17
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 50 minit Lima puluh minit ---------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------- 1

Set 5 Pemahaman Cakna 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pemahaman

Citation preview

Page 1: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAHBAHASA MELAYU – PEMAHAMAN

50 minit Lima puluh

minit

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungai 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan

objektif yang disediakan.

1

Page 2: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian

hitamkan jawapan yang baharu.

Soalan 1 – 19

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Ampunkan ________ atas kecuaian yang telah berlaku,” rayu pengawal istana itu kepada Raja Badruddin Shah.A betaB patikC hambaD tuanku

2 Puan Dewi berjalan terhincut-hincut kerana kaki kirinya ________ sebab memakai kasut baharu itu.A melecetB melekatC melecurD melebam

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Ibu sedang ________ padi dengan nyiru untuk mengasingkan antah yang terdapat dalam beras tersebut.A menintingB mengulikC menampiD mengoleng

4 Buah ciku yang masih muda tidak boleh dimakan kerana rasanya terlalu ________. A masamB payauC tawarD kelat

5 Menteri Pendidikan akan merasmikan Pesta Buku Peringkat Kebangsaan di PWTC. ______________ dijangka tiba pada pada pukul 9.00 pagi.A Dia

2

Page 3: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

B KamuC BeliauD Mereka

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Air sungai itu menjadi bertambah ______________ akibat sikap penduduk yang membuang sampah ke dalam sungai.A jernihB keruhC burukD kotor

7 Semua peserta menumpukan perhatian ________ ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi di dewan itu.A untukB denganC tentangD terhadap

8 Semua kawannya mula mendekati Aminuddin ________ sikapnya yang sudah berubah dan berbudi pekerti yang luhur.A lantaranB lantasC malahanD manakala

9 “Masih terdapat __________ peserta yang belum menjelaskan yuran pertandingan melukis poster sempena Hari Kanak-kanak Sedunia,” kata pihak penganjur.A semuaB separuhC segelintirD setengah

10 Siti Rashidah telah dipilih untuk ________ kelasnya dalam pertandingan bercerita yang ________ oleh Persatuan Bahasa Melayu.A diwakili ... anjuranB mewakili ... anjuranC diwakili ... dianjurkan

3

Page 4: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

D mewakili ... dianjurkan

11 “_____________ tanggalkan kasut sebelum masuk ke perpustakaan,” kata pustakawan itu.A UsahB HarapC TolongD Jemput

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Kerja-kerja ________ pejabat guru kaunseling itu sedang ________ secara gotong-royong.A kekosongan ... jalananB dikosongkan ... dijalaniC mengosongkan ... berjalanD pengosongan ... dijalankan

13 Sikap___________ rakyat Malaysia adalah antara faktor yang menarik kedatangan pelancong ke negara kita.A budi bicaraB campur adukC ramah mesraD timbang tara

14 Sorakan daripada pengunjung yang menyaksikan pertunjukan konsert dalam stadium itu menjadikan suasana di situ ________ .A haru-biruB porak-perandaC gegak-gempitaD gembar-gembur

15. Orang ramai _________ datang ke Taman Botani Putrajaya pada bila-bila masa sahaja.

A telah B boleh C dapat D pernah

4

Page 5: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16 Alif Haikal dan kawan-kawannya ________ apabila dimarahi ketua kampung kerana mandi di kawasan lombong tinggal itu.A terkebil-kebilB tersipu-sipuC ternganga-ngangaD tercungap-cungap

17 Puan Syahirah membeli ________ rantai mutiara dan ________ gelang berlian di Kedai Emas Harmoni, Pasir Mas, Kelantan.A seuntai ... seuratB seutas ... sebentukC sebutir ... sepasangD sebentuk ... seuntai

18 Kita mestilah bertoleransi apabila melakukan sesuatu perkara bagi memperoleh kejayaan dan kecemerlangan hidup.

Berikan perkataan seerti bagi perkataan bertoleransi.A bertegur sapaB bertolak ansurC beramah mesraD berganding bahu

19 Cara kolot yang digunakan oleh pesawah-pesawah itu menyebabkan hasil tuaian mereka tidak memuaskan.

Perkataan berlawan bagi kolot ialah ________.A canggihB lampauC mundurD tradisional

5

Page 6: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

Soalan 20 – 21

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

20 I Murid-murid itu diam sahaja apabila dimarahi oleh Cikgu Zakiah.II Sikapnya yang diam ubi itu sangat disenangi oleh kawan-kawan sekelasnya.

III Aizam diam dengan neneknya sejak ibunya meninggal dunia setahun yang lalu.IV Dalam diam Fakrul mencintai anak Pak Deris yang baru sahaja pulang dari Australia.ABCD

I dan IIIII dan IVI, II dan IVI, III dan IV

21 I Encik Wahab berusaha keras untuk memancing hati bakal bapa mentuanya itu.II Pelbagai cara dilakukannya untuk memancing undi menjelang pilihan raya.

III Bayaran penyertaan pertandingan memancing itu ditetapkan oleh pihak penganjur.IV Kaki memancing ditegah turun ke laut pada musim tengkujuh kerana laut bergelora.ABCD

I dan IIIII dan IIII, II dan IIIII, III dan IV

22 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

“Sudahkah kalian menyiapkan karangan cereka yang saya beri semalam?” tanya Cikgu Nur Afida dengan suara yang tegas.A Ya, karangan cereka itu sudah lengkap semalam, cikgu.B Ya, karangan cereka sudah cikgu kami selesaikan semalam.C Ya, kami menyiapkan karangan cereka itu semalaman, cikgu.D Ya, kami sudah menyiapkan karangan cereka tersebut, cikgu.

23 Pilih soalan yang sesuai bagi jawapan di bawah.

Atirah yang menjadi johan dalam pertandingan catur peringkat daerah Sepang. A Apakah yang dimenangi oleh Atirah dalam pertandingan catur peringkat daerah

Sepang?

B Siapakah yang menjadi johan dalam pertandingan catur peringkat daerah Sepang?

C Bagaimanakah Atirah menjadi johan dalam pertandingan catur peringkat daerah Sepang?

D Bilakah Atirah berjaya menjadi johan dalam pertandingan catur peringkat daerah Sepang?

6

Page 7: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

Soalan 24 – 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24 Nabila membeli sebuah novel remaja yang bertajuk ‘Pelangi Senja’ di Kedai Buku Popular semalam.A Semalam Nabila ke Kedai Buku Popular untuk membeli novel ‘Pelangi Senja’.B Novel remaja ‘Pelangi Senja’ itu dibeli oleh Nabila di Kedai Buku Popular semalam.C Novel remaja ‘Pelangi Senja’ telah Nabila beli di sebuah kedai buku yang sangat

popular semalam.D ‘Pelangi Senja’ ialah novel remaja yang akan Nabila beli dari sebuah kedai Buku

Popular semalam.

25 “Ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Fairuz itu berkaitan kelahiran dan kematian setiap manusia,” terang Faizul kepada rakannya, Faiz.A Ustaz Fairuz menyampaikan ceramah agama tentang kelahiran dan kematian setiap

manusia kepada Faizul dan Faiz.B Ceramah agama oleh Ustaz Fairuz yang berkaitan kelahiran dan kematian manusia

diterangkan oleh Faiz kepada Faizul.C Faiz menerima maklumat daripada Faizul bahawa Ustaz Fairuz akan menyampaikan

ceramah agama berkaitan kelahiran dan kematian manusia.D Faizul memberitahu rakannya, Faiz bahawa ceramah agama yang berkaitan kelahiran

dan kematian setiap manusia itu disampaikan oleh Ustaz Fairuz.

Soalan 26 – 28

Pilih ayat yang betul.

26 A Nur Hanissa berasal daripada Kuala Lumpur.B Perajurit negara rela berkorban nyawa demi untuk negara yang tercinta.C Shahrul Ridzuan memancing udang galah di sungai itu sejak dari pagi tadi.D Pasar raya itu terletak di antara dua buah bangunan yang masih terbengkalai.

27 I Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah dilukis oleh saya.II Kita perlu saling bantu-membantu walaupun berbeza agama dan keturunan.

III Cita-cita Shahrizal adalah untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.IV Pak Kassim memikul setandan pisang berangan sambil menjinjing seikat rambutan.ABCD

I dan IIII dan IIIIII dan IVI dan IV

7

Page 8: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

28 I Nurzila cuba menghilangkan kantuk untuk menghabiskan kerja sekolahnya.II Semua orang murid dikehendaki berkumpul di dataran kejat pada pukul 7.30 pagi.

III Kawasan pasar raya itu haring akibat tindakan tidak bertanggungjawab segelintir budak nakal yang melepak di situ.

IV Program itu bertujuan untuk mempererat hubungan antara masyarakat majmuk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut.

ABCD

I dan IIIII dan IVI, III dan IVII, III dan IV

Soalan 29 – 30

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Syukriah ________ untuk melanjutkan pengajiannya dalam jurusan kedoktoran di Mesir setelah memperoleh tajaan biasiswa daripada pihak kerajaan.A ada hatiB bulat hatiC patah hatiD makan hati

30 Ramesh Babu digelar parasit oleh rakan-rakannya kerana perangai dan sikapnya ________.A seperti isi dengan kukuB seperti aur dengan tebingC seperti enau dalam belukarD seperti cincin dengan permata

8

Page 9: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

Soalan 31 – 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“Lebih cepat, mudah, menjimatkan kos dan dapat beriadah sambil mengeluarkan peluh.” Itulah antara ungkapan dan penjelasan yang diberikan oleh murid-murid yang menunggang basikal pergi dan balik sekolah. Rata-rata murid-murid ini menunggang dua jenis basikal, iaitu basikal BMX dan basikal bukit atau “mountain bike”

Menunggang basikal menjadi alternatif popular dalam kalangan murid selain dihantar oleh ibu bapa dengan kereta, berjalan kaki, menaiki van sekolah atau menaiki bas sekolah. Kebiasaannya murid yang menunggang basikal lebih tertumpu kepada mereka yang rumahnya terletak berhampiran dengan sekolah, tinggal di kawasan taman perumahan, pekan kecil, pinggir bandar, di kawasan kampung atau di kawasan pedalaman.

Lokasi yang dinyatakan di atas lebih selamat dan lebih terjamin berbanding di kawasan bandar yang sesak dengan pelbagai kenderaan. Walau bagaimanapun, murid yang memilih untuk berbasikal ke sekolah perlu menunggang dengan cermat dan mematuhi peraturan jalan raya di samping mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Datuk Suret Singh berkata, “pihak kami menggalakkan mereka yang menunggang basikal supaya memakai topi keledar sebagai langkah keselamatan.” Katanya lagi, “Murid juga perlu memastikan tali topi keledar diikat dengan kemas kerana jika berlaku kemalangan topi keledar ini dapat mengelakkan seseorang itu daripada mengalami kecederaan parah.

“Murid yang berbasikal juga dinasihatkan agar menggunakan jaket keselamatan dengan bahan pemantul cahaya terutama pada waktu malam. Pasang pelekat itu sama ada di depan atau di belakang jaket tersebut,” ujar Yang Berbahagia Datuk menasihati para penunggang basikal.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Datuk Yahya Subban, Chenderong Balai, Perak, Puan Hajah Norlian Abdullah berkata aspek keselamatan sentiasa dititikberatkan kepada kira-kira 200 orang murid yang menunggang basikal ke sekolah setiap hari. Bilangan murid yang menunggang basikal ialah kira-kira satu perenam murid sekolah ini.

Pihak sekolah juga telah mengadakan kempen keselamatan jalan raya dan sentiasa memberikan motivasi dan nasihat kepada murid-murid supaya lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada ketika berada di jalan raya. Murid-murid selalu diingatkan agar bertanggungjawab menjaga basikal masing-masing seperti meletakkan basikal mereka di tempat yang sepatutnya dan memastikan sentiasa dikunci supaya tidak berlaku kecurian.

31 Mengapakah menunggang basikal menjadi pilihan murid-murid SK Datuk Yahya Subban?A Lebih cepat sampai ke sekolah kerana jalan raya tidak sibukB Menjimatkan kos, lebih mudah dan dapat mengeluarkan peluhC Dapat beriadah sambil menghirup udara nyaman pada waktu pagi

9

Page 10: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

D Tidak mahu menyusahkan ibu bapa menghantar mereka ke sekolah

32 Apakah langkah keselamatan yang sebaik-baiknya perlu diambil oleh murid-murid bagi mengelakkan daripada kemalangan semasa berbasikal?A Menunggang basikal secara bersaing-saingB Menyarung jaket pemantul cahaya setiap masaC Memakai topi keledar yang sesuai dan diikat kemasD Menggunakan laluan trafik semasa menunggang basikal

33 Murid-murid yang tinggal di kawasan bandar raya tidak berbasikal ke sekolah keranaA rumah mereka terletak terlalu jauh dari sekolah.B risiko kemalangan yang tinggi kerana banyak kenderaan.C jalan raya sempit menyukarkan mereka berbasikal ke sekolah.D ibu bapa lebih gemar menghantar anak mereka dengan kereta.

34 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.A Murid SK Datuk Yahya Subban dianggarkan seramai seribu dua ratus orang.B Basikal tidak dapat digunakan di kawasan pedalaman kerana tiada jalan raya.C Pihak sekolah membekalkan pelekat pemantul cahaya kepada murid-muridnya.D Datuk Suret Singh ialah Ketua Pengarah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

35 Perkataan alternatif dalam petikan bermaksudA pilihan yang harus dilaksanakanB pilihan yang merupakan kemestianC pilihan yang mendatangkan kebaikanD pilihan yang ditentukan melalui perundingan

10

Page 11: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

Soalan 36 – 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, barisan penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Alam Sekitar kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan ceramah tentang kempen kitar semula.

Amalan kitar semula bahan-bahan buangan dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar yang semakin hari semakin meruncing. Sikap segelintir masyarakat yang sering memandang ringan terhadap pentingnya amalan kitar semula amatlah dikesali.

Hadirin sekalian,Kempen kitar semula merupakan suatu langkah yang bijak. Melalui kempen sebegini kita

dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang cara-cara dan kaedah mengitar semula bahan-bahan buangan. Jika bahan buangan ini kita kitar semula, kita telah menyelamatkan ekosistem hidupan akuatik, flora dan fauna daripada terjejas.

Daripada kita membuang barang-barang yang sudah lama itu, lebih baik kita cuba untuk menggunakannya semula. Botol kaca misalnya, dapat digunakan untuk menyimpan air masak. Botol plastik dipotong separuh untuk dijadikan pasu. Kain langsir lama pula dapat dijadikan kain lap atau didermakan kepada badan kebajikan.

Amalan ini jika dilaksanakan secara berterusan pasti akan membuahkan hasil yang kita harapkan. Pemberian insentif atau hadiah kepada sesiapa yang menghantar bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula ke pusat-pusat pengumpulan. Tawaran sedemikian dapat memberi galakan kepada orang ramai terutamanya kepada kanak-kanak untuk mengumpul dan menghantar bahan buangan tersebut ke pusat-pusat pengumpulan.

Tampaknya, enam puluh minit telah pun berlalu, setakat ini sahaja yang dapat saya sampaikan. Saya amat berharap agar kempen ini akan berjaya mencapai matlamatnya.

Sekian, terima kasih.

36 Mengapakah orang ramai perlu mengambil berat dan menjayakan kempen kitar semula?A kerana bahan-bahan kitar semula merupakan barangan yang berhargaB kerana sesiapa yang tidak mengitar semula bahan buangan akan didenda

11

Page 12: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

C kerana amalan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran alam sekitarD kerana kempen kitar semula perlu dilakukan untuk menyelamatkan flora dan fauna

37 Ceramah tentang pentingnya amalan kitar semula ini dikelolakan olehA Persatuan Hidup Sihat.B Persatuan Segar Bugar.C Persatuan Alam Sekitar.D Persatuan Pencinta Alam.

38 Apakah harapan penulis pada akhirnya ceramahnya? A supaya orang ramai menjayakan kempen kitar semulaB supaya orang ramai mengetahui pentingnya kitar semulaC supaya orang ramai dapat menyelamatkan flora dan faunaD supaya orang ramai mempelajari cara-cara mengitar semula

39 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan iklan di atas.A Ceramah itu disampaikan oleh pegawai pelajaran daerah. B Peserta ceramah hanya dalam kalangan murid-murid sekolah.C Masyarakat masih memandang ringan terhadap amalan kitar semula.D Masa berceramah yang diberi adalah selama satu jam setengah sahaja.

40 Frasa hidupan akuatik dalam petikan membawa maksud A tumbuhan dan haiwan yang habitatnya di dalam air.B haiwan yang menghuni di dalam air dan di atas darat.C hidupan yang bergantung hanya kepada air untuk hidup.D sesuatu yang tumbuh atau hidup di dalam atau di atas air.

12

Page 13: Set 5 Pemahaman Cakna 2015

KERTAS SOALAN TAMAT

13