Sinopsis Badai Semalam

  • Upload
    radzi47

  • View
    259

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/13/2019 Sinopsis Badai Semalam

    1/1

    Sinopsis Badai Semalam

    Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur

    menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Maznimembesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan

    ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

    Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi

    pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa

    irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak

    Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya

    menganggap karim sebagai abangnya.

    Dari perassan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercintadengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada

    komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah

    kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan

    Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang

    dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak

    bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu

    nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

    Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin

    dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati olehZaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi

    apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh

    itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua

    dengan Karim sebagai suami isteri.

    Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti

    hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan

    pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni yang

    berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan

    rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya keranamerasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah

    kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah

    jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di

    sisinya?