2
Simposium penyelidikan 2015: ekspedisi saintifik Pulau Langgun & gunung raya langkawi 11 NOVEMBER 2015 Hotel Puri Pujangga, UKM Bangi Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) (u.p: En. Nazren Leman) Tuan, SIMPOSIUM PENYELIDIKAN 2015 – EKSPEDISI SAINTIFIK PULAU LANGGUN & GUNUNG RAYA 2015 Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas. Sehubungan dengan itu, saya Akan menghadiri simposium ini dan membentangkan kertas/dapatan bertajuk: _________________________________________________________________________________________ Akan menghadiri simposium ini sebagai peserta Akan menghantar wakil seperti yang berikut: 1. _____________________________________________________________________________ 2. _____________________________________________________________________________ Tidak dapat menghadiri simposium ini Sekian. Terima kasih. Tanda tangan : Nama : Jabatan : No. Tel. : E-mel : * Sila kembalikan borang ini ke Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) atau faks ke 03-89255104 selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2015 Borang Pengesahan Kehadiran

Simposium penyelidikan 2015: ekspedisi saintifik Pulau Langgun … · Mini-Ekspedisi Saintifik Langkawi 2012 – Pulau Langgun telah dijalankan pada 26 – 30 November 2012 dan merupakan

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Simposium penyelidikan 2015:ekspedisi saintifik

Pulau Langgun & gunung rayalangkawi

11 NOVEMBER 2015Hotel Puri Pujangga,UKM Bangi

Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Kamal Roslan MohamedPusat Penyelidikan Langkawi (PPL)Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)(u.p: En. Nazren Leman)

Tuan,

SIMPOSIUM PENYELIDIKAN 2015 – EKSPEDISI SAINTIFIK PULAU LANGGUN & GUNUNG RAYA 2015

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas. Sehubungan dengan itu, saya

Akan menghadiri simposium ini dan membentangkan kertas/dapatan bertajuk: _________________________________________________________________________________________

Akan menghadiri simposium ini sebagai peserta

Akan menghantar wakil seperti yang berikut:

1. _____________________________________________________________________________2. _____________________________________________________________________________

Tidak dapat menghadiri simposium ini

Sekian. Terima kasih.

Tanda tangan :Nama :Jabatan :No. Tel. :E-mel :

* Sila kembalikan borang ini ke Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) atau faks ke 03-89255104 selewat-lewatnya pada 30 Oktober 2015

Borang Pengesahan Kehadiran

Tentatif Program8.30 – 9.00 pagi Pendaftaran

9.00 – 9.15 pagi Ucapan aluan oleh Pengerusi, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed

9.15 – 9.30 pagi Taklimat ringkas oleh Ketua Mini-Ekspedisi Saintifik Pulau Langgun 2012 Dr. Ahmad Aldrie Amir

9.30 – 10.30 pagi Sesi Teknikal 1: Mini-Ekspedisi Saintifik Pulau Langgun 2012

10.30 – 10.50 pagi Minum pagi

10.50 – 1.00 tghari Sambungan Sesi Teknikal 1: Mini-Ekspedisi Saintifik Pulau Langgun 2012

1.00 – 2.30 petang Makan Tengahari

2.30 – 2.45 petang Taklimat ringkas oleh Ketua Ekspedisi Saintifik Gunung Raya 2014 Dr. Tanot Unjah

2.45 – 4.45 petang Sesi Teknikal 2: Ekspedisi Saintifik Gunung Raya 2014

4.45 – 5.00 petang Rumusan

5.00 petang Minum petang

Siri ekspedisi saintifik yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) merupakan aktiviti dwi tahunan yang bertujuan bagi mengumpul maklumat berkenaan sumber semulajadi, warisan dan budaya di Langkawi yang mempunyai kepentingan saintifik untuk pembangunan ilmu secara berterusan. Ia dilaksanakan dengan kolaborasi erat bersama pelbagai pihak berkepentingan di Langkawi khususnya agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta serta turut melibatkan kerjasama komuniti tempatan. Pembangunan ilmu yang lestari mengenai sumber-sumber tabii, hubungkait dengan budaya setempat, keupayaannya dalam mengimbangi sekitaran, pengukuhan ekonomi penduduk setempat melalui pelancongan dan penerokaan pendekatan yang sesuai bagi tujuan pembangunan adalah di antara objektif utama penganjuran siri ekspedisi ini. Kepelbagaian aspek yang dicerap serta dapatan penyelidikan seterusnya dikongsi bersama melalui simposium penyelidikan yang dianjurkan dan turut diterbitkan dalam siri buku sumber warisan budaya dan tabii.

Pengenalan

Mini-Ekspedisi Saintifik Langkawi 2012 - Pulau Langgun

Mini-Ekspedisi Saintifik Langkawi 2012 – Pulau Langgun telah dijalankan pada 26 – 30 November 2012 dan merupakan ekspedisi ke-4 yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) dengan kerjasama erat bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA). Seramai lebih daripada 30 peserta telah menyertai mini-ekspedisi ini yang terdiri daripada kumpulan penyelidikan dari Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM; Jabatan Biologi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT); PPL, LESTARI dan Taman Herba Langkawi.

Ekspedisi Saintifik Langkawi 2014 - Gunung Raya

Ekspedisi Saintifik Langkawi 2014 – Gunung Raya telah dijalankan pada 23 – 25 Oktober 2014 dan merupakan ekspedisi ke-5 yang dianjurkan oleh PPL bersama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan Malaysia (JPM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Jumlah peserta yang menyertai ekspedisi ini adalah seramai 62 peserta yang terdiri daripada kumpulan penyelidikan dari Pusat Analisis Air (ALIR); Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK); Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi (FST); PPL, LESTARI dan Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA).