Seni Kraf Melayu 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

selamat membaca

Citation preview

ISI KANDUNGAN1.0Pengenalan22.0Kraf Melayu Dan Pengaruh Seni Islam Dalam Hasil Kesenian Melayu4-142.1Kraf Melayu2.1.1Tepak Sirih2.1.2Labu Sayong2.1.3Seni Batik2.1.4 Replika Rumah Tradsional Melayu2.1.5Tikar Anyaman Tradisional

2.2 Proses Penggarapan Motif Kraf Melayu Berasaskan Subjek Alam2.2.1 Motif Flora2.2.2 Motif Geometri2.2.3 Motif Arabes

2.3Ciri-ciri Seni Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Kesenian Melayu

3.0Analisis Keunikan Dan Kesepaduan Kesenian Islam Dan Melayu15-203.1 Proses Garapan Idea3.2 Proses Mentafsir Idea3.3 Pengaruh Dalam Memberi Makna

4.0Falsafah, Makna, Konsep Sains Dan Matematik, Nilai Dalam20-26Jenis-jenis Kraf

5.0Kesimpulan27BIBLIOGRAFI28-291.0PENGENALANManusia mempunyai kepelbagaian perasaan yang sedaya upaya cuba untuk dipenuhi melalui kesenian. Manusia adalah agen kreatif yang disalurkan melalui kekuatan minda berdasarkan kreativiti seni dalam kehidupan seharian. Ahli sejarah percaya bahawa perkembangan manusia terhadap ilmu seni berkaitan dengan faktor masa. Masa lampau menentukan jangkauan masa hadapan dan kebebasan manusia berfikiran kreatif adalah pertemuan daripada masa lampau dengan hadapan. Bagi masyarakat Melayu, suatu ketika dahulu aktiviti masa lapang adalah dipenuhi dengan kesenian yang melambangkan budaya masyarakat tersebut. Warisan seni tradisional dalam kalangan orang Melayu menampilkan unsur-unsur seni menerusi ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya. Identiti dan integriti orang Melayu wujud disebalik kraf yang dihasilkan. Kraf yang dihasilkan tidak membina ilmu sebagai pengetahuan tetapi membina ilmu sebagai sistem nilai. Nilai dan ilmu yang berkait dengan kesenian Melayu bukan sahaja menggambarkan rupa dan bentuk kesenian Melayu tetapi menjelaskan segala aspek yang berkaitan dengan kehidupan. Dalam konteks kehidupan masyarakat melayu, sistem nilai wajar ditingkatkan menjadi ilmu agar identiti yang melakar sejarah tidak ditelan oleh dek zaman.Masyarakat Melayu melalui proses ketamadunan yang agak unik menerusi menerapan budaya dan kepercayaan animisme, Hindu, Buddha, Islam dan Barat. Hal ini telah membawa perubahan yang besar dalam corak kehidupan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, amat jelas bahawa Islam telah membentuk kehidupan masyarakat Melayu. Kewujudan kraf dalam masyarakat Melayu telah menampilkan simbol minda dan watak Melayu selaras dengan kehendak Islam walaupun sedikit sebanyak berbaur kebudayaan Hindu. Dalam kesenian Melayu, agama dan seni saling berkaitan. Tidak akan wujud sesuatu kraf itu sekiranya bertentangan dengan ajaran agama Islam. Islam menjadi transfromasi simbolik hasil daripada ungkapan perasaan, pengalaman masyarakat Melayu dengan alam sekitarnya yang wujud. Figura manusia dan haiwan dalam ragam hiasan diharamkan menunjukkan kraf melayu tradisional menampilkan seni Islam itu sendiri. Dalam kraf Melayu, subjek seperti flora banyak diilhamkan sebagai motif dan ragam hias selain penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran.Pada amnya, kraf dikaitkan dengan aktviti kesenian yang dihasilkan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan peralatan mudah yang dijalankan oleh seseorang individu atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf. Dalam Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3, perkataan kraf membawa maksud perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan, manakala kraftangan pula membawa makna perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan. Manakala, terdapat kraf juga didefinisikan oleh beberapa penulis buku seni antaranya Peter Dormer (1997) dalam bukunya bertajuk The Culture Of Craft, makna kraf dikaitkan dengan aktiviti kreativiti berkemahiran yang berkait dengan proses membuat dekorasi atau membuat sesuatu ke atas objek dengan menggunakan tangan. Pengertian yang diberikan oleh Peter Dormer disokong juga oleh Edward Lucie-Smith (1981) dalam bukunya bertajuk The Story Of Craft yang juga menyatakan semua proses pembuatan menggunakan tangan sama ada untuk tujuan ritual atau tujuan hiasan semata-mata adalah objek kraf.Selain itu, Rose Slivka (1968) dalam bukunya bertajuk The Persistent Object telah mendefinisikan kraf sebagai suatu tindakan pengubah suaian bahan menurut kehendak pandai tukang yang dapat mengekalkan realiti kehendak manusia. Alam sebenar kewujudan objek menjadi sebagai seni dan mempunyai fungsinya. Melalui sejarahnya yang panjang, kraf telah menjadi objek yang mempunyai nilai dan kerangka terhadap tujuan manusia membuat dan menggunakannya. Tambahan pula, menerusi pendefinisian yang dilakukan oleh Ensiklopedia Britannica, adalah sebagai penggunaan kemahiran dan imaginasi dalam proses penciptaan objek yang mengandungi nilai estetik, persekitaran atau pengalaman bersama dengan orang lain yang mempunyai kekuatan, kemahiran dan keaslian.Dapat dirumuskan bahawa kraf tradisional merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kreativiti masyarakat Melayu yang diwarisi secara zaman berzaman atau turun temurun. Seni kraf Melayu memaparkan perhubungannya dengan kepercayaan ajaran agama Islam. Kepercayaan dan pegangan masyarakat Melayu diubah dengan kehadiran agama Islam dan hal ini secara tidak langsung memberi impak dalam kesenian mereka apabila menyedari bahawa Tuhan yang maha Esa menjadikan ciptaan perhiasan atau kraf berkait dengan falsafah Islam misalnya ukiran kayu yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran.

2.0 KRAF MELAYU DAN PENGARUH SENI ISLAM DALAM HASIL KESENIAN MELAYUEstetika seni atau keindahan kraf melayu merupakan sesuatu penghasilan yang mementingkan pemilihan motif yang menyelitkan perkara yang terikat kepada lunas-lunas etika Islam. Kraf melayu yang bercorakkan islam ini telah mengubah pemilihan motif daripada kehidupan yang berunsurkan agama hindu sebelum ini kepada motif tumbuhan atau alam semula jadi yang tidak bercanggah daripada ajaran Islam.2.1 Kraf MelayuTerdapat beberapa kraf melayu yang masih menjadi lagenda dan pengumpulan bagi mereka yang masih menghargai estetika seni melayu. Antara yang masih digunakan sama ada berikutan fungsinya atau dijadikan perhiasan adalah;2.1.1 Tepak SirihTepak sirih merupakan kraf melayu dalam seni pembuatan dan ukiran menggunakan tembaga yang menjadi alat utama dalam pembukaan ucapan atau percakapan dan menerima tetamu. Ianya digunakan sama ada secara rasmi atau hanya berbual kosong. Kebiasaannya, alat ini diperbuat daripada logam atau tembaga mengikut kemampuan tuan rumah. Ada kalanya diperbuat daripada kayu sahaja bagi pembuka kata untuk tetamu yang sering berkunjung atau sahabat andai. Manakala, tepak sirih yang diperbuat daripada perak atau tembaga lebih kepada majlis yang rasmi. Setiap tetamu yang hadir akan dihulurkan tepak sirih melambangkan keterbukaan dan kesediaan tuan rumah duduk walaupun sekejap melayan tetamu yang bertandang. Dalam acara sama ada rasmi atau tidak, tepak sirih yang berisi sirih dan pinang akan didahulukan. Hal ini dapat dibuktikan menerusi pantun empat kerat iaitu;Makan sirih berpinang tidak,Pinang ada di bawah tangga,Makan sirih mengenyang tidak, Kerana budi dengan bahasa.

Pembuka kata iaitu tepak sirih amat bersesuaian dengan amalan masyarakat melayu. Tepak ini tidak membebankan tuan ramah dan tetamu pula tidak perlu menunggu lama untuk hidangan ringan kerana sirih pinang di tepak sirih sentiasa ada. Selain itu, tepak sirih dilihat penting khususnya dalam istiadat rasmi raja dan pembesar silam. Dalam hikayat Melayu juga telah disebutkan semasa upacara menghadap rombongan dan upacara penganugerahan, tepak sirih dan sepersalinan pakaian akan mendahului barangan yang lain.

Gambar 1: Tepak Sirih yang diperbuat daripada tembaga(Sumber: http://istimewapkbpsmkso.blogspot.com/2010_11_01_archive.html diakses pada 6 Mac 2014 )2.1.2 Labu SayongSeni tembikar merupakan hasil kraftangan yang diperbuat daripada tanah liat dan diuli, diterapkan dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa bentuk yang sungguh unik, berseni dan menarik. Antara kraf melayu yang dihasilkan menerusi seni tembikar adalah labu sayong yang berwarna hitam yang banyak didapati di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak. Apabila disebut sahaja Sayong, maka keindahan seni labu hitam sayong bermain diminda. Malahan labu hitam ini adalah diperbuat daripada buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan sebagai bekas menyimpan air.Labu hitam sayong ini berfungsi sebagai bekas menyimpan air minuman ketika majlis kenduri. Hal ini kerana sebagai satu keistimewaan bagi labu sayong ini kerana air yang disimpan di dalamnya sejuk dan dipercayai mampu mengubati penyakit seperti batuk dan demam panas. Selain itu, labu sayong ni dijadikan bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan. Kini, labu sayong ini dihasilkan dengan pelbagai warna dan corak untuk dijadikan sebagai perhiasan rumah dan sebagainya.

Gambar 2: Labu Hitam Sayong(Sumber: http://www.kraftangan.gov.my/resources/content/labu_pic2.png diakses pada 5 Mac 2014)2.1.3 Seni BatikSelain itu, bidang kraf melayu yang terkenal adalah batik. Pekembangan seni batik ini dipercayai bermula pada abad ke-15 Masihi. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha batik di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung khususnya di negeri Kelantan dan Terengganu yang merupakan pengeluar utama kepada batik di negara ini. Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik dan proses. Setiap teknik mempunyai cara dan identiti tersendiri. Teknik batik yang biasa dihasilkan ialah Batik Blok, Batik Skrin, dan satu lagi teknik membatik yang begitu popular dewasa ini ialah Batik Canting (Kraftangan Malaysia, 2014). Batik juga mempunyai nilai yang tertentu dan membawa kepada maksud khusus. Penggunaan batik dalam pemakaian kini dinaikkan martabatnya apabila ianya dijadikan pakaian rasmi oleh kakitangan kerajaan pada setiap hari khamis dan menjadi pakaian rasmi bagi majlis yang formal.

Gambar 3: Proses Mencanting kain untuk menghasilkan batik(Sumber: http://news.bbcimg.co.uk/media/images/62834000/jpg/_62834373_batik.jpg diakses pada 6 Mac 2014)2.1.4 Replika Rumah Tradisional MelayuNegeri Melaka yang merupakan negeri bersejarah lagi berbudaya turut menampilkan kraf melayu seperti replika rumah tradisional menerusi seni ukiran kayu yang bermotif. Peredaran zaman menyebabkan seni bina rumah secara tradisional semakin pupus. Oleh itu, menjadi inisiatif tukang-tukang tradisional dan penggiat kraftangan tersendiri untuk menghasilkan replica rumah tradisional Melayu bagi negeri Melaka. Reka bentuk rumah kayu tradisional adalah rumah kayu berserambi dan berbumbung panjang. Selain itu, rumah tradisional Melayu Melaka ini terkenal dengan tangga batu bersalut jubin berbentuk melengkung yang menyerlahkan pelbagai bentuk seni reka ukiran unik terutama serambi depan. Biasanya rumah ini mempunyai 12 atau 16 tiang dengan tiga bahagian iaitu serambi, rumah ibu dan dapur.

Gambar 5: Replika Rumah Tradisional Melayu Melaka(Sumber: http://4.bp.blogspot.com/-UhA8mAHZ-Sk/TssqIqK886I/AAAAAAAABKg/A9nZSmQq8Fs/s400/CIMG5214.JPG diakses pada 6 Mac 2014)2.1.5 Tikar Anyaman TradisionalSeni anyaman juga merupakan salah satu kraf melayu termasuklah tikar, tudung saji, bakul, topi dan sebagainya. Seni anyaman ini terkenal sejak zaman dahulu lagi dalam masyarakat Melayu terutama di Terengganu, Kedah, Perak dan Melaka. Antara bahan anyaman yang digunakan pada zaman dahulu adalah daun mengkuang dan daun pandan. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum melayu seperti anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Sehingga kini, anyaman tikar misalnya masih lagi menjadi perhatian orang ramai terutamanya yang meminati hiasan dalaman bersifat alam semula jadi. Mereka menggunakan tikar yang dianyam untuk disimpan di ruang tamu, dapur dan bilik tidur. Hal ini kerana anyaman tikar mempunyai pelbagai corak dan terasa sejuk apabila memijaknya.

Gambar 6 : Tikar anyaman tradisional(Sumber: http://3.bp.blogspot.com/-NgpA8rH2I6U/UBdbnKKwmbI/AAAAAAAAAFo/LRngA_EAWuc/s1600/tikar.jpg diakses pada 6 Mac 2014)2.2 Proses Penggarapan Motif Kraf Melayu Berasaskan Subjek Alam Proses penggarapan idea merupakan tunjang penting dalam penghasilan kraf. Motif merupakan salah satu medium di dalam penggarapan idea. Terdapat beberapa motif yang berasaskan kepada subjek alam. Antaranya ialah;2.2.1 Motif FloraMotif flora ini merupakan unsur tumbuhan yang sangat digemari dan sering digunakan oleh pengiat atau penghasil kraf tidak kira menerusi kraf ukiran, batik ataupun songket. Sifat-sifat tumbuhan seperti melilit, berbunga cantik yang jelas, bentuk daun yang menarik, buah yang ganjil memberi ilham kepada penghasil kraf untuk mengubah keseniannya dalam bentuk yang lebih simbolik. Antara yang sering digunakan adalah pucuk rebung bunga, manga, kenanga, cempaka, melur dan sebagainya. Manakala bunga, pucuk, kudup, putik daun dan ranting digunakan serta diolah dan dipelbagaikan dalam corak untuk menjadikan sesuatu kraf itu lebih menarik. Penggunaan motif flora ini banyak digunakan dalam seni ukiran. Motif tumbuh-tumbuhan merupakan motif yang paling banyak digunakan dalam ukiran melayu antaranya jenis kacang-kacang, labu, ketumbit, bunga lawing, daun salad, bunga kuda laut, bunga keduduk, ringgut-ringgut, pokok kazan, jari hantu, pokok nyu-nyu dan lain-lain. Pemilihan motif flora adalah atas pemerhatian dan pengamatan kepada alam sekeliling ciptaan Tuhan. Kemanfaatan daripada tumbuh-tumbuhan dijadikan motif dalam seni ukiran (Ismail Saad, 2000).

Gambar 7: Pengukiran motif flora(Sumber: http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.48685.1337218820!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg diakses pada 6 Mac 2014). Motif fauna pula adalah motif haiwan. Biasanya dalam seni ukir atau batik, motif fauna sering diolah dan digabungkan dengan motif flora. Antara yang sering digunakan adalah ayam, itik, serangga dan unggas. Walau bagaimanapun, motif fauna ini tidak digunakan dalam seni ukir setelah kesenian islam diterapkan dalam kraf ukir melayu. Tetapi dalam kraf seni batik, motif fauna ini amat digemari oleh penghasil batik tetapi digabungkan juga dengan motif flora.2.2.2 Motif ArabesMotif arabes pula adalah berdasarkan penerapan pengulangan corak bentuk geometrid an kombinasi yang pelbagai misalnya penggunaan motif flora dan kadang-kadang bertemakan fauna. Dalam kesenian islam, motif arabes ini sering ditemui dalam seni pengukiran pada dinding-dinding masjid. Misalnya dalam penggarapan idea bagi motif arabes dapat dilihat pada seni batik. Kebiasaanya, batik akan menggabungkan motif flora dan geometri bagi memperlihatkan keunikan dan keindahan subjek alam.

Gambar 8: Batik bermotifkan arabes iaitu gabungan geometri dan flora(Sumber: http://bjxjzy.com/wp-content/uploads/2013/10/batik-history-and-backgroundbatik-background-royalty-free-stock-photo-pictures-images-and-zntknfil.jpg diakses pada 6 Mac 2014)2.2.3 GeometriMotif geometri merupakan corak yang diilhamkan daripada tumbuhan, makanan, atau bentuk lain yang diringkaskan menjadi rupa bentuk geometri. Antara contoh corak geometri adalah banji, dangai catur, potong wijik, swastika dan lain-lain lagi. Biasanya, kraf yang menggunakan motif geometri ini adalah batik dan seni ukir.

Gambar 9: Ukiran diatas adalah corak geometri jenis kawung(Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1007&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm diakses pada 6 Mac 2014)2.3 Ciri-ciri Seni Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Kesenian MelayuTerdapat 9 ciri-ciri kesenian islam yang dikenal pasti iaitu;1. Mengandungi unsur keindahan2. Mengandungi unsur moral/ akhlak3. Mempunyai ciri-ciri kepelbagaian dalam kesatuan4. Mempunyai hubungan Antara agama, etika, dan estetika5. Mengelak dari unsur-unsur animisme6. Mengelakkan diri daripada mengambarkan hakikat kebenaran agama7. Mengutamakan alam semula jadi sebagai objek utama tidak termasuk manusia dan haiwan8. Bercirikan kesenian arab dan asia barat terutamanya semenanjung arab dan parsi9. Kebudayaan islam telah mewujudkan suatu seni rupa yang mempunyai nilai dan sifat yang tersendiri.Dalam kesenian islam, keindahan adalah sesuatu yang digalakkan seperti yang tercatat dalam hadis Nabi yang membawa maksud Allah itu Maha Indah, Dia sukakan Keindahan (Hadis Muslim). Ciri utama kesenian islam ialah keindahan atau estetika iaitu sesuatu yang cantik, bagus benar, elok dan molek. Seni islam sering memaparkan bentuk lukisan yang agak rumit dan dikenali sebagai arabesque yang terdiri daripada beraneka bentuk seperti geometric, tunbuh-tumbuhan yang digayakan dan kaligrafi. Bentuk lukisan bermotifkan manusia dan alam naturalistik adalah amat kurang sekali. Menerusi pandangan bagi masyarakat melayu, keindahan yang digambarkan adalah menerusi apa yang telah dialami melalui pengalaman dan pemerhatian terhadap alam sekeliling seperti buah, ranting, akar, hutan, pokok, istana, bunga yang mana sama seperti kesenian islam yang menitikberatkan motif tumbuhan. Penghasilan kraf melayu adalah bertitik tolak daripada rasa kesedaran terhadap keperluan gunaan dan estetika.Kedatangan islam ke Tanah Melayu telah membawa Al-Quran sebagai pegangan utama dijadikan motif ukiran bercirikan islam iaitu kaligrafi. Unsur ini mengambil contoh huruf Arab, ayat Al-Quran dan tulisan jawi. Ada unsur kaligrafi yang dicantumkan dengan unsur-unsur kosmos dan tumbuh-tumbuhan. Kebanyakkan rumah Melayu memaparkan ciri-ciri seni keislaman dengan ukiran khat pada ambang pintu, tingkap, bingkai jam, dan alat keagamaan misalnya rehal. Rehal ini dicipta sebagai fungsinya untuk memegang kitab Al-Quran. Sebelum ini, kitab Al-Quran hanya dipegang oleh seseorang mukmin itu untuk membacanya tetapi dengan rehal dapat memudahkan orang melayu meletakkan Al-Quran dan membacanya dengan khusyuk. Namun, rehal ini bukan sahaja dicipta dengan kayu dan dicantumkan sahaja tetapi dengan kreativiti dan kebijaksanaan tukang ukir, mereka telah mengukir rehal dengan menggarapkan motif flora dan geometri. Justeru, rehal yang dicipta dan diukir itu tampak cantik.Selain itu, dinding masjid dan surau juga diukir dengan ayat-ayat Al-Quran. Ukiran ini bermotifkan arabes dan kebanyakkan ukiran di masjid dan surau dilubangkan. Hal ini kerana tukang ukir mewujudkan satu ruang pengudaraan pada tempat beribadah kepada umat islam dan memberikan keselesaan ketika menunaikan solat fardu 5 waktu dan solat sunat lainnya. Tambahan pula, keadaan tersebut menggalakkan umat islam datang ke masjid atau surau untuk mendengar ceramah tentang ajaran agama Islam. Oleh itu, dengan ukiran yang bermotifkan arabes, flora, kaligrafi metampakkan keindahan pada rumah ibadat disamping memberi fungsi yang baik kepada umat islam.

Gambar 10: Rehal yang diukir dengan kalimah Allah dan Nabi Muhammad S.A.W(Sumber: http://www.simplyislam.com/images/products/60030.jpg diakses pada 6 Mac 2014)Seni anyaman juga merupakan kraf melayu yang masih popular sehingga kini. Anyaman ini bukan sahaja melibatkan bakul, tudung saji tetapi juga menghasilkan tikar yang pelbagai fungsi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama dalam penghasilan tikar. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Penghasilan tikar anyaman pada ketika dahulu berfungsi sebagai sejadah kepada umat islam untuk menunaikan solat selain digunakan untuk lapik ketika tidur memandangkan tilam pada zaman tersebut belum wujud. Dengan anyaman tikar dapat membantu dalam menerapkan budaya di dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hal ini juga membuktikan bahawa tikar anyaman dipandang tinggi sebagai tempat untuk menyembah Tuhan Sekalian Alam.Penggunaan bahan seperti daun pandan dan dianyam dengan corak yang menarik untuk memperlihatkan estetika tikar ketika itu. Daun pandan dipilih kerana strukturnya lebih halus jika dibandingkan dengan mengkuang untuk mendapatkan keselesaan penggunanya. Selain itu, motif yang digunakan oleh penganyam tikar juga adalah flora kerana dalam kesenian Islam adalah mengutamakan alam semula jadi sebagai objek utama tidak termasuk manusia dan haiwan. Justeru, dapat dibuktikan bahawa ciri-ciri kesenian islam dan pengaruh budaya dapat diterapkan dalam hasil kesenian Melayu dari aspek estetika, fungsi dan makna.

Gambar 11: Tikar Pandan dijadikan sejadah untuk menunaikan solat (Sumber: http://www.memori-kedah.com/imgnormal/3_1_5_tikar_dan_bakul.jpg diakses pada 6 Mac 2014)

3.0 ANALISIS KEUNIKAN DAN KESEPADUAN KESENIAN ISLAM DAN MELAYUPerdagangan yang bermula sejak awal masihi di Antara India dan China menjadikan alam melayu terbuka kepada perhubungan luar. Selain system perdagangan, resam mendiami dan mengahwini rakyat tempatan menyebabkan pengaruh kebudayaan Hindu tersebar luas di alam melayu. Negeri Kedah dikatakan pernah menjadi Kerajaan Budha-Langkasuka yang mempunyai hubungan perdagangan dan budaya antara India dan Kemboja. Pengaruh ini meluas mulai abad pertama hingga abad ke- 14 dan 15 sebagaimana tercermin bukan sahaja adat istiadat, upacara, Bahasa, kesusasteraan termasuklah bidang kesenian.Kedatangan Islam telah memperkenalkan peraturan dan adat kebiasaan. Kebudayaan islam merupakan kebudayaan rakyat, tidak wujud kelas atau tingkat hidup. Islamisasi yang dibawa dan diserapkan dalam kebudayaan melayu telah membawa kepada kebudayaan tradisional. Justeru, gabungan tempatan dan islamisasi telah mewujudkan kesepaduan dalam banyak perkara termasuklah kesenian melayu sendiri. 3.1 Proses Garapan IdeaMotif merupakan salah satu medium penting dalam proses penggarapan idea. Motif adalah unsur utama dalam ragamhias sesuatu kraf. Apabila beberapa bentuk motif disusun dalam ruang tertentu, maka terciptalah corak pada suatu permukaan kraf. Jika dilihat seni kraf Melayu, motif yang banyak digunakan adalah motif flora. Hal ini sejajar dengan ciri kesenian islam yang mengutamakan alam semula jadi sebagai objek utama dalam penghasilan kraf. Motif dari unsur tumbuhan bunga dianggap sebagai ragamhias utama dalam beberapa kraf termasuklah kraf melayu seperti songket dan anyaman. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering dijadikan corak pinggir dan menjadi corak kepada kain apabila disusun di bahagian kepala. Begitu juga dengan motif bunga apabila disusun memanjang dari atas ke bawah menjadi corak berdiri atau disusun dari kiri ke kanan atau sebaliknya menjadi corak melintang. Unsur alam atau organik tidak langsung menggambarkan lembaga manusia sebaliknya ditumpukan kepada unsur alam luas yang mempunyai estetika yang tinggi. Masyarakat melayu lama mempunyai kepercayaan bahawa beberapa bentuk tumbuhan dan haiwan mempunyai kuasa magis yang tersendiri. Mungkin sebagai simbol amanat. Dengan kepercayaan animism ini timbulnya pantang larang yang sememangnya masih dipegang oleh masyarakat melayu kini. Walau bagaimanapun, kesenian islam yang diterapkan dalam masyarakat melayu menggunakan motif flora sebagai simbol kekuasaan Tuhan sekalian alam yang mencipta alam dengan keindahan. Sebagai contoh, penggunaan motif sulur daun yang kelihatan jatuh melempai dan melilit pada batangnya mencerminkan ketaatan dan kepatuhan kepada perintah yang satu.

Gambar 12: Batik Sulur Daun(Sumber: http://4.bp.blogspot.com/-7Ld6K5Xiw4k/Ue4AZdZaKXI/AAAAAAAAAIg/SKr9rKFdWW4/s1600/D.100.002.jpg diakses pada 7 Mac 2014)Selain motif flora, motif arabes juga diserapkan dalam kesenian melayu. Motif ini dikenali di alam melayu setelah kedatangan pengaruh islam iaitu sekitar abad ke-14 Masihi dan selepasnya yang dibawa oleh saudagar-saudagar arab. Motif-motif umum yang dikenali ialah penggunaan tulisan-tulisan Arab dijadikan hiasan pada kraftangan melayu.Apabila islam diterima oleh bangsa melayu, seni kaligrafi terus mendapat tempat khususnya dalam seni ukir. Tulisan-tulisan khat diukir pada dinding rumah mahupun masjid atau surau sebagai tanda kebesaran Allah dan berkonsepkan islam. Selain itu, seni ukiran kaligrafi juga dijadikan perhiasan rumah dengan ayat-ayat Al-Quran.

Gambar 13: Seni Kaligrafi di dalam Masjid(Sumber: http://1.bp.blogspot.com/-PjGegME09-Y/T0NczbpdoUI/AAAAAAAAAFM/1BZjb5LfnYY/s1600/kaligrafi-Mesjid.jpg diakses pada 7 Mac 2014)Selain itu, motif geometri juga terus berkembang sejajar dengan penerimaan bangsa melayu terhadap agama Islam. Apabila motif fauna diharamkan dalam kesenian, maka masyarakat Melayu mula menerapkan corak geometri dalam penghasilan kraf misalnya seni ukiran. Kebiasaanya, motif geometri ini akan digabungkan dengan motif kaligrafi tetapi ada juga geometri digabungkan dengan motif flora (Ismail Saad, 2001). Apabila penggunaan motif geometri ini berkembang dan banyak menggunakan unsur geometri islam justeru motif ini banyak didapati di masjid, surau, makam, istana dan rumah. Ada motif geometri yang telah ditukarkan namanya kepada nama tempatan. Misalnya sebelum kedatangan Islam yang ketika itu tanah Melayu menerima pengaruh Hindu, motif Pilih Berganda dan Swastika telah ditukar namanya motif Potong Wajik dan Siku Keluang (Kraftangan Malaysia, 2009:68).Bagi motif kosmos pula, dipersembahkan dengan gambaran matahari, bulan, awan yang bergerak, ombak dan sebagainya. Motif matahari dan bintang sering dipasang pada muka tebar layar. Bagi kraf melayu, penggunaan awan larat sering digunakan terutamanya dalam seni ukiran kayu. Dari segi etimologi, istilah awan larat merupakan pengambilan langsung dari asal perkataan awan iaitu awan yang wujud sebagai unsur alam persekitaran. Orang-orang melayu sejak dari awal kehidupan mereka lebih mengenali dan mendiami persekitaran rimba atau ruang yang terbuka di sepanjang sungai dan persisiran pantai. Oleh itu, secara tidak langsung unsur alam dijadikan sumber rujukan dalam penghasilan kraf pada ketika itu. Dalam zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, Datuk Bendahara Raja Tun Perak membuat reka bentuk istana secara bentan kerana adat bendahara itu pegangannya Bentan. Di samping reka bentuknya yang mengagumkan, ragam hiasannya juga dipenuhi awan larat yang menarik (Tun Seri Lanang, 1612). Penciptaan ragam hias awan larat ini tidak terbatas kepada seni ukir sahaja tetapi ianya juga terdapat dalam bentuk tekstil seperti batik, songket dan tekat. Perkembangan Islam yang kian meluas menyebabkan pandangan pengukir atau pencipta kraf menghadkan pegangan asas mereka kepada Pencipta azali. Oleh itu, awan larat dari motif lembaga tidak lagi pernah wujud dalam kesenian melayu.

Gambar 14: Motif Kosmos- awan larat diukir pada dinding rumah(Sumber: http://3.bp.blogspot.com/_SylVM5ybp0Y/TBzvgQG7eqI/AAAAAAAAAcQ/75qzoBLMQAw/s1600/panel1.jpg diakses pada 7 Mac 2014)3.2 Proses Mentafsir IdeaSetiap kraf melayu tidak kiranya seni ukiran, tekstil, anyaman dan sebagainya meletakkan motif sebagai idea atau ragam hias keseluruhan kraf yang dicipta. Setiap motif mengandungi maksud yang tersendiri. Sebelum kedatangan islam, motif-motif yang dijadikan ragam hias pada kraf lebih mengutamakan motif fauna yang mana ajaran Budhha-Hindu meletakkan haiwan sebagai sesuatu yang suci. Pada zaman itu, seni ukiran kayu misalnya diamalkan dalam bentuk wayang yang banyak menceritakan epik agama Hindu Buddha. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Othman Yatim (2000), motif-motif seni ukir di zaman Hindu-Buddha lebih cenderung kepada object figure. Ianya berbeza setelah kedatangan Islam ke Nusantara yang membawa kepada pemelukan agama Islam oleh masyarakat Melayu. Justeru fahaman islam ini secara tidak langsung mengubah motif kesenian Melayu. Menurut Othman Yatim (2000), fahaman fundamental Islam telah mendorong penerapan seni ukiran kayu Melayu dalam bangunan, dengan melahirkan motif baru yang berasaskan unsur-unsur seperti bentuk geometri, bunga bungaan, pucuk tumbuhan dan dedaunan.Motif kaligrafi yang banyak digunakan dalam seni ukiran membawa kepada pendekatan diri kepada yang Esa. Seni ukiran bermotifkan kaligrafi iaitu ayat-ayat Al-Quran diukir pada dinding dan perhiasan yang digantung dijadikan juga sebagai cara untuk menghalau makhluk halus seperti gangguan iblis, syaitan, jin dan lain-lain. Motif awan larat pula dalam ukiran kayu Melayu ke bangunan dengan memetik imej awan berarak yang bergumpal dan terapung tiupan angina memberi tafsiran awan menurunkan hujan dan memberi manfaat kepada manusia dan makhluk lain di bumi. Lakaran awan larat mempunyai konsepnya yang tersendiri. Kadang kala ianya merupakan panduan hidup yang menggalakkan pencarian ilmu dan mengamalkan ilmu itu untuk memberi manfaat kepada manusia lain dan sekaligus ketaatannya kepada Allah swt. yang memberi ruang kehidupan ini.Penggunaan songket pula pada masyarakat melayu dahulu hanya melibatkan golongan Raja dan bangsawan. Penggunaan songket dan warna emas dan kuning melambangkan kebesaran keluarga diraja dan perbezaan darjat antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Justeru, motif flora digunakan dalam penghasilan songket bagi menaikkan seri dan kecantikkan si pemakai terutamanya permaisuri dan puteri raja. Selain itu, motif arabes yang digunakan dalam seni pengukiran pada dinding masjid atau surau bertujuan untuk memberikan pengudaraan yang baik dan memberi keselesaan kepada masyarakat Islam dalam menunaikan solat 5 waktu. 3.3 Pengaruh Dalam Memberi MaknaDalam kesenian islam dan melayu, kesepaduannya jelas bukan hanya pada idea atau tafsiran motif yang jelas pada luarannya. Tetapi, ianya juga membawa makna yang tersirat menerusi penghasilan setiap kraf yang dilakukan. Islam sentiasa menekankan sifat sabar walau dugaan yang berlaku. Sifat sabar ini juga perlu dicontohi oleh masyarakat Melayu menerusi sifat Nabi Muhammad S.A.W. Penghasilan kraf sememangnya rumit dan memerlukan banyak kesabaran. Misalnya, mengukir motif kaligrafi yang kompleks dan sukar terutamanya pada dinding masjid yang besar. Ketelitian dapat dilihat pada sang pengukir menerusi ukiran yang padat dan memerlukan kesabaran untuk merobek, mencungkil dan menebuk bahagian-bahagian tertentu agar huruf dan ejaan yang dilakarkan berhasil.Selain itu, dalam seni anyaman misalnya anyaman tikar memerlukan sifat tekun dan penelitian yang baik terutama dalam menghasilkan motif pada anyaman. Kelembutan jari jemari membawa maksud tersirat dalam setiap pengaruh motif yang digunakan menghasilkan tikar, bakul atau topi yang menarik, kemas dan cantik dipandang mata. Tambahan pula, kebijaksanaan si penganyam dalam pemilihan warna semasa proses menganyam kelarai. Warna-warna kontra hendaklah sesuai dengan tema atau motif yang dipilih untuk menampakkan keunikan pada hasilan kraf nanti.Seterusnya, penggunaan motif arabes sebagai contoh dalam penghasilan kraf iaitu gabungan geometri dan flora menunjukkan kreativiti sebagai pengaruh kepada makna. Dalam pemilihan motif arabes, penyusunannya memerlukan kreativiti dan kemahiran agar motif ini tidak akan bertindih dan sesuai digunakan. Dengan perancangan yang teliti membolehkan motif arabes yang dirancang dapat dihasilkan dan kraf juga dihasilkan adalah sempurna.4.0 FALSAFAH , MAKNA, KONSEP SAINS DAN MATEMATIK, NILAI DALAM JENIS-JENIS KRAFKefahaman mengenai falsafah dan motif seni ukiran kayu Melayu penting untuk dijadikan panduan penganalisaan hasil seni ukiran kayu Melayu. Pola dan motif dalam seni ukiran mempunyai hubungan dan kaitan langsung yang begitu rapat dan sebati. Motif dalam seni ukiran kayu adalah dimaksudkan sesuatu perhiasan yang diukir dalam 2 atau 3 dimensi, kemudian disusun dan digubah menjadikan pola atau corak hias tertentu. Corak hias sering mengandungi makna dan falsafah tertentu. Oleh itu, para pengukir bertanggungjawab bukan sekadar hanya mengukir untuk menghasilkan yang indah dan cantik sahaja tetapi mereka juga harus bertanggungjawab, berkemampuan serta berwibawa melahirkan karya seni bermotif yang mengandungi erti dan falsafah yang boleh diterima oleh pendukung kebudayaan itu.Falsafah seni ukir sebenarnya adalah ekspresi kecintaan pada keindahan. Keindahan pula lahir dari kejujuran seni yang memerlukan kesabaran dan ketekunan (Zulkifli Hanafi, 1996) dalam (Ismail Saad et al, 2001). Menurut Wan Su Othman (1984), falsafah ukiran kayu Melayu boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Falsafah Ketuhanan dan Falsafah Kemasyarakatan. Falsafah ini bermula dengan cara memulakan awan larat iaitu istilah yang sering muncul dalam penghasilan ukiran kayu Melayu. Sebagai contoh, antara awan larat yang dikategorikan dalam falsafah ketuhanan adalah awan larat dimulai dengan kepala kala, awan larat beribu, awan larat dengan punca rahsia, awan larat dengan punca pasu, awan larat dengan punca tanah dan awan larat dengan punca air. Manakala, falsafah kemanusiaan pula, bahagian tumbuhan yang tajam tidak menikam bahagian lain tumbuhan, batang muda perlu tumbuh dibawah atau dibelakang batang tua, Sibardayang, ruang dan lilit tidak memaut kawan. Menurut kata-kata pengukir Wan Musa Bin Wan Yusuff, Jertih, Terengganu dipetik dari Abdullah B Mohamed (1990) dalam (Keumala et al, 2012) menyatakan falsafah seni ukir Melayu iaitu Falsafah Ibu Dalam Awan Larat Melayu; Tumbuh hendaklah berpunca, punca itu rahsia, tajam tidak menerjah lawan, lilit tidak memeluk lawan, tetapi berlegar mesra.

Menerusi falsafah seni ukir ini, elemen-elemen yang terdapat dalam ukiran Melayu adalah benih (punca atau ibu), batang, ranting, sulur, pucuk, daun, bunga dan buah. Wan Su Othman (1984) dalam (Keumala et al, 2012) menegaskan bahawa ukiran kayu awan larat mempunyai pelbagai jenis dan corak atau pola bergantung kepada falsafah dan maknanya.

Rajah 1: Awan Larat Kepala KalaPada rajah 1, penunjuk merah itu adalah kepala kala iaitu kala yang bermaksud masa atau waktu. Awan larat dimulai dengan kepala kala, ianya menjadi simbol kejadian alam, ada permulaan tarikh kelahiran dan ada akhir seperti kematian, berlainan dengan ALLAH swt kekal selamanya.

Rajah 2: Awan Larat BeribuRajah 2 menunjukkan awan larat beribu yang mana penunjuk bertanda merah itu adalah ibu. Awan larat ini dimulakan dengan ibu awan larat. Ibu selalunya mengambil elemen bunga adalah diberi makna adanya kejadian yang tidak dapat dikesan tarikh kewujudannya seperti langit, bumi, bulan, matahari, akhirat, neraka, sungai, luh mahfuz dan alam barzah. Kesemua alam ini tetap bersifat baru kerana ia dijadikan bukan terjadi sendiri.Yang menjadikan alam adalah Allah SWT.Setelah kemasukan Islam, pengukir melayu menggunakan motif flora yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan rumah atau tempat mengukir walaupun tidak mengetahui spesies. Ilham ini diikuti dengan daya kreatif menghasilkan seni ukiran yang menarik. Muhammad Afandi Yahya (1995) menyatakan, elemen bunga kerap digunakan untuk melakarkan falsafah kehidupan dalam ukiran kayu Melayu ini kerana bunga adalah elemen yang mudah diukir. Pemilihan bunga atau buah yang sering menarik perhatian para pengukir adalah jenis tumbuh-tumbuhan atau tumbuhan yang menjadi sumber perubatan tradisi yang tumbuh di persekitaran dan hutan contohnya, tampuk manggis, bunga cengkih, bunga lawang, bunga teratai, bunga keladi biak, bunga misai kucing, bunga melati dan sebagainya. Dari segi makna, seni ukir tradisional dapat dilihat pada rumah-rumah masyarakat Melayu seluruh nusantara. Seni ukir ini menjadikan kalimah-kalimah seperti Allah, Muhammad, Bismillah sebagai bahan ukiran kayu dan akan diletakkan di rumah, masjid dan mana-mana institusi yang mempunyai hubungannya dengan keagamaan iaitu agama Islam. Konsep ukiran teratai umpamanya banyak ditemui dalam ukiran-ukiran pada mimbar masjid. Ukiran ini membawa makna bahawa penghayatan Islam menerusi orang Melayu telah dibudayakan dalam seni ukir. Kelopak teratai terkembang yang melambangkan Rukun Islam atau Rukun Iman yang tercantum harmoni dalam satu ikatan tauhid. Di semenanjung Malaysia, ukiran-ukiran menggunakan motif kaligrafi banyak terdapat pada rumah-rumah Melayu lama di Kelantan dan Terengganu.

Gambar 15: Motif bunga teratai pada mimbar(Sumber: http://adiatsauri.blogspot.com/2009_11_01_archive.html diakses pada 7 Mac 2014)Dalam seni ukir ini, orang melayu memberi makna dalam ukiran dengan merealisasikan citra keislamannya dengan ukiran-ukiran menggunakan motif-motif flora, kaligrafi, kosmos, arabes dan geometri pada batu nisa, seni bina wakaf, seni ukir perahu, keris dan sebagainya. Seni kaligrafi dalam pengukiran juga sering diolah bersama-sama dengan motif flora dan geometri. Kebiasaanya ia yang digunakan dalam bentuk teks nasihat, pengajaran, peringatan, undang-undang, doa dan sebagainya. Biasanya kaligrafi ini mempunyai makna dan kadang-kala menyampaikan mesej kepada orang ramai. Namun, mesej tersebut bergantung kepada fungsi dan lokasi seni ukiran tersebut.

Gambar 16: Ukiran motif kaligrafi yang memberi makna dan nilai(Sumber: http://kunmusafirmaya.blogspot.com/2011_04_01_archive.html diakses pada 7 Mac 2014)Sedikit penerangan mengenai gambar 16 iaitu seni ukir bagi motif kaligrafi yang sering digunakan dalam mana-mana perhiasan. Jika dilihat pada gambar diatas, dari pandangan kasarnya adalah umat islam yang sedang duduk tahiyat akhir dalam solat. Apabila melihat motif kaligrafi, kalimah yang diukir itu adalah kalimah 2 syahadah. Justeru, ianya memberi makna dan nilai menerusi ukiran yang ditunjukkan. Motif kaligrafi yang digunakan memberi makna bahawa umat islam akan mengucap kalimah 2 syahadah ketika solat dan memberi nilai bahawa umat islam wajib menunaikan solat 5 waktu dan memenuhi perintah daripada Ilahi.Konsep Matematik yang diperolehi dalam seni ukiran adalah penggunaan motif geometri. Ukiran yang berunsurkan geometri ini dapat dikesan dalam seni ukiran Melayu yang mengambil pola-pola seperti bentuk bersegi atau dikenali sebagai pola tumpal. Kaki dan bentuk segi tiganya disusun berderet-deret dan kadangkala segi tiga itu dicantumkan dengan sulur-sulur tumbuhan. Kebanyakan ukiran-ukiran geometri ini didapati pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan lain-lain.

Rajah 3 : Motif Geometri pada pemidangSelain jenis seni ukiran, seni anyaman merupakan proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian atau jaluran bahan menjadi satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan mengikut disiplin tertentu. Konsep Sains dan Matematik yang terdapat di dalam kesenian anyaman diperolehi melalui motif geometrid an arabes. Motif ini sangat menekankan kepada ketepatan dalam ukuran. Misalnya, semasa proses pemilihan daun pandan atau mengkuang hendaklah daun yang berusia sekurang-kurangnya 2 tahun. Daun-daun yang diambil dari pohon akan disusun berlapis-lapis antara 3 hingga 5 helai kemudian dipotong hujungnya. Dalam menghasilkan motif arabes, ketepatan ukuran daun diperoleh dengan menggunakan alat jangka untuk meraut daun agar memperoleh saiz yang sama beserta ukuran yang tepat akan digunakan.

Gambar 17: Anyaman tikar bermotifkan arabes(Sumber: http://i601.photobucket.com/albums/tt92/zifecrafts/kusenedit.jpg diakses 8 Mac 2014)

5.0 KESIMPULANDalam seni Melayu peringkat awalnya lebih berinspirasikan menerusi pengalaman emosi dan kenyataan tampak. Sesuatu karya seni itu bertambah lengkap apabila kesemua unsur yang membentuknya bergabung sama ada unsur tampak atau dalaman. Sebagai unsur dasar kedua-duanya merupakan teras penyusunan yang dapat mewujudkan kesatuan. Fikiran dan perasaan merupakan factor utama dalam prinsip ini. Kraf dimaksudkan sebagai hasil seni berperanan untuk kegunaan. Ia juga dicipta berdasarkan rasa senang dan disertai oleh khayalan seni. Kraf Melayu telah wujud seiring dengan kehidupan tradisi itu sendiri. Ia berkembang dan merupakan kesinambungan dari kepercayaan awal dan terus diamalkan zaman zaman berikutnya. Kepercayaan yang berlebihan terhadap unsur-unsur pra sejarah menjadikan segala bentuk seni kraf dan ragamhias dipenuhi dengan gambaran imej yang telah lama bertapak, dipuja dan diakui sebagai milik bersama. Keterbukaan tanah Melayu menerusi perdagangan menyebabkan pelbagai fahaman , budaya, agama dan nilai memasuki ruang-ruangnya melalui perkahwinan dan sebagainya. Hindu-Buddha merupakan antara ajaran dan agama awal yang memasuki Tanah Melayu dan memberi kesan kepada keseniannya. Penggunaan motif yang melibatkan object figure dan semangat pemujaan dan ketuhanan disalurkan dalam kraf Melayu. Walau bagaimanapun, keadaan berubah apabila kedatangan Islam yang turut menerapkan ciri-ciri seni dalam falsafah kesenian Melayu telah mewujudkan keunikan dan kesepaduan dalam kesenian kraf Melayu. Unsur dan ragamhias pada kraf juga lebih mengutamakan keindahan flora dan agama Islam itu.Kraf tradisional banyak mengajar setiap pencipta atau pengukirnya dalam menghasilkan karya yang berteraskan kepada pegangan Tuhan Yang Maha Esa. Dalam hal ini, mereka akan sering mempelajari dalam menghargai keindahan flora dan kesenian Islam dan diekspresikan menerusi kraf. Di samping itu, kesabaran dan ketelitian amat diperlukan dalam menghasilkan kraf yang bermutu tinggi seperti yang ditekankan dalam ajaran Islam yang mendorong umatnya untuk sentiasa berusaha dan sabar serta tawakal kepada Allah S.W.T. Oleh itu, sebagai masyarakat Melayu, kita hendaklah sentiasa bersyukur diatas kenikmatan dan keindahan alam yang Tuhan berikan dan menghargai kesenian kraf yang ada di negara kita ini. Kemajuan kraf Melayu hendaklah dipelajari dari generasi lama dan dipraktikkan serta diteruskan oleh kita untuk generasi kini agar keunikan dan estetika kraf Melayu tidak ditelan zaman.BIBLIOGRAFI Abdul Halim Nasir. 1986. Ukiran Kayu Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Edward Lucie-Smith .1981. The Story Of Craft. Cornell University Press.Ismail Said & Ahmad Saifuddin Abdullah. 2001. Spesies-Spesies Kayu Dalam Seni Ukiran Melayu. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Muhammad Afandi Yahya .1995. Simbolisme Dalam Seni Bina Rumah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nila Inangda Manyam Keumala Daud, Ezrin Arbi & Mohammad Faisal. Pengaplikasian Ukiran Kayu Melayu Dalam Seni Bina Di Malaysia. Journal of Design and Built Environment, Vol.11, Dec 2012. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Othman Yatim .2000. Mengukir Kegemilangan Lalu: Biografi Wan Su Othman, Penerima Anugerah Seni Negara 1997. Kuala Lumpur: Kementrian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan.

Peter Dormer (1997) .The Culture Of Craft, Manchester University Press.Slivka, R. 1968. The Persistent Object, Horizon Press New York.Siti Zainon Ismail. 1986. Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Syed Ahmad Jamal diedit oleh Mohd. Fadzil. 1979. Rupa Dan Jiwa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

RUJUKAN INTERNETwww.kraftangan.gov.my http://istimewapkbpsmkso.blogspot.com/2010_11_01_archive.htmlhttp://www.kraftangan.gov.my/resources/content/labu_pic2.pnghttp://news.bbcimg.co.uk/media/images/62834000/jpg/_62834373_batik.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-UhA8mAHZ-Sk/TssqIqK886I/AAAAAAAABKg/A9nZSmQq8Fs/s400/CIMG5214.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/-NgpA8rH2I6U/UBdbnKKwmbI/AAAAAAAAAFo/LRngA_EAWuc/s1600/tikar.jpg1