Sejarah Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sejarah Penubuhan

Citation preview

SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja.Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

3.0 Pengertian logo3.1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.3.4Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.3.5Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.3.6Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.3.7Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.3.8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.