Upload
devan-k-raman
View
2.726
Download
13
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 SEJARAH DAN ASAL USUL ACARA LONTAR PELURU
Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang
melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat
sejauh yang boleh. Asal usul Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama
jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut
sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.
Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta
acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan
ketika itu.
Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di
kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar
peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai
sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah
menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara
olahraga yang dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar
peluru.
Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa
peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya
kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan
ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara
ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.Malah
bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan
1
1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang
berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan
papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang
diguna pakai sekarang.
Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar
peluru.Peraturan dan pertandingan. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar
peluru telah menonjol dalam acara ini. . Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika
Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik
lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Atlet lontar peluru haruslah mampu
mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan
ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang
cemerlang dan terbaik.
Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak
berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan
tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan
peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda
utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang
sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan
selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana
perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu
kejayaan. Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan
lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun
2000.
2
2.0 PERATURAN DAN PERTANDINGAN
Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam
acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik
lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga
hari ini.
Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan
gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik
bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik.
Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak
berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti. Persediaan
atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki
memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi
agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri. Kedua, perlakuan yang
sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas.
Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang
licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.
3
3.0 TEKNIK MELONTAR PELURU
3.1 GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3/ GAYA BERDIRI DAN MELONTAR
Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri 90
darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu
kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat membaling. Tempat
berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri di satu tempat
hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak diguna ( dalam gaya
berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan bulatan.
Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok
tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya.Pada
waktu ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki kanan. Kaki kiri atau
kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang “relax” .Tangan yang tidak memegang
peluru juga dalam keadaan yang “relax” tetapi dibengkok sedikit di siku dan
ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkok di hadapan
badan.Keadaan ini ialah untuk menimbang badan. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki
belakang adalah dalam lebih kurang 45 darjah menghala kebelakang dan tapak kaki
depannya pula adalah lebih kurang selari dengan garisan tengah bulatan.
4
LUNSURAN : ( GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3
Lunsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan.Lunsuran dilakukan
seperti berikut:
1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai
persediaan melunsur.
2. Semasa badan direndahkan,badan juga mengilas kebelakang sedikit,sambil kaki
bebas pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan
melunsur ke depan.
3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan.
4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan
membaling.
5. PERINGATAN : Lunsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan.
MEMBALING
Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan
dari kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan
terangkat dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang
sama juga peluru dipandu keluar tangan. Kedudukan badan yang melenting ke
belakang,kepala terlanggut dan tekanan kaki lunsuran yang kuat tadi akan
menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk
“parabola” yang cukup berkesan. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan
5
balingan yang baik ini ialah kejayaan mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan
dengan balingan dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama
hinggalah peluru berlepas tangan.
SELEPAS MEMBALING
Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat sehinggalah kaki
lunsuran terangkat ke depan. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan
peserta menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar
bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan.
Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang membaling juga akan
diguna untuk membantu menimbang badan.Kepala yang melanggut semasa balingan
tadi terus melanggut memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di
tempat balingan.
6
3.2 GAYA O’BRIEN( GAYA MEMBELAKANG)
Gaya O’Brien adalah satu lagi gaya membaling peluru dan gaya ini adalah dianggap
satu gaya yang terkemuka dan saintifik.Sebagaimana yang telah diterangkan awal-awal
tadi,gaya ini mendapat namanya disebabkan seorang peserta yang namanya sendiri
O’Brien. Gaya ini juga dikenali sebagai Gaya membelakang sebab perdirian
persediannya adalah dalam keadaan membelakang ke arah tempat membaling.
PERDIRIAN PERSEDIAAN
1. Peserta akan mengambil tempat dalam bulatan hampir-hampir disebelah
belakangnya dan ia akan berdiri membelakang ke kawasan membaling.
2. Peserta tangan kanan akan berdiri di atas kaki kanannya dan kaki kirinya pula
direnggang ke belakang dalam jarak 10 hingga 14 inci jauh bergantung kepada tinggi
badannya.
3. Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun
ditekapkandi rusuk leher.
4. Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya.
5. Kepalanya tegak memandang ke depan.
7
LUNGSURAN
1. Bongkokkan badan supaya kaki belakang atau kaki bebasnya terangkat ke paras
pinggang.
2. Pada masa ini kaki depan atau kaki perdirian akan dibengkok di lutut dan dalam
masa yang sama atau serentak kaki ini juga akan dilunsur ke belakang(mengundur)
terus ke depan bulatan untuk kilasan membaling.
3. Semasa melunsur peserta mestilah kekalkan kedudukan badan yang rendah dan
kaki yang melunsur hendaklah sentiasa rapat di atas muka bumi.
4. Kesalahan biasa : ramai peserta tidak melunsur ke belakang tetapi mereka melompat
ke depan.
KILASAN MEMBALING
1. Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin.Ini bererti
bahawa peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan terus mengilaskan
badannya sebelum tamat lunsuran.
2. Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk
mencapai balingan yang cukup kuat dan kencang.
8
BALINGAN DAN SELEPAS MEMBALING
1. Teknik dalam bahagian ini adalah sama sahaja seperti teknik dalam Gaya 90 darjah.
3.3 GAYA MELUNGSUR SELANGKAH
Lakuan sedia
9
Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan
kawasan lontaran.
Selepas menempatkan peluru di tempat yang sepatutnya, bongkokkan badan
dengan membengkokkan kaki kanan.
Kaki kiri diibaratkan dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian
tengah bulatan dengan hujung kaki).
Tangan bebas berperanan untuk mengimbangkan kedudukan badan dan ia
diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.
Lungsuran
10
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar
dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan.
Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin.
Berat badan pelontar mestilah masih berada di kaki kanan manakala bahagian
badan pula terus dibiarkan membongkok.
Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.
Kilasan badan
11
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat,
pinggul kanan dipusingkan ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.
Bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang.
Lontaran
Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kaki
yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga
badan menjadi terangkat dan melentik.
Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang
bermula dengan menggunakan bahagian bahu dan diikuti pula dengan tangan
yang memegang peluru.
Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki kiri mestilah digunakan
untuk menahan dengan kuat.
Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru
dilontarkan.
Pulihan
12
Sebaik langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan imbangan dan
terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan
hendaklah dilakukan jika perlu.
Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak.
Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan
(belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke
belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.
13
14