Upload
vunhan
View
257
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN
RENDAH) DENGAN KEPUJIAN PENGAJIAN BAHASA
MELAYU
HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA
MELAYU
TUGASAN KURSUS
NAMA : NORMAHNI BINTI YA’AKOB
NO. MATRIK : 700509125672001
NO. K/P : 700509-12-5672
NO. TELEFON : 0148598983
E-MAIL : [email protected]
NAMA TUTOR : ROSALYN GELUNU
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM JALAN LINTAS, KOTA KINABALU
SEMESTER : MEI 2012 (SMP KHAS)
ISI KANDUNGAN
BIL
CONTENTS
PAGE
01.
02.
03.
04.
05.
06.
07.
08.
09.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
Prakata
Pengenalan
Konsep dan Teori Fonetik.
Konsep dan Teori Fonologi
Kajian Penghasilan Bunyi Vokal dan Konsonan Bahasa Melayu
Alat-alat Menghasilkan Bunyi Bahasa
Alat-alat Atrikulasi dan fungsinya
Bunyi-bunyi Bahasa
Diftong Melayu
Cara-cara Menghasilkan Bunyi-bunyi Vokal
Cara-cara Menghasilkan Bunyi-bunyi Konsonan
Ciri-ciri Suprasegmental
Kepentingan Suprasegmental Bahasa Melayu Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran
Kesimpulan
Bibliografi
i
1
1 - 2
2 - 3
3 - 4
4 - 5
6 - 8
9 - 11
11 - 13
13 - 17
17 - 29
30 – 31
31
32
Prakata
Syukur Alhamdulillah saya panjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin
dan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan Kerja Kursus Pengenalan Fonetik dan
Fonologi Bahasa Melayu ini dengan jayanya. Mudah-mudahan usaha murni ini mendapat
restu-Nya dan membuahkan hasil yang cemerlang serta mematuhi prosedur penulisan ilmiah
serta memenuhi cita rasa pensyarah penyelia yang saya hormati.
Ucapan jutaan terima kasih ini juga saya rakamkan kepada pensyarah pembimbing
Puan Rosalyn Gelunu yang saya hormati, atas segala bimbingan dan panduan yang telah
diberikan. Perwatakan yang dipamerkan oleh pensyarah pembimbing dan panduan yang telah
diberikan. cukup meyakinkan, curahan pengalaman, pendapat, galakan dan sikap mesra
melayani pelbagai karenah dalam pelbagai situasi sangat saya kagumi dan hormati. Semoga
Tuhan akan membalas segala kebaikan yang telah diberikan.
Penghargaan ini juga saya rakamkan buat anak-anak tersayang kerana sentiasa
memberikan bantuan, galakan dan pendapat dalam usaha saya menyiapkan penulisan kerja
kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan pendidik, rakan-rakan SMP KHAS dan semua
pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam menyiapkan penulisan kerja kursus
ini.
Saya mengharapkan penulisan kerja kursus ini dapat memenuhi kehendak soalan .
Sekian,
PUAN NORMAHNI BTE YA’AKOB,
SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)
DENGAN KEPUJIAN PENGAJIAN BAHASA MELAYU
SMP KHAS MAC 2011,
OPEN UNIVERSITY OF MALAYSIA,
KOTA KINABALU.
.i.
Pengenalan.
1.0 Konsep dan teori fonetik.
Fonetik, berasal daripada perkataan Inggeris phonetics ialah satu pengkajian terhadap bunyi
pertuturan bahasa yang dikeluarkan oleh manusia ketika bertutur. Ia adalah kajian yang
membincangkan deskripsi yang dilakukan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan
menggunakan organ. Sesuatu pertuturan terdiri daripada satu aliran arus bunyi yang
bersambung-sambung lalu membentuk perkataan-perkataan yang bermakna. Bunyi-bunyi
bahasa dikaji bagi membuat deskripsi bunyi-bunyi sesuatu bahasa, membuat penggolongan
bunyi-bunyi tersebut dan membuat transkripsinya.
Definisi.
Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa
(llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan
sebutannya.Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition
(1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of
languages”.Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionanry of current English (1992:671)
fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”. Mengikut kamus The
World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik sebagai “the science dealing
with sounds made in speech and the art of pronunciation….concerned with the production of
these speech sounds by the articulating organs oprodu Kamus Collins Shorter English
Dictionary (1990:858) pula menjelaskanfonetik sebagai “the science that deals with
pronunciation and therepresentation of the sounds of speech.”
Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa pandangan
dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi
menjelaskan konsep fonetik tersebut. Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar
Lingustik Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in General Linguistics
menyatakan “ fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa, manakala
fonologi…hanya satu disiplin bantu dan terangkum ke dalam pertuturan (1993:37). Mengikut
Adrian Akmajian et. Al . dalam buku Linguistik: Fonetik ialah kajian yang diperhatikan
berdasarkan organ atau anggota tubuh manusia yang mewujudkan bentuk ucapan.
.1.
Mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan
memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.
Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979) pula, “The study of
the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics.” Pernyataan yang
dinyatakan dapat kita terjemahkan kira-kira seperti berikut: “Pengkajian tentang bunyi-bunyi
oleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah fonetik.”Di sini, terdapat tiga pendekatan
yang boleh kita rumuskan, yakni penyebutan, pendengaran, dan sifat bunyi iaitu pendekatan
yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik dalam pengkajian fonetik. Pertama sekali ialah
pendekatan penyebutan. Dalam pendekatan ini, para pengkaji akan meneliti cara bunyi-bunyi
bahasa itu dihasilkan oleh alat-alat artikulasi seperti paru-paru trakea, kotak suara, pita suara,
epiglotis dan farinks.
1.1 Konsep dan teori fonologi
Fonologi merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu tentang fungsi,
perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Ia melibatkan kajian tentang sistem
bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut secara umum. Segala yang
berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya.
Skop kajiannya adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-
butir leksikal lain yang membentuk ayat.
Definisi
Menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu
bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874)
fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history
and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.
Kamus oxford Advanced Learner’s Dictionanry of Current English (1992:671) memberi
pengertian fonologi sebagai “the study of the systems of speech sounds,especially in a
particular language. Manakala kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan
fonologi sebagai “ the study of system of sounds in language and of the history of their
changes.
.2.
Mengikut Adrian Akmajian et al dalam bukunya Linguistik: Pengantar Bahasa dan
Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian tentang
fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah subbidang linguistik yang mengkaji struktur
dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilah fonologi digunakan dalam dua
cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran
bunyi tersebut. Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa
manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal sistem bunyi semula jadi…”
2.0 Kajian penghasilan bunyi konsonan dan vokal Bahasa Melayu
Lakaran organ artikulasi dan melabelkan serta menjelaskan alat artikulasi.
Alat-alat Altrikulasi
Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat
diletakkan di beberapa kedudukan.
Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah
artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.
ALAT-ALAT ARTIKULASI
Rajah 1: Alat-alat artikulasi
.3.
1. Bibir atas 11. Tengah lidah
2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
2. Alat-alat yang menghasilkan bunyi bahasa
Paru-paru
Bahagian yang bertanggungjawab menyedut udara dan mengepam udara keluar yang
seterusnya menghasilkan bunyi-bunyi. Kebanyakan bunyi yang dihasilkan adalah proses
daripada pengepaman keluar udara dari paru-paru. Kualiti bunyi yang dihasilkan bergantung
pada proses proses pengembangan dan pengucupan paru-paru. Lazimnya, apabila kita
bercakap, udarabyang disedutvmasuk ke dalam paru-paru tidaklah sama banyak seperti
semasa kita bernafas biasa.
Trakea
Ialah saluran udara di antara larinks dan paru-paru. Alat seperti pipa ini membolehkan laluan
udara dari rongga hidung dan mulut masuk ke paru-paru dan keluar kembali. Udara yang
keluar dari paru-paru inilah dimanipulasi oleh alat dan daerah artikulasi bagi menghasilkan
bunyi.
Larinks.
Adalah bahagian bahagian pipa yang mengandungi tisu yang dinamakan pita suara. Ini adalah
alat yang terlibat dalam menghasilkan semua suara.
.4.
Pita suara
Terdiri daripada dua keping tisu nipis yang dipanggil pita suara. Dua keping pita suara ini
dapat dirapatkan menjadi tertutup rapat dan diranggangkan menjadi terbuka luas. Apabila pita
suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan keluar dengan cepat. Apbila pita suara dirapatkan,
saluran udara menyempit. Ini menyebabkan udara yang keluar menghasilkan bunyi seperti
apabila kita melafazkan bunyi awal kata habis dalam bahasa Melayu. Manakala apabila
dirapatkan hingga tertutup, iaitu sehingga tisu pita suara ini menyentuh satu sama lain, maka
udara yang melaluinya menyebabkan ia bergetar.. Pita suara yang bergetar ini inilah yang
menghasilkan bunyi yang dinamakan bersuara.. Tinggi rendah kelangsingan bergantung pada
bagaimana pita suara ini diubah suai. Ruang di antara pita-pita suara ini dinamakan glotis. Di
kawasan inilah terhasilnya bunyi hentian glotis.
Kotak suara
Mengandungi pita suara. Kotak suara ini terdiri daripada beberapa keping tulang rawan pada
bahagian luarnya. Bahagian ini dikenali sebagai halkum. Dua fungsi kotak suara ialah fungsi
biologi bagi melindungi paru-paru dengan manahan butir-butir makanan dan juga cecair
daripada memasuki trakea. Manakala fungsi kotak suara yang kedua pula ialah fungsi bahasa,
ia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa mengikut kedudukan posisinya yang diubah suai.
Epiglotis
Merupakan tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke larinks. Semasa
makan dan minum , epiglotis berfungsi sebagai penutup kepada masuknya makanan dan
minum ke trakea. Epiglotisntidak mempunyai fungsi menghasilkan bunyi tetapi hanya
memberikan laluan kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang lain.
Farinks
Ialah pipa yang membentuk kerongkong yang menghubungkan larinks dengan bahagian atas
rongga tekak, anak tekak, dan rongga hidung.
.5.
3. Alat-alat Artikulasi dan Fungsinya
Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilan bunyi bahasa.
Bahagian lidah terbahagi empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan
belakang lidah. Selain itu, bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah
memainkan peranan yang penting dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal
hadapan, tengah dan belakang.
Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkan ke mana-
mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal ini membolehkan lidah dapat
membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi dengan adanya pembahagian-
pembahagian ini.
Gigi
Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi
peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dan kebiasaannya digunakan
sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang
telah menghasilkan bunyi.
Bibir Atas dan Bibir Bawah
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut. Bibir
terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan juga
berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling
luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir (atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan
dan dibundarkan. Misalnya, untuk menghasilkan bunyi b, w dan v. Apabila membunyikan
bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi
[ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang
keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di
bibir.
.6.
Gusi
Gusi merupakan bahagian yang terletaka di antara gigi dan lelangit keras. Rupanya
cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan
sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi seperti
bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat
penyekatan.
Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut dan lelangit keras.
Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut.
Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat
diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung.
Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut
dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga
hidung. Justeru itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama ada bunyi yang
dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang
keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan, bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.
Tulang rahang
Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalam menentukan
kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utama kerana mulut akan
terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.
Anak tekak
Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan
lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak berperanan
sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama
ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak
tekak juga boleh digerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan.
.7.
Rongga mulut
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh
dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut
dinaikkan atau tidak.
Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai
pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup.
Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis. Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan,
glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan apabila diregangkan, ia menjadi luas. Sewaktu
pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh melalui tanpa sekatan.
Bermakna, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya
dan tekanan udara dari paru- paru yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta,
terjadilah bunyi letupan pita suara., jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan
ruang, maka udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi
yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak
bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara, misalnya [s].
Rajah 2: Pita suara
.8.
Bunyi Bahasa Melayu
Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan
diftong.Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga
mulut.Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau
terhimpit.Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi
yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang
dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru
terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau
rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.
Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula
daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini
dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a)
dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].
Bunyi Vokal
Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran
udara. Bunyi vokal juga adalah bunyi bersuara. Klasifikasi bunyi vokal ditentukan dengan
kedudukan lidah dan bentuk bibir. Ini melibatkan rongga mulut semasa melafazkannya.
Bentuk bibir dan saiz rongga mulut ini menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu
dalam keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas. Kedudukan lidah
juga penting. Kedudukan lidah semasa melafaz dan pembukaan bibir. Secara keseluruhannya,
pelabelan nama vokal ditentukan oleh kedudukan lidah, manakala jenis vokal pula ditentukan
oleh bentuk bibir dan saiz rongga mulut.
Bunyi vokal dihasilkan dengan cara:
-Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan.
-Vokal ialah bunyi bersuara
-Untuk menghasikan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa sekatan.
-Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir
.9.
Rajah 3: Bentuk bibir ketika membunyikan huruf vokal
Keadaan bibir semasa Keadaan bibir semasa
menghasilkan vokal menghasilkan vokal
hadapan, bibir terhampar belakang, bibir bundar
Vokal Depan
Vokal depan ialah bunyi [ i ], [ e ], [ e ] dan [ a ]. Alat artikulasi yang terlibat dalam
menghasilkan bunyi ini ialah lidah, saiz rongga mulut dan bibir. Manakala daerah artikulasi
yang terlibat ialah lelangit keras. Vokal depan dapat dibahagikan kepada empat iaitu vokal
depan sempit [ i ], vokal separuh sempit [ e ], vokal depan separuh luas [ e ], dan vokal depan
luas [ a ].
Vokal Belakang
Vokal belakang terdiri daripada bunyi [ u ], [ o ], [ ] dan [ a ]. Alat artikulasi yang terlibat
semasa menghasilkan bunyi vokal ini ialah lidah dan lelangit lembut. Rongga mulut dan saiz
bukaan mulut menentukan kadar bukaan luas. Daerah artikulasi yang terlibat pula adalah
lelangit keras. Vokal belakang boleh dikategorikan kepada vokal belakang sempit [ u ], vokal
belakang separuh sempit [ o ], vokal belakang separuh luas [ ] dan vokal belakang luas [ a ].
Vokal Tengah [ ]
Vokal tengah dihasilkan dengan melatakkan lidah pada lantai rongga mulut. Bibir terbuka
tetapi tidak luas. Udara melalui rongga mulut menghasilkan bunyi vokal [ ]. Contoh
penggunaan vokal [ ] ialah [ # ma? # ] (emak) dan [ # l bah # ] (lebah).
.10.
Bagi memudahkan gambaran kedudukan bunyi-bunyi vokal ini, diagram vokal kardinal boleh
digunakan. Diagram vokal kardinal ini diperkenalkan oleh Daniel Jones (1956). Lihat diagram
ini bagi menunjukkan gambar kedudukan lidah dan pembuka bibir dan rongga mulut
Rajah 4: Vokal bahasa Melayu
Diftong Melayu
Diftong sebenarnya terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Maksudnya, sebutan
sebuah vokal itu digabungkan dengan sebuah vokal lain.Ini dapat dilihat dalam contoh diftong
[ai].Bunyi vokal itubermula dengan vokal [a] dan sebutannya diteruskan menggeluncurkan
kepada vokal [i], menyebabkan vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai] sebagai satu bunyi.
Ini ialah diftong. Dalam bahasa Melayu ada tiga buah
diftong, iaitu [ai],[au] dan [oi]. Diftong ini adalah berbeza daripada rentetan vokal. Diftong
membentuk satu suku kata sperti dalam perkataan pandai [pan-dai], tetapi rentetan vokal
membentuk suku kata yang berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i]. Dengan
memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu.
Diftong ialah urutan yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan lainya geluncuran.
Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu
puncak kelantangan. Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal misalnya /ai/,
/ou/ dan /au/.Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pasa masam ula-m ula hendak
menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada akhir sebutan diftong.
.11.
Rajah 5: Kedudukan diftong bahasa Melayu.
Rajah 6: Menunjukkan tentang carta diftong-diftong dalam bahasa Melayu.
Vokal rangkap
Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap-tiap vokal merupakan vokal penuh
yang tersendiri. Misalnya daun dan lain. Dalam daun,misalnya ada n u ialah dua vokal penuh
dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata iaitu da dan un. Dalam perkataan lain 2 vokal
berturut-turut dalam satu perkataan. Selain itu, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri
kelantangan dan kepanjangan dalam kata lain, bunyi itu dapat didengar dengan jelas itu lebih
panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.
.12.
Cara Penghasilan
Diftong
Vokal depan luas ke vokal depan
sempit
ai
Vokal depan luas ke vokal belakang
sempit
au
Vokal belakang separuh sempit ke
vokal depan sempit
oi
Separuh vokal
Bunyi separuh Vokal mempunyai ciri-ciri bunyi vokal , tetapi tidak merupakan vokal
sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal, alat-alat artikulasi, iaitu lidah
dan bibir, berada pada suatu kedudukan, kemudian dengan segera beubah kepada kedudukan
vokal lain yang berlaku secara geluncuran. Oleh sebab itu, separuh vokal tidak digolongkan
ke dalam golongan vokal tetapi sebagai konsonan. Contoh separuh vokal ialah /w/ dan /y/
Enam jenis vokal dalam Bahasa Melayu:
Lambang fonetik Contoh perkataan Nota
[a] anak, tanah, lada
[è] ela, semak, sate
[i] iring, kita, seri
[] emak, betul Tidak terdapat di hujung
perkataan
[o] obor, botak, moto
[u] ular, sultan, saku
Rajah 7: Vokal bahasa Melayu
Cara menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
a. Vokal [i](depan sempit)
Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit. Untuk menghasilkannya, hujung lidah
diletakkan paling tinggi di hadapan mulut tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru.
Bibir dihamparkan/leper. Glotis dirapatkan, lelangit lembut dinaikkan, udara
ditekan keluar dari paru-paru pada pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan:
Pelita jahitan
Ikan hasil
Tidur pahit
.13.
Rajah 8: Vokal depan sempit
b. Vokal [e](depan separuh sempit)
Untuk menghasilkannya, hujung lidah diturunkan kira-kira 1/3 daripada kedudukannya
semasa menghasikan vokal depan sempit [i] dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-
paru. 2 Bibir dihamparkan/leperkan dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan. Udara
ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar, contoh kehadiran dalam perkataan:
Ekor tauge
Petak geser
Mereka selesa
Rajah 9: Vokal Separuh Sempit
c. Vokal [ɛ](depan separuh luas/lapang)
Untuk menghasikannya, hujung lidah diturunkn kira-kira 1/3 dari kedudukan depan separuh
sempit (e)dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper, glotis
dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita
suarabergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal ini
merupakan kelainan bagi vokal [e], misalnya:[ɛ] untuk [elo?]
.14.
Rajah 10: Vokal Depan Separuh Luas
d. Vokal [a](vokal depan luas)
Untuk menghasilkannya, depan lidah diturunkan serendah- rendahnya dalam rongga mulut
dan udara dari paru-paru lalu tanpa sekatan. Bibird ih amparkan /l ep er , glotis dirapatkan dan
lelangit lembutdinaikkan. Udara ditekan keluar dari pru-paru dn pita suara bergetar.Contoh
kehadiran dalam perkataan:
Atur dia
Pagi usang
Pelangi peluang
Rajah 11: Vokal Depan Luas
e. Vokal [u](belakang sempit)
Untuk menghasilkannya, belakang lidah dinaikkan setinggi-tinggi mungkin, tetapi tidak
menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit
lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dai paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh
penggunaan dalam perkataan:
Ular haru
Gunting tikus
Beruang beliung
.15.
Rajah 12: Vokal Belakang Sempit
6. Vokal [o](belakang separuh sempit)
Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan kira-kira satu pertiga daripada kedudukan
semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [o],dan lidah tidak menyekat arus udara
dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan
.Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam
perkataan:
Oleh pidato
Boleh kuno
Celoteh pleno
Rajah 13: Vokal belakang separuh sempit
6. Vokal [כ ]belakang separuh luas
Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan dua pertiga daripada kedudukannya
semasa menghasilkan vokal [u],dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir
dibundarkan/bulat, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari
paru-parudan pita suara bergetar. Seperti vokal [ɛ], vokal [כ hadir dalam dialek-dialek [dan
dalam bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal [o], misalnya [o] untuk [oleh].
Rajah 14: Vokal belakang separuh luas
Bunyi ini dinamakan vokal kerana bunyi ini tidak dihasilkan dalam keadaan yang sempurna.
Bunyi ini tidak dapat dikatakan sebagai bunyi vokal kerana semasa ia dilafazkan berlaku
sekatan pada aliran udara. Semasa pengucapannya kedudukan lidah sama seperti ketika
melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini hanya berlaku separuh jalan sahaja. Kedudukan
lidah berubah selepas itu. Ada dua bunyi separuh vocal dua bibir [w] dan separuh vokal, iaitu
separuh vokal dua bibir dibundarkan semasa melafazkan [w]. Manakala semasa melafazkan
[y] keadaan bibir dihamparkan contoh.
1. Separuh vokal dua bibir [w]
Contoh penggunaan separuh vocal [w]
[# wayaŋ #] (wayang )
[# kawan #] ( kawan )
[# pulaw #] ( pulau )
2. Separuh vokal lelangit keras [y]
Contoh penggunaan separuh vokal [y]
[# yaת #] ( yang )
[# tayaת #] ( tayang )
[# pakay #] ( pakai )
Cara Menghasilkan Bunyi-bunyi Konsonan
Bunyi konsonan dihasilkan apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam saluran
suara. Ada empat perkara yang perlu diambil kira, bagi mengklasifikasi bunyi konsonan, iaitu:
Adakah bunyi tersebut bersuara atau tak bersuara, di mana lokasi pengeluar bunyi yang
menerima sekatan tersebut, cara sekatan yang berlaku kepada aliran udara dan cara
menghasilkan bunyi tersebut.
.17.
Bunyi bersuara dan tak bersuara
Penentuan kepada sifat bunyi ini ialah pita suara semasa lafaz bunyi. Seandainya pita suara
bergetar maka bunyi yang dirujuk akan dikatakan sebagai bunyi bersuara.
Lokasi pengeluaran bunyi konsonan
Dalam menentukan lokasi pengeluaran bunyi, terlebih dahulu perlu dikenal pasti secara
terperinci saluran suara dan alat artikulasi yang terlibat. Jika semasa melafaz alat artikulasi itu
adalah bibir, maka penamaan akan diberikan berdasarkan alat dan daerah tersebut, iaitu dua
bibir atau bilabial. Begitu juga jika daerah yang terlibat itu adalah batas gusi dan lidah
menyentuh bahagian ini, maka penamaannya bunyi yang dihasilkan adalah gusi atau alveolar.
Begitu juga untuk bunyi-bunyi lain. Penamaan bergantung pada alat dan daerah artikulasi
yang terlibat.
Cara lafaz dan jenis sakatan.
Bunyi letupan atau plosif dihasilkan apabila berlaku sekatan daripada aliran udara daripada
terlepas keluar. Sekatan yang berlaku ini akan mengumpul dan menahan udara dan kemudian
dilepaskan secara serta-merta. Dalam penghasilan bunyi sengau atau nasal, maka penutupan
rongga mulut berlaku sepenuhnya, tetapi udara dibiarkan keluar melalui rongga hidung
dengan kedudukan anak tekak atau velum direndahkan. Beginilah kaedah kita mengenal pasti
jenis bunyi konsonan yang dihasilkan.
Mekanisme aliran udara
Udara yang mengalir keluar boleh dispesifikasi sama ada pulmonik, glotis, velar ataupun
egresif dan ingresif. Aliran pulmonik berlaku apabila pergerakan udara keluar atau masuk ke
dalam paru-paru. Walau bagaimanapun aliran udara ke dalam ini jarang berlaku. Seringkali
bunyi vokal dan konsonon dihasilkan dengan cara sebegini. Aliran udara secara glotisnpula
berlaku apabila udara bergerak de dalam atau keluar dengan merendahkan atau menaikkan
larinks dalam tekak. Bunyi velar pula terhasil melalui lelangit lembut yang tertutup seperti
keadaan semasa melafazkan bunyi [k] dan [g] dan lidah meluncur ke belakang atau ke depan
untuk menggerakkan udara ke dalam atau ke luar.
.18.
Apabila pergerakan udara berlaku keluar, pergerakkan ini dinamakan agresif manakala jika
udara bergerak ke arah dalam, pergerakan ini dinamakan ingresif. Sekatan aliran udara
menghasilkan jenis-jenis konsonan letupan (plosif), letusan (afrikat), sengau (nasal), geseran
(frikatif), getaran (trill), sisian (lateral), dan separuh vokal (semi vowel)
Konsonan asli bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan
pinjaman.Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t,
m, n, /ng/, s, h, r dan l.
Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg,
koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh
salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara
dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.
[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r],
[l], [w], [y]
Rajah 15 : Konsonan Asli Bahasa Melayu
.19.
Bunyi konsonan asli bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah
sebutannya seperti dalam jadual berikut:
Rajah 16: Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu
Rajah 16: Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu
Terdapat tujuh bunyi konsonan letupan dalam bahasa Melayu. Tiga bunyi besuara, tiga bunyi
tak bersuara dan satu letupan glotis.Bunyi konsosnan letupan ini dihasilkan dengan menutup
aliran udara melalui rongga hidung dengan menaikkan lelangit lembut bagi menyekat rongga
hidung. Aliran udara tertahan dalam rongga mulut. Kesemua jenis bunyi ini berlaku apabila
alat artikulasi menyentuh titik-titik artikulasi yang tertentu dalam mulut dan juga pada bibir.
Pada masa yang sama semasa berlakunya sentuhan pada titik artikulasi ini., udara dari paru-
paru terkumpul dan dilepaskan secara tiba-tiba menyebabkan udara yang terlepas keluar itu
menghasilkan letupan.
Konsonan letupan dua bibir [ p] dan [b]
Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut merapat ke
dinding belakang rongga tekak.. Keadaan ini menyebabkan udara dari paru-paru tertahan
dalam rongga mulut dan saluran suara. Udara yang tertahan ini kemudiannya dilepaskan
dengan serta-merta. Apabila udara yang tertahan yang dilepaskan itu keluar tanpa
menggetarkan pita suara maka bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bibir tak bersuara [p].
.20.
Manakala apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara [b]. Contoh bunyi
konsonan ini dalam bahasa Melayu seperti berikut:
Letupan bibir tak bersuara [p],
[# lapan #] (lapan)
[# tәtap # ] (tetap)
Letupan dua bibir bersuara [b]
[# balik #] (balik)
[# lәbat #] (lebat)
[# kitab #] (kitab)
Rajah 17:Konsonon Letupan Dua Bibir
Konsonan Letupan gusi (t) dan (d)
Letupan ini dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Lelangit lembut dinaikkan
ke belakang rongga tekak. Kedudukan lidah ini menyekat udara dari paru-paru. Apabila udara
yang tersekat dibebaskan serta-merta maka bunyi yang terhasil itu ialah bunyi letupan gusi.
Apabila letupan gusi berlaku dengan tidak menggetarkan pita suara, maka bunyi yang
dihasilkan adalah letupan gusi tak bersuara [t]. Apabila letupan gusi itu dilakukan dengan
getaran pita suara, maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan gusi bersuara [d]’ Contoh
bunyi konsonan ini dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:
Letupan gusi tak bersuara [t]
[# tiga #] (tiga)
[# itu #] (itu)
.21.
[# pusat #] (pusat) [# tiga #] (tiga)
Letupan gusi bersuara [d]
[# dasar #] (dasar)
[# ada #] (ada)
[# had #] (had)
Grafiknya seperti berikut
Rajah 18: Konsonan Letupan Gusi
Konsonan letupan lelangit [k] dan [g]
Letupan ini dihasilkan apabila bahagian belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh
lelangit lembut. Udara yang tertahan kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. Apabila
pelepasan udara tersebut tidak menyebabkan pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan
adalah letupan.
Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]
[ # kambiŋ # ] (kambing)
[ # raga # ] (raga)
[ # beg # ] (beg)
Lelangit lembut tak bersuara [k], dan sebaliknya apabila pita suara bergetar maka bunyi yang
dihasilkan adalah letupan lelangit lembut bersuara [g]. Contoh bunyi konsonan ini dalam
bahasa Melayu adalah seperti berikut:
.22.
Grafiknya adalah seperti berikut:
Rajah 19: Konsonan Letupan Lelangit Lembut
Konsonan letupan pita suara [?]
Letupan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara dirapatkan, dan keadaan ini menyebabkan
aliran udara terkumpul dan tertahan. Apabila secara serta-merta pita suara ini terbuka dan
membebaskan udara, bunyi yang dihasilkan itu dinamakan letupan pita suara [?]. Oleh sebab
bunyi ini berlaku pada pita suara, bunyi ini tidak dapat dikatakan bunyi bersuara atau tak
bersuara. Contoh bunyi ini dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:
Letupan pita suara [?]
[ # buda? # ] (budak)
[ # bale? # ] (balik)
[ # kaka? # ] (kakak)
Konsonan letusan [c] dan [j]
Lelangit lembut lembut dinaikkan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi
menghasilkan bunyi bersuara dan tak bersuara. Konsonan letusan dalam bahasa Melayu
adalah letusan lelangit keras tak bersuara [c] dan letusan lelangit keras tak bersuara [j].
Contoh bunyi-bunyi ini dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:
Letusan tak bersuara [c]
[ # cat # ] (cat)
[ # kaca # ] (kaca)
[ # koc # ] (koc)
.23.
Letusan bersuara
[ # jalan # ] (jalan)
[ # baju # ] (baju)
[ # garaj # ] (garaj)
Lihat rajah berikut:
Rajah 20: Konsonan Letusan
Konsonan sengau
Bunyi sengau dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar
melalui rongga hidung. Dengan menghubungkan alat artikulasi lidah pada titik artikulasi yang
tertentu di dalam mulut, bunyi sengau dihasilkan. Ada empat bunyi konsonan sengau dalam
bahasa Melayu, iaitun[m], [n], [ת] dan [ŋ]
Sengau dua bibir bersuara [m]
Dihasilkan apabila bibir bawah dirapatkan kepada bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan
biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semua melafazkan bunyi ini, pita
suara digetarkan. Contoh:
[ # makan # ] (makan)
[ # lama # ] (lama)
[ # alim # ] (alim)
[ # naŋka # ] (nangka)
[ # bina # ] (bina)
[ # lapan # ] (lapan)
.24.
Lihat rajah berikut:
Rajah 21: Sengau dua bibir bersuara
Sengau gusi bersuara [ n ]
Bunyi sengau gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan kepada gusi. Lelangit lembut
dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara keluar melalui rongga hidung. Semasa
melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan
Contoh:
[# naŋka #] (nangka)
[# bina #] (bina)
[# lapan #] (lapan)
Rajah 22: Sengau Gusi Bersuara
Sengau lelangit keras gusi bersuara [ת]
Dihasilkan dengan depan lidah dirapatkan kepada lelangit keras gusi. Lelangit lembut dalam
keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi
ini, pita suara digetarkan.
.25.
Contoh:
(nyawa) [ # awaת # ]
(nyamuk) [ # ?amoת # ]
[ # ba תa? # ] (banyak)
[ #ta תa # ] (tanya)
Sengau lelangit lembut bersuara (ŋ)
Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat dan dirapatkan
kepada lelangit lembut. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara
melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan. Contoh:
[# ŋaŋa#] (nganga)
[#malaŋ#] (malang)
Konsonan geseran
Terdapat Sembilan bunyi geseran dalam bahasa Melayu, empat bersuara dan empat lagi tak
bersuara. Manakala satu bunyi lagi adalah geseran pita suara yang tidak dapat dikatakan
bersuara atau tak bersuara, dan dilambangkan dengan [h].
Geseran gigi bibir [f] dan [v]
Bunyi geseran gigi bibir dihasilkan apabila gigi bawah dan bibir atau dirapatkan tetapi tidak
menghalang udara keluar. Laluan yang terbentuk merupakan laluan yang sempit
menyebabkan gesran berlaku. Bunyi geseran tak bersuara adalah (f) dan yang bersuara [v].
contoh:
Geseran gigi bibir tak bersuara [f]:
[ # fikir # ] (fikir)
[ # lafaz # ] (lafaz)
Geseran gigi bibir bersuara [v]
[ # variasi # ] (variasi)
[ # novel # ] (novel)
.26.
Geseran gusi [s] dan [z]
Bunyi geseran gusi dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan kea rah sempadan gusi lelangit
keras. Keadaan ini juga tidak menyekat aliran udara. Udara yang keluar dari paru-paru akan
menyebabkan geseran berlaku. Bunyi geseran tak bersuara adalah [s] manakala yang bersuara
adalah [z]. Contoh:
Geseran gusi tak bersuara [s]
[ # sah # ] (sah)
[ # kisah # ] (kisah)
[ # lipas # ] (lipas)
Geseran gusi bersuara [z]
[ # zaman # ] (zaman)
[ # baza # ] (bazar)
[ # hafiz # ] (hafiz)
Geseran lelangit keras (ś) dan (ž)
Bunyi geseran lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dinaikkan kea rah lelangit keras
tetapi tidak tepat. Udara dari paru-paru terdesak keluar dengan berlakunya geseran. Bunyi
geseran gusi lelangit keras tak bersuara adalah [ś]. Bunyi [ż] adalah bunyi geseran lelangit
keras bersuara.
Contoh:-
Letusan lelangit keras tak bersuara [ś]
[# śubuht #] (subuh)
[# aśar #] (asar)
[# zaś #] (khas)
Latusan lelangit keras bersuara [ž]
[# žohor #] (dzohor]
[# hažir #] (hadhir]
[# haiž #] (haidh)
.27.
Geseran lelangit lembut [x] dan [Y]
Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah rapat ke
lelangit lembut. Udara yang keluar daripada paru-paru terdesak keluar melalui rongga mulut.
Ini menyebabkan geseran berlaku. Konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara ialah [x]
dan konsonan geseran ialah [Y].
Geseran lelangit lembut tak bersuara [x]
[# abar #] (abar)
[# xianat #] ( khianat )
[# tarix #] ( tarikh )
Geseran lelangit lembut bersuara [Y]
[# Yaeb #] (ghaib)
[# loYat #] (loghat)
[# baliY #] (baligh)
Geseran pita suara [h]
Geseran pita suara dihasilkan apabila pita suara dirapatkan yang mengakibatkan udara keluar
secara bergeser. Seperti keadaan bunyi letupan glottis, bunyi ini juga berlaku di pita suara
maka dengan itu tidak timbul soal sama ada bunyi ini bersuara ataupun tak bersuara.
Contoh:
Geseran pita suara [h]
[# hati #] (hati)
[# lihat #] (lihat)
[# rumah #] (rumah)
Rajah 22: Geseran
.28.
Konsonan Getaran
Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran, iaitu [r]. Bunyi ini dihasilkan apabila lidah
digetarkan dalam rongga mulut. Dalam keadaan begini lidah diangkat ke arah gusi. Udara
yang dilepaskan dari paru-paru mengetarkan hujung lidah dan pita suara. Ini menghasilkan
bunyi getaran [r]. Contoh kehadiran konsonan getaran [r]:
[# rantai #] (rantai)
[# baru #] (baru)
[# ular #] (ular)
Rajah 23: Konsonan Getaran
Konsonan Sisian
Bahasa Melayu mempunyai satu bunyi konsonan sisian, iaitu [l]. Bunyi konsonan sisian ini
dihasilkan apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah. Dalam keadaan ini hujung
lidah diangkat ke arah tengah gusi. Lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak.
Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi kanan dan kiri lidah dan menggetarkan pita
suara. Bunyi yang dihasilkan adalah [l].
Contoh penggunaan konsonan [l]:-
[# lantai # ] (lantai)
[# balam # ] (balam)
[# kәsal # ] (kesal)
Rajah 24: Konsonan Sisian
.29.
Ciri-ciri suprasegmental sesuatu bahasa Melayu dan kepentingan dalam pengajaran
kemahiran lisan bahasa Melayu
Ciri-ciri suprasegmental sesuatu bahasa Melayu
Suprasegmental atau suprapenggalan adalah sifat bunyi yang menindihi sesuatu segmen bunyi
saran ada bunyi vokal atau bunyi konsonan. Segmen bunyi yang dicantumkan menjadi urutan
yang bermakna akan menghasilkan kata yang jika seharusnya dilengkapkan dengan ciri-ciri
yang bukan segmental seperti kepanjangan, tekanan, jeda dan intonasi maka barulah makna
kata itu menjadi pasti dan jelas.
Fonem-fonem suprasegmental dalam bahasa Melayu bukan bersifat fonemik, tetapi
sesetengah bahasa fonem-fonem suprasegmental adalah bersifat fonemik kerana fonem-fonem
tersebut boleh membezakan makna Ciri-ciri inilah yang biasanya dipanggil dalam fonetik
sebagai ciri-ciri suprasegmental atau ciri-ciri prosodi. Ciri-ciri suprasegmental ada lima jenis,
iaitu;
i.kepanjangan,
ii.tekanan,
iii.intonasi,
iv.jeda,
v.nada
Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu yang
terdiri daripada tekanan, nada, jeda dan panjang pendek.
a. Tekanan /’ / Menunjukkan kelantangan sesuatu kata yang menandakan kearas
atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut.
Dilambangkan oleh tanda /’ / dan diletakkan di atas suku kata yang
menerima tekanan. Dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak
membezakan makna perkataan. Contohnya, /buda?’/
b. Nada Kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau
perkataan . Ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 ( biasa), 3
(tinggi) dan 4 (tinggi sekali). Contohnya;
2 3
Saya hendak balik,
Dalam Bahasa Melayu nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi
seperti penghasilan sesuatu fonem.
c. Jeda # Juga disebut persendian, iaitu unsur hentian yang memisahkan
antara unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata.
dilambangkan oleh # dan boleh membezakan makna, contohnya:-
(#saya makan nasi ema?#) adalah berbeza maknanya dengan (#saya
makan nasi ema?)
d Panjang pendek [:] Kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi yang diucapkan
dilambangkan oleh [:] yang dinamakan mora [:], bererti panjang
sesuatu perkataan itu satu mora. [: :] menunjukkan dua mora dan [.]
adalah setengah mora. Dalam Bahasa Melayu, unsur ini tidak
membezakan makna.
Kepentingan Suprasegmental Bahasa Melayu Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran
Penggunaan intonasi ini akan dapat membantu dalam pembelajaran dan pengajaran kerana ini
akan dapat menarik minat murid untuk memberikan fokus kepada pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Suara yang tidak mempunyai perbezaan antara marah, geram,
lucu, gembira, sedih dan tegas akan membuat murid-murid itu seperti tidak mempunyai
sebarang reaksi. Inilah yang menyebabkan kegagalan seseorang itu dalam pengajarannya.
Memang tidak dinafikan bahawa pembelajaran dan pengajaran yang baik dapat membantu
murid-murid untuk lebih cepat menguasai apa yang diajarkan kepada mereka. Di dalam kelas,
bukan semua murid akan mempunyai tahap kemahiran yang sama dan tahap kecerdasan yang
sama. Bukan mudah untuk mengubah sikap seseorang tetapi adalah mudah untuk menarik
perhatian mereka agar dapat memberikan fokus kepada apa yang disampaikan. Nada-nada
yang dapat memberikan murid-murid sedar bahawa guru itu sedang tidak puas hati dengan
apa maklum balas mereka. Melalui tingkah laku mereka yang memperlihatkan tidak ada
penguasaan yang jitu terhadap pengajaran yang disampaikan oleh seorang guru
.31.
Kesimpulan
Dalam menghasilkan bunyi, terdapat tiga alat memainkan peranan yang penting, iaitu alat
dalam tubuh, alat artikulasi dan daerah artikulasi. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manuasia
terdiri daripada dua jenis, iaitu bunyi-bunyi bahasa dan bunyi-bunyi bukan bahasa. Bunyi-
bunyi bahasa diberikan lambang-lambang tertentu. Dalam bahasa terdapat dua jenis bunyi
iaitu vokal dan konsonan. Bunyi vokal adalah bunyi yang dihasilkan tanpa sekatan aliran
udara. Keadaan sebaliknya pula kepada bunyi konsonan. Pelabelan bunyi-bunyi ini
bergantung pada alat dan daerah artikulasi. Manakala untuk bunyi konsonan pula, keadaan
pita suara turut diambil kira bagi menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bersuara
ataupun tidak. Oleh itu, bagi mengenal pasti cara sesuatu bunyi dihasilkan, pengetahuan
tentang alat dan daerah artikulasi diperlukan.
.32.
Bibliografi
Buku
Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala Lumpur
Syarikat Percetakan Bintang Baru.
Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah ( 2007 ). Linguistik: Fonetik dan
Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur : PTS
Profesional 2002.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1988). Pedoman umum sebutan baku Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Bahasa Melayu 1. Selangor : Oxford Fajar Sdn Bhd.
Zaharani Ahmad, (1993). Fonologo Geberatif Teori- dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Internet
Dewan Bahasa (2005). Menghasilkan bunyi bahasa. Diperoleh pada Januari 21, 2011 dipetik daripada
http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/bunyi_bahasa.html pada 21/01/2011
Sistem bunyi bahasa Melayu. Diperoleh pada januari 12, 2011 dipetik daripada
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&t=&r=m&i=NOT
A.
Sistem Fonologi. Diperoleh pada januari 12, 2011 dipetik daripada
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu