8
SEKOLAH BESTARI PENGENALAN SEKOLAH BESTARI Sekolah Bestari adalah salah satu flagship dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan. Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar- kuat atau lemah, kaya atau miskin- mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. KONSEP SEKOLAH BESTARI Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai penupaya menjadi komponen penting

SEKOLAH BESTARI

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SEKOLAH BESTARI

SEKOLAH BESTARI

PENGENALAN SEKOLAH BESTARI

Sekolah Bestari adalah salah satu ‘flagship’ dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus

dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk

sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan

Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.

Sekolah Bestari akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan

hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar- kuat atau

lemah, kaya atau miskin- mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar

dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina

dalam sistem pendidikan.

KONSEP SEKOLAH BESTARI

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan

pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai penupaya menjadi

komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebagai satu

daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi

pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk mebantu murid menghadapi cabaran Zaman

Maklumat. Proses pengajaran –pembelajaran , iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi,

pentaksiran, dan bahan pengajaran –pembelajaran , akan direka semula untuk membantu murid belajar

dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran

akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.

Page 2: SEKOLAH BESTARI

Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama

berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta

sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi

sekolah. Semua pihak akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan

dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran dan sebagainya.

OBJEKTIF SEKOLAH BESTARI

Objektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan terdiri daripada yang berikut:

Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi mendemokrasikan pendidikan Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan Memupuk perkembangan menyeluruh individu Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu

MATLAMAT SEKOLAH BESTARI

Antara matlamatnya ialah:

Menggalakkan pelajar berdikari dalam proses memperoleh pengetahuan dan mampu

menjalankan pembelajaran mengikut kadar pembelajaran sendiri (selfpaced), minat sendiri (self-

directed) dan menilai diri (self assessed). Dengan ini mereka dapat memaksimumkan potensinya

ke tahap cemerlang.

Menyediakan pelajar yang cekap dalam teknologi maklumat (IT) untuk menghadapi cabaran era

teknologi maklumat.

Mengubahkan secara sistemik budaya pendidikan yang selama ini menitikberatkan peperiksaan

kepada yang berfokus kepada aspek kreatif dan inovatif.

Melahirkan pelajar lepasan sekolah yang mampu menangani cabaran kehidupan dalam era

teknologi maklumat di abad ke 21.

Membentukkan satu generasi warganegara Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab,

berketrampilan, penyayang, mempunyai nilai kekeluargaan dan peka terhadap pemeliharaan alam

sekitar.

Menyediakan tenaga pekerja celik teknologi dan berpemikiran kritis dan kreatif untuk industri

tempatan Malaysia

Page 3: SEKOLAH BESTARI

CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI

Sekolah Bestari dihubungkan melalui Jaringan Kawasan Tempatan (LAN)

o Ini membolehkan perkongsian maklumat melalui telekonferensing, pangkalan data dan

mel elektronik, ensaiklopedia elektronik, katalog kad perpustakaan dan pusat sumber ‘on-

line’ dan data pentadbiran.

Sekolah Bestari akan dihubungkan melalui Jaringan Kawasan Luas (WAN)

o Hubungan melibatkan sekolah lain dan juga organisasi daerah, negeri dan dunia.

Keadaan ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari pembelajaran jarak

jauh.

Kepelbagaian bahan

o Sekolah Bestari akan dapat disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir

dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi untuk keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran.

Pengintegrasian mata pelajaran

o Mata pelajaran diintegrasikan bercorak tematik dan bukan lagi diajar secara berasingan.

Konsep belajar merentas kurikulum diperluas.

Orientasi pengajaran dan pembelajaran.

o Kurikulum adalah berorientasikan penyelesaian masalah dan tidak berorientasikan fakta

semata-mata.

Persekitaran pembelajaran yang luas.

o Persekitaran pembelajaran yang kaya dengan sumber akan menjadikan guru sebagai

perantara dan bukan lagi sebagai sumber pengetahuan yang utama. Guru-guru perlu

lebih ke hadapan dalam mencapai maklumat berbanding pelajar mereka

Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari :

a) Menyediakan infrastruktur pelbagai media.

Perkakasan akan merangkumi computer dan alatan berkaitan, peralatan siding video dan audio

dan infrastruktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet,

perisian penjaringan, perisisna e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.

b) Aspek latihan.

Page 4: SEKOLAH BESTARI

Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah

perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk

menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma

yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru.

c) Aspek bahan kursus.

Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu

diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kurusu perlu

mempamerkan cirri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif

pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan

bahan untuk pelajar yang lemah.

TEMPOH PROJEK RINTIS SEKOLAH BESTARI

Tempoh Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama mi, ialah tiga (3) tahun mulai daripada tarikh tandatangan Perjanjian antara Kerajaan dan Telekom Smart School Sdn Bhd.

KOS PROJEK RINTIS

Kos keseluruhan Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama ini ialah tiga ratus juta Ringgit Malaysia (RM300, 000, 000.00), dan terdiri daripada RM183,573,737 untuk Capital Expenditure dan RM1 16,426,263 untuk Operating Expenditure.

RANCANGAN MASA DEPAN

Sungguhpun Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan semua sekolah yang lain untuk menjadi sekolah bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri. Kementerian Pendidikan sedang juga merancang pelan induk bagi memastikan semua sekolah di Malaysia menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.

Apakah perbezaan antara sekolah yang sedia ada Sekolah Bestari?

Apabila dilaksanakan sepenuhnya, ciri-ciri berikut akan dilihat pada sekolah yang telah menjadi sekolah bestari:

Page 5: SEKOLAH BESTARI

Semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing.

Guru akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambilkira keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman murid.

Persekitaran sekolah adalah kondusif untuk aktiviti pembelajaran, menggalakkan murid mengamalkan gaya pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dan berkadar kendiri dengan guru sebagai fasilitator untuk menggalakkan minat belajar secara berterusan.

Pentaksiran murid dijalankan secara berterusan dan digunakan untuk menggalakkan pembelajaran.

Pengetua atau Guru Besar sekolah akan bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh sekumpulan tenaga pengajar yang profesional dan berkaliber.

Tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Contohnya, ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar.

Mengapakah kita memerlukan Sekolah Bestari?

Sekolah Bestari akan membantu negara melonjak ke Zaman Maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa hadapan negara.

Siapakah yang mula-mula mengkonsepsikan Sekolah Bestari?

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula membangunkan konsep Sekolah Bestari pada tahun 1996, di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu.

SENARAI SEKOLAH BESTARI DI MALAYSIA

1. SMK DERMA

2. SMS TUANKU SYED PUTRA

3. SMK JITRA

4. SMK AGAMA BALING.

5. SMK SULTAN BADLISHAH.

6. SM SULTAN ABDUL HALIM.

7. SM SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA

8. SM SAINS POKOK SENA

9. SMK ABDULLAH MUSHI

10. SMK DATO ONN

11. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN

12. SMK KING EDWARD VII

Page 6: SEKOLAH BESTARI

13. SMK CLIFFORD

14. SMK SERI PERAK

15. SMK TENGKU MENTERI

16. SMK RAJA PERMAISURI BAINUN

17. SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH

18. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN

19. KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR

20. SM SAINS TELUK INTAN

21. SMK VICTORIA

22. SMK TAMAN TUN DR ISMAIL

23. SMK AMINUDDIN BAKI

24. SM SAINS SELANGOR

25. SMK SERI BINTANG UTARA

26. SMK SERI BINTANG SELATAN

27. SK SERI BINTANG UTARA

28. SK SERI BINTANG SELATAN

29. SMK (P) SRI AMAN

30. SMK SUNGAI BESAR

31. SMK BANDAR BARU BANGI

32. SMK KUALA KUBU BHARU

33. SMK TELOK DATOK

34. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH

35. SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG

36. SM SAINS KUALA SELANGOR

37. SMK SUNGAI PUSU

38. SEKOLAH SERI PUTERI

39. SMK PUTRAJAYA 1

40. SEKOLAH ALAM SHAH

41. SK PUTRAJAYA 1

42. SK PUTRAJAYA 2

43. SMK DATO' SEDIA RAJA

44. SMK (F) BANDAR BARU SERTING

45. SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU

46. KOLEJ TUANKU KURSHIAH

47. SEKOLAH DATO ABDUL RAZAK

48. SM SAINS TUANKU JAAFAR

49. SMK DATO' DOL SAID

50. SM SAINS MUZAFFAR SHAH

51. SMK DATO' PENGGAWA BARAT

52. SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM

53. SMK TUN HABAB

54. SMK DATO' SRI AMAR DI RAJA

55. SM SAINS MUAR

56. SM SAINS JOHOR

57. SEKOLAH TUN FATIMAH

58. SM SAINS KOTA TINGGI

59. SMK AGAMA SEGAMAT

60. SMK ABDUL RAHMAN TALIB

61. SMK SERI PEKAN

62. SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KM 12

63. SM SAINS TENGKU ABDULLAH

Page 7: SEKOLAH BESTARI

64. SMK AGAMA TENGKU AMPUAN HAJJAH AFZAN

65. SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH

66. SMK MATANG

67. SM SAINS SULTAN MAHMUD

68. SM SAINS DUNGUN

69. SMK AGAMA SHEIKH ABDUL MALEK

70. SMK KAMIL

71. SMK DATO AHMAD MAHER

72. SM SAINS TENGKU MUHAMAD FARIS PETRA

73. SM SAINS MACHAN

74. SMK AGAMA NAIM LILBANAT

75. SM SAINS PASIR PUTIH

76. SM SAINS

77. SMK LABUAN

78. SMK ELOPURA

79. SMK PENGIRAN OMAR

80. SMK TENOM

81. SM SAINS LAHAT DATU

82. SM SAINS SABAH KOTA KINABALU

83. KOLEJ DATUK PATINGGI ABANG HAJI ABDILLAH

84. KOLEJ TUN DATU TUANKU HAJI BUJANG

85. SMK BAHASA MALAYSIA

86. SMK THREE RIVERS

87. SM SAINS KUCHING

88. SM SAINS MIRI