2
Selain itu, Pendidikan Jasmani merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran ini diajar selama 11 tahun yang merangkumi tunjang kecergasan, kemahiran, dan kesukanan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Pendidikan Jasmani adalah satu proses pembelajaran yang menyeluruh merangkumi kesemua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan juga emosi yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Melalui Pendidikan Jasmani ini, murid akan diberikan ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalani (Pettitor dalam Wee Eng Hoe, 2005). Terdapat tiga tunjang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Ketiga-tiga tunjang ini dibentuk kerana matlamat utama Pendidikan Jasmani ialah melahirkan murid yang cergas melalui pengajaran dan pembelajaran disamping menekankan aspek keselamatan serta penglibatan yang aktif dari semua murid. Merujuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 5 (2013) , terdapatnya pengajaran tentang kemahiran asas kategori serangan. Perkara yang difokuskan dalam standard pembelajaran adalah melakukan pelbagai teknik hantaran bola ke sasaran dengan menggunakan alatan dan anggota badan yang dibenarkan. Permainan hoki adalah termasuk di dalam salah satu sukan yang perlu diajar dalam sukatan pelajaran murid Tahun 5. Kemahiran memukul hoki juga adalah termasuk di dalam sukatan pelajaran yang perlu dilaksanakan. Teknik lakuan untuk melakukan kemahiran memukul perlu diajar untuk membolehkan murid menguasai permainan hoki dengan baik dan ketepatan ke arah sasaran dapat dihasilkan. Hal ini kerana, ketepatan akan dapat dihasilkan sekiranya kemahiran dilakukan dengan teknik yang betul (Grice, 2007). Cara pengajaran boleh dipelbagaikan untuk menarik minat murid dalam kemahiran. Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan

Selain Itu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

nj

Citation preview

Selain itu, Pendidikan Jasmani merupakan salah satu mata pelajaran teras yang diajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran ini diajar selama 11 tahun yang merangkumi tunjang kecergasan, kemahiran, dan kesukanan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Pendidikan Jasmani adalah satu proses pembelajaran yang menyeluruh merangkumi kesemua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan juga emosi yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Melalui Pendidikan Jasmani ini, murid akan diberikan ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalani (Pettitor dalam Wee Eng Hoe, 2005). Terdapat tiga tunjang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Ketiga-tiga tunjang ini dibentuk kerana matlamat utama Pendidikan Jasmani ialah melahirkan murid yang cergas melalui pengajaran dan pembelajaran disamping menekankan aspek keselamatan serta penglibatan yang aktif dari semua murid. Merujuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun 5 (2013), terdapatnya pengajaran tentang kemahiran asas kategori serangan. Perkara yang difokuskan dalam standard pembelajaran adalah melakukan pelbagai teknik hantaran bola ke sasaran dengan menggunakan alatan dan anggota badan yang dibenarkan. Permainan hoki adalah termasuk di dalam salah satu sukan yang perlu diajar dalam sukatan pelajaran murid Tahun 5.

Kemahiran memukul hoki juga adalah termasuk di dalam sukatan pelajaran yang perlu dilaksanakan. Teknik lakuan untuk melakukan kemahiran memukul perlu diajar untuk membolehkan murid menguasai permainan hoki dengan baik dan ketepatan ke arah sasaran dapat dihasilkan. Hal ini kerana, ketepatan akan dapat dihasilkan sekiranya kemahiran dilakukan dengan teknik yang betul (Grice, 2007).

Cara pengajaran boleh dipelbagaikan untuk menarik minat murid dalam kemahiran. Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran. Menurut Bloom (1968) berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. Menurut Anderson & Block (1975) ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten, idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas. Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Selain itu, Penggunaan kad kriteria pula akan menjelaskan secara lebih terperinci mengenai konten yang ingin diajar dan menjadi panduan kepada murid dalam memperbaiki kesalahan yang dilakukan sepanjang pengajaran dilaksanakan.

Disiplin pendidikan jasmani dan sains sukan kaya dengan teori pedagogi pengajaran seperti teori spektrum pengajaran Mosston dan Ashworth (2002). Stail pengajaran ini menyediakan pilihan kepada guru tentang pelbagai pilihan stail mengajar bagi memenuhi tujuan pengajaran (Doherty, 2003). Menurut Philip dan Wikersoon (1990), stail pengajaran perlu dipelbagaikan untuk memberi faedah kepada murid. Stail reciprocal daripada spektrum pengajaran ini menekankan pengajaran secara berpasangan. Penggunaan kad kriteria pula akan menjelaskan secara lebih terperinci mengenai konten yang ingin diajar dan menjadi panduan kepada murid dalam memperbaiki kesalahan yang dilakukan sepanjang pengajaran dilaksanakan