10
Sibuk kejar kehidupan… Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak. Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet, "Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat." Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat." Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game. Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu. Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh. Malaikat maut menjengah lagi. Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu? Malaikat maut ziarah lagi. Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing- masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sibuk kejar kehidupan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

??

Citation preview

Sibuk kejar kehidupan

Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.Malaikat maut menjengah lagi.Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?Malaikat maut ziarah lagi.Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu."Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni."Nak apa?"Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni."Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."Tergamam.Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

Cinta itu menghancurkan kau?

Bismillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar arrasul saw. Alhamdulillah, di beri kesempatan untuk menulis. Ya Allah, segala puji bagiMu!Apa-apa pun, insyallah, untuk kali ini, saya amat terpanggil untuk menyentuh sesuatu ISU yang bagi saya, ia agak di pandang remeh oleh sesetengah daei. Ya, bagi saya, isu ini memang sesuatu isu yang tak sepatutnya di jadikan FOKUS UTAMA kita dalam dakwah. Kerana, ada certain pendakwah yang tak habis-habis perkatakan tentang isu ini sehingga akhirnya, umat ini terdidik dengan isu ini dan melupakan isu yang lebih UTAMA dan lebih besar dari ini.Pun begitu, isu ini tidak boleh di abaikan juga. Kerana, bagi saya, di sebabkan isu inilah, ramai remaja dan belia islam HANCUR, lebur, porak-peranda, gila dan lain-lain. Ia adalah isu CINTA!!Serius, isu CINTA ni bagi saya sangat bahaya, dan ramai "orang baik-baik yang jatuh ke dalam perangkap cinta ini, dia tidak lagi menjadi orang baik-baik. Atas faktor itulah, saya ambil keputusan untuk hurai isu cinta ini sepanjang yang mungkin, supaya segala SALAH FAHAM yang berlaku tentang isu ini dapat di perjelaskan. Saya harap!Saya akan bahagikan penulisan kali ini kepada beberapa noktah besar. Fahamilah ia wahai kawan yang smart lagi baik!APA ITU CINTA?Bila kita sebut CINTA, ia tak boleh lari dari PENGORBANAN. Apa kaitannya? Kaitannya ialah, bila kita cinta akan sesuatu, kita akan sanggup berkorban untuk mendapatkan apa yang kita cintakan itu. Tu secara simple, takrifan cinta.Mustahil kalau kita kata kita cinta akan sesuatu, tapi kita tak sanggup bersusah-payah untuk perkara itu. Saya bagi contoh dalam bentuk kisah boleh? Ada orang suka baca kisah-kisah ni. So, harap dapat baca kisah ni, kemudian saya akan nyatakan pengajarannya.Jom layan!****Ada satu lelaki ni, nama dia Qais Amiri. Dia duduk kat satu kampung. Dia amat berkenan dan jatuh cinta kepada seorang wanita bernama LAILA. Sehingga, orang menggelarkan Qais sebagai Laila Majnun yang bermaksud Tergila-gilakan Laila.Yang peliknya, Qais tak pernah langsung melihat wajah Laila. Laila ni adalah seorang raja di sebuah Negara. Qais hanya dengar-dengar cerita tentang Laila dan kecantikannya dari mulut-mulut orang. Itu pun dia dah jadi macam orang gila!Sampai satu masa, Qais buat keputusan untuk nak berjumpa dengan Laila dan menyatakan cintanya kepada Laila.So, dia pun pergilah ke negara Laila tu.Bila dia sampai kat negara Laila tu, dia cerita kat semua orang kat negara tu yang dia cintakan Laila. Sehingga satu negara tu macam jadi kecoh dengan kekecohan Qais ni. Sampai satu tahap, pembantu Laila telah mengadu pada Laila:Wahai puan Laila, aku dapat berita bahawa ada sorang laki ni, dia terlalu tegrila-gila kan kau. Dia kata dia amat mencintai kauLalu Laila macam teruja. Laila pun balas:Betul ke? Wah, aku sangat teringin untuk bertemu dengan lelaki tu! Boleh tak kau bawakkan lekaki tu untuk berjumpa dengan ku?Tapi pembantu tu jawab:Puan Laila, aku serius tak tahu siapa laki tu. Aku pun dengar-dengar daripada orang jeLalu, di sebabkan Laila teringin sangat nak jumpa dengan lelaki yang mendakwa cintakannya itu, Laila pun buat pengumuman kepada rakyatnya:Siapa yang cintakan aku, sila datang ke istana aku, dan sebagai hadiah, aku akan berikan emas dan perak kepadanya!!!Berita tu tersebar kat satu Negara. Lepas tu, semua lelaki kat negara tu kumpul kat istana tu, lantas mendakwa bahawa mereka cintakan Laila!Laila jadi pening dan keliru. Dia bermonolog dalam hati dia:Ramainya yang datang. Mana satu lelaki yang tergila-gilakan aku tu??Di sebabkan tu, Laila buat pengumuman:Wahai lelaki sekalian, aku dengar ada di kalangan kalian yang mendakwah cintakan aku sehingga dia tergila-gilakan aku. Tetapi tak ku sangka, ramai yang datang. Maka, aku mahu, siapa yang betul-betul cintakan aku, datanglah kepadaku dengan membawa SEBELAH BIJI MATANYA sebagai bukti cintanya kepadakuBila lelaki yang datang semua tu dengar, semua tak mengaku cinta pada Laila. Tapi, tiba-tiba, ada seorang lelaki telah datang kepada Laila, dengan membawa sebelah biji matanya keapda Laila, lantas berkata:Wahai Laila, aku cinta padamuLelaki tersebut adalah Qais Amiri! Dan, Laila menerima cinta Qais yang tulus ikhlas itu..****Happy ending. Kalau baca kisah ni sambil dengar soundtrack, menarik jugak. Haha. Tapi tu tak penting, yang pentingnya, apakah pengajaran yang kita boleh dapat dari kisah Laila Majnun ini? Sebenarnya, kisah ini adalah satu kisah TAMSILAN, yang mana kita boleh mendapat manfaat yang banyak gila dari kisah ni.Baiklah, saya hurai pengajaran dari kisah ini dan apa kaitannya dengan topic kita pada hari ni.1)Qais Amiri tu ibarat kita. Seperti mana Qais tak pernah melihat wajah Laila dan Cuma mendegar kisah-kisah tentang kecantikannya, lantas jatuh cinta dan tergila-gilakan Laila, SEPERTI ITULAH kita, yang tidak pernah melihat wajah Allah, dan Cuma mendengar tentang sifat-sifat dan keagungannya. Namun, adakah kita tergila-gilakan Allah, seperti mana Qais tergila-gilakan Laila?2)Seperti mana Laila teringin untuk berjumpa dengan Qais mendakwa tergila-gilakannya, begitu juga Allah. Allah amat ingin berjumpa dengan hambanya yang mengaku mencintai diriNya yang agung.3)Tetapi, bilamana Laila menawarkan emas dan perak untuk para pencintanya, ramai lelaki yang datang dan mendakwa cintakan Laila. Seperti itu juga Allah. Apabila Allah menawarkan syurgaNya kepada para hamba yang mencintaiNya, hamper SEMUA orang mengaku dan mendakwah cintakan Allah!4)Namun, bila Laila menyuruh mereka berkorban dengan mengeluarkan sebelah biji matanya sebagai bukti KEBENARAN cintanya kepada Laila, maka ramai yang dahulunya mendakwa CINTA LAILA, akhirnya berundur dan tak sanggup berkorban. Baru Laila tahu, ramai rupanya yang cintanya PALSU semata-mata.Begitu juga Allah. Apabila Allah menyuruh hambanya berkorban, mengikut segala perintahnya dan meninggalkan larangannya, berapa ramai orang yang MENDAKWA CINTA ALLAH ini sanggup melakukannya? Rupa-rupanya, ramai yang cintanya kepada Allah hanyalah PALSU!5)Akhirnya, Qais Amiri sanggup korbankan biji matanya semata-mata untuk buktikan cintanya pada Laila, dan akhirnya Laila menerima cintanaya. Seperti itu juga apabila kita kata kita CINTA ALLAH, dan sanggup BERKORBAN untuk mendapatkan cinta Allah, maka Allah akan menyambut cinta itu.Maka dari kisah ringkas ini, saya harap kita semua jelas. Bila kita cinta akan sesuatu, maka kita perlu buktikan dengan pengorbanan!!!BERCINTA SEBELUM NIKAH?Ramai sekarang dia silap dalam memilih cinta. Entah kenapa, dia sanggup gadaikan maruahnya, habiskan masa dan tenaganya semata-mata untuk buktikan kecintaannya kepada sesuatu yang langsung tak layak di cintai.Apa yang saya nak ketengahkan ialah, isu PERCINTAAN SEBELUM NIKAH. Benda ni sangat bahaya kalau korang nak tahu. Ramai gila beb yang hancur pasal benda ni. Jujurnya, saya pernah jumpa ramai orang. Ada lelaki yang luahkan perasaannya pada saya dengan mengatakan dia nak bunuh diri kerana perempuan yang dia suka telah putus cinta dengannya.Ada jiran saya yang selalu bersama-sama solat di masjid, tiba-tiba saya dapat tahu yang dia di masukkan ke dalam hospital gila, lantaran putus cinta. Bak kata ayah dia, anak dia tu sampai hantuk-hantuk kepala kat dinding, cakap sorang-sorang, tak makan dan akhirnya gila.Saya nak nyatakan kat sini bahawa, ya. CINTA kepada sesuatu yang cantik itu adalah FITRAH. Means, kalau kita jatuh cinta pada perempuan cantik, or lelaki jambu, itu fitrah. TAPI, yang jadi masalah ialah bila kita LAYAN PERASAAN CINTA tu. Itu dah jadi dosa!!Layan bermaksud kita merelakan perasaan tu, dan kita buat sesuatu yang menyebabkan perasaan cinta tu semakin membuak-buak. Seperti kita sembang dengan dia, chat dengan dia, follow dia kat twitter/instagram, friend dia di FB, stalk gambar dan status dia, luahkan perasaan, bayangkan muka dia time nak tidur, dengar lagu cinta sampai teringat dia, dan lain-lain.Ini semua dosa kau tahu!Dan ia bukan dosa biasa-biasa. Ia dosa yang menghancurkan. Ya, ia amat bahaya!Saya nak nyatakan bawah:Semua orang yang couple itu di kira melayan cintanya. Tetapi tak semua orang yang melayan cinta itu bercoupla. Ada orang yang dia layan cinta dia senyap-senyap. Tetapi, apa jua bentuk LAYAN, maka ia tetap berdosa!Fahami lah, dan jangan tipu diri sendiri.KAU CINTA ALLAH KE CINTA MANUSIA?Ramai orang tak tahu bahawa, bila kita bercinta dengan seseorang ni, kita boleh jatuh syirik tanpa kita sedar! Bak kata ibn Qayyim:Antara tanda cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamakan keredhaan orang yang di cintainya melebihi keredhaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut, dia sanggup mengorbankan benda yang berharga, sedangkan untuk Allah, dia hanya berkorban ala kadar.Ini adalah satu syirik. Kita seolah-olah menjadi hamba kepada orang kita kita cinta! Saya bagi contoh-contoh syirik dalam percintaan:1) Saya ada sorang kawan, dia kata, semenjak dia bercinta, pelajarannya meningkat. Kerana awek dia cakap, kalau dia belajar sungguh-sungguh, baru cintanya akan di balas. Ini adalah syirik wahai kawan! Kita sanggup berkorban masa belajar, kurangkan masa tidur agar kita skor exam, tapi untuk dapatkan CINTA perempuan tu! Gerun gila! Taubatlah2)Kita sedia maklum bahawa chatting lelaki perempuan ni hukumnya HARAM melainkan ada perkara yang mengharuskan. Baca entri saya berkenaan kekeliruan dalam ikhtilat. Means, kalau betul kita cinta Allah, kita takkan buat benda yang Allah larang. Tapi di sebabkan kita cinta seseorang tu punya pasal, kita sanggup langgar perintah Allah dengan chatting berjam-jam, kongsi cerita itu ini, bergayut kat telefon, berbalas senyuman semata-mata nak dapatkan cinta tu. Tu syirikla kawan!Kau sanggup buat benda yang crush kau suka, tapi buat Allah marah selamba je. Taubatlah wahai kawan!Cukup dua contoh kot. Nanti panjang sangat. Moga Allah jauhkan kita!BAHAYA CINTA SEBELUM NIKAHKorang tahu tak, betapa bahayanya kesan cinta ni pada hati kita? Bahaya gila bapak! Meh sini, saya nyatakan betapa bahayanya ia, dan bagaimana ia boleh menghancurkan hati kita:1) Bila kita mencintai makhluk, ia akan memalingkan hati kita dari mencintai Allah! Kedua-dua perasaan tersebut takkan dapat bersatu dalam hati(Ibn Qayyim)Means, kalau kita kata kita cinta Allah, mustahil kita akan cinta makhluk. Sebab ada orang yang konon-konon kata:Nak bercinta takde masalah. Tapi pasti, letak cinta Allah Rasul nombor satu!Saya jawab:Cinta kau pada Allah dan rasul adalah palsu. Kerana mana mungkin orang yang cinta Allah dan rasul boleh cinta dan LAYAN cintanya pada makhluk. Mustahil!2) Bila kita mencintai seseorang, hati kita akan terseksa. Orang yang mencintai sesuatu selain Allah, mahu tak mahu, cinta itu akhirnya akan menyeksa dirinya!(Ibn Qayyim)Sape yang pernah bercinta, korang mesti pernah rasa terseksa kan? Jangan tipu diri sendiri. Please jujur dengan diri sendiri.Di muka bumi ini, tiada yang lebih menyeksakan daripada bercinta. Kau rasa seakan mereka mendapat kemanisan dalam percintaannya, tetapi kau akan lihat mereka kerap melinangkan air mata, keran takut berpisah atau kerana rindu3)Hati orang yang paling jauh dengan Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta(Ibn Qayyim)Cukup 3 ini sahaja. Banyak lagi sebenarnya. Tapi saya rasa dengan tiga kata-kata Ibn Qayyim ini dapat menyedarkan kita akan betapa bahayanya cinta ini. Saya amat berharap! Agar kita sedar, cintalah punca diri hancur, cintalah punca dakwah kita terganggu, cintalah pun TARBIAH kita mundur.Agar kita sedar!CUKUPLAH TERTIPU DENGAN NAFSUSaya yakin 100%, orang yang bercinta dan melayan cintanya ini hidup dalam kegelisahan, tidak tenang, resah-gelisah, gundah-gulana, rasa tertekan dan yang sama waktu dengannya. Betul tak? Tepuk dada, pejam mata, Tanya diri dengan jujur, dan katakanlah:Ya. Aku amat terseka!Tapi, saya seakan-akan terdengar, ada di kalangan pembaca yang betul-betul ingin berubah dan BEBAS dari penjara cinta ini, lantas bertanya:Bagaimana saya ingin melupai orang yang saya cintai? Saya asyik teringatkan dia, dan saya rasa amat susah untuk lupakannya!Maka, ingatlah pesanan ini:Seperti mana kita selalu lupakan Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah, langsung tak berkorban untuk Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga kita LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat kepada orang yang kita cintai.Kalau kita mampu lupakan Allah selama ni, takkan kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?Menangislah dan berubahlah. Rupa-rupanya, cinta kita kepada Allah selama ini adalah PALSU, penipu, dan hipokrit. Pun begitu, adakah kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?Kerana itu, taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padanya. Dan, berubahlah