24
ANALISIS FAKTOR MOTIVASI PELANCONG KE HOMESTAY KAMPUNG TEB. A. KANý'x MELAYU, SERIAN Siti Nor Aishah Binti Bujang Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian ( Pengurusan Seni ) 2017

ANALISIS FAKTOR MOTIVASI PELANCONG KE HOMESTAY … FAKTOR MOTIVASI...moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan kajian ini. Selain itu, saya turut berterima Selain itu, saya turut

Embed Size (px)

Citation preview

ANALISIS FAKTOR MOTIVASI PELANCONG KE HOMESTAY KAMPUNG TEB. A. KANý'x MELAYU, SERIAN

Siti Nor Aishah Binti Bujang

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian ( Pengurusan Seni )

2017

ANAL. ISIS FAKTOR MOTIVASI PELANCONG KE HOMESTAY KAMPUNG TEBAKANG TNIELAYU, SERIAN

SITI NOR AISHAH BINTI BUJANG

50017

Projek ini inerupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sai, jana Seni Gunaan dengan Isepujian

Pengurusan Seni

Fakulti SPni Gunaan (Ian Kreatif UN I\, E RSITI MALAYSIA SARAWAK

2017

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL ANALISIS FAKTOR MOTIVASI PELANCONG KE HOMESTAY KAMPUNG TEBAKANG MELAYU, SERIAN

SESI PENGAJIAN : 2014 / 2015

Saya : Sill NOR AIISHAH BINTI BUJANG

mengaku membenarkan *tesis ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak den-an syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak. Pusat Khidmat Makiumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Pusat Khidmat Makiumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis mi sehagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi_

*sila tandakan ýJ

Disah oleh:

-7rV, A-q

SULZT

TERHAD

� ITIDAK TERHADn

\ND, XTANGWN PENULIS)

Alamat tetap: No til 75 Lot Baru Fasa 2 Kampung Tanjong Bundong. 94300 Kota Samarahan.

'rat-lkh dý/cSI/1

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi! badan di mana penvelidikan dijalankan)

AN ANGAN PENYELIA

0

Tarikh :

C'atatan: * "Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazall Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda ** Jika tesis im SULIT atau TERI-IAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa i organisasi

berkenaan dengan menyatakan sek-all sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

oleh:

I&Al ANGAN PENYELIA)

PENCAKU: AN

Projek bertajuk "Analisis Faktor Motivasi Pelancong ke Homestay Kampung Tebakang

Melayu, Serian" telah disediakan oleh Siti Nor Aishah Binti Bujang dan telah diserahkan

kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai mernenuhi syarat untuk ljazah Sarjana Muda

Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengunisan Seni).

Penghargaan

Assalamualaikum w. b. t dan salam sejahtera.

Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnia-Nya dapat juga saya menyempurnakan

kajian ini. Sepanjang menjalankan kajian ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman

sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai

seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan kajian ini mungkin

hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup. Justeru itu, saya juga memperolehi pelbagai

matlumat dan pengetahuan yang dengan lebih terperinci lagi berkaitan kajian yang dikaji iaitu

bertajuk "Analisis Faktor Motivasi Pelancong ke Homestay Kampung Tebakang Melayu,

Serian". Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang terlibat sepanjang menjayakan kajian ini, terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Encik

Shaik Azahar Shaik Hussain kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya

sepanjang menjalankan kajian ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha

menyempurnakan kajian bagi Projek Tahun Akhir (PTA). Oleh itu, saya juga ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga yang telah banyak memberi sokongan

moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan kajian ini. Selain itu, saya turut berterima

kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan

kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan kajian ini dengan jayanya. Ucapan ini

juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini sama ada secara

langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai

kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, kajian ini tidak dapat dilaksanakan dengan

sempurna.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau Analisis Faktor Motivasi Pelancong di Homestay Kampung

Tebakang Melayu Serian, Sarawak. Analisis yang ditinjau meliputi faktor motivasi tidak kira

dari segi ekonoini, sosial, budaya dan alam sekitar. Pendekatan kajian ini adalah melalui

tinjauan bersemuka. Seramai 370 responden terdiri daripada pengusaha, pelancong dan

penduduk sekitar hornestay di Kampung Tebakang Melayu, Serian, Sarawak yang terlibat

dalam kajian ini. Melalui kajian ini, Analisisfaktor motivasi menggunakan kaedah kualitatif

dan kuantitatif akan digunakan bagi meneliti faktor tarikan dan tolakan pelancong yang dilihat

menjadi punca keinunduran homestay Kampung Tebakang Melayu, Serian. Hasil kajian akan

mendapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kejayaan sesebuah homestay

antaranya kepimpinan, promosi, kemahiran keusahawanan dan kesepakatan antarapenduduk.

Justeru, kajian ini membantu sesebuah homestay mengenal pasti kelebihan, kelemahan,

peluang dan ancaman sebagai pendorong untuk terus membangun dan memberi manfaat

kepada penduduk setempat.

Kata kunci: homestay; faktor motivasi; pelancong; Sarawak.

ABSTRACT

This study aims to review the Motivation Factor Analysis on the Tourist Homestay Kampung

Tebakang Melayu Serian, Sarawak. The analytical review includes a motivational factor not

considered in terms of economic, social, cultural and environmental. This research approach

is through face to face surveys. A total of 370 respondents consisting of businessmen, tourists

and local residents in Kampung Tebakang Melayu homestay, Serian, Sarawak who participated

in this study. Through this study, analysis of motivation factors using qualitative and

quantitative methods will be used to examine factors tourist attraction and repulsion are seen

to be the cause of underdevelopment Kampung Tebakang Melayu homestay, Serian. The results

of the study will find there are various factors that influence the success of a homestay including

leadership, promotion of entrepreneurial skills and an agreement among the population. Thus,

this study helps a homestay identify advantages, weaknesses, opportunities and threats as a

spur to continue to develop and benefit the local population.

Keywords: homestay; motivating factors; tourists; Sarawak.

Senarai Singkatan

CBT Community Based Tourism

MAHA Persatuan Pertanian dan Pekebun Malaya

MARA Majlis Amanah Rakyat

PBB Parti Bangsa-bangsa Bersatu

RIDA Penubuhan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan

UNTWO United Nations World Tourism Organization

KNK Keluaran Negara Kasar

KPM Kementerian Pelancongan Malaysia

ISI K. aND['ti'GAN

BAI3I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

1.1 Latar Belakang Kajian

1.2 Skop Kajian

1.2.1 Tajuk

1.2.2 Sampel

1.2.3 Tujuan

1.3 Perinasalahan Kajian

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kerangka Konsep Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 I3atasan Kajian

1.9 Ringkasan Bab

MUKa SURAT

1

10

13

15

15

16

17-18

17-18

17-18

18

20

21

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.0 Pendaln. iluan 23

2.1 Definisi Operasi

2.1.1 Definisi Dan Konsep 25

2.1.1.1 Moti vasi 25

2.1.12 Motivasi Dalam Konteks Pelancongan 28

2.1.1.3 Cabaran 30

2.1.1.4 Tingkah Laku 40

2.1.1.5 Persepsi 43

11. 1.6 Kepuasan Pelancong 45

2.1. 1.7 Teori Tolakan Dan Tarikan 47

2.1.1.8 Strategi Pemasaran 50

2.1.1.9 Pelancongan 52

2.1.1.10 Pelancongan Di Malaysia 55

2.1.1.1 1 Pelancongan Massa 59

2.1.1.12 Pelancongan Alternatif 60

2.1.1.13 Pelancongan Berasaskan Komuniti Di Malaysia 62

2.1.1.14 Industri Pelancongan 63

2.1.1.15 Destinasi Pelancongan 65

2. l . 1.16 B udaya 66

2.1.1.17 Warisan 67

2.1.1.18 Honlestav 67

2. I . 1.19 Sejarah Hornestay Di Malaysia 70

2,1.1.20 Konsep Program Homestuy Malaysia 75

2.1.1.21 Kriteria Pembangunan Homestciy 77

2.1.1.22 Tipologi Tingkahlaku Pelancong 79

2.1.1.23 Tipologi Pennintaan 80

2.1.1.24 Pelancongan Homestay Di Malaysia 81

2.1.1.25 Program Hoinestav Di Malaysia 83

2.1.1.26 Pembangunan Hofnestcy, 86

2.1.1.27 Peinbangunan Komuniti Dan Honlestav 88

2.1.1.28 Konsep Pelancongan Berasaskan Kornuniti 89

(CBT) Yang Mapan

2.1.129 Penyertaan Komuniti 92

2.1.1.30 Pembangunan Ekonomi Ke Atas Pelancongan 93

Di Malaysia

2.1.1.31 Rancangan Malaysia Kesepuluh (Rmk-10) 95

2.1 . I . 32 Rancangan Malaysia Kesebelas (Rnik-11) 96

2.1.1.33 Sokongan Kerajaan 96

2.2 Ringkasan Bab 97

BAB 3 1 1ETODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan Bab 98

3.1 Kawasan Kajian 99

3.2 Kajian Rangka Kerja 100

3.3. Benluk Kajian 101

3.3.1. Sample 101

3.3.2 Pembolehubah 102

3.3.3 Kajian Pembolehubah 104

3.3.4 Ujian Pra Daripada Irrstrumen Kajian 105

3.3.5 Kebolehpercayaan Dan Kesahihan Data 105

3.3.6 Analisis Data 105

3.4 Ringkasan 106

3.5 Kesimpulan 108

BAB 4 DAPATAN KAJiAN

4.0 Pendalnil uan

4. / Analisa Dernografi Responden

4.2 Analisa Faktor Motivasi

110

111

118

4.3 Analisa kekerapan kesan Penglibatan Komuniti dalam kemajuan 133

honresiciy,

4.4 Analisa Kekerapan strategi dan promosi 143

4.5 Analisa Kekerapan pendapat pelancong tentang pelancong 152

mengenai Home. slav Kampung Tebakang.

4.6 Ringkasan bat) 165

BAB 5 RliMC`SAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 166

5.1 Perbincangan 166

5. 1.1 Analisa taburan silang 171

5.1.2 Analisa kebolehpercayaan dan kesahihail 178

5.1.3 Analisa pekali kolerasi Pearson 180

5.2 Cadangan 181

5.2.1 Cadangan Kepada Pihak Homestay 182

5.2.2 Cadangan Kepada Kementerian Pelancongan 182

Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sarawak

5.2.3 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 185

5.3 Rumusan Dapatan Kajian 186

5.4 Kesimpulan 188

RUJUKAN 191

LA1lIPIRAN 196

BABSATU

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Homestay menjadi popular di kalangan pelancong asing dan pelancong tempatan sebagai produk

pelancongan alternatif yang memberikan pengalaman lebih bermakna dengan mempelajari tentang

budaya tempatan sesebuah negara bila membuat lawatan ke negara tersebut. Homestay berkait

rapat dengan alam semula jadi, budaya, adat tempatan, tradisi yang telah dirancang untuk menarik

pelancong untuk tinggal bersama masyarakat setempat bagi mendapatkan pengalaman budaya

yang berbeza dan keseronokan dalam mengetahui sesuatu budaya yang tiada ada di negara sendiri.

Rumah penginapan menyediakan pelancong kemudahan penginapan, makanan dan minuman serta

aktiviti yang berbeza dari segi pendidikan, hiburan dan pengalaman sepanjang berada di sana.

Kepelbagaian destinasi juga menawarkan bermacam-macam jenis aktiviti riadah untuk

dimasukkan ke dalam industri pelancongan melalui pelbagai aktiviti pelancongan berasaskan

komuniti seperti rumah penginapan untuk menarik lebih ramai pelancong bagi mendapatkan

faedah ekonoini yang maksimum kepada diri dan negara.

Penyumbang utama ekonomi kedua terbesar di negara Malaysia merupakan lndustri pelancongan

selepas sektor pembuatan. Menerusi Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan

Malaysia (2014), Malaysia mencatat rekod peningkatan kedatangan pelancong sebanyak +1.2%

dengan jumlah sebanyak 9,438,592 orang bagi lima bulan pertama tahun 2012, berbanding

9,323,827 prang bagi tempoh yang sama tahun 2011, menurut Menteri Pelancongan, Dato' Seri

Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Negara-negara ASEAN masih menjadi penyumbang tertinggi

1

kepada kedatangan pelancong ke Malaysia iaitu 73.4% daripada jumlah keseluruhan kedatangan

pelancong. Negara-negara tersebut ialah Indonesia (+19.3%), Filipina (+41.7%), Vietnam

(+35.2%), Myanmar (+6.9%) dan Laos (+19.9%). Selain itu, negara-negara lain termasuklah Saudi

Arabia (+50.7%), China (+34.1 %), Japan (30.6%), Russia (25.8%), Kazakhstan (25.2%), Denmark

(14.4%) dan India (+7.8%). Jumlah pendapat pelancong yang didapati daripada pelancong dari

bulan Januari hingga Mei 2012 meningkat sebanyak +1.9%, iaitu menjana sebanyak RM21.8

bilion kepada pendapat pelancong negara, berbanding RM21.4 bilion pada tahun 2011.

Perbelanjaan pelancong per kapita bagi tempoh tersebut dianggarkan berjumlah RM2,309 dengan

peningkatan 0.7% berbanding RM2,294 pada tahun 2011.

Kementerian Pelancongan mengalakkan Program Honlestay berjalan secara aktif sebagai industri

ekopelancongan berasaskan komuniti di Malaysia. Kerajaan telah merealisasikan industri ini

sebagai pemangkin kepada kemajuan luar bandar disamping pembangunan masyarakat dari

perspektif bidang sosio-ekonomi. Pelancongan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan

ekonomi Negara dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh semua individu

yang sanggup membayar dengan nilai yang telah ditetapkan. Program homestay ini merupakan

program pelancongan desa yang semakin berkembang. Melalui aktiviti pelancongan ini boleh

dijadikan sebagai produk pelancongan seperti menjalaiilcan program homestay di setiap negeri di

Malaysia. Berdasarkan Kayat (2004), industri pelancongan inenjadi sumbangan utama kepada

negara dalam abad ke 21- ini seperti di Perancis, Itali dan Eropah. Ketiga-tiga Negara ini telah pun

memberikan sumbangan sehingga memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi

Negara tersebut. Selepas industri perkilangan, industri pelancongan yang menjadi industri kedua

terpenting Negara juga mampu untuk mengekploitasikan sumber pendapat pelancong tentang

Negara.

Saban hari, sektor pelancongan telah diberi perhatian serius oleh kebanyakan negara di dunia ini

kerana ia mempunyai potensi tersendiri untuk bersaing setanding dengan sektor lain. Di Malaysia,

sektor pelancongan merupakan sektor kedua terbesar selepas sektor pembuatan (Che Leh, 2013).

Kementerian Pelancongan Malaysia (2010), Sektor pelancongan mempunyai kaitan dengan

ketibaan pelancong sama ada pelancong domestik atau pelancong antarabangsa. Ketibaan mereka

2

amal penting kerana boleh menambah pendapat pelancong sekaligus meningkatkan pertumbuhan

ekonomi negara.

Menurut United Nations World Tourism Organization (UNWTO) (2013), pelancongan dunia telah

berkembang sebanyak empat peratus (%) pada tahun 2012, dengan mencatat jumlah ketibaan

pelancong sebanyak 1,035 billion dan jumlah pendapat pelancong sebanyak 1,075 billion Amerika

Syarikat. er dianggap baik kerana sektor pelancongan yang semakin berkembang memberi banyak

manfaat ekonomi kepada sesebuah negara. Di Malaysia, pada tahun 2012 sebanyak 25.03 juta

pelancong masuk ke negara ini dengan perbelanjaan berjumlah RM60.6 billion (Pelancongan

Malaysia, 2013). Menurut Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu, industri

pelancongan telah mengalami pertumbuhan secara berterusan dan kepelbagaian untuk menjadi

salah satu sektor ekonomi terbesar dan paling cepat berkembang di dunia sejak enam dekad yang

lalu. Masa depan industri pelancongan arnat cerah memandangkan Pertubuhan Pelancongan Dunia

meramalkan bahawa kira-kira satu bilion pelancong memulakan perjalanan di seluruh dunia pada

tahun 2010.

Selaras dengan Pelan Transfomiasi Pelancongan Malaysia 2020 iaitu mencapai sebanyak 36 juta

orang pelancong dengan jumlah pendapat pelancong tentang sebanyak RM 168 bilion menjelang

tahun 2020, adalah penting bagi Malaysia untuk menjadi lebih fokus kepada mengekalkan kadar

peningkatan basil seorang pelancong berbanding daripada hanya lebih mementingkan kepada

kadar peningkatan kedatangan pelancong. Bagi menarik lebih ramai segmen pelancong

berpendapat pelancong tinggi, kita mestilah meningkatkanjaringan perhubungan kepada pasaran-

pasaran utama. Sebagai pennulaan, Tourism Malaysia telah berusaha ke arah meningkatkan

frekuensi penerbangan kepada 6 negara utama iaitu China, India, Jepun, Korea Selatan, Australia

dan Taiwan, selain membangunkan rangka kerja bagi peruntukan hak penerbangan untuk

melicinkan kemudahan laluan-laluan utama tersebut dan yang lain-lainnya. (Unit Komunikasi

Korporat, Kementerian Pelancongan Malaysia, 2014).

Di Malaysia, pelancongan merupakan penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi seterusnya

kepada sektor pembuatan. Usaha Malaysia dalam membangunkan dan mempromosikan produk

pelancongan telah menghasilkan analisis keputusan yang memberangsangkan. Pada tahun 2008,3

terdapat 22.05 juta ketibaan pelancong dengan jumlah pendapat pelancong sebanyak RM49.6

bilion. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 5.5% dalam ketibaan pelancong dan

peningkatan sebanyak 7.6% dalam hasil berbanding tahun 2007. Peningkatan ini mengalami kesukaran kerana persekitaran yang mencabar dengan kelembapan ekonomi global dan kenaikan

harga minyak pada tahun 2008. Pertama suku pada tahun 2009, menunjukkan pertumbuhan positif

sebanyak 2.2% dalam ketibaan pelancong berbanding tempoh yang sama pada tahun 2008

(Kementerian Pelancongan, 2009). Menerusi Piagam Pelancongan APEC (2012), Pelancongan

Berasaskan Komuniti (CBT) mampu mewujudkan peluang pekerjaan secara langsung dan juga

untuk rneningkatkan tahap pendapat pelancong dan untuk mengurangkan tahap kemiskinan di

kawasan luar bandar. Menyedari potensi CBT di Malaysia, Pelan lnduk Pelancongan Luar Bandar

telah digubal pada tahun 2001.

Di dalam Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010), Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar Malaysia

2001 dibentangkan dan perkara ini menjadi tumpuan kerajaan kerana pembangunan masyarakat

luar bandar dalam sektor pelancongan adalah salah satu mekanisma penyumbang paling besar.

Pada Jun 2009, terdapat 3,264 peserta di 140 Nomestay di Malaysia. Di bawah Rancangan

Malaysia ke-9, sejumlah RM40 juta diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya untuk menaik

kemudahan dan taraf infrastruktur di kampung-kampung untuk mengambil bahagian.

Membangunkan keupayaan masyarakat tempatan adalah satu komponen penting dalam

memastikan pembangunan pelancongan memberi manfaat kepada projek mereka tanpa sokongan

masyarakat dalam usaha mereka dan cara pembangunan fizikal apa-apa kepada mereka. Jika

masyarakat tempatan tidak bersedia untuk mengambil bahagian secara aktif, pihak ketiga dengan

mudah boleh memanipulasi mereka, menyebabkan penguasaan luaran pembangunan pelancongan.

Program homestay memberikan pelancong peluang untuk tinggal bersama keluarga yang dipilih,

berinteraksi dan pengalaman kehidupan seharian keluarga homestay mereka dan mempelajari

budaya clan cara hidup masyarakat luar bandar di Malaysia. Program homestay tidak boleh

diklasifikasikan sebagai kemudahan penginapan. la memberi tumpuan lebih kepada gaya hidup

dan pengalaman, termasuk aktiviti kebudayaan dan ekonomi.

4

Setiap program homestay menawarkan pelbagai jenis aktiviti, bergantung kepada budaya,

makanan, aktiviti ekonomi serta lokasi. Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri

dari segi budaya, yang terdiri daripada nasi dagang di Kelantan untuk Tarian Sumazau di Sabah,

dan juga rumah-rumah panjang di Sarawak. Oleh itu, kajian deskriptif ini meneroka motivasi

masyarakat tempatan yang terlibat dalam Program Homestay dan kesediaan di kalangan tempatan

masyarakat, serta kesesuaian latihan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan yang bertujuan

ke arah memperkasakan masyarakat setempat.

Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan Piagam Pelancongan, Pelancongan Berasaskan

Komuniti (CBT) mampu mewujudkan peluang pekerjaan terus serta meningkatkan tahap pendapat

pelancong dan mengurangkan tahap kemiskinan di kawasan luar bandar. CBT adalah platform

untuk menyokong program ini. Keberkesanan potensi CBT di Malaysia, Pelan Induk Pelancongan

Luar Bandar telah digubal pada Tahun 2001 (Malaysia, 2001). Dalam Rancangan Malaysia ke-9

(2006-2010), kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan masyarakat luar bandar melalui

dua strategi untuk mengurangkan ketidakseimbangan pendapat pelancong antara kawasan bandar

dan luar bandar dan di antara yang kurang maju dan lebih maju dalam semua negeri.

Pemodenan clan kewujudan aktiviti ekonomi barn di kawasan luar bandar terutainanya melalui

program "Satu Daerah, Satu Industri" menyediakan peluang yang lebih luas untuk isi rumah luar

bandar untuk mendapat pekerjaan dalarn sektor yang berproduktiviti yang tinggi. Ke arah agenda

itu, kerajaan telah mengenal pasti pelancongan luar bandar, terutamanya melalui CBT, sebagai

pemangkin untuk pembangunan masyarakat luar bandar. Salah satu bentuk tertentu pelancongan

berasaskan komuniti yang bersifat proaktif telah dipromosikan oleh kerajaan Malaysia melalui

Program Homestay.

Program Homestay dan Pembangunan Komuniti Luar Bandar di Malaysia membolehkan program

Homestay boleh dianggap sebagai produk pelancongan berasaskan luar bandar budaya masyarakat.

Pelancongan luar bandar mungkin telah wujud untuk masa yang lama di Malaysia dan beberapa

sifat berasaskan serta budaya berasaskan produk pelancongan yang terletak di kawasan luar

bandar. Walau bagaimanapun, ia hanya mendapat pengiktirafan sebagai produk pelancongan

dengan pelancaran Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar pada tahun 2001.5

Homestay adalah satu program di mana pelancong dapat tinggal bersama-sama dengan keluarga

tuan rumah yang dipilih dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga dan budaya rakyat Malaysia. Homestay adalah berbeza daripada konsep penginapan

sederhana lain seperti Inap-sarapan di mana keluarga tidak tinggal bersama-sama dan pengurusan

mereka beroperasi dalam cara yang sama sebagai pengurusan hotel normal (Jabatan Perangkaan

Malaysia, 2007). Homestay boleh dianggap sebagai salah satu produk pelancongan baru di

Malaysia di mana ia adalah gabungan pelancongan dan rekreasi yang telah berkembang sejak 16

tahun yang lalu. Program Homestay Malaysia telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1995 di

Temerloh, Pahang, dan merupakan inisiatif di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang

bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan

(Kementerian Pelancongan Malaysia, 2012).

Di Malaysia, pembangunan pelancongan luar bandar telah berkembang sejak 20 tahun yang lalu

melalui pembangunan program homestay. Dalam konteks negara ini, pelancongan desa merujuk

kepada pembangunan program homestay di kampung-kampung di seluruh negara. Kementerian

Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan mentakrifkan program homestay sebagai tempat di mana

pelancong dan keluarga tuan rumah mengumpul dan pengalaman aktiviti harian keluarga secara

langsung dan tidak langsung (Kementerian Pelancongan Malaysia, 2012).

Dalam program inap desa, usaha telah diambil untuk ineningkatkan penglibatan dan penyertaan

penduduk kampung dalam bidang pelancongan. Dari segi prestasi homestay di Malaysia, data

dalam 2011 menunjukkan bahawa jumlah pendapat pelancong melalui program Homestay adalah

RM15, 736,227.60. Jumlah ketibaan pelancong homestay pada tahun 2011 adalah 254.981,

peningkatan sebanyak 21.6% berbanding tahun 2010. Dari segi ketibaan pelancong, bilangan

pelancong antarabangsa meningkat sebanyak 21.4% berbanding tahun 2010, terutamanya dari

Singapura, Jepun dan Eropah. Bilangan pelancong domestik meningkat sebanyak 32.6%

berbanding tahun 2010 (Kementerian Pelancongan Malaysia, 2011).

Trend mi menunjukkan prospek program homestay di Malaysia. Setakat ini, walaupun banyak

kemajuan yang telah dicapai melalui program homestay, terdapat banyak lagi ruang

penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi meneruskan kesinambungan dan pengukuhan 6

program ini. Hal-hal ini dinyatakan di dalam Rancangan Luar Bandar Pelancongan Master (2003)

yang menyatakan, inisiatif Homestay dalam bentuk yang ada sekarang telah gagal untuk

menunaikan harapan untuk itu.

Ini adalah Pelancongan mendapati terdapat banyak ciri-ciri terpuji kepada skim itu, terutamanya

cara di mana ia bertujuan untuk menyediakan satu pengalaman yang sahih dan untuk mengekalkan

manfaat ekonomi dalam masyarakat. Ketahanan masyarakat telah dikaitkan dengan bencana dalam

banyak kajian dilakukan lebih awal. Konsep daya tahan masyarakat merujuk kepada keupayaan

individu atau masyarakat untuk menghadapi tekanan, mengatasi kesukaran atau menyesuaikan diri

secara positif kepada perubahan. Keupayaan untuk bangkit daripada pengalaman negatif boleh

mencerminkan sifat semula jadi individu atau hasil daripada pembelajaran dan pengalaman.

Tanpa mengira asal-usul daya tahan, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa boleh dibangunkan

dan dipertingkatkan untuk menggalakkan kesejahteraan yang lebih besar. Ketahanan tidak

dianggap sebagai kualiti sama ada hadir atau tidak hadir dalam diri seseorang atau kumpulan tetapi

proses yang mungkin berbeza-beza di seluruh keadaan atau masa (Luthar, 2003). Konsep daya

tahan masyarakat merujuk kepada keupayaan individu atau masyarakat untuk menghadapi

tekanan, mengatasi kesukaran atau menyesuaikan din secara positif kepada perubahan. Ketahanan

tidak dianggap sebagai kualiti sama ada hadir atau tidak hadir dalam diri seseorang atau kumpulan

tetapi proses yang mungkin berbeza-beza di seluruh keadaan atau masa. Konsep daya tahan boleh

digunakan untuk pelbagai entiti, inenentukan pada tahap yang berbeza agregatnya.

Konsep daya tahan boleh digunakan untuk pelbagai sumber, menentukan pada tahap yang agregrat

yang berbeza. Sebagai contoh dalam konteks organisasi daya tahan (Caralli, 2004), menentukan

daya tahan operasi kemampuan organisasi untuk menyesuaikan diri dan mengurus risiko yang

timbul daripada operasi harian. Organisasi yang mempunyai operasi berdaya tahan dapat secara

sistematik dan telus menghadapi dengan acara mengganggu supaya keupayaan keseluruhan

keseluruhan organisasi untuk bertemu dengan misinya tidak terjejas.

7

Demografi, alam sekitar dan ciri-ciri juga dikaitkan dengan kelemahan. Demografi sebagai contoh

termasuk umur, status etnik rninoriti, dan tahap pendidikan, manakala contoh alam sekitar adalah

marginal politik, status ekonomi dan dinamik keluarga dalam pemecahan masyarakat.

" Unsur-unsur penting untuk tidak berada di kumpulan yang mudah terjejas tetapi keupayaan

mereka untuk pulih dan keadaan itu membawa mereka kea rah berlakunya bencana.

" Bahan dan kelemahan ekonomi, di mana sumber tidak boleh dicapai dengan mudah

" Kelemahan sosial dan perpecahan sosial.

" Kelemahan ekologi, pengelasan semula daripada alam sekitar dan ketidakupayaan untuk

melindungi.

" Kelemahan organisasi dan lemah dalam struktur tempatan dan institusi

" Kelemahan pendidikan dan kurang mendapat maklumat serta kekurangan pengetahuan

" Kelemahan politik, akses yang terhad kepada kuasa politik dan perwakilan berkurang

" Kelemahan kebudayaan, terhad kepada kepercayaan dan adat tertentu.

" Kelemahan fizikal, lemah pada individu dan bangunan.

Tadbir kornponen daya tahan adalah dasar, keutarnaan, strategi dan kornitmen politik. Peranan

politik mesti diperolehi pada pembentukan dan penubuhan Dasar Pengurangan Risiko Bencana

(DRR) di mana, visi yang jelas, komited, kepimpinan masyarakat berkesan dan bertanggungjawab

mesti dilantik dengan sewajarnya. Pelan-pelan perlu dimasukkan ke dalam operasi dan mesti

dilaporkan melalui proses penyertaan. Adalah penting bagi masyarakat untuk memahami

legistration, peraturan dan prosedur yang berkaitan. Hak-hak mereka dan kewajipan undang-

undang pemegang kepentingan lain kerajaan perlu difahami, Bukan itu sahaja, mekanisme untuk

pematuhan dan penguatkuasaan peraturan undang-undang, hukuman keselamatan, kod bangunan,

penggunaan tanah peraturan, undang-undang dan peraturan lain perlu mendengar dan berunding

(Scheyvens, 2008).

Semua peringkat dalam kerajaan perlu mengambil pendekatan holistik dan bersepadu bagi mereka

untuk memahami peranan Dasar Pengurangan Risiko Bencana (DRR) dan satu tugas untuk DRR

untuk dilihat sebagai menjalankan tugas mereka dengan sewajarnya untuk pelancongan, mencapai

8

matlamat komuniti yang lebih meluas. Sernua integrasi seperti pengurusan sumber asli, dan dasar

sektornya tennasuk kesihatan, pendidikan, perlindungan sosial, pembangunan mampan, adaptasi

perubahan iklim, pembasmian kemiskinan, dasar-dasar perancangan, peraturan dan membuat

sistem keputusan tidak boleh meninggalkan risiko bencana sebagai satu elemen penting untuk

diserlahkan. Satu kewajipan untuk DRR bersama-sama dengan masyarakat dan pasukan tahap

kecemasan tempatan untuk merancang strategi dan membina hubungan antara pengurusan

kecemasan dalam melaksanakan rancangan bencana pembinaan semula pasca dan tindakan dengan

perbadanan dengan pengurangan risiko. Tanggungjawab untuk DRR niesti ditentukan denganjelas

dan antara mandat institusi dan tanggungjawab yang ditetapkan hendaklah dinyatakan denganjelas

dan diselaraskan dengan badan-badan yang berkaitan yang terlibat dalam pengurangan risiko

pengurusan bencana (7'wigg, 2007).

KETIBAAN PELANCONG KE MALAYSIA DAN JUMLAH PENDAPAT

PELANCONG DARI TAHUN 2006 HINGGA 2010

TAHUN KETIBAAN PENDAPAT

PELANCONG (RM)

2010 24.6 Juta 56.6 Billion

2009 23.6 Juta 53.4 Billion

2008 22.0 Juta 49.6 Billion

2007 20.9 Juta 46.1 Billion

2106 17.4 Juta 36.3 Billion

Rajah 1.1 Ketibaan Pelancong Ke Malaysia Dan Jumlah Pendapat pelancong clan Tahun 2006

I ingga 2010

Sumber : Tourism Malaysia (201 1)

9

Pada tahun 2016, Malaysia telah mensasarkan ketibaan pelancong ke Malaysia ialah sebanyak 30.5 juta orang dan ini sekaligus menaikkan sasaran pendapat pelancong negara iaitu sebanyak 103 juta Ringgit Malaysia.. Dalam usaha untuk membangunkan dan mengekalkan industri ini,

pelbagai usaha telah yang dilaksanakan oleh pihak yang berkepentingan dan tidak berkepentingan.

Salah satu usaha adalah kepelbagaian produk pelancongan negara termasuk pembangunan

program homestay. Sejak penubuhan, program ini diterima dengan baik dan telah berkembang

pesat. Pengalaman Malaysia dalam program homestay ini diberi keutamaan oleh Kementerian

kerana potensinya dalam memenuhi segmen khusus pasaran untuk kedua-dua pelancong

antarabangsa dan domestik. Malaysia Homestay Experience menyediakan orang tempatan dengan

menjana pendapat pelancong alternatif dan membasmi kemiskinan sebagai salah satu alat

pengurangan kepada kualiti kehidupan.

1.1 Latar Belakang Kajian

Sejarah hornestay di Malaysia berdasarkan konsep homesta>> telah mula diperkenalkan secara tidak

rasmi di Malaysia sejak tahun 1970an lagi. Ketika itu sudah ada sebilangan penduduk kampung di

Cherating, Pahang yang menyediakan penginapan kepada para pelancong luar yang ingin tinggal

lama untuk menikmati keindahan Pantai Cherating. Para pelancong dibawa untuk tinggal bersama

dengan keluarga di kampung mereka dan disediakan sarapan pagi oleh tuan rumah (Ann-an, 2004).

Namun ketika itu penyertaan masyarakat tidak begitu meluas dan homestay dijadikan sebagai

alternative kepada chalet dan pusat peranginan bagi mereka yang ingin menjimatkan kos

penginapan. (Yahya, 2008).

Menyedari wujudnya rangsangan ekonomi melalui aktiviti seperti itu, maka Program Homestay

telah diperkenalkan secara rasmi di peringkat nasional oleh Kementeriaan Kebudayaan, Kesenian

clan Pelancongan Malaysia pada tahun 1995. Program homestay pertama di Malaysia yang

mendapat sokongan Kementerian ialah program homestay di Desa Murni, sebuah komuniti yang

terdiri daripada lima kanipung berdekatan Temerloh, Pahang.

10