10
. Abang Angkat Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

Simpulan Bahasa

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Simpulan Bahasa

. Abang AngkatMaksud: Lelaki yang telah di akui sebagai

abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.

Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

Page 2: Simpulan Bahasa

Abang Kandung

• Maksud: Abang yang seibu sebapa.

• Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

Page 3: Simpulan Bahasa

• Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.

.Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

Page 4: Simpulan Bahasa

Ada Hati

• Maksud: Keinginan.

• Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

Page 5: Simpulan Bahasa

• Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.

• Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

Page 6: Simpulan Bahasa

• Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.

• Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

Page 7: Simpulan Bahasa

Babi Buta = Membabi Buta

• Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.

• Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.

Page 8: Simpulan Bahasa
Page 9: Simpulan Bahasa

Balik Hati = Berbalik Hati

• Maksud: Berubah pendirian.

• Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya

Page 10: Simpulan Bahasa