Sejarah Tingkatan 1 - Sistem Perundangan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sistem perundingan t1..

Text of Sejarah Tingkatan 1 - Sistem Perundangan

Bab 9 Warisan Kesultanan Melayu: Sistem Perundangan Kerajaan Melayu

Sistem Perundangan Kerajaan Melayu Undang-Undang AdatMerupakan peraturan / amalan kebiasaan dalam masyarakat. Ia dihafal secara turun temurun dan menjadi peraturan yang mesti dipatuhi. Contoh: Adat Perpatih dan Adat Temenggung

Undang-Undang BertulisMerupakan himpunan peraturan , larangan dan adat istiadat dalam bentuk bertulis. Unsur-unsur di dalamnya tersebar ke negeri jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka seperti Johor, Perak , Pahang dan Kedah.

Undang-Undang Adat

Adat TemenggungBercorak autokratik Kuasa tertinggi di tangan raja/sultan yang menjadi : ketua pentadbir, ketua agama dan mejadi simbol kedaulatan serta perpaduan rakyat

AspekPemerintahan

Adat PerpatihMenekankan unsur demokrasi dan permuafakatan. Setiap suku ada wakil dalam pemerintahan. Keputusan dibuat bersama. Yamtuan besar sentiasa berunding dengan Undang dalam membuat keputusan Setiap ahli suku adalah bersaudara. Dari segi jurai keturunan, keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai ini melahirkan suku. Perkahwinan sesama suku dilarang kerana suku yang sama dianggap bersaudara. Secara turun-temurun daripada kepunyaan suku. Pewarisan harta diberatkan sebelah ibu kerana anak perempuan menjadi asa kewujudan suku. Hukuman bertujuan untuk pemulihan. Undang-undang dapat menyedarkan pesalah agar tidak mengulangi kesalahan.

Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan ayah. Lelaki diberi keutamaan kerana mereka jadi ketua keluarga dan nasab keturunan dikira dari sebelah bapa. Perkahwinan dilakukan mengikut hukum syarak. Anak lelaki diutamakan kerana lelaki mempunyai tanggungjawab lebih besar daripada wanita.

Keturunan Keluarga

Adat Perkahwinan

Pewarisan Harta Pusaka

Hukuman sebagai pengajaran kepada orang lain. Sultan laksanakan hukuman tetapi boleh dilakukan oleh pembesar atau penghulu jika mendapat mandat.

Perundangan

Undang-Undang Bertulis

Undang-Undang BertulisHukum Kanun MelakaDokumen undang-undang yang mempunyai 44 fasal. Antara kandungannya : Hak dan keistimewaan raja dan kaum kerabat. Peranan dan tanggungjawab raja dan pembesar. Unsur Islam yang berkaitan dengan jenayah, muamalah, keluarga , keterangan dan acara.

Undang-Undang Laut MelakaBagi menentukan peraturan perdagangan dan pelayaran. Antaranya: Tugas pegawai kapal. Langkah keselamatan dalam kapal. Tugas anak-anak kapal. Penyewaan dan penumpangan kapal dagang. Kuasa nakhoda menjatuhkan hukuman.

Undang-Undang PahangDigubal pada 1596 semasa pemerintahan Sultan Abdul al-Ghaffar Muhaiyuddin Shah. Antara kandungannya: Adat lembaga negeri, keistimewaan raja dan pembesar. Undang-undang jenayah, penderhaka, penzina dan undang-undang awam

Undang-Undang 99 PerakBerasal dari Parsi dan digunakan di Perak pada abad ke-18. terdapat 99 kesalahan dan hukuman. Antaranya: Syarat pegang jawatan kerajaan seperti sultan, penghulu , khatib dan kadi. Peraturan adat istiadat mengadap dan melantik raja. Hukuman jenayah undangundang dan pertanian. Undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan , penceraian dan zina.

Undang-Undang Kedah

Undang-undang Kedah dibahagikan kepada beberapa bahagian: Undang-undang pelabuhan seperti cukai, peraturan keselamatan pelabuhan serta peraturan timbangan dan ukuran.

Disediakan Oleh: Ku Amirul Asyraf Ku Amir Muhd. Zahier Zainol Abidin Cheang Li Ren Yusof Buqhari Ismail