16
Pendahuluan Bahasa Melayu pada abad 13 hingga 19 sudah menjadi bahasa yang sangat luas penyebaran dan penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan bangsa-bangsa lain seperti Arab, India, China, Parsi dan Eropah. Kita tahu di Alam Melayu terdapat pelbagai kelompok bangsa asing termasuk Eropah yang datang baik untuk tujuan penjajahan, perdagangan dan tujuan penyebaran agama, masing-masing menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa Melayu sudah merentas semua bidang tamadun ketika itu, apa sahaja termasuk undang-undang, sudah ada hukum kanun dari kurun 15 ke atas seperti Hukum Kanun Melaka yang terkenal itu, di samping Undang-Undang 99 Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Siak dan sebagainya. Malah ulamak besar dari Gujerat, Nuruddin al- Raniri yang datang ke Alam Melayu sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh. Menariknya, Nuruddin al-Raniri ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu walaupun beliau bukan orang Melayu. Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu, “Sesiapa sahaja yang datang ke Alam Melayu perlu belajar dan menguasai Bahasa Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran, perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam Bahasa Melayu,” kata Dr. Awang lagi yang pernah menyandang Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1999- 2004 ). Bahasa Melayu juga kini berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa penghantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi. PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM PELBAGAI BIDANG Menurut Datuk Abdul Aziz Deraman, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bahasa yang maju turut sama mencerminkan sebuah bangsa yang

Semantik soalan 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Semantik soalan 3

Pendahuluan

Bahasa Melayu pada abad 13 hingga 19 sudah menjadi bahasa yang sangat luas penyebaran

dan penggunaannya, bukan sahaja oleh orang Melayu bahkan bangsa-bangsa lain seperti

Arab, India, China, Parsi dan Eropah. Kita tahu di Alam Melayu terdapat pelbagai kelompok

bangsa asing termasuk Eropah yang datang baik untuk tujuan penjajahan, perdagangan dan

tujuan penyebaran agama, masing-masing menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa Melayu

sudah merentas semua bidang tamadun ketika itu, apa sahaja termasuk undang-undang, sudah

ada hukum kanun dari kurun 15 ke atas seperti Hukum Kanun Melaka yang terkenal itu, di

samping Undang-Undang 99 Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Siak dan

sebagainya. Malah ulamak besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang ke Alam Melayu

sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh. Menariknya, Nuruddin al-Raniri

ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu walaupun beliau bukan orang Melayu.

Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu, “Sesiapa sahaja yang datang ke Alam Melayu perlu

belajar dan menguasai Bahasa Melayu walaupun dalam apa jua bidang iaitu pentadbiran,

perdagangan, malah dalam soal-soal agama pun mesti dalam Bahasa Melayu,” kata Dr. Awang

lagi yang pernah menyandang Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1999-

2004 ). Bahasa Melayu juga kini berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa

perpaduan, bahasa penghantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.

PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM PELBAGAI BIDANG

Menurut Datuk Abdul Aziz Deraman, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bahasa

yang maju turut sama mencerminkan sebuah bangsa yang maju dalam pelbagai bidang

kehidupan. Malah, menurut beliau lagi, pembentukan istilah-istilah baru akan menjadikan

sesuatu bahasa itu lebih dinamik. Dalam bidang Pembentukan Istilah pula, pelbagai istilah telah

digubal dan dibentuk dalam pelbagai bidang. Antara tujuan dan matlamat DBP dalam

menggubal dan membentuk istilah dalam pelbagai bidang ini adalah memudahkan dan

membantu seseorang dalam proses pembelajaran untuk mempelajari sesuatu bidang selain

menjadi rujukan dalam pembelajaran. Berikut adalah contoh-contoh istilah-istilah mengikut

bidang-bidang tertentu.

Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Dalam bidang ini, bukan hanya pelajar dalam bidang ICT yang mempunyai kepentingan utama mengapa

diwujudkan istilah ini, tetapi juga kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Penting

Page 2: Semantik soalan 3

dan perlu adanya atau wujudnya istilah dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerana ia dapat

membezakan penggunaan sesuatu istilah itu. Contohnya audioconferencing(Bahasa Inggeris)

manakala sidang audio (Bahasa Melayu), connection-oriented network (Bahasa Inggeris)

manakala rangkaian berorientasikan sambungan (Bahasa Melayu) dan data scrambler (Bahasa Inggeris)

manakala pengarau data (Bahasa Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Audioconferencing

Autosave

Broadcast

Client-server

Connection-oriented network

Data scrambler

Digital camera

Digital certificate

Digital purse

Digital signature

Sidang audio

Autosimpan

Siaran;siar

Pelanggan-pelayan

Rangkaian berorientasikan

sambungan

Pengarau data

Kamera digital

Sijil digital

Dompet digital

Tandatangan digital

Istilah Komputer

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Access

Bench mark

Cursor

Capaian

Tanda aras

Kursor

Page 3: Semantik soalan 3

Data base

Download

End user

Font

Hardware

Integrated circuit

Local area network

Pangkalan data

Muat turun

Pengguna akhir

Fon

Perkakasan

Litar bersepadu

Rangkaian kawasan setempat

 Istilah Undang-undang.

Istilah ini penting kepada peguam-peguam. Mudah untuk mereka memberi penerangan tentang sesuatu

terma di dalam istilah-istilah mereka. Manakala orang awam pula boleh mengetahui dan memahami apa

yang dinyatakan oleh peguam-peguam yang menggunakan istilah undang-undang tidak kira samaada di

dalam mahkamah ataupun bilik soal-siasat. Contohnya, administrative order (Bahasa Inggeris)

manakala perintah pentadbiran (Bahasa Melayu), fugitive offender (Bahasa Inggeris) manakala pesalah

buruan (Bahasa Melayu). Dalam Bidang ICT atau Komputer pula, terdapat banyak penggunaan istilah-

istilah Bahasa Inggeris yang kompleks dan sekiranya tidak menggunakan istilah-istilah dalam Bahasa

Melayu, akan menyukarkan pengguna, apatah lagi, penggunaan teknologi dalam ICT dan komputer pada

era globalisasi ini semakin meluas. Antara contoh Istilah Komputer ialah, access(Bahasa Inggeris)

manakala capaian (Bahasa Melayu), Cursor (Bahasa Inggeris) manakala Kursor (Bahasa

Melayu), integrated circuit (Bahasa Inggeris) manakala litar bersepadu (Bahasa Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Administrative order

Civil disorder

Civil rights

Double jeopardy

Perintah pentadbiran

Gangguan awam

Hak sivil

Pendakwaan dua kali

Page 4: Semantik soalan 3

Diplomatic immunity

Extradiction

Fraud

Fugitive offender

Fundamental rights

Judicial review

Legitimacy

Mala fide

Mandatory procedure

Native

Natural justice

Kekebalan diplomatik

Ekstradisi

Fraud

Pesalah buruan

Hak asasi

Kajian semula kehakiman

Kesahan

Mala fide

Tatacara mandatory

Anak negeri

Keadilan asasi

 Istilah Ekonomi atau Pentadbiran

Perniagaan merupakan istilah-istilah yang dicipta bagi memudahkan bahasa bidang perniagaan

mahupun bidang Pentadbiran Perniagaan. Istilah-istilah dalam bidang ini membantu memudahkan

orang ramai dan peniaga agar memahami beberapa perkara atau kata yang berkaitan dengan ekonomi

dan bidang Pentadbiran Perniagaan. Contohnya, balance sheet (Bahasa Inggeris) manakala kunci kira-

kira (Bahasa Melayu), cash flow (Bahasa Inggeris) manakala aliran tunai (Bahasa Melayu) dan investment

climate (Bahasa Inggeris) manakala iklim pelaburan (Bahasa Melayu). Bidang Perhotelan juga tidak

ketinggalan dalam pembentukan istilahnya. Bidang Perhotelan mempunyai istilah-istilah yang biasanya

digunakan dalam surat-surat jemputan rasmi VIP atau VVIP yang menunjukkan tempat di dalam

sesebuah hotel. Antara contoh-contoh Istilah Bidang Perhotelan ialah, ballroom (Bahasa Inggeris)

manakala dewan besar (Bahasa Melayu), deluxe room (Bahasa Inggeris) manakala bilik mewah (Bahasa

Melayu), banquet (Bahasa Inggeris) manakala bankuet (Bahasa Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Page 5: Semantik soalan 3

Balance sheet

Bridging loan

Buy out

Buy-back price

By-product

Capital gain

Cash flow

Certificate of authorization

Chief executive officer

Deed of trust

Investment climate

Long term debt

Short-term financing

Sole agent

Steering committee

Kunci kira-kira

Pinjaman penyambung

Beli habis

Harga beli balik

Keluaran sampingan

Laba modal / keuntungan modal

Aliran tunai

Perakuan kuasa

Ketua pegawai eksekutif

Surat ikatan amanah

Iklim pelaburan

Hutang jangka pendek

Pembiayaan jangka pendek

Ejen tunggal

Jawatankuasa pemandu

Istilah Perhotelan

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Ballroom

Banquet

Budget hotel

Buffet

Dewan besar

Bankuet

Hotel jimat / hotel kelas ekonomi

Bufet

Page 6: Semantik soalan 3

Business centre

Check-in

Check-out

Cocktail

Day use

Deluxe room

Double room

Function room

Luncheon

Twin bed

Waiter (L); waitress (P)

Pusat khidmat urusan

Daftar masuk

Daftar keluar

Koktel

Guna siang

Bilik mewah

Bilik kelamin

Bilik majlis

Jamuan tengah hari

Katil-kembar

Pramusaji

Istilah Fotografi

Istilah Fotografi merupakan istilah-istilah yang biasanya adalah istilah lazim dikalangan jurukamera.

Dengan adanya istilah-istilah dalam fotografi, maka mudah bagi jurukamera untuk melakukan tugasan

mereka. Antara contoh-contoh istilah bidang ini ialah abstract photography (Bahasa Inggeris)

manakala fotografi abstrak (Bahasa Melayu), camera angle (Bahasa Inggeris) manakala sudut

kamera (Bahasa Melayu) dan half-length potrait (Bahasa Inggeris) manakala potret separuh (Bahasa

Melayu). Manakala dalam Istilah Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam bidang

ini ialah istilah yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam pembelajaran Matematik

dan Statistik. Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris)

manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa Melayu)

dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Abstract photography Fotografi abstrak

Page 7: Semantik soalan 3

Between-the-lens shutter

Camera angle

Daylight film

Effective aperture

Flash

Ground-angle view

Half-length portrait

Invisible light

Latitude of exposure

Main lighting

Out of focus

Periscopic lens

Quartz lens

Reflect camera

Pengatup antara kanta

Sudut kamera

Filem warna cahaya siang

Apertur berkesan

Dengar

Pandangan sudut bawah

Potret separuh

Cahaya halimunan

Latitude dedahan

Pencahayaan induk

Luar fokus

Periskop

Kanta kuarza

Kamera reflex

Matematik dan Sains

Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam bidang ini ialah istilah yang

sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam pembelajaran Matematik dan Statistik.

Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah affine geometry (Bahasa Inggeris)

manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa Inggeris) manakala afin (Bahasa

Melayu) dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala indeks pengagregatan (Bahasa

Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Page 8: Semantik soalan 3

Aerial cable

Affine

Affine geometry

Affine variety

Aggregate

Aggregation

Aggregative

Aggregative index

Aggregative model

Kabel arial

Afin

Geometri afin

Aneka afin

Agregat

Pengagregatan

Berdaya agregat; pengagregatan

Indeks pengagregatan

Model berdaya agregat

Analisis Pembentukan Istilah

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu

termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu

hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

 kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.

 kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).

Contoh:

Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital

Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

 kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

7.6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Page 9: Semantik soalan 3

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa

Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,

Contoh – contoh seperti:

 gambut (daripada bahasa Banjar) – peat

 nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain

 engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut

 dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf

 dening (daripada dialek Kelantan) – yoke

7.6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun

dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa

asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber

(perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.

Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan

sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa

Inggeris.

Contoh – contoh seperti:

Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu

 Atom

 Electron

 Professional

 Psychology

 Structure

 Radio

 Atom

 Elektron

 Profesional

 Psikologi

 Struktur

 Radio

Page 10: Semantik soalan 3

 Television

 Radiography

 Televisyen

 Radiografi

7.6.3 Penyerapan Istilah Asing

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;

 Sesuai maknanya;

 Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;

 Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa

Melayunya mempunyai banyak sinonim.

7.6.3.1 Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini

bergantung pada:

 Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;

 Kemudahan belajar bahasa; dan

 Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk

jamaknya yang lebih biasa dipakai.

7.6.3.2 Istilah Asing yang sudah lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah

berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan

kekeliruan.

Contoh – contoh seperti :

Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu

 Campaign  Kempen

Page 11: Semantik soalan 3

 Custom

 Dengue

 Grant

 Pension

 Kastam

 Denggi

 Geran

 Pencen

Page 12: Semantik soalan 3

LAMPIRAN

RENCANA

ARKIB : 07/11/2011

Bahasa Melayu terbukti boleh dijadikan sebagai bahasa ilmuOleh HASHIM YAACOBPROF. DATUK DR. HASHIM YAACOB ialah bekas Naib Canselor Universiti Malaya

SAYA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yakin untuk memartabatkan bahasa Malaysia, di samping memperkasakan bahasa Inggeris.

Beliau mahukan supaya bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Saya yakin bahawa bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa kerana bahasa itu mempunyai gedung kata yang luas dan dituturkan oleh sebahagian besar penduduk Asia Tenggara.

Pernyataan ini boleh dibuat berlandaskan hujah bahawa bahasa Melayu telah berkembang dengan pesatnya sejak zaman kegemilangan Melaka dan sebelumnya.

Bahasa Melayu pada masa itu banyak digunakan bukan hanya oleh keturunan Melayu tetapi juga orang asing yang datang berurusan di negara-negara Melayu.

Sekiranya pernyataan berkenaan hendak mendapat kepercayaan orang ramai apatah lagi kepercayaan orang asing maka kita hendaklah menunjukkan bukti nyata bagi menyokong bahawa bahasa ini benar-benar mampu berbuat demikian.

Bukti-buktinya memang ada di dalam banyak bidang tetapi kita jarang menelitinya sehinggakan kita sendiri tidak menyedarinya.

Sewaktu saya menjadi Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM) pada 1997, saya dan kakitangan fakulti itu membuktikan bahawa bahasa Melayu memang boleh menjadi bahasa ilmu yang diakui oleh masyarakat antarabangsa.

Kami berjaya memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu apabila kami dianugerahkan pengiktirafan oleh United Kingdom (UK) kepada ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (SMPP) yang kami hasilkan daripada Fakulti Pergigian UM.

Fakulti pergigian ditubuhkan pada 1972 dan mula mengeluarkan doktor-doktor pergigian pada 1976 sehinggalah sekarang. Kursus ijazah SMPP ini memakan masa selama lima tahun iaitu tempoh yang sama panjangnya dengan ijazah yang serupa daripada universiti-universiti di negara Barat.

Page 13: Semantik soalan 3

Bezanya hanya dari segi bahasa pengantara pengajaran dan pembelajaran dalam kursusnya sahaja. Kursus ijazah SMPP dari Fakulti Pergigian UM diajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu, manakala kursus ijazah yang sama dari UK diajar dalam bahasa Inggeris.

Ijazah-ijazah pergigian dari Perancis, Jerman, Netherland, Sepanyol, Itali dan lain-lainnya di negara-negara Barat diajar dalam bahasa negara masing-masing.

UK mengiktiraf ijazah-ijazah di negara-negara Barat ini walaupun diajar dalam bahasa bukan Inggeris. UK dan dunia menganggap bahawa bahasa-bahasa Barat itu adalah bahasa ilmu.

Apabila UK memberikan pengiktirafannya kepada ijazah SMPP dari UM pada 1997, pihak berkuasa negara itu yang bertanggungjawab dalam pemberian pengiktirafan itu telah membuat kenyataan mengenai nilai taraf kursus ijazah SMPP keluaran UM sebagai mencapai satu tahap kecemerlangan setanding dengan yang terbaik di dunia.

Pengiktirafan ini juga bermakna pemegang ijazah SMPP dari UM diiktiraf oleh UK untuk bekerja di negara berkenaan.

Pengiktirafan tersebut dibuat atas sebab-sebab bahawa kursus ijazah SMPP keluaran UM itu dijalankan dengan cemerlang mengikut piawaian yang ditentukan oleh UK sendiri, termasuklah kewujudan infrastruktur dan kelengkapan moden, struktur kurikulum pengajaran yang mantap, kewibawaan kakitangan akademik dan professional, penyelidikan penerbitan yang dihasilkan, dan tatacara pengajaran yang dijalankan dalam bahasa Melayu.

Pihak pemeriksa UK sedia maklum bahawa kursus ijazah SMPP dari UM ini dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Mereka mengakui bahawa kursus ijazah SMPP itu dapat dijalankan dengan sempurna walaupun melalui penggunaan bahasa Melayu.

Mereka mengakui bahawa sudah terdapat cukup istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang kedoktoran pergigian dan juga perbendaharaan kata am yang luas.

Pengiktirafan kepada ijazah SMPP dari UM yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya membawa makna bahawa bahasa Melayu sudahpun menjadi bahasa ilmu dalam bidang kedoktoran pergigian, sehingga membolehkannya mencapai tahap kecemerlangan dunia yang diakui oleh UK.

Kalau bahasa Melayu sudah terbukti sekurang-kurangnya boleh menjadi bahasa ilmu dalam bidang kedoktoran pergigian, maka kita boleh bina keyakinan bahawa bahasa ini boleh juga menjadi bahasa ilmu di dalam bidang-bidang lain.

Kita hanya perlu menggunakan bahasa ini dengan lebih luas dan membina istilah serta perbendaharaan kata yang bersangkutan dengan bidang-bidang ilmu yang hendak kita terokai.

Sekiranya ini kita lakukan, tentunya kita akan berjaya dan bahasa Melayu akan terbukti sepenuhnya untuk menjadi bahasa ilmu.

Page 14: Semantik soalan 3

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2011&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm