20
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN ( SMP ) HBML3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK TUTOR OUM : DR. S. NATHESAN PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, BATU PAHAT, JOHOR. SEMESTER 10 : SMP PPG JANUARI 2015

semantik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

semantik1

Citation preview

Page 1: semantik

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN ( SMP )

HBML3303

PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK

TUTOR OUM : DR. S. NATHESAN

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, BATU PAHAT, JOHOR.

SEMESTER 10 : SMP PPG JANUARI 2015

Page 2: semantik

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN DAN KONSEP PEMEROLEHAN BAHASA

3 - 5

2.0 RANCANGAN PELAJARAN BERDASARKAN TEORI BEHAVIOURIS

6 - 9

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI BEHAVIORIS

9 - 12

4.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN 12

5.0 RUJUKAN 13

Page 3: semantik

1.0 PENGENALAN DAN KONSEP PEMEROLEHAN BAHASA

Bidang linguistik adalah bidang yang menjurus kepada pengajaran dan

pembelajaran bahasa. Guru berperanan mewujudkan suasana pengajaran bahasa

berdasarkan teori pembelajaran. Disiplin psikolinguistik berkaitan rapat dengan

linguistik yang mana skop utama psikolinguistik ialah melihat bagaimana sesuatu

bahasa itu diperolehi dan bagaimana teori-teori yang dikaji oleh ahli psikologi

menjadikan sesuatu pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak dianggap penting. Kaitan

rapat tersebut menjadikan sesuatu pemerolehan bahasa itu akan dibincangkan dan

dikupas mengikut arah dan tujuannya.

Apa itu pemerolehan bahasa? Bagaimana pemerolehan bahasa ini boleh

dikaitkan dengan teori behaviouris? Sebagai salam pengenalan tentang tugasan kali

ini, perkara utama yang akan disentuh ialah berkaitan tentang definisi dan konsep

pemerolehan bahasa itu mengikut teori behaviouris. Berikut adalah beberapa pendapat

ahli bijak pandai tentang pemerolehan bahasa dan kaitannya dengan teori behaviouris.

Berdasarkan pengenalan tentang pemerolehan bahasa banyak cabang-cabang

ilmuan mengandaikan tentang takrif serta konsep pemerolehan bahasa sebagai satu

teori yang bersangkut paut dengan kajian-kajian mengenai tingkah laku manusia. Jika

dilihat dari sudut takrif pemerolehan bahasa menurut Mangantar Simunjuntak (1987),

mengandaikan pemerolehan bahasa adalah satu proses yang berkaitan dengan otak

kanak-kanak di mana penerimaan kanak-kanak terhadap bahasa ibunda mereka.

Jelasnya di sini, Simunjuntak mentafsirkan keupayaan otak kanak-kanak adalah

terbatas kepada penerimaan bahasa ibunda daripada bahasa-bahasa yang lain.

Di dalam web Wikipedia pula mendefinisikan pemerolehan bahasa adalah

proses yang mana manusia mempunyai keupayaan memahami dan melihat sesuatu

bahasa serta menggunakan dan menguasai kata-kata serta ayat untuk berkomunikasi.

Begitu juga dengan S.Nathesan (2013), menyatakan maksud ‘pemerolehan’ itu

adalah satu proses kemahiran bahasa dikembangkan, terutamanya pada peringkat

kanak-kanak. Maksudnya, dengan memperolehi sesuatu kemahiran bahasa, kanak-

kanak akan mula belajar menyebut sesuatu perkataan itu berdasarkan satu proses yang

berkaitan dengan teori behaviouris iaitu rangsangan dan tindak balas.

Page 4: semantik

Manakala bahasa pula menurut Reed, C.A. (1994), menyatakan bahasa

merupakan satu lambang-lambang bahasa yang mewakili sesuatu simbol bagi

mewakli sesuatu bahasa. Lambang atau simbol sesuatu bahasa itu memainkan peranan

penting bagi kanak-kanak yang baru mengenal erti kehidupan. Bahasa yang

dipertuturkan adalah hasil daripada peniruan melalui simbol yang lihat.

Konsep pemerolehan bahasa itu juga sudah diketahui umum bahawa

perkembangan bahasa terutamanya kanak-kanak memperolehi bahasa pertama dahulu

diikuti dengan bahasa kedua untuk orang yang lebih dewasa. Menurut Lyons, Teer

dan Rubenteins (1994), bahasa adalah bersifat nurani. Ia membawa maksud setiap apa

perlakuan atau pertuturan ada dari gerakan hati sendiri. Ia juga membawa pengertian

bahawa bahasa itu perlulah dipelajari melalui rangsangan dan gerak balas seseorang

dan ia tidak secara teorinya memperolehi sesuatu bahasa itu secara semulajadi.

Dari apa yang kita ketahui, teori behavioris ini mengutamakan bahasa lisan

daripada tulisan. Selain itu juga, teori ini begitu mementingkan pengukuhan melalui

rangsangan dan tindak balas secara total. Menurut kamarudin Hj Husin (1989),

menyatakan teori ini ada hubungkaitnya dengan pemerolehan bahasa melalui

beberapa perkara berikut:

i. Konsep pengulangan. Melalui pengulangan sesuatu kemahiran itu

dapat dilakukan sekerap mungkin hingga bahasa it uakan menjadi

kebiasaan bagi seseorang kanak-kanak.

ii. Bahasa berlaku melalui rangsangan dan tindak balas melalui latih tubi

dan sebagainya.

iii. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ganjaran memainkan peranan

utama bagi memastikan keberkesanan sesuatu bahasa itu dipelajari.

iv. Bahasa akan tetap berfungsi tanpa dikaitkan dengan makna.

Menurut S.Nathesan (2013), behaviorisme merupakan satu teori yang

membawa kepada pembelajaran yang dicetuskan melalui rangsangan berulang dan

tindak balas. Menurut beliau lagi, ahli teori behavioris percaya bahawa pembelajaran

terdiri daripada pembentuk tabiat. Pandangan beliau ini lebih kepada rangsangan

sebagai satu cara proses pembelajaran yang dilakukan secara lisan melalui tabiat

manusia yang suka meniru bagi mempelajari sesuatu bahasa secara semulajadi.

Page 5: semantik

Di dalam bidang pengkajian bahasa serta linguistik beranggapan bahawa

terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan bahasa ini iaitu biologi dan juga

persekitaran. Kajian demi kajian yang dilakukan menunjukkan proses pembelajaran

dan pemerolehan bahasa adalah datang daripada kognisi serta interaksi ataupun

komunikasi kanak-kanak dengan persekitaraan mereka.

Begitu juga dengan pandangan Siti Hajar Abdul Aziz (2009), menyatakan

tingkah laku dirujuk kepada aksi di dalam bentuk sesuatu gerak balas yang terhasil

melalui rangsangan sama ada dalaman ataupun luaran. Menurut beliau lagi, teori ini

juga menolak fungsi otak sebagai bentuk rangsangan. Ini kerana teori behavioris ini

begitu mementingkan persekitaran dan tingkah laku murid bagi memantapkan lagi

proses pengajaran dan pembelajaran.

Malah menurut Mok Soon Sang (2012), menyatakan peneguhan adalah suatu

kaedah yang menjadikan sesuatu elemen peneguhan itu bagi mengukuhkan gerak

balas dalam pemerolehan bahasa. Maksudnya di sini ialah bagaimana dengan adanya

kaedah peneguhan ini membolehkan sesuatu elemen bahasa menjadi satu perkara

pokok yang memerlukan gerak balas sebagai satu cara atau proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku dengan baik sekali.

Kesimpulannya, konsep pemerolehan bahasa adalah satu proses kepada

pengetahuan bahasa yang dimulai dengan peniruan dan gerak balas yang cuba

dikaitkan dengan teori behavioris yang dipelopori oleh B.F Skinner di dalam kajian

beliau mengenai pemerolehan bahasa pertama oleh kanak-kanak. Bahasa juga

diperolehi melalui tabiat pengulangan dengan mendengar hingga kanak-kanak dapat

menyebut sesuatu bahasa itu dengan tepat.

1.1 PERKAITAN PEMEROLEHAN BAHASA DENGAN TEORI BEHAVIORIS

Teori behavioris adalah satu tingkah laku di dalam membentuk gerak balas

yang terhasil daripada rangsangan secara dalam mahupun luaran. Di mana

persekitaran murid memainkan peranan penting di dalam membentuk dan membantu

proses pengajaran dan pembelajaran. Ia biasanya dirujuk kepada pelopor teori ini iaitu

B.F.Skinner (1904 – 1990 ). Antara tokoh-tokoh penting teori behavioris ini ialah

John Watson, Edward L. Thorndike, E.R Gutrie dan sebagainya.

Page 6: semantik

B.F.Skinner banyak menjalankan kajian-kajian yang bersangkut paut dengan

strategi pembelajaran bahasa. Antara kajian popular beliau ia proses tikus untuk

mendapatkan makanan. Bagaimana tikus itu diberikan ganjaran sebaik melalui proses

rangsangan dan gerak balas secara berulang-ulang. Dengan kajian ini beliau berjaya

memberikan satu perkara baru bagaimana seseorang kanak-kanak belajar bahasa sejak

dari kecil lagi.

Mengikut teori pelaziman operan Skinner ini, seseorang kanak-kanak biasanya

akan mempelajari sesuatu bahasa itu melalui hukuman dan juga ganjaran. Teori ini

juga menekankan proses pembelajaran perlulah dilakukan secara kerap dan

memperbanyakkan latih tubi sebagai satu cara menguasai sesuatu bahasa.

Teori ini juga mengandaikan keluarga terutamanya ibu bapa adalah faktor

penting bagi kanak-kanak mempelajari bunyi-bunyi bahasa secara berulang-ulang.

Pandangan secara teori ini juga menyatakan bahawa rangsangan dan gerak balas

bergantung kepada rasa hati manusia. Di mana perilaku seseorang itu bermula

daripada aktiviti rangsangan dan juga tindak balas secara kerap. Latih tubi juga

merupakan salah satu cara memperolehi sesuatu bahasa dengan berkesan. Sebutan

tatabahasa yang betul terhasil daripada latihan yang akhirnya mendapat ganjaran

sebagai satu cara merangsang pembelajaran bahasa.

Ganjaran juga merupakan satu cara pemerolehan bahasa yang ditekankan oleh

teori behavioris ini. Setiap kanak-kanak begitu gembira sekiranya diberikan pujian

seperti bijak, cerdik, hadiah, tepuk tangan dan sebagainya. Ganjaran ini adalah

bertujuan mengukuhkan penggunaan bahasa yang betul dan tepat. Kajian Skinner juga

menyatakan bahawa kanak-kanak secara semula jadinya berupaya menguasai atau

mempelajari sesuatu bahasa sejak ia lahir lagi.

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PdP ) BAHASA

MELAYU

Sebagai seorang guru yang berdedikasi dan cemerlang, rancangan pengajaran

dan pembelajaran perlu dibuat bagi merancang pembelajaran dengan lebih teratur dan

mencapai objektif PdP. Rancangan PdP biasanya menekankan pemerolehan bahasa

berdasarkan teori behavioris yang mementingkan kemahiran lisan sebagai satu bentuk

rangsangan dan tindak balas murid dan guru. Di bawah adalah salah satu contoh

Page 7: semantik

rancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pemerolehan bahasa yang

dikaitakan dengan teori behavioris:

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : Tahun 2

Tarikh : 16 Februari 2015

Masa : 60 minit

Bilangan Murid : 25 orang

Tema : Sekolah Saya

Tajuk : SekolahKu SurgaKu

Fokus Utama ( Kemahiran membaca )

1.6 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata tertutup

KVK.

Fokus Sampingan ( Kemahiran bertutur, mendengar dan menulis)

2.0 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVK.

Objektif pengajaran dan pembelajaran:

Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :

1. Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata tertutup.

2. Mengeja dan memadankan suku kata tertutup dengan gambar.

3. Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup.

Strategi pengajaran :

1. Koperatif ( kerja berkumpulan)

2. Direktif ( penerangan )

Kemahiran berbahasa : Membaca, mendengar dan bertutur dan menulis

Page 8: semantik

Pengisian Kurikulum : Muzik.

Nilai : Kerja sama , rajin dan patuh

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengenal suku kata tertutup berdasarkan

gambar atau carta jika ditayangkan.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) :

1. Kad suku kata

2. Kad perkataan

3. Kad gambar

4. Batang pancing ( lidi dan magnet )

Langkah Isi

kandungan

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran Catatan

Induksi Set

(5 minit)

Nyanyian

lagu sekolah

1. Guru memperdengarkan muzik

dan tempo lagu kepada murid.

2. Murid meneka lagu apa?

3. Guru dan murid bersama-sama

menyanyikan lagu tersebut.

Radio

Video lagu sekolah.

Langkah 1

(15 minit )

Menamakan

gambar.

1. Guru memaparkan kad gambar

kepada murid.

2. Murid bersoal jawab dengan

guru tentang gambar.

3. Murid mengeja perkataan

berdasarkan suku kata tertutup

KVK.

4. Guru mengulas dan

membimbing murid mengeja

dan membaca perkataan.

Kad gambar :

Pen, van, jag.

Kad perkataan

contoh : tin, dam.

Langkah 2

( 20 minit )

Latih tubi

bacaan.

1. Guru menunjukkan kad gambar

semula.

2. Guru mengarahkan murid

mengeja dan menyebut

perkataan.

Kad bergambar

seperti beg, jam,

gam, dan lain-lain.

Page 9: semantik

3. Murid mengangkat tangan

mengeja suku kata tertutup

KVK.

4. Murid mengulangi ejaan dan

menunjukkan gambar yang

berkaitan dengan perkataan yang

dieja.

Langkah 3

( 15 minit )

Permainan

bahasa

( memancing

kad )

1. Guru mengarahkan murid

berada dalam empat kumpulan.

2. Guru menerangkan permainan

bahasa.

3. Murid bersedia dengan arahan

guru.

4. Murid memulakan pancingan

gambar dan menulis di atas

papan batu.

5. Guru mengumumkan pemenang

pertandingan memancing

perkataan.

Joran

Kad gambar

Papan batu

Kapur

Penutup

( 5 minit )

Nilai murni 1. Guru memuji dan memberikan

ganjaran.

2. Murid merasa gembira dengan

pijian guru.

3. Guru bersama murid membuat

tepukan pengakap.

Hadiah ( gula-gula

dan coklat )

3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI BEHAVIORIS

Walaupun teori behavioris ini telah terbukti mempunyai kelebihan dari segi

kajiannya yang telah dilakukan oleh Skinner dan rakan-rakannya, namun kekuatan

dan kelemahannya juga tetap ada. Ia berdasarkan sejauh mana pemerolehan bahasa itu

Page 10: semantik

dimainkan oleh guru bagi memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran berjalan

lancar dan berkesan.

Mari kita lihat huraian kekuatan dan kelemahan teori ini berdasarkan beberapa

perkara yang telah dikaji selidik bagi mengenal pasti dimanakah yang dikatakan

kekuatan dan kelemahan teori ini berbanding teori-teori yang lain.

3.1 Kekuatan teori behavioris

Jika dilihat daripada pandangan dan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji

teori ini ialah melatih serta mendidik kanak-kanak yang masih belum menguasai

sesuatu kemahiran memerlukan pengetahuan dan bantuan daripada orang yang lebih

dewasa sebagai tempat mendapatkan bimbingan dan perhatian khususnya dalam

pembelajaran bahasa. Sebagai guru, pengajaran bahasa memerlukan pengetahuan dan

ilmu berkaitan dengan psikologi kanak-kanak. Bagaimana untuk menarik perhatian

kanak-kanak bagi menghayati pemelajaran bahasa ini. Sebagai contoh, guru perlu

berkomunikasi dengan murid berkaitan isu di sekeliling mereka sebagai satu

rangsangan dan mewujudan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih seronok.

Kedua, teori behavioris ini begitu mementingkan kemahiran lisan sebagai

salah satu cara mengajar kemahiran tertentu kepada murid. Semasa aktiviti pengajaran

dan pembelajaran guru perlu memulakan sesi pengajaran dengan melibatkan murid

berfikir dan berinteraksi antara mereka. Sebagai contoh, kebanyakan guru lebih

mempraktikkan kemahiran lisan apabila memulakan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran terutamanya di dalam induksi set.

Ketiga, sebagai pendidik pelbagai bentuk bahan rangsangan dan aktiviti yang

memerlukan tindak balas murid dapat dilakukan dengan penggunaan bahan bantu

mengajar yang mudah didapati seperti di internet, kedai-kedai buku dan sebagainya.

Ini sebagai galakkan kepada murid untuk terus menguasai ilmu bahasa dengan lebih

baik lagi. Sebagai contoh, rangsangan berbentuk alam persekitaran mereka seperti di

sekolah. Guru akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran secara soal

jawab secara lisan kepada murid-murid.

Keempat, murid akan sentiasa bersemangat untuk belajar kerana berdasarkan

teori ini juga, ganjaran memainkan peranan utama di dalam pengajaran dan

pembelajaran. Contohnya, jika seorang murid dapat melakukan tugasannya dengan

Page 11: semantik

cemerlang maka ia akan beroleh pujian dan sanjungan seperti syabas, teruskan usaha

anda dan sebagainya.

Kelima, kekuatan dari segi merumus sesuatu topik yang dipelajari. Teori ini

juga menekankan peniruan dan latih tubi sebagai satu cara murid untuk terus belajar

dari masa ke semasa. Contohnya, murid yang lemah akan diberikan gambar dan

diarah menyebut berulang kali hingga ia kenal perkataan yang perlu disebut dan di

tulis.

Kesimpulannya, kekuatan teori ini adalah hasil daripada kajian demi kajian

ahli bijak pandai di dalam menghidupkan suasana dan keadaan sesuatu pembelajaran

bahasa. Ia juga memberikan satu kelebihan kepada guru tentang matlamat dan objektif

pengajaran dan pembelajaran berlandaskan kemahiran lisan selain daripada bacaan

dan tulisan. Di samping itu juga, guruharuslah memahami dan mengambil tahu

tentang kelebihan teori behavioris kepada murid-murid untuk dimanfaatkan dalam

pendidikan.

3.2 Kelemahan teori behavioris

Kelemahan ketara teori ini ialah rangsangan. Jika tiada rangsangan di mana

guru akan terus kepada objektif pengajaran dan pembelajaran ia akan memberi kesan

kepada murid. Murid akan menunjukkan tindak balas tidak berminat untuk belajar dan

sebagainya. Contohnya, jika seorang guru tidak memberikan rangsangan kepada

bentuk bergambar pasti murid akan tidak mengenali sesuatu perkataan itu dengan

lebih jelas. Terutamanya bagi murid-murid tahun 1 dan 2.

Kedua, teori ini juga memakan masa yang panjang. Ini kerana teori ini lebih

kepada kemahiran berbentuk lisan sebagai rangsang dan tindak balasnya kepada

murid. Dengan peruntukkan masa yang singkat ia juga melibatkan ketidakseimbangan

kemahiran – kemahiran yang lain.

Ketiga,selalunya guru akan memberikan rangsangan terlebih dahulu bagi

menggerakkan pengajaran dan pembelajaran kepada murid. Ini adalah kelemahan

yang ketara di mana jika guru tidak memberikan rangsangan terlebih dahulu atau guru

yang banyak memberikan rangsangan ia akan membuatkan murid leka dan tidak

memberikan respon yang baik ketika pembelajaran yang berlangsung. Contohnya,

apabila guru menunjukkan perkataan ‘nyiur’. Adakah murid boleh mengenali

Page 12: semantik

perkataan tersebut tanpa ada gambar? Semestinya tidak. Kebanyakkan murid tidak

akan bertanya dan melayan kehendak guru jika tiada rangsangan berbentuk gambar.

Keempat, teori ini juga tidak kondusif kerana ia hanya berpusatkan kepada

guru sebagai rangsangan kepada murid. Pembelajaran akan berlaku dalam keadaan

sehala sahaja di mana ia berlaku dalam sesi soal jawab dan sebagainya. Sebagai

contoh, pengajaran dan pembelajaran guru akan terhala kepada sesuatu perkara dan

murid hanya menerima tanpa maklum balas selanjutnya.

Kelima, teori ini juga memerlukan ganjaran sebagai salah satu cara

membangkitkan semangat belajar kepada murid. Jika ganjaran tidak diberi murid akan

memberikan reaksi negatif kepada tindakan guru. Contohnya, hukuman rotan akan

membuatkan murid tidak berminat belajar bersama guru tersebut hingga boleh

menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.

Kesimpulannya, kelemahan teori ini bukan bermakna guru tidak memahami

pendekatan ini tetapi ia perlulah dipelbagaikan konsep dan tujuan sesuatu kemahiran

itu diajar. Pendekatan yang digunapakai juga memerlukan satu perubahan tentang

cara memberikan rangsang dan tindak balas murid melalui teknik atau kaedah yang

dianggap sesuai dengan penggunaan masa pengajaran dan pembelajaran.

4.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan hujah, huraian dan rancangan pelajaran yang di kemukakan di

atas, dapatlah disimpulkan bahawa teori behavioris di dalam pemerolehan bahasa

memberikan suatu manfaat yang besar kepada guru secara amnya. Jika dilihat dari

segi pendukung kepada teori ini merujuk kepada penguasaan kanak-kanak terhadap

menguasai bahasa secara mekanis, ia adalah kerana terdapat rangsangan dan gerak

balas yang disifatkan sebagai satu bahan kajian yang membuktikan bahawa

keupayaan seseorang kanak-kanak adalah terbatas dan memerlukan suatu bentuk

ganjaran bagi memastikan kelangsungan pengajaran dan pembelajaran khasnya

bahasa Melayu sentiasa berjalan dengan cemerlang.

Penguasaan bahasa adalah aspek penting bagi teori ini yang sangat

mementingkan kemahiran lisan , bacaan dan tulisan. Ia sekali gus, memberikan

kelebihan kepada guru memilih pendekatan dan teori behavioris ini sebagai jalan yang

bijak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan lagi.

Page 13: semantik

Walaupun begitu, terdapat juga teori-teori yang lain yang boleh dijadikan panduan

dan padanan kepada teori behavioris ini.

Secara keseluruhannya, konsep pemerolehan bahasa berdasarkan teori

behavioris ini berguna kepada pengajaran dan pembelajaran dan juga sebagai salah

satu cara mendidik kanak-kanak tidak kira peringkat umur dan kebijaksanaan

menggabungkan kemahiran-kemahiran tertentu akan memberikan lebih ganjaran

kepada guru dan juga murid. Ia dapat diperjelaskan lagi bahawa teori behavioris ini

dapat dipergunakan bagi manfaat guru dan murid melalui pendapat-pendapat serta

pandangan ahli bijak pandai dalam pengajaran pemerolehan bahasa yang utama.

5.0 RUJUKAN

Dr. Adenan Ayob dan Dr. Nathesan Sellapan .(2014). HBML Psikolinguirtik dan

Semantik. Kuala Lumpur: OUM.

Halijah bt Abd. Hamid. (1996). Memanfaatkan Teori Behavioris dan Metalis. Pelita

Bahasa 8:11(20-23).

Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Abd Aziz. (1988). Pedagogi bahasa. Petaling

jaya: Longman.

Lyons, A. W, Teer, P & Rubenstein, H. (1978). Age-at-acquisition and word

recognition. Journal of Psycholinguistic research, 7 (3), 179-187.

Mok Soon Sang. (2012). Prinsip Teras Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:

Penerbitan Multimedia.

S. Nathesan. (2012). Glosari Pendidikan, Muar: Johor

Tay Meng Guat. (2006). Pemerolehan bahasa kanak-kanak: Satu analisis sintaksis.

Diperolehi dari internet:

http:// www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tay06.pdf.

Diperolehi dari internet:

Page 14: semantik

http://abangasyraff.blogspot.com/2013/11/waj3104-konsep-teori-pemerolehan-

bahasa.html

http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/03/teori-behaviorisme-perlakuan-dalam.html

http://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/tay06.pdf

http://www.bpkpenabur.or.id/files/Hal.28-33%20Teori%20Behaviourisme.pdf