5
1 Teknik Pemungutan Buah Kelapa Sawit Terlerai: Cabaran Dan Pendekatan Baru Muhammad Salih Haji Ja’afar Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang, Selangor DE Abstrak Pelbagai teknik telah diujikaji untuk memungut buah kelapa sawit terlerai. Kaedah-kaedah tradisional mengutip buah-buah tersebut masih lagi diamalkan secara meluas di ladang-ladang. Cabaran-cabaran dalam kerja-kerja tersebut telah dikenalpastikan dan pendekatan-pendekatan baru terhadap masalah-masalah dan penyelesaian sedang dipertimbangkan. 1.0 Pengenalan Kelapa sawit merupakan komiditi utama bagi Malaysia pada masa kini. Beberapa penyelidikan telah ditumpukan di peringkat penuaian di ladang supaya hasil pengeluaran dapat ditingkatkan, kos pengendalian dapat dikurangkan dan cara bekerja di ladang adalah selesa, mudah, cepat dan selamat. Pulangan terhadap penanaman kelapa sawit amatlah lumayan. Dianggarkan bahawa satu tan minyak mentah kelapa sawit bernilai lebih daripada RM1,500. Untuk menghasilkan satu tan minyak mentah ini, sebanyak lima tan tandan kelapa sawit segar diperlukan. Setiap tandan yang dipotong akan menyebabkan lebih kurang 5 % buah kelapa sawit jatuh terlerai di atas tanah. Jika buah ini tidak dikutip, pihak pengusaha ladang kelapa sawit akan menanggung kerugian pulangan yang besar di samping menanggung kos penyelenggaraan kawasan. 2.0 Masalah Pengutipan Buah Kelapa Sawit Terlerai Pengutipan buah kelapa sawit terlerai menimbulkan masalah besar kepada pengusaha tanaman ini. Buah kelapa sawit terlerai pada kebiasaannya dikutip dengan menggunakan tangan dan dikumpulkan ke dalam baldi, beg plastik atau guni. Selain dari itu terdapat juga pilihan yang lain seperti menggunakan pencakar, kepingan papan dan pengaut. Pekerja terpaksa membongkokkan badan untuk mengutip buah di atas tanah dan bergerak dari pokok ke pokok. Masa memungut buah tersebut selalunya mengambil hampir 30 % daripada masa menuai (Mohd. Zohadie, 1992). Kaedah ini membazirkan masa, menyukarkan pekerja dan menyebabkan pekerja sakit pinggang. Kehadiran sampah dan bendasing menimbulkan masalah kepada kerja-kerja pemprosesan minyak sawit di kilang. Adalah dianggarkan hampir 20 % sampah diangkut ke kilang. Sehingga kini beberapa cara dan teknik telah dilakukan untuk mengatasi masalah-masalah di atas. 3.0 Teknik Pemungutan Kajian-kajian awal terhadap kaedah yang sesuai bagi memungut buah kelapa sawit telah banyak dijalankan untuk kerja-kerja di ladang atau di kilang. Antaranya adalah kaedah memungut buah secara manual dengan bantuan terikan getah (Muhammad Salih dan Abdul Razak, 1988) mesin kaut berjejari (Abadanjumi, 1988), alat pungut bilah berputar (Mohamad Abdullah, 1990), alat kaut buah terlerai (Abdul Rahim, 1990), mesin sapu (Mohd Zohadie, 1992), pemungut berpiring (Parameseven, 1993), dan Harris, 1995, penyapu berus bermotor (Zalizan, 1993), mesin sedut secara tak langsung (Wan, 1993 dan Khalina, 1996) dan kaedah secara langsung oleh Ahmad Zamri (1994) dan Ahmad Hitam dan rakan-rakan (1995).

Sample of Technical Paper

Embed Size (px)

DESCRIPTION

technical paper

Citation preview

Page 1: Sample of Technical Paper

1

Teknik Pemungutan Buah Kelapa Sawit Terlerai: Cabaran Dan

Pendekatan Baru

Muhammad Salih Haji Ja’afar Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian

Fakulti Kejuruteraan

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang, Selangor DE

Abstrak

Pelbagai teknik telah diujikaji untuk memungut

buah kelapa sawit terlerai. Kaedah-kaedah

tradisional mengutip buah-buah tersebut masih

lagi diamalkan secara meluas di ladang-ladang.

Cabaran-cabaran dalam kerja-kerja tersebut telah

dikenalpastikan dan pendekatan-pendekatan

baru terhadap masalah-masalah dan

penyelesaian sedang dipertimbangkan.

1.0 Pengenalan

Kelapa sawit merupakan komiditi utama bagi

Malaysia pada masa kini. Beberapa

penyelidikan telah ditumpukan di peringkat

penuaian di ladang supaya hasil pengeluaran

dapat ditingkatkan, kos pengendalian dapat

dikurangkan dan cara bekerja di ladang adalah

selesa, mudah, cepat dan selamat.

Pulangan terhadap penanaman kelapa sawit

amatlah lumayan. Dianggarkan bahawa satu tan

minyak mentah kelapa sawit bernilai lebih

daripada RM1,500. Untuk menghasilkan satu

tan minyak mentah ini, sebanyak lima tan tandan

kelapa sawit segar diperlukan. Setiap tandan

yang dipotong akan menyebabkan lebih kurang

5 % buah kelapa sawit jatuh terlerai di atas

tanah. Jika buah ini tidak dikutip, pihak

pengusaha ladang kelapa sawit akan

menanggung kerugian pulangan yang besar di

samping menanggung kos penyelenggaraan

kawasan.

2.0 Masalah Pengutipan Buah Kelapa

Sawit Terlerai

Pengutipan buah kelapa sawit terlerai

menimbulkan masalah besar kepada pengusaha

tanaman ini. Buah kelapa sawit terlerai pada

kebiasaannya dikutip dengan menggunakan

tangan dan dikumpulkan ke dalam baldi, beg

plastik atau guni. Selain dari itu terdapat juga

pilihan yang lain seperti menggunakan pencakar,

kepingan papan dan pengaut. Pekerja terpaksa

membongkokkan badan untuk mengutip buah di

atas tanah dan bergerak dari pokok ke pokok.

Masa memungut buah tersebut selalunya

mengambil hampir 30 % daripada masa menuai

(Mohd. Zohadie, 1992). Kaedah ini

membazirkan masa, menyukarkan pekerja dan

menyebabkan pekerja sakit pinggang. Kehadiran

sampah dan bendasing menimbulkan masalah

kepada kerja-kerja pemprosesan minyak sawit di

kilang. Adalah dianggarkan hampir 20 %

sampah diangkut ke kilang. Sehingga kini

beberapa cara dan teknik telah dilakukan untuk

mengatasi masalah-masalah di atas.

3.0 Teknik Pemungutan

Kajian-kajian awal terhadap kaedah yang sesuai

bagi memungut buah kelapa sawit telah banyak

dijalankan untuk kerja-kerja di ladang atau di

kilang. Antaranya adalah kaedah memungut

buah secara manual dengan bantuan terikan

getah (Muhammad Salih dan Abdul Razak,

1988) mesin kaut berjejari (Abadanjumi, 1988),

alat pungut bilah berputar (Mohamad Abdullah,

1990), alat kaut buah terlerai (Abdul Rahim,

1990), mesin sapu (Mohd Zohadie, 1992),

pemungut berpiring (Parameseven, 1993), dan

Harris, 1995, penyapu berus bermotor (Zalizan,

1993), mesin sedut secara tak langsung (Wan,

1993 dan Khalina, 1996) dan kaedah secara

langsung oleh Ahmad Zamri (1994) dan Ahmad

Hitam dan rakan-rakan (1995).

Page 2: Sample of Technical Paper

2

3.1 Pemungut Terikan Getah

Muhammad Salih dan Abdul Razak (1988) telah

mencipta sebuah alat memungut buah kelapa

sawit terlerai dengan menggunakan kaedah

terikan getah. Buah dikutip sebiji-sebiji.

Keseluruhan kutipan adalah 75 biji/minit (0.75

kg/min) dan tiada sampah dipungut. Namun,

kecederaan buah adalah tinggi.

3.2 Pemungut Berus Berputar

Osman (1988) telah mengilhamkan suatu reka

bentuk pemungut jenis penyapu yang

menggunakan berus untuk mengaut masuk buah

terlerai di permukaan tanah. Mohd. Zohadie

(1992) telah mengubahsuai reka bentuk di atas

dan mendapati alat jentera yang digerakkan oleh

enjin petrol 4 kW itu berupaya mengaut

kesemua buah terlerai yang terdapat pada

permukaan tanah. Pemerhatian awal

menunjukkan bahawa alat jentera ini berupaya

mengaut 1.4 kg/min buah terlerai dan sebilangan

sampah-sarap (hampir 30 %) terdapat berada di

dalam takungan

buah.

3.3 Pemungut Berpiring

Konsep alat pemungut berpiring ini ialah antara

yang terawal yang telah dibangunkan bagi

mengatasi masalah pemungutan buah kelapa

sawit terlerai. Alat ini telah diperkenalkan oleh

Parameseven (1992) di mana komponen-

komponen utama alat tersebut termasuklah

kerangka utama, piring pengutip getah,

penghalang buah, kotak pengumpul, pengatur

buah dan roda kastor.

Alat ini dikendalikan secara menolaknya ke atas

taburan buah kelapa sawit terlerai. Buah

tersebut akan tersepit di celah-celah piring yang

secara tidak langsung bertindak sebagai roda

hadapan. Biji yang tersepit itu akan mengikut

putaran piring dan akan dihalang oleh

penghalang buah yang berfungsi untuk menolak

buah masuk ke dalam bekas kumpul yang

tersedia.

Kecekapan alat ini adalah tinggi pada pelbagai

susunan kedudukan arah buah iaitu 60 %.

Purata keupayaan pemungutan adalah 1.67

kg/min. Namun, buah yang dikumpul didapati

tercedera walaupun tiada sampah yang turut

terpungut.

3.4 Pemungut Berpiring Terubahsuai

Alat pungut berpiring telah diubahsuaikan oleh

Harris (1995) berdasarkan reka bentuk

Parameseven (1992). Ia lebih memberi

perhatian kepada pengurangan kecederaan pada

buah kelapa sawit terlerai. Reka bentuk alat ini

terbahagi kepada dua sistem utama iaitu sistem

pemandu buah sawit dan sistem pengangkut

buah sawit.

Sistem pemandu buah akan memastikan buah

berada di dalam kedudukan yang selari dengan

pergerakan alat untuk memudahkan roda

mengepit buah sebelum ia diangkut oleh

pengangkut buah ke kotak kumpul. Pengangkut

buah ini berbentuk cakera yang dilapis dengan

plastik yang lembut bagi mengelakkan sebarang

kecederaan pada buah kelapa sawit. Kecekapan

alat ini secara puratanya ialah 80 % dan

mempunyai keupayaan memungut 0.66 kg/min.

Peratusan bendasing yang terkumpul adalah sifar

tetapi buah yang cedera ialah sebanyak 18 %.

3.5 Pemungut Sedutan Secara Langsung

Mesin sedut sampah telah diubahsuai dan

dimajukan oleh Ahmad Zamri (1994) untuk

menyedut buah kelapa sawit terlerai. Udara

secara langsung disedut oleh kipas melalui

muncung sedut mesin tersebut. Kesan

mengangkut terwujud dan buah terlerai serta

sampah sarap disedut dan dipisahkan dengan

menggunakan alat tapis yang berfungsi sebagai

sistem pemisahan.

Buah kelapa sawit yang diangkut telah

dikumpulkan pada bekas kumpul yang

digerakkan oleh enjin 3.75 kW, manakala

sampah sarap yang ringan akan melalui bilah-

bilah kipas dan disembur keluar oleh kipas.

Pemerhatian awal menunjukkan mesin tersebut

mampu menyedut buah terlerai pada keupayaan

1.13 kg/min. Mesin ini masih tidak berupaya

untuk memisahkan keseluruhan sampah sarap

yang terdapat pada takung buah. Peratusan

sampah yang hadir adalah kurang daripada 8 %.

Page 3: Sample of Technical Paper

3

Muhammad Salih dan Mohd Taufiq (1995) telah

mengubahsuai jentera di atas dengan mendapat

perubahan keputusan yang sedikit sahaja dari

segi pemisahan sampah-sarap.

3.6 Pemungut Sedutan Secara Langsung

PORIM/UPM

Mesin ini adalah hasil kerjasama PORIM dan

UPM dalam usaha untuk mempertingkatkan lagi

pemungutan buah kelapa sawit terlerai yang

menggunakan kaedah penyedutan secara

langsung (Ahmad Hitam, Ahmad Zamri dan

Muhammad Salih, 1995).

Daya sedutan pada buah diperolehi dari enjin

petrol yang disambungkan kepada dua buah

bekas besar yang berfungsi sebagai tempat

pengumpul kelapa sawit dan sampah. Ujian

ladang menunjukkan keupayaan mesin ini

adalah di antara 1.0 hingga 1.2 kg/min dengan

kandungan sampah terkumpul kurang daripada

10 % berbanding dengan 0.7 - 1.4 kg/min dan

kandungan sampah melebihi 20 % jika cara

memungut biasa dilakukan.

3.7 Pemungut Sedutan Secara Tak

Langsung

Mesin ini telah diperkenalkan oleh Wan (1993)

menggunakan kaedah vakum. Dengan

menggunakan konsep semburan yang

menghasilkan sedutan, mesin ini direka dengan

beberapa komponen utama, iaitu:

i. Unit sembur,

ii. Unit sedut, dan

iii. Unit venturi.

Mesin ini mewujudkan kuasa sedutan pada unit

venturi hasil daripada perubahan halaju pada

unit tersebut setelah mendapat bekalan udara

dari unit sembur.

Pemerhatian awal menunjukkan bahawa mesin

ini mempunyai kebersihan 100 % dalam

pengasingan buah terlerai dari bendasing dan

mempunyai keupayaan menyedut 0.3 kg/min

dengan menggunakan mesin sembur berkuasa

2.25 kW. Keseluruhan buah didapati tidak

cedera semasa penyedutan.

3.8 Pemungut Sedutan Secara Tak

Langsung (Sembur-Sedut)

Mesin sedut buah kelapa sawit ini telah direka

bentuk berdasarkan konsep sedutan secara tak

langsung oleh Khalina (1996). Dengan

menggunakan prinsip sembur-sedut, halaju

udara digunakan sebagai media utama untuk

menghasilkan daya sedutan kepada buah terlerai.

Bahagian utama mesin ini terdiri daripada mesin

sembur berkuasa 2.25 kW, sebuah unit pisah

yang terletak di hujung salur sedut, bekas

kumpul buah terlerai, salur sedut dan salur

sembur. Dari pemerhatian awal, mesin ini

berupaya memungut buah kelapa sawit terlerai

sehingga 1.2 kg/min tanpa sebarang kecederaan

buah semasa pengendalian di ladang. Tiada

kandungan sampah terkumpul semasa ujian ini

dilakukan.

4.0 Perbandingan Teknik Pemungutan Buah

Kelapa Sawit Terlerai

Daripada teknik-teknik yang dihasilkan untuk

memungut buah kelapa sawit terlerai, adalah

didapati bahawa keputusan-keputusannya belum

begitu memuaskan lagi. Beberapa perbandingan

di antara teknik- teknik tersebut dapat

ditunjukkan di dalam Jadual 1 berikut.

Page 4: Sample of Technical Paper

4

Jadual 1: Perbandingan Teknik Pengumpulan Buah Kelapa Sawit Terlerai

Sumber Teknik Kuasa,

kW

Keupayaan

Pemungutan,

kg/min

Sampah,

%

Cedera,

%

Muhammad Salih

(1988)

Terikan Getah Tekan 0.75 0 20

Mohd. Zohadie

(1992)

Pemungut Berus Berputar 4 1.4 < 30 0

Parameseven

(1992)

Pemungut Berpiring Kaedah

Menola

k

1.67 0 > 10

Harris

(1995)

Pemungut Berpiring

Terubahsuai

Kaedah

Menola

k

0.66 0 18

Wan

(1993)

Pemungut Sedutan Secara

Tak Langsung

2.25 0.3 0 0

Zalizan

(1993)

Mesin Pengaut Buah

Kelapa Sawit Terlerai

3.75 0.87 3.7 4

Ahmad Zamri

(1994)

Pemungut Sedutan Secara

Langsung

3.75 1.13 < 8 0

Ahmad Hitam

(1995)

Pemungut Sedutan Secara

Langsung

3.75 1-1.2 < 10 0

Khalina

(1996)

Pemungut Sedutan Secara

Tak Langsung

2.25 1.2 0 0

Adalah didapati bahawa teknik pemungut

berpiring yang dihasilkan oleh Parameseven

(1992) telah memberikan keupayaan

pengumpulan yang paling tinggi iaitu 1.67

kg/min berbanding dengan teknik-teknik yang

lain. Peratusan sampah yang dikutip juga tiada

tetapi teknik ini mencederakan buah kelapa

sawit. Tetapi, teknik-teknik pemungutan

sedutan secara tak langsung tidak mencederakan

buah kelapa sawit. Sekiranya buah tercedera,

mutu minyak akan menurun.

5.0 Kesimpulan Dan Cadangan

Pemerhatian dari kajian-kajian di atas

menunjukkan bahawa mesin dan alat pungut

buah kelapa sawit di atas berupaya sedikit

sebanyak untuk memenuhi sebahagian daripada

prinsip asas bagi mengutip buah terlerai.

Beberapa aspek perlu diambil perhatian untuk

memastikan mesin atau alat pungut buah kelapa

sawit terlerai boleh dikomersialkan untuk

pasaran tempatan dan mendapat sambutan dari

pihak-pihak yang terbabit.

Penyelidikan yang berkesan melalui

pembangunan mesin dan alat perlu dilaksanakan

untuk memenuhi keperluan dalam sektor

perladangan dan pekebun-pekebun kecil kelapa

sawit. Penggunaan mesin dan alat pungut buah

kelapa sawit terlerai yang cekap dan berkesan

dapat memudahkan kerja-kerja pengutipan buah

terlerai yang selama ini dijalankan secara

manual. Kaedah-kaedah memungut secara

berlainan perlu juga difikirkan terutama sekali

bagi mendapatkan mesin atau alat yang mudah,

selamat dan murah serta selesa.

Teknik-teknik yang telah diujikaji perlu

diperdalamkan lagi agar dapat memberikan

perlakuan mesin atau alat yang memuaskan dan

seterusnya dapat digunakan oleh mereka yang

terbabit.

Penghargaan

Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Encik Mohamed Ahmad, juruteknik di

Makmal Jentera Pertanian, UPM, pelajar-pelajar

tahun akhir dan pembantu-pembantu penyelidik

kerana telah sama-sama menjayakan beberapa

projek di atas. Tidak lupa juga jutaan terima

kasih kepada Cik Zinatul „Ashiqin Bt Haji Mohd

Page 5: Sample of Technical Paper

5

Noor dan Encik Ahmad Affindi Zainuddin

kerana telah menaip dan menyiapkan penulisan

kertas kerja ini. Segala perbelanjaan

penyelidikan telah dibiayai oleh Kementerian

Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Malaysia

sejak 1988 sehingga kini.

Rujukan

Abadanjumi Eskandar (1988). “Reka Bentuk

dan Pembinaan Jentera Pungut Buah Kelapa

Sawit Terlerai”. Laporan Projek Pelajar Tahun

Akhir, Bac. Kejuruteraan Pertanian, Fakulti

Kejuruteraan, UPM, Serdang.

Abdul Rahim Hassan (1989). “Alat Pemungut

Buah Kelapa Sawit Terlerai Pada Permukaan

Rata”. Laporan Projek Pelajar Tahun Akhir,

Bac. Kejuruteraan Pertanian, Fakulti

Kejuruteraan, UPM, Serdang.

Ahmad Hitam, Ahmad Zamri dan Muhammad

Salih (1995). “Loose Fruit Collector”. PORIM

Information Series No. 19, May 1995, Bangi.

Ahmad Zamri Md. Yusof (1994). “Penggunaan

Jentera Sedut Sampah Untuk Menyedut Buah

Kelapa Sawit Terlerai”. Laporan Projek Pelajar

Tahun Akhir, Bac. Kejuruteraan Pertanian,

UPM, Serdang.

Harris Sandamudin (1995). “Perlakuan Alat

Pungut Buah Kelapa Sawit Terlerai”. Laporan

Projek Pelajar Tahun Akhir, Bac. Kejuruteraan

Pertanian, UPM, Serdang.

Khalina Hj. Abdan (1996). “Rekabentuk Mesin

Pungut Buah Kelapa Sawit Terlerai Kaedah

Sembur - Sedut”. Laporan Projek Pelajar Tahun

Akhir, Bac. Kejuruteraan Pertanian, UPM,

Serdang.

Mohamad Abdullah (1990). “Perlakuan

Pemungut Buah Kelapa Sawit Terlerai”.

Laporan Projek Pelajar Tahun Akhir, Bac.

Kejuruteraan Pertanian, UPM, Serdang.

Mohd. Zohadie Bardaie (1992). “Harvesting

and Transportation of Oil Palm Fresh Fruit

Bunches. Proceedings of the National IRPA

Seminar (Agriculture Sector)”. Jilid 1 ms. 839-

840.

Mohd. Zohadie, W. Ishak dan Azmi, (1993).

“Research on Mechanization of Plantation Crops

at UPM: With Special Reference to Oil Palm”.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Pertanian

Berjentera”. 25-27 Mei, 1993”. ms. 172-178.

MARDI.

Muhammad Salih Haji Ja‟afar dan Razak Jelani

(1988). “Kajian Awal Perlakuan Alat Pemungut

Buah Kelapa Sawit Terlerai Secara Manual”.

Seminar Penyelidikan Kejuruteraan Pertanian,

Fakulti Kejuruteraan, UPM, Serdang, November

1988.

Muhammad Salih Haji Ja‟afar dan Mohd. Taufiq

Ahmad (1995). “Perlakuan Mesin Sedut Buah

Kelapa Sawit Terlerai”. Laporan Penyelidikan,

UPM, Serdang.

Muhammad Salih Haji Ja‟afar dan Wan Wai

Thong (1993). “Reka Bentuk dan Pembinaan

Prototaip Pemungut Buah Kelapa Sawit Terlerai

Bermotor”. Persidangan Kebangsaan

Pendidikan dan Penyelidikan Kelapa Sawit

Terlerai : Pencapaian dan Cabaran, Jun 15 -16,

UPM, Serdang.

Osman Mohd. Top (1988). “Reka Bentuk

Jentera Pungut Buah Kelapa Sawit Terlerai”.

Laporan Projek Mini, Fakulti Kejuruteraan,

UPM, Serdang.

Parameseven Narayan (1992). “Preliminary

Observations On The Performance Of An Oil

Palm Loose Fruit Collector”. Laporan Projek

Pelajar Tahun Akhir, Bac. Kejuruteraan

Pertanian, UPM, Serdang.

Wan Wai Thong (1993). “Design And

Perfomance Of A Prototype Oil Palm Loose

Fruit Collector Using Indirect Suction Method”.

Laporan Projek Pelajar Tahun Akhir, Bac.

Kejuruteraan Pertanian, UPM, Serdang.

Zalizan Mohd Tahir, (1993). “Reka Bentuk dan

Perlakuan Mesin Pungut Buah Kelapa Sawit

Terlerai”. Laporan Projek Pelajar Tahun Akhir,

Bac. Kejuruteraan Pertanian, UPM, Serdang.