41
IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu) TUGASAN 1 : Berdasarkan petikan yang disediakan, huraikan jenis-jenis makna dalam Bahasa Melayu (30%) 1.0 Pengenalan Semantik merupakan satu bidang yang mempelajari tentang makna.Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Kata “semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek- aspek seperti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu. Semantik dapat juga ditakrifkan sebagai kajian makna linguistic bagi kata, frasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Semantik juga boleh dirujuk sebagai sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik ,1997 dipetik daripada Haji Mohd Isa bin. Abdul Razak,2003) Menurut J.W.W Verhaar (1996:284), semantik adalah cabang linguistik yang akan membahaskan erti atau makna. Abdul Chaer (1984 : 284) mendefinisikan semantik sebagai bidang kajian linguistik yang mana obkel penelitiannya adalah makna bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga , semantik ialah kajian tentang makna 1

Semantik soalan 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

TUGASAN 1 : Berdasarkan petikan yang disediakan, huraikan jenis-jenis makna dalam Bahasa

Melayu (30%)

 

1.0  Pengenalan

           Semantik merupakan satu bidang yang mempelajari tentang makna.Semantik atau

kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan

fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Kata

“semantik” ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang

membawa makna ‘penting’ atau ‘bererti’. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan

sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik

dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam

Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seperti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis

makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam

nahu. Semantik dapat juga ditakrifkan sebagai kajian makna linguistic bagi kata, frasa dan ayat.

Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. 

Semantik juga boleh dirujuk sebagai sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa

(Kamus Linguistik ,1997 dipetik daripada Haji Mohd Isa bin. Abdul Razak,2003) Menurut J.W.W

Verhaar (1996:284), semantik adalah cabang linguistik yang akan membahaskan erti atau

makna. Abdul Chaer (1984 : 284) mendefinisikan semantik  sebagai bidang kajian linguistik

yang mana obkel penelitiannya adalah makna bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga ,

semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna kata.

Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila

penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar.

Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16 pengertian

dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan suatu peristiwa

yang diharapkan.

Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantic adalah cabang

linguistic yang berperanan semata-mata untuk meneliti makna kata bagaimana asal mulanya

bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan

makna dalam sejarah bahasa.

1

Page 2: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

  Kata semantik bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda

linguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Mempelajari makna atau erti dalam bahasa. Oleh

itu, semantik dapatlah didefinisikan sebagai ilmu tentang makna atau tentang erti.

1.1 Jenis-jenis Makna

             Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna leksikal,

makna gramatikal, makna kontekstual, makna asosiatif, makna konotatif, makna stilistik,makna

afektif, makna referensial, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna inidapat

memberikan gambaran yang tertentu sama ada  maksud tersurat mahupun tersirat. Di sini akan

dibincangkan berkaitan beberapa jenis makna yang terkandung didalam petikan.

2.0  Makna Leksikal

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, leksikal bermaksud 'berkenaan perkataan

atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Makna leksikal bermaksud 'makna sesuatu

perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaaannya dalam ayat dan sebagainya). Menurut

Fatimah Djajasudarma (1993:14) dan Zainuddin (1992), makna leksikal (dalam bahasa Inggeris

disebut sebagai lexical meaning, semantic meaning, external meaning) adalah makna unsur-

unsur bahasa sebagai lambang benda, peristiwa dan lain-lain. Bagi Maslow (1987 :90) , beliau

berpendapat makna leksikal ialah rujukan terhadap satu kandungan tertentu yang spesifik bagi

satu perkataan hanya sebagai perbezaan dengan semua perkataan lain. 

Selain itu, makna leksikal juga membawa maksud makna yang bersifat leksikon, makna

yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau

makna yang nyata (Adrienne Lehrer,1992). Menurut Abdul Chaer (1995) pula, leksikal

merupakan bentuk adjektif yang diturunkan dari bentuk nomina leksikon (vocabulary, kosa kata,

perbendaharaan kata). Ini bermaksud leksikal boleh didefinisikan sebagai makna yang bersifat

leksikon,bersifat leksem dan bersifat kata.

Contoh makna leksikal “produk” yang terdapat dalam petikan bermaksud sesuatu

barang, perkhidmatan dan sebagainya yang dikeluarkan oleh kilang, atau yang ditawarkan oleh

institusi (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

2

Page 3: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Berdasarkan Petikan:

a) …kualiti produk dan perkhidmatan… (Perenggan pertama, baris kedua)

b) …terhadap nilai produk yang mereka… (Perenggan pertama, baris pertama)

c) …penyampaian produk kepada pelanggan… (Perenggan ketiga, baris kedua)

Penjelasan ayat:

Berdasarkan petikan yang diberi, makna leksikal “produk” adalah tepat dengan makna yang

nyata serta bersesuai dengan ayat dalam petikan.

3.0 Makna Gramatikal

Makna gramatikal bermaksud makna baru yang wujud akibat daripada proses pengimbuhan,

pengulangan dan pemajmukan. Contoh; batas, batasan, membatas, perbatasan, terbatas dan

lain-lain lagi. Proses gramatikal atau pengimbuhan asli atau pinjaman (awalan, akhiran, apitan

dan sisipan) yang berlaku pada kata dasar boleh mengubah golongan kata dan makna.

Menurut Ahmad Khair Mohd Nor lagi, imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat

jenis yang dikenali sebagai imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk  imbuhan ini

pula terdiri daripada dua jenis iaitu imbuhan asli bahasa Melayu atau imbuhan yang dipinjam

daripada bahasa asing seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani - Latin - Inggeris. Antara

imbuhan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah –an, -kan, -i, pe-, men….kan dan

sebagainya.Imbuhan pinjaman terdiri daripada maha-, eka-, wan-, -man, bi-, wi-, -lah dan

banyak lagi.

3.1 Jenis-jenis Imbuhan

i)Imbuhan Awalan.

            Imbuhan awalan  merupakan imbuhan yang terletak di hadapan kata dasar perkataan.

Imbuhan awalan boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu awalan kata nama seperti peN-,

peR-, ke-, juru- dan se-. Manakala imbuhan awalan kata kerja pula ialah meN-, mempeR-,beR-,

teR-,di- dan diper-.Akhir sekali imbuhan awalan kata adjektif  yang terdiri daripada ter- dan se-.

Arbak Othman (1989) , awalan kata nama peN- mempunyai lima bentuk iaitu pe-,pem-, pen-,

peng- dan penge-. Awalan meN- pula terdiri daripada me-,mem-, men-, dan meng- bergantung

pada huruf pertama kata dasar.

3

Page 4: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Beberapa makna gramatikal yang terdapat dalam petikan:

Makna gramatikal

imbuhan awalan

Maksud Makna leksikal di

dalam kamus

Maksud

pengguna orang yg

menggunakan

sesuatu; pengambil

faedah drpd sesuatu

benda.

(kamus pelajar edisi

kedua)

guna Manfaat/ faedah

(kamus pelajar edisi

keempat)

terhadap kepada; akan

(kamus pelajar edisi

kedua) berkenaan,

mengenai, tentang

(kamus dewan edisi

keempat)

hadap menghadap 1

menghala; mengarah

(kamus pelajar edisi

kedua)

bahagian sebelah

muka, muka, depan

(kamus dewan edisi

keempat)

penjual orang yg menjual

(kamus pelajar edisi

kedua)

jual berpencarian dgn

memperniagakan

sesuatu; berniaga

(kamus pelajar)

pemangkin faktor, persekitaran

dsb yg mempercepat

sesuatu tindakan atau

perubahan

(kamus pelajar edisi

kedua)

Mangkin ist benda atau bahan

yg dpt mengubah

kecepatan sesuatu

tindakan kimia tetapi

bahan tsb tidak

mengalami

perubahan

(kamus pelajar edisi

kedua)

4

Page 5: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

ii)Imbuhan Akhiran

Imbuhan akhiran terletak di belakang kata dasar. Imbuhan ini terbahagi kepada imbuhan asli

bahasa Melayu seperti –an, -kan, dan –i.

Beberapa makna gramatikal yang terdapat dalam petikan:

Makna gramatikal

imbuhan awalan

maksud Makna leksikal di

dalam kamus

Maksud

Cabaran hasil

mencabar ,memperso

alkan,

mempertikaikan

(Kamus Dewan Edisi

Keempat)

Cabar tawar hati, takut,

penakut

(Kamus Dewan Edisi

Keempat)

Tumpuan pusat tempat

bertumpu atau tempat

berkumpul

(Kamus Pelajar)

Tumpu tinggi titik tempat

berselangnya garis

tinggi sesuatu segi

tiga; puncak

(Kamus Pelajar Edisi

Kedua)

iii)Imbuhan Apitan

Imbuhan apitan bermaksud imbuhan yang hadir serentak mengapit kata dasar di bahagian

hadapan dan belakang kata.

Beberapa makna gramatikal yang terdapat dalam petikan:

Makna gramatikal

imbuhan awalan

maksud Makna leksikal di

dalam kamus

Maksud

Merupakan membentuk

(membuat, men-

jadikan) melahirkan,

menggambarkan,

Rupa perihal sesuatu benda

yg kelihatan dr luar,

sifat sesuatu pd

lahirnya,wajah

5

Page 6: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

mewujudkan

(kamus dewan edisi

keempat)

(kamus dewan edisi

keempat)

Penyampaian perihal

menyampaikan

sesuatu

(kamus dewan edisi

keempat)

perbuatan atau hal

menyampaikan

(kamus pelajar edisi

kedua)

Sampai tiba,mencapai tujuan

(kamus dewan edisi

keempat)

Perkhidmatan perbuatan atau hal

berkhidmat. 2 kerja,

usaha, kemudahan

untuk kepentingan

orang ramai.

(kamus pelajar edisi

kedua)

Khidmat hormat, (dgn) takzim,

(dgn) sopan santun,

perbuatan (pekerjaan)

yang menunjukkan

kesetiaan, kerja untuk

memenuhi keperluan

orang ramai.

Secara keseluruhannya, makna gramatikal penting dalam bahasa Melayu kerana berlaku

pengimbuhan  pada kata dasar yang boleh menyebabkan perubahan makna dan seterusnya

boleh mengembangkan kata dasar  dalam bahasa Melayu.

4.0 Makna Konstektual

               Menurut Abdullah Yusuf , Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, (2009) makna

konstektual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks.

Antara contoh yang terdapat dalam petikan adalah seperti ayat di dalam petikan iaitu:

“Mereka juga mempunyai alternatif yang luas untuk memilih penjual yang dapat

menawarkan produk dengan nilai yang terbaik kepada mereka.”

6

Page 7: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

(perenggan pertama baris keempat)

Penjelasan Ayat:

Perkataan “menawarkan” mempunyai makna kontekstual yang membawa maksud memberikan

atau menyediakan pada ayat tersebut. Begitu juga dengan perkataan “unit” yang terdapat pada

petikan berikut:

“..ianya adalah tanggungjawab semua unit di organisasi..”

(perenggan ketiga baris ketiga)

Penjelasan Ayat:

Mengikut konteks ayat ini, “unit” yang dimaksudkan memberi makna kontekstual iaitu pekerja

atau petugas pada bahagian/organisasi tersebut.

Contoh makna konteks kata “dalam” pada ayat-ayat berikut yang terdapat dalam petikan:

i. “..perkhidmatan pelanggan merupakan keupayaan organisasi dalam menyempurnakan

penyampaian produk..” (perenggan ketiga baris kedua)

ii. ..menjadi satu agenda penting dalam perancangan strategik..

(perenggan kedua baris ketiga)

iii. ..supaya berjaya dalam memberi tumpuan..(perenggan ketiga baris keempat)

iv. ..sebagai pemangkin dalam meningkatkan serta mengekalkan..

(perenggan keempat baris kedua)

Penjelasan Ayat:

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “dalam” bermaksud jarak (jauhnya) ke bawah atau ke

dasar dr permukaan. Berdasarkan ayat (i) dan (iv),”dalam” membawa maksud “untuk”. Berbeza

maksud “dalam” pada ayat yang kedua (ii) yang bererti “kepada”, begitu juga dengan ayat

ketiga (iii) yang membawa maksud “ketika”. Makna konteks dapat juga berkenaan dengan

situasinya, seperti  tempat, waktu, dan lingkungan penggunaan bahasa itu.

5.0 Makna Referensial

               Menurut Abdul Chaer (2007:291) sebuah kata atau leksem disebut bermakna

referensial kalau ada referensnya, atau acuannya. Perkataan yang termasuk dalam kategori

7

Page 8: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

kata penuh tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial.Contoh kata

seperti kuda, merah, makan, cerdik ,kereta, kasut dan gambar adalah termasuk kata-kata yang

bermakna referensial kerana ada acuannya dalam dunia nyata. Menurut Nik Safiah Karim,

apabila perkataan mempunyai referen, maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial.

Sebaliknya, kata-kata seperti dan, atau, dan kerana adalah kata-kata yang tidak bermakna

referensial, kerana kata-kata itu tidak mempunyai referens. Ini dikenali sebagai makna

nonreferensial atau kata-kata yang tidak memberi makna.

Antara perkataan yang mempunya makna referensial pada petikan:

Makna Referensial Referen

Penjual Peniaga kedai, peniaga pasar malam, Peniaga

Awam Orang awam, masyarakat,

pekerja sektor awam

Swasta Pekerja swasta, pekerja pesendirian,

bermajikan

Pelanggan Orang yang melanggan, menggunakan

Pengguna Orang yang menggunakan

6.0 Bentuk Makna Daripada Hubungan Semantik

Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim, antonim,

hiponim, meronim, polisim, homonim, homofon dan homograf. Terdapat beberapa bentuk

makna yang terdapat pada petikan seperti berikut:

6.1 Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.

Beberapa sinonim yang terdapat dalam petikan:

Nilai Harga

Mestilah Haruslah

Menyempurnakan Menyiapkan

6.2 Antonim - merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan.

Beberapa antonim yang terdapat dalam petikan:

8

Page 9: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Penjual Pembeli

Lebih Kurang

Terbaik Terburuk

Luas Sempit

Dalam Luar

6.3 Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.

Beberapa hiponim yang terdapat dalam petikan:

Pengguna / Pembeli / Pelanggan Orang yang membeli atau menggunakan, suri

rumah, rakyat Malaysia, dan banyak lagi.

Penjual Orang yang berniaga, penjual buah, penjual

kereta, peniaga pasar malam dan banyak lagi.

Produk Barangan elektrik, kosmetik, Astro, barangan

makanan dan banyak lagi.

6.4 Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi

sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza. Perkataan yang

mempunyai sebutan yang sama, tetap berbeza makna seperti yang disebutkan dikatakan

mempunyai hubungan homonim.

Sebagai contoh perkataan yang terdapat pada petikan yang mempunyai makna

himonim iaitu “menawarkan” .

“…penjual yang dapat menawarkan produk dengan nilai..”

(perenggan pertama baris keempat).

Penjelasan Ayat.

Perkataan “menawarkan” boleh membawa maksud menghilangkan rasa, memulihkan sihir atau

memeterai bias. Tetapi perkataan tersebut dapat mendukung makna bersifat homonim yang

selaras mengikut konteks ayat. Penggunaan homonim dalam penggunaan ayat atau pertuturan

boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatarbelakangkan konteks tertentu. Hal ini demikian

kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama, tetapi berbeza dari segi

9

Page 10: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

makna.

Beberapa himonim yang terdapat dalam petikan:

Homonim Makna 1 Makna 2 Makna 3

Menawarkan menunjukkan sesuatu

supaya dibeli;

mengunjukkan atau

mengemukakan

sesuatu supaya

diterima, dipakai

menyebabkan

(menjadikan) tawar

menjampi supaya

hilang kekuatan

(kamus dewan edisi

keempat)

Luas Tidak sempit, lapang Besarnya sesuatu

permukaan atau

kawasan

Tidak sempit :

pengetahuan

Dalam Jarak (jauhnya) ke

bawah atau ke dasar

dr permukaan

Jauh ke tengah dr tepi

atau pinggir

Bukan sedikit, tidak

sempit, lebih drpd

sekadar yg perlu

sahaja

10

Page 11: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

TUGASAN 2 : Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud kata yang bermakna ganda atau mendua

makna. Kegandaan ini berlaku pada satuan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa,

klausa atau kalimat, dan terjadi pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeza.

Berdasarkan ayat dibawah, analisiskan ketaksaan ayat.(20%)

Kereta di tempat letak kereta itu terlupa saya kunci

7.0 Analisis Ketaksaan / Ambiguiti

Ketaksaan boleh diertikan sebagai kesamaran makna dalam sesuatu ayat atau perkataan.

Menurut Abdullah Hassan ( 2007 ), menyatakan bahawa kadang-kadang kita menemui ayat

yang lebih daripada satu makna. Ayat yang taksa ini memerlukan lebih masa untuk difahami

oleh masyarakat atau penutur. Menurut Abdullah Yusof , Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in

Shaari ( 2009 ) , ketaksaan boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu kekaburan makna,

ketidakpastian makna, kurang ketentuan dalam makna item dan pertentangan pada penentuan

makna item. Melalui pembacaan, saya dapat menjelaskan ketaksaan ialah perkataan atau ayat

yang mengandungi lebih daripada satu makna. Perkataan yang mengalami ketaksaan akan

menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan juga. Kamus Dewan Bahasa mendefinisikan

'Ketaksaan' bermaksud  kekaburan-makna dalam ayat dapat diatasi jika tanda baca digunakan

dengan betul.

Ketaksaan yang mungkin berkaitan dengan maksud yang berganda atau mendua

makna berpunca pada sebutan ketatabahasaan yang lebih besar, iaitu frasa, klausa atau

kalimat, dan terjadi akibat pentafsiran struktur ketatabahasaan yang berbeza akan dianalisis

pada ayat dibawah.

“Kereta di tempat letak kereta itu terlupa saya kunci”.

Ketaksaan yang wujud pada ayat tersebut amat jelas dan mempunyai lebih daripada

satu maksud jika disebut. Antara punca kesamaran dalam ayat tersebut adalah kerana

kurangnya maklumat kontekstual. Ketaksaan ayat tersebut terjadi apabila kurang maklumat

kontekstual kerana tidak diketahui konteks penggunaannya. Ini kerana terdapat kemungkinan-

kemungkinan yang terdapat pada maksud ayat tersebut sama ada mahu menyatakan si pelaku

iaitu “saya” telah terlupa membawa kunci keretanya atau terlupa untuk mengunci keretanya

11

Page 12: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

ataupun seseorang yang berada di depan pintu rumah tetapi tidak dapat masuk ke dalam

rumahnya yang terkunci kerana kunci rumah tertinggal di dalam kereta yang terletak di tempat

letak kereta. Wittgenstein (1953) menyatakan bahawa makna kata tidak dapat diketahui kecuali

dilihat dalam penggunaannya atau dalam konteks penggunaannya. Jelas sekali beliau

menyatakan konteks membawa maksud untuk pemahaman sesuatu ujaran.

Ayat tersebut juga menimbulkan lewah dalam makna apabila frasa/ perkataan kereta

disebut dua kali dalam ayat yang sama sekaligus menimbulkan kekeliruan kepada pembaca

walaupun membawa makna yang berbeza iaitu kereta bermaksud kenderaan, manakala tempat

letak kereta bermaksud kawasan khas meletakkan kereta. Ketaksaan tersebut boleh diperbaiki

dengan mengubah frasa “tempat letak kereta” kepada “parkir” yang juga mendukung maksud

yang sama. Secara tidak langsung memberi pemahaman yang jelas dan lebih gramatis.

Ketaksaan yang berlaku pada perkataan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami

ketaksaan. Ketaksaan ayat tersebut tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada

pendengar ataupun pembaca. Nahu yang tidak tepat menjadikan ayat tersebut lebih keliru. Ayat

tersebut boleh dimaksudkan seperti berikut:

Ayat asal:

“Kereta di tempat letak kereta itu terlupa saya kunci”.

Andaian maksud:

i. Terlupa untuk mengunci kereta.Kereta berada di tempat letak kereta.

ii. Terlupa membawa kunci kereta. Kereta berada di tempat letak kereta.

Jika maksud ayat tersebut adalah seperti maksud yang pertama. Maka, struktur ayat boleh

dibetulkan seperti:

“Saya terlupa mengunci kereta di tempat letak kereta”

Jelas sekali maksud yang hendak disampaikan dengan mengubah struktur dan menambah

imbuhan meN+ pada frasa kunci untuk mewujudkan kata kerja iaitu perbuatan mengunci kereta.

12

Page 13: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Seperti yang telah dimaklumkan bahawa ayat yang diberi mempunyai ketaksaan dan

mempunyai banyak maksud. Ketaksaan ayat tersebut akan lebih ketara jika diucapkan atau

dilafazkan dengan intonasi dan jeda yang berbeza mengikut maksud yang hendak

disampaikan.

Ayat 1 : Kereta di tempat letak kereta itu; saya terlupa kunci.

Ayat 2 : Kereta; ditempat letak kereta itu terlupa; saya kunci.

Andaian ayat 1 membawa maksud terlupa untuk mengunci kereta yang berada di tempat letak

kereta. Maksud ayat tersebut dapat ditentukan dengan membubuh tanda koma bertitik (;)

selepas perkataan “itu” , menghasilkan maksud yang jelas lebih-lebih lagi jika diikuti dengan

konteks. Ini kerana tanda koma bertitik (;) selepas frasa “itu”, menjadikan jeda dan intonasi

pada gaya bacaan ayat tersebut. Secara jelas ayat tersebut menyatakan terlupa untuk

mengunci keretanya. Tetapi jika melalui pembacaan masih lagi menimbulkan ketaksaan antara

terlupa untuk mengunci kereta atau terlupa kunci kereta atau terlupa kunci rumah ataupun

terlupa kunci almari. Dalam hal ini saya berpegang pada maksud yang telah dijelaskan pada

ayat 1. Manakala ayat 2 pula membawa maksud yang jelas berbeza daripada ayat ayat 1

secara keseluruhannya jika dilafaz dengan intonasi yang betul. Setelah dibubuh tanda koma

bertitik (;) selepas frasa “kereta” dan “terlupa”, ayat tersebut membawa maksud bahawa terlupa

dimana kereta telah diletak tetapi kereta tersebut sudah dikunci. Pembawakan ujaran lebih

bersifat seperti terkejut kerana terlupa sesuatu. Perhatikan betapa luas jurang perbezaan

makna oleh ketaksaan pada ayat tersebut jika diujar berlainan jeda ,intonasi dan tekanan dalam

bacaan.

Terdapat banyak lagi faktor yang boleh dikaitkan dalam ketaksaan makna seperti

homonim, sinonim, polisem dan pelbagai lagi. Tetapi apa yang dapat saya kaitkan lagi adalah

faktor sosiologis.Faktor sosiologis itu merujuk kepada masyarakat. Masyarakat dikatakan

menjadi peneraju utama dalam mentafsir sendiri makna. Dalam erti kata lain, bukan sahaja

bahasa yang diakibatkan oleh faktor sosiologis (Yayat Sudaryat, 2004) tetapi ambiguiti dalam

gambar atau imej juga diakibatkan oleh faktor sosiologis. Ini bermakna, makna dalam bahasa

bukan sahaja  bergantung kepada masyarakat (Semantik leksikal, 2008) tetapi makna juga

bergantung kepada masyarakat. Contohnya masyarakat berbangsa Cina dan India di Malaysia

kurang fasih berbahasa Melayu. Dalam erti kata lain penggunaan bahasa melayu mereka ketika

13

Page 14: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

bertutur dengan penutur jati berbangsa melayu pastinya berlainan seperti “ Itu orang baik

punya orang”. Maksud yang hendak disampaikan adalah hendak mengatakan “Orang itu sangat

baik”. Apa yang dapat dikaitkan disini, penggunaan struktur ayat mereka selalunya akan terbalik

daripada penutur jati kerana mereka menterjemah bahasa melayu mengikut struktur bahasa jati

mereka. Dalam erti kata lain, masyarakat bukan sahaja sewenang-wenangnya dalam

memberikan kata/leksem pada sesuatu rujukan sehingga menjadikannya semakin

kompleks (Palmer, F.R., 1981/6) tetapi masyarakat/pengguna juga mempunyai kelebihan dalam

mentafsir dan menilai sesuatu itu.

14

Page 15: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

TUGASAN 3: Kemampuan mengungkapkan sebarang konsep atau proses di dalam ilmu

pengetahuan adalah ukuran muktamad sama ada bahasa itu sudah cukup terbina menjadi

bahasa moden untuk kepentingan sesebuah masyarakat moden. Buktikan beserta 5 contoh

yang bersesuaian bahawa bahasa Melayu sudah mencapai tahap tersebut.(10%)

8.0 Pendahuluan

Bahasa Melayu pada abad 13 hingga 19 sudah menjadi bahasa yang sangat luas penyebaran

dan penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan bangsa-bangsa lain seperti

Arab, India, China, Parsi dan Eropah. Kita tahu di Alam Melayu terdapat pelbagai kelompok

bangsa asing termasuk Eropah yang datang baik untuk tujuan penjajahan, perdagangan dan

tujuan penyebaran agama, masing-masing menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa Melayu

sudah merentas semua bidang tamadun ketika itu, apa sahaja termasuk undang-undang, sudah

ada hukum kanun dari kurun 15 ke atas seperti Hukum Kanun Melaka yang terkenal itu, di

samping Undang-Undang 99 Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Siak dan

sebagainya. Malah ulamak besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang ke Alam Melayu

sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh. Menariknya, Nuruddin al-Raniri

ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu walaupun beliau bukan orang Melayu.

Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu, “Sesiapa sahaja yang datang ke Alam

Melayu perlu belajar dan menguasai Bahasa Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu

pentadbiran, perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam Bahasa

Melayu,” kata Dr. Awang lagi yang pernah menyandang Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan

Bahasa dan Pustaka ( 1999-2004 ). Bahasa Melayu juga kini berfungsi sebagai bahasa

kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa penghantar, bahasa ilmu dan bahasa

komunikasi.

8.1 Pembentukan Istilah Dalam Pelbagai Bidang

Menurut Datuk Abdul Aziz Deraman, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bahasa

yang maju turut sama mencerminkan sebuah bangsa yang maju dalam pelbagai bidang

kehidupan. Malah, menurut beliau lagi, pembentukan istilah-istilah baru akan menjadikan 15

Page 16: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

sesuatu bahasa itu lebih dinamik. Dalam bidang Pembentukan Istilah pula, pelbagai istilah telah

digubal dan dibentuk dalam pelbagai bidang. Antara tujuan dan matlamat DBP dalam

menggubal dan membentuk istilah dalam pelbagai bidang ini adalah memudahkan dan

membantu seseorang dalam proses pembelajaran untuk mempelajari sesuatu bidang selain

menjadi rujukan dalam pembelajaran. Berikut adalah contoh-contoh istilah-istilah mengikut

bidang-bidang tertentu.

a. Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Dalam bidang ini, bukan hanya pelajar dalam bidang ICT yang mempunyai kepentingan utama

mengapa diwujudkan istilah ini, tetapi juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah

menengah. Penting dan perlu adanya atau wujudnya istilah dalam Teknologi Maklumat dan

Komunikasi kerana ia dapat membezakan penggunaan sesuatu istilah itu.

Contohnya audioconferencing(Bahasa Inggeris) manakala sidang audio (Bahasa

Melayu), connection-oriented network (Bahasa Inggeris) manakala rangkaian berorientasikan

sambungan (Bahasa Melayu) dan data scrambler (Bahasa Inggeris) manakala pengarau

data (Bahasa Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Audioconferencing

Autosave

Broadcast

Client-server

Connection-oriented network

Data scrambler

Digital camera

Digital certificate

Sidang audio

Autosimpan

Siaran;siar

Pelanggan-pelayan

Rangkaian berorientasikan

sambungan

Pengarau data

Kamera digital

16

Page 17: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Digital purse

Digital signature

Sijil digital

Dompet digital

Tandatangan digital

b. Istilah Komputer

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Access

Bench mark

Cursor

Data base

Download

End user

Font

Hardware

Integrated circuit

Local area network

Capaian

Tanda aras

Kursor

Pangkalan data

Muat turun

Pengguna akhir

Fon

Perkakasan

Litar bersepadu

Rangkaian kawasan setempat

c. Istilah Undang-undang.

Istilah ini penting kepada peguam-peguam. Mudah untuk mereka memberi penerangan tentang

sesuatu terma di dalam istilah-istilah mereka. Manakala orang awam pula boleh mengetahui

dan memahami apa yang dinyatakan oleh peguam-peguam yang menggunakan istilah undang-

undang tidak kira samaada di dalam mahkamah ataupun bilik soal-siasat.

17

Page 18: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Contohnya, administrative order (Bahasa Inggeris) manakala perintah pentadbiran (Bahasa

Melayu), fugitive offender (Bahasa Inggeris) manakala pesalah buruan (Bahasa Melayu). Dalam

Bidang ICT atau Komputer pula, terdapat banyak penggunaan istilah-istilah Bahasa Inggeris

yang kompleks dan sekiranya tidak menggunakan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu, akan

menyukarkan pengguna, apatah lagi, penggunaan teknologi dalam ICT dan komputer pada era

globalisasi ini semakin meluas. Antara contoh Istilah Komputer ialah, access(Bahasa Inggeris)

manakala capaian (Bahasa Melayu), Cursor (Bahasa Inggeris) manakala Kursor (Bahasa

Melayu), integrated circuit (Bahasa Inggeris) manakala litar bersepadu (Bahasa Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Administrative order

Civil disorder

Civil rights

Double jeopardy

Diplomatic immunity

Extradiction

Fraud

Fugitive offender

Fundamental rights

Judicial review

Legitimacy

Mala fide

Mandatory procedure

Native

Perintah pentadbiran

Gangguan awam

Hak sivil

Pendakwaan dua kali

Kekebalan diplomatik

Ekstradisi

Fraud

Pesalah buruan

Hak asasi

Kajian semula kehakiman

Kesahan

Mala fide

Tatacara mandatory

Anak negeri

18

Page 19: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Natural justice Keadilan asasi

d.  Istilah Ekonomi atau Pentadbiran

Perniagaan merupakan istilah-istilah yang dicipta bagi memudahkan bahasa bidang perniagaan

mahupun bidang Pentadbiran Perniagaan. Istilah-istilah dalam bidang ini membantu

memudahkan orang ramai dan peniaga agar memahami beberapa perkara atau kata yang

berkaitan dengan ekonomi dan bidang Pentadbiran Perniagaan. Contohnya, balance

sheet (Bahasa Inggeris) manakala kunci kira-kira (Bahasa Melayu), cash flow (Bahasa Inggeris)

manakala aliran tunai (Bahasa Melayu) dan investment climate (Bahasa Inggeris)

manakala iklim pelaburan (Bahasa Melayu). Bidang Perhotelan juga tidak ketinggalan dalam

pembentukan istilahnya. Bidang Perhotelan mempunyai istilah-istilah yang biasanya digunakan

dalam surat-surat jemputan rasmi VIP atau VVIP yang menunjukkan tempat di dalam sesebuah

hotel. Antara contoh-contoh Istilah Bidang Perhotelan ialah, ballroom (Bahasa Inggeris)

manakala dewan besar (Bahasa Melayu), deluxe room (Bahasa Inggeris) manakala bilik

mewah (Bahasa Melayu), banquet (Bahasa Inggeris) manakala bankuet (Bahasa Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Balance sheet

Bridging loan

Buy out

Buy-back price

By-product

Capital gain

Cash flow

Certificate of authorization

Kunci kira-kira

Pinjaman penyambung

Beli habis

Harga beli balik

Keluaran sampingan

Laba modal / keuntungan modal

Aliran tunai

Perakuan kuasa

19

Page 20: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Chief executive officer

Deed of trust

Investment climate

Long term debt

Short-term financing

Sole agent

Steering committee

Ketua pegawai eksekutif

Surat ikatan amanah

Iklim pelaburan

Hutang jangka pendek

Pembiayaan jangka pendek

Ejen tunggal

Jawatankuasa pemandu

e. Istilah Perhotelan

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Ballroom

Banquet

Budget hotel

Buffet

Business centre

Check-in

Check-out

Cocktail

Day use

Deluxe room

Double room

Dewan besar

Bankuet

Hotel jimat / hotel kelas ekonomi

Bufet

Pusat khidmat urusan

Daftar masuk

Daftar keluar

Koktel

Guna siang

Bilik mewah

Bilik kelamin

20

Page 21: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Function room

Luncheon

Twin bed

Waiter (L); waitress (P)

Bilik majlis

Jamuan tengah hari

Katil-kembar

Pramusaji

f. Istilah Fotografi

 Istilah Fotografi merupakan istilah-istilah yang biasanya adalah istilah lazim dikalangan

jurukamera. Dengan adanya istilah-istilah dalam fotografi, maka mudah bagi jurukamera untuk

melakukan tugasan mereka. Antara contoh-contoh istilah bidang ini ialah abstract

photography (Bahasa Inggeris) manakala fotografi abstrak (Bahasa Melayu), camera

angle (Bahasa Inggeris) manakala sudut kamera (Bahasa Melayu) dan half-length

potrait (Bahasa Inggeris) manakala potret separuh (Bahasa Melayu). Manakala dalam Istilah

Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam bidang ini ialah istilah yang

sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam pembelajaran Matematik dan Statistik.

Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris)

manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa

Melayu) dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa

Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Abstract photography

Between-the-lens shutter

Camera angle

Daylight film

Effective aperture

Fotografi abstrak

Pengatup antara kanta

Sudut kamera

Filem warna cahaya siang

Apertur berkesan

21

Page 22: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Flash

Ground-angle view

Half-length portrait

Invisible light

Latitude of exposure

Main lighting

Out of focus

Periscopic lens

Quartz lens

Reflect camera

Dengar

Pandangan sudut bawah

Potret separuh

Cahaya halimunan

Latitude dedahan

Pencahayaan induk

Luar fokus

Periskop

Kanta kuarza

Kamera reflex

g. Matematik dan Sains

Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam bidang ini ialah istilah yang

sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam pembelajaran Matematik dan Statistik.

Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris)

manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa

Melayu) dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa

Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Aerial cable

Affine

Affine geometry

Kabel arial

Afin

Geometri afin

22

Page 23: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Affine variety

Aggregate

Aggregation

Aggregative

Aggregative index

Aggregative model

Aneka afin

Agregat

Pengagregatan

Berdaya agregat; pengagregatan

Indeks pengagregatan

Model berdaya agregat

8.0 Analisis Pembentukan Istilah

8.1 Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu

termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu

hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

i. Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang

dimaksudkan.

ii. Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).

Contoh:

Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital

Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

8.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa

Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,

Contoh – contoh seperti:

i. gambut (daripada bahasa Banjar) – peat23

Page 24: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

ii. nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain

iii. engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut

iv. dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf

v. dening (daripada dialek Kelantan) – yoke

8.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun

dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa

asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber

(perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.

Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan

sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa

Inggeris.

Contoh – contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu

 Atom

 Electron

 Professional

 Psychology

 Structure

 Radio

 Television

 Radiography

 Atom

 Elektron

 Profesional

 Psikologi

 Struktur

 Radio

 Televisyen

 Radiografi

24

Page 25: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

8.4 Penyerapan Istilah Asing

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;

i. Sesuai maknanya;

ii. Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;

iii. Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa

Melayunya mempunyai banyak sinonim.

8.5 Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini

bergantung pada:

i. Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;

ii. Kemudahan belajar bahasa; dan

iii. Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk

jamaknya yang lebih biasa dipakai.

8.6 Istilah Asing yang sudah lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah

berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan

kekeliruan.

Contoh – contoh seperti :

Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu

 Campaign

 Custom

 Kempen

 Kastam

25

Page 26: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

 Dengue

 Grant

 Pension

 Denggi

 Geran

 Pencen

TUGASAN 4 : Hasilkan satu penulisan refleksi berkaitan semua tugasan yang telah dibuat.

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya saya

dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas

seharian.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik dan

Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk

dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru kepada saya. .Saya berasa begitu

bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya

tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan

pensyarah-pensyarah, rakan - rakan dan sedikit ilmu pengetahuan mengenai semantik dan

peristilahan bahasa Melayu dapat saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah

kekangan waktu. Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba

menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan

seterusnya mengkaji aspek makna dalam semantik , pembentukan istilah dan ketaksaan dalam

ayat berdasarkan ayat dan petikan. Saya telah berjaya mengkaji dan membuat analisis melalui

aspek perbendaharaan kata dan istilah serta makna leksikal, makna grammatical, faktor

ketaksaan.

Aspek-aspek ini dihubungkaitkan dengan bidang semantik dan peristilahan.

Sesungguhnya untuk mengkaji dan menganalisis petikan dan ayat bukanlah sesuatu yang

mudah dan perlu menghayatinya serta memahami bidang semantic dengan penuh

kesungguhan.

26

Page 27: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Semasa menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan

peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-maklumat

tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan, sumber internet, laporan

akhbar, artikel, jurnal serta soal-selidik. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan,

banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah nanti. Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat analisis

akan dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat

sekolah atau peringkat yang lebih tinggi.

Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan

untuk pemarkahan sahaja, namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas

mengenai ilmu semantik dan peristilahan bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui

semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan atau

ayat.Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan

kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu

pengetahuan.

Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik

untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan

yang diberikan ini .Contohnya dalam memberi arahan dan memberi latihan yang jelas agar

tiada ketaksaan atau ambiguity dalam ayat.Sebagai seorang pendidik, ianya amat penting dan

berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru,

tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran

dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah sekiranya saya diberi peluang untuk mengajar

subjek ini nanti.

Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan terutama kepada Dr.Hussin Bin Sarif serta kepada sesiapa yang telah banyak

membantu saya dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan BMM 3111 ini. Begitu

juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat

disiapkan.

Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan ini

dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan dan puan.

27

Page 28: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Mohd. Firdaus Bin Abd. Aziz

821231 – 01 – 6607

Pengajian Melayu Sekolah Rendah ( Kohot 1 )

Kumpulan 3

IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

RUJUKAN

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

www.docstoc.com/9651163/HBL3303SMP-PSIKOLINGUISTIK-DAN-SEMANTIK#

Modul Pembelajaran:BBM 3206 Semantik ;Universiti Putra Malaysia; Selangor Darul Ehsan

S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur.

Abdullah Hassan, Ainon Mohd,(1994), Bahasa Melayu untuk Maktab Perguruan  ,Kuala Lumpur

: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

F.R. Palmer,(1989), Semantik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

KRB 3033 Pengantar Bahasa Melayu, Perak darul Ridzuan: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Rodiah Yusoff(2000, Julai), Semantik, Dewan Bahasa, 743-746.

Sheikh Othman bin Sheikh Salim(1996),Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur:

Dewan         Bahasa dan Pustaka

S. Nathesan(2008), Makna dalam Bahasa Melayu Edisi Kedua, Kuala Lumpur Dewan

Bahasa      dan Pustaka

28

Page 29: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Souib Hamat,(2004) Teman Bahasa Kita- Kata Banyak Makna, Johor Darul Takzim;

penerbitan    Pelangi            Sdn Bhd

LAMPIRAN

RENCANA

ARKIB : 07/11/2011

Bahasa Melayu terbukti boleh dijadikan sebagai bahasa ilmuOleh HASHIM YAACOBPROF. DATUK DR. HASHIM YAACOB ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya

SAYA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yakin untuk memartabatkan bahasa Malaysia, di samping memperkasakan bahasa Inggeris.

Beliau mahukan supaya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Saya yakin bahawa bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa kerana bahasa itu mempunyai gedung kata yang luas dan dituturkan oleh sebahagian besar penduduk Asia Tenggara.

Pernyataan ini boleh dibuat berlandaskan hujah bahawa bahasa Melayu telah berkembang dengan pesatnya sejak zaman kegemilangan Melaka dan sebelumnya.

Bahasa Melayu pada masa itu banyak digunakan bukan hanya oleh keturunan Melayu tetapi juga orang asing yang datang berurusan di negara-negara Melayu.

Sekiranya pernyataan berkenaan hendak mendapat kepercayaan orang ramai apatah lagi kepercayaan orang asing maka kita hendaklah menunjukkan bukti nyata bagi menyokong bahawa bahasa ini benar-benar mampu berbuat demikian.

29

Page 30: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Bukti-buktinya memang ada di dalam banyak bidang tetapi kita jarang menelitinya sehinggakan kita sendiri tidak menyedarinya.

Sewaktu saya menjadi Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM) pada 1997, saya dan kakitangan fakulti itu membuktikan bahawa bahasa Melayu memang boleh menjadi bahasa ilmu yang diakui oleh masyarakat antarabangsa.

Kami berjaya memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu apabila kami dianugerahkan pengiktirafan oleh United Kingdom (UK) kepada ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (SMPP) yang kami hasilkan daripada Fakulti Pergigian UM.

Fakulti pergigian ditubuhkan pada 1972 dan mula mengeluarkan doktor-doktor pergigian pada 1976 sehinggalah sekarang. Kursus ijazah SMPP ini memakan masa selama lima tahun iaitu tempoh yang sama panjangnya dengan ijazah yang serupa daripada universiti-universiti di negara Barat.

Bezanya hanya dari segi bahasa pengantara pengajaran dan pembelajaran dalam kursusnya sahaja. Kursus ijazah SMPP dari Fakulti Pergigian UM diajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu, manakala kursus ijazah yang sama dari UK diajar dalam bahasa Inggeris.

Ijazah-ijazah pergigian dari Perancis, Jerman, Netherland, Sepanyol, Itali dan lain-lainnya di negara-negara Barat diajar dalam bahasa negara masing-masing.

UK mengiktiraf ijazah-ijazah di negara-negara Barat ini walaupun diajar dalam bahasa bukan Inggeris. UK dan dunia menganggap bahawa bahasa-bahasa Barat itu adalah bahasa ilmu.

Apabila UK memberikan pengiktirafannya kepada ijazah SMPP dari UM pada 1997, pihak berkuasa negara itu yang bertanggungjawab dalam pemberian pengiktirafan itu telah membuat kenyataan mengenai nilai taraf kursus ijazah SMPP keluaran UM sebagai mencapai satu tahap kecemerlangan setanding dengan yang terbaik di dunia.

Pengiktirafan ini juga bermakna pemegang ijazah SMPP dari UM diiktiraf oleh UK untuk bekerja di negara berkenaan.

Pengiktirafan tersebut dibuat atas sebab-sebab bahawa kursus ijazah SMPP keluaran UM itu dijalankan dengan cemerlang mengikut piawaian yang ditentukan oleh UK sendiri, termasuklah kewujudan infrastruktur dan kelengkapan moden, struktur kurikulum pengajaran yang mantap, kewibawaan kakitangan akademik dan professional, penyelidikan penerbitan yang dihasilkan, dan tatacara pengajaran yang dijalankan dalam bahasa Melayu.

Pihak pemeriksa UK sedia maklum bahawa kursus ijazah SMPP dari UM ini dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Mereka mengakui bahawa kursus ijazah SMPP itu dapat dijalankan dengan sempurna walaupun melalui penggunaan bahasa Melayu.

30

Page 31: Semantik soalan 1

IPG Tun Hussein Onn (BMM3111 Semantik Dan Peristilahan Bahasa Melayu)

Mereka mengakui bahawa sudah terdapat cukup istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang kedoktoran pergigian dan juga perbendaharaan kata am yang luas.

Pengiktirafan kepada ijazah SMPP dari UM yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya membawa makna bahawa bahasa Melayu sudahpun menjadi bahasa ilmu dalam bidang kedoktoran pergigian, sehingga membolehkannya mencapai tahap kecemerlangan dunia yang diakui oleh UK.

Kalau bahasa Melayu sudah terbukti sekurang-kurangnya boleh menjadi bahasa ilmu dalam bidang kedoktoran pergigian, maka kita boleh bina keyakinan bahawa bahasa ini boleh juga menjadi bahasa ilmu di dalam bidang-bidang lain.

Kita hanya perlu menggunakan bahasa ini dengan lebih luas dan membina istilah serta perbendaharaan kata yang bersangkutan dengan bidang-bidang ilmu yang hendak kita terokai.

Sekiranya ini kita lakukan, tentunya kita akan berjaya dan bahasa Melayu akan terbukti sepenuhnya untuk menjadi bahasa ilmu.

31