2
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH Sekolah Kebangsaan bandar Uda 2 telah dibuka pada 15 April 1990. Pada awalnya sekolah ini merupakan cawangan Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda. Sekolah ini mempunyai pentadbiran sendiri pada 1 Mei 1990 apabila Encik Mohd Shariff Bin Khamis mula bertugas sebagai guru besar. Encik Mohd Shariff Bin Khamis telah dinaikkan pangkat serta ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru pada 17 Januari 1994 dan digantikan oleh Encik Khalid Bin Elias. Semasa pentadbiran beliau, sekolah ini telah mencatatkan banyak kejayaan dan mengharumkan nama sekolah baik di peringkat zon, daerah dan negeri. Kejayaan paling manis yang dicatatkan oleh sekolah ini ialah sekolah ini telah dianugerahkan SEKOLAH HARAPAN NEGARA peringkat daerah Johor Bahru kategori sekolah rendah dalam bandar pada tahun 1998 dan 2002. Selepas Encik Khalid bin Elias menamatkan perkhidmatannya pada 16 Jun 1998, sekolah ini telah menerima Encik Amir Bin Anuar sebagai guru besar yang baru. Beliau telah meneruskan kecemerlangan sekolah baik dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pada 16 Jun 2003 En Amir Bin Anuar telah ditukarkan ke PPD Johor Bahru sebagai Penyelia Pembangunan dan digantikan dengan Puan Fuziah Binti Haji Hasaan yang mula melapor diri pada 1 Julai 2003. Jumlah murid yang sedang belajar di sekolah ini ialah seramai 1730 orang dengan jumlah gurunya seramai 81 orang. OBJEKTIF SEKOLAH Meningkatkan taraf pencapaian murid-murid dalam bidang akademik terutamanya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) serta bidang kokurikulum.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Citation preview

Page 1: SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan bandar Uda 2 telah dibuka pada 15 April 1990. Pada awalnya sekolah ini merupakan cawangan Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda. Sekolah ini mempunyai pentadbiran sendiri pada 1 Mei 1990 apabila Encik Mohd Shariff Bin Khamis mula bertugas sebagai guru besar.

Encik Mohd Shariff Bin Khamis telah dinaikkan pangkat serta ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru pada 17 Januari 1994 dan digantikan oleh Encik Khalid Bin Elias. Semasa pentadbiran beliau, sekolah ini telah mencatatkan banyak kejayaan dan mengharumkan nama sekolah baik di peringkat zon, daerah dan negeri. Kejayaan paling manis yang dicatatkan oleh sekolah ini ialah sekolah ini telah dianugerahkan SEKOLAH HARAPAN NEGARA peringkat daerah Johor Bahru kategori sekolah rendah dalam bandar pada tahun 1998 dan 2002. Selepas Encik Khalid bin Elias menamatkan perkhidmatannya pada 16 Jun 1998, sekolah ini telah menerima Encik Amir Bin Anuar sebagai guru besar yang baru. Beliau telah meneruskan kecemerlangan sekolah baik dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Pada 16 Jun 2003 En Amir Bin Anuar telah ditukarkan ke PPD Johor Bahru sebagai Penyelia Pembangunan dan digantikan dengan Puan Fuziah Binti Haji Hasaan yang mula melapor diri pada 1 Julai 2003. Jumlah murid yang sedang belajar di sekolah ini ialah seramai 1730 orang dengan jumlah gurunya seramai 81 orang.

OBJEKTIF SEKOLAH

Meningkatkan taraf pencapaian murid-murid dalam bidang akademik terutamanya dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) serta bidang kokurikulum.

Mewujudkan perasaan kekitaan dan cintakan sekolah dengan sentiasa bersikap positif terhadap segala usaha dan kegiatan yang bertujuan mencapai matlamat ini.

Memupuk semangat kerjasama dalam keadaan yang harmonis, bersatu padu, hormatmenghormati di kalangan murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah.

Mewujudkan suasana alam sekeliling sekolah yang indah dan mneyeronokkan.

Mewujudkan satu sistem pentadbiran yang amanah dan cekap.