1
Sejarah Permainan Tradisional Terompah Panjang Terompah panjang adalah permainan sukan tradisional yang menggunakan kayu panjang dengan ukuran tertentu sebagai alat mengadu kelajuan dengan menempuh jarak yang telah ditentukan. Permainan terompah panjang ini cukup dikenali oleh hampir seluruh masyarakat Indonesia dan ia sering dilombakan pada acara peringatan kemerdekaan Republik Indonesia pada bulan Ogos. Kini, permainan ini tergolong dalam permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat setempat di Negeri Sabah semasa perayaan- perayaan atau pesta. Aktiviti permainan ini pada zaman dahulu sering dipermainkan oleh kalangan kanak-kanak sebagai mengisi masa terluang dan hiburan mereka ketika ibu-bapa bekerja di ladang. Alatan yang biasa digunakan oleh kanak-kanak pada zaman dahulu ialah batang dahan kelapa kering atau belahan bambu sebagai selipar gergasi yang diikatkan tali sebagai penyangkut tapak kaki. Penggunaan alatan zaman dahulu kini ditukar dengan menggunakan papan berukuran tiga (3) meter yang mempunyai empat atau lima penyangkut kaki. Permainan ini dilakukan secara berkumpulan 4 orang atau hingga 5 orang dalam satu pasukan. Permainan ini dilakukan dengan cara setiap gerakan kaki peserta mestilah sama semasa berjalan. Pada asasnya gerakan setara mesti dibuat oleh peserta dengan rentak dan laju yang sama semasa berjalan. Jika seseorang peserta tidak mengikut rentak maka pasukan tersebut akan tersekat perjalanannya dan akan terjatuh. Dari segi moral, sukan ini menggambarkan bahawa sesuatu perjalanan yang jauh atau masalah tidak dapat di capai atau di selesaikan tanpa koordinasi dan sokongan dari semua ahli. Sukan ini memerlukan kawasan yang luas.

Sejarah Permainan Tradisional Terompah Panjang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

fa

Citation preview

Sejarah Permainan Tradisional Terompah PanjangTerompah panjang adalah permainan sukan tradisional yang menggunakan kayu panjang dengan ukuran tertentu sebagai alat mengadu kelajuan dengan menempuh jarak yang telah ditentukan. Permainan terompah panjang ini cukup dikenali oleh hampir seluruh masyarakat Indonesia dan ia sering dilombakan pada acara peringatan kemerdekaan Republik Indonesia pada bulan Ogos.Kini, permainan ini tergolong dalam permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat setempat di Negeri Sabah semasa perayaan-perayaan atau pesta. Aktiviti permainan ini pada zaman dahulu sering dipermainkan oleh kalangan kanak-kanak sebagai mengisi masa terluang dan hiburan mereka ketika ibu-bapa bekerja di ladang. Alatan yang biasa digunakan oleh kanak-kanak pada zaman dahulu ialah batang dahan kelapa kering atau belahan bambu sebagai selipar gergasi yang diikatkan tali sebagai penyangkut tapak kaki. Penggunaan alatan zaman dahulu kini ditukar dengan menggunakan papan berukuran tiga (3) meter yang mempunyai empat atau lima penyangkut kaki. Permainan ini dilakukan secara berkumpulan 4 orang atau hingga 5 orang dalam satu pasukan. Permainan ini dilakukan dengan cara setiap gerakan kaki peserta mestilah sama semasa berjalan. Pada asasnya gerakan setara mesti dibuat oleh peserta dengan rentak dan laju yang sama semasa berjalan. Jika seseorang peserta tidak mengikut rentak maka pasukan tersebut akan tersekat perjalanannya dan akan terjatuh. Dari segi moral, sukan ini menggambarkan bahawa sesuatu perjalanan yang jauh atau masalah tidak dapat di capai atau di selesaikan tanpa koordinasi dan sokongan dari semua ahli. Sukan ini memerlukan kawasan yang luas.