3
Sistem pendidikan format atau moden di Tanah Melayu bermula sejak zaman penjajah Inggeris. Sekolah pertama dibina ialah Penang Free School. Walau bagaimanapun, usaha Inggeris itu sebenarnya bukan bertujuan untuk memajukan orang Melayu, melainkan untuk menghalalkan penjajahan. Selain itu, ia bertujuan untuk mengelakkan tuduhan penindasan terhadap rakyat Malaysia daripada parti- parti politik di Britain dan pertubuhan dunia. Usaha menjadikan sistem pendidikan ke arah membentuk negara bangsa bermula selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Penyata Razak (1956) telah menjadi asas penggubalan Ordinan Pelajaran 1957. Ordinan ini menyarankan satu sistem pelajaran yang memenuhi keperluan negara diwujudkan. Bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris) telah dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah. Laporan Penyata Razak, ... hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar .... Laporan Penyata Rahman Talib (1960) menyarankan agar laporan Penyata Razak dipertingkatkan. Ia menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menghendaki sistem pendidikan negara diperkemaskan agar lebih berkesan. Cadangan Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib yang menghendaki satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam untuk semua kaum dengan menggunakan bahasa sama sebagai bahasa pengantar terbukti sangat penting apabila pada 13 Mei 1969 berlaku rusuhan kaum. Kebaikan utama peristiwa berdarah itu ialah memberi kesedaran kepada kerajaan, khususnya pemimpin politik, agar mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi. Sejak itu kerajaan menggubal banyak dasar yang bertujuan merapatkan hubungan kaum dan perpaduan. Pelbagai dasar telah diperkenalkan, termasuk Rukun Negara yang bertujuan; Mencapai perpaduan erat rakyat pelbagai kaum; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat adil dan menikmati kemakmuran secara bersama dan saksama; Menjamin satu masyarakat liberal terhadap kebudayaan; dan Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan Sains dan Teknologi moden.

sejarah pendidikan malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

waj

Citation preview

Page 1: sejarah pendidikan malaysia

Sistem pendidikan format atau moden di Tanah Melayu bermula sejak zaman penjajah

Inggeris. Sekolah pertama dibina ialah Penang Free School. Walau bagaimanapun, usaha

Inggeris itu sebenarnya bukan bertujuan untuk memajukan orang Melayu, melainkan untuk

menghalalkan penjajahan. Selain itu, ia bertujuan untuk mengelakkan tuduhan penindasan

terhadap rakyat Malaysia daripada parti-parti politik di Britain dan pertubuhan dunia. Usaha

menjadikan sistem pendidikan ke arah membentuk negara bangsa bermula selepas Tanah

Melayu mencapai kemerdekaan. Penyata Razak (1956) telah menjadi asas penggubalan

Ordinan Pelajaran 1957. Ordinan ini menyarankan satu sistem pelajaran yang memenuhi

keperluan negara diwujudkan. Bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris)

telah dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah. Laporan Penyata

Razak, “... hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini

dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan

bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar ....” Laporan Penyata Rahman Talib

(1960) menyarankan agar laporan Penyata Razak dipertingkatkan. Ia menjadi asas

penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menghendaki sistem pendidikan negara diperkemaskan

agar lebih berkesan.

Cadangan Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib yang menghendaki satu sistem

pendidikan kebangsaan yang seragam untuk semua kaum dengan menggunakan bahasa sama

sebagai bahasa pengantar terbukti sangat penting apabila pada 13 Mei 1969 berlaku rusuhan

kaum. Kebaikan utama peristiwa berdarah itu ialah memberi kesedaran kepada kerajaan,

khususnya pemimpin politik, agar mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan

peribadi. Sejak itu kerajaan menggubal banyak dasar yang bertujuan merapatkan hubungan

kaum dan perpaduan. Pelbagai dasar telah diperkenalkan, termasuk Rukun Negara yang

bertujuan;

Mencapai perpaduan erat rakyat pelbagai kaum;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat adil dan menikmati kemakmuran secara bersama dan

saksama;

Menjamin satu masyarakat liberal terhadap kebudayaan; dan

Page 2: sejarah pendidikan malaysia

Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan Sains dan Teknologi

moden.

Kesan positif lain peristiwa 13 Mei 1969 ialah pengisytiharan Dasar Ekonomi Baru.

Dasar ini bertujuan membina perpaduan dan kemajuan rakyat melalui serampang dua mata,

iaitu;

Membasmi kemiskinan dengan meninggikan taraf pendapatan dan

menambahkan peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa

mengira kaum; dan

Mempercepatkan proses penyusunan masyarakat Malaysia untuk membaiki

keadaan ekonomi yang tidak seimbang agar dapat mengurangkan dan akhirnya

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Bagi menyokong usaha-usaha kerajaan di atas, pada tahun 1974, kerajaan

menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi mengkaji sistem pelajaran negara. Laporan

Jawatankuasa Kabinet agar sistem pendidikan negara dapat melahirkan masyarakat bersatu

padu, berdisiplin dan terlatih. Ciri-ciri masyarakat yang dikehendaki ialah;

Mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama

dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-

nilai rakyat Malaysia;

Menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, berdasarkan

bekerja atau membuat sesuatu hingga sempurna, menghormati hak-hak individu,

mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang

lain, menghormati dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara

membina, dan bersedia berkhidmat untuk negara; dan

Mendapat pendidikan dan latihan supaya boleh menyertai dengan berkesan

dalam kegiatan pembangunan negara.

Untuk mencapai cita-cita di atas, Jawatankuasa Kabinet mengemukakan beberapa perakuan

yang bertujuan meningkatkan mutu pendidikan negara. Perakuan tersebut ialah;

Page 3: sejarah pendidikan malaysia

Pendidikan peringkat asas memberikan penegasan dalam bidang membaca,

menulis dan mengira;

Memenuhi kehendak pendidikan ke arah perkembangan individu secara

menyeluruh;

Memenuhi pendidikan negara ke arah perkembangan bakat kanak-kanak;

Meningkatkan pengetahuan, nilai disiplin, kemahiran yang pelbagai dan

berdedikasi;

Berfikir dan bertindak dengan baik berpandukan akhlak yang mulia; dan

Individu yang dihasilkan dalam sistem pendidikan negara adalah selaras dengan

pembangunan kemanusiaan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet menjadi asas Kementerian Pendidikan Malaysia

menggubal dan melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan

mulai tahun 1982, dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dilaksanakan

mulai tahun 1988. Berlandaskan hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam Penyata Razak,

Penyata Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet, Rukun Negara

dan dasar-dasar kerajaan, maka Kementerian Pendidikan telah merangka satu falsafah

pendidikan sebagai pegangan dan arah tuju pendidikan nasional. Falsafah ini menekankan

pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada

segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.