii,
Brachialis and
brachioradialis
Elbow flexion Carrying and lifting Biceps curls, concentration
curls, hammer curls, reverse
curl
Triceps brachii Elbow
extension
Getting in and out of
chairs, throwing
balls
Dips, kickbacks, press-
downs and supine elbow
extensions
39
3. Otot-otot Sendi Belakang (Spinal)
Rectus abdominis, internal and external obliques, transwerse abdominis, erector spinae
Muscle Joint Action Activities Exercises for Groups
Internal and external
obliques
Spinal flexion with
rotation, lateral flexion
Bending sideways to
pick something up,
maintaining posture
Diagonal twist crunch
Transverse
abdominis
Provides abdominal
compression, vigorous
exhalation
Laughing, coughing,
maintaining posture
hollowing in planks, crunches.
Erector spinae Spinal extension Bending forward to
pick something up,
maintaining posture
Prone extensions,
quadrupeds
40
41
4. Otot-otot Sendi Pinggang dan Lutut Illiopsoas, gluteus maximus
Gluteus medius, hip adductors
5. Sendi Lutut Quadriceps, hamstrings
42
Muscle Joint Action Activities Exercises for Groups
Quadriceps Knee extension Walking, cycling, stair
climbing, sitting down,
standing up
Squats, lunges, knee
extensions, plies
Hamstrings Knee flexion Swimming, running Prone knee curls, knee
curls on all fours
Muscle Joint Action Activities Exercises for Groups
Iliopsoas &
rectus femoris
Hip flexion Climbing stairs,
walking, getting in
a car, kicking a ball
Standing and supine leg lifts
Gluteus
maximus,
hamstrings
Hip extension Climbing stairs,
running, walking
uphill
Squats, lunges, leg lifts in all
four position, pelvic tilts.
Gluteus
medius
Hip abduction Hip stabilizer when
walking, balancing
Side-lying leg lifts, standing
abduction
43
6. Otot-otot sendi buku lali (ankle) Gastrocnemius and soleus, tibialis anterior
Muscle Joint Action Activities Exercises for Groups
Tibialis
anterior
Ankle dorsiflexion Walking uphill, toe
tapping
Toe lifts
Gastrocnemius Ankle plantar
flexion
Walking, running,
jumping
Heel raises
44
SISTEM KARDIOVASKULAR ATAU KARDIORESPIRATORI
Pengenalan
Sistem kardiovaskular atau kardiorespiratori bertanggungjawab mengangkut oksigen, nutrien dan
keperluan lain kepada sel, dan membawa keluar sisa metabolisme serta produk sel ke bahagian
tubuh badan yang lain.
Komponen Utama Sistem Kardiovaskular atau Kardiorespiratori
a) Jantung
Organ yang penting mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen dan nutrien
Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari 600 gram.
Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri.
b) Darah
Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel termasuk eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung di dalam plasma.
Lebih kurang 55% daripada isipadu darah ialah plasma dan 45% terdiri daripada eritrosit
Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal. Seorang dewasa yang berat tubuhnya 70 kg mempunyai kira-kira 5 - 6 liter darah.
c) Salur Darah
Terdiri daripada arteri, vena dan kapilari. Salur darah membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran dari jantung
ke tisu dan kembali semula ke jantung.
d) Salur Pernafasan
Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar dari tubuh.
Terdiri daripada salur nasal, farikns, trakea bronkus dan bronkiul.
45
Fungsi Sistem Kardiovaskular atau Kardiorespiratori.
Sistem respiratori membantu membekalkan oksigen dan mengkumuhkan karbon dioksida dari
darah. Sistem peredaran mengangkut oksigen dari paru-paru ke sel tisu badan dan mengeluarkan
karbon dioksida dari sel tisu ke paru - paru.
Semasa inspirasi, udara yang mengandungi oksigen masuk ke dalam paru-paru melalui salur
pernafasan. Gas oksigen ini akan disimpan sementara di dalam alveolus. Jantung mengepam
darah kurang oksigen ke paru-paru melalui kitaran pulmonari. Oksigen dan karbon dioksida
meresap melintasi membrane alveolus dan kapilari. Karbon dioksida akan dihembus keluar dari
paru-paru melalui salur pernafasan. Oksigen yang melintasi membrane alveolus dan kapilari
akan meresap ke dalam darah. Darah beroksigen diangkut ke jantung dan dipam melalui arteri
untuk diagihkan kepada sel tisu seluruh badan.
Struktur dan Fungsi Bahagian Jantung
Jantung terbina daripada otot jantung atau miokardium yang diliputi epikardium di permukaan
luarnya dan endokardium di bahagian dalam.
Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang ini
dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua
ruang di bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua -
dua ventrikel.
Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang
beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang kaya
dengan oksigen dari paru-paru.
Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium.
Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru sementara ventrikel kiri mengepam darah ke
seluruh bahagian tubuh.
Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium, miokardium dan endokardium. Pada
jantung terdapat injap atriovertikular (AV) dan injap semilunar. Injap atrioventrikular
membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke
arteri. Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada sebelah kanan jantung dan injap
bikuspid pada bahagian kiri jantung.
Injap semilunar menghalang pengaliran balik darah dari arteri pulmonari dan aorta. Setiap injap
semilunar mempunyai tiga kelopak.
46
Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan jantung seminit. Keadaan ini dikawal
oleh tindakan sistem saraf autonomik. Kadar denyutan jantung setiap individu adalah berbeza
kerana dipengaruhi oleh faktor umur dan tahap keaktifan individu.
Kadar denyutan jantung rehat individu yang aktif adalah rendah berbanding dengan individu
yang sedentari. Kadar denyutan rehat boleh diperolehi dengan mengira bilangan denyutan
jantung seminit di arteri karotid atau arteri radial semasa individu berada dalam keadaan rehat.
Isipadu strok ialah isi padu darah yang dipam oleh ventrikel kiri. Isipadu ini disukat dalam unit
liter sedenyutan. Isipadu strok lelaki adalah lebih besar berbanding isipadu strok perempuan.
Kedudukan badan juga mempengaruhi isipadu strok. Isipadu strok adalah agak besar pada
individu yang berbaring berbanding dengan individu yang berdiri. Perbezaan ini berkaitan
dengan kesan graviti ke atas sistem kardiovaskular.
Keluaran Jantung (Q)
Keluaran jantung adalah jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikel kiri dalam satu
minit.
Keluaran jantung boleh diukur dengan menggunakan rumus berikut :
Keluaran jantung = Kadar Denyutan Jantung Dalam Seminit x Isipadu Strok
Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar denyutan rehat (KDJ) sebanyak 72 denyutan
seminit dan isipadu strok (IS) sebanyak 70 ml ialah 5L / min.
Q = KDJ x IS
Q = KDJ x IS
= 72 x 0.07
= 5.04
= 5L / min
Peredaran Darah
Sistem peredaran terdiri daripada jantung dan salur darah yang berfungsi mengekalkan aliran
darah di seluruh tubuh. Jantung mengepam darah beroksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian
tubuh melalui arteri dan arteriol. Darah okurang ksigen kembali ke jantung melalui venul dan
vena. Arteriol dan venul dihubungkan oleh kapilari. Di sinilah berlakunya pertukaran oksigen
dan karbon dioksida antara darah dengan sel tubuh badan.
47
Sistem peredaran darah terbahagi kepada kitaran pulmonari dan kitaran sistemik.
a) Kitaran Pulmonari Peredaran darah dalam kitaran ini membawa darah kurang oksigen ke paru-paru untuk
pertukaran gas sebelum darah beroksigen dikembalikan ke jantung.
b) Kitaran Sistemik Kitaran sistemik membolehkan darah beroksigen dan nutrien di bawa ke organ-organ
badan dan membawa darah kurang oksigen ke jantung.
Mengukur Tekanan Darah
Tekanan merupakan daya yang mengedarkan darah dalam sistem peredaran. Darah mengalir dari
bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan rendah. Contohnya, apabila ventrikel menguncup,
ia menghasilkan tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan di aorta. Darah dari ventrikel kiri
ditolak keluar ke aorta dan saluran darah yang lain melalui kitaran sistemik dan kembali ke
bahagian kanan jantung.
Tekanan darah manusia boleh diukur dengan menggunakan sfigmomanometer. Tekanan darah
berbeza menurut jantina, umur, gerak kerja dan lain-lain.
Atrium kiri dan kanan menguncup serentak pada jantung yang normal. Apabila atrium
mengendur (rileks), ventrikel pula menguncup. Penguncupan jantung dikenali sebagai sistolik
dan pengenduran jantung dikenali sebagai diastolik.
Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah tertinggi yang disukat semasa penguncupan ventrikel.
Tekanan darah diastolik merupakan tekanan darah minimum pada akhir pengenduran ventrikel.
Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (millimeter merkuri). Tekanan darah normal ialah
120/80 mm Hg.
Kaedah Mengukur Tekanan Darah
1) Balut lengan atas dengan menggunakan kuf tekanan darah. 2) Balut beg getah/kuf pada arteri brakial. 3) Stetoskop diletak bawah kuf di atas arteri. 4) Udara dipam ke dalam kuf sehingga tekanan di dalam kuf melebihi tekanan dalam arteri
(lebih kurang 200 mm Hg). Tekanan ini menyebabkan sekatan pada pengaliran darah dan
denyutan nadi tidak dapat dikesan.
5) Dengan membuka injap pada pam secara perlahan-lahan, tekanan dalam kuf menurun secara beransur-ansur sehingga tekanan maksimum dalam arteri melebihi sedikit tekanan
dalam kuf. Sebahagian darah mulai terpancut dalam arteri.
48
6) Denyutan perlahan (bunyi karafkoff) kedengaran melalui stetoskop. Bacaan paras merkuri dalam sfigmomano meter adalah tinggi. Bacaan ini adalah tekanan darah sistolik
(misalnya 120 mm Hg).
7) Tekanan dalam hukuf diturunkan lagi sehingga kurang daripada tekanan terendah dalam arteri pada akhir diastol. Darah mengalir tanpa gangguan semasa sistol dan diastol. Bunyi
denyutan akan berkurangan sehingga sampai ke tahap kesenyapan. Kesenyapan ini
adalah tekanan darah diastolik. Paras merkuri dalam sfigmomano meter menurun pada
paras lebih rendah. Ini adalah bacaan tekanan darah diastolik (misalnya 80 mm Hg).
Respirasi Dalaman
Respirasi dalaman melibatkan pertukaran gas respiratori antara darah dan sel tisu. Pertukaran ini
melibatkan pemindahan oksigen dari darah ke sel tisu dan karbon dioksida daripada sel tisu ke
dalam darah.
Oksigen yang diangkut dalam bentuk oksihemoglobin oleh darah akan dibebaskan daripada
sebatian tersebut dan meresap ke dalam sel tisu. Pada masa yang sama karbon dioksida meresap
ke dalam darah untuk membentuk asid karbonik. Asid ini membebaskan ion bikarbonat ke dalam
plasma darah yang diangkut oleh sistem peredaran darah untuk dikumuh.
Respirasi dalaman menyebabkan darah pada vena lebih kaya dengan karbon dioksida berbanding
dengan darah yang meninggalkan paru-paru untuk ke jantung.
Pertukaran Gas Antara Darah dan Paru-paru
Semasa respirasi luaran, darah yang melalui paru-paru memerangkap oksigen. Darah beroksigen
dihantar ke jantung dan diagihkan ke sel tisu badan.
Sel tisu badan menggunakan oksigen secara terus menerus menyebabkan kekurangan oksigen
dalam darah berbanding di dalam alveoli. Dengan itu, oksigen dari alveoli akan meresap ke
dalam kapilari - kapilari pulmonari melalui dinding kapilari alveolar.
Sel tisu badan juga menyingkirkan karbon dioksida ke dalam darah. Kandungan karbon dioksida
yang tinggi dalam kapilari pulmonari meresap ke dalam alveoli dan dihembus keluar dari paru-
paru semasa ekspirasi.
Darah yang melalui paru-paru ke vena pulmonari mempunyai kandungan oksigen yang tinggi
dan karbon dioksida yang rendah. Oleh itu pertukaran gas berlaku.
Proses Pengangkutan Gas oleh Darah
Darah beroksigen diangkut ke sel tisu badan. Sel ini akan menggunakan oksigen. Sel tisu badan
akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan diangkut ke paru-paru.
49
a) Pengangkutan Oksigen
Oksigen diangkut melaui dua cara :
i. Oksigen larut di dalam plasma. ii. Melalui perlarutan dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin.
b) Pengangkutan Karbon Dioksida
Karbon dioksida diangkut melalui tiga cara :
i. Pelarutan dalam plasma ii. Bikarbonat
iii. Gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin.
Hipertrofi Jantung
Saiz jantung setiap individu adalah berbeza. Jantung individu boleh bertambah besar atau
mengalami hipertrofi jika individu tersebut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan
latihan fizikal secara konsisten dan berterusan. Saiz jantung seseorang atlit yang aktif adalah
lebih besar berbanding saiz jantung individu sedentari. Apabila hipertrofi jantung berlaku,
ketumpatan kapilari juga meningkat.
Hipertrofi jantung adalah kesan daripada:
a) Penambahan saiz kaviti ventrikel-ventrikel. b) Bertambah ketebalan dinding ventrikel.
Atlet berdaya tahan tinggi seperti perenang dan pelari jarak jauh mempunyai kaviti ventrikel
yang besar. Oleh itu, isipadu darah dalam ventrikel adalah banyak semasa diastol. Isipadu strok
atlet adalah lebih tinggi berbanding dengan individu sedentari dan juga atlet yang terlibat dalam
acara eksplosif.
Atlet yang terlibat dalam aktiviti rintangan tinggi seperti gusti atau melontar peluru mempunyai
dinding ventrikel yang tebal. Walaupun hipertrofi jantung atlet ini adalah sama dengan atlit
berdaya tahan tinggi, isipadu strok mereka adalah sama dengan individu sedentari.
SISTEM TENAGA
Ciri Sistem Tenaga
Tenaga yang diperlukan bagi aktiviti fizikal adalah lebih tinggi berbanding dengan tenaga yang
diperlukan semasa rehat. Peningkatan aktiviti fizikal memerlukan lebih banyak tenaga. Sebagai
contoh semasa berenang dan berlari pecut, tenaga yang digunakan oleh otot yang aktif adalah
100 kali lebih tinggi daripada tenaga masa rehat. Aktiviti yang berintensiti rendah seperti
50
marathon, memerlukan tenaga sehingga 20 hingga 30 kali ganda daripada semasa rehat. Oleh itu
penggunaan tenaga bergantung kepada intensiti, masa latihan dan tahap kecergasan individu.
a) Anaerobik Alaktik
Aktiviti yang melibatkan masa yang singkat dan berintensiti tinggi seperti lari pecut 100
m dan berenang 25 m memerlukan tenaga semerta yang dibekalkan daripada penguraian
Adinosina Trifosfat (ATP) dan Fosfokretin (PC).
Jumlah ATP yang dapat disimpan di dalam otot rangka adalah sedikit mengakibatkan
pengurangan tenaga berlaku dengan cepat apabila aktiviti yang berintensiti tinggi
dilakukan. Tenaga hanya boleh dibekalkan bagi tempoh 10 saat.
b) Anaerobik Laktik
Apabila aktiviti berintensiti tinggi terpaksa berterusan melebihi 10 saat sumber tenaga
daripada glikogen yang disimpan pada otot-otot rangka dan hepar (hati). Proses
penghasilan tenaga ini dikenali sebagai glikolisis anaerobik.
GLUKOS ATAU ASID LEMAK + TRIGLYCERIDES +02 C02 + H20 + HABA
39 ATP
Sistem Tenaga Dalam Senaman
Sistem tenaga yang diperlukan pada setiap sukan bergantung kepada ciri-ciri permainan tersebut,
tempoh masa dan intensiti. Sistem tenaga yang terlibat dalam larian 5000 meter adalah seperti
yang berikut :
a) 10 saat pertama - anaerobik alaktik. b) 10 saat hingga 30 saat - peralihan dari sistem alaktik sistem laktik. c) 30 saat hingga 2 minit - anaerobik laktik. d) 2 minit hingga 5 minit - peralihan dari anaerobik laktik ke aerobik. e) 5 minit ke atas - sistem aerobik.
Sistem tenaga yang dominan bagi aktiviti yang melibatkan kuasa bergantung kepada :
i. Bekalan tenaga anaerobik alaktik. ii. Kekuatan otot.
iii. Kelajuan penguncupan otot.
51
Jadual 7.1 : Sistem Tenaga Dominan Bagi Pelbagai Sukan
Bil Sukan Peratusan penekanan berdasarkan sistem tenaga
ATP - PC dan LA LA - 02 02
1 Olahraga
100 m - 200 m
Acara padang
400 m
800 m
1500 m
3000 m
Merentas desa
98
90
80
30
20
20
5
2
10
15
65
55
40
15
-
-
5
5
25
40
80
2 Bola tampar 90 10 -
3 Hoki 60 20 20
4 Tenis 70 20 10
Jadual 7.2 : Ciri-Ciri Umum Sistem Tenaga
Sistem ATP PC Sistem Asid Laktik Sistem Oksigen
Anaerobik Sangat cepat Bahan kimia
pembakaran : PC
Penghasilan ATP sangat terhad
Simpanan otot terhad
Anaerobik Cepat Makanan
pembakaran :
glikogen
Penghasilan ATP terhad
Hasil sampingan asid laktik menyebabkan
kelesuan
Aktiviti 1-3 minit
Aerobik Perlahan Makanan
pembakaran :
glikogen, lemak dan
protein.
Penghasilan ATP tanpa had
Hasil sampingan tidak melesukan
Menggunakan daya tahan dan aktiviti
yang memakan masa
yang lama.
52
Langkah Untuk Meningkatkan Simpanan Sumber Tenaga
Perkara yang paling penting dalam konsep tenaga adalah bahan api yang dibekalkan semasa
latihan. Mengetahui tentang bahan api yang dibekalkan kepada otot rangka semasa latihan adalah
penting dalam menentukan pemakanan yang sesuai.
Apakah yang dimaksudkan dengan bekalan bahan api? Bekalan bahan api yang dimaksudkan
ialah jenis makanan yang boleh menghasilkan ATP semasa latihan. Terdapat tiga sumber kelas
makanan utama yang menghasilkan tenaga iaitu karbohidrat, lemak dan protein.
Bekalan tenaga yang dikeluarkan akibat pemecahan tiga jenis makanan ini boleh digunakan bagi
sistem aerobik untuk menghasilkan ATP. Karbohidrat memainkan peranan utama sebagai
sumber tenaga utama. Oleh itu makanan yang perlu dimakan mesti memberi tumpuan kepada
karbohidrat.
Walaupun protein boleh digunakan sebagai sumber tenaga apabila sumber lain sudah kehabisan
seperti dalam keadaan kebuluran.
Lemak apabila dibakar akan dipecahkan kepada asid lemak dan gliserid. Asid lemak disimpan
sebagai tisu adipose atau beredar dalam darah. Bahan kimia ini boleh menghasilkan ATP melalui
tindakbalas kimia.
Kelesuan Otot
Kelesuan merujuk kepada keletihan diikuti dengan kemerosotan pretasi. Perbincangan tentang
kelesuan memberi tumpuan kepada :
i. Sistem tenaga (ATP - PC , glikolisis dan pengoksidaan). ii. Pengumpulan hasil sampingan metabolik.
iii. Sistem saraf. iv. Mekanisme kegagalan pengecutan gentian.
Faktor-faktor yang menyebabkan kelesuan otot :
i. Pengumpulan asid laktik. ii. Kekurangan simpanan ATP dan PC.
iii. Kekurangan simpanan glikogen otot.
i. Pengumpulan Asid Laktik
Asid laktik menyebabkan kelesuan kerana pemecahan karbohidrat yang tidak sempurna.
Tindakbalas ini berlaku dalam fiber otot. Simpanan glikogen ditukarkan menjadi glukosa dan
53
kemudiannya ditukarkan oleh enzim kepada asid laktik bagi menghasilkan ATP seperti
ditunjukkan pada rajah di bawah :
Enzim
Glukosa Asid laktik
ATP
Tindakbalas ini dinamakan glikolisis anaerobik. Pengumpulan asid laktik yang banyak dalam
otot akan menghasilkan toksik seterusnya mengakibatkan kelesuan dan ketegangan pada otot.
ii. Kekurangan Simpanan ATP dan PC
Fosfokreatin (PC) digunakan dalam sistem anaerobik untuk membina ATP dan kemudiannya
mengekalkan simpanan ATP dalam badan. Kajian biopsi menunjukkan pengucupan otot
berulang - ulang secara maksima mengurangkan phosphocreatin yang menunjukkan berlakunya
kelesuan. Sistem ATP - PC berintensiti tinggi. Sistem ini mengakibatkan aras ATP menjadi
berkurangan. Pada aras kelesuan yang tinggi, kedua-dua ATP dan PC menjadi kurang.
iii. Kekurangan Simpanan Glikogen Otot
Aras ATP otot dikekalkan melalui pemecahan glikogen otot disebabkan oleh sistem aerobik dan
anaerobik. Bagi acara yang berpanjangan, glikogen otot menjadi sumber utama untuk sintesis
ATP.
Malangnya simpanan glikogen adalah terhad dan boleh berkurang dengan cepat. Apabila PC
digunakan, kadar pengurangan glikogen otot dikawal oleh intensiti aktiviti.
Peningkatan kadar kerja tidak berkadar terus dengan pengurangan glikogen otot. Sebagai contoh,
semasa lari pecut glikogen otot digunakan 35 hingga 40 kali lebih cepat daripada berjalan.
Oleh itu kelesuan dalam aktiviti yang berintensiti tinggi disebabkan oleh kekurangan simpanan
glikogen otot.
54
Langkah Untuk Melambatkan Kelesuan Otot
Bagi mengelakkan kelesuan, atlet mesti mengawal kadar kerja melalui rentak larian yang sesuai
bagi memastikan PC dan ATP tidak kehabisan. Jika berlari terlalu cepat pada permulaan larian,
akan mengakibatkan simpanan ATP dan PC berkurang dengan cepat.
Keadaan ini menyebabkan kelesuan berlaku lebih awal dan atlet gagal mengekalkan rentak larian
sehingga fasa terakhir. Latihan dan pengalaman dapat membantu atlet menilai rentak larian yang
optima bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan ATP dan PC.
SISTEM ENDOKRIN
55
Pengenalan
Sistem badan yang terdiri daripada kelenjar yang merembeskan hormone. Hormon merangsang
proses jangka panjang seperti pertumbuhan, metabolism, pembiakan dan pertahanan badan.
Semua hormon adalah berasaskan kepada asid aminus atau steroid.
Hormon
Hormon ialah bahan kimia yang disintesis oleh sel-sel hidup. Hormon dirembes ke dalam darah
dan diangkut oleh sistem peredaran darah ke organ sasaran yang terletak jauh daripada tempat
hormon itu disintesis. Walaupun dalam jumlah yang sedikit, hormon berupaya untuk
mempercepatkan atau memperlahankan sesuatu fungsi biologi.
Contoh :
Kekurangan glukos dalam darah akan merangsang kelenjar adrenal untuk merembes hormon
epinefrin. Epinefrin diangkut oleh darah ke pankreas dan merangsang perembesan glukagon.
Glukagon kemudiannya diangkut ke otot rangka dan hepar untuk mempercepat penguraian
glikogen kepada glukos bagi meningkatkan paras glukos dalam darah.
KELENJAR PITUITARI
Kelenjar ini terletak di bawah hipotalamus. Antara hormon-hormon yang dirembeskan ialah
hormon tumbesaran (growth hormon).
Hormon tumbesaran ialah hormon bagi metabolisme umum. Tindakan hormon ini adalah seperti
berikut :
a) Mempercepatkan kadar pertumbuhan tubuh. b) Merangsang pengambilan asid amino oleh sel bagi mensintesis protein. c) Merangsang penguraian lemak untuk tenaga. Cara ini memelihara homeostasis gula
dalam darah dengan menyimpan glukosa.
Kekurangan atau lebihan rembesan hormon ini membawa kepada pembentukan tubuh yang tidak
normal. Kekerdilan tubuh berpunca daripada kurangnya rembesan hormon ini sementara
kegergasian dan acromegally pula disebabkan oleh rembesan hormon yang berlebihan.
Pengawalan hormon
- Melalui sistem maklumbalas negatifi iaitu:
Upregulation-increase in the number of available receptors Downregulation-decrease in the number of available receptors
56
KELENJAR TIROID
Tindakbalas hormone semasa senaman dan latihan
Pengawalan glukosa semasa senaman:
Dua proses untuk meningkatkan tahap glukosa dalam darah:
1. Glycogenolysis (Conversion of liver and muscle glycogen to glucose).
2. Gluconeogenesis (protein or fat is converted to glucose).
57
Kesan Hormon Keatas Metabolism dan Tenaga:
Empat (4) hormon terlibat untuk menentukan dan mengawal tahap glukosa plasma semasa
senaman:
Glucagon Epinephrine Norepinephrine Cortisol
Semasa rehat, glucagon meningkatkan penguraian glikogen kepada glukosa. Semasa senaman,
Rembesan glucagon meningkat.
Kadar glycogenolysis meningkat dengan kehadiran catecholamine (epinephrine and norepinephrine).
Tahap cortisol meningkat semasa senaman menyebabkan peningkatan dalam penguraian protin. Dengan itu, meningkatkan penggunaan amino acid untuk proses gluconeogenesis.
Cortisol juga merangsang mobilisasi FFA dari tisu adipos yang menghalang kemasukan glukosa ke dalam sel.
Intensiti rendah - Cortisol plasma menurun.
Intensiti tinggi - Cortisol plasma meningkat.
58
Perubahan Cortisol Plasma Semasa Latihan
Growth Hormon (GH)
GH meningkatkan mobilisasi FFA dan mengurangkan pengambilan glukosa oleh sel. Dengan itu, glukosa masih berada dalam darah.
Peranan GH penting untuk mengekalkan tahap glukosa plasma iaitu: Pengambilan glukosa menurun Mobilisasi meningkat Meningkatkan gluconeogenesis
59
Growth Hormone Semasa Senaman: Kesan Intensiti
Pengawalan Metabolism Glukosa Semasa Senaman
Kepekatan glukosa semasa senaman ada keseimbangan diantara pengambilan glukosa oleh
otot yang bekerja dan pengeluarannya oleh hati:
Glucagon: meningkatkan penguraian glikogen dari hati. Epinephrine: meningkatkan glycogenolysis . Norephinephrine: meningkatkan glycogenolysis . Cortisol: meningkatkan protein catabolism.
Kadar penggunaan glikogen ditentukan oleh jangkamasa dan intensity senaman. Penguraian glikogen (Glycogenolysis) adalah berkaitan dengan intensity senaman. Intensiti tinggi mengakibatkan kadar pengurangan glikogen yang tinggi dan pantas. Epinephrin ialah perangsang yang kuat untuk glycogenolysis. - Senaman berintensiti tinggi mengakibatkan peningkatan epinephrine yang ting
60
Glycogen Depletion During Exercise
61
Changes in Epinephrine during exercise
Epinephrine dan Norepinephrine Semasa Senaman
Meningkat secara linear semasa senaman Selain dari mobilisasi glikogen, berlaku juga:
Mobilizasi glukosa dari hati Mobilizasi FFA
Epinephrine dan Norepinephrine Selepas Senaman
Penurunan tahap plasma sama seperti penurunan mobilizasi glukosa. Penurunan pengambilan glukosa oleh . Di tahap senaman maximal Epinephrin adalah lebih tinggi untuk seorang yang terlatih
berbanding yang tidak terlatih.
62
EFFECT OF TRAINING ON PLASMA INSULIN DURING EXERCISE
63
Pengawalan Glukosa Semasa Latihan
Glucagon, epinephrine, norepinephrine and cortisol, GH dan thyroid H meningkatkan glycogenolysis (glikogen kepada glukosa) dan gluconeogenesis (Protin atau lemak
kepada glukosa), dengan itumeningkatkan tahap glukosa untuk penghasilan tenaga.
Insulin membantu penghantaran glukosa ke dalam sel. Tahap insulin menurun semasa latihan yang berpanjangan.
Apabila tahap karbohidrat rendah, cortisol, epinephrine, norepinephrine dan GH meningkatkan oksidasi lemak.
Cortisol meningkatkan lipolysis, membebaskan FFA ke dalam darah dan sel untuk penghasilan tenaga.
Semasa latihan yang berpanjangan, tahap cortisol akan kembali normal dimana catecolamines and GH akan mengambil alih peranan.
64
Pengawalan Metabolism Lemak Semasa Senaman
Lipolysis dikawal melalui:
Penurunan tahap insulin Epinephrine Norepinephrine Cortisol Growth hormone
Pengawalan Hormon Semasa Latihan
Glokosa ditingkatkan melalui tindakbalas glucagon, epinephrine, norepinephrine, and cortisol
Insulin membantu kemasukan glucose ke dalam sel, tetapi tahapnya menurun semasa senaman yang berpanjangan.
Bila karbohidrat rendah, oksidasi lemak akan meningkat, lipolisis juga meningkat, insulin menurun, dan peningkatan tahap epinephrine, norepinephrine, cortisol, and growth
hormone
Pengawalan Cecair dan Elektrolit Semasa Senaman
Gambarajah menunjukkan mekanisma ADH dalam mengekalkan tahap air
65
Dua (2) jenis hormon yang penting dalam pengawalan cecair dan elektrolit dalam tubuh badan:
1. Aldosterone. 2. Antidiuretic Hormone (ADH).
Mekanisma ADH Dalam Pengawalan Tahap Cecair Tubuh Badan
Peningkatan plasma osmolality merangsang hypothalamus menyebabkan ADH dirembeskan dari posterior pituitary.
ADH meningkatkan penyimpanan air, oleh itu isipadu plasma meningkat, menyebabkan pencairan plasma, akhirnya mengurangkan blood osmolality.
Aldosterone
Mineralcorticoid hormone Secretion is stimulated by:
plasma sodium blood volume pressure plasma potassium concentration
Promotes renal reabsorption of sodium, causing the body to retain sodium
66
Perubahan ADH Dalam Darah Semasa Latihan
Endorphins
An endogenous upload from the pituitary gland that blocks pain, decreases appetite, creates a feeling of euphoria (the exercise high), and reduces tension and anxiety.
Blood levels of endorphins increase up to five times resting levels during longer duration (greater than 30 minutes) aerobic exercise at moderate to intense levels and also during
interval training.
After several months of regular exercise, you develop an increased sensitivity to endorphins (a higher high from the same level of endorphins), and endorphins that are
produced tend to stay in your blood for a longer period of time. This makes longer
duration exercise easier (you're feeling no pain) and it causes your exercise high to last
for a longer period of time after exercise.
67
Effects of Endorphins
General Effects
"Reduce pain and anxiety and increase the feeling of well being. They stimulate the
immune system, and they help you learn. They reduce appetite for drug and alcohol
seeking behavior. Endorphins also affect our reaction to light and darkness."
Pain Relief
"The brain responds to pain signals by producing and activating morphine-like hormones
called endorphins. This pain relief effect lasts for about 30 hours (longer than known
analgesics), and without side effects when given frequently."
Testosterone
An important hormone in both males and females for maintaining muscle tone/volume/strength, increasing basal metabolic rate (metabolism), decreasing body fat,
and feeling self-confident. It's produced by the ovaries in females and by the testes in
males.
Females have only about one tenth the amount of testosterone that males do, but even at that level in females it also plays a role in libido and intensity of orgasms. Production of
testosterone in females begins to decline as a woman begins to approach menopause and
in males it begins to decline in his forties.
Blood levels of testosterone increase with exercise in both males and females beginning about 20 minutes into an exercise session, and blood levels may remain elevated for one
to three hours after exercise.
The only man who makes no mistakes is the man who never does anything
Victory- a matter of staying power.
Every time you win youre reborn ; when you lose you die a little.
68
UNIT 4
ASAS BIOMEKANIK
69
Fokus kepada prinsip biomekanik yang kritikal berkaitan aktiviti sukan Aplikasi prinsip biomekanik bagi membolehkan perolehan kemahiran motor melalui kaedah yang
betul
OBJEKTIF
Membanding - bezakan konsep tork dan tuas Membincangkan aplikasi prinsip jumlah paduan daya dalam aksi sukan Mengenalpasti prinsip impuls momentum yang berkaitan dengan sukan Mengenali teknologi analisis pergerakan-KINOVEA
Kinesiology
Kines: Latin ==> motion logos: study of Study of Motion.
Kinesiology ==> Anatomy & Physiology, Psychology, Motor Development, Pedagogy, Biomechanics
Kenapa belajar Biomekanik?
Memahami bagaimana manusia bergerak. Meningkatkan pencapaian kemahiran Mengurangkan risiko kecederaan
Teknik dan penggunaan peralatan bebanan Permukaan dan kasut Dan sebagainya
Konsep - konsep Kinetik Dalam Pergerakan
tork dan tuas aplikasi prinsip jumlah paduan daya dalam aksi sukan prinsip impuls momentum yang berkaitan dengan sukan
4.1. Koordinasi Pergerakan
Terdapat dua pendekatan bagaimana seseorang atlet dapat mengkoordinasikan bahagian atau segment
badan ketika dalam lakuan pergerakan (Contoh, ketika melontar, memukul atau menedang), untuk
mencapai pergerakan yang diinginkan (Contoh, halaju maksimum pada kaki atau tangan dan sebagainya).
Pendekatan itu ialah pendekatan ketepatan dan pendekatan halaju maksimum.
4.1.1. Pendekatan Ketepatan
Dalam aktiviti sukan, di mana pencapaian kebanyakan berkehendakkan ketepatan dan jarak, sepeti dalam
menjaring bola jaring, urutan daya hasilan pergerakan segmen badan mengikut corak urutan berbeza. Di
sini setiap satu hasilan pergerakan segmen badan digabungkan serentak. Misalnya, ketika jaringan bola
jaring, ekstensi lengan di bahagian siku dan fleksi tangan di pergelanggan tangan adalah digabungkan
serentak (rujuk rajah 1).
70
Rajah 1: Paduan Daya
4.1.2. Pendekatan Halaju Maksimum
Dalam aktiviti sukan yang berkehendakkan halaju yang tinggi ketika lontaran/lompatan (contoh, lontaran
jauh atau balingan bola kriket dari luar) atau di impak (contoh, tendangan untuk jarak jauh) koordinasi
segmen badan dari proksimal (bahagian pinggul) ke distal (bahagian kecil seperti pergelanggang kaki atau
hujung kaki), dengan halaju pada setiap segmen digabungkan dengan yang terdahulu, apabila segmen
tersebut sudah mencapai halaju maksimum (Rajah 1).
4.2.Linear Kinetik
4.2.1 Momentum Linear (M*V)
Merupakan hasil jisim kali dengan halaju. Kata seekur gajah jadi momentum gajah ini ialah jisim
gajah kali halajunya. Contohnya, katakan gajah ini mempunyai jisim 5,000 Kg. dan gajah ini
mempunyai kebolehan untuk berlari pada halaju 10m/s. Justeru, momentum linearnya adalah besar
iaitu 50,000 kg.m/s.
4.2.2 Pemeliharaan momentum
Aplikasi Impuls Dalam Sukan (meningkatkan momentum)
Tujuan utama dalam banyak kemahiran sukan adalah mengakibatkan perubahan yang besar dalam kelajuan sesuatu.
Dalam acara balingan / lontaran, alatan / implemen tidak ada kelajuan pada permulaan lemparan dan tujuannya adalah untuk mengakhirkan kelajuan yang maksima pada penghujung lemparan.
Kenapa ? Menambahkan momentum objek. Implus akan mengakibat perubahan momentum, dan perubahan kelajuan dalam arah daya yang diaplikasikan.
Jika kita mengubah kelajuan objek dalam arah spesifik, daya yang diaplikasikan atau sebarang komponen daya tersebut perlu diberi pada arah spesifik tersebut.
Dalam banyak situasi sukan, objektif utama adalah untuk menghasilkan kelajuan yang tinggi dalam objek.
Kelajuan mula kosong dan kelajuan akhir adalah tinggi. Hasil momentum tinggi. Memberi daya yang tinggi terhadap alatan / objek untuk sesuatu masa yng agak lama. Tujuan Teknik dalam sukan?
Contoh - Contoh Aplikasi Impulse Dalam Sukan
Bola Sepak:
71
Langkah dalam menyepak bahagian kaki yang sepak akan direnggang jauh ke belakang. Kaki di bawah ke depan dan lurus semasa tendangan. Otot kaki yang membawa kaki ke depan dan lurus
adalah pada pengecutan maksimum.
4.2.3. Prinsip Impuls - Momentum
Banyak aksi dalam sukan melibatkan situasi kontek antara dua objek (sebagai contoh, reket - bulu
tangkis dalam badminton) atau antara jasad dengan objek (sebagai contoh, tangan - bola dalam
bola tampar). Prinsip impuls - momentum menjelaskan konsep - konsep kinetik yang menjadi
teras kepada situasi kesukanan yang dinyatakan. Konsep utama yang perlu dikuasai melibatkan
kefahaman tentang pertalian jisim - inertia dan jisim - daya.
Hukum Pertama Newton
Sesuatu objek yang tidak bergerak, akan berada di dalam keadaan statik kecuali diganggu oleh daya luar, atau jika bergerak akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus
melainkan jika diganggu oleh daya luar.
Hukum Newton Kedua
Perubahan dalam kelajuan objek adalah berkadar terus kepada daya yang menghasilkannya tetapi ia berkadar songsang dengan jirim.
F / m = a, F = ma
Hukum Ketiga Newton
Bagi setiap aksi ada reaksi yang sama dan bertentangan. Apabila sesuatu objek memberi tekanan kepada objek kedua, objek kedua itu memberi tekanan
yang sama kepada objek pertama itu.
Jisim dan Inersia
Konsep Inertia dijelaskan menerusi Hukum Newton Pertama. Mengenai pertalian di antara jisim dengan
inertia, jisim jasad berkadar terus dengan inertia. Jadi, jasad berjisim tinggi mempunyai inertia yang
tinggi. Implikasi dalam sukan adalah bahawa posisi asal jasad berinertia yang tinggi adalah lebih sukar
untuk diubah berbanding jasad berinertia rendah. Maksudnya, daya yang lebih akan diperlukan untuk
mengubah keadaan jasad yang mempunyai inertia tinggi berbanding jasad berinertia rendah.
72
Keseimpulannya, jasad berinertia tinggi berpotensi untuk mempunyai lebih stabiliti.
Pertalian F = ma
Rumusan F = ma menunjukkan bahawa Daya (F) adalah bersamaan dengan
hasil darab Jisim (m) dengan pecutan, di mana dalam kes - kes
jasad jatuh bebas, pecutan ini merujuk kepada pecutan graviti
dengan nilai mutlak 9.81 m / s2.
Dalam prinsip impuls-momentum, rumusan F = ma turut menunjukkan bahawa perubahan momentum
dalam jasad adalah sama dgn impuls yang dijana. Pertalian ini boleh dibuktikan seperti berikut:
Dalam sukan, maklumat penting daripada hubungan ini ialah perkaitan sahih yang wujud di antara jisim
seseorang atlet dengan kuantiti daya yang mampu dijana olehnya.
Hasil perbincangan mengenai jisim, inersia dan hubungkaitan jisim - daya, beberapa prinsip impuls -
momentum yang releven dengan situasi kesukanan adalah seperti berikut:
PRINSIP 1
Aplikasi daya impuls yang tinggi ke atas jasad pegun menghasilkan perubahan momentum yang besar dan
kelajuan akhir yang lebih tinggi.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Dalam aksi servis tenis, kelajuan maksimum boleh diperolehi jika kontek reket - bola berlaku ketika bola
sedang pegun. [Ketika fasa lambungan, bola akan pegun seketika apabila mencapai ketinggian
maksimum.]
PRINSIP 2
Jika aplikasi daya adalah sama bagi sesuatu jenis aksi, peningkatan masa ketika aplikasi daya akan
memindahkan kelajuan yang lebih tinggi ke atas jasad.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Semasa beraksi, peningkatan masa ketika aplikasi daya boleh dicapai dengan memastikan pelaksanaan
fasa ikut lajak. Rajah di bawah (fasa - fasa [a] ke [e]) menunjukkan aplikasi prinsip di atas ketika
membuat aksi tendangan hantaran jauh.
73
PRINSIP 3
Secara keseluruhan, impuls yang tinggi boleh dijana secara memaksimumkan (a) aplikasi daya, (b) masa
aplikasi atau kombinasi daya dan masa optimum. Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Semasa bertinju, tumbukan ceduk ke sasaran akan menjana impuls yang lebih tinggi berbanding
tumbukan jab. Ini kerana tempoh masa kontak tumbukan - sasaran adalah lebih lama ketika tumbukan ceduk, berbanding jab.
PRINSIP 4
Momentum diabadikan semasa pelanggaran atau kontek dua atau lebih jasad. Jasad berjisim lebih tinggi
akan mempunyai kelajuan pasca - kontek yang lebih rendah.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Manipulasi prinsip ini meluas dalam sukan gusti Greco - Roman. Ahli gusti dalam kategori masing -
masing berusaha mencapai berat badan maksimum mengikut kategori tertentu kerana kelajuan pasca-
kontek yang rendah semasa kontak 2 - jasad bermakna sukar untuk dijatuhkan / ubah posisi.
PRINSIP 5
Jasad bergerak mempunyai momentum, jadi impuls atau daya akan diperlukan untuk menghentikan atau
mengurangkan kelajuan pergerakan jasad tersebut.
Contoh aplikasi prinsip ini dalam sukan:
Dalam permainan ragbi, pemain yang bertahan boleh melakukan tackle yang lebih efektif jika ia berlari kepada penyerang yang membawa bola untuk membuat tackle tersebut, berbanding situasi pemain yang bertahan menunggu hingga ke saat akhir untuk membuat tackle.
4.2.4. Perhubungan impuls dan momentum
MOMENTUM
apa saja sistem yang bergerak, ia mempunyai momentum
momentum ialah satu vektor kuantiti
74
F=ma, purata kepecutan= perubahan kelajuan bagi masa
a= v/t, F=m(v/t)
F (t) = m (vt - vi )
Formula atas mengiatkan momentum-impulse. Dalam sukan dan pergerakkan manusia, objek selalunya jisim
konstant.
momentum melibatkan rintangan sesuatu sistem untuk berubah dalam pergerakannya dan kelajuannya
lebih besar rintangan atau lebih besar kelajuan sesuatu sistem maka lebih besar momentumnya
kita lihat konsep momentum sesuatu sistem dalam:
pergerakan linear
pergerakan putaran
dalam pergerakan linear
M = mv ( M = momentum, m = jisim, v = kelajuan) apabila ada daya luar yang bertindak meningkatan atau mengurangkan kelajuan maka momentum
akan bertambah atau berkurang
Impulse
IMPULSE : Kombinasi masa dan daya Dalam tubuh badan implus berkait dengan kekuatan dan fleksibiliti. Secara matematik Hukum Newtons Kedua adalah F = ma. Ini hanya menunjukkan apa yang berlaku pada ketika itu.
Dalam sukan dan pergerakan manusia, hasil terakhir dari daya luaran yang bertindak ke atas atlit atau objek dalam durasi masa dengan kepecutan semasa atlit dan objek pada ketika daya
dikenakan / aplikasikan diberi keutamaan.
Contohnya, kelajuan bola bergerak setelah pemain itu memberi daya ke atas bola itu semasa aksi membuat servis tenis.
Merupakan hasil darab jisim dengan pecutan F = ma ( F = daya; m = jisim dan a = pecutan)
75
(Hukum Newton Kedua: Hukum pecutan Hukum ini menyatakan bahawa daya ialah kadar perubahan
momentum)
Lontar Peluru ?
Dalam lontaran, siku berada dalam keadaan bengkok pada awal peringkat kedudukan dan akan diluruskan sepenuhnya pada masa pelepasan. Otot - otot yang meluruskan siku mengecut pada
tahap maksimum.
PRINSIP JUMLAH PADUAN DAYA
Prinsip mekanik penting yang terbit daripada hubungan impuls - momentum ialah prinsip jumlah paduan
daya (summation of forces). Prinsip ini menyatakan bahawa ketika pergerakan, daya yang terhasil
daripada satu segmen sendi akan bergabung dengan daya yang akan dihasilkan oleh segmen sendi yang
seterusnya.
76
Interaksi Segmen-Segmen Sendi
Pemindahan daya dalam pergerakan sangat bergantung kepada penggunaan sendi secara efisyen.
Perubahan momentum maksimum (impuls maksimum) boleh dicapai dalam keadaan-keadaan berikut:
Interaksi segmen yang terlibat dalam penghasilan pergerakan berlaku mengikut sikuen daripada segmen besar ke segmen kecil.
Pergerakan kesemua interaksi segmen sendi berlaku pada satu arah.
Interaksi segmen-segmen sendi berkeadaan ekstensi penuh ketika aplikasi daya maksimum atau pada fasa kontek dua jasad.
Interaksi segmen berlaku dgn aplikasi daya semasa pergerakan tadi melibatkan kombinasi daya dan masa di tahap optimum.
Perkara yang perlu diberi perhatian adalah bahawa keupayaan seseorang atlet untuk menjana impuls
maksimum ketika beraksi turut bergantung kepada beberapa pertimbangan variabel anatomi seperti
kekuatan dan struktur otot, posisi jasad serta keupayaan koordinasi dalam konteks integrasi neural atau
kawalan motor.
77
Apakah yang mempengaruhijarak projektil ?
Jarak
Kelajuan Pelepasan Aerodinamik(Lembing &
Cakera)
Daya Masa Tinggi Sudut
Arah Aplikasi Daya
Penjanaan daya dalam sesuatu pergerakan adalah dipengaruhi oleh