53
Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN 1.0 PENGERTIAN PENDIDIKAN AL-QURAN 2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN AL-QURAN 2.1 Hukum Mengajar Al-Quran pada Zaman Rasulullah 2.2 Sejarah Pengkhususan dalam Pengajaran Al-Quran 3.0 ZAMAN RASULULLAH DI MAKKAH DAN MADINAH 3.1 Makkah 3.2 Madinah 3.3 Perbezaan Pendidikan Al-quran Di Makkah dan Madinah 3.4 Bahan Pengajaran Rasulullah s.a.w 3.5 Kurikulum Pendidikan Al-Quran pada Zaman Rasulullah 3.6 Kebijaksanaan Rasulullah dalam pendidikan 3.7 Langkah-Langkah Pengajaran Rasulullah 3.8 Metodologi Pengajaran Rasulullah 4.0 SEJARAH PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAHABAT 4.1 Tingkatan Ilmu Yang diajarkan 4.2 Sumbangan Besar dalam pendidikan Ummah 4.3 Kurikulum Pendidikan al-Quran pada zaman Khulafa. 5.0 SISTEM KEBERKESANAN PENDIDIKAN AL-QURAN ZAMAN RASULULLAH PENUTUP RUJUKAN Hak Cipta terpelihara Draft 1 – 9 / 7 / 2010

Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

1.0 PENGERTIAN PENDIDIKAN AL-QURAN

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN AL-QURAN2.1 Hukum Mengajar Al-Quran pada Zaman Rasulullah 2.2 Sejarah Pengkhususan dalam Pengajaran Al-Quran

3.0 ZAMAN RASULULLAH DI MAKKAH DAN MADINAH3.1 Makkah3.2 Madinah3.3 Perbezaan Pendidikan Al-quran Di Makkah dan Madinah3.4 Bahan Pengajaran Rasulullah s.a.w3.5 Kurikulum Pendidikan Al-Quran pada Zaman Rasulullah3.6 Kebijaksanaan Rasulullah dalam pendidikan3.7 Langkah-Langkah Pengajaran Rasulullah3.8 Metodologi Pengajaran Rasulullah

4.0 SEJARAH PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAHABAT4.1 Tingkatan Ilmu Yang diajarkan4.2 Sumbangan Besar dalam pendidikan Ummah4.3 Kurikulum Pendidikan al-Quran pada zaman Khulafa.

5.0 SISTEM KEBERKESANAN PENDIDIKAN AL-QURAN ZAMAN RASULULLAH

PENUTUP

RUJUKAN

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 2: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

PENDAHULUAN

Segala pujian dan syukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyiapkan

kertas kerja ini. Jutaan terima kasih kepada yang membantu secara langsung dan tidak langsung.

Kerta kerja ini bertajuk “ Sejarah Pendidikan al-Quran pada Zaman Rasulullah s.a.w.” Tujuan kajian

ini dijalankan adalah untuk menerapkan semangat kepada pendidik yang bakal bergelar guru al-

Quran bagi mengetahui sejarah-sejarah di zaman Rasulullah dan Sahabat.

Di dalam kertas kerja ini menerangkan pelbagai subtopik yang berlainan tajuk tapi saling

bergantung antara satu sama lain. Selain itu, pada zaman rasulullah menggunakan pelbagai kaedah

bagi mendidik dan menyampaikan pengajaran kepada umatnya. Dari kaedah yang Baginda gunakan

masih digunakan dalam pembelajaran pada masa kini seperti kuliah, syarahan, berpidato dan

halaqah.

Begitu kesan pengajaran Nabi sehingga masa kini. Selain itu juga dalam kertas kerja menerangkan

cara pembelajaran para sahabat yang meneruskan agenda Nabi Muhammad s.a.w. Pada zaman

Sahabat pula telah wujudnya pelbagai tempat pendidikan seperti kuttab. Pada zaman juga telah

wujudnya institusi pendidikan ini seperti masjid dijadikan kegiatan untuk menjalankan aktiviti

pendidikan.

Bagi mengetahui segala penerangan tentang sejarah pendidikan al-quran ini, semuanya telah

dinyatakan dalam kertas kerja ini.

Sekian, terima kasih

1.0 PENGERTIAN PENDIDIKAN AL-QURAN

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 3: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Menurut ilmu tatabahasa Melayu, pendidikan ialah nama terbitan daripada kata dasar

“didik” yang membawa maksud jaga, pelihara, atau ajar dengan hati-hati sejak kecil. Dalam

Bahasa Inggeris disebut Education berasal dari dua cantuman kalimah bahasa latin iaitu e’ex dan

Ducereduc. E’ex bererti keluar dan ducereduc bererti memimpin. Oleh itu, ia juga boleh diertikan

bahawa Pendidikan ialah menyerap ilmu pengetahuan dalam bentuk teori serta melakukan latihan

dalam bentuk praktis bagi membentuk keperibadian dan watak serta mencungkil bakat terpendam.

Dalam Bahasa Arab juga disebut At-Tarbiah iaitu kata terbitan dari kata Rabba yang bererti

mengasuh, memelihara atau memimpin.

Ta’dib juga sinonim dengan makna pendidikan cuma perkataan ini lebih menjurus kepada

pendidikan adab dan akhlak. Menurut Syed Naquib al-Attas, Ta'adib adalah kata yang paling

sesuia untuk memberi pengertian terhadap pendidikan. Seorang pelajar yang cemerlang dalam

akademik tetapi tidak beradab belum boleh dikatakan berjaya kerana matlamat pendidikan yang

utama adalah membentuk akhlak dan sahsiah bukannya sekadar menyediakan pelajar dengan

pengetahuan semata-mata.

Kalimah al-Quran pula ialah kalimah bahasa arab yang bererti bacaan. Dalam ilmu saraf,

kalimah al-Quran dibawa imbangannya seperti berikut:

- قرانا- يقرأ قرأ

Jadi, Quran di sini bermaksud dibaca. Sebahagian ulama berpendapat bahawa kalimah al-Quran

tidak diambil dari mana-mana perkataan lain. Ia adalah kata nama khas bagi kitab Allah. Ia sama

sahaja dengan kitab-kitab lain seperti Taurat, Injil dan Zabur. Semuanya merupakan nama-nama

bagi kitab Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi sebagai pegangan dan panduan umat nabi

berkenaan.

Al-Quran yang ada pada kita sekarang ialah kitab Allah yang mempunyai mukjizat, yang

diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Malaikat Jibril yang termaktub di

dalam mushaf, yang dipindahkan kepada kita secara tawattur dimulakan dengan surah al-Fatihah

dan disudahi dengan surah An-Nas serta mendapat pahala membacanya.

Menyentuh mengenai perkaitan antara pendidikan dengan al-Quran, kedua-duanya saling

berkait iaitu pendidikan adalah satu usaha untuk membentuk akhlak serta memberi ilmu kepada

masyarakat dan al-Quran adalah kitab panduan yang turut terkandung didalamnya ayat-ayat yang

menyentuh soal pendidikan. Oleh itu, pendidikan al-Quran bolehlah didefinisikan sebagai proses

membentuk sahsiah pelajar, menyampaikan ilmu pengetahuan serta mencungkil bakat pelajar

berdasarkan kaedah yang digariskan di dalam al-Quran.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 4: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN AL-QURAN

Setiap proses pengajaran dan pembelajaran tentunya mempunyai kaedah, pendekatan,

strategi, langkah dan sebagainya bagi menjamin matlamat pengajaran tercapai.

Begitu juga dengan pendidikan negara, mempunyai falsafah dan matlamatnya yang

termaktub bagi memastikan pelajar-pelajar mempunyai keseimbangan dari segi jasmani, emosi,

rohani dan intelek.

Pendidikan Al-Quran pastinya lebih luas daripada itu kerana Ianya kitab panduan sejagat

dan dustur ummah yang mendidik manusia menuju kebahagian abadi dunia dan akhirat. Al-Quran

menuntut umatnya menjadi seorang yang mahir ataupun pakar dalam apa sahaja bidang yang

diceburi. Dalam pada itu al-Quran mendidik manusia supaya kenal Tuhannya, kenal Penciptanya

serta menginsafi setiap dosa yang dilakukan dan bertawakkal hanya kepadanya.

Terdapat beberapa aspek di dalam al-Quran yang bertujuan untuk mendidik dalam bidang-

bidang tertentu iaitu:

1. Pendidikan tauhid

Dalam Al-Quran, Allah mendidik manusia beriman dan mempercayai hanya Allah

yang layak disembah dan tempat berserah segala sesuatu kerana Dialah sahaja yang

berkuasa. Disamping itu Allah s.w.t juga memberi ancaman kepada manusia jika

tidak bertauhid dan melakukan syirik kepada Allah.

2. Mensyukuri nikmat

Manusia perlu menyedari bahawasanya segala nikmat yang diperolehi adalah dari

Allah semata-mata. Jika dihitung nescaya manusia tidak akan terhitung nikmat yang

Allah telah kurniakan kepada manusia. Secara kasarnya, nikmat boleh dibahagikan

kepada 3 bahagian iaitu:

a. Nikmat jasmani

b. Nikmat rohani

c. Nikmat harta benda

Atas segala nikmat ini manusia harus berfikir bahawa manusia tidak seharusnya

ingkar dan menyekutukan Allah sebaliknya mensyukuri segala nikmat yang Allah

telah kurniakan.

3. Mendidik supaya bertakwa kepada Allah

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 5: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Bertakwa bererti melakukan segala sesuatu atau meninggalkan sesuatu kerana taat

kepada perintah Allah atau takutkan kemurkaannya. Al-Quran mendidik manusia

supaya menjadi orang yang bertakwa. Kerana orang yang bertakwa itu dikasihi Allah

dan diberi pangkat dan darjat yang tinggi disisi Allah.

4. Mendidik supaya bertawakkal

Tawakkal bererti menyandarkan segala usaha kita kepada Allah. Apa pun yang kita

lakukan natijahnya perlu diserahkan kepada Allah. Kerana kita hanya mampu

berusaha tetapi yang menentukan natijah baik atau buruk, berjaya atau tidak, menang

atau kalah hanyalah Allah s.w.t.

5. Menegak yang makruf dan melarang kemungkaran

Tugas dakwah adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua umat islam.

Dalam masyarakat terdapat pelbagai jenis manusia. Ada yang jahat, pencuri, perogol,

pembunuh dan sebagainya. Oleh itu perlunya ada dikalangan manusia yang bangun

untuk memberi nasihat dan melarang segala perbuatan yang mungkar dikalangan

masyarakat.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 6: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

2.1 HUKUM MENGAJAR AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Hukum orang yang mengajar al-quran kepada orang lain pada zaman Rasulullahs.a.w.

Adalah fardhu kifayah sepertimana Kata imam al-Suyuti :

”Ketahuilah bahawa menghafaz al-Quran itu fardu kifayah ke atas umat demikian juga

mengajar al-Quran, ia adalah sebaik-baik ibadah kepada Allah”.

Mengajar al-Quran adalah satu daripada cara berdakwah ke jalan Allah, malah ia dianggap

antara dakwah yang paling mulia dan paling penting. Ibn Hajar berkata :

” Berdakwah kepada Allah itu berlaku dengan pelbagai cara, antaranya menerusi

pengajaran al-Quran”.

Ia dianggap antara cara dakwah yang paling mulia.

Manakala Rasulullah s.a.w. apabila ditanya mengenai orang yang terbaik dalam kalangan

manusia, baginda bersabda :

” Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling baik membaca al-Quran dan paling

bertakwa kepada Allah.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 7: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

2.2 SEJARAH PENGKHUSUSAN DALAM PENGAJARAN BACAAN AL-QURAN

Pengajaran bacaan al-Quran secara intensif telah bermula sejak zaman nabi lagi seperti yang

diriwayatkan bahawa baginda telah bersabda :

”Hendaklah kamu mempelajari al-Quran daripada empat orang”

Abdullah bin Mas’ud, Salim Mawla (hamba) Abu Huzaifah, Mu’az bin Jabal dan Ubai

bin Ka’ab (Bukhari, hadith no.3758)

Imam Bukhari telah meriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik yang menyebut bahawa

Nabi s.a.w. telah bersabda kepada Ubai bin Ka’ab r.a. :

”Sesungguhnya Allah menyuruh aku mengajarkan al-Quran kepada engkau ”. Mendengar

itu Ubai (dalam kehairanan) bertanya : ” Adakah Allah telah memilihku dengan menyebut

namaku kepada engkau, wahai Rasulullah ? ” Jawab Rasulullah : ” Ya, Allah telah

menyebutkan nama engkau kepada aku. ” Mendengar jawapan itu, Ubai pun menangis.

(Sahih Bukhari, hadith no.4578)

Sesungguhnya Allah menyuruh Rasul-Nya mengajarkan Ubai bin Ka’ab hukum tajwid iaitu

tentang makhraj-makhraj huruf, sifat dan hukum-hukum bacaan yang mutawatir seperti yang

diterima oleh Nabi s.a.w. daripada Jibril. Menurut sejarah, sesudah peristiwa itu, Ubai giat

menghafaz al-Quran sehingga beliau mencapai kedudukan tinggi dalam jurusan ini yang merupakan

satu kemuncak kejayaan yang besar. Oleh kerana itu, Rasulullah sendiri pernah bersabda : yang

paling banyak membaca al-Quran dalam kalangan kamu ialah Ubai. (at-Tirmidzi)

Nabi s.a.w. Juga telah mengutuskan kepada kabilah Zakwan, Asiyyah dan Bani Lihyan tujuh

puluh orang daripada kalangan Ansar yang merupakan Qurra’ (pembaca dan pengajar al-Quran)

pada waktu itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik : ” Kami menamakan mereka

Qurra’ pada zaman mereka. ” (Bukhari. Hadith no.4090.)

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 8: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Terdapat dua golongan sahabat yang mempelajari bacaan al-Quran daripada Nabi s.a.w. Iaitu :

1. Golongan yang mempelajari al-Quran terus daripada Nabi s.a.w. seperti Ibn Mas’ud, Abu

Musa al-Ash’ari, Ubai, Zaid dan para sahabat lain yang termasuk golongan yang banyak

mendengar al-Quran daripada Nabi s.a.w.

2. Golongan yang mempelajari al-Quran daripada sahabat-sahabat yang lain seperti Ibn Abbas,

Abdullah bin al-Sa’ib dan lain-lain yang merupakan golongan sahabat yang lebih muda.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 9: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

3.0 ZAMAN RASULULLAH S.A.W. DI MAKKAH DAN MADINAH

3.1 PERINGKAT MAKKAH

Pada zaman pra Islam atau lebih dikenali sebagai zaman jahiliah kebanyakan penduduk

jazirah arabiah berada dalam keadaan buta huruf dan hanya sebilangan kecil sahaja yang mengenali

angka dan huruf yang membolehkannya menulis dan membaca. Menurut al- Salaby (1976:19)

antara penduduk Makkah yang mula-mula belajar menulis huruf arab ialah Sufyan bin Umayyah

dan Abu Qais bin Abd, Manaf, mereka belajar daripada Bishr Abd. Malik dari negeri Hirah

Mengikut Dr. Abdullah Isyak (1089:35) bahawa Ibnu Khaldun juga telah meriwayatkan

orang yang belajar menulis di Hirah pada masa itu ialah Sufyan bin Umayyah. Sesetengah pengkaji

menjelaskan Harb bin Umayyah, mereka belajar daripada Azlan bin Sidrah. Menurut Sejarah orang

yang mula-mula menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di tanah arab ialah seorang

yang berasal dari Wadi al-Qurra iaitu suatu perkampungan yang terletak di Madinah. Ia telah

berusaha memberi pelajaran mengenal huruf kepada beberapa orang penduduk Madinah.

Fakta diatas menjelaskan bahawa asal kota Makkah sememangnya tidak mengenali huruf,.

Ilmu angka dan huruf berasal dari Madinah. Al- Salaby (1976:19) menjelaskan orang Quraisy yang

pandai menulis dan membaca hanya lapan belas orang sahaja .

Kedatangan agama islam telah mengubah tamadun keilmuan jahiliah ini. Turunnya al Quran

sebagai kitabillah terakhir telah memaksa orang arab jahiliah mempelajari al-Quran samada huruf

atau tulisan untuk membolehkan mereka membaca la-Quran dan memahami isi al-Quran . Memang

benarlah al-Quran itu membimbing manusia dariapda Zulumat (kegelapan) kepada nur (cahaya).

Dalam surah al Baqarah 2:257 dan arahan membaca dalam surah al Alaq 96;1 melalui mengenali

huruf dan kemudian membolehkan mereka membaca. Manusia dapat melibatkan diri dengan proses

keilmuan yang membawa kepada arus kemajuan dan melauinya juga mereka akan mengalami

proses dari segi kognitf dan efektif.

Bagi mengatasi masalah arab Quraisy ini, baginda Rasulullah saw tidak jemu-jemu

menggalakkan orang Islam supaya belajar ekoran daripada wahyu pertama ayat 1-5 surah al Alaq.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 10: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Salah satu cara baginda Rasulullah saw mengembangkan ilmu menulis dan membaca ialah dengan

mengenakan syarat kepada tawanan-tawanan perang Badar yang boleh menulis dan membaca agar

setiap daripada orang tawanan itu dikehendaki mengajar 10 orang anak-anak daripada orang islam

membaca dan , menulis sehingga pandai sebagai ganti membebaskan diri.

Mengikut al-Abrashi (terjemahan h. Bustami 1970:60) baginda nabi juga menggunakan

kepakaran orang Yahudi dan Nasrani yang pandai menulis dan mambaca agar mengajar kemahiran

ini kepada kaum muslimin. Begitulah sifat marunahnya baginda dalam konteks ilmu dan

pendidikan.

Rasullallah saw menggunakan teknik rangsangan dengan mangarahkan umat islam agar

rajin menuntut ilmu seperti hadis baginda yang bermaksud:

“menuntut imu adalah wajib dikalangan muslimin dan muslimat”

Rasulullah saw meminta Shaffah al Adawiyah mengajarkan isteri nabi Saiyyiditina Hafsah

dengan pelajaran menulis dan membaca, dorongan dan galakan daripada baginda yang berterusan

ini, apatah lagi dalam menuntut ilmu hukumnya wajib maka para keluarga dan sahabat baginda

telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya. Seterusnya al-Abrashi (hal. 44) telah

menjelaskan bahawa atas suruhan baginda inilah menyebabkan jumlah orang islam pandai menulis

dan mengenal huruf telah bertambah. Dengan itu lahir lah jurutulis- jurutulis atau khatib yang diberi

tugas untuk mancatatkan ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis nabi setelah kawafatan baginda.

antaranya ialah Abi Ka’ab al-Ansari, Zaid bin Thabit, Uthman bin Affan dan lain-lain.

Pada peringat awal perkembangan islam ilmu pengetahuan dan pendidikan islam telah

sampai di rumah baginda dan rumah sahabat baginda seperti rumah al- Arqam bin al-Arqam,

Rasulullah saw menyampaikan ilmu-ilmu islam peringkat asasnya ilmu akidah dan ahklak . Pada

zaman Makkah ini Rasulullah saw berperanan sebagai seorang guru, murid-muridnya tediri

daripada kalangan dan para sahabat yang rapat dengan baginda manakala rumah baginda dan rumah

al-Arqam Bin al-Arqam beperanan sebagai intistusi pertama pendidikan islam.

Rasulullah saw menyampaikan setiap wahyu yang diterima atau setiap kali wajah diturun

kepada kaum keluarga baginda, para sahabat dan sekalian kaum muslimin secara terbuka.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 11: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Rasulullah berbuat demikian kerana tugas Rasullullah untuk menyampaikan ajaran islam dan

menyeru manusia ke jalan Allah, firman Allah yang bermaksud.

“wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oelh Allah kepoada engkau

daripada tuhan engkau, kiranya engakau tuidak melakukan demikan, maka tidaklah

engakau menyampaikan risalah.” (Surah al-Maidah 5:67)

Bentuk pengajaran Rasulullah saw ialah membaca al-quran karim kepada para sahabat dan

menerang maksud ayatnya supaya dapat difahami dan di hayati serta diamalkan pada saat itu, juga.

Baginda Rasul juga menyuruh para sahabatnya mengahafal setiap ayat yang telah diajar di samping

Rasulullah saw menyeru para sahabatnya untuk menulis agar dapt sentiasa diulang kaji pada masa

yang lain.

Baginda Rasulullah saw menunjukkan dan melatih para sahabat dan semua kaum muslimin

agar mengamalkan serta mengamati segala pelajaran yang disampaikan oleh baginda .

Sesungguhnya nabi Muhammad saw ialah seorang rasul dan guru yang telah mendidik melatih dan

memandu umat islam dengan penuh tanggungjawab, mesra dan penuh perasaan kasih saying.

baginda Rasulullah s.a.w selalu menjadikan dirinya sebagai teladan dan contoh-contoh yang diikuti.

Para sejarawan islam telah memulakan kajian tentang pendidikan islam pada zaman

Rasulullah saw bermula dari Institusi al-Arqam bin al-Arqam di Assafah, Makkah pada tahun 610

masihi. Disinilah bermulanya era pendidikan islam dan Quran (Barnadib, 1985:85)

Pada zaman Makkah, hubungan perkembangan dakwah nabi selari dengan perkembangan

pendidikan islam. Dengan itu pendidikan nabi terhadap golongan pemeluk islam bertitik tolak

daripada gerakan dakwah nabi secara sulit selama kira-kira tiga tahun.

Ali al-Jamilathi dan Abu al-Tuwanisiah (1978) menerangkan bahawa Rasulullah saw telah

memulakan institusi pendidikannya di rumah al-Arqam bin al-Arqam di Assafah, Makkah pada

tahun khasnya terdiri daripada sahabat-sahabat nabi yang rapat dengan baginda termasuk keluarga

baginda, seperti isteri baginda Rasullallah saw kemudian berkembang menjadi tiga puluh lapan

orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Pendidikan tersebut

telah di atur dan kendalikan oleh baginda nabi secara sulit selama tiga tahun.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 12: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Selain institusi pendidikan al-arqam bin al-arqam. Rasulullah saw juga menngunakan

rumahnya sebagai pusat pembelajaran. langkah pertama yang dilakukan oleh baginda dalam proses

pengajaran pembelajaran ialah melalui metod iqra (bacaan). iaitu dengan membaca ayat-ayat al-

quran yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada para sahabatnya melalui metod Tartil

Menurut Kassim Ahmad (1984) Rasulullah saw juga menekan kaedah penurunan wahyu

pada masa itu, satu era yang istimewa pada zaman pendidkan Rasulullah saw di peringkat makkah

ialah apabila diturunkan wahyu yang pertama kepada nabi Muhammad saw yang menekankan

konsep bacaan.

Para pengkaji sejarah islam menjelaskan bahawa isi kandungan pendidikan yang

disampaikan itu bergantung kepada wahyu daripada Allah swt sendiri. Maka dengan itu, kelahiran

Pendidikan islam adalah satu era baru bagi dunia pendidikan yang ada pada masa itu.

Bukan sahaja wahyu yang turun kepada nabi Muhammad saw itu sebagai bahan pengajaran

nabi bahkan ia juga merupakan sumber pendidikan Rasulullah saw kepada keluarga dan para

sahabat baginda , wahyu yang menekan persoalan akidah masyarakat Quraisy pada masa itu telah

dikuliahkan oleh agenda di Institusi dirumah Al-Arqam

Metodologi penyampaian Pendidikan islam kepada Murid-muridnya dilakukan secara :

1. Baginda membacakan ayat-ayat yang diterima kepada murid-muridnya

2. Menjelaskan maksud ayat

3. Dihafal

4. Mendidik dengah penuh kasih sayang

Keberkesanan pendidikan Rasulullah saw ini bukan sahaja dapat dicapai melalui aspek

kognitif malah juga aspek efektif dan psikomotor dalam bentuk amalan dan penghayatan . Sebagai

contoh keberkesanan tiga domain pendidikan di atas dapat dilihat daripada peristiwa murid baginda

Saad bin Abi Waqas dengan ibunya dan dijelmakan oleh Allah swt melalui surah yang bermaksud:

“dan kami wajibkan kepada manusia (berbuata) kebaikan kepada kedua-dua ibu bapanya.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 13: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

dan jika kedua-dua ibu bapanya mammaksa unutk mempersekutukan aku dengan seseuatu

yang tidak ada pengetahuan tentangya, maka jnganlah kamu mengikuti kedua-duanya.

hanya kepad akulah kamu akan kembali, lalau aku khabarkan kepadamu apa yang telah

kamu kerjakan”. (surah al-ankabut)

Sepanjang penglibatan baginda Rasulullah saw sebagai guru pendakwah atau seorang rasul,

baginda banyak menerima cabaran dan ugutan daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada ketua-

ketua kafir quraisy di makkah, segala penentangan mereka tidak di hiraukan oleh baginda . Baginda

tidak pernah tunduk dengan tawaran-tawaran yang diberikan kepadanya. sabda Rasulullah saw.

yang bermaksud

….bahawa sebenarnya aku di utuskan sebagai seorang pendidik.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 14: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

3.2 PERINGKAT MADINAH

Perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam lebih pesat dan menggalakakkn

apabia Rasulullah ke madinah pada tahu 622 kasihi . Perkembangan ini berkait rapat dengan

peranan masjid yang telah didirikan oleh Rasulullah s.a.w. Disana masjid telah di jadikan markas

kegiatan sosial dan kemasyarakatan selain daripada tempat ibadah. kegiatan ini termasuklah proses

pembelajaran dan pendidikan.

Bagi memastikan kesucian masjid sebagai tempat ibadah maka nabi telah membina surau

yang bersambung dengan masjid tersebut, surau itu dikenali dengan nama al-suffah. ia boleh

dikatakan sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan pengajaran pembelajaran yang dijalankan disitu

lebih sistemetik dan formal. Manakala metode pengajaran adalah dalam bentuk halaqah yang

disampaikan melalui kaedah syarahan dan praktikal. Sejajar dengan perkembangan dan tersusun.

Pelbagai aspek kehidupan dipelajari dan diajar kepada mereka.

Memandangkan kepesatan perkembangan islam maka lebih banyak sekolah didirikan pada

masa itu. dikatakan terdapat sembilan buah sekolah yang telah dibina pada zaman Rasulullah saw.

antaranya yang terpenting ialah sekolah Kaabah. Rasulullah saw selalu melawat sekolah berkenaan

serta mengadakan serta mengadakan perbincangan dengan murid-muridnya. Baginda juga

menghantar ramai guru untuk mengajar di seluruh wilayah islam di semenanjung tanah arab.

Fakor utama Rasulullah saw berhijrah ke Madinah kerana gesaan Allah swt. akibat ancaman

orang quraisy yang semakin membahayakan sehingga baginda di Madinah terus membina sebuah

masjid yang diberi nama Masjid Quba' yang kemudiannya menjadi intitusi pendidikan terpenting.

Masjid Quba Rasulullah saw terus mengumpulkan umat islam dan memperkenalkan sistem

Halaqah di masjid tersebut .Selepas menunaikan solet berjemaah, para muslimin duduk

mengelilingi nabi dalam separuh bulatan untutk mendengar pengajaran nabi tentang agama islam.

Ekoran penerimaan serta sokongan tempatan madinah daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Baginda menyususkan strategi pengajaran dalam tiga bentuk iaitu :

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 15: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

1. Pendidikan Rasulullah saw dalam bentuk umum

Ia dijalankan sendiri oleh Rasulullah saw dan oleh para sahabat baginda di dalam dan

diluar kota Madinah. dari segi metodologi pengajaran Rasulullah saw menggunakan

pendekatan khutbah dan halaqah. Kaedah khutbah digunakan ketika baginda

mengajar di masjid manakala bentuk halaqah diadakan di rumah baginda sendiri atau

di rumah para sahabat. Kandungan pengajaran baginda meliputi sembilan kandungan

antaranya akidah, syariah dan huraian isi wahyu yang mencakupi siasah (politik),

ijtimaiyyah (sosial) dan iqtisyho diyah(ekonomi)

Dari segi pelajar dalam sistem pendidikan umayyah ini terdiri daripada pelbagai lapisan

umur dan status hidup daripada kalangan kaum lelaki dan wanita, kecil dan tua. kaedah

pengajaran baginda selain dua metode di atas ialah:

a) Amalan

Semua ajaran baginda yang berkaitan dengan suruhan dan larangan Allah

dibuat secara terus dan diri peribadi nabi menjadi ikutan, contoh serta

teladan melalui qudwah hsanah. Antara contoh dan teladan

“nabi melakukan sesuatu sesuatu perbuatan (sunnah) agar menjadi

petunjuk kepada umatnya”

b) Pendekatan jiwa

Kasih sayang nabi kepada umatnya sering ditunjukkan telah menambat hati

murid untuk patuh dan taat keapada baginda Rasulullah.

2. Pengajaran Nabi dalam Bentuk Khususiah.

Pendidikan ini dikhususkan kepada kanak-kanak, tawanan perang dan

sahabat nabi. Rasulullah mendidik kanak-kanak dengan menggunakan

kaedah teguran, suruhan, amalan, qudwah hasanah dan member

pengajaran dengan mengambil iktibar daripada cerita-cerita yang

berbentuk Bashir Wa-Nazir.

Kenyataan diatas dapat dilihat melalui riwayat daripada Omar ibn

Salmah, beliau berkata : sewaktu saya masih kecil dan berada di bawah

jagaan baginda Rasulullah S.a.w. baginda berkata kepada saya :

“Wahai kanak-kanak, bacalah bismillah sebelum makan dan makanlah

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 16: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

dengan tangan kanan serta ambillah makanan yang paling hamper

dengan kamu dahulu”

Inilah kaedah-kaedah yang harus diterapkan kepada pendidik untuk

mendidik anak-anak murid atau pelajar yang berada di bawah umur.

3. Pendidikan melalui Institusi (madrasah)

Proses pengajaran yang lebih sistematik digunakan oleh Nabi iaitu

dapat dilihat melalui institusi tersebut yang dinamakan sebagai

madrasah bermaksud sekolah. Melalui system ini terdapat dua

peringkat :

i. Menulis dan membaca

ii. Ashab Assaffah

Proses menulis dan membaca ini ditujukan kepada kanak-kanak.

Mustaffa (1985), rasulullah s.a.w menggunakan bebrapa orang tawanan Perang

Badar yang terdapat daripada kaum musyrikin yang berkebolehan menulis dan

membaca untuk mengajar kanak-kanak muslim atas kadar seorang tawanan

dengans epuluh orang kanak-kanak islam. Mereka perlu mengajar kanak-kanak

islam ini sehingga mereka pandai dan ini merupakan jaminan kebebasan

tawanan tersebut.

Dimana pada peringkat Ashab Assaffah pula merupakan peringkat

golongan pemuda belia, Rasulullah s.a.w dan para sahabat menerapkan ilmu

kepada golongan belia ini dengan tentang ilmu syarak, kemasyrakatan,

ekonomi, pendidikan jasmani dan politik sebagai persiapan hidup pada masa

yang akan datang.

Kedua-dua peringkat pendidikan ini dibuat disekeliling masjid dan di

bangunan-bangunanyang dikhaskan untuk pendidikan islam. Untuk

memastikan kesucian masjid sebagai tempat ibadah, nabi telah membina

surau yang bersambung dengan masjid tersebut dan dikenali sebagai Al-

Suffah.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 17: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

As-suffah ini dikenali sebagai sebuah sekolah kerana kegiatan

pengajaran pembelajaran yang dijalankan lebih sistematik dan formal. Hal ini

kerana ia dijalankan di kawasan masjid dan keadah pengajaran yang digunakan

adalah halaqah yang disampaikan melalui kaedah syarahan dan pratikal.

Kesan daripada peperangan menentang kaum musyrikin penganut islam

semakin bertambah lantaran kejayaan Rasulullah dalam mentarbiyah mereka.

Baginda telah membahagikan murid-murid kepada tiga golongan iaitu :

1. Kanak-kanak diberi pendidikan dalam bentuk khususiyah

2. Kaum lelaki dewasa, diberikan pendidikan umumiyyah.

3. Kaum wanita dewasa, diberikan pendidikan umumiyyah.

Hasil daripada rasulullah dalam bidang penulisan ini maka lahirlah tokoh-

tokoh sahabat yang berkemahiran membaca dan menulis seperti Abi Ka’ab, al-

Ansori, Zaid bin Thabit, Othman bin Affan dan lain-lain yang antaranta dilantiik

menjadi jurutulis nabi untuk menulis dan membaca surat-surat sama ada untuk

dihantar ke Rom, Parsi atau yang diterimanya dari Negara luar dalam

hubungan diplomatik antara madinah dan Eropah.

Kota Madinah pada masa itu telah menjadi pusat perkembangan ilmu

pengetahuan dan pendidikan. Pelbagai jenis ilmu yang telah disebarkan di

Madinah iaitu di Jazirah Arabiah dan Negara-negara sekitarnya. Di Madinah

telah terdapat Sembilan buah masjid yang berperanan sebagai institusi

pendidikan nabi. Antara sekolah yang terkemuka iaitu sekolah Kaabah.

3.3 PERBEZAAN CIRI PEMBINAAN PENDIDIKAN AL-QURAN DI KOTA MAKKAH

DAN MADINAH

Period kota Makkah:

Teras pembinaan pendidikan islam di kota Makkah adalah pendidikan tauhid,

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 18: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

titikberatnya adalah menanamkan nilai-nilai tauhid ke dalam jiwa setiap

individu muslim, agar jiwa mereka terpancar sinar tauhid dan tercermin dalam

perbuatan dan tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari.

Period kota Madinah:

Pokok pembinaan pendidikan islam di kota Madinah dapat

dikatakan sebagai pendidikan sosial dan politik, yang

merupakan kelanjutan dari pendidikan tauhid di Makkah, iaitu

pembinaan di bidang pendidikan sosial dan politik agar dijiwai

oleh ajaran , merupakan cermin dan pantulan sinar tauhid

tersebut.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 19: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

3.4 BAHAN PENGAJARAN (SILIBUS) RASULULLAH S.A.W.

Menurut Ghazali Darussalam, Wahyu merupakan bahan pengajaran

(sukatan) dalam proses mendidik atau mengajar pengikutnya. Ia berbentuk Al-

quran mahupun hadis. Ini dapat dinyata dan dijelaskan bahawa baginda s.a.w.

tidak bercakap atau mengajar sesuatu melainkan ditunjuk oleh wahyu

sepertimana dalam firman allah yang bermaksud :

“Dan tiadalah yang diucapkan itu menurut kemahuan hawa nafsunya.

Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang di wahyukan”

(surah Al-Najm, 53:3-4)

Maka dengan itu, bahan pengajaran Rasulullah adalah lengkap dan

sempurna hal ini kerana wahyu yang datang adalah daripada allah s.w.t. Al-

quran ialah kitab yang sedikit pun tiada kekurangan. Firman Allah s.w.t. yang

bermaksud :

“Tiadalah kami alpakan suatu pun dalam al-Kitab”

Dengan bahan pengajaran yang telah diwujudkan oleh nabi iaitu Al-

quran. Kita sebagai umatnya dan pendidik harus mengikut apa yang telah

rasulullah s.a.w. tetapkan. Semestinya bahan yang disediakan itu berlandaskan

syariat Islam dan hukum Allah.

3.5 KURIKULUM PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Kurikulum pendidikan pada zaman Rasulullah sangat sulit, sebab Rasul mengajar pada

sekolah kehidupan yang luas tanpa dibatasi dinding kelas. Rasulullah memanfaatkan berbagai

kesempatan yang mengandungi nilai-nilai pendidikan dan rasulullah menyampaikan ajarannya

dimana saja seperti di rumah, di masjid, di jalan, dan di tempat-tempat lainnya.

Sistem pendidikan islam lebih bertumpu kepada Nabi, sebab selain Nabi tidak ada yang

mempunyai keutamaan untuk menentukan isi-isi pendidikan islam. Dapat dibezakan menjadi dua

period:

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 20: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Makkah

bahan yang diajarkan hanya berkisar pada ayat-ayat Makiyyah sejumlah 93 surat dan

petunjuk-petunjuknya yang dikenal dengan sebutan sunnah dan hadits.

bahan yang diajarkan menerangkan tentang kajian keagamaan yang menitikberatkan pada

keimanan, ibadah dan akhlak.

Madinah

pendidikan yang dilakukan Nabi pertama-tama membangun lembaga masjid, melalui masjid

ini Nabi memberikan pendidikan islam.(al-Quran)

Bahan pendidikan islam(al-Quran) yang diajarkan berkisar pada bidang keimanan, akhlak,

ibadah, kesihatan jasmani dan pengetahuan kemasyarakatan

Metod yang dikembangkan oleh Nabi adalah:

a. Bidang keimanan: melalui soal jawab dengan penghayatan yang mendalam dan di dukung

oleh bukti-bukti yang rasional dan ilmiah.

b. Bahan ibadah : disampaikan dengan metod demonstrasi dan peneladanan sehingga mudah

didikuti masyarakat.

c. Bidang akhlak: Nabi menitikberatkan pada metod peneladanan. Nabi tampil dalam

kehidupan sebagai orang yang memiliki kemuliaan dan keagungan baik dalam ucapan

maupun perbuatan.

3.6 KEBIJAKSANAAN RASULULLAH S.A.W DALAM PENDIDIKAN

Untuk melaksanakan fungsi utamanya sebagai pendidik, Rasulullah telah melakukan

serangkaian kebijaksanaan yang amat sistematik serta sesuai dengan situasi dan keadaan.

Proses pendidikan pada zaman Rasulullah berada di Makkah belum berjalan sebagaimana

yang diharapkan. Hal yang demikian belum di mungkinkan, kerana pada saat itu Nabi

Muhammmad belum berperanan sebagai pemimipin atau ketua Negara, bahkan baginda dan para

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 21: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

pengikutnya berada dalam bayang-bayang ancaman pembunuhan dan kaum kafir quraisy. Selama di

Makkah pendidikan berlangsung dari rumah ke rumah secara sembunyi-sembunyi.

Diantaranya yang terkenal adalah rumah Al- Arqam. Langkah yang bijak dilakukan Nabi

Muhammad SAW pada tahap awal islam ini adalah melarang para pengikutnya untuk

menampakkan keislamannya dalam berbagai hak.tidak menemui mereka kecuali dengan cara

sembunyi-sembunyi dalam mendidik mereka.

Setelah masyarakat islam terbentuk di Madinah barulah, barulah pendidikan islam (al-

Quran) dapat berjalan dengan berleluasa dan terbuka secara umum.dan kebijaksanaan yang telah

dilakukan Nabi Muhammmad ketika di Madinah adalah:

a. Membangun masjid di Madinah. Masjid inilah yang selanjutnya digunakan sebagai pusat

kegiatan pendidikan dan dakwah.

b. Menyatukan berbagai potensi yang semula saling berserakan bahkan

saling bermusuhan.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 22: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

3.7 LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN RASULULLAH S.A.W

Menurut Ghazali Darussalam dalam bukunya Pedagogi Pendidikan Islam

telah menyatakan pelbagai langkah dan cara yang Rasulullah telah anjurkan

untuk dalam bidang pendidikan supaya semuanya berjalan dengan lancar dan

sempurna. Antara langkah yang diambil oleh baginda ialah :

Mewujudkan pusat pendidikan

a. Banyak institusi yang digunakan oleh baginda bagi tujuan untuk

mengajar ajaran islam kepada umatnya. Antara pusat-pusat atau

tempat pendidikan ialah :

1. Rumah sebagai pusat pendidikan

Sejak awal kerasulan bagi lagi, rumah dijadikan tempat pendidikan

kepada pengikutnya. RUmah Al-Arqam bin Abi al-Arqam menjadi

pusat pengajaran dan pusat pertemuan baginda bersama para

sahabat. Selain itu juga, ia dijadikan tempat menyampaikan ajaran

agama Islam kepada kaum muslimin. Dan buat pengetahuan

semua keadah ini berkekalan sehingga baginda berhijrah ke

Madinah.

2. Tempat Umum dan terbuka.

Rasulullah s.a.w. juga diperintahkan supaya menyampaikan

ajarannya secara terang-terangan oleh Allah s.w.t. dimana dalam

firman Allah yang bermaksud :

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala

apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah daripada

orang yang musyrik”

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 23: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

(Surah al-Khijr,15:94)

Setelah itu, baginda bergerak ke Bukit Safa yang menjadi

kelaziman orang Quraisy dijadikan sebagai tempat mengumpulkan

orang ramai.

3. Institusi Masjid

Antara masjid yang menjadi tempat pengajaran Islam iaitu Masjid

Quba’ dan Masjid An-Nabawi. Selain itu terdapat Sembilan buah

masjid yang terdapat di Madinah menjadi tempat pendidikan. Umat

Islam di Madinah mengantar anak-anak mereka ke masjid untuk

diberikan pendidikan. Selepas pembukaan Kota Mekah, Baitullah

menjadi pusat pengajaran Islam untuk seluruh kaum muslimin.

4. Pengajaran Kepada Masyarakat Terdekat

Nabi telah memulakan pendidikan al-quran dengan mendahulukan

kaum kerabatnya sebagaimana firman firman Allah Swt :

Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat (Qs.As-Syu'ârâ;214)

Pada peringkat pertama, orang yang paling awal memeluk Islam

adalah isterinya, Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar bin as-Siddq, Zaid

bin Harithah dan Abi Bin Abi Talib. Kesemuanya adalah sahabat

terdekat Rasulullah. Setelah itu, Islam semakin berkembang luas

dan menyebar ke seluruh pelosok. Inilah sebabnya pendidikan

yang baik adalah yang dimulai dari rumah oleh orang tua kepada anak-

anaknya. Sebagaimana sabda Rasulullah :

"Ajarlah anak-anakmu (dengan ilmu pengetahuan) kerana

sesungguhnya mereka dijadikan untuk zaman yang lain daripada kamu."

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 24: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

5. Berlaku Adil Terhadap Anak Didik

Dalam menyampaikan ajaran Islam, Rasulullah diajarkan oleh Allah

supaya tidak berlaku diskriminasi. Baginda rasulullah diperingatkan

Allah ketika Abdullah bin Ummu Maktum datang hendak menemui

baginda. Pada saat itu, Rasulullah sedang berbincang dengan para

pembesar Quraisy dan Rasulullah telah bermasam muka. Maka turunlah

ayat Al-Quran sebagai teguran akan kesilapan baginda itu :

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling kerana telah

datang seorang buta kepadanya.(Qs.'Abasa ;1-2)

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 25: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

3.8 METODOLOGI PENGAJARAN RASULULLAH S.A.W.

Menurut Ghazali Darussalam dalam bukunya Pedagogi dalam Pendidikan

Islam iaitu menerangkan Rasulullah s.a.w. Mempunyai pelbagai cara dalam

menyampaikan pengajarannya kepada umatnya dan orang lain. Antara kaedah

yang bersifat kognitif, efektif dan berbentuk psikomotor.

Terdapat banyak pengajaran yang disampaikan oleh baginda s.a.w

dengan menggunakan kaedah ini, antaranya :

1. Kuliah dan khutbah atau pidato.

Ini adalah cara pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu

kuliah dan berkhutbah atau pidato yang seringnya disampaikan di Masjid

dan juga dirumah. Ini jelas bahawa Rasulullah s.a.w mengajar kaum

muslimin dengan berkhutbah di masjid pada setiap hari Jumaat.

Pada musim haji juga baginda berucap di Arafah, Mina, Perigi Ghadir dan

di Uhud. Pada pengajaran ini hanya baginda sahaja yang bercakap dan

umatnya hanya mendengar apa yang baginda ucapkan.

2. Halaqah

Sepanjang pendidikan baginda kepada para sahabat, baginda amat

gemar menggunakan kaedah halaqah dimana Rasulullah s.a.w bersila di

dalam masjid yang dikelilingi oleh umatnya. Kesan daripada pengajaran

yang dilakukan oleh baginda adalah konsep pengajaran dua hala. Iaitu

kaedah ini masih digunakan oleh semua pendidik terutama di peringkat

tertinggi.

3. Soal Jawab

Rasulullah s.a.w juga menggunakan cara pembelajaran secara soal

jawab. Hal ini jelas dimana Rasulullah s.a.w di suatu masa telah soal

jawab dengan malaikat Jibril tentang rukun Iman, rukun Islam, tentang

Ihsan dan tentang Kiamat. Baginda bersoal jawab dengan tujuan untuk

mengajar kepada orang ramai.

4. Hafalan

Teknik ini adalah salah satu teknik yang terdapat dalam pribadi

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 26: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Rasulullah, terbukti ketika Rasulullah menerima wahyu Allah yang pertama,

beliau bersungguh-sungguh dan terus menerus menghafalnya agar tidak

lupa.

5. Perdebatan

Teknik ini digunakan ketika perdebatan tentang Ibrahim dengan Raja

Namrud. Al-Quran telah menjelaskan hal ini, melalui firman Allah yang

berbunyi :

"Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang mendebat Nabi Ibrahim

tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu

pemerintahan (kekuasaan) ketika Nabi Ibrahim berkata. 'Tuhanku ialah Allah

yang menghidupkan dan mematikan; Sesungguhnya Allah menerbitkan

matahari dari timur, maka terbitkanlah dari Barat, lalu terdiamlah orang

kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.

'"(Qs.Al-Baqarah ;258)

6. Penceritaan

Dalam menyampaikan ajaran Islam, Rasulullah banyak menggunakan

metode bercerita. Hal ini terlihat kerana di dalam terdapat banyak cerita-

cerita lampau berkaitan dengan nabi-nabi dan umat terdahulu.

7. Menggunakan Bahasa Isyarat.

Dalam menyampaikan pengajaran, Rasulullah juga sering menggunakan

gaya atau isyarat dengan anggota badan Rasulullah. Contohnya ketika

beliau menjawab pertanyaan tentang orang yang memelihara anak yatim,

seperti yang digambarkan dalam sabdanya :

"Aku dan orang yang memelihara anak yatim seperti dua ini (diisyaratkan

ibu jari dan jari tengah)"

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 27: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

4.0 SEJARAH PENDIDIKAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAHABAT

Menurut Prof. Dr Hassan Langgulung(1988) dalam buku Asas-asas Pendidikan Islam

menerangkan bahawa bertahun-tahun pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan perjuangan

terus menerus antara hak yang mereka bawa dan dakwahkan kebatilan yang mereka perangi dan

musuhi. Pada zaman khulafa al-Rasyidin seakan-akan kehidupan Rasulullah SAW itu berulang

kembali. Pendidikan islam masih tetap memantulkanAl-Qur’an dan Sunnah di ibu kota khilafah di

Makkah, di Madinah dan di negeri- negeri lain yang ditakluki oleh orang-orang islam. Prof. Dr.

Hasan Langgulung, Asas-asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pustaka Husna, 1988. Hal 121

Berikut penguraian tentang pendidikan Islam(al-Quran) pada masa Khulafa al- Rasyidin:

A. Masa Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag (2008) dalam bukunya Sejarah

Pendidikan Islam pola pendidikan al-Quran pada masa Abu Bakar masih seperti pada masa

Nabi, baik dari segi isi kandungan mahupun lembaga pendidikannya. Dari segi isi

kandungan pendidikan Islam terdiri daripada pendidikan tauhid atau keimanan, akhlak,

ibadah, kesihatan, dan sebagainya. Menurut Ahmad Syalabi lembaga untuk belajar membaca

menulis ini disebut dengan Kuttab. Kuttab merupakan lembaga pendidikan yang dibentuk

setelah masjid, selanjutnya Asama Hasan Fahmi mengatakan bahwa Kuttab didirikan oleh

orang-orang Arab pada masa Abu Bakar dan pusat pembelajaran pada masa ini adalah

Madinah, sedangkan yang bertindak sebagai tenaga pendidik adalah para sahabat rasul

terdekat.

Lembaga pendidikan Islam(al-Quran) masjid, masjid dijadikan sebagai benteng pertahanan

rohani, tempat pertemuan, dan lembaga pendidikan Islam, sebagai tempat shalat berjama’ah,

membaca Al-qur’an dan lain sebagainya.

B. Masa Khalifah Umar bin Khattab

Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam

berkaitan dengan masalah pendidikan , khalifah Umar bin Khattab merupakan seorang

pendidik yang melakukan penyuluhan pendidikan di kota Madinah, beliau juga menerapkan

pendidikan di masjid-masjid dan pasar-pasar serta mengangkat dan menunjuk guru-guru

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 28: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

untuk tiap-tiap daerah yang ditaklukan itu, mereka bertugas mengajarkan isi Al-qur’an dan

ajaran Islam lainnya. Adapun metod yang mereka pakai adalah guru duduk di halaman

masjid sedangkan murid melingkarinya.

Pelaksanaan pendidikan di masa Khalifah Umar bin Kattab lebih maju, sebab selama Umar

memerintah Negara berada dalam keadaan stabil dan aman, ini disebabkan disamping telah

ditetapkannya masjid sebagai pusat pendidikan juga telah terbentuknya pusat-pusat

pendidikan Islam di berbagai kota dengan ilmu yang dikembangkan, baik dari segi ilmu

bahasa, menulis, dan pokok ilmu-ilmu lainnya.

Pendidikan dikelola di bawah pengaturan gabernor yang berkuasa saat itu,serta diiringi

kemajuan di berbagai bidang, seperti jawatan pos, kepolisian, baitulmal dan sebagainya.

Adapun sumber gaji para pendidik waktu itu diambilkan dari daerah yang ditaklukan dan

dari baitulmal.

C. Masa Khalifah Usman bin Affan.

Menurut Prof. Dr. H. Samsul Nizar, M.ag dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam pada

masa khalifah Usman bin Affan, pelaksanaan pendidikan Islam(al-Quran) tidak jauh berbeza

dengan masa sebelumnya. Pendidikan di masa ini hanya melanjutkan apa yang telah ada,

namun hanya sedikit terjadi perubahan yang mewarnai pendidikan Islam. Para sahabat yang

berpengaruh dan dekat dengan Rasulullah yang tidak diperbolehkan meninggalkan Madinah

di masa khalifah Umar, diberikan kelonggaran untuk keluar di daerah-daerah yang mereka

sukai. Kebijaksanaan ini sangat besar pengaruhnya bagi pelaksanaan pendidikan di daerah-

daerah.

Proses pelaksanaan pola pendidikan pada masa Usman ini lebih ringan dan lebih mudah

dijangkau oleh seluruh peserta didik yang ingin menuntut dan belajar Islam dan dari segi

pusat pendidikan juga lebih banyak, sebab pada masa ini para sahabat memilih tempat yang

mereka inginkan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat.

Tugas mendidik dan mengajar umat pada masa ini diserahkan pada umat itu sendiri, ertinya

pemerintah tidak mengangkat guru-guru, dengan demikian para pendidik sendiri

melaksanakan tugasnya hanya dengan mengharapkan keridhaan Allah.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 29: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

PENULISAN AL-QURAN DI ZAMAN SAIDINA UTHMAN IBN AFFAN

Di zaman khalifah Uthman Affan, Islam telah berkembang luas sehingga ke Afrika di barat

dan ke Azarbaijan di timur. Dengan demikian terdapat ramai orang Islam bertaburan di

merata tempat, khasnya negeri-negeri yang baru dibuka. Guru-guru dalam kalangan sahabat

telah dihantar ke negeri-negeri berkenaan untuk mengajar al-Quran dan pengetahuan Islam.

Masing-masing membaca al-Quran mengikut bacaan sahabat atau guru yang dihantar ke

situ.

Dengan demikian terdapat sedikit kelainan bacaan antara satu tempat dengan tempat lain.

Ada yang mengikut bacaan Ubai bin Ka’ab, ada pula yang membaca mengikut bacaan Ibnu

Mas’ud dan di tempat lain mengikut bacaan Abu Musa al-Ash’ari. Masing-masing

mengatakan bacaannya sahaja yang betul dan ada menyalahkan orang lain. Hal ini telah

berlarutan hingga sampai ke satu tahap yang menimbulkan persengketaan yang hampir-

hampir mencetuskan pergaduhan sesama muslimin. Sebenarnya sahabat-sahabat besar

menerima al-Quran daripada Rasulullah dengan tujuh jenis bacaan (qiraat). Apabila mereka

mengajar, mereka hanya mengajar satu jenis bacaan yang mereka minat sahaja. Dengan

sebab itu terdapat perbezaan bacaan pada tempat-tempat tertentu.

Seorang sahabat yang bernama Huzaifah bin al-Yaman yang baru balik dari negeri Syam

setelah selesai pembukaan Armenia dan Azarbaijan memberitahu hal ini kepada Saidina

Uthman. Beliau mencadangkan supaya diambil sesuatu tindakan untuk menyelamatkan umat

Islam. Tindakan yang dimaksudkan itu ialah menulis semula al-Quran dalam beberapa

naskah dan dihantar ke semua negeri Islam. Dengan demikian, orang Islam boleh membaca

al-Quran dengan cara yang sama seperti yang tertulis itu.

Uthman bersetuju dengan cadangan ini dan terus meminta Suhuf yang ditulis di zaman Abu

Bakar yang masih ada di tangan Hafsah binti Umar al-Khattab. Zaid bin Thabit sekali lagi

dilantik menjadi ketua panitia pengumpulan al-Quran di peringkat ini. Mereka terdiri

daripada Abdullah bin Zubair, Said bin al-’As dan Abdul Rahman bin al-Harith.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 30: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Mereka disuruh supaya menulis semula dengan baik mengikut lahjah atau loghat Arab

Quraish. Al-Quran yang ditulis ini tidak mempunyai titik dan baris (tanda bacaan). Ini

adalah untuk meraikan Qiraat Tujuh. Mengikut as-Sayuti, penulisan ini dibuat dalam lima

naskah untuk dihantar ke bandar-bandar besar seperti Kufah, Basrah, Makkah, Yaman dan

lain-lain. Naskah-naskah lain yang pernah ditulis oleh sahabat di zaman Rasulullah

diperintah supaya dibakar semuanya. Semua orang Islam disuruh membaca al-Quran

mengikut seperti dalam mushaf ini.

Inilah al-Quran yang disebut Mushaf Uthmani yang ada pada kita sekarang. Cuma mushaf

yang ada sekarang telah ditulis dengan khat yang baik dan diletakkan titik dan baris dengan

sempurna untuk memudahkan orang yang bukan arab membacanya. Usaha meletakkan baris

diusahakan oleh Abul-Aswad Ad-Duali dengan izin khalifah dan usaha ini disempurnakan

dalam kurun pertama hijrah.

Itulah tiga peringkat penulisan al-Quran iaitu di zaman Rasulullah, Abu Bakar dan Uthman.

Ketiga-tiga peringkat ini mempunyai sebab-sebabnya yang tersendiri kenapa tindakan

penulisan itu perlu dibuat. Peringkat pertama sebagai rekod segala wahyu diturunkan dan

untuk rujukan dikala lupa. Peringkat kedua takut kehilangan al-Quran kerana kematian para

huffaz dan peringkat ketiga ialah untuk kesatuan bacaan dan perpaduan ummah di samping

mengelakkan perpecahan.

Sebagai orang Islam, kita patut bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Allah

dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah berusaha menulis al-Quran dalam

sebuah naskah yang akhirnya menjadi mushaf-mushaf yang banyak seperti yang kita dapati

hari ini. Demikian juga dengan usaha meletakkan tanda-tanda al-Quran, baris, titik dan

sebagainya. Tanpa ada usaha ini mungkin sangat sukar bagi orang bukan arab untuk

membacanya.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 31: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

PERMULAAN WAHYU SELEPAS PENULISAN AL-QURAN PADA ZAMAN SAIDINA UTHMAN

Dari Aisyah, Ummul Mukminin, Radhiyallah ’Anha berkata, ” Wahyu yang pertama yang

diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. adalah mimpi yang benar dalam tidur. Dia tidak melihat

dalam mimpi, kecuali datang seperti falaq (fajar) subuh, kemudian setelah itu, dia suka

menyendiri dan dia menyendiri di Gua Hira. Dia bertahannuts (khalwat) di dalamnya,

beribadah selama beberapa malam. Sebelum meninggalkan keluarganya, dia membawa

bekal, kemudian kembali ke Khadijah, kemudian membawa bekal lagi untuk berikutnya. Ia

terus berulang hingga datanglah kebenaran dalam kondisi dia berada di Gua Hira.

Malaikat datang dan berkata, ’’ Bacalah ! ” Dia berkata, ” Saya tidak boleh membaca. ” Dia

memelukku hingga terasa sesak, kemudian dia melepaskanku, kemudian setelah itu, dia

minta saya membaca, saya katakan, ” Saya tidak boleh membaca” , kemudian dia kembali

memelukku untuk yang kedua kalinya sehingga saya measa tersesak, kemudian

melepaskanku dan berkata, ” Bacalah.” Saya katakan, ” Saya tidak boleh membaca.”

Kemudian dia kembali memelukku yang ketiga kalinya, kemudian melepaskanku’, dia

berkata,” Bacalah dengan nama Rabb-mu yang telah menciptakan manusia dari ’alaq

(segumpal darah yang menempel), bacalah dengan nama Rabb-mu yang Maha Mulia.

D. Masa Khalifah Ali bin Abi Thalib

Menurut Prof Dr. H. Samsul Nizar, M.ag menyatakan dalam bukunya iaitu pada masa Ali

telah terjadinya kekacauan dan pemberontakan, sehingga di masa ia berkuasa

pemerintahannya tidak stabil. Dengan kericuhan politik pada masa Ali berkuasa, kegiatan

pendidikan Islam(al-Quran) mendapat hambatan dan gangguan. Pada saat itu ali tidak

sempat lagi memikirkan masalah pendidikan sebab keseluruhan perhatiannya itu

ditumpahkan pada masalah keamanan dan kedamaian bagi seluruh masyarakat Islam.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 32: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Adapun pusat-pusat pendidikan pada masa Khulafa al-Rasyidin antara lain:

1. Makkah

Guru pertama yang mengajar di Mekah setelah Mekah ditakluki ialah Muaz bin

Jabal. Beliaulah yang mengajar al-Quran dan perkara halal haram dalam Islam.

2. Madinah

Lebih terkenal dan lebih mendalam ilmunya kerana di sana terdapat Khalifah Abu

Bakar, Umar, Ali, Zaid bin Thabit serta sahabat-sahabat Nabi Muhammad.

3. Basrah

Sahabat yang terkenal ialah Abu Musa al-Asyari dan Anas bin Malik.

4. Kuffah

Sahabat yang tinggal di Kufah ialah Ali bin Abu Talib dan Abdullah bin Mas’ud.

Tugas Ibn Mas’ud ialah mengajar al-Quran dan ilmu agama. Beliau diutus oleh Umar

al-Khattab ke Kufah untuk menjadi guru.

5. Damsyik (Syam)

Setelah negeri Syam menjadi sebahagian negara Islam dan penduduknya ramai

memeluk Islam, maka Saidina Umar menghantar tiga orang guru agama ke negeri itu

iaitu Muaz bin Jabal, Ubadah dan Abu Dardak al-Dardak. Mereka mendirikan

madrasah agama dan mengajar al-Quran serta ilmu agama pada tiga tempat iaitu Abu

al-Dardak di Damsyik, Muaz bin Jabal di Palestin dan Ubadah di Hims.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 33: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

4.1 TINGKATAN PELAJARAN ILMU YANG DIAJARKAN

Pada masa khalifah-khalifah al-Rasyidin sebenarnya telah ada tingkat pengajaran hampir

serupa seperti sekarang. Tingkat pertama ialah Kuttab, tempat murid-murid belajar menulis dan

membaca, menghafal al-Quran serta belajar dasar-dasar agama Islam. Setelah tamat al-Quran,

mereka meneruskan pelajaran ke masjid. Pelajaran di masjid itu terdiri dari peringkat menengah dan

peringkat tinggi. Pada peringkat menengah gurunya belumlah ulama besar, sedangkan pada

peringkat tinggi gurunya ulama yang dalam ilmunya dan terkenal kealiman dan kesahihannya.

Umumnya guru memberikan pelajaran kepada murid-murid seorang demi seorang sama ada

di Kuttab atau di masjid pada peringkat menengah. Pada peringkat tinggi pelajaran diberikan oleh

guru dalam satu halaqah yang dihadiri oleh para pelajar.

4.2 SUMBANGAN BESAR DALAM PENDIDIKAN UMMAH

Saidina Uthman seorang khalifah yang berjasa besar dalam bidang pendidikan umat Islam.

Pemerintahan beliau dilanda masalah dengan sebab pasukan tentera Islam bercanggah dalam bacaan

al-Quran. Percanggahan itu hampir menimbulkan perpecahan dalam kalangan sesama tentera dan di

antara panglima-panglima. Hal ini berlaku disebabkan perbezaan mashaf yang mereka miliki.

Pertelingkahan bacaan al-Quran ini melarat kepada orang-orang Hims, Kufah dan Basrah. Orang

yang menyedari keadaan ini ialah Huzaifah ibnul Yaman yang dengan segera memberitahu Khalifah

Uthman demi menyelamatkan umat Islam daripada pertelingkahan seperti yang berlaku kepada

umat Yahudi dan Nasrani.

Saidina Uthman segera mengarahkan supaya al-Quran yang ada pada Hafsah binti Umar

disalin sebanyak enam salinan. Tugas yang amat berat ini dilaksanakan oleh sebuah jawatankuasa

yang diketuai oleh sahabat besar, Zaid bin Thabit berpandukan kepada hafalan para hafiz dan

dirujukkan kepada bacaan Quraisy kerana al-Quran

diturunkan mengikut dialek tersebut. Al-Quran yang telah dibukukan itu dipanggil ” Mashaf

” dan dikenali dengan ” Mashaf Uthmani ”. Salinan-salinan tersebut kemudian dihantar ke negeri-

negeri Islam dan diperintahkan supaya Mashaf yang lain daripada itu dibakar.Tindakan tegas

saidina Uthman itu telah menyelamatkan umat Islam daripada perpecahan yang boleh merosakkan

masa depan Islam.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 34: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

4.3 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (AL-QURAN) PADA ZAMAN KHULAFA AL-

RASYIDIN (632-661M/12-4H)

Menurut Dr.Armai Arief (2005) menerangkan di dalam bukunya mengenai sistem

pendidikan islam(al-Quran) pada masa khulafa al-Rasyidin dilakukan secara mandiri, tidak dikelola

oleh pemerintah, kecuali pada masa Khalifah Umar bin al;khattab yang turut campur dalam

menambahkan materi kurikulum pada lembaga kuttab.

Isi kandungan pendidikan islam(al-Quran) yang diajarkan pada masa khalifah Al-Rasyidin

sebelum masa Umar bin Khattab, untuk pendidikan dasar:

a. Membaca dan menulis

b. Membaca dan menghafal Al-Qur’an

c. Pokok-pokok agama islam, seperti cara wudlu’, shalat, shaum dan sebagainya

Ketika Umar bin Khattab diangkat menjadi khalifah, ia menginstruksikan kepada penduduk

kota agar anak-anak diajari:

a. Berenang

b. Mengendarai unta

c. Memanah

d. Membaca dan menghapal syair-syair yang mudah dan peribahasa.

Sedangkan materi pendidikan pada tingkat menengah dan tinggi terdiri dari:

a. Al-qur’an dan tafsirnya

b. Hadits dan pengumpulannya

c. Fiqh (tasyri’) 20Dr.Armai Arief, MA, Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Lembaga

Pendidikan Islam Klasik. Bandung: Penerbit Angkasa,2005. Hal 13

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 35: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

5.0 KEBERKESANAN PENDIDIKAN DI ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT

5.1 PENDAHULUAN

Mempelajari Sejarah Pendidikan islam amat penting, terutama bagi pelajar-pelajar agama islam dan

pemimpin-pemimpin islam. Dengan mempelajari Sejarah Pendidikan Islam kita dapat mengetahui

sebab kemajuan dan kemunduran islam baik dari cara didikannya maupun cara ajarannya.

Khusunya pendidikan islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Sejarah Pendidikan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW terdapat dua period. Iaitu period

Makkah dan period Madinah :

Period Makkah, Nabi Muhammad lebih menitikberatkan pembinaan moral dan akhlak serta

tauhid kepada masyarakat Arab yang bermukim di Makkah

Period di Madinah Nabi Muhammad SAW melakukan pembinaan di bidang sosial politik.

Disinilah pendidikan islam berkembang pesat.

Menurut Mahmud Yunus dalam bukunya Sejarah Pendidikan Islam, menyatakan bahawa

pembinaan pendidikan islam khususnya al-Quran pada masa Makkah meliputi:

1. Pendidikan Keagamaan

Iaitu hendaklah membaca dengan nama Allah semata-mata jangan dipersekutukan dengan

nama berhala.

2. Pendidikan Akliyah dan Ilmiah

Iaitu mempelajari kejadian manusia dari segumpal darah dan kejadian alam semesta.

3. Pendidikan Akhlak dan Budi pekerti

Iaitu Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada sahabatnya agar berakhlak baik sesuai

dengan ajaran tauhid.

4. Pendidikan Jasmani atau Kesihatan.

Iaitu mementingkan kebersihan pakaian, badan dan tempat kediaman.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 36: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Cara Nabi melakukan pembinaan dan pengajaran pendidikan agama islam di Madinah adalah

seperti berikut:

1. Pembentukan dan pembinaan masyarakat baru, menuju satu kesatuan sosial dan

politik.

Nabi Muhammad SAW mulai meletakkan dasar-dasar terbentuknya masyarakat yang bersatu

padu secara intern (ke dalam), dan ke luar diakui dan disegani oleh masyarakat lainnya

(sebagai satu kesatuan politik).

Dasar-dasar tersebut adalah:

Nabi Muhammad saw mengikis habis sisa-sisa permusuhan dan pertentangan antara suku,

dengan jalan mengikat tali persaudaraan diantara mereka. Nabi mempersaudarakan dua-

dua orang, mula-mula diantara sesama Muhajirin, kemudian diantara Muhajirin dan Ansar.

Dengan lahirnya persaudaraan itu bertambah kukuhlah kesatuan kaum muslimin.

Untuk memenuhi keperluan sehari-hari, Nabi Muhammad menganjurkan kepada kaum

Muhajirin untuk berusaha dan bekerja sesuai dengan kemampuan dan pekerjaan masing-

masing seperti waktu di Makkah.

Untuk menjalin kerjasama dan saling menolong dalam rangka membentuk tata kehidupan

masyarakat yang adil dan makmur, turunlah syari’at zakat dan puasa, yang merupakan

pendidikan bagi warga masyarakat dalam tanggungjawab sosial, baik secara material

mahupun moral.

Suatu kebijaksanaan yang sangat efektif dalam pembinaan dan pengembangan masyarakat

baru di Madinah, adalah disyari’atkannya media komunikasi berdasarkan wahyu, iaitu

salat juma’t yang dilaksanakan secara berjama’ah dan azan. Dengan solat juma’at tersebut

hampir seluruh warga masyarakat berkumpul untuk secara langsung mendengar khutbah

dari Nabi Muhammad SAW dan salat jama’ah jum’at

Setelah selesai Nabi Muhammad menyatukan kaum muslimin, sehingga menjadi

bersaudara, lalu Nabi mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi, penduduk Madinah.

Dalam perjanjian itu ditegaskan, bahwa kaum Yahudi bersahabat dengan kaum muslimin,

tolong- menolong , bantu-membantu, terutama bila ada serangan musuh terhadap Madinah.

Mereka harus mempertahankan negara bersama-sama kaum Muslimin, disamping itu kaum

Yahudi merdeka memeluk agamanya dan bebas beribadat menurut kepercayaannya. Inilah

salah satu perjanjian persahabatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

2. Pendidikan sosial politik dan kewarganegaraan.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 37: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Pendidikan sosial dan kewarnegaraan islam pada masa itu adalah pokok-pokok fikiran yang

terkandung dalam konstitusi Madinah, yang dalam pengamalannya diperincikan dengan

lebih lanjut dan disempurnakan dengan ayat-ayat Al-Quran yang turun Selama period

Madinah.

Tujuan pembinaan adalah agar secara beransur-ansur, pokok-pokok fikiran konstitusi

Madinah diakui dan berlaku bukan hanya di Madinah sahaja, tetapi luas, baik dalam

kehidupan bangsa Arab mahupun dalam kehidupan bangsa-bangsa di seluruh dunia.

3. Pendidikan anak dalam al-Quran

Dalam islam, anak merupakan pewaris ajaran islam yang dikembangkan oleh Nabi

Muhammad saw dan generasi muda muslimlah yang akan melanjutkan misi menyampaikan

islam ke seluruh penjuru alam. Oleh kerananya banyak peringatan-peringatan dalam Al-

qur’an berkaitan dengan itu. Diantara peringatan-peringatan tersebut antara lain:

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 38: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

PENUTUP

Kesimpulan yang dapat disini bahawa sistem pendidikan ini sudah mula pada zaman Rasulullah

s.a.w lagi. Hal ini telah dibuktikan oleh para sejarawan yang mana mereka mengkaji mengenai

sejarah pendidikan di zaman Rasulullah.

Pendidikan di zaman Rasulullah mempunyai pelbagai kaedah dan bentuk pengajaran yang telah

didedahkan dan digunakan oleh Rasulullah. Bentuk pengajaran ini masaih digunakan sehingga hari

ini. Pada zaman Rasulullah, tempat pengajaran atau pembelajaran itu dilaksanakan di masjid-masjid

hal ini kerana masjid pada zaman itu juga bukan sahaja untuk melakukan ibadat bahkan ia juga

menjadi tempat penyampaian ilmu pengetahuan kepada umatnya.

Antara masjid-masjid yang menjadi tempat pengajian ilmu pengetahuan iaitu Majis Quba dan

Masjid Makkah. Pelbagai ilmu juga telah diperkenalkan pada zaman Rasulullah s.a.w sendiri seperti

beribadat dan sebagainya.

Setelah itu ilmu pengetahuan ini disambung oleh para khulafa ar-Rasyidin iaitu 4 khalifah ini.

Disini mereka telah meneruskan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan pada zaman ini juga al-

quran telah dibuku dan dikumpulkan iaitu pada zaman Saidina Uthman Ibn Affan.

Walau bagaimana pun al-quran pada zaman itu menjadi rujukan dalam mendalami pelbagai ilmu.

Penyebaran tempat ilmu ini berlaku di pelbagai tempat seperti di makkah, madinah, dan sebagainya.

Kesan dalam ilmu pengetahuan di zaman rasulullah dan sahabat meninggalkan kesan kepada sistem

pendidikan pada masa sekarang. Hal ini kerana pendidikan yang digunakan sekarang adalah sama

dengan kaedah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w

Akhirnya, sistem pendidikan zaman Rasulullah dan sahabat ini adalah satu sistem pendidikan yang

sememangnya telah di nyatakan dalam Al-quran. Pendidikan Al-quran pada zaman itu juga telah

lama dilaksanakan kerana mereka pada zaman itu sememangnya menggunakan al-quran bagi

mendalami ilmu pengetahuan.

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 39: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Rujukan Buku

1. Armai Arief (2005) Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Lembaga Pendidikan Islam

Klasik. Bandung: Penerbit Angkasa.

2. Hasan Langgulung (1988) Asas-asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pustaka Husna.

3. Abuddin Nata (2005) Pendidikan Islam Perspektif Hadits. Ciputat: UIN Jakarta Press.

4. Samsul Nizar (2008) Sejarah Pendidikan Islam, Jakarta: Kencana.

5. Mahmud Yunus (1992) Sejarah Pendidikan Islam, Jakarta: PT. Hidakarya Agung.

6. Zuhairini,dkk (1998) Sejarah Pendidikan Islam, Jakarta: Bumi Aksara,cet.9.

7. Mohd. Yusuf Ahmad (2005) Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur

8. Abdul Raof Dalip (1990) Zaman Khalifah al-Rasyidin, Fakulti Pendidikan UKM, Selangor.

9. Imam Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi (2005), Mukhtasar Minhaj al-Qosidin (Ringkasan Kitab Jalan Mereka Menuju Allah Jilid 1 & 2) Rangkain Berkat Sdn Bhd & Pustaka Salam Sdn. Bhd., Terengganu & Kuala Lumpur.

10. Dr. Zaid bin Abdul Karim az-Zaid (2009) Fikih Sirah Mendulang Hikmah dari Sejarah Kehidupan Rasulullah, Darus Sunnah Press, jakarta

11. Muhammad Munir al-Qadban, Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi s.a.w., Pustaka Darussalam Sdn. Bhd., Kedah

12. Dr Muhammada Masir (2001) At-Ta'lîm wa Manhaj Tarbiyah Islâmiyah, Vol.102, Tahun II Shoutu 'l-Azhar,

13. Dr Yusof Qardhawi (2000) Ummatunâ Baina Qarnaini, Dar el Shourouk, Cet. I.

14. Ahmad Mohamad (1997) Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, Penerbit Fajar Bakti, Shah Alam

15. Sulaiman Noordin (2008) Sejarah Pemikiran 1 : Sumber Ilmu, Perbandingan Idealogi dan Orde Baru Dunia, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010

Page 40: Sejarah Pendidikan Al-quran (New)

Sejarah Pendidikan Al-quran pada Zaman Rasulullah

Rujukan Laman Web

16. www. hipermart.pendidikan.com

Hak Cipta terpeliharaDraft 1 – 9 / 7 / 2010