7
1 BAHASA MELAYU 0006 Untuk peperiksaan yang akan ditawarkan bermula pada tahun 2010 1 TUJUAN PEPERIKSAAN Peperiksaan Bahasa Melayu di peringkat PSLE bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian dan kecekapan murid dalam bidang bahasa berdasarkan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Sekolah Rendah 2008 , Kementerian Pendidikan. 2 OBJEKTIF PENILAIAN Peperiksaan Bahasa Melayu bertujuan untuk menilai keupayaan calon: (a) mendengar pelbagai perbualan atau teks lisan dan menunjukkan pemahaman terhadap bahan yang didengar; (b) menerangkan atau mentafsir idea utama dengan jelas berdasarkan rangsangan (misalnya, gambar atau topik) dan memberikan pendapat secara koheren dan sesuai apabila berinteraksi dengan pemeriksa; (c) mengenal pasti idea utama, mengingat kembali butir-butir utama dan mentafsir maksud yang tersirat dalam teks lisan; (d) membaca petikan karangan secara lantang dengan lancar, sebutan yang betul dan artikulasi yang jelas serta ekspresi yang sesuai dengan menggunakan sebutan baku; (e) membaca dan memberikan respons terhadap pelbagai teks yang sesuai dengan peringkat serta berupaya untuk: membuat kesimpulan tentang makna perkataan berdasarkan panduan dalam konteks mengenal pasti maklumat khusus dan idea utama dalam teks membuat perbandingan dan mengklasifikasikan maklumat dalam teks; (f) menggunakan peribahasa dalam konteks yang sesuai; (g) menggunakan imbuhan, struktur leksikal dan sintaks dalam konteks yang diberikan; dan (h) menulis karangan naratif pendek yang padat kandungan berdasarkan gambar atau keperluan lain dengan jumlah perkataan tidak kurang daripada 150 patah, serta mampu melahirkan perasaan.

Senarai Peribahasa Sekolah Rendah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

senarai

Citation preview

  • 1

    BAHASA MELAYU 0006 Untuk peperiksaan yang akan ditawarkan bermula pada tahun 2010 1 TUJUAN PEPERIKSAAN

    Peperiksaan Bahasa Melayu di peringkat PSLE bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian dan kecekapan murid dalam bidang bahasa berdasarkan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Sekolah Rendah 2008, Kementerian Pendidikan.

    2 OBJEKTIF PENILAIAN

    Peperiksaan Bahasa Melayu bertujuan untuk menilai keupayaan calon:

    (a) mendengar pelbagai perbualan atau teks lisan dan menunjukkan pemahaman terhadap bahan yang didengar;

    (b) menerangkan atau mentafsir idea utama dengan jelas berdasarkan rangsangan

    (misalnya, gambar atau topik) dan memberikan pendapat secara koheren dan sesuai apabila berinteraksi dengan pemeriksa;

    (c) mengenal pasti idea utama, mengingat kembali butir-butir utama dan mentafsir

    maksud yang tersirat dalam teks lisan;

    (d) membaca petikan karangan secara lantang dengan lancar, sebutan yang betul dan artikulasi yang jelas serta ekspresi yang sesuai dengan menggunakan sebutan baku;

    (e) membaca dan memberikan respons terhadap pelbagai teks yang sesuai dengan

    peringkat serta berupaya untuk:

    membuat kesimpulan tentang makna perkataan berdasarkan panduan dalam konteks

    mengenal pasti maklumat khusus dan idea utama dalam teks membuat perbandingan dan mengklasifikasikan maklumat dalam teks;

    (f) menggunakan peribahasa dalam konteks yang sesuai; (g) menggunakan imbuhan, struktur leksikal dan sintaks dalam konteks yang diberikan;

    dan

    (h) menulis karangan naratif pendek yang padat kandungan berdasarkan gambar atau keperluan lain dengan jumlah perkataan tidak kurang daripada 150 patah, serta mampu melahirkan perasaan.

  • 2

    3 JADUAL PENGKHUSUSAN

    KERTAS (MASA)

    KOMPONEN JENIS ITEM

    BIL. ITEM

    TIMBANGAN (MARKAH)

    PENERANGAN

    1

    (50 min)

    KARANGAN

    Respons

    Bebas

    2

    (jawab 1)

    20% (40)

    Karangan harus sekurang-

    kurangnya 150 patah perkataan. 1 Karangan

    Berdasarkan Topik

    2 Karangan Berdasarkan Gambar

    Calon dikehendaki menulis karangan berdasarkan topik yang diberikan.

    Calon dikehendaki menulis karangan berdasarkan gambar bersiri yang diberikan.

    2 (1 jam 40

    min)

    PENGGUNAAN BAHASA DAN KEFAHAMAN

    41

    45% (90)

    Bahagian A 1 Imbuhan

    MCQ

    10

    10% (20)

    Calon dikehendaki melengkapkan

    teks dengan perkataan berimbuhan yang sesuai.

    2 Peribahasa

    MCQ

    5

    5% (10)

    Calon dikehendaki memadankan

    makna peribahasa dengan peribahasa yang digunakan dalam teks atau memadankan peribahasa dengan makna peribahasa yang diberikan dalam teks.

    BUKU A

    3 Kefahaman 1

    (2 petikan, termasuk rangsangan grafik dan item-item kosa kata)

    MCQ

    8

    8% (16)

    Calon dikehendaki membaca dan

    memahami satu petikan karangan serta menjawab soalan pelbagai aras pemikiran.

    Calon dikehendaki meneliti dan memahami rangsangan grafik seperti brosur, iklan dan sebagainya serta menjawab soalan berdasarkan rangsangan yang diberikan.

    Bahagian B 1 Golongan Kata

    FIB

    8

    8% (16)

    Calon dikehendaki melengkapkan

    teks dengan perkataan yang sesuai.

    2 Frasa

    FIB

    4

    4% (8)

    Calon dikehendaki melengkapkan

    teks dengan frasa yang sesuai.

    BUKU B

    3 Kefahaman 2

    (1 petikan, termasuk item-item kosa kata)

    Respons

    Bebas

    6

    10% (20)

    Calon dikehendaki membaca dan

    memahami satu petikan karangan serta menjawab soalan pelbagai aras pemikiran.

  • 3

    KERTAS (MASA)

    KOMPONEN JENIS ITEM

    BIL. ITEM

    TIMBANGAN (MARKAH)

    PENERANGAN

    3

    LISAN DAN KEFAHAMAN MENDENGAR

    13

    35% (70)

    Lisan

    Masa yang diperuntukkan adalah

    10 minit termasuk masa untuk membaca secara senyap petikan karangan dan menatap gambar yang disediakan.

    1 Bacaan Lantang

    Respons

    Lisan

    1

    10% (20)

    Calon dikehendaki membaca

    dengan lantang petikan karangan yang diberikan (yang telah dibacanya secara senyap terlebih dahulu) dengan menggunakan sebutan baku.

    2 Penerangan

    Berdasarkan Gambar

    Respons

    Lisan

    1

    10% (20)

    Calon dikehendaki menerangkan

    beberapa perkara yang dilihatnya dalam gambar (yang telah ditatapnya terlebih dahulu) dan memberikan respons peribadinya terhadap beberapa perkara yang terdapat dalam gambar tersebut.

    3 Perbualan Berkaitan

    dengan Gambar

    Respons

    Lisan

    1

    5% (10)

    Calon dikehendaki berbual

    dengan pemeriksa mengenai topik yang berkaitan dengan gambar yang diberikan dalam Penerangan Berdasarkan Gambar.

    (10 min)

    (Lebih kurang 30 min)

    Kefahaman Mendengar

    MCQ

    10

    10% (20)

    Calon dikehendaki mendengar

    dan memahami rakaman yang diperdengarkan serta menjawab soalan.

    MCQ : Item aneka pilihan

    FIB : Mengisi tempat kosong

  • 4

    SENARAI PERIBAHASA DALAM SUKATAN PELAJARAN SEKOLAH RENDAH

    Darjah 3 dan 4

    No. Peribahasa Maksud/Makna

    1 ada akal memiliki idea

    2 ada bakat berkebolehan, berkeupayaan

    3 ada hati ada kemahuan atau keinginan atau cita-cita untuk melakukan atau memiliki sesuatu

    4 ada jalan mempunyai cara untuk melakukan sesuatu

    5 ambil berat memberikan perhatian atau menumpukan perhatian dengan sepenuh hati

    mengambil tahu tentang sesuatu

    6 ambil hati berasa kecewa atau tersinggung kerana kelakuan atau perbuatan seseorang

    7 anak emas orang yang sangat disayangi

    8 baik budi berperangai mulia dan mempunyai peribadi yang baik

    9 berat sebelah tidak adil menyebelahi satu pihak

    10 besar hati perasaan bangga atau gembira terhadap sesuatu pemberian atau pertolongan

    11 buah tangan barang yang dibawa sebagai hadiah

    12 campur tangan masuk campur dalam sesuatu urusan

    13 cari jalan berikhtiar mengatasi masalah ataupun mencari peluang meneruskan sesuatu yang dirancangkan

    14 hati emas sangat baik hati

    15 hidung tinggi sombong

    16 ikat perut lokek atau kedekut mengurangkan makan kerana hendak berjimat

    17 jaga mulut hati-hati apabila bercakap

    18 jalan tengah tidak berat sebelah atau tidak memihak kepada sesiapa

    19 keras hati sangat degil

  • No. Peribahasa Maksud/Makna

    20 lepas tangan tidak mahu mengambil tahu tidak mahu bertanggungjawab dalam sesuatu perkara

    21 lurus akal jujur

    22 membawa nasib mencari penghidupan di tempat lain

    23 muka tembok tidak tahu malu

    24 murah hati suka memberikan bantuan

    25 orang tengah pendamai antara dua pihak

    26 ringan mulut peramah/mudah menyatakan pendapat

    27 ringan tulang rajin bekerja

    28 tajam akal cepat menerima pelajaran

    29 tanda mata hadiah yang diberikan sebagai kenangan

    30 tolak ansur bersefahaman saling memberi

    5

  • Darjah 5 dan 6

    No. Peribahasa Maksud/Makna

    1 air dicencang tiada putus dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan

    2 bagai aur dengan tebing hidup saling bekerjasama

    3 bagai dakwat dengan kertas

    tidak pernah bercerai, sangat cocok

    4 bagai isi dengan kuku sangat rapat

    5 bagai menghitung bulu kambing

    mengerjakan sesuatu yang sia-sia

    6 bagai tikus membaiki labu

    orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya

    7 banting tulang kerja keras dengan bermati-matian

    8 berani mati sangat tekad

    9 diam-diam ubi pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan

    10 kata putus ketentuan terakhir keputusan rundingan

    11 lapang dada berasa senang atau mempunyai perasaan yang sabar

    12 makan suap menerima rasuah

    13 memerah otak berfikir belajar bersungguh-sungguh

    14 mengorak langkah berikhtiar

    15 panjang akal bijaksana

    16 perah tenaga bertungkus-lumus

    17 putih hati ikhlas

    18 seperti anjing dengan kucing

    dua orang yang sering bertengkar apabila bertemu

    19 seperti garam jatuh di air cepat meresap atau segera dimengerti nasihat atau pelajaran

    20 seperti kacang lupakan kulit

    tidak mengenang jasa atau budi orang yang pernah membela atau menolongnya

    6

  • 7

    No. Peribahasa Maksud/Makna

    21 seperti lipas kudung selalu bergerak dengan cepat selalu sibuk bekerja

    22 seperti pahat dengan penukul

    satu sama lain bantu-membantu

    23 tahan hati tabah

    24 tahan uji berani diuji kebaikan atau keberanian

    25 tajam hati pintar atau cerdas

    26 tajam ingatan tidak cepat lupa sentiasa ingat apa yang berlaku di sekitarnya

    27 tangan kosong datang bertandang ke sesuatu tempat tanpa membawa apa-apa

    28 tangan terbuka menerima kedatangan seseorang dengan gembira atau sukacita

    29 tulang belakang sumber kekuatan atau orang yang dianggap tempat berlindung dalam sesuatu kumpulan dan lain-lain

    Bahasa Melayu 00061 TUJUAN PEPERIKSAAN2 OBJEKTIF PENILAIAN3 JADUAL PENGKHUSUSAN