1
SEDUTAN DARI BUKU FIHI MA FIHI KARANGAN JALALUDDIN RUMI Di dunia ini aku merasakan dua kedekatan. Satu kepada tubuh dan satu lagi kepada kalian. Ketika rahmat Tuhan aku harus melepaskan diri dari kesunyian dan kehidupan duniawi, kedekatanku kepada kalian akan tetap ada. Gambaranmu berada di dalam mataku. Namamu pada bibirku. Pikiran tentang Engkau bersemayam didalam hatiku. Dimana lagi aku perlu menulis?. Mataku melihat pada yang lain Apa yang seharusnya aku lakukan? Kerana engkau adalah cahaya mataku. Aku meminum darah hatiku Dan engkau fikir anggur yang aku minum Engkau merompak jiwaku Dan berfikir engkau memberiku hadiah Imam Ali kw. Pernah berkata; “Apabila tirai telah diangkat, aku tidak menjadi lebih yakin.” Hubungan Paling Rahsia dalam Cinta. Pada suatu masa seorang Raja memerintahkan setiap budaknya memegang sebuah gelas minuman emas untuk para tetamu yang datang. Bahkan budak kesayangannya juga diperintahkan memegang gelas minuman itu. Tetapi ketika raja datang sendiri, budak kesayangannya itu mabuk pada pandangan raja, pingsan dan menjatuhkan gelas minuman sehingga hancur berkeping2. melihatkan keadaan ini budak2 yang lain berkata, “Barangkali beginilah yang mesti kita lakukan.” Dan mereka semua pun bersungguh2 melemparkan gelas minuman ditangannya. Raja memarahi dan bertanya, “kenapa mereka melakukan hal yang demikian.” Mereka menjawab; “Kerana kesayanganmu melakukannya.” “Kamu bodoh”; kata raja, dia tidak melakukannya. Akulah yang melakukannya!.” Secara lahiriah, seluruh “bentuk” itu telah melanggar, kecuali untuk pelanggaran khusus itu, yang bukan hanya jiwa ketaatan melainkan melampaui batas ketaatan dan pelanggaran. “Tujuan” adalah budak itu. Seluruhnya adalah pengikut raja dan tentunya pengikut budak itu juga, kerana dia adalah hakikat raja. Perbudakkan itu tidak lagi sekadar bentuk padanya, dia telah terisi dengan keindahan raja.

Sedutan Dari Buku Fihi Ma Fihi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tasauf

Citation preview

SEDUTAN DARI BUKU FIHI MA FIHIKARANGAN JALALUDDIN RUMIDi dunia ini aku merasakan dua kedekatan. Satu kepada tubuh dan satu lagi kepada kalian. Ketika rahmat Tuhan aku harus melepaskan diri dari kesunyian dan kehidupan duniawi, kedekatanku kepada kalian akan tetap ada.Gambaranmu berada di dalam mataku.Namamu pada bibirku.Pikiran tentang Engkau bersemayam didalam hatiku.Dimana lagi aku perlu menulis?.

Mataku melihat pada yang lainApa yang seharusnya aku lakukan?Kerana engkau adalah cahaya mataku.

Aku meminum darah hatikuDan engkau fikir anggur yang aku minumEngkau merompak jiwakuDan berfikir engkau memberiku hadiahImam Ali kw. Pernah berkata; Apabila tirai telah diangkat, aku tidak menjadi lebih yakin.Hubungan Paling Rahsia dalam Cinta.

Pada suatu masa seorang Raja memerintahkan setiap budaknya memegang sebuah gelas minuman emas untuk para tetamu yang datang. Bahkan budak kesayangannya juga diperintahkan memegang gelas minuman itu. Tetapi ketika raja datang sendiri, budak kesayangannya itu mabuk pada pandangan raja, pingsan dan menjatuhkan gelas minuman sehingga hancur berkeping2. melihatkan keadaan ini budak2 yang lain berkata, Barangkali beginilah yang mesti kita lakukan. Dan mereka semua pun bersungguh2 melemparkan gelas minuman ditangannya.Raja memarahi dan bertanya, kenapa mereka melakukan hal yang demikian.Mereka menjawab; Kerana kesayanganmu melakukannya.Kamu bodoh; kata raja, dia tidak melakukannya. Akulah yang melakukannya!.

Secara lahiriah, seluruh bentuk itu telah melanggar, kecuali untuk pelanggaran khusus itu, yang bukan hanya jiwa ketaatan melainkan melampaui batas ketaatan dan pelanggaran. Tujuan adalah budak itu. Seluruhnya adalah pengikut raja dan tentunya pengikut budak itu juga, kerana dia adalah hakikat raja. Perbudakkan itu tidak lagi sekadar bentuk padanya, dia telah terisi dengan keindahan raja.