Upload
yus07
View
861
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
www.WangGaji.com
Blogger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi
THINKERICH
PANDUAN
WANG GAJI
Bagaimana Hendak Menguruskannya Dengan cara Yang BETUL!
“Pelajari BAGAIMANA HENDAK MENGURUS WANG GAJI anda dengan LEBIH BAIK & BERKESAN pada Setiap Masa… tanpa mengira sama ada anda makan gaji, bekerja sendiri mahu pun menjalankan perniagaan sendiri. Baca dan praktikkannya, selepas itu anda tidak perlu risau tentang Wang lagi!”
~ Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 2
Bagi mendapatkan maklumat yang lebih berinspirasi dan
terkini tentang motivasi kekayaan, motivasi kewangan dan
motivasi diri, sila lawati Blog
www.PemikirKaya.com
Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 3
KENAPA EBOOK INI DI TULIS?
Saya percaya ramai di antara kita yang suka bercakap pasal wang, terutama
sekali melibatkan wang gaji. Ada yang mengeluh kerana menerima wang gaji
yang kecil, ada pula yang mengeluh dengan kenaikan harga barang dan kos
sara hidup yang kian meningkat, dan ada juga yang pening kepala setiap
bulan gara-gara bil dan hutang mereka semakin meningkat.
Namun begitu, jarang sekali kita dengar ada dikalangan mereka yang
berusaha mencari jalan penyelesaian! (Erks, sudah menjadi kebiasaan
masyarakat kita, lebih suka mengeluh daripada bertindak!)
Pada kebiasaanya setiap kali berhadapan dengan masalah seperti itu, langkah
mudah yang diambil oleh kebanyakan orang adalah dengan berjimat cermat,
dan kemudian berusaha mencari wang tambahan!
Malangnya, penyelesaian sebegitu tidak banyak membantu kerana setiap kali
anda mendapati wang anda bertambah, kemahuan dan keinginan anda juga
turut bertambah. Bahkan adakalanya anda mendapati, perbelanjaan anda
kini menjadi lebih besar berbanding dengan pendapatan yang anda perolehi.
Kenapa perkara sedemikian boleh terjadi? Puncanya kerana ada di antara
kita yang mengambil mudah soal merancang dan mengurus kewangan.
Malahan ada yang menganggap wang gaji yang mereka terima itu sekadar
untuk membayar bil bulanan sahaja, tidak lebih daripada itu! Yang lain pula,
setiap bulan hanya membuat bajet ringkas di atas cebisan kertas kosong! Dan
ada juga yang hanya mencongak dan mengiranya di dalam kepala sahaja!
Lebih malang lagi, ada yang langsung tidak sempat merasai wang gaji mereka
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 4
gara-gara terjebak dengan skim pinjaman mudah seperti „Ah long‟. Ini kerana
kad ATM mereka telah dicagarkan kepada agensi pemberi pinjaman wang!
Melihat kepada situasi ini, saya mulai terfikir kenapa perkara sedemikian boleh
berlaku kepada masyarakat disekeliling kita? Boleh dikatakan dari dahulu
sehingga sekarang masalah kekurangan wang, sengkek, pokai, dan yang
seangkatan dengannya terus menjadi suatu isu yang tidak pernah selesai!
Apakah mereka tidak mahu menyelesaikannya atau mereka sebenarnya tidak
tahu apa yang harus dibuat? Apabila saya membuat kajian dan soal selidik
serta rujukan ke atas isu ini, maka saya mendapati salah satu daripada punca
utamanya datang daripada kegagalan mereka untuk mengurus wang dengan
betul!
Malangnya tidak semua dikalangan mereka ini yang menyedari kesilapan
tersebut berusaha untuk mencari penyelesaian dengan kaedah yang betul
sebaliknya mereka lebih suka mengambil jalan mudah dengan membuat
pinjaman yang akhirnya menjadi beban kepada mereka. Ini kerana mereka
terpaksa membayar faedah yang tinggi secara berterusan sepanjang hidup
mereka.
Apa yang mereka lakukan ini tidak ubah seperti cuba menutup lubang sedia
ada dan tanpa disedari lubang yang lain juga perlu ditimbus semula!
Perbuatan ini tidak ubah seperti ungkapan popular, “Tutup Lubang, Gali
Lubang, Keluar Mulut Buaya Masuk pula ke Mulut Harimau!”
Maka daripada kesedaran itulah saya mengambil langkah dan inisiatif untuk
memberikan gambaran sebenar tentang kaedah dan cara bagaimana untuk
merancang dan mengurus wang dengan lebih baik agar anda tidak mudah
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 5
terjebak ke dalam kancah hutang dan masalah kewangan yang
berpanjangan.
Kepada anda yang membuat pelaburan bijak dengan memiliki ebook ini
(sudah tentulah membelinya secara sah ), tahniah saya ucapkan kepada
anda kerana telah menyediakan panduan khusus untuk merancang dan
menguruskan wang gaji anda dengan lebih baik dan teratur.
Semoga ianya memberi gambaran dan dimensi yang baru ke atas pengurusan
kewangan peribadi anda. Selamat membaca, semoga berjaya!
Salam kekayaan,
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Perunding, Penulis, Usahawan & Blogger
Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi
www.pemikirkaya.com
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 6
PRAKATA
Apabila disebut wang gaji sudah tentu perkara pertama yang terlintas difikiran
anda bahawa ebook ini hanya akan berkisar tentang merancang dan
mengurus kewangan bagi mereka yang bekerja makan gaji sahaja.
Jika itu yang anda fikirkan, elok rasanya anda pertimbangkan semula kerana
sebentar lagi, saya akan huraikan dan perjelaskan semula kepada anda
maksud wang gaji yang sebenarnya.
Lazimnya wang gaji adalah perkara wajib bagi mereka yang bekerja dengan
majikan. Ini kerana mereka bekerja sebagaimana yang diarahkan dan
ditetapkan dan kemudiannya majikan pula bersetuju membayar sejumlah
wang sebagai balasan kepada mereka dalam bentuk wang gaji. Ianya juga
dikenali sebagai makan gaji.
Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja sendiri atau menjalankan
perniagaan sendiri?
Apakah mereka tidak memerlukan wang gaji?
Sudah tentu mereka juga perlukan wang untuk memenuhi keperluan hidup
mereka, cuma apa yang membezakannya ialah wang gaji tersebut ditentukan
oleh mereka sendiri!
Disinilah timbulnya masalah kepada mereka yang bekerja sendiri dan yang
menjalankan perniagaan. Mereka tidak memperuntukkan atau mengagihkan
secara khusus wang gaji untuk diri sendiri!
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 7
Kesannya, pengurusan kewangan dan perniagaan mereka menjadi haru biru
dan tidak teratur! Sudah tentulah apabila perkara ini terjadi maka mereka akan
sentiasa berdepan dengan masalah kekurangan modal sepanjang masa!
Walhal sebagai pemilik perniagaan yang cekap, mereka sepatutnya telah
mengagihkan dan memperuntukan secara khusus berapakah jumlah wang gaji
yang perlu dibayar dan diterima oleh mereka! Berapa pula jumlah yang perlu
untuk pusingan modal dan kos lain yang berkaitan.
Jika pada ketika ini, anda bekerja sendiri mahu pun menjalankan perniagaan,
anda akan mempelajari cara bagaimana untuk mengagihkan hasil
pendapatan secara mudah bagi memastikan anda sentiasa mempunyai wang
dan dalam masa yang sama aliran tunai perniagaan anda juga akan berada
dalam keadaan yang baik dan teratur!
Bagi anda yang baru menempuh alam pekerjaan dan baru sahaja
menamatkan pengajian dan sedang menunggu peluang pekerjaan, anda
merupakan golongan yang cukup bertuah! Ini kerana anda telah menemui
panduan ini lebih awal sebelum berhadapan dengan dunia kewangan
sebenar yang memerlukan kebijaksanaan merancang dan mengurus wang
dengan baik!
Bagi yang sedang bergelumang dengan masalah kewangan, usah risau! Anda
juga masih boleh memperbetulkannya dengan melakukan tindakan daripada
panduan dan perancangan serta penyusunan semula kewangan yang akan
ditunjukkan di dalam ebook ini nanti!
Jadi jika anda telah bersedia, mari kita mula pelajari bagaimana hendak
menguruskan wang gaji anda!
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 8
BAGAIMANA EBOOK INI BOLEH MEMBANTU ANDA?
Oh, ya! Sebelum kita bermula, ada baiknya anda tahu bagaimana ebook ini
boleh membantu anda? Ini kerana apa yang bakal anda baca dan pelajari
dalam ebook ini bukan sekadar teori yang indah khabar dari rupa atau idea
yang saya reka dan buat-buat untuk menarik minat anda bagi membacanya
dan kemudian anda terus melupakannya dengan begitu sahaja!
Saya tidak mahu panduan ini sekadar menjadi teori semata-mata!
Bukan itu maksud sebenar saya menulis ebook ini. Ketahuilah bahawa semua
teori dan apa jua yang saya nyatakan dalam ebook ini benar-benar berfungsi
dan berjaya! Sudah tentulah ianya juga berfungsi untuk anda! Itupun jika anda
bertindak sebagaimana yang saya nyatakan!
Saya jamin yang anda tidak akan mampu merubah kewangan anda sekiranya
ebook ini dibaca sekadar untuk mengetahui dan kemudiannya anda tidak
mengambil sebarang tindakan sebagaimana yang disarankan!
Jika itulah yang anda lakukan, saya sebenarnya tak akan rugi apa-apa!
Saya sekadar memberi panduan dan bimbingan untuk anda bertindak bagi
memastikan pengurusan wang gaji anda menjadi lebih baik.
Apa yang ingin saya beritahu kepada anda, sebelum anda membaca dengan
lebih jauh, teknik dan kaedah yang dinyatakan dalam ebook ini telah saya
praktikkan dan ianya memang berkesan! Jadi ia bukan sekadar teori yang
penuh dengan formula dan bahasa kewangan yang berwarna –warni.
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 9
Saya menghabiskan sebahagian besar masa saya selama 10 tahun
kebelakangan ini untuk menguruskan wang gaji saya dengan membuat
perancangan, membetulkannya, menguruskannya serta memperbaharui
segala tindakan ke atas kewangan peribadi saya.
Saya juga sentiasa membaca dan mencari kaedah terbaik secara berterusan
agar saya dapat menguruskan wang gaji saya dengan lebih baik lagi. Untuk
belajar secara mendalam tentang produk kewangan, saya belajar dan
mengambil peperiksaan insuran hayat, unit amanah, takaful dan kemudiannya
lulus dengan cemerlang. Kemudiannya saya mengikuti program Perancang
Kewangan Peribadi, (Registered Financial Planner- RFP) bagi memastikan saya
benar-benar faham dan seterusnya dapat menguasai bidang perancangan
kewangan peribadi secara menyeluruh!
Saya percaya dengan bermula dari dalam dan mempelajarinya daripada
industri tersebut, saya lebih memahaminya secara keseluruhan dan bukannya
sekadar mendengar pendapat mereka yang berada di luar industri.
Kebanyakan daripada mereka hanya bercakap berdegar-degar ibarat tin
kosong! Semua yang mereka perkatakan itu hanya berasaskan pandangan
sendiri dan juga pendapat orang lain semata-mata!
Istimewanya apabila kita datang atau terlibat dalam industri tersebut, kita lebih
tahu yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana sebenarnya lebih
menguntungkan sebelah pihak atau yang mana pula menguntungkan kedua-
dua belah pihak! Sudah tentulah apabila mengikuti kursus sebagai Perancang
Kewangan Berdaftar (RFP), saya dituntut untuk mematuhi etika dalam memberi
khidmat runding kewangan kepada masyarakat dengan mengutamakan
kepentingan dan keperluan pelanggan dan bukan sebaliknya.
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 10
Tujuan saya menulis ebook ini bukanlah untuk mendapatkan perhatian dan
sanjungan daripada anda semua, sebaliknya saya rasa terpanggil untuk
berkongsi dan memberitahu anda semua apa yang saya lakukan ke atas wang
saya kebelakangan ini telah banyak membantu kedudukan kewangan
peribadi saya berbanding tahun-tahun sebelumnya!
Jika ianya banyak membantu kedudukan kewangan saya kini, saya tidak fikir
ianya tidak akan membantu anda! Saya boleh anda sebenarnya pun boleh!
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 11
BAB 1 :
ASAS PENGURUSAN WANG GAJI ANDA
Mengurus wang gaji sebenarnya tidaklah sesukar mana
bahkan ianya teramat mudah! Oleh kerana ianya terlalu
mudah, maka tidak hairanlah kenapa terlalu ramai yang
mula ambil mudah ke atas pengurusan wang gaji masing-masing.
Ambil mudah di sini bermakna mereka hanya tahu mendapatkan wang
kemudian merancang untuk membelanjakannya tanpa meninggalkan
sebarang baki di tangan mereka! Adakah anda melakukan perkara yang
sama?
Jika jawapan anda tidak, ianya sesuatu yang agak baik! Namun jika jawapan
anda ya, ebook ini adalah jawapan yang tepat untuk anda! Jadi jika anda
telah bersedia, apakah perkara paling penting yang perlu anda lakukan
terlebih dahulu bagi menguruskan wang gaji anda? Jawapannya ada pada
perenggan di bawah.
SEDIAKAN BELANJAWAN (BAJET) ANDA
Baiklah anda sudah tentu mendapat jawapan daripada
persoalan di atas. Menyediakan belanjawan (selepas ini disebut
bajet) merupakan perkara asas yang perlu dilakukan oleh setiap
orang dalam pengurusan wang gaji mereka. Boleh dikatakan
kebanyakan orang ada membuat bajet ke atas wang gaji mereka setiap
bulan.
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 12
Ada yang membuat catatan di atas kertas, ada juga yang membuat bajet
sekadar dalam kepala mereka (hanya kerana memikirkan wang itu hanya
singgah seketika sahaja di tangan mereka) maka memadailah jika hanya dikira
dan dicongak dalam kepala sahaja! Bahkan ada juga yang langsung tidak
membuat bajet!!!
Apabila membuat bajet kebanyakan orang akan
menyenaraikan terlebih dahulu kesemua keperluan dan juga
komitmen bulanan mereka termasuk bil-bil bulanan, pinjaman
sewa beli yang telah dibuat dan kesemua hutang piutang yang lain.
Langkah ini biasanya diambil bagi memastikan agar mereka tidak terlupa atau
terlepas pandang untuk menjelaskan komitmen bulanan yang telah dibuat
sebelum ini. Pendek kata apabila mereka menerima wang gaji, perkara yang
menjadi keutamaan mereka adalah dengan membayar kepada orang lain
terlebih dahulu dan kemudiannya barulah dilihat bakinya untuk perbelanjaan
keperluan diri dan keluarga.
Sebahagian kecil daripada mereka mungkin membuat simpanan manakala
sebahagian besar daripadanya mungkin lupa atau mungkin juga tidak ada
wang lagi untuk disimpan! Walaupun anda pernah menyediakan bajet
sebelum ini, mungkin setelah sekian lama, anda akan dapati bahawa apa
yang anda lakukan sebelum ini tidak banyak membantu anda.
Ada sahaja ketika dan waktunya, anda mengalami masalah
pokai atau kehabisan wang! Kemudian tanpa anda duga,
ada sahaja keperluan yang mendesak dan memaksa anda
mengeluarkan perbelanjaan sewaktu kecemasan. Ini
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 13
menjadikan anda sentiasa berada dalam situasi ketidakcukupan wang! Anda
pun mungkin hairan? Kenapa ianya boleh terjadi sedemikian rupa?
PRINSIP ASAS BAJET
Baiklah bagi merungkai persoalan tersebut, mari kita lihat bagaimana asas
kepada penyedian bajet anda!
………………………………………………………………………………………………………
(Edisi ‘Sample’ Tamat!)
Untuk membaca kandungan seterusnya, anda bolehlah mendapatkan ebook ini di website www.wanggaji.com
Judul : Panduan Wang Gaji Jenis : E-book Penulis : Khairulnahar aka Thinkerich Terbitan : Thinkerich Enterprise Sinopsis : E-book ini menyediakan panduan mengenai pengurusan wang gaji dengan cara yang betul! E-book ini turut mengandungi panduan yang praktikal serta mudah dan berkesan yang boleh diikuti. Turut dimuatkan pelbagai tip dan panduan berkaitan simpanan, perlindungan, pelaburan, dan percukaian yang boleh diikuti oleh mereka yang sedang tercari-cari panduan khusus untuk menguruskan kewangan mereka dengan mudah, teratur dan berkesan supaya kedudukan kewangan mereka menjadi lebih teguh dan stabil! Sekian, terima kasih. Wassalam.
DAPATKAN VERSI PENUH DI http://www.WangGaji.com
Sample Ebook “Panduan Wang Gaji” – www.WangGaji.com
Hakcipta Terpelihara © www.WangGaji.com Page 14
ANDA MENGHADAPI MASALAH KEKURANGAN WANG?
Ingin Tahu Cara Penyelesaiannya?
Dapatkan Jawapannya Melalui Buku Bajet Wang
– 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang
Untuk memiliki buku hebat ini, anda bolehlah mendapatkannya di website www.BajetWang.com
Sinopsis : Buku ini menyediakan 7 cara untuk mengatasi masalah kekurangan wang yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Dimuatkan dengan pelbagai tip dan panduan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan, membuat simpanan, menggandakan wang, menghapuskan hutang serta melindungi wang anda daripada kehilangan. Disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah difahami sesuai untuk mereka yang sedang mencari penyelesaian kepada masalah kekurangan wang!
DAPATKAN NASKAH ANDA SEGERA DI
http://www.BajetWang.com
Judul : Bajet Wang
7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang
Jenis : Buku Penulis : Khairulnahar aka Thinkerich Terbitan : TrueWealth Sdn Bhd Edaran : www.BajetWang.com Thinkerich Enterprise