23
1.0 Pendahuluan Sejarah perkembangan Bahasa Melayu memiliki sejarah yang panjang untuk menjadi Bahasa Melayu seperti yang wujud sekarang. Perjalanan sejarah bahasa inilah yang akan dicatat dan dibahaskan dari keadaan awal,seterusnya menempuh beberapa fasa tertentu sehingga ke arah pembentukan dasar bahasa di Malaysia. Fasa demi fasa ditinjau dari sudut padangan ilmu bahasa, sejarahwan yang didukung fakta-fakta sejarah mahupun arkeologi. Seterusnya, perpindahan dari Bahasa Melayu Kuno kepada Melayu Klasik adalah hal penting yang akan dicirikan sehingga bertukarnya bentuk tulisan kawi kepada tulisan jawi. Selain itu, perkembangan mutakhir Bahasa Melayu setelah berakhirnya zaman penjajahan barat di bumi Melayu sehingga Bahasa Melayu menerima penambahbaikan serta persaingan dengan bahasa lain disekelilingnya dan berjaya menjadi bahasa rasmi,bahasa kebangsaan, dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan pentadbiran negara. Rentetan perjalangan perkembangan bahasa Melayu ini telah memperlihatkan kepada kita kematangan atau perubahan evolusi bahasa tersebut. Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi . Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu

Sejarah Perkembangan Bm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah perkembangan bm

Citation preview

1.0 PendahuluanSejarah perkembangan Bahasa Melayu memiliki sejarah yang panjang untuk menjadi Bahasa Melayu seperti yang wujud sekarang. Perjalanan sejarah bahasa inilah yang akan dicatat dan dibahaskan dari keadaan awal,seterusnya menempuh beberapa fasa tertentu sehingga ke arah pembentukan dasar bahasa di Malaysia. Fasa demi fasa ditinjau dari sudut padangan ilmu bahasa, sejarahwan yang didukung fakta-fakta sejarah mahupun arkeologi. Seterusnya, perpindahan dari Bahasa Melayu Kuno kepada Melayu Klasik adalah hal penting yang akan dicirikan sehingga bertukarnya bentuk tulisan kawi kepada tulisan jawi. Selain itu, perkembangan mutakhir Bahasa Melayu setelah berakhirnya zaman penjajahan barat di bumi Melayu sehingga Bahasa Melayu menerima penambahbaikan serta persaingan dengan bahasa lain disekelilingnya dan berjaya menjadi bahasa rasmi,bahasa kebangsaan, dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan pentadbiran negara. Rentetan perjalangan perkembangan bahasa Melayu ini telah memperlihatkan kepada kita kematangan atau perubahan evolusi bahasa tersebut.Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi .

Kamus Dewan Edisi Ketiga(1996) menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu yanga lain dan sebagainya). Manakala menurutAbdullah Hassan(1984) yang berpendapat Dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita mengetahui cirri-ciri bahasa tersebut. Cirri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan.

Jelaslah tokoh bahasa sendiri telah menyatakan bahawa akan kepentingan bahasa itu sendiri. Situasi ini dapat dilihat apabila apabila wujudnya Persatuan ASAS 50 dimana pelajar-pelajar lepasan sekolah Inggeris yang sedar, pelajar-pelajar dan bekas pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, golongan berpendidikan Timur Tengah dan tokoh-tokoh politik mendapat semangat baru dan bergabung memberikan tentangan terhadap British. Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati tentang kedudukan bahasa dan kebudayaan Melayu dan kemudian beralih kepada persoalan kemunduran ekonomi orang-orang Melayu (Anuar Kamaruddin, 1989).2.0 Perkembangan bahasa Melayu berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan untuk memastikan kepentingan bahasa Melayu terjaga dan selaras dengan keperluan matlamat pendidikan di Malaysia.

Setelah merdeka pada 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967, telah berlaku pelbagai perubahan di dalam perkembangan bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung di dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

Antara kandungan yang terdapat di dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia iaitu;

1. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa :a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain; danb) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

2. Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun selepas hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.3. Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, naskhah yang sahih :

a) Bagi segala Rang Undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen; dan

b) Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris

4. Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkamah Persekutuan dan Mahkaman Tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

Dipetik daripada sumber Internet : Bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka.

Justeru itu, berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah bahawa pertimbangan sewajarnya telah pun diberikan terhadap kedudukan bahasa Melayu itu sendiri. Sejak tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dimana yang telah disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah berasaskan beberapa faktor antaranya bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Selain itu, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini maka bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk bagi negara ini. Disamping itu, penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi yang telah sekian lama digunakan dan tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum dan faktor yang terakhir iaitu bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Oleh itu, peranana bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak dapat lagi disanggah oleh mana-mana pihak. Pengisytiharan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi. Pada dasarnya, pengiktirafan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan juga dari segi undang-undang dimana dasar ini telah dimaktubkan melalaui perlembagaan dan akta.

Jika dilihat dari segi pendidikan dan matlamat pendidikan, penggunaan bahasa Melayu telah digunakan dengan baik. Senario ini dapat dilihat apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa utama di sekolah rendah mahupun sekolah menengah kecuali sekolah Inggeris. Bahkan, menjelang kemerdekaan telah timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan dimana beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu, antaranya ;

1. Laporan Barnes 1951 menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu2. Laporan Fenn-Wu 1951 menyemak pendidikan kaum Cina3. Ordinan pelajaran 1952 mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan

4. Laporan Razak 1956 meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

Sebelum diterangkan akan kepentingan Bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan kita, sewajarnya kita perlu mengetahui akan matlamat pendidikan yang telah diterapkan di dalam sistem pendidikan di negara ini. Sebelum itu, kita perlu lihat akan Falsafah Pendidikan Negara ;

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Sungguhpun kenyataan falsafah itu mempunyai banyak premis ideal yang bombastic, namun pengggubalannya dibuat selepas Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan. Jika dilihat akan tujuan pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu manusia atau rakyat Malaysia yang terdidik dalam pelbagai segi agar mereka matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi negara agar hasrat pembangunan masyarakat dari segi fizikal, material dan spiritual dapat dicapai sepenuhnya ( Sufean Hussin, 2004).

Berlandaskan tujuan inilah maka matlamat pendidikan negara lebih bertumpu kepada beberapaaspek, iaitu aspek individu, sosial, ekonomi, politik, pemodenan dan kefahaman antarabangsa. Bagi aspek individu, pendidikan adalah untuk membentuk individu yang terdidik dari segi intelek, moral, estetika, emosi dan untuk menggalakkan perkembangan potensi pada tahap maksimum. Bagi aspek sosial pula, pendidikan adalah untuk membina individu yang mempunyai celik akal dan kefahaman tentang persekitaran alam, budaya hidup masyarakat dan peranan sebagai warganegara yang mempunyai sikap dan komitmen positif. Manakala dalam aspek ekonomi pula, pendidikan dan latihan adalah untuk membangunkan sumber tenaga manusia yang bijaksana bagi meningkatkan produktiviti sector ekonomi negara. Aspek politik pula, pendidikan adalah untuk membentuk warganegara yang mempunyai kefahaman, kepekaan dan komitmen tentang dasar negara demokrasi dan ideologi serta idealisme kepimpinan negara. Dalam aspek pemodenan pula, pendidikan adalah untuk mengubah nilai-nilai tradisional dan konservatif yang bersifat menghlang kemajuan fizik, material, spiritual dan pemikiran dalam usaha pembentukan masyarakat yang progresif dan integratif namun bukan budaya kebaratan. Akhir sekali, dari segi kefahaman antarabangasa, pendidikan adalah untuk membina semangat persaudaraan sesama umat manusia sejagat apabila dunia merupakan satu komuniti. Berdasarkan huraian dan perkaiatan antara Falsafah Pendidikan Negara dan matlamat pndidikan negara wajarlah menunjukkan satu budaya negara yang patut ditanam di dalam diri rakyat agar dapat membentuk satu jati diri yang kuat. Melalui kedua-dua ini telah membentuk jawatankuasa untuk membangunkan dan memantapkan lagi sistem pendidikan negara disamping memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam sistem pendidikan mahupun pentadbiran kerajaan. Antara laporan dalam meningkatkan martabat bahasa Melayu agar lebih mantap di dalam sistem pendidikan negara iaitu;

1. Laporan Razak 1956

Pada hari 6 Mei 1956, Dato Abdul Razak bin Dato Hussein sebagai Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Berdasarkan cadangan Jawatan Pelajaran ini, beberapa cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu yang telah dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008) :

a) Sekolah-sekolah rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju.

b) Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.

Selain itu, Jawatankuasa ini turut menyentuh mengenai kedudukan guru-guru dan nazir-nazir sekolah dimana pada masa akan datang, semua Perkhidmatan Guru akan disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah Melayu, Cina atau Tamil. Manakala mengenai Bahasa Melayu pula, Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada setiap sekolah. Oleh iu, Bahasa Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima bantuan di semua sekolah dan Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah. Selain itu, satu institut Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya. Satu Kementerian Pelajaran perlu diwujudkan untuk bertanggungjawab dalam mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan dan meningkatkan mutu pelajaran sekolah-sekolah. Selain itu, sistem peperiksaan dicadangkan supaya diadakan iaitu Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi sekolah menengah, mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur semula seta memajukan pelajaran teknik.Jawatankuasa ini turut mendesak agar semua sekolah menukar sikap kepada berorak Tanah Melayu dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara perkembangan bahasa kebangsaan bahkan dapat memajukan ilmu pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

2. Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961

Jawatankuasa Pendidikan 1960 telah dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib selaku Menteri Pelajaran. Jawatankuasa ini dilantik oleh kerajaan Persekutua Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956. Pada 8 Februari 1960, Menteri Pelajaran Encik Abdul Rahman Talib telah mengumumkan nama sembilan orang anggota jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran iaitu;

1) Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi2) Menteri Kehakiman

3) Tun Leong Yew Koh

4) Menteri Perdagangan dan Perusahaan

5) Encik Mohd. Khir Johari

6) Penolong Menetri Pelajaran

7) Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Shakhawat Ali Khan

8) Penolong Menteri Buruh

9) Encik V. Manickavasagam

10) Senator Koh Kim Leong

11) Encik Mohd Dahari Ali

12) Ketua Menteri Pulau Pinang

13) Datuk Wong Pow Nee

14) Encik Abdul Ghani bin Ishak.

Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini antaranya untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb Mei 1956. Selain itu, tugasa Jawatankuasa Penyemak ini adalah mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan percuma serta mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Jawatankuasa ini juga akan turut dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk masalah kewangan dan latihan guru. Disamping itu, orang ramai, badan-badan pelajaran dan sebagainya diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapat tentang Dasar Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji itu.Hasil yang diperolehi oleh jawatankuasa ini iaitu cadangan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah satu dalam semua sekolah randah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga turut mencadangkan agar bahasa Melayu dapat dimajukan dengan dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. Oleh itu, kementerian Pelajaran telah mengeluarkan peraturan dimana mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-kursus Pengajian) Sekolah 1956. Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Manakala di sekolah menengah pula, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dimulakan pada tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma kepada semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992 (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006) .3. Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenenjung Malaysia dan sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990.walau bagaimanapun, selaras dengan Akta 1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar telah diteruskan. Namun, pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan lagi sistem pendidikin. Antara kandungan laporan tersebut iaitu;

Memebrikan penegasan kepada pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia dimana pendidikan menengah atas akan melalui dua jurusan iaitu akademik dan vokasional

peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahiun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan.

Pada era ini juga, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memantapkan lagi hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, bahasa Melayu menjadi bahasa tunggal dalam latihan perguruan. Manakala pada tahun 1980, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah telah bermula pada tahun 1981 manakala Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. Di peringkat pendidikan tinggi iaitu di institut pengajian tinggi, kedudukan bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek iaitu, bahasa melayu sebagai mata kursus, bahasa pengantar dan akhirnya bahasa Melayu dijadikan sebagai satu pengajina dari segi sejarah, analisis linguistik dan aspek budaya. Apabila pelajar selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti pada tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam bahasa melayu pada tahun itu juga. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam bahasa Melayu. Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991, penggunaan bahasa Melayu di dalam pendidikan baik di peringkat rendah, menengah, maktab dan universiti telah dilaksanakan dengan lancar.Jelaslah, perkembangan bahasa Melayu dari pascamerdeka mengalami peredaran yang baik dalam memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bahkan pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memartabatkan lagi bahasa Melayu. Menurut Nik Safiah Karim et.al ( 2010), bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah. Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dari segi peruntukan dalam perlembagaan dan juga penggunaannya yang luas. Dasar Pelajaran Kebangsaan negara telah menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu, dan bermula dari tahun 1983, penuntut yang memasuki pusat-pusat pengajian telah menerima seluruh pendidikan mereka dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Menurut A. Aziz Deraman (2006), semenjak ditetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan dijadikan bahasa pendidikan utama yang ditegaskan pelaksanaannya pada awal 1970-an itu, kelihatan penerimaannya cukup baik, dan Malaysia melangkah maju dalam pelbagai bidang ilmu penting termasuk sains dan teknologi.Ratusan ribu istilah telah digubal dan yang disepakati di antara negara-negara anggota Majlis Bahasa Brunei Indonesia Malaysia (MABBIM) sahaja berjumlah kira-kira 300,000 istilah.

Menurut Asmah haji Omar (1993), perancangan bahasa adalah satu proses yang dilakukan oleh sesebuah negara untuk menentukan satu sistem bahasa yang mampu digunakan dalam semua bidang terutama sekali bahasa yang mampu digunakan dalam semua bidang terutama sekali bidang pendidikan, pentadbiran dan yang lebih penting sekali adalah proses penyatuan negara.3.0 Pendapat mengenai perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka sama ada telah mencapai matlamat pendidikan seperti yang diharapkan atau sebaliknya.

Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Menunjukkan Bangsa, Maju Bahasa Maju Bangsa adalah merupakan sebahagian daripada kata-kata hikmat yang berkait rapat dengan bahasa sekali gus dapat menggambarkan perkait rapat antara bahasa dan bangsa. Dengan erti kata lain, maruah bangsa juga tertakluk kepada bahasa. Apabila bahasa sesuatu bangsa itu diperkotak-katikkan, maka goyahlah bangsa. Melihat kepada pernyataan di atas je;las dapat dilihat akan perkembangan bahasa Melayu yang mantap yang telah dilaksana sebagai bahasa Kebangsaan bahkan sebagai bahasa perpaduan bagi membentuk kesejahteraan negara kita.

Apabila dilihat arus perubahan yang berlaku di dalam perkembangan bahasa Melayu selepas era pascamerdeka dapat memperlihatkan kepada kita akan perubahan yang begitu mendadak dalam meantapkan lagi bahasa tersebut terutama penekanannya sebagai bahasa pengantar di dalam sistem pendidikan negara dari sekolah rendah hinggalah ke pendidikan tinggi. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu juga turut digunakan di dalam sistem pentadbiran negara. Namun setiap perkembangan yang baik itu pastinya akan ada ujian atau dugaan di dalam pelaksanaannya.

Pada tahun 1996 kedudukan bahasa Melayu mengalami cabaran yang hebat apabila Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 17(1) diperkenalkan oleh kerajaan. Akta ini memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan Malaysia untuk mengecualikan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar pendidikan. Dengan pengisytiharan undang-undang ini, penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di institusi swasta (IPTS) makin bertambah dan penggunaan bahasa Inggeris di IPTA juga semakin meningkat (Hashim Hj. Musa, 2004). Walaupun pengisytiharan undang-undang telah dilakukan tetapi diharapkan pihak kerajaan dapat mengawal penggunaan bahasa Inggeris di IPTA supaya ianya tidak mengatasi kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.Kemudian pihak kerajaan membuat kejutan lagi apabila mengumumkan termaktubnya Akta Pendidikan 1996 dan arahan penggunaan bahasa Inggeris dalam Pengajaran Mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI). Senario ini menyaksikan percanggahan yang ketara dengan Akta Pendidikan 1996 yang memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Dasar PPSMI ini hanya terlaksana terhadap pelajar Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebagsaan Tamil dan Sekolah Menengah Kebangsaan, yang selama ini mejadi agen perpaduan dan pendaulat Bahasa Kebangsaan. Pengecualian PPSMI diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kerana Sains dan Matematik diajar dalam dwibahasa iaitu bahasa Cina dan bahasa Inggeris (Tan Yao Sua, 2012). Oleh yang demikian, isu pengukuhan bahasa Melayu yang didukung selama ini oleh dasar dan Akta Pendidikan Negara dilihat seolah-olah diabaikan dan dikhuatiri merobek integrasi nasional dan pendaulatan bahasa yang diidamkan.

Namun setelah hampir tujuh tahun mengguna pakai PPSMI, kerajaan akhirnya mengambil keputusan memansuhkan dasar ini dan menggantikan dasar tersebut dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) pada tahun 2009. Penukaran dasar ini dilihat perlu kerana PPSMI telah menyebabkan kerugian besar kepada pelajar, yakni 75 peratus murid seluruh Malaysia didapati tergolong dalam kategori pencapaian sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terlibat iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik (Berita Harian 4 November 2011). Dengan MBMMBI, bahasa Melayu kembali menjadi bahasa pengantar utama, lantas proses pendaulatan bahasa terjamin.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ledakan ilmu pengetahuan dan kemajuan sains dan teknologi kini yang pesat banyak ditulis dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa utama dunia. Namun proses untuk memperolehi ilmu-ilmu tersebut boleh dilakukan dalam bahasa apa sekalipun. Penyampaian dan pembudayaan ilmu pengetahuan kepada rakyat seharusnya dilakukan dalam bahasa yang paling mudah difahami oelh rakyat, iaitu bahasa kebangsaan mereka sendiri (Hashim Hj. Musa, 2004). Ilmu-ilmu yang berasal daripada pelbagai bahasa boleh diambil, diolah dan diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Proses ini lebih berkesan untuk menerapkan ilmu kepada masyarakat yang mendukung bahasa tersebut. Oleh itu, satu badan penting perlu ditubuhkan untuk penterjemahan ilmu-ilmu ini agar pelajar dapat mempelajarinya. dengan bahasa sendiri.

Selain itu, menurut Hassan Ahmad (1999), berpendapat bahawa satu sistem ejaan yang moden bukan sahaja dapat digunakan oleh masyarakat umum tetapi oleh para pakar seperti saintis, teknologis dan lain-lain dalam penulisan teknikal mereka. Sistem Ejaan Baru telah dilaksanakan untuk menyesuaikan dan menjadikan bahasa Melayu lebih fleksibel terhadap kemasukan perkatan-perkataan (leksikon) bahasa asing terutamanya istilah-istilah sains. Penyesuaian ini telah menyebabkan perubahan-perubahan terhadap fonologi, grafem dan struktur dalam bahasa Melayu (Hassan Ahmad, 1999). Perkembangan ini telah menarik minat Indonesia dan te;ah bersama-sama menandatangani satu perjanjian penggunaan satu sistem ejaan umum yang dikenali sebagai Ejaan Malindo (Ejaan Malaysia dan Indonesia) untuk Malaysia dan Indonesia. Pada tahun 1967 perjanjian kedua ditandatangani oleh kedua-dua negara untuk mencari satu pendekatan terhadap satu sistem ejaan yang bersepadu dan dapat digunakan oleh kedua-dua pihak. Lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 1972, Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia (Ejaan baru) telah secara rasminya digunakan oleh kedua-dua negara.4.0 Kesimpulan

Segala cabaran yang dilalui oleh bahasa Melayu untuk menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara bukanlah suatu proses yang mudah. Pelbagai rintangan dalaman dan luaran yang perlu ditempuhi sebelum akhirnya bahasa Melayu terbukti dan berjaya menjadi bahasa utama yang dihormati kini.

Usaha kerajaan dalam memartabatkan bahas Melayu di dalam sistem pendidikan telah diuji apabila Akta Pendidikan 1996 dan Pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sedikit sebanyak mencalarkan rekod cemerlang bahasa Melayu. Usaha-usaha untuk menyakinkan masyarakat terhadap kemampuan bahasa Melayu tidak harus terhenti dengan kesilapan-kesilapan yang dilakukan pemimpin politik.

Kita seharusnya bangga dengan percaturan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dari zaman sebelum merdeka sehinggalah zaman pascamerdeka dapat memperlihatkan kepada kita akan kekuatan bahasa ini berkembang dengan pesat seiring dengan arus pemodenan yang berlaku di dunia ini. Jika dilihat, bahasa Melayu mula mendapat tempat sebagai kursus-kursus pengajian bahasa di luar negara termasuklah negara-negara dunia pertama. Ini jelas sekali, apabila rancangan TV1 telah mengadakan pertamdingan Pidato bahasa Melayu di kalangan pelajar luar negara. Bahkan pertandingan ini mendapat sambutan yang baik daripada pelajar luar negara yang mengambil kursus pengajian bahasa Melayu. Kita seharusnya bangga dengan pengiktirafan dunia luar terhadap bahasa kita.

Demi kelangsungan bahasa Melayu, semua pihak dipohon bekerjasama menghormati dan menjulang bahasa Melayu pada peringkat yang lebih tinggi. Perhebatkan lagi keutuhan bahasa Melayu dengan menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi. Proses ini sangat penting untuk menyediakan bahasa Melayu supaya mampu menjadi bahasa utama semasa negara menjengah tahun 2020.

Rujukan

2012. Makna, falsafah dan peranan bahasa dalam pendidikan kebangsaan. Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) dan Klasika Media. http://hakim.org.my/blog/wp-content/uploads/2012/06/HAKIM_Memorandum-Pendidikan-Kebangsaan.pdf pada 1 Jun 2014.

A. Aziz Deraman.2006. Kebudayaan Kebangsaan Isu dan Cabaran.Kuala Lumpur: Gapeniaga Sdn. Bhd.Anuar Kamaruddin. (1989). Kesusasteraan Melayu Moden. Negeri Sembilan : Pustaka Thaju Pelajaran. ASAS 50 dipetik http://hids.arkib.gov.my/doc/2002/ogos/06_08_2002.htm pada 1 jun 2014Asmah Hj. Omar, 1993. Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka. dipetik http://afiqekie.files.wordpress.com/2012/12/modul-bmm3112-topik-3-iankaka.pdf pada 1 Jun 2014Berita Harian 2011. Keputusan muktamad 4 November

Hashim Bin Hj. Musa, 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia : Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Hassan Ahmad, 1999. The Language Policy of Malaysia. Kuala Lumpur : Art Printing Works.

Ku Hasnita Ku Samsu et.al. 2013. Keupayaan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa. International Journalof the Malay World and Civilisation. Dipetik http://journalarticle.ukm.my/6393/1/IMAN1_4.pdf pada 1 Jun 2014.Nik Safiah Karim et.al . 2010. Tatabhaasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kementerian Pelajaran 2007.

Penyata Pelajaran 1952. Dipetik daripada http://hids.arkib.gov.my/doc/2002/november/21_11_1952_2002.htm pada 1 jun 2014.

Perkembangan Bahasa Melayu : Tinjauan Terhadap Pengguna dalam Pelbagai Bidang dan Sektor di negara ini selepas kemerdekaan. dipetik http://202.185.40.214/idc/groups/portal_padat/documents/ukmpd/padat_3220.pdf pada 1 Jun 2014.

Suffean Hussin. 2004. Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewam Bahasa dan Pustaka.

Tan Yao Sua. 2012. Dasar bahasa dalam sistem pendidikan. Pemikir. Jan-Mac 2012.