Upload
dotuyen
View
236
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
SIDANG KETIGA PULUH EMPAT
MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM-
INDONESIA- MALAYSIA
(MABBIM)
(Malaysia: Pulau Pangkor, Ipoh Perak Darul
Ridzuan, Pada 22-24 Mac 1995)
2
KANDUNGAN
1. Pernyataan Bersama
2. Laporan
3. Lampiran
3.1 Atur Cara
3.2 Anggota Perwakilan
3.3 Ucapan
3
Pernyataan Bersama
Sebagai lanjutan Sidang Ke-33 Majlis Bahasa Brunei Darusalam-Indonesia-Malaysia
(MABBIM), antara Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM), Panitia Kerja Sama
Kebahasaan (Pakersa), dan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam
(JKTBMBD) yang diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 23-24 Mac
1994, maka Sidang Ke-34 MABBIM telah diadakan di Ipoh, pada 20-21 Mac 1995,
dan di Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan, Malaysia pada 22-24 Mac 1995. Majlis
Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) telah: (1) meneliti dan
mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-33 Pakar MABBIM, (2) meneliti dan
menerima hasil Sidang Ke-8 Pakar MABBIM, dan (3) membincangkan dan mengambil
keputusan tentang hal-hal lain seperti yang terlampir.
Majlis juga mengambil perhatian bahawa Seminar Kebahasaan yang bertemakan
“Peranan Bahasa Kebangsaan dalam Pembangunan Luar Bandar” telah diadakan
sempena Sidang Ke-34 MABBIM ini pada 20-21 Mac 1995 di Hotel Syuen, Ipoh, Perak
Darul Ridzuan.
t.t. t.t.
(DR. HASAN ALWI) (HAJI A. AZIZ BIN DERAMAN)
Ketua Pengerusi
Panitia Kerja Sama Kebahasaan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)
(Pakersa) Indonesia Malaysia
t.t.
(PG. HAJI BADARUDDIN BIN PG. HAJI GHANI)
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei
Darussalam (JKTBMBD)
Sri Bayu Beach Resort
Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
24 Mac 1995
4
I. Acara Sidang
1. Seminar Kebahasaan : Isnin, 20 Mac 1995
1100 – 1630
Selasa, 21 Mac 1995
0830 - 1630
2. Mesyuarat Kelompok Eksekutif : Rabu, 22 Mac 1995
1500 – 17.00
2030 - 2230
: Khamis, 23 Mac 1995
0800 – 11.00 Pagi
1130 - 1330
II. Anggota Sidang
1. Haji A. Aziz bin Deraman (Malaysia/Pengerusi)
2. Dr. Hasan Alwi (Indonesia)
3. Pengiran Haji Badaruddin bin Pengiran Ghani (Brunei Darussalam)
4. Dato’ Prof. Dr. Hajah Asmah Haji Omar (Malaysia)
5. Prof. Abdullah Hassan (Malaysia)
6. Dr. Dendy Sugono (Indonesia)
7. Dr. Hans Lapoliwa, M. Phil. (Indonesia)
8. Aw. Haji Ahmad bin Kadi (Brunei Darussalam)
9. Aw. Hj. Mohd. Zaini bin Hj. Omar (Brunei Darussalam)
10. Encik Amdun Husain (Malaysia, Setiausaha)
11. Drs. Hasjmi Dini (Indonesia, Sekretaris)
12. Awang Hanafiah bin Haji Awang Zaini (Brunei Darussalam)
Pemerhati
1. Sdr. Ma’Mun HMF Suhaimi (Singapura)
2. Sdr. Mohd. Naim Daipi (Singapura)
3. Sdr. Mohd. Raman Daud (Singapura)
4. Pengiran Julaihi bin Pengiran Dato Paduka Othman (Brunei Darussalam)
5. Aw. Mohd. Azurin bin Othman (Brunei Darussalam)
6. Encik Anwar Ridhwan (Malaysia)
7. Haji Hamdan Yahya (Malaysia)
III. Dokumen
1. Keputusan Umum Sidang Ke-33 Mabbim
2. Laporan Sidang Ke-8 Pakar Mabbim
3. Usul dan Masalah Kelompok Sidang Ke-8 Pakar Mabbim
IV. Agenda
1. Meneliti dan Mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-33 Mabbim
5
2. Perkara Berbangkit
3. Meneliti dan Menerima Laporan Sidang Ke-8 Pakar Mabbim
4. Perkara Berbangkit
5. Membincangkan Usul dan Masalah Kelompok Sidang Ke-8 Pakar Mabbim
6. Membincangkan Bidang, Tarikh, dan Tempat: Sidang Ke-9 Pakar Mabbim,
dan Sidang Ke-35 Mabbim
7. Membincangkan dan Menetapkan Tema Seminar Kebahasaan
8. Hal-Hal Lain
V. Perbincangan dan Keputusan Umum
1. Meneliti dan Mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-33 Mabbim
1.1 Majlis telah menerima atur cara Mabbim yang disediakan oleh pihak
tuan rumah, Malaysia.
1.2 Majlis telah meneliti dan mengesahkan Keputusan Umum Sidang Ke-33
Mabbim yang diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
pada 21 – 24 Mac 1994, tanpa pindaan.
2. Perkara Berbangkit
2.1 Majlis bersetuju supaya penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
kerajaan/pemerintah negara tuan rumah dirakamkan dalam Keputusan
Umum.
2.2 Majlis dimaklumkan bahawa Pengerusi Majlis Sidang Ke-33 Mabbim
telah menghantar ucapan penghargaan kepada Dato’ Haji Jumaat bin
Dato’ Haji Mohd. Noor, Drs. Lukman Ali, dan Tuan Haji Ahmad bin
Kadi, yang pernah menjadi pengerusi bersama Mabbim, seperti yang
ditetapkan dalam Sidang Ke-33 Mabbim.
3. Meneliti dan Menerima Laporan Sidang Ke-8 Pakar Mabbim
Majlis menerima hasil Sidang Ke-8 Pakar Mabbim yang diadakan di
Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 26 – 30 September 1994
dengan catatan sebagai berikut:
3.1 Pembetulan bidang Senarai Anggota Perwakilan (hal. 49)
(a) Dr. Soegeng Hardiyanto
………………………..
………………………..
(Farmasi)
dibetulkan menjadi:
6
(b) Dr. Soegeng Hardiyanto
………………………..
………………………..
(Falsafah)
3.2 Pembetulan jumlah subbidang pada Taksonomi Bidang Farmasi
(Indonesia):
(a) Biologi Farmasi
1. Farmakognosi
2. Fitokimia
3. Mikrobiologi Farmasi
4. Parasitologi
5. Parasitologi
6. Virologi
dibetulkan menjadi
(b) 1. Farmakognosi
2. Fitokimia
3. Mikrobiologi Farmasi
4. Parasitologi
5. Virologi
4. Perkara Berbangkit
Perkara-perkara yang berbangkit dari Sidang Ke-8 Pakar Mabbim
dibincangkan dalam 5 di bawah ini.
5. Membincangkan Usul dan Masalah kelompok Sidang Ke-8 Pakar
Mabbim
5.1 Majlis meneliti dan membincangkan usul, masalah dan rancangan
kerja semula kelompok. Majlis bersetuju supaya:
a. perisian dan format bagi pemasukan bahan perbincangan
mengikut urutan sebagai berikut:
Inggeris Brunei
Darussalam
Indonesia Malaysia MABBIM
... ... ... ... ...
7
b. Bahan-bahan yang hendak diusahakan dalam Sidang Pakar
hendak-lah dihantar kepada urusetia negara tuan rumah
Sidang Pakar berkenan sekurang-kurangnya dua bulan
sebelum Sidang Pakar berkenaan, seperti yang terdapat
dalam perkara 4.1 Tatakerja MABBIM supaya senarai
induk yang seragam boleh disediakan oleh pihak tuan rumah.
5.1.1 Majlis bersetuju mengekalkan keputusan yang sedia ada
bahawa:
a. Setiap subbidang hanya dibenarkan menyertai Sidang
Pakar sebanyak 2 kali sahaja.
b. Senarai istilah yang tidak dapat diselesaikan dalam
pertemuan Sidang Pakar hendaklah disempurnakan
di masing-masing negara, dan pakar-pakar
hendaklah bertukar-tukar bahan melalui urusetia.
c. Urusetia hendaklah membuat laporan kepada Majlis
tentang pertukaran bahan yang berlaku antara pakar.
d. Pakar-pakar hendaklah mencari dan menentukan
sendiri bahan-bahan rujukan dalam bidang mereka.
e. Setiap kelompok Pakar Sidang hendaklah disertai
oleh pendam-ping bahasa yang disediakan oleh pihak
tuan rumah.
f. Setiap kelompok Sidang Pakar hanya
mengikutsertakan tidak lebih dua orang pakar sahaja
bagi setiap negara.
g. Tempoh kerja bagi Sidang Pakar ialah lima hari sahaja.
h. Sidang Pakar tidak akan dijalankan serentak
dengan Sidang Eksekutif MABBIM.
5.1.2 Bagi Kelompok Farmasi
a. Majlis bersetuju supaya Pedoman Khusus Sains
Farmasi dan Pedoman
Penyediaan Kamus Farmasi dibincangkan pada Sidang
Ke-9 pakar MABBIM dan dikemukakan pada Sidang
Ke-35 MABBIM.
b. Majlis meminta supaya Kelompok Farmasi
menentukan keutamaan antara subbidang dalam
bidang Farmasi dan menyelesaikannya dengan
8
Rencana Lima Tahun Sidang Pakar MABBIM (1993-
1997).
c Majlis meminta supaya Kelompok Farmasi merujuk
kepada Keputusan Majlis tentang tatanama dan
pedoman tambahan yang berkaitan dengan tatanama
dalam bidang Biologi, Kimia dan Perubatan.
5.1.3 Bagi Kelompok Perubatan.
a Memandang kelompok ini mempunyai sejumlah
subbidang yang besar, Majlis bersetuju menerima
cadangan mengikutsertakan dua subbidang mulai
Sidang Pakar Ke-9 MABBIM.
b. Majlis bersetuju meminta Kelompok Perubatan
menyaringi istilahnya supaya tidak memasukkan
istilah-istilah dari bidang-bidang lain yang sudah pun
diusahakan.
6. Membincangkan Bidang, Tarikh, dan Tempat: Sidang Ke-9 Pakar
MABBIM, dan Sidang Ke-35 MABBIM.
6.1 Bidang Sidang Ke-9 Pakar Mabbim
6.1.1 Majlis bersetuju supaya pakar kelompok Pertanian dan
Perhutanan menyepakati taksonomi dalam bidang masing-
masing terlebih dahulu, dan menentukan sama ada bidang
Perhutanan termasuk dalam subbidang Pertanian atau tidak.
6.1.2 Sekiranya didapati kedua-dua bidang itu berasingan,
keutamaan untuk Sidang Pakar diberikan kepada bidang
Pertanian, kecuali kedudukan kewangan negara anggota
mengizinkan kedua-dua bidang itu diikutsertakan dalam
Sidang Ke-9 Pakar MABBIM.
6.1.3 Majlis menegaskan supaya setiap kelompok bidang mematuhi
tatakerja dan hasil MABBIM yang telah ditetapkan seperti
yang terdapat dalam jadual Rencana Lima Tahun Sidang
Pakar 1993 hingga 1997, yang telah dipinda seperti di
bawah ini.
9
RENCANA LIMA TAHUN SIDANG PAKAR MABBIM 1993-1997
No.
Sidang
Ke-7 Pakar 1993
(Brunei
Darussalam)
Sidang Ke-8
Pakar 1994
(Malaysia)
Sidang
Ke-9 pakar 1995
(Indonesia)
Sidang
Ke-10 Pakar
1996 (Brunei
Darussalam)
Sidang
Ke-11 Pakar
1997 (Malaysia)
1.
Ekonomi 1
Ekonomi 2
Ekonomi 3
Ekonomi 4
Ekonomi 5
2.
Perubatan/
Kedokteran
Perubatan 2/
Kedokteran
Perubatan 3/
Kedokteran
Perubatan 4/
Kedokteran
Perubatan 4/
Kedokteran
3.
Linguistik 1
Linguistik 2
Linguistik 3
Sosiologi 1
Sosiologi 2
4.
Falsafah 1/Filsafat
Falsafah 2/
Filsafat
Pertanian 1
(Perhutanan/
Kehutanan)
Pertanian 2
Pertanian 3
5.
Sastera 2
Sastera 3
Sastera 4
Kejuruteraan
1/Teknik
Kejuruteraan
1/Teknik
6.
Kewangan/
Keuangan
Farmasi 1
Farmasi 2
Farmasi 3
Komunikasi
Massa/Am
7.
Matematik/
Matematika
Matematik/
Matematika
Matematik/
Matematika
Antropologi 1
Antropologi 2
6.2 Tarikh dan Tempat Sidang Ke-9 Pakar MABBIM
Majlis bersetuju supaya Sidang Ke-9 Pakar MABBIM diadakan
pada 18-22 September 1995 di Indonesia.
6.3 Tarikh dan Tempat Sidang Ke-35 MABBIM
Majlis bersetuju supaya Sidang Ke-5 MABBIM diadakan pada 18-
22 Mac 1996 di Indonesia.
10
7. Membincangkan dan Menetapkan Tema Seminar Kebahasaan
7.1 Majlis bersetuju menjadikan “Peranan Bahasa Kebangsaan dalam
Pengembangan Ilmu Pengetahuan dan Teknologi (IPTEK)”
sebagai tema seminar kebahasaan sempena Sidang Ke-35 MABBIM
8. Hal-hal Lain
8.1 Seminar Kebahasaan
8.1.1 Majlis mencadangkan supaya wakil dari Singapura turut
menyumbangkan satu kertas kerja/makalah dalam seminar
kebahasaan sempena Sidang Ke-35 MABBIM.
8.1.2 Negara tuan rumah boleh menyediakan lebih daripada tiga
buah kertas kerja mengikut kebijaksanaannya.
8.3. Pihak urus setia diminta membuat laporan hasil dan kemajuan kerja
pakar bidang yang dilakukan di luar sidang kepada Sidang
Kelompok Eksekutif.
8.4. Majlis merakamkan penghargaan kepada tuan rumah, khususnya
urusetia atas usaha mengeluarkan bahagian usul dan masalah
daripada Laporan Kelompok Sidang Ke-8 Pakar MABBIM untuk
perbincangan khusus Sidang Kelompok Eksekutif. Majlis berharap
agar usaha sedemikian akan diteruskan untuk sidang-sidang
selanjutnya.
8.5 Majlis mengambil perhatian bahawa Singapura sudah menjadi
pemerhati Sidang MABBIM sejak tahun 1988, dan sehingga hari
ini belum menjadi anggota penuh. Majlis sentiasa mengalu-alukan
keanggotaan penuh Singapura dalam MABBIM.
8.6 Majlis memutuskan bahawa Majlis mempunyai
wewenang/keputusan mukta-mad terhadap apa yang diputuskan oleh
Sidang Pakar.
8.7 Majlis membincangkan kemungkinan meminda tatakerja
MABBIM dengan memberi perhatian khusus kepada:
8.7.1 Mempertimbangkan dan mengesahkan daftar induk istilah
kelompok khusus yang disusun menurut keputusan Majlis.
8.7.2 Majlis bersetuju supaya pihak urusetia negara
penyelenggara Sidang Pakar mengadakan majlis taklimat
berkenaan dengan pengurusan daftar dan kamus istilah.
11
8.7.3 Setiap negara hendaklah menyediakan kertas kerja/makalah
berhubung dengan keputusan ini untuk dibincangkan dalam
Sidang Ke-35 MABBIM.
8.8 Majlis menegaskan bahawa MABBIM terbuka kepada negara-
negara lain yang berhasrat untuk menganggotinya.
8.9 Majlis bersetuju supaya masing-masing negara mengusahakan
kamus tatanama peribumi yang sudah dimulakan perbincangannya
dalam Sidang Ke-31 MABBIM. Setakat ini rancangan penyusunan
kamus tatanama peribumi yang akan dijalankan seperti berikut:
Malaysia:
i. Keris
ii. Perkapalan
iii. Tenunan
Brunei Darussalam:
i. Keris
ii. Buah-buahan
iii. Tenunan
Indonesia:
i. Keris
ii. Pertanian
iii. Tenunan
iv. Perkapalan
8.10 Majlis bersetuju supaya masing - masing negara mengumpulkan
juga istilah umum untuk keperluan komunikasi di kalangan
masyarakat umum.
Sebagai contoh:
a. pediatrik - istilah ilmu
perubatan - istilah umum
kanak-kanak
(Malaysia/Brunei Darussalam)
kedokteran - istilah umum
anak
(Indonesia)
b. ginekologi - istilah ilmu
sakit puan - istilah umum
(Malaysia/Brunei Darussalam)
12
penyakit - istilah umum
kandungan
(Indonesia)
Ini dapat dilakukan dengan dua cara:
a. Anggota Kelompok Pakar memberi istilah
umum serentak dengan usaha menyelaraskan istilah
ilmu itu.
b. Istilah umum dimasukkan oleh pakar bidang
semasa menyusun kamus istilah ilmu.
8.11 Majlis mengambil perhatian bahawa dalam zaman elektronik, negara
anggota MABBIM hendaklah mengambil langkah-langkah yang
wajar untuk memperlengkap bahasa kebangsaan supaya dapat
berfungsi secara dinamik dalam teknologi maklumat yang
menggunakan multimedia. Majlis bersetuju supaya masing-masing
negara menyediakan kertas kerja asas untuk meningkatkan usaha
yang dapat diatur, dan kertas kerja ini akan dibincangkan dalam
Sidang Ke-35 MABBIM.
8.12. Majlis bersetuju supaya setiap negara anggota menyemak semula
tatakerja MABBIM seperti yang terkandung dalam perenggan 4.1
Tatakerja MABBIM.
8.13. Majlis bersetuju supaya Malaysia mengemaskinikan pengumpulan
keputusan Sidang Majlis hingga ke Sidang Ke-34 MABBIM.
8.14 Majlis bersetuju supaya masing-masing negara menyediakan kertas
kerja yang
menggarap:
a Tatakerja MABBIM.
b Peninjauan semula pelaksanaan keputusan MABBIM.
c Penggunaan alat elektronik multimedia bagi perkembangan
bahasa kebangsaan masa depan.
Ketiga-tiga kertas kerja ini akan dibincangkan dalam Sidang Ke-35
MABBIM.
8.15 Majlis bersetuju mengundang Singapura menghadiri Sidang Ke-35
MABBIM di Indonesia.
8.16. Majlis dimaklumkan bahawa ada minat dari pihak peminat
sastera untuk mengikutsertakan kegiatan sastera dalam rangka
13
kerjasama MABBIM. Majlis menegaskan bahawa pertimbangan
berhubung dengan hal ini sudah pun diambil kira dengan:
a Menyertakan bidang sastera dalam Sidang Pakar MABBIM.
b. Memberi ruang kepada sastera membahaskan hal-hal lain
sastera dalam seminar kebahasaan MABBIM.
9. Penghargaan
9.1 Majlis merakamkan penghargaan kepada penerima anugerah Mabbim
sempena Sidang Ke35 Mabbim.
Malaysia
1. Dato’ Haji Hassan Ahmad
2. Prof. Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar
3. Dato’ Dr. Ghazali Haji Abdul Rahman
4. Prof. Abdullah Hassan
5. Prof. Dr. Haji Farid M. Onn
6. Prof. Dr. Haji Amat Juhari Moain
Indonesia
1. Prof. Dr. Amran Halim
2. Prof. Dr. Anton M. Moeliono
3. Dr. Sri Sukesih Adiwimarta
9.2 Majlis merakamkan penghargaan kepada Kerajan Malaysia, Kerajaan
Negeri Perak Darul Ridzuan dan Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Ramli
Ngah Talib, Menteri Besar Perak atas sambutan dan Penyediaan
prasarana untuk Sidang Ke-34 Mabbim.
14
LAMPIRAN
ATUR CARA SEMINAR KEBAHASAAN
ISNIN 20 MAC 1995
0730 : Pendaftaran
0830 : Ketibaan Anggota Perwakilan dan Tetamu Undangan
0900 : Ketibaan Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Ramli Ngah Talib,
Menteri Besar Perak
Persembahan Koir
Sek. Men. Raja Perempuan, Ipoh
Ucapan Alu-Aluan
Yang Berbahagia Tuan Haji A. Aziz Deraman,
Ketua Perwakilan malaysia
Yang Terhormat Bapak Dr. hasan Alwi,
Ketua Perwakilan Indonesia
Yang Mulia Pengiran Badaruddin bin Pengiran Ghani,
Ketua Perwakilan Brunei Darussalam
Ucapan Perasmian
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Ramli Ngah Talib,
Menteri Besar Perak
Penyampaian Anugerah Mabbim
Bacaan Doa
Jamuan Ringan
Sesi Seminar
1100 : Sesi I
1. Fungsi Dinamik bahasa Melayu dalam Menyampaikan Teknologi
Prof. Abdullah Hassan (Malaysia)
2. Pakej maklumat Mardi: Kini dan Masa Depan Puan hajah Ailin Ton
bt. Dato’ Isahak dan Dr. C. Ahmad Ezanee Che Mansor (Malaysia)
15
Pengerusi: Dato’ Prof Dr. hajah Asmah Haji Omar
Pencatat: Puan Hasnah Mohamad
Puan Nawal Hanim Lope Zainal Abidin
1230 : Makan Tengah Hari/Solat/Rehat
1400 : Sesi II
3. Bahasa Melayu Penggerak Komuniti Eksklusif Desa
Awang Mataim bin Bakar (Brunei Darussalam)
4. Pengembangan Bahasa Indonesia di Daerah Perdesaan
Dr. Basuki Suhardi (Indonesia)
Pengerusi: Prof Dr. Hj. Farid M. Onn
Pencatat: Encik Abd. Halim Kamaruddin
Encik Abdul Hanim Musa
1530 : Sesi III
5. Penyebaran Teknologi Getah Kepada Pekebun Kecil: Peranan Institut
Latihan Risda
Haji Ramli bin Haji Adnan (Malaysia)
6. Pemasyarakatan Bahasa Indonesia dalam Pembangunan Pedesaan
Dr. A. Chaedar Alwasilah (Indonesia)
Pengerusi: Dr. Han Lapoliwa (Indonesia)
Pencatat: Puan Puteri Roslina Abdul Wahid
Puan Yulis Haji Alwi
1630 : Minum Petang
SELASA, 21 MAC 1995
O830 : Sesi IV
7. Penyampaian Maklumat dan Teknologi Melalui Bahasa Melayu
Puan Siti Fatimah Haji Hassan dan
Encik Jamaluddin Salim (Malaysia)
Pengerusi: Awang Haji Mohd. Zaini Haji Omar (Brunei)
Pencatat: Puan Hasnah Mohamad
Puan Zuraidah Mohd. Khalid
16
1000 : Minum Pagi
1100 : Sesi V
8. Peranan Bahasa Indonesia dalam Pembangunan Perdesaan
Dr. Yayah B. Lumintaintang (Indonesia)
9. Penyebarluasan Bahasa Melayu di Bandar dan Desa
Pengiran Julaihi bin Pengiran Dato Paduka Othman
(Brunei Darussalam)
Pengerusi: Prof. Dr. Nik Safiah Haji Ab. Karim
(Malaysia)
Pencatat: Encik Nasruddin Abdullah
Puan Nawal Hanim Lope Zainal Abidin
1230 : Makan Tengah Hari/Solat/Rehat
2000 : Panel Bahasa
Pengerusi:
Haji A. Aziz Deraman (Malaysia)
Anggota:
1. Prof. Dr. Haji Amat Juhari Moain (Malaysia)
2. Dr. S. Effendi (Indonesia)
3. Awang Haji Ahmad Kadi (Brunei Darussalam)
17
ACARA BIDANG KELOMPOK EKSEKUTIF
RABU, 22 MAC 1995
0900 : Bertolak dari Ipoh ke Lumut
1100 : Berlepas dari Lumut ke Pulau Pangkor
1230 : Makan Tengah Hari/Solat/Rehat
1500 – 2230 : Sidang I
1930 : Makan Malam
2030 – 2230 : Sidang II
KHAMIS, 23 MAC 1995
0700 : Sarapan
0800 : Sidang III
1000 : Minum Pagi
1030 : Sidang IV
1230 : Makan Tengah Hari/Solat/Rehat
1500 : Lawatan
2000 : Makan Malam
Menonton Persembahan Kesenian
JUMAAT, 24 MAC 1995
0700 : Sarapan
1030 : Acara Penutup
1230 : Makan Tengah Hari/Solat/Rehat
1430 : Daftar Keluar Hotel
1500 : Berlepas dari Pulau Pangkor ke Lumut ..... ke Kuala Lumpur
18
UCAPAN TETAMU KEHORMAT
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Ramli bin Ngah Talib
MENTERI BESAR PERAK
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Y. Bhg. Tuan Haji A. Aziz Deraman
Ketua Perwakilan Malaysia serta Anggota Perwakilan,
Y. Terhormat Bapak Dr. Hasan Alwi
Ketua Perwakilan Indonesia serta Anggota Perwakilan,
Y. Mulia Pengiran Haji Badaruddin bin Pengiran Haji Ghani
Ketua Perwakilan Brunei Darussalam serta Anggota Perwakilan,
Y. Bhg. Sdr. Ma’mun HMP Suheimi
Ketua Perwakilan Pemerhati serta Anggota Perwakilan dari Singapura.
Y. Bhg. Dato’-dato’, Dif-dif kehormat, Tuan-tuan, dan Puan-puan yang dihormati sekalian.
Syukur alhamdulillah diucapkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana hanya dengan izin dan limpah
kurnia-Nya jua dapat kita bertemu dan berhimpun dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Sempena bulan Syawal, dan senyampang kita masih berada dalam suasana Hari Raya, saya
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua anggota perwakilan, para peserta
seminae, dan hadirin sekalian. Mudah-mudahan tali silaturrahim yang telah terjalin selama
ini akan terus berpanjangan.
Sejak Mabbim (Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia) dan sebelum itu
MBIM (Majlis Bahasa Indonesia, Malaysia) ditubuhkan dalam tahun 1972 dahulu, inilah
pertama kali sidang majlis ini dilangsungkan di Negeri Perak Darul Ridzuan. Ini bermakna
hanya setelah Majlis ini berusia 23 tahun, barulah Negeri Perak dipilih untuk tempat Majlis
ini bersidang. Pemilihan ini mungkin merupakan suatu tanda baik bagi negeri Perak secara
umum, dan kepada diri saya sendiri secara khusus – terutama dalam suasana seperti
sekarang ini. Saya difahamkan Sidang Ke-34 Mabbim ini akan bermula dengan Seminar
Kebahasaan selama dua (2) hari di Bandaraya Ipoh, dan kemudian dikuti dengan Sidang
Eksekutif Mabbim pula pada 22 hingga 24 Mac di Pulau Pangkor.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Negeri Perak Darul
Ridzuan kepada semua anggota perwakilan dari Brunei Darrussalam, Indonesia, malah dari
Malaysia juga; dan begitu pula kepada semua peserta seminar. Selama berada di Ipoh dan
juga di Pulau Pangkor nanti, saya berharap tuan-tuan dan puan-puan sekalian akan berasa
selesa.
19
Hadirin yang dihormati sekalian,
Pada bahagian awal majlis ini tadi, dua (2) buah lagu telah diperdengarkan kepada kita oleh
pelajar dari Sekolah Raja Perempuan, Ipoh. Antara dua buah lagu itu, lagu “Bahasa Jiwa
Bangsa” mengembalikan kenangan saya ke waktu saya masih bersekolah dalam Tingkatan V
dalam tahun 1960, dan dalam Tingkatan VI, pada tahun 1961 dan 1962. Ketika itu usaha
pembinaan dan pengembangan bahasa di negara ini masih pada peringkat awal – masih
bertatih. Waktu itulah “Minggu Bahasa” dan kemudiannya “Bulan Bahasa” diadakan di
setiap tahun untuk menggalakkan rakyat negara ini menggunakan bahasa kebangsaan iaitu
bahasa Melayu, dalam setiap urusan mereka. Pada ketika itu, nama Dewan Bahasa dan
Pustaka cukup gah. Pengarahnya, Allahyarham Tan Sri Syed Nasir dianggap sebagai
Panglima Bahasa. Setiap kali ”Minggu Bahasa” atau “Bulan Bahasa” diadakan, sambutan
daripada masyarakat cukup hebat.
Allahamdulillah, usaha awal itu telah membuahkan hasil yang dapat dibanggakan. Universiti
tempatan telah menggunakan bahasa Melayu hampir dalam semua mata kuliah sejak tahun
1983; dan kemudian dalam tahun 1989, mahkamah pula telah mula menggunakan bahasa
Melayu dalam perbicaraan. Titik peristiwa itu memberikan keyakinan kepada kita bahawa
bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu, dan bahasa keadilan. Amt disayangkan jika
keyakinan yang telah mantap dan dimantapkan itu tiba-tiba menjadi goyah.
Sehubungan dengan itu, seminar yang bertemakan “Peranan Bahasa Kebangsaan dalam
Pembangunan Luar Bandar” yang akan diadakan selepas ini, serta majlis forum berikutnya,
amat relevan dengan suasana bahasa sekarang. Hasil daripada perbincangan itu nanti,
mungkin dapat membantu kita mengatur suatu strategi baru dalam usaha pembinaan dan
pengembangan bahasa.
Hadirin yang mulia,
Saya juga difahamkan bahawa sejak MBIM/Mabbim ditubuhkan, lebih kurang sebanyak
200,000 istilah dalam pelbagai bidang dan subbidang ilmu telah dibentuk. Jumlah sebanyak
itu tentunya telah memperkaya khazanah kosa kata (vocabulary) dalam bahasa kita. Akan
tetapi, jauh lebih penting daripada jumlah istilah yang dibentuk ialah penerimaan pengguna
terhadap istilah tersebut. Saya percaya kadang-kadang pandangan pengguna wam pun perlu
diambil kira apabila kita membentuk istilah. Walau bagaimanapun, hal ini terpulang kepada
kebijaksanaan anggota Mabbim dan jawatankuasa istilah yang lain untuk
mempertimbangkannya.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,
Kalau sebahagian besar daripada istilah yang 200.000 itu meliputi istilah untuk pengajian
tinggi, saya berasa sudah tiba waktunya kita memberikan tumpuan kepada lapangan swasta
dan industri juga. Lapangan inilah yang menjadi nadi penggerak ekonomi negara – baik di
Malaysia, Brunei Darussalam, atau di Indonesia. Dalam proses negara kita memasuki era
baru – era sains dan teknologi canggih, istilah dalam lapangan tersebut berkembang dengan
amat cepat dan pantas. Malah, jika kegiatan pengindustrian itu hendak diperluas ke kawasan
bandar, implikasinya amat besar, bukan sahaja dari segi penggunaan bahasa, tetapi dari segi
20
cara hidup juga. Jika proses pengindustrian itu berjaya, penduduk luar bandar akan dibanjiri
konsep-konsep baru yang dilambangi oleh istilah dan kata baru.
Hadirin yang mulia,
Senyampang bercakap tentang proses pengindustrian di kawasan luar bandar ini, saya ingin
melontarkan suatu persoalan yang mungkin dapat kita fikirkan dan kita renungi bersama.
Kalau dalam proses pengindustrian itu tadi kita hanya bercakap tentang hal dalam negara,
dari segi perdagangan dan teknologi maklumat pula, kita bercakap tentang hubungan kita
dengan negara rakan niaga. Dalam hal ini proses pengglobalan sedang berlaku, dan dengan
wujudnya lebuh raya maklumat, dunia seolah-olah mengecil menjadi sebuah desa global.
Dalam senario (scenario) seperti itu, di manakah letaknya bahasa kita? Adakah bahasa kita
masih releven apabila berhadapan dengan bahasa Inggeris, umpamanya? Dalam
menghadapi keadaan seperti itu, tidakkah kita perlu memikirkan suatu strategi baru?
Strategi baru itu mungkin tidak sama dengan strategi yang kita laksanakan selama ini. Akan
tetapi, demi kelanjutan penggunaan bahasa kita, kita perlu beralih landas jika landas lama
didapati tidak dapat memenuhi tuntutan cabaran dunia baru. Sehubungan dengan itu
kerjasama yang lebih erat antara anggota Mabbim amat dituntut agar lebih banyak
persamaan istilah dapat disepakati, dan perbezaan yang sedikit itu pun dapat dikurangi lagi.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Apabila bercakap tentang bahasa, terutama ketika proses pengglobalan sedang berlaku
seperti sekarang ini, mungkin kita perlu mencontohi Jose Rizal, seorang pejuang bangsa
Filipina pada abad yang lalu. Walaupun bahasa Sepanyol, Latin, Inggeris, Perancis, dan
bahasa Jerman dikuasanya dengan baik, namun rasa cintanya terhadap bahasa ibundanya,
iaitu bahasa Tagalog, amat mendalam. Beliau berusaha menulis buku tatabahasa Bahasa
Tagalog, tetapi terpaksa berhenti buat beberapa ketika kerana katanya, buku tatabahasa
Bahasa Tagalog tidak mungkin dapat disusun dengan baik tanpa pengetahuan yang
mendalam tentang bahasa Melayu. Dalam kesibukan beliau menjalankan kerjayanya sebagai
doktor, di samping aktif memperjuangkan kemerdekaan Filipina daripada penjajah
Sepanyol, beliau dapat meluangkan waktu menekuni bahasa Melayu. Tetapi sayang, ajal
beliau mendahului cita-citanya. Beliau dijatuhi hukum tembak kerana kegiatannya
menentang penjajah Sepanyol. Walau bagaimanapun, sebuah sajak beliau tentang bahasa,
mungkin dapat memperkukuh semangat kita tentang bahasa. Untuk itu, izinkan saya
membaca sajak tersebut yang telah pun diterjemah ke bahasa Melayu.
Bahasa Ibunda
Jika benar sesuatu bangsa
Mencintai bahasa yang diwarisinya;
Mereka tentu mendambakan kebebasan
Seperti unggas di angkasa berterbangan.
21
Daripada bahasa dapat diketahui
Sesebuah desa, kota, atau negeri;
Sama seperti makhluk lain ciptaan Tuhan
Setiap insan pasti merindui kebebasan.
Orang yang tidak mencitai bahasanya
Daripada bangkai binatang jauh lebih hina;
Sebagai harta yang amat berharga
Bahasa patut dipupuk dan dipermulia.
Seperti bahasa Latin, Inggeris atau Sepanyol
Bahasa Tagalog juga bahasa yang luhur;
Kerana maha arif mengawasi makhluk-Nya
Tuhan mengurniakan bahasa itu kepada kita.
Seperti bahasa lain, bahasa kita juga
Mempunyai aksara serta hurufnya;
Tetapi sayang, kerana digempur ombak gelombang
Telah hilang di laut, dari lancang nenek moyang.
Jose Rizal
Kalamba, 1869.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
Dengan semangat yang terkandung dalam sajak itu, saya mengucapkan “Selamat
Berseminar” kepada hadirin sekalian; dan kepada anggota perwakilan dari Brunei
Darussalam, Indonesia, dan malaysia, “Selamat Bersidang”.
Dan dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan
Sidang Ke-34 Mabbim.
Wabillahi taufik. Wassalamu’alaikum warahmatulla hi wabarakatuh.
22
UCAPAN KETUA PERWAKILAN MALAYSIA
Y. Bhg. Haji A. Aziz Deraman
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
(JKTBM)
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Ramli Bin Ngah Talib
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
Yang Terhormat Bapak Dr. Hasan Alwi
Ketua Perwakilan Indonesia serta Anggota Perwakilan,
Yang Mulia Pengiran Haji Badaruddin bin Pengiran Haji Ghani
Ketua Perwakilan Brunei Darussalam serta Anggota Perwakilan,
Yang Dihormati. Sdr. Ma’mun HMP Suheimi
Ketua Perwakilan Pemerhati serta Anggota Perwakilan dari Singapura.
Yang Berbahagia Dato’- dato’, Dif-dif kehormat, Tuan-tuan, dan Puan-puan yang dihormati
sekalian.
Pada saat yang berbahagia ini, saya berasa amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana
memperkenankan kita bertemu pada pagi ini. Selanjutnya, saya bagi pihak Jawaankuasa
Tetap Bahasa Melayu serta semua yang telah turun tangan mengatur majlis ini. Dengan rasa
rendah hati, sukacita merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian
Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Ramli Bin Ngah Talib, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, hadir
bersama dalam majlis ini, dan seterusnya merasmikan majlis kita.
Selaku tuan rumah bagi Sidang Ke-34 MABBIM ini, saya mengalu-alukan kedatangan
perwakilan dari Brunei Darussalam, yang diketuai oleh Yang Mulia Pengiran Haji
Badaruddin bin Pengiran Haji Ghani, perwakilan dari Indonesia yang diketuai oleh Yang
Terhormat Bapak Dr. Hasan Alwi, dan juga kepada Perwakilan Pemerhati dari Singapura
yang diketuai oleh Yang Dihormati. Sdr. Ma’mun HMP Suheimi.
Yang Amat Berhormat Tan Sri, Tuan-tuan, dan Puan-puan yang dimuliakan,
Sebenarnya inilah kali pertama saya ikut serta dalam Sidang MABBIM. Walau
bagaimanapun, berdasarkan berita yang saya dengar dari teman-teman, Sidang MABBIM
yang berlangsung selama ini, baik di Brunei Darussalam mahupun di Indonesia, sentiasa
berjalan dengan baik dan teratur; dan layanan yang diterima sentiasa ramah dan santun.
Pada giliran kami ini, kami akan berusaha sedaya upaya agar Sidang Ke-34 MABBIM dapat
23
berjalan lancar, dan tuan-tuan dan puan-puan diharap akan berasa selesa selama menjadi
tetamu kami. Mudah-mudahan, kami dapat menjadi tuan rumah yang baik.
Yang Amat Berbahagia Tan Sri, serta hadirin sekalian,
Pemilihan Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai tempat kita berseminar dan bersidang ini,
sengaja dibuat kerana selama ini Sidang MABBIM belum pernah diadakan di negeri ini.
Rasanya pilihan ini tidak silap, memandang negeri ini sedang pesat membangun, lebih-lebih
lagi sejak Yang Amat Berhormat Tan Sri menerajui tampok pemerintahan negeri ini. Di
samping itu, kita turut memberi peluang kepada tetamu kita dari negara tetangga untuk
melihat lebih banyak tempat di negara kita. Kita juga mengharapkan supaya selepas majlis
ini, lebih banyak seminar, atau simposium pada pelbagai peringkat, akan diadakan di negeri
ini. Dengan itu, tidaklah hanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, atau Pulau Langkawi yang
menjadi tumpuan medan seminar, simposium, atau sebarang pertemuan yang lain.
Yang Amat Berhormat Tan Sri, Tuan-tuan, dan Puan-puan,
Seminar yang akan berlangsung hari ini dan besok, merupakan seminar ke-3 dalam rangka
kerja MABBIM. Seminar pertama dengan tema “Perkembangan Bahasa dan Transformasi
Budaya”, telah diadakan di Indonesia; dan seminar ke-2 Yang bertemakan “Strategi
Pemasyarakatan Istilah Sains Asas Serantau”, telah berlangsung di Brunei Darussalam.
Tema untuk kali ini, iaitu “Peranan Bahasa Kebangsaan dalam Pembangunan Luar Bandar”,
telah ditetapkan dalam Sidang Ke-33 MABBIM, pada tahun lalu. Dalam seminar ini
sebanyak 10 kertas akan dibentangkan, dan selepas itu akan dikuti oleh suatu forum. Sama-
samalah kita ikuti dan bincangkan isu yang ditimbulkan nanti.
Berhubung dengan Sidang Ke-34 MABBIM ini, dan sidang-sidang berikutnya, saya yakin
akan mencapai kejayaan walaupun dari semasa ke semasa kita perlu mengubah suai langkah
dan strategi kita. Pengubahsuaian itu bukanlah dibuat sesuka hati, melainkan hanya apabila
ada sesuatu sebab yang penting demi kejayaan yang kita cita-citakan bersama dan demi
mempererat rasa “kekitaan”, dan bukan memperdalam semangat”kekamian”, di kalangan
negara anggota.
Wilayah kita sebagai sebahagian daripada Asia Pasifik sedang berubah. Cabarannya
meliputi pelbagai bidang. Kekayaan sumber dan kepesatan pertumbuhan ekonomi di
wilayah ini telah menunjukkan tanda-tanda bahawa orang-orang asing makin menaruh minat
mempelajari bahasa dan kebudayaan kita. Maka bahasa kita itu harus didorongkan menjadi
bahasa pengucapan kebudayaan, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi Kita memerlukan
kebijaksanaan cara. Penyatuan dan penyelarasan bahasa oleh tiga negara, melalui MABBIM
ini, akan mempercepatkan lagi usaha sekiranya gerakan dibuat secara sedar ke arah
meletakkan bahasa dan persuratan kita itu lebih agung dan mampu bersaing dengan tamadun
lain. Kedudukan MABBIM sebagai wahana kebahasaan serantau yang akrab, mantap dan
berwibawa perlu diperkukuhkan citra serta cara baru melihat ke depan. Kesepakatan
serantau melalui MABBIM ini akan menjadi lebih kukuh dan akan mendorongkan langkah
baru untuk kita mengarah pandangan keluar bertunjangkan keutamaan kebudayaan dan
penyatuan sosial kita.
24
Dalam hal ini kita amat bergantung pada keprihatinan para pakar MABBIM yang bertemu
setiap tahun sebelum Sidang MABBIM diadakan. Mereka inilah yang akan menentukan
jaya tidaknya kerjasama ini; dan saya yakin mereka sentiasa peka terhadap masyarakat
pengguna yang tidak selalu terdiri daripada golongan akademik atau ilmuan sahaja.
Kadang-kadang mungkin juruteknik, penyiasat luar, pekerja di bengkel, atau pelukis pelan,
lebih banyak menggunakan istilah berbanding dengan golongan lain. Oleh sebab itu kita
dapati orang yang kurang menggunakan istilah kerana bidang yang ditekuninya tidak
memerlukan banyak istilah, sering menyarankan agar kegiatan pembentukan istilah ini
dihentikan segera. Akan tetapi, bagi kita yang mengikut dan menyaksikan perkembangan
ilmu serta ledakan maklumat, kegiatan pembentukan istilah ini tidak ada hujungnya.
Sehubungan dengan itu, saya ingin memetik serangkap syair yang ditulis oleh seorang ulama
pada awal abad ke-19 dahulu yang berbunyi:
Kuat guru kitabnya asah
Kuat kitab qaul yang sah
Kuat kata kerana istilah
Segalanya itu jangan tersalah.
Yang Amat Berhormat Tan Sri, serta hadirin yang dimuliakan,
Pada kesempatan ini izinkan saya memperkenalkan anggota perwakilan Malaysia dalam
pertemuan pagi ini., Mereka terdiri daripada:
Prof. Dato’ Dr. Asmah Hj. Omar
Prof. Abdullah Hassan
Prof. Dr. Farid M.Onn
Encik Amdun Husain
Dr. C. Ahmad Eznee Che Mansor
Puan Siti Petimah Hj. Hassan
Puan Hajah Ailin Ton bt. Dato’ Isahak
Encik Jamaluddin Salim
dan Tuan Haji Ramli Haji Adnan
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat
Berhormat Tan Sri yang turut menyerikan majlis kita ini; dan kepada peserta seminar yang
datang dari jauh dan dekat, saya ucapkan Selamat Berseminar. Mudah-mudahan tujuan
seminar ini diadakan akan tercapai. Insya-Allah.
Sekian. Wassalamu’alaikum warahmatulla hi wabarakatuh.
25
UCAPAN KETUA PERWAKILAN INDONESIA
Yth. Dr. Hasan Alwi
Ketua Panitia Kerja Sama Kebahasaan
(Pakersa)
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Seri Ramli Bin Ngah Talib, Menteri Besar Perak,
Ketua Pengarah DBP Malaysia/Pengerusi JKTBM Tuan Haji A. Aziz Deraman
Ketua Pengarah Brunei Darussalam/Pengerusi JKTBM Pengiran Haji Badaruddin bin
Pengiran Haji Ghani
Ketua Perutusan Pemerhati dari Singapura Sdr. Ma’mun HMP Suheimi,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dengan hati yang bersih dan niat yang suci serta mantap pagi ini secara resmi kita akan
mengawali dua kegiatan, yaitu Seminar Kebahasaan ke-3 Mabbim dan Sidang ke-34
Mabbim. Seminar Kebahasaan diadakan di sini selama dua hari, sedangkan Sidang Majlis
akan diselenggarakan seusai seminar di Pulau Pangkor selama tiga hari.
Apa pun yang dilakukan melalui kedua jenis kegiatan itu harus tetap berada dalam jalur
pencapaian tujuan yang telah mendasari dan mendorong dilahirkannya wadah kerja sama
kebahasaan yang bernama Mabbim ini. Pada kesempatan ini saya ingin mengingatkan kita
semua bahwa pada dasarnya tujuan Mabbim yang telah kita sepakati itu berkenaan dengan
tiga upaya kegiatan, yaitu: (1) meningkatkan semangat kebersamaan dan persaudaraan di
antara negara anggota; (2) mengadakan kerjasama kebahasaan dalam rangka
mengembangkan bahasa kebangsaan resmi negara anggota menjadi bahasa yang setaraf
dengan bahasa moden yang lain; dan (3) meningkatkan peran bahasa kebangsaan/resmi
negara anggota sebagai alat perhubungan yang lebih luas.
Semangat kebersamaan dan persaudaraan untuk memodernkan bahasa kebangsaan resmi kita
masing-masing agar benar-benar berfungsi sebagai alat perhubungan yang lebih luas itu akan
kita kaji dalam seminar selama dua hari melalui penyajian sembilan makalah dan satu
diskusi panel. Dari pembahasaan yang menyertai setiap penyajian itu diharapkan kita akan
memperoleh informasi yang aktual atau mutakhir tentang seberapa jauh bahasa kebangsaan
resmi kita masing-masing telah berperan dalam pembangunan “luar bandar”.
“Peranan Bahasa Kebangsaan dalam Pembangunan Luar Bandar”, yang diangkat sebagai
tema seminar kebahasaan ke-3 ini memperlihatkan jalinan mata rantai yang sangat erat
kaitanya dengan tema dua seminar serupa sebelumnya. Seminar Kebahasaan ke-1 di
Indonesia tahun1993 bertema “Perkembangan Bahasa dan Transformasi Budaya”, telah
diadakan di Indonesia; dan dan tema yang dipilih untuk Seminar Kebahasaan ke-2 tahun
1994 di Brunei Darussalam ialah “Strategi Pemasyarakatan Istilah Sains Asas Serantau”.
Meskipun tema untuk Seminar Kebahasaan ke-4 tahun 1996 di Indonesia baru akan
26
dibicarakan dan ditentukan pada Sidang Majlis tanggal 22 – 24 Maret 1995 di Pulau
Pangkor, saya kira akan sangat besar ertinya apabila para peserta seminar ini pun
menyampaikan usul atau rekomendasi berkenaan dengan tema seminar kebahasaan yang
akan datang itu.
Hadirin sekalian,
Sidang Majlis di Pulau Pangkor juga akan meneliti dan menerima laporan Sidang Ke-8
Pakar Mabbim yang telah diselenggarakan pada tanggal 26 – 30 September 1994 di Negeri
Sembilan, Malaysia. Sidang Pakar yang menghasilkan daftar padanan istilah berbagai
bidang ilmu merupakan perwujudan nyata dari upaya pencapaian tujuan Mabbim yang telah
disebutkan tadi, yaitu memodenkan bahasa kebangsaan resmi kita masing-masing sebagai
alat perhubungan yang lebih luas.
Upaya pemodernan bahasa itu haruslah dilaksanakan sedemikian rupa sehingga citra bahasa
sebagai lambang identiti bangsa yang paling dominan tetap dapat kita jaga dan kita pelihara.
Dalam hal ini, tampaknya kendala dan tantangan yang kita hadapi di negara masing-masing
tidaklah sama. Pengaruh bahasa asing, terutama bahasa Inggeris, dalam bidang-bidang
kehidupan tertentu di Indonesia sudah sampai pada taraf yang boleh dikatakan merisaukan.
Pengaruh bahasa asing yang merisaukan itu dikhuatirkan akan memberikan dampak yang
kurang menguntungkan bagi citra bahasa Indonesia sebagai jati diri bangsa. Syukur
Alhamdulillah sekarang ini sudah asa keinginan politik yang kuat dan mantap di antara para
pengambil keputusan tingkat tertinggi di Indonesia. Selain itu dukungan positif yang sangat
menggembirakan juga datang dari berbagai kelompok atau organisasi profesi yang di dalam
melaksanakan kegiatannya secara langsung terlibat dalam kebiasaan menggunakan bahasa
asing yang tidak pada tempatnya itu. Oleh kerana itu, pada kesempatan yang berbahagia ini
saya ingin menyampaikan bahwa sebagai akibat dari sudah adanya tekad yang mantap dari
sejumlah menteri dan dukungan dari berbagai organisasi profesi itu, kami di Indonesia,
khususnya di Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, harus bekerja secara lebih giat
dan lebih berghairah lagi dalam bidang itu. Mudah-mudahan apa yang kami lakukan dalam
rangka melaksanakan amanat butir ketiga Sumpah Pemuda tahun 1928 itu, yakni
menjunjung bahasa persatuan bahasa Indonesia, dapat berjalan dengan sebaik-baiknya.
Hadirin sekalian,
Rasanya belumlah lengkap kalau pada kesempatan yaang amat berharga ini saya belum
menyinggung satu hal lagi, yaitu jurnal Rampak Serantau. Jurnal ini merupakan sarana
komunikasi di antara para pakar Mabbim yang selama ini telah menjalin tali muhibah dan
bekerja sama saling bahu-membahu dalam upaya memodenkan bahasa kebangsaan/resmi di
negara masing-masing. Jurnal ini sangat diperlukan agar meskipun para pakar itu tidak lagi
dapat saling bertemu dalam kegiatan Sidang Pakar Mabbim, mereka masih tetap dapat
berhubungan untuk saling bertukar informasi, pengalaman, dan pengetahuan lewat jurnal
tersebut. Putusan Sidang ke-33 Mabbim tahun 1994 di Brunei Darussalam yang
menyebutkan bahwa cakupan jurnal Rampak Serantau tidak hanya mencakupi bidang sains
asas, tetapi juga diluaskan ke bidang sains sosial, sungguh-sungguh merupakan peluang
yang amat bermakna sehingga saya merasa sangat optimistis bahwa jurnal itu akan menjadi
27
sarana komunikasi yang benar-benar dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh para
pakar Mabbim.
Sebelum mengakhiri ini, izinkanlah saya memperkenalkan perutusan Indonesia sebagai
berikut. Yang secara khusus datang untuk mengikuti Seminar Kebahasaan ialah: Dr. Basuki
Suhardi, M.A., Ph.D.; Dr. S. Effendi; Dr. Yayah b. Lumintaintang; dan A. Chaedar
Alwasilah, M.A., Ph.D. Adapun yang akan mengikuti Sidang Ke-34 adalah: Dr. Hans
Lapoliwa (anggota), Dr. Dendy Sugono (anggota) Hasjmi Dini(Sekretaris), dan saya sendiri
selaku Ketua Perutusan.
Akhirnya, atas nama seluruh perutusan Indonesia, saya ingin menyampaikan ucapan terima
kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya atas kehangatan dan keramahtamahan
penerimaan teman-teman di JKTBM Malaysia selaku penyelenggara dan tuan rumah kedua
jenis kegiatan ini. Mudah-mudahan apa yang kita lakukan melalui seminar selama dua hari
ini dan yang nanti akan dilanjutkan dengan Sidang Majlis selama tiga hari itu akan makin
memperkukuh keyakinan kita bahwa bahasa kebangsaan resmi di negara kita masing-
masing, termasuk mudah-mudahan bahasa Melayu di Singapura, menjadi satu-satunya
pilihan sarana komunikasi utama dalam mengembangkan bahasa dan kebudayaan kita ke
arah peradaban yang moden sehingga akhirnya nanti, pada suatu saat di kelak kemudian hari,
kita bisa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain yang
sekarang sudah disebut sebagai bangsa yang maju dan modern.
Terima kasih.
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
28
UCAPAN KETUA PERWAKILAN BRUNEI DARUSSALAM
Yang Mulia Pengiran Haji Badaruddin bin Pengiran Haji Ghani
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Brunei Darussalam (JKTBMBD)
Bismillahir Rahmanir Rahim
Yang Amat Berhormat
Tan Sri Dato’ Seri Ramli Bin Ngah Talib
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
Yang Berbahagia
Tuan Haji Abdul Aziz Deraman
Ketua Perwakilan Malaysia dan Anggota-anggota
Perwakilan Malaysia
Yang Terhormat
Bapak Dr. Hasan Alwi
Ketua Perwakilan Indonesia dan ahli-ahli Perwakilan Indonesia
Yang Mulia
Rakan-rakan dari Singapura
yang turut sebagai pemerhati dalam Majlis ini
Peserta-peserta Seminar
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana hanya dengan limpah
kurnia dan rahmat-Nya jua, kita dari negara dan rumpun yang sama dapat berkumpul dalam
majlis yang berkebajikan ini.
Bagi pihak Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam, dan rakan-rakan yang
menyertai seminar bahasa dan Sidang Ke-34 Mabbim, dengan hati yang hening lagi jernih,
saya sukacita mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia selaku tuan rumah Sidang Ke-34
Mabbim yang telah bersungguh-sungguh mengatur acara dari hari ini sehinggalah Sidang
Ke-34 Mabbim selesai nanti, Insya-Allah.
Yang Amat Berhormat serta hadirin sekalian,
Sebagaimana yang telah dirancangkan, pada Sidang Ke-34 Mabbim ini, seperti lazimnya
Seminar Kebahasaan ke-3 dengan tema “Peranan Bahasa Kebangsaan dalam Pembangunan
Luar Bandar”, turut juga diadakan dengan matlamat asal iaitu untuk memasyarakatkan
29
istilah-istilah yang telah dicipta oleh Mabbim sejak ianya ditubuhkan dalam tahun 1972.
Peranan Mabbim dalam soal-soal kebahasaan di rantau ini sudah dikenal pasti dan
alhamdulillah, setelah 23 tahun bersidang, banyak kejayaan telah dicapai uang antara lainnya
termasuklah penerbitan buku-buku istilah pelbagai bidang, penyelarasan sistem ejaan dan
lain-lain yang berhubung rapat dengan soal-soal bahasa dapat kita ungkayahkan bersama.
Semua kejayaan ini adalah hasil penat lelah pakar-pakar bahasa dari ketiga-tiga negara
anggota Mabbim dalam menangani semua permasalahan menerusi meja perundingan sama
ada dalam Sidang Pakar Mabbim mahupun Sidang Eksekutif Mabbim.
Selaras dengan harapan dan cita-cita kita bersama, khususnya dalam mendukung kejayaan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa yang akan memainkan peranan
penting dalam segala bidang kehidupan di rantau ini. Brunei Darussalam pada waktu ini
sedang menyiapkan projek kerjasama tiga negara iaitu Kamus Besar Bahasa Melayu. Projek
ini merupakan projek di luar Mabbim. Kamus ini disusun dengan cara ‘mengahwinkan’
ketiga-tiga bahasa serumpun iaitu bahasa melayu, bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia
dalam sebuah penerbitan. Kita berharap, dengan penerbitan Kamus tiga negara ini nanti
akan dapat mengangkat darjat dan martabat bahasa Melayu di samping sebagai khazanah
budaya yang amat tinggi nilainya dan seterusnya menjadi lambang kemegahan bangsa
rumpun Melayu menjelang abad ke-21. Dalam kesempatan ini, saya dengan segala
kerendahan hati sukacita merakamkan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya
di atas kekikhlasan pihak Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Indonesia dan
Dewan Bahasa dan Pustaka, malaysia yang telah bersetuju memperbantukan dua orang pakar
penyusunan kamus dari setiap negara untuk menangani tugas yang amat mencabar ini.
Yang Amat Berhormat dan para hadirin sekalian,
Dalam majlis ini izinkanlah saya mengambil kesempatan untuk mengenalkan anggota
perwakilan Negara brunei Darussalam dalam Sidang Ke-34ini, mereka ialah:
1. Awang haji Ahmad bin Kadi
2. Awang Haji Mohd. Zaini bin Haji Omar
3. Pengiran Julaihi bin Pengiran Dato’ Paduka Othman
4. Awang mataim bin bakar
5. Awang Haji Jaludin bin Haji Chuchu
6. Awang Hanafiah bin Haji Awang Zaini
7. Awang Mohd. Azurin bin Othman
Sekian, Wabillah Hittaufiq Wal Hidayah
Wassalamu’alaikum warahmatulla hi wabarakatuh.