Upload
truongthuy
View
218
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 1/11
A A+
Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’semasa bayi. Ini kisah Hidayat…26/12/2018 3:18 Update: 26/12/2018 3:37Oleh: NUR ARINA AHMAD ANIS
BERITAmediacorp: Ini satu kondisi kesihatan yang tidak ramai orang sedar tentangnya.
Dipanggil Agenesis corpus callosum, ia satu keadaan di mana sebahagian organ otaknya
tiada semasa bayi dilahirkan.
Secara umumnya, jika ini berlaku kepada bayi, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan minda dan jasmani, seperti masalah kognitif, masalah psikososial, masalah
pendengaran, penglihatan dan sebagainya.
Yang pasti, ini suatu keadaan kesihatan yang boleh dianggap penyakit yang jarang-jarang
berlaku di Singapura mahupun di dunia. Namun Muhammad Hidayat merupakan antara
bayi yang dilahirkan dengan kondisi itu. Ini cerita Hidayat dan Agenesis corpus callosum
yang dialaminya itu.
PENGALAMAN CIK MURFIAH, ANAKNYA KENA AGENESIS CORPUS CALLOSUM
Muhammad Hidayat semasa dia masih bayi (kiri), dan dia sekarang. (Gambar-gambar: Mur�ah Suhadi) Muhammad Hidayat semasa dia mas
12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 2/11
Muhammad Hidayat bersama ibunya, Cik Mur�ah.
Bagi seseorang ibu, ujian ‘ultrasound’ barangkali satu pengalaman yang istimewa dan
mendebarkan. Justeru, tidak dapat dibayangkan bagaimana runtun hati Cik Mur�ah Suhadi
apabila ujian ultrasound beliau mendedahkan tanda-tanda yang membimbangkan tentang
kandungannya itu. Ini berlaku 18 tahun lalu.
Cik Mur�ah, ketika itu berusia 31 tahun, dimaklumkan oleh doktor bahawa kandungannya
yang berusia lima bulan sebenarnya tidak ‘sempurna’ dan dinasihatkan supaya
menggugurkannya. Menurut doktor, terdapat sesuatu yang ganjil di bahagian otak bayinya
kerana ia dipenuhi dengan air.
Sebahagian kecil otaknya tidak ada, atau Agenesis corpus callosum. Cik Mur�ah
memberitahu BERITAMediacorp bahawa nasihat doktor supaya kandungannya digugurkan
bagai mencurahkan cuka di luka hatinya.
“Saya hanya diberi 12 jam untuk membuat keputusan sama ada saya masih mahu
meneruskannya atau menggugurkan kandungan saya. Ini kerana, bayi saya sudah masuk
lima bulan dan sekiranya saya ingin menggugurkannya, saya harus melakukannya secepat
mungkin. Jika tidak, ia akan membahayakan diri saya,” kongsi Cik Mur�ah.
12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 3/11
Doktor menyatakan, antara risiko yang mungkin dihadapi bayinya, termasuklah tidak dapat
hidup lama, kecacatan �zikal atau mental sepanjang hidupnya. Cik Mur�ah dan suaminya
bernama Juraimi Arshad, bagaimanapun bertawakal dan mengambil keputusan untuk tidak
menggugurkan cahaya mata mereka yang pertama itu.
PENJELASAN TENTANG FENOMENA AGENESIS CORPUS CALLOSUM
Corpus callosum adalah bahagian otak yang berfungsi untuk menghubungkan bahagian
otak hemisfera kiri dengan hemisfera kanan. Agenesis corpus callosum pula bermakna
bahagian otak yang menghubungkan otak kanan dengan otak kiri tidak ada.
Menurut Profesor Madya Ong Hian Tat, Ketua dan Konsultan Kanan, Divisyen Pediatrik
Neurologi dari Hospital Universiti Nasional (NUH), kemungkinan berlakunya Agenesis
corpus callosum adalah 1.8 bagi setiap 10,000 bayi yang dilahirkan. Risikonya lebih tinggi
bagi kaum wanita yang hamil di peringkat lanjut usia.
“Agenesis corpus callosum akan menjejas kemahiran motor dan kebolehan seseorang
untuk melakukan koordinasi. Selain itu, bayi yang mengalami Agenesis corpus callosum
mesti dipantau dengan rapi kerana perkembangan awalnya besar kemungkinan terjejas.
Justeru, mereka akan memerlukan rawatan terapi seperti terapi cara kerja (occupational
therapy), terapi �zikal, terapi perbualan,” jelas Dr Ong.
12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 4/11
Muhammad Hidayat (kanan).
ALAMI KESUKARAN MEMBACA DAN MENULIS
Menurut Cik Mur�ah, yang kini berusia 49 tahun, beliau mendapati anaknya mengalami
kesukaran membaca dan menulis ketika dia di peringkat Darjah 1. Oleh itu, beliau
mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan terapi bagi membantu anaknya,
Hidayat.
Meskipun Hidayat, yang kini berusia 17 tahun, tiada lagi masalah membaca dan menulis,
Cik Mur�ah akur bahawa anaknya masih mempunyai kelemahan dari segi akademik.
Disebabkan Hidayat tiada langsung corpus callosum, pembangunan otaknya lebih
perlahan, sekali gus menjejas pembelajarannya dan kemampuannya untuk memahami
12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 5/11
sesuatu.
Bagaimanapun, Cik Mur�ah berkongsi dengan BERITAmediacorp bahawa beliau tidak
pernah membeza-bezakan Hidayat dengan dua lagi anaknya yang dilahirkan normal.
Baginya, Hidayat cukup sempurna, tiada apa yang kurang pada dirinya. Bukan saja dia
dalam keadaan sihat, malah dia boleh melakukan segala aktiviti seperti kanak-kanak yang
lain.
HIDAYAT MASIH BOLEH LAKUKAN MACAM-MACAM
12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 6/11
Muhammad Hidayat bersama ibunya, Cik Mur�ah.
Cik Mur�ah memberi contoh, meskipun Hidayat mengalami Agenesis corpus callosum, dia
mampu bermain bola, menunggang basikal, malah bermain guitar! Ia dianggap sesuatu
keajaiban kerana hemisfera otak kiri dan kanannya mampu berfungsi bersama tanpa
corpus callosum. Justeru, bagi Cik Mur�ah, anaknya tiada cacat celanya langsung.
12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 7/11
“Kesan terhadap seseorang yang mengalami Agenesis corpus callosum semuanya
berlainan.
Ada di antara mereka yang terjejas teruk, seperti, mengalami kesukaran untuk berjalan dan
daya intelektualnya terjejas teruk. Bagaimanapun, ada juga yang boleh menjalankan
kehidupan seharian seperti biasa, tanpa masalah.
Pendek kata, ia bergantung kepada setiap individu dan masih terdapat peluang sekitar 10
peratus hingga 20 peratus bahawa mereka ini dapat menjalani kehidupan seperti orang
biasa,” jelas Dr Ong lagi.
Dalam pada itu, Dr Ong menekankan pentingnya mendapat diagnosis dan rawatan terapi
awal. Ini penting untuk para ibu bapa lebih memahami keperluan anak masing-masing,
terutamanya apabila tahap pembangunan anak tersebut terjejas.
GOLONGAN INI PERLUKAN SOKONGAN
Posted by Posted by Posted by MurfiMurfiMurfi………406 Views406 Views406 Views
12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 8/11
Cik Mur�ah dan suaminya, Encik Juraimi Arshad.
12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 9/11
Paling Popular
Pada zahirnya, Hidayat kelihatan sama seperti kanak-kanak di sekolah arus utama.
Bagaimanapun disebabkan oleh pembangunan mindanya, Cik Mur�ah mengambil
keputusan untuk mendaftarkannya ke sekolah Grace Orchard. Bagi Cik Mur�ah dan
suaminya, Encik Juraimi Arshad, 47 tahun, ia bukan sesuatu yang memalukan kerana
mereka menerima Hidayat seadanya.
Namun, Cik Mur�ah mendedahkan kepada BERITAMediacorp bahawa beliau tersentak
apabila terdengar para pelajar dari sekolah arus utama mengatakan bahawa sekolah-
sekolah keperluan khas adalah untuk pelajar bodoh.
Komen-komen seperti itu membuat Hidayat terasa dan mula benci untuk ke sekolah.
Malah, dia selalu mendesak ibunya supaya menukar sekolahnya.
“Saya tidak suka ke sekolah kerana saya dilabel bodoh oleh para pelajar dari sekolah arus
utama. Saya mahu membuktikan kepada mereka bahawa saya sama seperti mereka dan
saya tidak bodoh,” luah Hidayat kepada BERITAmediacorp.
Sebagai ibu, beliau hanya mampu memberikan segala sokongan dan dorongan kepada
Hidayat untuk tabah. Malah beliau sering mendorongnya supaya terus belajar bersungguh-
sungguh dan mengasah bakatnya dalam bidang muzik, yang sangat diminatinya.
Beliau turut menekankan kepada BERITAMediacorp, bahawa masyarakat tidak sepatutnya
bertanggapan bahawa para pelajar di sekolah-sekolah khas merupakan anak-anak
istimewa, tetapi sebaliknya melihatnya daripada sudut positif.
Cik Mur�ah sedar bahawa Kementerian Pendidikan (MOE) sedang berusaha untuk
memupuk masyarakat yang lebih inklusif, namun beliau juga berharap bahawa para ibu
bapa turut memainkan peranan masing-masing untuk memupuk nila-nilai murni dalam diri
anak mereka.
- BERITAmediacorp/na
12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 10/11
Pelakon tempatan didakwa cabul amah, bagaimanapun kes diselesaikan di luar mahkamah
Tsunami Indonesia: Ombak membadai semasa konsert Seventeen
2 pegawai ICA disiasat; pukul pemandu lori dekat Pusat Pemeriksaan Woodlands
A A+
2 'bayi Krismas' pertama muncul dari Mount Alvernia25/12/2018 21:20
SINGAPURA: Dua orang bayi menjadi yang pertama dilahirkan pada hari Krismas hari ini (25
Dis).
Mereka dilahirkan tepat pada tengah malam tadi di Hospital Mount Alvernia.
Bayi perempuan, Charlie Choong adalah yang pertama dilahirkan.
Kelahirannya tengah malam tadi agak mengejutkan ibu bapanya kerana anak sulung
mereka itu dijadualkan lahir pada Ahad ini (30 Dis).
Mohamed Hanif pula dilahirkan 4 saat selepas Choong.
Ibu bapanya juga tidak menyangka Hanif akan lahir hari ini kerana dia dijangka dilahirkan
esok (26 Dis). Hanif merupakan anak kedua pasangan itu.
>
BACA LAPORAN
12/26/2018 Apabila bahagian otak hubungkan otak kiri dan kanan ‘hilang’ semasa bayi. Ini kisah Hidayat… - BERITA MediaCorp
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapore/apabila-bahagian-otak-hubungkan-otak-kiri-dan-kanan-hilang/4211814.html 11/11
Mediacorp News Group © 2018
About UsOur BrandsContact UsTerms & UsagePrivacy
Ikuti Media SosialKami
Dapatkan aplikasiBERITA
Singapura
BACA LAPORAN