SEKTOR PERKHIDMATAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

dddf

Citation preview

sektor perkhidmatan di malaysia

TAJUK : SEKTOR PERKHIDMATAN DI MALAYSIA

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN.1-2

2.0 SUB SEKTOR PERKHIDMATAN DAN SUMBANGANNYA.3-14

3.0 FAKTOR PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN.15-20

4.0 KESAN SEKTOR PERKHIDMATAN DAN LANGKAH PENAMBAHBAIKAN.

21-29

5.0 KESIMPULAN.30-31

1.0 PENGENALAN.Sektor ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor yakni sektor primer, sektor sekunder dan sektor tertier. Sektor ekonomi tersebut boleh dikelaskan melalui hubungannya dengan aktiviti yang dijalankan dengan sumber alam. Kegiatan yang berkait secara langsung dengan sumber alam seperti penggunaan atau pengeksploitasian sumber akan termasuk ke dalam sektor primer (Azman Abdullah, 2008). Contohnya, aktiviti pertanian, perikanan, pembalakan dan perlombongan. Bagi sektor yang menggunakan produk atau hasil keluaran daripada sektor primer untuk menjalankan aktivitinya akan termasuk dalam sektor sekunder. Contoh sektor sekunder ialah aktiviti perindustrian dan pembuatan. Sektor tertier pula merupakan sektor sokongan kepada sektor primer dan sektor sekunder. Sektor tertier juga sangat penting bagi menjalinkan dan menyokong kegiatan ekonomi sektor pertanian dan perindustrian. Kemajuan sektor primer dan sekunder juga bergantung kepada sektor tertier. Umpamanya, sektor pertanian memerlukan perkhidmatan pengangkutan untuk membawa hasil ke kilang dan kilang memerlukan perkhidmatan kewangan, insurans dan pemasaran untuk menjalankan aktivitinya.Umumnya sektor perkhidmatan ini tidak menghasilkan produk yang berbentuk barangan tetapi dalam bentuk perkhidmatan. Contohnya, perkhidmatan pelancongan, pengangkutan, perhubungan, kewangan, perbankan, utiliti, pendidikan, kesihatan, perniagaan dan perkhidmatan kerajaan (Azman Abdullah, 2008). Oleh itu, sektor perkhidmatan sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara Malaysia dengan melibatkan banyak subsektor ekonomi dalam kelompok sektor perkhidmatan ini. Sektor ini juga telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi negara dan merupakan sektor ekonomi yang kedua terpenting selepas sektor perkilangan. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 55.4 % daripada Hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun 2014 telah disumbangkan oleh sektor perkhidmatan. Selain itu, sektor perkhidmatan juga meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat, memberi peluang pekerjaan dan menggalakkan perkembangan sektor ekonomi lain. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan negara antaranya adalah disebabkan oleh faktor fizikal, faktor budaya dan faktor manusia. Berdasarkan perkembangan faktor terbabit, sektor perkhidmatan berpotensi untuk dimajukan sebagai sektor ekonomi utama negara pada masa hadapan. Namun begitu, perkembangan positif ini juga mempunyai nilai negatif jika tidak diuruskan dengan baik. Perkembangan sektor perkhidmatan di Malaysia juga berdepan dengan pelbagai cabaran dan isu yang memerlukan beberapa tindakan dan penambahbaikan agar tidak mengundang mudarat kepada keseimbangan alam sekitar dan tidak mendatangkan kerugian kepada negara kelak. Secara umumnya konsep sektor perkhidmatan boleh di kelaskan kepada beberapa bahagian. Rajah 1 di bawah merupakan grafik yang menjelaskan konsep sektor perkhidmatan:-Rajah 1

2.0 SUB SEKTOR PERKHIDMATAN DAN SUMBANGANNYA.

Sektor perkhidmatan terdiri daripada pelbagai subsektor ekonomi, antaranya adalah sektor pelancongan, pengangkutan dan telekomunikasi, sektor kewangan, insurans, hartanah & perniagaan. Sektor utiliti seperti elektrik, air & gas serta sektor perkhidmatan kerajaan. Kesemua subsektor berikut saling berhubung kait dalam menggerakkan pembangunan negara dan menggalakkan perkembangan alam sekitar manusia.

2.1 Sektor Pelancongan.

Industri Pelancongan di Malaysia merupakan pendorong utama di dalam sektor perkhidmatan negara. Sektor pelancongan juga merupakan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Perkembangan sektor pelancongan ini akan menggalakkan perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan seperti perkhidmatan hotel, resort, chalet, perkhidmatan restoran, perkhidmatan pemandu pelancong, perkhidmatan utiliti elektrik, air dan gas serta perkhidmatan kewangan dan insurans yang melibatkan para pelancong. Perkembangan kemudahan yang menyokong sektor pelancongan ini pula akan menggalakkan lagi kemasukan pelancong ke dalam negara kita (Yahaya Ibrahim, 2008). Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, sepanjang tahun 2012, Malaysia telah dikunjungi hampir 22 juta orang pelancong dari pelbagai negara. Hal ini secara tidak langsung telah menyumbang pendapatan sebanyak RM48 bilion kepada negara. Mengikut anggaran, 70% pelancong asing yang datang ke negara ini adalah dari kalangan negara ASEAN manakala 30% dari Eropah, Amerika Syarikat, serta negara-negara di rantau Asia Pasifik dan Oceania seperti Jepun, Korea, Taiwan, China, Australia, dan New Zealand. Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan sosioekonomi masyarakat. Antara jenis-jenis sektor pelancongan di Malaysia adalah:-

i. Eko-pelancongan- Aktiviti yang bergantung kepada keindahan alam semula jadi seperti pelancongan di pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air terjun atau jeram, tasik, sungai, gua batu kapur, dan sebagainya. Antara contoh tempat-tempat yang mempunyai tarikan semula jadi di Malaysia adalah seperti Taman Negara, Hutan Simpan Belum di Perak, Hutan Simpan Endau Rompin di Pahang, Gunung Kinabalu, Bukit Fraser, Batu Caves, Selangor, Gua Niah di Sarawak. Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor.

ii. Agro-pelancongan- Aktiviti pelancongan yang berasaskan kegiatan pertanian, perikanan dan penternakan sebagai tarikan pelancong. Misalnya ladang teh di Cameron Highland menjadi pusat tarikan pelancong. Selain itu, kawasan dusun buah-buahan, kawasan perkampungan nelayan merupakan contoh agro pelancongan. Akua-pelancongan seperti di kawasan ternakan akua-kultur, konsep "home stay" dan lain-lain juga adalah contoh agro-pelancongan. Selain itu, festival buah-buahan dan bunga-bungaan atau pameran pertanian juga menggalakkan kedatangan pelancong.

iii. Pelancongan kesihatan- Pelancongan kesihatan adalah aktiviti pelancongan yang berlaku secara tidak langsung. Kedatangan pelancong adalah untuk mendapatkan rawatan perubatan, rawatan pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan tradisional, dan lain-lain. Misalnya warga asing ingin mendapatkan rawatan pakar di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur. Secara tidak langsung mereka akan mengunjungi Kuala Lumpur, menggunakan perkhidmatan hotel, restoran dan sebagainya.

iv. Pelancongan pendidikan- Aktiviti pelancongan yang dilakukan secara tidak langsung apabila melanjutkan pelajaran, atau mencari ilmu di suatu tempat dalam tempoh tertentu. Misalnya kedatangan warga asing yang menyambung pelajaran di pusat pengajian tinggi negara secara tidak langsung membawa pelancong asing ke dalam negara. Selain itu, kewujudan pusat-pusat ilmu yang menarik juga menjadi sumber pelancongan misalnya, Pusat Sains Negara, Tanah Tinggi Cameron, dan sebagainya.

v. Pelancongan budaya dan warisan- Aktiviti pelancongan yang berasaskan budaya dan warisan sejarah contohnya aktiviti pelancongan di kawasan tinggalan sejarah tapak arkeologi, dan muzium seperti Lembah Bujang, Kedah, Bandar Hilir, Melaka. Oleh itu, kesan sejarah menjadi tarikan pelancong asing.

vi. Pelancongan MICE (persidangan, konvensyen dan pameran)- Aktiviti pelancongan yang berlaku daripada sesuatu persidangan antarabangsa secara tidak langsung membawa masuk pelancong asing misalnya delegasi pelancong asing atau wakil duta dari pelbagai negara yang menghadiri seminar, persidangan, pameran, dan simposium di Kuala Lumpur dan Pulau Langkawi menggalakkan aktiviti pelancongan di situ.

vii. Pelancongan sukan dan rekreasi- Aktiviti pelancongan jenis ini adalah berasaskan sukan dan rekreasi. Misalnya pertandingan Formula One, Sepang Selangor. Power boat, Tasik Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil yang menggalakkan penglibatan daripada warga asing atau warga setempat ntuk berkunjung dan menggunakan perkhidmatan pelancongan di situ.

Kepentingan sektor pelancongan pula lebih memberi faedah kepada ekonomi negara dan memberi manfaat kepada sosioekonomi penduduk. Secara keseluruhannya, sektor perkhidmatan pelancongan telah menjadi sumber pendapatan kepada negara melalui perbelanjaan yang dilakukan oleh para pelancong (Azman Abdullah, 2008). Misalnya perbelanjaan pelancong ke atas perkhidmatan agensi penasihat pelancongan, penginapan, dan makanan sedikit sebanyak telah meningkatkan pendapatan negara. Kedua, sektor pelancongan juga menyebabkan pengaliran masuk wang asing masuk ke dalam negara. Misalnya, pelancong dari seluruh pelosok dunia seperti Eropah, Asia Tenggara dan Asia Barat akan membawa mata wang asing mereka ke dalam negara sekaligus membantu menstabilkan nilai mata wang negara apabila aliran wang masuk melebihi aliran wang keluar negara. Ketiga, sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat dalam bidang pelancongan seperti, pemandu pelancong, pekerja hotel dan chalet, pengusaha kraf tangan dan kakitangan agensi pelancongan. Oleh itu, pertumbuhan sektor pelancongan bukan sahaja menjadi punca rezeki kepada ahli korporat dan pengusaha syarikat yang berkaitan, malah memberi pendapatan kepada golongan tenaga separa mahir melalui peluang pekerjaan. Selain itu, sektor pelancongan juga menjadi pemangkin kepada perkembangan pembangunan kawasan setempat melalui pembangunan prasarana seperti kemudahan pengangkutan, kemudahan telekomunikasi, pembinaan rumah kedai, hotel, homestay, restoran, pusat beli belah dan pusat rekreasi. Kesimpulannya, sektor pelancongan sangat penting kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sumber manusia.

Gambar di atas merupakan poster pelancaran sambutan tahun melawat Malaysia bagi tahun 2014. Bertemakan Malaysia truly asia. Sumber diperoleh pada 28 Mac 2015 daripada: http://www.virtualmalaysia.com/blog/visit-malaysia-year-2014-grand-launch-today/

Gambar di atas menunjukkan perkhidmatan pengangkutan darat yang popular di Malaysia. Sumber diperoleh pada 28 Mac 2015 daripada: https://azimpublication.wordpress.com/

2.2 Sektor Pengangkutan, Logistik & Telekomunikasi.Sektor pengangkutan, logistik dan telekomunikasi merupakan sektor yang sangat penting dalam menjayakan sektor ekonomi lainnya. Perkembangan sektor ini telah menjadi pemangkin kepada kepesatan aktiviti ekonomi melalui mobiliti sumber ekonomi. Berdasarkan konseptual, pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan biasanya ia membawa dengan jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Pengangkutan juga merupakan salah satu alternatif dalam sistem perhubungan di dunia. Ia dianggap sebagai nadi penggerak dan pendapatan bagi sesetengah masyarakat. Pembangunan sesuatu tempat berkait rapat dengan sistem pengangkutan (Ibrahim Wahab, 1991). Di Malaysia, sistem pengangkutan terbahagi kepada dua yakni sistem pengangkutan awam dan persendirian serta sistem logistik. Kedua sistem ini sangat penting dalam memacu ekonomi negara. 2.2.1 Perkhidmatan Pengangkutan.Perkhidmatan pengangkutan awam adalah kemudahan jaringan pengangkutan yang disediakan oleh kerajaan atau badan korporat untuk kemudahan pergerakan masyarakat awam misalnya bas, teksi, LRT dan Monorel. Pengangkutan persendirian pula di gunakan untuk kemudahan individu tertentu misalnya perkhidmatan kereta sewa dan bas sewa. Perkhidmatan pengangkutan melibatkan tiga laluan yang utama iaitu pengangkutan darat, air dan udara. Sistem laluan ini akan menghubungkan tempat-tempat dalam sesebuah negara dan juga seluruh dunia. Antara contoh perkhidmatan yang menggunakan laluan tersebut di Malaysia adalah seperti berikut.i. Laluan darat: Sebelum era kemerdekaan, masyarakat menggunakan denai sebagai jalan darat. Pengangkutan darat pula adalah kereta lembu dan kereta kuda yang boleh mengangkut manusia dan hasil pertanian. Masyarakat dahulu juga menggunakan jalan darat untuk mencari hasil hutan. Kebanyakan jalan awal tertumpu di tepi sungai kerana kawasan ini rata jika dibandingkan dengan kawasan pedalaman yang bergunung-ganang dan berhutan tebal (Ibrahim Wahab, 1991). Namun hari ini, kesan daripada pembangunan Malaysia telah menggunakan lebuh raya, jalan raya, jalan kereta api (Kereta Api Tanah Melayu, KTMB), Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Sistem Komuter, Monorel dan Jalinan Transit Express(ERL) sebagai jalan darat. Pengangkutan darat pula terdiri daripada bas, teksi, lori, treler, kereta, monorel, komuter dan kereta api.

ii. Pengangkutan air: Perkembangan pengangkutan air juga mengalami perubahan dari segi kepentingan mengikut edaran zaman. Masyarakat terdahulu menggunakan sungai dan laut sebagai jalan air utama untuk mengangkut penumpang dan mengangkut hasil pertanian (Ibrahim Wahab, 1991). Pengangkutan seperti perahu, rakit, dan jong merupakan alat pengangkutan yang digunakan oleh mereka. Pada hari ini, sistem pengangkutan sungai dan laut seperti perkhidmatan feri, kapal pengangkut atau kapal dagang, bot dan sampan masih di kekalkan dan di suntik dengan inovasi agar lebih cekap. Perkembangan pesat dalam sistem pengangkutan air juga menyebabkan munculnya pelabuhan entrepot seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pulau Pinang dan lain-lain.

iii. Pengangkutan udara: Misalnya, kapal terbang dan helikopter. Kewujudan KLIA, Kapal Terbang Antarabangsa Subang, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan lain-lain lapangan membuktikan sistem pengangkutan di Malaysia juga mengalami perkembangan pesat. Selain itu, sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Air Asia merupakan syarikat pengangkutan udara yang mendominasi industri penerbangan Malaysia pada masa kini.

2.2.2 Perkhidmatan Logistik.Perkhidmatan logistik pula merangkumi perkhidmatan pengangkutan, penyimpanan dan pengendalian barangan produk siap daripada pengeluar kepada pengguna. Logistik merupakan komponen yang bertujuan untuk mengalirkan barangan dan pekerja perkhidmatan dari dalam dan luar negara. Ia berupaya meningkatkan produktiviti dan daya saing merentasi industri. Malaysia merupakan hab logistik serantau yang strategik dan menarik kerana ia mengamalkan ekonomi terbuka serta kedudukannya di dalam ASEAN yang mempunyai integrasi serantau yang tinggi (Rahim Abdullah, 2005). Komponen-komponen perkhidmatan logistik adalah seperti pengangkutan darat, udara dan maritim, (perkapalan dan pelabuhan) memainkan peranan penting di dalam pengangkutan antarabangsa, terutamanya pengangkutan barangan yang berjumlah besar seperti minyak mentah dan bijian.Kepentingan sektor pengangkutan dan logistik adalah untuk menjana sistem ekonomi negara melalui jaringan pengangkutan yang telah disediakan. Melalui kemudahan ini, kutipan input dan output hasil keluaran negara dapat di sampaikan ke destinasi yang sepatutnya. Misalnya, bahan mentah atau bahan pertanian dapat di hantar ke kilang dan barangan siap dapat di hantar ke pasarannya. Oleh itu, pemasaran hasil dan produk dapat dipertingkatkan dari kawasan bandar ke kawasan luar bandar. Contohnya pembinaan jalan raya Timur Barat menggalakkan kemasukan produk dari Pantai Barat ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Selain itu, pengangkutan bertujuan untuk memudahkan sistem perhubungan masyarakat sama ada di kota mahupun di desa. Walaupun kebanyakan masyarakat mempunyai kenderaan sendiri, pengangkutan awam masih menjadi pilihan utama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Pengangkutan juga berfungsi menghantar pekerja pergi dan pulang serta meningkatkan darjah ketersampaiaan masyarakat dari suatu destinasi ke destinasi yang lain. Selain itu, pengangkutan juga memudahkan hubungan dan interaksi antara kawasan. Misalnya, pembinaan jalan raya dari Gua Musang ke Tanah Tinggi Cameron menggalakkan kemasukan rakyat Kelantan ke destinasi tersebut. Akhir sekali, pembangunan pengangkutan menggalakkan penerokaan sumber alam untuk dimajukan (Ibrahim Wahab, 1991). Misalnya, sumber tembaga di Mamut (pedalaman Sabah) dapat dimajukan dengan adanya sistem pengangkutan. Jalan air juga menggalakkan industri perhutanan buktinya pengangkutan balak dari pedalaman Sabah dan Sarawak yang giat dilakukan dengan bantuan laluan sungai untuk memindahkan balak.

2.2.3 Perkhidmatan komunikasi.Sistem komunikasi telah muncul sejak dahulu lagi melalui jelmaan sumber alam. Misalnya, masyarakat dahulu menggunakan api untuk menghasilkan asap manakala batang kayu, beduk dan seruling digunakan untuk mengeluarkan bunyi sebagai isyarat untuk menyampaikan mesej tertentu kepada masyarakat. Namun begitu, sejajar dengan peningkatan tamadun manusia dan kesan globalisasi, perkembangan perkhidmatan komunikasi dunia semakin pesat. Tambahan pula, perkhidmatan komunikasi hari ini telah di suntik dengan kemudahan jalur lebar yang akhirnya berjaya mempelbagaikan matlamat komunikasi. Misalnya, pada zaman kini, perkhidmatan komunikasi bukan sahaja bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan menghubungkan pengguna secara lisan, tetapi perkhidmatan komunikasi juga sangat penting bagi membuat promosi dan hebahan secara pantas, menerima aduan dan bantuan, melaksanakan perkhidmatan atas talian serta menjalankan perniagaan secara maya. Antara kategori perkhidmatan komunikasi adalah seperti i. Perkhidmatan Komunikasi Maklumatii. Perkhidmatan Kurieriii. Perkhidmatan Telekomunikasi iv. Perkhidmatan Pos.Perkhidmatan komunikasi maklumat disediakan melalui media bercetak atau tidak bercetak. Media bercetak adalah seperti akhbar, majalah, buku dan risalah yang boleh memberi input kepada pembaca. Secara tidak langsung pembaca dapat memahami mesej yang hendak disampaikan oleh pihak terbabit. Media bukan cetak pula adalah terdiri daripada perkhidmatan berbentuk siaran televisyen dan radio yang juga membolehkan pendengar menerima maklumat. Perkhidmatan pos pula disediakan untuk menyampaikan surat dan biasanya digunakan oleh kerajaan, firma atau badan perniagaan. Perkhidmatan Pos di Malaysia terbahagi kepada tiga yakni perkhidmatan mel, kaunter dan perkhidmatan lain. Rajah 2 menunjukkan perkhidmatan yang disediakan di pejabat pos. Rajah 2

Perkhidmatan telekomunikasi pula adalah perkhidmatan yang di jalankan oleh Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Maxis Communication Berhad, Celcom Berhad dan sebagainya. Perkhidmatan telekomunikasi dapat diringkaskan seperti dalam rajah 3 di bawah. Perkhidmatan kurier pula adalah perkhidmatan yang digunakan untuk menghantar surat, dokumen, bungkusan dengan pantas oleh penghantar khas. Mereka menyediakan perkhidmatan serahan barang dari pintu ke pintu. Contoh syarikat yang melaksanakan perkhidmatan ini adalah DHL, City Link Express dan Nationwide Express Courier. Kepentingan perkhidmatan komunikasi pula sangat penting bagi mewujudkan hubungan antara masyarakat melalui medium yang telah di sediakan. Selain itu, perkhidmatan komunikasi juga menjadi perantaraan sesuatu mesej dan maklumat di sampaikan. Rajah 3

2.3 Sektor Kewangan, Insurans, Hartanah & Perniagaan.Sektor Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan merupakan perkhidmatan yang melibatkan syarikat kewangan dan bank. Sub sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan adalah komponen penting dalam sektor perkhidmatan. Pinjaman dan peruntukan tabungan dari bank-bank perdagangan adalah salah satu sumber modal yang digunakan untuk perkembangan sektor-sektor lain (Sarizah Soed, 2005). Bank merupakan salah satu institusi kewangan yang menyediakan kemudahan perbankan seperti penyimpanan wang manakala syarikat kewangan pula menyediakan perkhidmatan pinjaman wang kepada individu untuk menikmati barangan seperti rumah atau kereta melalui urusan jual beli secara pinjaman. Terdapat pelbagai jenis syarikat kewangan yang menawarkan perkhidmatan tersebut seperti Bank Islam, Maybank, Bank Bumiputera Commerce dan Am Bank. Selain itu, bank saudagar juga memberi perkhidmatan kewangan kepada syarikat swasta. Antara khidmat yang diberikan adalah seperti menguruskan pasaran wang dan bil diskaun, memberi khidmat nasihat kepada syarikat dan menguruskan pinjaman syarikat (Sarizah Soed, 2005). Oleh yang demikian, pengusaha syarikat perkhidmatan boleh mendapatkan modal melalui bank saudagar. Perkhidmatan insurans pula adalah agensi yang menjalankan perkhidmatan perlindungan kepada individu atau keluarga melalui insurans nyawa, insurans kesihatan, insurans kenderaan, dan insurans pendidikan. Terdapat dua jenis insurans iaitu insurans konvensional dan insurans takaful. Sekiranya terjadi kerugian, peserta insurans takaful akan menerima jumlah tuntutan yang dibuat. Manakala peserta insurans konvensional pula akan memindahkan risiko yang mereka hadapi kepada syarikat insurans konvensional. Antara contoh syarikat insurans adalah takaful Malaysia, Prudential, Etiqa dan kurnia. Sektor hartanah pula adalah sektor perkhidmatan yang melibatkan proses jual beli hartanah seperti rumah kediaman, rumah kedai, ruang pejabat dan tanah. Manakala, bagi perkhidmatan perniagaan pula merupakan jenis perkhidmatan yang terdapat di dalam negara seperti perkhidmatan guaman, perundingan (konsultan), perubatan, pendidikan, keselamatan dan kebersihan serta kerjaya. Perkhidmatan hartanah dan perniagaan adalah contoh perhidmatan yang di gunakan oleh individu mahupun sesuatu syarikat. Sektor kewangan, insurans, hartanah & perniagaan ini sangat penting bagi memberi perkhidmatan yang berkaitan dengan produk kewangan, memberi khidmat nasihat dan memberi pinjaman modal kepada pengguna. 2.4 Sektor Utiliti

Sektor utiliti pula adalah perkhidmatan yang disediakan untuk memberi keperluan kepada masyarakat misalnya tenaga elektrik dan air. Perkhidmatan ini berfungsi dengan melibatkan pembekalan dan penyelenggaraan sumber tenaga tersebut kepada penduduk, industri, komersil dan organisasi di tempat kediaman mereka dan di premis mereka. Perkhidmatan tenaga elektrik dimonopoli oleh Syarikat Bersekutu Kerajaan iaitu Tenaga Nasional Berhad. Manakala bekalan air pula dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air (JBA) di bawah kerajaan negeri masing-masing. Namun begitu, terdapat juga sesetengah negeri menswastakan perkhidmatan bekalan air kepada penduduk seperti SYABAS di Selangor dan Air Kelantan Sdn Bhd di Kelantan.

Perkhidmatan utiliti ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan asas masyarakat. Sama ada isi rumah mahupun firma pasti akan memerlukan air dan elektrik untuk menjalankan tugas seharian. Perkhidmatan ini merupakan keperluan paling penting manusia. Misalnya, bekalan air sangat penting dalam menjalankan perkhidmatan perhotelan, kulinari dan perkhidmatan perniagaan seperti perniagaan dobi. Elektrik juga adalah sumber tenaga paling utama dalam sesebuah firma. Misalnya, bekalan elektrik menjadi nadi kepada pergerakan mesin dan jentera dalam sesebuah kilang. Oleh itu, perkhidmatan air dan elektrik sangat mempengaruhi perkembangan sektor ekonomi.

2.5 Sektor Kerajaan

Di Malaysia, perkhidmatan kerajaan masih lagi menjadi perkhidmatan yang amat penting kepada penduduknya walaupun negara telah mengamalkan dasar penswastaan. Ini kerana keupayaan rakyat untuk membayar kos perkhidmatan swasta masih rendah. Misalnya perkhidmatan kesihatan di hospital swasta tidak mampu dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah, namun mereka mampu menikmati perkhidmatan tersebut di hospital kerajaan. Oleh sebab itu, sesetengah bidang perkhidmatan kerajaan amat relevan sebagai usaha untuk membantu mendapatkan keselesaan, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat. Antara sektor utama yang masih belum di swastakan sepenuhnya seperti sektor pendidikan, kesihatan, pentadbiran, dan keselamatan negara. Perkhidmatan kerajaan ini berlangsung dalam tiga peringkat iaitu:

i. Peringkat Kerajaan Negeri ii. Peringkat Kerajaan Pusatiii. Pihak Berkuasa Tempatan

Sektor perkhidmatan kerajaan merupakan sub sektor perkhidmatan yang banyak memberi faedah kepada rakyat. Institusi pendidikan adalah salah satu perkhidmatan paling utama dalam membangunkan modal insan negara. Kerajaan telah menyediakan institusi pendidikan di peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah untuk memberi pendidikan kepada rakyat. Selain itu, kerajaan juga menyediakan pendidikan di peringkat tinggi melalui institusi pengajian tinggi seperti universiti, maktab, pusat kemahiran dan pusat penyelidikan. Selain daripada keperluan pendidikan, kerajaan juga memberi perkhidmatan dalam menjamin kebajikan masyarakat melalui pembangunan pusat kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat rawatan sementara. Peratus penyertaan bumiputera dalam sektor swasta adalah rendah terutama pada peringkat profesional, pengurusan dan eksekutif. Oleh itu, jawatan dalam perkhidmatan kerajaan seperti, kerani, pembantu, pegawai, askar, polis, guru, doktor, peguam dan pensyarah telah di berikan kepada bumiputera yang berkelayakan. Selain memberi peluang pekerjaan, sektor kerajaan juga merupakan agensi yang menggerakkan pentadbiran dan dasar negara (Perkhidmatan Awam Malaysia, 1999). Kerajaan juga telah menyediakan perkhidmatan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran melalui kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Melalui perkhidmatan kaunter yang di sediakan oleh kerajaan, rakyat dapat melaksanakan urusan tertentu misalnya urusan pendaftaran kelahiran, pendaftaran kad pengenalan, pembayaran cukai dan pelbagai urusan rasmi.

Oleh itu, sektor perkhidmatan di Malaysia juga terdiri daripada pelbagai subsektor seperti perkhidmatan awam, perdagangan, kewangan, pelancongan dan pengangkutan. Perkembangan sektor perkhidmatan juga telah memberi peluang pekerjaan sebanyak 8 juta kepada rakyat Malaysia. Demikian itu, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan sektor ini di Malaysia.

3.0 FAKTOR YANG MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi pendorong kepada perkembangan sektor perkhidmatan negara antaranya adalah di sebabkan faktor fizikal dan faktor kemanusiaan. Faktor fizikal merupakan faktor yang dipengaruhi oleh keadaan bumi seperti bentuk muka bumi, tanih, iklim, alam semula jadi dan bahan mentah. Manakala faktor kemanusiaan pula terdiri daripada faktor yang dipengaruhi oleh manusia dan budaya di sekitarnya. Antara contoh faktor kemanusiaan adalah seperti teknologi, dasar kerajaan, modal, infrastruktur, buruh dan permintaan atau pasaran. Oleh itu, faktor perkembangan sektor perkhidmatan dapat di kategorikan seperti dalam Rajah 4 di bawah. Rajah 4

3.1 Faktor Fizikal.Malaysia mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang indah. Terdapat tanah tinggi, tanah pamah, lembangan, dan pinggir laut. Kawasan bukit, gunung dan banjaran membentuk kawasan tanah tinggi. Faktor fizikal bentuk muka bumi Malaysia yang pelbagai ini telah mempengaruhi sektor perhidmatan pengangkutan negara. Misalnya, jalan raya dan jalan kereta api sesuai dibina di kawasan tanah pamah, lembah sungai dan pinggir pantai. Hal ini kerana jaringan pengangkutan mudah dibina di kawasan yang topografinya yang rata dan landai kerana tidak memerlukan kos yang tinggi serta lebih selamat. Oleh itu, kerja-kerja membina jaringan pengangkutan ini tidak perlu melalui proses penarahan bukit dan risiko untuk berlaku tragedi bencana alam di kawasan jalan raya seperti gelongsoran tanih terutama ketika musim hujan juga berkurangan. Antara jaringan pengangkutan yang dibina di kawasan tanah pamah ialah jaringan lebuh raya seperti Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), GUTHRIE, Lebuh Raya Kajang Seremban (LEKAS) dan banyak lagi. Selain itu, jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang turut dibina di kawasan tanah pamah. Justeru itu, kawasan tanah pamah memiliki darjah ketersampaian yang tinggi sehingga menyebabkan kawasan ini mula menjadi tumpuan penduduk yang akhirnya berkembang pesat menjadi sebuah bandar besar. Selain itu, ciri-ciri semula jadi yang menarik di Malaysia juga menjadi faktor tarikan utama dalam sektor pelancongan. Misalnya negara mempunyai gunung yang unik untuk di daki seperti Gunung Kinabalu. Terdapat juga gua unik dan gemar dikunjungi pelancong seperti Gua Niah dan Gua Mulu. Di luar pinggir laut Malaysia pula terdapat kira-kira 270 buah pulau. Contohnya ialah Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan Pulau Banggi. Pulau Pangkor, Pulau Tioman dan Pulau Payar di Langkawi yang indah dan menjadi tumpuan pelancong asing mahupun pelancong domestik. Selain itu, Malaysia juga mempunyai sungai yang telah menjadi laluan perhubungan penduduk di kawasan pendalaman di Sarawak. Misalnya Sg. Igan dan Sg. Rajang telah menjadi laluan domestik penduduk setempat untuk bergerak ke kawasan lain. Selain itu, jalan air di Sarawak juga digunakan sebagai laluan kegiatan pembalakan seperti dari kem balak di pedalaman Kapit ke Sibu, Sarawak (Stepheny Ricky, 2005).Bahan mentah juga menjadi faktor kepada kepesatan perkhidmatan pengangkutan. Misalnya, bekalan sumber bahan mentah seperti biji timah dan getah telah menggalakkan pembangunan jalan kereta api dari Taiping ke Port Weld semasa zaman British. Selain itu, kekayaan semula jadi seperti penemuan gas asli dapat memajukan sektor pengangkutan dan pelabuhan. Contohnya penemuan gas di Terengganu telah mewujudkan sistem jaringan yang baik di Kerteh. Selain itu, sumber semula jadi seperti sungai dan laut juga menggalakkan perkembangan sektor pengangkutan air seperti Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan yang menjadi laluan penting kepada penduduk Sarawak. Faktor tanih, iklim dan suhu juga mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan secara tidak langsung. Kepelbagaian jenis tanih di Malaysia telah menggalakkan perkembangan sektor pertanian negara. Misalnya tanih aluvium untuk penanaman padi sawah, laterit untuk kelapa sawit dan tanih gambut untuk penanaman nanas. Justeru itu, perkembangan industri primer ini secara tidak langsung mempunyai hubung kait dengan sektor perkhidmatan melalui perkhidmatan pengangkutan dan perkhidmatan logistik yang di gunakan untuk menghantar hasil pertanian ke kawasan industri atau ke pasaran. Selain itu, faktor iklim negara yang panas dan lembap sepanjang tahun juga menggalakkan aktiviti pelancongan kerana keadaan iklim negara Malaysia yang stabil. Suhu negara yang sederhana panas juga menggalakkan kedatangan pelancong asing dari Eropah untuk menikmati suhu panas dan lembap dari negara kita. 3.2 Faktor Kemanusiaan.Faktor kemanusiaan juga menjadi sebahagian penting dalam memacu perkembangan sektor perkhidmatan. Antaranya adalah keupayaan modal. Modal merupakan faktor pengeluaran yang digunakan bagi menghasilkan barangan atau perkhidmatan. Melalui modal, kerajaan dan agensi swasta mampu menjalankan operasi pengeluaran perkhidmatan mereka. Malaysia memperoleh modal melalui pelaburan asing, pengenaan cukai, dan membuat pinjaman. Usaha ini dapat menjamin modal yang besar untuk menyediakan kemudahan yang di kehendaki. Misalnya melalui modal yang besar Malaysia mampu membangunkan Satelit (Measat 1, 2, Tiongsat) bagi kemajuan perkhidmatan telekomunikasi dan perkhidmatan jalur lebar. Selain itu, modal juga penting dalam membina infrastruktur bagi pelbagai perkhidmatan seperti pembinaan jalan raya, jambatan, sekolah, pusat kesihatan dan pembinaan bangunan kerajaan. Oleh itu, modal juga merupakan permulaan yang penting bagi menggalakkan pembangunan sektor perkhidmatan. Faktor kedua merupakan galakkan atau dasar daripada kerajaan. Kerajaan Malaysia telah berusaha dalam memperkembangkan potensi sektor perkhidmatan melalui amalan dasar buka pintu dalam bidang ekonomi. Sikap keterbukaan ini dapat dibuktikan melalui kunjungan wakil Malaysia ke peringkat antarabangsa. Misalnya, kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa telah menghantar rombongan perdagangan ke Jepun, Jerman, & Amerika untuk memasarkan barangan Malaysia, membuat promosi dan menarik pelabur asing menanam modal dalam negara. Kunjungan tersebut di lengkapi dengan seminar, perundingan dan program untuk mempromosikan negara dan meyakinkan ahli korporat asing. Kerajaan juga berhasrat agar pelabur asing dapat menanam modal dalam sektor pelancongan, pendidikan, insurans dan kewangan. Oleh itu, pelbagai tawaran dalam pelaburan di berikan. Contohnya promosi yang diberikan kepada pelabur asing adalah pengecualian cukai antara 85% hingga 100% dalam sesetengah industri bagi menggalakkan mereka melabur di Malaysia. Selain itu, usaha mempromosikan sektor pelancongan di luar negara juga di lakukan oleh Perbadanan Pelancongan Malaysia menerusi media massa dan media sosial. Antara usaha kerajaan adalah melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada 2014 bagi menggalakkan kemasukan pelancong. Bagi meraih kedatangan pelancong kerajaan telah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan Kereta Formula Satu, kejohanan Lumba Basikal Tour De Langkawi, Sukan Sea dan pelbagai kejohanan yang melibatkan kehadiran atlet, perwakilan dan secara tidak langsung pelancong yang datang ke Malaysia untuk menyokong serta memeriahkan lagi kejohanan. Oleh itu, pelbagai galakan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan perkembangan sektor perkhidmatan (Azman Abdullah, 2008). Selain itu, kerajaan juga memberi galakkan melalui pembangunan infrastruktur dan sistem telekomunikasi. Dengan adanya prasarana yang lengkap, sudah tentu sistem perkhidmatan yang dirancang dapat di jalankan dengan berkesan. Misalnya melalui prasarana yang lengkap dalam sesebuah hospital, pakar perubatan dapat memberikan kualiti rawatan yang terbaik kepada pesakit. Selain itu, prasarana yang lengkap dalam sesebuah sekolah juga memberikan kualiti yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor seterusnya adalah keadaan ekonomi negara. Kestabilan ekonomi juga mampu mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan. Kestabilan ekonomi negara akan menggalakkan permintaan terhadap produk daripada sektor primer dan sekunder. Kemajuan daripada sektor primer dan sekunder pula secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sektor tertier seperti perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan pelancongan dan perkhidmatan kerajaan. Contohnya, peredaran hasil pertanian, perlombongan dan perindustrian perlu diangkut dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan dan telekomunikasi yang canggih seperti rangkaian lebuh raya dan jalan kereta api. Selain itu, kestabilan ekonomi juga mempengaruhi kuasa beli masyarakat. Misalnya, peningkatan terhadap pendapatan per kapita rakyat akan menggalakkan mereka menikmati perkhidmatan dengan lebih baik seperti perkhidmatan pelancongan, perkhidmatan guaman, perkhidmatan hartanah, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan pendidikan tinggi. Oleh itu, kemampuan rakyat juga mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan. Perkembangan sektor perkhidmatan juga di pengaruhi oleh tingkat teknologi yang dikenakan ke atas jenis perkhidmatan tersebut. Definisi teknologi telah diterangkan oleh ahli kaji ilmu mengikut disiplin ilmu masing-masing. Dari sudut ekonomi dan masyarakat, teknologi adalah alat dan ilmu yang digunakan untuk memperbaiki kehidupan manusia. Oleh itu, teknologi di gunakan untuk mencapai prestasi dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan pengurusan sumber. Selain itu, teknologi juga mengandungi tiga komponen yang melengkapi proses penambahbaikan yakni alatan seperti mesin, jentera, alatan moden yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Kedua adalah kaedah yakni teknik yang digunakan untuk memproses barang dan perkhidmatan dan yang ketiga adalah ilmu yang digunakan untuk melengkapi keseluruhan proses tersebut. (Ahmad Shukri Mohd, 2005). Oleh itu, teknologi sangat berkait rapat dengan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) kerana melalui R&D penemuan ilmu baru dan inovasi dapat di cipta untuk di manfaatkan dalam sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan komunikasi dan maklumat, perkhidmatan pendidikan, kesihatan, kewangan dan perkhidmatan awam. Sebagai contoh, teknologi ICT yang berkembang pada hari ini turut mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan pendidikan. Melalui teknologi ICT, pelbagai kandungan ilmu dapat tingkatkan dan di zahirkan melalui pelbagai rekaan dan penghasilan peralatan moden. Selain itu, teknologi komunikasi pula sangat penting bagi meningkatkan perkhidmatan komunikasi seperti media cetak dan media tidak bercetak seperti televisyen dan radio. Kejayaan perkhidmatan komunikasi juga dibantu oleh alat yang dicipta dengan menggunakan teknologi canggih seperti jalur lebar, telephone pintar, komputer riba, Personal Digital Assistant (PDA), faksimili, komputer, radar, Handy talky (HT), modem dan mikrofon. Melalui teknologi moden tersebut sistem perhubungan akan lebih cekap dan melewati sempadan dunia. Teknologi moden juga menggalakkan pembinaan projek pembangunan dalam sektor perkhidmatan. Misalnya, teknologi yang diimport dari Eropah digunakan untuk membina kereta kabel yang terpanjang di Asia Tenggara di Pulau Langkawi (dari Bukit Mat Chincang ke Bukit Mat Raya). Selain itu, bidang pembangunan dan penyelidikan juga mampu meningkatkan sektor perkhidmatan. Misalnya, melalui aktiviti R&D, negara berjaya menghasilkan kereta api elektrik LRT dan Monorel bagi meningkatkan kemajuan sektor pengangkutan.Kepakaran dan sumber buruh juga merupakan faktor penting bagi menggalakkan perkembangan sektor perkhidmatan. Tenaga buruh di Malaysia terbahagi kepada tenaga buruh mahir adan separa mahir. Tenaga buruh mahir berupaya memberi perkhidmatan dalam bidang profesional seperti jurutera, arkitek, peguam, pensyarah, guru dan doktor perubatan. Semakin banyak tenaga mahir yang mampu dihasilkan oleh negara, maka semakin tinggi potensi yang boleh di hasilkan oleh kelompok mahir tersebut dalam membuat penemuan baru bagi meningkatkan kemajuan negara. Sebagai contoh, tenaga pakar bioteknologi negara telah membuat penemuan baru pada tahun 80-an apabila berjaya menghasilkan biodiesel daripada minyak kelapa sawit. Selain itu, banyak lagi sumbangan tenaga pakar dalam melicinkan lagi sistem perkhidmatan negara. Oleh itu, kemahiran sumber manusia sangat penting dalam mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan di Malaysia. Selain daripada tenaga buruh mahir, sektor perkhidmatan juga memerlukan tenaga buruh separa mahir dan tidak mahir bagi mengisi kekosongan jawatan dalam sektor perkhidmatan seperti dalam bidang perhotelan, pusat beli belah, restoran dan kerja pembinaan. Tenaga buruh merupakan faktor ekonomi dalam sesebuah negara. Oleh itu, tenaga buruh yang mencukupi sangat penting bagi mengelakkan kebergantungan terhadap tenaga buruh dari negara asing. Hal ini kerana negara juga perlu mengurangkan aliran wang keluar dengan banyak melalui buruh asing tersebut.

4.0 CABARAN DAN KESAN SEKTOR PERKHIDMATAN SERTA LANGKAH PENAMBAHBAIKAN.

Perkembangan sektor perkhidmatan secara umumnya telah memberi faedah kepada kegiatan sosioekonomi penduduk dengan memberi peluang pekerjaan, memenuhi keperluan asas, memberi pendidikan, kebajikan dan menjamin kesihatan masyarakat. Sungguhpun, sektor perkhidmatan telah memberi pelbagai faedah dan kesan yang positif kepada kemajuan dan perkembangan ekonomi negara namun, Malaysia juga perlu berhadapan dengan pelbagai kesan, isu dan cabaran akibat daripada aktiviti yang di jalankan oleh sektor perkhidmatan negara.

4.1 Kesan Kepada Alam Sekitar Fizikal.

Aktiviti pembangunan dalam sektor perkhidmatan secara tidak langsung akan memberi kesan negatif kepada kestabilan alam sekitar manusia antaranya adalah berlakunya pencemaran air, udara, pencemaran darat, gangguan ekosistem, hakisan tanah, perubahan pandang darat dan pemanasan setempat.

4.1.1 Pencemaran air.Pencemaran air berlaku akibat pembuangan bahan kotoran domestik, industri, pertanian, atau juga akibat hakisan tanah ke dalam sumber air sehingga menjadikan sumber air itu tidak lagi selamat untuk hidupan air dan kegunaan manusia. Pengurusan sektor perkhidmatan yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air. Misalnya dalam sektor perkhidmatan pelancongan, terdapat sesetengah pengusaha hotel dan resort mengambil jalan pintas membuang sisa kumbahan dari hotel, resort mengalir ke sungai, tasik atau pantai. Oleh itu, berlakulah pencemaran domestik akibat daripada pembuangan sampah sarap dan sisa kumbahan tersebut. Kesannya, sampah organik akan mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut dalam air. Ini akan mengurangkan kandungan oksigen air dan menyebabkan kematian organisma-organisma akuatik. Kesan daripada pembuangan sisa kumbahan pula akan menyebabkan air tercemar dengan pembiakan bakteria E-Coli. Selain daripada itu, pembuangan sisa bahan kimia seperti minyak dari kenderaan, gris, dan bahan-bahan lain yang terapung di atas air dapat mengurangkan penembusan cahaya matahari dan resapan gas seperti oksigen. Ini seterusnya boleh menyebabkan hidupan akuatik mati. 4.1.2 Pencemaran udara.Pencemaran udara juga boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan. Kesan daripada kepesatan sistem pengangkutan dan perhubungan, jumlah kenderaan seperti bas dan teksi mahupun kenderaan persendirian akan meningkat. Kemudahan jaringan jalan raya yang baik juga menyebabkan destinasi mudah di tuju. Hal ini akan meningkatkan lagi penggunaan kenderaan di jalan raya. Akibatnya, kadar pelepasan asap melalui eksos kenderaan akan meningkatkan jumlah gas beracun dalam atmosfera. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Asap kenderaan merupakan asap tercemar yang mengandungi karbon monoksida dan sulfur dioksida. Peningkatan gas dalam atmosfera menyebabkan udara menjadi tidak bersih dan berlakunya fenomena jerebu dan peningkatan suhu. Antara contoh pencemaran udara berlaku semasa proses pemecahan batu granit untuk membuat jalan dan memecah batu kapur di pinggir Ipoh untuk membuat simen menyebabkan pencemaran udara berlaku di kawasan tersebut.Pencemaran udara ini sangat memberi kesan kepada kesihatan manusia seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Selain manusia, hidupan lain seperti flora dan fauna juga akan mengalami kesan daripada pencemaran udara. 4.1.3 Pencemaran darat.Selain itu, kepesatan sektor perkhidmatan juga menyebabkan berlakunya pencemaran darat. Pencemaran darat berlaku apabila lambakan sampah sarap yang di buang oleh masyarakat mencemarkan alam sekitar. Sampah sarap seperti plastik, tin, kertas, botol dan sisa makanan di buang merata tempat apabila ramai pelancong yang datang ke negara kita terutama semasa sambutan hari perayaan, pesta dan program mega di adakan. Kedatangan pelancong daripada pelbagai negara dan mempunyai latar belakang yang berbeza telah menyebabkan pencemaran darat berlaku.

4.1.4 Kemusnahan ekosistem.Kemusnahan ekosistem juga berlaku kesan daripada aktiviti pembinaan. Pembinaan infrastruktur perkhidmatan seperti hotel, resort, padang golf dan lebuh raya menyebabkan tanah ditebus guna, hutan ditebang dan digondolkan. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan spesies hidupan liar dan flora kehilangan habitat serta mengundang masalah kepupusan biodiversiti setempat. Contohnya, pembinaan lebuh raya dan landasan kapal terbang menyebabkan paya ditimbus dan hutan ditebang. Kemusnahan habitat flora dan fauna ini pula akan menyebabkan kehilangan sumber alam yang berharga seperti kayu kayan, cengal, resak, berlian, damar, orkid hutan, Periuk kera, herba dan hidupan liar . Aktiviti pembinaan infrastruktur seperti sekolah, pusat pengajian tinggi, hospital dan kawasan penempatan akan menyebabkan penyahhutanan berlaku. Aktiviti penyahhutanan menyebabkan pokok yang berfungsi sebagai agen penyederhanaan suhu dimusnahkan dan akhirnya menyebabkan peningkatan suhu. Kawasan hutan yang ditebang menyebabkan wujudnya lebihan karbon dioksida dalam udara (Jamaluddin, 2011). Jumlah karbon dioksida yang berlebihan berbanding oksigen dalam udara menyebabkan kawasan pembangunan menjadi panas. Kemusnahan kawasan hutan juga menyebabkan kawasan tanah terdedah kepada pancaran matahari dan menyebabkan kekurangan proses fotosintesis. 4.1.5 Hakisan tanah dan tanah runtuh.Kesan seterusnya yang berlaku akibat daripada pembangunan sektor perkhidmatan adalah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh. Antara faktor-faktor yang menjadi punca kejadian tanah runtuh ialah aktiviti pemotongan, penarahan, penurasan & penebukan kaki bukit atau kawasan tanah tinggi untuk membina lebuh raya, terowong dan jambatan. Aktiviti pemotongan dan penambakan yang tidak mengambil kira faktor-faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan tanah atau batuan, darjah luluhawa, air bawah permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan dalam proses pembinaan. Tanah yang digondolkan akan menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil dan mengundang gelongsoran tanah yang boleh meragut nyawa dan kehilangan harta benda. Selain daripada penarahan bukit, aktiviti penebangan hutan bagi tujuan pembangunan juga mendatangkan hakisan tanah. Apabila penebangan hutan dilakukan, tanah tersebut akan terdedah kepada agen hakisan dan mewujudkan struktur tanah yang tidak stabil kerana tiada pelindung atau tanaman penutup bumi hingga menyebabkan berlakunya tanah runtuh. 4.1.6 Pemanasan Setempat. Pembangunan sektor perkhidmatan juga mendatangkan kesan kepada pemanasan setempat. Pemanasan setempat merupakan akibat daripada aktiviti manusia yang mengubah kawasan hijau menjadi kawasan binaan atau bandar seperti kegiatan penyahhutanan, pembukaan bandar, pembinaan jalan raya yang banyak atau kawasan perindustrian yang mampu mengubah ciri iklim dan cuaca. (Shaharuddin, 2012). Proses pemanasan setempat ini berlaku apabila peningkatan suhu sekitar disebabkan ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera. Seterusnya akan mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan yang lazimnya berlaku sehingga mewujudkan fenomena kemarau. Pengurangan kelembapan udara ekoran daripada fungsinya untuk membebaskan wap-wap air ke udara melalui proses transpirasi sudah hilang atau berkurangan. Udara sekitar menjadi kering dan cuaca menjadi panas. Hal ini terjadi kerana hutan tidak lagi mampu berfungsi untuk menyederhanakan suhu dengan cara memerangkap bahangan matahari dan membebaskan wap-wap air menerusi proses perpeluhan. Oleh itu, kawasan setempat yang lengkap dengan perkhidmatan kebiasaannya akan menjadi pusat tumpuan ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan bandar. Hal ini akan menggalakkan kepadatan penduduk dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan merancakkan kegiatan manusia yang memberi kesan kepada alam sekitar.Selain daripada itu, kesan penggunaan penyaman udara dalam sektor perkhidmatan seperti di dalam hospital, klinik, institusi pendidikan tinggi, hotel resort dan pejabat-pejabat juga mengundang pemanasan setempat. Proses ini berlaku apabila gas kluoroflorokarbon (CFC) yang dibebaskan oleh alat penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Gas kluoroflorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Apabila CFC dibebaskan di atmosfera, klorin bertindak balas dengan ozon dan membebaskan oksigen dan menyebabkan lapisan ozon di stratosfera menjadi semakin nipis atau berlubang. Oleh itu, sinaran ultra ungu matahari sampai ke permukaan bumi dan akhirnya menyebabkan suhu meningkat.

4.1.7 Perubahan Iklim Mikro.Penebangan tumbuhan dan pembinaan bangunan bagi sektor perkhidmatan seperti bangunan kerajaan, institusi pendidikan dan pembinaan jalan raya juga boleh meningkatkan suhu atau iklim secara mikro. Hal ini berlaku apabila kelembapan dalam udara berkurangan dan mengakibatkan suhu mengalami perubahan. Contohnya, suhu maksimum yang dicatatkan di Melaka ialah 35 C dan suhu minimum ialah 22 C. Suhu ini menunjukkan bahawa Melaka mempunyai cuaca yang panas. Melaka dikatakan begitu panas pada waktu siang dan menjadikan persekitaran tidak begitu selesa kepada warga kota. Suhu di kawasan bandar lebih tinggi berbanding di pinggir bandar. Hal ini disebabkan oleh terdapat banyak permukaan simen dan konkrit, asap kilang, kenderaan dan kurangnya litupan hijau. Apabila sesebuah bandar berkembang, peratusan kawasan permukaan tak telap air akan meningkat dan ini memberi kesan kepada sifat albedo permukaan, suhu udara dan bajet haba bandar. Justeru, keadaan ini memberi pelbagai impak terhadap proses mikro iklim bandar. Oleh itu, ketiadaan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses transpirasi akan menyebabkan suhu meningkat. Contohnya aktiviti penebangan hutan di Cameron Highland menyebabkan suhu meningkat sebanyak 1.5 darjah celsius dari tahun 1974 hingga tahun 2004.4.1.8 Perubahan Pandang DaratSelain itu, kesan pembangunan sektor perkhidmatan seperti pelancongan, pendidikan dan kesihatan secara tidak langsung akan menyebabkan perubahan daripada sudut fizikal atau perubahan pandang darat. Proses ini terjadi apabila kawasan semula jadi berubah kepada kawasan pelancongan seperti padang golf, hotel, resort, jalinan jalan raya, lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan dan empangan. Kegiatan tersebut akan menyebabkan perubahan landskap sesuatu kawasan daripada bentuk asal kepada bentuk baru. Pembinaan empangan menyebabkan kawasan hutan yang luas ditenggelami air.

4.2 LANGKAH PENAMBAHBAIKAN. Bagi mencapai sesebuah kemajuan, negara terpaksa menggadaikan sebahagian besar sumber alam dan hutan untuk tujuan pembangunan. Hal ini kerana pembangunan negara dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan juga merupakan keperluan kepada negara. Namun begitu, bagi melestarikan pembangunan sesebuah negara, kerajaan dan pelbagai pihak harus berusaha melaksanakan langkah-langkah yang boleh mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar. Antar usaha yang boleh dilakukan bagi menstabilkan kelestarian alam akibat aktiviti dalam sektor perkhidmatan adalah dengan memberi pendidikan alam sekitar sebagai langkah kesedaran kepada masyarakat, melaksanakan projek penghutanan semula, program kitar semula, mengawal pelepasan asap kenderaan bermotor dan melaksanakan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan. 4.2.1 Penghutanan dan penanaman semula. Hutan mempunyai 1001 fungsi yang memberi manfaat kepada penghuni bumi antaranya adalah berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan, membantu mengimbangi suhu bumi, menstabilkan peratusan oksigen di permukaan bumi, membekalkan air, menjadi habitat flora dan fauna serta membekalkan sumbernya kepada kehidupan manusia. Namun begitu, ancaman terhadap hutan di Malaysia menyebabkan negara berdepan dengan konflik tanah runtuh, banjir lumpur, gangguan bekalan air serta kepupusan spesies flora dan fauna (Mohd. Rafi Abdullah, 2012). Oleh yang demikian usaha penanaman semula dan penghutanan semula penting untuk menjamin kelestarian alam akibat kesan pembangunan.Penghutanan semula adalah aktiviti mewujudkan hutan di atas tanah yang bukan hutan seperti tanah bekas lombong, tanah tandus atau gersang, atau tanah yang di penuhi dengan lalang (Julian Evans, 1995). Menurut terbitan Akhbar Utusan Sarawak pada 31 May 2014, usaha FRIM ini telah di jalankan di Hutan Simpan Bukit Lagong, Kepong di bahagian kampus FRIM. Hutan ini juga di iktiraf sebagai Hutan Tropika buatan manusia tertua di dunia. Tempat asal kawasan tersebut merupakan kawasan bekas lombong biji timah yang telah di usahakan sejak 1927 dan kini menjadi hutan rekreasi yang terkenal. Penanaman semula pula merupakan usaha bagi memulihara sumber hutan yang telah terancam. Kegiatan ini biasanya dilakukan di kawasan hutan yang telah ditebang. Tujuan penanaman semula adalah untuk mengekalkan spesies pokok hutan tersebut. Di samping itu, dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik, memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup. Oleh itu, pengusaha balak perlu menanam semula pokok balak yang ditebang dengan anggaran 3 batang pokok bagi sebatang pokok yang di tebang. Oleh itu, projek perhutanan dan penanaman semula ini sangat penting bagi mengekalkan kadar oksigen dan karbon dioksida dalam atmosfera.4.2.2 Pendidikan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar merupakan usaha yang di lakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Pendidikan alam sekitar diwajibkan bagi setiap peringkat pendidikan samada di peringkat sekolah, IPTA, peringkat kampung, negeri atau peringkat kebangsaan. Pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah rendah dan menengah, di masukkan dalam kurikulum formal melalui mata pelajaran geografi. Matlamat pendidikan ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.Selain itu, pendidikan alam sekitar di peringkat pengajian tinggi pula lebih mendalam dengan memenuhi keperluan sebagai bakal pewaris bangsa. Pendidikan alam sekitar di peringkat tinggi terdedah kepada cara pemeliharaan dan pemuliharaan hutan, perancangan pembangunan lestari hutan dan pengurusan sumber-sumber semula jadi secara terancang. Pelajar juga di dedahkan dengan masalah alam sekitar dan penyelesaiannya. Pendidikan alam sekitar di peringkat tinggi lebih matang dan mampu memberi kesan kepada generasi akan datang.4.2.3 Kempen Alam Sekitar . Kempen kesedaran ini bertujuan untuk mendedahkan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Kempen kesedaran boleh dilakukan dalam bentuk ceramah mahupun pertandingan dengan bertemakan menyayangi alam sekitar. Risalah juga boleh diedarkan untuk menyedarkan orang ramai tentang pengurusan sisa pepejal, kepentingan kitar semula dan kepentingan mengurangkan asap kenderaan. Poster-poster yang berkaitan boleh diletak dan dipaparkan di kawasan awam, seperti bas stesen, pusat beli-belah, kawasan sekolah, dan sebagainya. Selain daripada itu, kempen kitar semula juga adalah alternatif yang baik untuk memelihara alam sekitar. Antara barang yang boleh di kitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru. Kerajaan dan NGO juga wajar menyediakan tong kitar semula di tempat terbuka seperti di terminal bas, kawasan pelancongan, hotel, resort dan kawasan rekreasi. Oleh itu, masyarakat dapat menjayakan program kitar semula secara tidak langsung walaupun semasa bercuti di luar. Selain itu, aktiviti kitar semula kertas juga wajar di lakukan di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat swasta dan institusi pendidikan yang sememangnya tinggi dalam penggunaan kertas. Oleh itu, bagi menjayakan keberkesanan program kesedaran, pihak media juga perlu memberi sumbangan yang besar dan bekerjasama menjayakan hasrat kerajaan ini. Hal ini kerana media massa seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah dan website memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran pengguna. Oleh itu, pendedahan media massa terhadap kepentingan menjaga alam sekitar mampu memberi kesedaran kepada rakyat. 4.2.4 Mengawal pelepasan asap kenderaan bermotor. Perkhidmatan pengangkutan merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara. Oleh itu, bagi mengurangkan kesan pelepasan gas toksik daripada asap kenderaan, pihak berwajib perlu melakukan beberapa usaha untuk memulihkan keadaan udara yang tercemar. Penggunaan petrol tanpa plumbum merupakan salah satu usaha yang dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selesema daripada berlarutan. Selain itu, usaha untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh dilakukan dengan menggunakan penukar pemangkin atau catalytic converter yang lebih mesra alam. Kerajaan juga boleh mewajibkan penggunaan penukar pemangkin (Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar pemangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar pemangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor. Oleh itu, Catalytic Converter bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukar karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air. Faedah yang boleh diperoleh daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimumkan. Walau bagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin akan mencemarkan udara. Oleh itu, sikap pengguna kenderaan bermotor yang sering membiarkan enjin kenderaan sentiasa hidup semasa menunggu atau tabiat memanaskan enjin juga boleh menyebabkan gas dibebaskan tanpa henti. Justeru itu, jika kesedaran dapat dipupuk dalam kalangan pengguna agar mematikan enjin dalam keadaan idling atau dalam keadaan menunggu ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global dalam jangka panjang.Kesimpulannya, terdapat beberapa langkah yang harus giat di jalankan bagi mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar akibat daripada pembangunan sektor perkhidmatan seperti pengangkutan, pelancongan, kewangan, dan perkhidmatan kerajaan.

5.0 KESIMPULAN.

Secara keseluruhannya, sektor perkhidmatan di Malaysia merupakan sektor tertier yang sangat penting dalam pembangunan negara. Sektor perkhidmatan merupakan penggerak utama dalam memajukan sektor primer dan sekunder negara. Melalui khidmat logistik misalnya, bahan mentah mampu di eksploitasi dan di hantar ke kawasan industri untuk di olah menjadi output. Seterusnya output pula di hantar ke lokasi pemasaran melalui perkhidmatan pengangkutan. Oleh itu, perkembangan sektor perkhidmatan sangat penting bagi melancarkan pergerakan sektor pertanian dan industri. Antara contoh subsektor perkhidmatan adalah seperti perkhidmatan pelancongan, pengangkutan, kewangan, insurans dan perniagaan, kesihatan, pendidikan, utiliti dan perkhidmatan awam. Setiap sub sektor tersebut mempunyai kepentingan dan sumbangan yang positif kepada pembangunan sosioekonomi negara.

Terdapat pelbagai faktor yang menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor perkhidmatan negara antaranya adalah dipengaruhi oleh faktor fizikal dan faktor kemanusiaan. Faktor fizikal sangat mempengaruhi perkembangan sektor perkhidmatan. Keanekaan bentuk muka bumi negara yang terdiri daripada tanah pamah, tanah tinggi, pinggir pantai dan lembangan menjadikan negara berpotensi untuk melaksanakan aktiviti pelancongan dan juga pembinaan jaringan pengangkutan mengikut kesesuaian bentuk muka bumi. Selain itu, faktor kemanusiaan juga memberi pengaruh yang besar kepada perkembangan sektor perkhidmatan negara. Faktor kemanusiaan seperti dasar kerajaan, teknologi dan R&D, modal, keadaan ekonomi, tenaga buruh dan pembangunan infrastruktur memberi impak kepada perkembangan sektor ini. misalnya dasar kerajaan yang giat membuat promosi dan menggalakkan pelancong asing ke Malaysia melalui kempen dan mengadakan tahun melawat Malaysia pada 2014 telah mencatatkan kunjungan yang tinggi pada tahun tersebut. Selain itu, faktor lain seperti bekalan tenaga buruh yang mencukupi dan kecekapan tenaga buruh mahir yang berpotensi melicinkan operasi perkhidmatan juga boleh membangunkan sektor perkhidmatan negara. Oleh itu, faktor kemanusiaan juga penting untuk di bangunkan bagi menggalakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan Malaysia. Selain daripada faktor perkembangan, kita juga perlu mengambil kira kesan yang timbul akibat daripada kegiatan perkhidmatan ini. Antara kesan yang paling ketara akibat daripada kegiatan sektor perkhidmatan ini adalah gangguan terhadap alam sekitar seperti pencemaran, penyahhutanan, peningkatan suhu, pemanasan setempat dan gangguan ekosistem alam. Oleh itu, kesan terhadap alam sekitar juga perlu di kaji dan di laksanakan beberapa langkah penambahbaikan agar negara dapat menikmati manfaat sektor perkhidmatan tanpa mengabaikan kelestarian alam sekitar. Antara langkah yang perlu diperkasakan adalah usaha pemuliharaan dan pemeliharaan, pendidikan alam sekitar, kempen kesedaran dan langkah R&D bagi mengatasi masalah yang berlaku. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama melakukan perubahan walaupun kesan yang di dapati tidak begitu besar dalam jangka pendek, namun kesannya mungkin lebih terserlah dalam jangka masa panjang.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Shukri Mohd. Naim & Amran Md. Rasli. (2005). Pengurusan Teknologi. Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaya. Azman Abdullah, Rosnah Haji Salleh & Kuswandi Tayen. (2008). Kemahiran Geografi. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.Ibrahim Wahab. (1991). Pengangkutan Bandar di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia.Jamaluddin Md. Jahi. (2011). Perubahan Persekitaran Fizikal dan Keselamatan Manusia. Malaysian Journal of Environmental Management. 12 (2): 3-10.Julian Evans (1995). Hutan Perladangan di Kawasan Tropika (Mohd Nasir Hamzah, Penterjemah.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kerajaan Malaysia. (1999). Perkhidmatan Awam Malaysia: Menuju Alaf Baru. Kuala Lumpur: Unit Pemodenan Tadbir dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Mohd. Rafi Abdullah (2012). Cintai Alam Sekeliling Kita. Kuala Lumpur: Penerbit Kerjaya Sdn. Bhd.Rahim Abdullah. (2005). Siri Pengurusan dan Pentadbiran: Pengurusan Logistik Antarabangsa. Kuala lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. Sarizah Soed & M. Nazri Zakaria. (2005). Asas-Asas Ekonomi: Siri Ekonomi dan Kewangan. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Shaharuddin Ahmad. (2012). Mikroiklim Bandar Perkembangan dan Impak Pulau Haba Bandar di Malaysia. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.Stepheny Ricky. (2005). Persepsi Penduduk Mengenai Masalah Hakisan Tanah Akibat Kegiatan Pembalakan di Daerah Song, Sarawak. Projek Ijazah Sarjana Muda. Jabatan Geografi dan Alam Sekitar. Universiti Malaya.Wan Shahara Ahmad Ghazali. (2014). Utusan Sarawak: FRIM UTM Bina Hutan Baru. Edisi 31 May 2014. Sarawak: Utusan Sdn.Bhd.Yahaya Ibrahim, Sulong Mohamad & Habibah Ahmad. (2008). Pelancongan Malaysia: Isu Pembangunan, Budaya, Komuniti, dan Persetempatan. Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

RUJUKAN INTERNET

Jabatan Perangkaan Malaysia. Diperoleh pada 27 Mac 2015 daripada http://statistics.gov.my/portal. Portal Rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. ETP: Usaha Mentransformasikan Pelancongan Ke Tahap Baru. Diperoleh pada 27 Mac 2015 daripada http://www.motac.gov.my/bm/arkib/2012/348-etp-usaha-mentransfromasi-pelancongan-ke-tahap-baru.

9