Upload
nantha-sivaperumal
View
7.616
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Tugasan
Citation preview
TUGASAN INDIVIDU 2Berikut adalah beberapa senario yang terdapat di sekolah:
Sambutan Hari Guru Sambutan Hari Kemerdekaan Majlis Perasmian yang dihadiri oleh orang kenamaan Hari Penyampaian Hadiah
Berdasarkan mana-mana satu senario di atas, sebagai guru yang bertanggungjawab menguruskan persembahan atau pameran, rancang DUA (2) aktiviti kreatif untuk sambutan/majlis tersebut. Perancangan anda perlu mengandungi perkara-perkara berikut;
Tema Tajuk aktiviti Rasional aktiviti Bilangan murid/pelajar yang terlibat Durasi aktiviti Peralatan/bahan-bahan/skrip/kostum/set-props/muzik/lirik dan
lain-lain yang perlu disediakan Langkah-langkah perlaksanaan Bincangkan unsur-unsur kreativiti dan nilai-nilai murni yang dapat
dikembangkan dalam aktiviti tersebut.
1
KANDUNGAN
Tajuk Halaman
1.0 PENGENALAN 22
2.0 SAMBUTAN HARI GURU 22
3.0 AKTIVITI KREATIF UNTUK SAMBUTAN HARI GURU 233.1 TARIAN 23
3.1.1 Tema 3.1.2 Tajuk Aktiviti 3.1.3 Rasional Aktiviti: 3.1.4 Objektif3.1.5 Bilangan pelajar 3.1.6 Durasi 3.1.7 Peralatan3.1.8 Kostum 3.1.9 Langkah-langkah Perlaksanaan Tarian3.1.10 kepentingan tarian dan pergerakan kreatif untuk mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak-
kanak
3.2 DRAMA 303.2.1 Tema
3.2.2 Tajuk Aktiviti 3.2.3 Rasional Aktiviti: 3.2.4 Objektif3.2.5 Bilangan pelajar 3.2.6 Durasi 3.2.7 Peralatan3.2.8 Kostum3.2.9 Langkah-langkah Perlaksanaan:3.2.10 Kepentingan pengajaran drama kanak-kanak untuk mempertingkatkan kreativiti kanak-kanak
4.0 UNSUR-UNSUR KREATIVITI DAN NILAI-NILAI MURNI 34 DALAM AKTIVITI TARIAN DAN DRAMA 4.1 UNSUR-UNSUR PERGERAKAN KREATIF
4.1.1 Elemen ruang4.1.2 Bentuk Badan4.1.3 Elemen Masa4.1.4 Elemen Beban4.1.5 Elemen Aliran4.1.6 Elemen Irama
5.0 NILAI YANG BOLEH DITANAMKAN DALAM PERGERAKAN KREATIF 38
6.0 RUMUSAN 39
7.0 RUJUKAN 40
2
1.0 PENGENALAN
pergerakan kreatif adalah untuk meningkatkan potensi sedia ada pada pelajar
berkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Pergerakan kreatif memberi
fokus kepada penggunaan pancaindera. untuk mencipta sesuatu pergerakan secara
berterusan. Melalui pergerakan kreatif pelajar akan berasa seronok dan riang ketika
belajar. Dengan kata lain tujuan utama pergerakan kreatif adalah untuk
berkomunikasi melalui pergerakan. Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri
yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.
Senario Sambutan Hari Guru dipilih untuk menjawab soalan kerja kursus ini.
Antara dua aktiviti kreatif yang dibincangkan adalah
i) Tarian
ii) Drama
2.0 SAMBUTAN HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama
dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal
Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa
Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara
3
kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah
menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Berikut adalah objektif hari guru:
i) "Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk
perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada
masyarakat.
ii) "Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting
kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
iii) "Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
iv) "Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
v) "Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-
seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari
Guru.
vi) "Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia
dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
3.0 AKTIVITI KREATIF UNTUK SAMBUTAN HARI GURU
3.1 TARIAN
Persembahan Tarian Tradisional adalah satu aktiviti persembahan pelajar-
pelajar merupakan salah satu aktiviti yang mesti dilaksanakan pada setiap Hari
Guru. Persembahan tarian melayu, cina dan india merupakan acara kemuncak
dalam Sambutan Hari Guru. Persembahan tarian ini adalah untuk menghiburkan
guru-guru pada masa yang sama memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar
mengenai jenis-jenis tarian tradisional Malaysia agar ianya tidak pupus ditelan aman.
3.1.1 Tema : Guru Pembina Negara Budaya
3.1.2 Tajuk Aktiviti : Tarian
3.1.3 Rasional Aktiviti:
4
i. Menghargai budaya warisan bangsa di Malaysia.
ii. Meningkatkan pengetahuan tentang tarian di Malaysia.
iii. Menghidupkan nilai-nilai budaya dalam diri murid-murd.
iv. Memanfaatkan ilmu yang diperolehi sebagai bekalan untuk dijalankan
di sekolah.
3.1.4 Objektif
Mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran kepada kanak-kanak tentang
tanggung jawab untuk memelihara dan memperkembangkan warisan budaya.
Selain dari itu ia juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan
bakat dan kreativiti masing-masing.
3.1.5 Bilangan pelajar
Tarian melayu (Joget) melibatkan sepuluh orang pelajar.
Tarian Cina (Tarian Kipas) melibatkan sepuluh orang pelajar.
Tarian India (Tarian Klasik India) melibat 4 orang pelajar.
3.1.6 Durasi
Tarian Melayu (Joget) 15 minit
Tarian Cina (Tarian Kipas) 10 minit.
5
Tarian India (Tarian Klasik India) 10 minit
Jumlah masa yang diperuntukan bagi aktiviti tarian adalah sebanayak 35
minit. Aktiviti tarian diselitkan pada permulaan program, pertengahan dan sebagai
majlis penutup sambutan hari guru.
6
3.1.7 Peralatan
Muzik atau lagu Muzik atau lagu bagi setiap tarian disediakan oleh guru
yang dipertanggungjawabkan untuk mengadakan persembahan pelajar. Lagu
berbahasa melayu, cina dan tamil dimainkan dalam tarian ini.
Peralatan Tarian Joget
Peralatan Tarian Cina
3.1.8 Kostum
Kostum yang disediakan juga adalah unik mengikut budaya masing-masing.
Pelajar melayu yang menyertai joget memekai baju kebaya, pelajar cina yang
memempersembahkan tarian kipas mengenakan pakaian cheongsam manakala
pelajar india pula mengenakan pakaian klasik india.
7
Kostum Tarian Joget
Kostum Tarian Cina
Kostum tarian India
8
3.1.10 Langkah-langkah Perlaksanaan Tarian
Segala bentuk persembahan adalah untuk Tarian Tradisional Joget, Tarian
Kipas dan tarian cina adalah dibawah seliaan ahli jawatan kuasa yang ditetapkan
dalam Jawatan Kuasa Kerja Sambutan Hari Guru. Guru menetapkan jumlah pelajar
seramai 10 orang untuk setiap tarian. Guru-guru perlu mengenalpsti pelajar yang
berminat untuk menyertai persembahan tarian tersebut.
Guru-guru dibahagikan kepada guru yang memberikan persembahan tarian
joget, guru untuk persembahan tarian kipas dan guru yang memberikan latihan
kepada pelajar india. Setiap guru perlu memberikan latihan tarian kepada kumpulan
pelajarnya.Guru boleh meminta bantuan pelajar untuk melatih latihan kepada pelajar
tersebut. Peserta terdiri Joget terdiri daripada pelajar lelaki atau perempuan
manakala tarian kipas dan klasik india hanya melibatkan pelajar perempuan sahaja.
Masa persembahan kanak-kanak yang dibenarkan adalah tidak melebihi 15
minit. Guru bertanggungjawab memastikan lagu, kostum dan persembahan pelajar
tidak mempunyai unsur lucah.Guru boleh membuat latihan tarian untuk kumpulan
masing-masing selepas wakti persekolahan.
Langkah yang boleh diikuti adalah:
i) Memilih jenis tarian atau pergerakan.
ii) Menyatakan tujuan tayangan video.
iii) Menanyangkan tarian daripada pelbagai budaya di Malaysia dan
pergerakan kreatif mengikut tema pengajaran
iv) Menanyangkan tarian daripada pelbagai budaya di Malaysia dan
pergerakan kreatif mengikut tema pengajaran
v) Minta kanak-kanak meniru pergerakan
vi) Memberi pujian kepada kanak-kanak.
vii) Kanak-kanak menyatakan perasaan
viii) Guru membuat rumusan
9
3.10 Kepentingan tarian dan pergerakan kreatif untuk mempertingkatkan
kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak-kanak
i. Perkembangan kinestetik kanak-kanak
Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif melibatkan pemikiran dan gerak geri kreatif.
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan aktiviti fizikal untuk perkembangan
motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Gerakan kreatif dalam tarian dan
pergerakan melibatkan koordinasi dan kepantasan fizikal kanak-kanak. Ia melatih
kanak-kanak menginterpretasikan pergerakan anggota atau tubuh dengan pantas
dan cekap.
Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif yang dilaksanakan oleh guru dapat
menggalakkan kanak-kanak menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota
tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Hasilnya, kanak-
kanak dapat bergerak mengiringi muzik, sensitif dengan rentak muzik serta
mempertingkatkan kecerdasan kinestetik kanak-kanak.
ii. Kreativiti
Tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
berkreatif. Aktiviti tarian memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil
bahagian dalam tarian yang terdiri daripada pelbagai budaya Malaysia. Aktiviti
pergerakan kreatif pula memberi peluang kepada kanak-kanak bergerak secara
kreatif untuk menunjukkan tubuh badan, ruang, masa dan tenaga dalam
persembahan. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak memerlukan
kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam pergerakan dan mencari
kepuasan dalam persembahan.
10
3.2 DRAMA
Drama merupakan salah satu teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh
guru untuk merangsang kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.
Terdapat beberapa jenis drama yang boleh digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran seperti drama kreatif dan drama dalam pendidikan. rama
menceritakan kehidupan yang dilakonkan dengan berdasarkan pengalaman kanak-
kanak. Aktiviti drama yang melibatkan gerakan, dialog dan pemikiran yang
menyeluruh penting untuk perkembangan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.
Kanak-kanak dapat menunjukkan ekspresi mereka menerusi aktiviti-aktiviti drama
yang dilaksanakan oleh guru
3.2.1 Tema : Kesedaran Tubuh Badan
3.2.2 Tajuk Aktiviti : Drama
3.2.3 Rasional Aktiviti:
i. Menghargai budaya warisan bangsa di Malaysia.
ii. Meningkatkan pengetahuan tentang jenis-jenis drama di Malaysia.
iii. Menghidupkan nilai-nilai budaya dalam diri murid-murid.
11
iv. Memanfaatkan ilmu yang diperolehi sebagai bekalan untuk dijalankan
di sekolah.
3.2.4 Objektif
Mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran kepada kanak-kanak tentang
tanggung jawab untuk memelihara dan memperkembangkan warisan budaya.
Selain dari itu ia juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan
bakat dan kreativiti masing-masing.
3.2.5 Bilangan pelajar
Seramai 6 orang mengambil bahagian dalam drama yang disediakan oleh
guru. Drama ini mempunyai watak seperti guru, ibu bapa, anak dan rakan sekelas.
Kesemua watak ini dilakonkan oleh pelajar dengan bimbingan guru.
3.2.6 Durasi
Masa selama 30 minit diperuntukkan untuk melakonkan drama yang diberi.
3.2.7 Peralatan
Muzik atau lagu Muzik latar atau lagu bagi setiap tarian disediakan oleh guru
yang dipertanggungjawabkan untuk mengadakan persembahan pelajar. Selain itu
guru juga menyediakan satu suasana bilik darjah kerana drama yang dilakonkan
mempunyai latar tempat kelas.
12
3.2.8 Kostum
Kostum yang disediakan juga adalah baju sekolah untuk pelajar dan baju
biasa untuk guru dan ibu bapa.
3.2.9 Langkah-langkah Perlaksanaan:
Segala bentuk persembahan adalah untuk drama adalah dawah seliaan ’ahli
jawatan kuasa persembahan pelajar’ yang ditetapkan dalam Jawatan Kuasa Kerja
Sambutan Hari Guru. Guru menetapkan jumlah pelajar seramai 6 orang untuk setiap
drama. Guru-guru perlu mengenalpsti pelajar yang berminat untuk menyertai
persembahan drama tersebut. Guru-guru memberikan latihan kepada pelajar
Peserta terdiri drama terdiri daripada pelajar lelaki atau perempuan manakala
Persembahan kanak-kanak tidak melebihi 30 minit. Guru bertanggungjawab
memastikan lagu latar, kostum dan persembahan pelajar tidak mempunyai unsur
lucah dan berbaur perkauman. Guru boleh membuat latihan tarian untuk kumpulan
masing-masing selepas wakti persekolahan. Guru boleh mengajar drama dengan
menggunakan kaedah demonstrasi kepada kanak-kanak.
Berikut adalah langkah-langah yang boleh digunakan oleh guru
i) Menentukan jenis drama
ii) Menyatakan tujuan demonstrasi drama.
iii) Melaksanakan demonstrasi dan memastikan setiap kanak-kanak dapat
melihat demonstrasi serta mendengar penerangan dengan jelas.
iv) Bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan aksi drama yang dilakukan
untuk menarik perhatian kanak-kanak
v) Minta kanak-kanak mengulangi aksi drama yang ditunjukkan oleh guru.
vi) Memberi pujian kepada kanak-kanak yang berlakon.
vii) Kanak-kanak menyatakan pandangan
viii) Guru membuat rumusan.
13
3.10 Kepentingan pengajaran drama kanak-kanak untuk mempertingkatkan
kreativiti kanak-kanak
Pengajaran drama dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-
kanak terutamanya perkembangan kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti
kanak-kanak. Dalam aktiviti drama kanak-kanak sering diminta oleh guru untuk
berimaginasi dan melakonkan watak-watak dalam cerita. Selain itu, kanak-kanak
juga diminta untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam aktiviti drama. Secara
tidak langsung, kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti drama
dapat berfikir lebih kreatif.
i. Drama meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak
Aktiviti drama penting untuk membina kebolehan kanak-kanak dalam pemikiran
dan kefahaman. Kanak-kanak selalu memikirkan perkara yang mereka tahu dan
melalui aktiviti drama dapat membantu mereka sedar tentang pengetahun mereka
sendiri. Aktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru membenarkan kanak-kanak
menjelajahi dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain
itu, aktiviti-aktiviti drama juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang baru.
ii) Drama meningkatkan kreativiti kanak-kanak
Aktiviti drama yang dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi fokus
kepada sifat kreatif dan ekspresif. Setiap aktiviti drama kanak-kanak memerlukan
kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam menghayati sesuatu
watak, melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan mencari kepuasan dalam
persembahan drama. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti drama
menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti
drama melibatkan imaginasi atau khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika
kanak-kanak juga dapat dipupuk.
14
4.0 UNSUR-UNSUR KREATIVITI DAN NILAI-NILAI MURNI DALAM AKTIVITI
TARIAN DAN DRAMA
Pergerakan berlaku melalui gerak tubuh mengikut irama. Kebanyakan kanak-
kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap
pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi.
Kebolehan dan bakat pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan
pelbagai bentuk tari. Setiap kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan
sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah
menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang
berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal
dan kreativiti kanak-kanak. seni tari sebagai gerakan berirama.
Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama
yang indah. Tarian merupakan gerak tubuh . Terdapat pelbagai jenis tarian sama
ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. kanak-
kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari
kepada orang lain dengan menggunakan gerak tubuhnya. Tarian mengandungi
segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini
dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan
yang lain.
4.1 Unsur-unsur pergerakan kreatif
Terdapat 6 elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan,
beban, aliran dan irama.
4.1.1 Elemen ruang
Elemen ruang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ruang diri dan ruang
am, ataupun ruang terus dan ruang tidak telus. ruang diri adalah merujuk kepada
bahagian yang ada pada sekeliling badan pada seseorang ataupun kawasan
sekeliling yang boleh seseorang sampai pada satu bahagian. Maka dalam kedua-
dua bahagian ruang am dan ruang sendiri mempunyai suatu had iaitu lantai,
15
bumbung dan dinding. Di samping itu, kedua-dua jenis ruang mempunyai tiga
tahap.
i) Tahap Tengah
Pada keadaan tahap tengah seseorang sedang berdiri tengak n
II) Tahap bawah
Apa-apa sahaja bahan yang dekat dengan aras lantai
ii) Tahap tinggi
Koordinasi atau pergerakan yang melibatkan aras tinggi
Elemen ruang juga boleh dikatakan koordinasi badan terhadap sesuatu arah
contohnya depan, kiri, kanan dan belakang. Dengan mempunyai pergerakan yang
asas ini dapatlah boleh mewujudkan satu combinasi antara semua pergerakan
tersebut menjadi satu pergerakan yang melibatkan ruang am contohnya, pergerakan
dengan berjalan lurus ke depan, berjalan berbentuk ular atau berjalan berbentuk
zigzag.
4.1.2 Bentuk Badan
Elemen kedua adalah badan atau bentuk badan. Elemen ini merujuk kepada
bentuk gaya yang boleh dilakukan oleh seseorang individu dengan menggunakan
seluruh anggota badannya. Terdapat dua bahagian elemen dalam bentuk badan
iaitu keseluruhan tubuh badan dan bahagian tubuh badan. Maksud keseluruhan
tubuh badan menunjukkan bahawa pergerakan yang dilakukan oleh seseorang
dengan menggunakan keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti
daripada bergerak secara bebas dan terkawal. Pergerakan yang dilakukan amat
berkaitkan dengan saiz tubuh seseorang kanak-kanak pada aspek lokomotor dan
bukan lokomotor. Contoh aktivitinya adalah gaya pergerakan berjalan boleh
dijalankan secara bebas atau terkawal. Selain itu pergerakannya boleh berubah-
ubah dengan bergerak berjalan dan berhenti mengikut rangsangan yang diberikan
misalnya, muzik.
Bahagian tubuh badan menyatakan tentang pergerakan yang dilakukan
dengan menggunakan mana-mana satu atau kesemua daripada anggota tubuh
16
badannya untuk membentuk sesuatu atau sejenis bentuk objek. Misalnya, dengan
menggunakan anggota bahagian tangan dan kaki untuk membentuk satu jenis
barang iaitu meja ataupun sejenis haiwan seperti kucing. Pergerakan ini adalah
memberi persediaan tubuh badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat
badan. Bahagian tubuh badan yang digunakan perlu dikenal pasti sebelum
melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan yang diberikan. Contohnya,
pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenal
pasti adalah tangan, tapak tangan dan lutut.
4.1.3 Elemen Masa
Elemen ketiga dalam pergerakan kreatif adalah elemen masa. Elemen masa
adalah saling berhubungan kait dengan kelajuan sama ada cepat atau lambat
tentang sesuatu gaya bentuk pergerakan. Pergerakan ini bukan sahaja mengenai
pergerakan semata-mata cepat atau lambat tetapi juga merangkui proses antara
kelajuan lambat hingga cepat. Contohnya seorang kanak-kanak sedang
berimaginasi bahawa dia adalah seorang peninju yang ingin menggerakkan tangan
dengan pantas untuk menumbuk. Manakala seorang kanak-kanak berimaginasi
seperti seekor burung yang sedang ingin mendarat, maka dia akan berasa bahawa
pergerakan tersebut adalah lambat.
4.1.4 Elemen Beban
Elemen keempat ialah elemen beban atau tekanan. Dalam elemen beban
adalah berkaitan tentang aspet berat dan ringan dalam pergerakan yang dilakukan
dan dikawal oleh seseorang otot-otot anggota tubuh badan. Maka kesan daripada
beban ini akan menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan
yang dilakukan. Contohnya, dalam aspek berat- kuat, seseorang budan lelaki akan
berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat berat maka budak lelaki akan berfikir
dan berasa pemberat itu sangat berat dan perlu menggunakan seluruh kekuatan
badannya untuk mengankatnya. Manakala untuk aspek halus-ringan, adalah
seseorang budan akan berimaginasinya yang dia sedang menyelam dalam air,
maka dia akan berasa bahawa badannya adalah sangat ringan semasa dalam
keadaan yang menyelam dalam air.
17
4.1.5 Elemen Aliran
Elemen kelima dalam pergerakan adalah elemen aliran. Elemen aliran ini
dibahagikan kepada dua jenis iaitu elemen bebas dan elemen terikat. Elemen bebas
adalah merujukan bahawa seseorang budak yang sedang melakukan pergerakan
secara bebas apa-apa sahaja bentuk gaya seperti melompat di atas udara dan
berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan amat sukar
dihentikan dengan serte merta. Manakala untuk aliran terikat adalah pergerakan
yang lambat seperti berjalan kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan
adalah berada dalam keadaan seimbang.
4.1.6 Elemen Irama
Elemen terakhir ialah elemen irama. Elemen irama sentiasa dapat dihubung
kaitkan dengan elemen masa. Elemen irama bukan semata-mata hanya saling
berkait dengan aspek muzik tetapi ia juga berkaitan dengan bentuk irama lain dalam
kehidupan seharian kita. Misalnya, perkataan juga merupakan atau membentuk
sebagai irama untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti berkaitkan dengan lokomotor.
Contohnya bermain aktiviti tepuk tangan untuk demostrasi irama perkataan. Duduk
dalam keadaan bulatan, kemudian sebutkan nama masing-masing sambil menepuk
tangan. Selepas orang pertama habis sebut namanya, orang kedua akan sambung
dengan tepuk tangan dengan sebut namanya. Proses langkah ini dilakukan
sehingga habis dalam satu pusingan. Dengan menggunakan aktiviti tepuk tangan
dengan berirama untuk menyebut nama masing-masing dapatlah melatih pada
aspek lokomotor kanak-kanak di samping juga dapat mengikut irama yang betul.
5.0 NILAI YANG BOLEH DITANAMKAN DALAM PERGERAKAN KREATIF
Dalam pergerakan kreatif, banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar
boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai yang perlu diperhati dan
ditegaskan, ialah:
18
Keyakinan diri dalam melakukan pergerakan.
Keseronokan dan kepuasan.
Kesyukuran
Kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi.
Menghormati orang lain.
Menyedari keperluan orang lain
Semangat cintakan keindahan alam sekitar
Bekerjasama.
baik hati
berhemah tinggi
kasih saying
kebebasan
kejujuran
rasional
berkerjasama
berdikari
keadilan
keberanian
kebersihan fizikal dan mental
kerajinan
kesedehanaan
semangat bermasyarakat.
6.0 RUMUSAN
Gardner 1993, menyatakan kreativiti adalah aspek yang penting dalam fungsi
kognitif. Aspek kreatif otak ini boleh membantu menerang dan menterjemahkan
konsep-konsep abstrak dengan melibatkan kemahiran-kemahiran seperti ingin tahu,
penerokaan, penciptaan, kekaguman dan minat. Kreativiti mewujudkan suasana
yang menyeronokan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru harus menerapkan unsur-unsur kreativiti untuk menyemai daya imaginasi
pelajar melalui penerokaan. Disamping itu guru juga boleh menerapkan nilai-nilai
murni dalam pengajaran aktiviti kreativiti seperti seni lukis, drama dan muzik. Seni
19
dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang
kepada pelajar untuk berkreativiti.
7.0 RUJUKAN
Cox, M. (2005). The Pictorial World of the Child. United Kingdom: Cambridge
University Press.
Koster, J.B. (2001). Growing Artists:Teaching Art to Young Children. 2th Edition. New
York: Thomson Delmar Learning.
Loy Chee Luen. (2010). Seni Persembahan Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan
Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L.
Loy Chee Luen. (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan
Pembelajaran. Petaling Jaya: L.C.L.
Mayesky, M. (2002). Creative Activities for Young Children. 7th Edition. New York:
Thomson Delmar Learning.
Mohd. Azhar Abd. Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.
Schirrmacher, R. & Fox, J.E. (2009). Art and Creative Development for Young
Children. 6th Edition. New York: Thomson Delmar Learning
http://imann9969.blogspot.com/2009/05/hbae1203-perkembangan-seni-dan-kanak.html
http://www.sabah.edu.my/itma128/Kurikulum.html
20