Semangat Patriotisme

Embed Size (px)

Citation preview

SPM CONTOH KARANGAN

Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme.__________________________________________________________________________________

Pelbagai projek pembangunan negara kita,Malaysia kini berada di landasan yang kukuh sejak kemerdekaan yang dicapai sejak 52 tahun dahulu.Kemerdekaan yang dicapai ini haruslah dijadi sesuatu yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia kerana kita telah bebas daripada jajahan kuasa asing.Dewasa ini, negara kita sedang mengorak langkah ke arah menju taraf sebagai negara yang maju seperti negara England dan Jepun yang kian maju.Hal ini selaras dengan hasrat dan visi kudsi negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Kita sayugialah berasa bangga dengan negera kita dalam pembinaan bangunan yang bertaraf antarabangsa seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kula Lumpur(KLIA) dan Menra Kula Lumpur. Namun semua ini tidak membawa erti sekiranya kemelut semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat yang semakin luntur tidak diatasi. Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Statistik yang sahih lagi tepat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemanusiaan pada tahun 2008 jelas menunjukkan kepada kita bahawa semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntar.Hal ini berlaku demikian kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.Fenomena ini sering menghiasi dada akhbar-akhbar tempatan.Sekarang, bukanlah masa untuk kita menuding jari dan menyalahkan sesiapa.Agenda kita sekarang ialah bertindak.Sebagai Khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita haruslah menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini yang sudah lama bernanah dalam negara kita.Jikalau diri kita tidak berusaha dan hanya menyalahkan orang lain, diri kita yang akan mendapat malu seperti yang diungkapkan dalam pantun yang berbunyi : Burung merbuk terbang melayang, Hinggap setenggak di dahan mati, Kalau menepuk air di dulang Nanti memercik ke muka sendiri. Persoalannya, apakah langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat?COPYRIGHT@E-LEARNING FOR SPM

SPM CONTOH KARANGAN

Langkah yang paling mujarab adalah bermula daripada diri kita.Marcus Aurelis pernah mengatakan bahawa jangan membuang masa memikirkan cara hendak menjadi orang yang baik, tetapi mulakan daripada diri sendiri.Oleh itu, kita berperanan signnifikan untuk menyuburkan semangat patriotisme dalam negara kita.Kita haruslah giat melibatkan diri dalam program-program patriotisme yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu tidak kira sama ada pihak kerajaan ataupun pihak bukan kerajaan.Rententan itu,kita juga haruslah menonton lebih banyak filem-filem atau siaran televisyen yang berunsur patriotisme.Hal ini secara tidak langsungnya dapat menyemai semagat patriotisme dalam diri kita.Selain filem-filem dan siaran televisyen, kita juga sayugialah acap kali mendengar lagu-lagu yang berunsurkan patriotisme seperti Keranamu Malaysia. Sementara itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dan mesra dengan anak-anak.Anak-anak menghabiskan kebanyakan masa bersama-sama dengan mereka.Oleh itu, telah menjadi obligasi ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka supaya mempunyai semangat patriotisme.Mereka perlulah sentiasa membeli bahan bacaan seperti Majalah Bulan Melayu yang menerapkan banyak unsur patriotisme untuk anak-anak mereka sebagai hadiah.Anak-anak yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang ini mudah diajar dan disuntikan dengan semangat patriotisme.Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Ibu bapa juga patut menjadikan diri mereka teladan dengan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.Hal ini kerana menurut teori Polvo, usia anak-anak ialah usia meniru.Mereka akan meniru tingkah laku ibu bapa mereka. Langkah yang seterusnya ilah pihak masyarakat haruslah sering mengadakan kempen-kempen seperti 'Cintailah Negara Kita'. Hal ini adalah untuk menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Kempen sebegini mampu mendedahkan kepada golongan rakyat tentang peri pentingnya mempunyai semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Kempen-kempen tersebut haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya seperti 'hangat-hangat tahi ayam' Mereka juga tidak sepatutnya menjalankan kempen-kempen tersebut bagai 'melepaskan batuk di tangga'. Selain itu, masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu menyuburkan semangat patriotisme.Contohnya, masyarakat boleh mengadakan aktiviti seperti sambutan Hari Kemerdekaan Negara kita melalui pertubuhan seperti Rukun Tetangga.Bertitik tolak daripada aktiviti rersebut, semangat patriotisme dalam jiwa rakyat Malaysia dapat dipupuk atau disuburkan.COPYRIGHT@E-LEARNING FOR SPM

SPM CONTOH KARANGAN

Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang amat besar dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia,Pihak kerajaan dapat memainkan peranan mereka melalui media massa seperti televisyen dan radio.Mereka harusnya menyarankan agar pihak media senantiasa menyiarkan programprogram yang dapat menyuburkan semangat patriotisme.Iklan-iklan dalam televisyen harulah dapat menyemai atau menyuntik semangat patriotisme ke dalam sanubari rakyat.Sehubungan dengan itu,pihak kerajaan juga harus menampalkan poster-poster berkaitan dengan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa silam pada dinding premispremis di sepanjang jalan raya. Dengan ini, rakyat dapat selalu diingatkan agar menghargai sumbangan pejuang silam dan ini secara tidak langsungnya akan melahirkan perasaan cinta akan negara yang membawa kepada kewujudan semangat patriotisme yang tinggi. Pernahkah terlintas dalam benak fikiran anda bahawa pihak sekolah juga berupaya dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat? Sememangnya pihak sekolah mampu memainkan peranan tersebut.Menurut kata Tun Abdullah b.Ahmad Badawi, sekolah atau alma mater merupakan kilang yang menghasilkan produk modal insan yang cemerlang dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Guru diibarat sebagai lilin yang mebakar dirinya, tidak pernah mengenal rasa jemu dan letih memberi ajaran kepada anak bangsanya.Tanpa guru, siapalah kita. Maka, guru memainkan peranan yang penting dalam memberi didikan seperti menceritakan sejarah negara kita agar pelajar dapat mengetahui betapa susahnya pejuang masa dahulu bertungkus lumus untuk mendapat kemerdekaan negara.Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mempunyai semangat untuk mempertahankan negara daripada ancaman atau pencerobohan luar. Pihak sekolah pula harus mengadakan sambutan kemerdekaan setiap tahun untuk menyegarkan dan mengelakkan kehilangan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

COPYRIGHT@E-LEARNING FOR SPM

SPM CONTOH KARANGAN

Secara konlusinya, semua pihak haruslah menjangkau sehabis tangan dalam menjalankan usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Prinsip 'bagai aur dengan tebing' dan ' ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni' haruslah dijadikan pegangan dan prinsip mereka.Janganlah meranapkan impiam negara kita untuk mencapai Wawasan 2020.Marilah kita bersama-sama menyuburkan semula semangat patriotisme untuk menzahirkan iltizam Malaysia untuk 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dengan negara gergasi di persada antarabangsa. Ingatlah, semangat patriotisme penting supaya negara kita tidak dijajah sekali lagi. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia menjadi sebiji bintang yang terang di dunia!

COPYRIGHT@E-LEARNING FOR SPM