30
HBIS4103_V2 PENGAJIAN SIRAH RASULULLAH S.A.W. 770601025467001 SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) SEMESTER JANUARI /2015 HBIS4103_V2 PENGAJIAN SIRAH RASULULLAH S.A.W. NO. MATRIKULASI : 770601025467001 NO. KAD PENGENALAN : 770601-02-5467 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : KEDAH LEARNING CENTRE SUNGAI PETANI

sirah testing.docx

Embed Size (px)

Citation preview

770601025467001

HBIS4103_V2

PENGAJIAN SIRAH RASULULLAH S.A.W.

770601025467001

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)

SEMESTER JANUARI /2015

HBIS4103_V2

PENGAJIAN SIRAH RASULULLAH S.A.W.

NO. MATRIKULASI : 770601025467001

NO. KAD PENGENALAN: 770601-02-5467

E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: KEDAH LEARNING CENTRE

SUNGAI PETANI

PENDAHULUANHijrah merupakan perkara sunat yang disarankan oleh Allah S.W.T kepada seluruh ummat Islam. Hijrah adalah perkataan Arab yang bermakna berpindah. Pada umumnya, perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Namun, dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuhkan serta memperkasakan kedudukan daulah Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan dakwah Islam.Peristiwa hijrah orang Islam Makah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M. Penghijrahan ini dilakukan secara sulit dan berperingkat-peringkat. Nabi Muhammad S.A.W berhijrah bersama-sama sahabatnya, iaitu Abu Bakar Al-Siddiq, selepas penghijrahan orang Islam yang lain. Perjalanan baginda dan Abu Bakar Al-Siddiq ke Madinah mengambil masa selama lebih kurang 12 hari. Walaubagaimanapun, Umar Bin Al-Khattab telah berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya.1.0 DEFINISI HIJRAH1.1 BAHASAHijrah dari segi bahasa bermaksud perpindahan atau perubahan daripada satu keadaaan kepada keadaan yang lebih baik ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).1.2 ISTILAHManakala dari sudut istilah hijrah boleh ditakrifkan sebagai perpindahan Rasulullah S.A.W dan orang-orang Islam dari Makkah ke Madinah untuk menyebarkan syiar Islam ( Zulkarnain Yunus dan Mohd. Salam Kamil, 2006 ).

1.3 KONSEPPenghijrahan juga mempunyai konteks pengertian yang lebih luas dan mendalam, iaitu perjuangan untuk melestarikan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah juga boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan tingkah laku ( Muhd Bukhari Lubis, 1981 ).Orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif, iaitu sebagai suatu pelarian. Pendapat orientalis Barat ini boleh disangkal kerana konsep hijrah dalam Islam berbeza daripada konsep hijrah Barat dengan menggunakan empat hujah. Yang pertama, penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah Kedua. Yang kedua, ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah juga telah disambut dengan rela dan meriahnya oleh orang Madinah. Yang ketiga, orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah. Akhirnya, Nabi Muhammad S.A.W pula telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madianah termasuk orang bukan Islam ( Muhd Bukhari Lubis, 1981 ).Penghijrahan yang berlaku pada hari ini sangat berbeza daripada penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah. Misalnya, pada hari ini, penghijrahan sesuatu kelompok manusia adalah akibat peperangan, dan mereka ini dianggap pelarian. Kehadiran pelarian ini di sesebuah negara adalah tidak diundang, malah mereka akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing ( Muhd Bukhari Lubis, 1981 ).

2.0FAKTOR BERLAKUNYA HIJRAHBai'at AqabahTermeterainya Bai'at Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui Bai'at ini, Nabi telah dapat menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik. Dalam Bai'at Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'at Aqabah kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang Islam.Tekanan Musyirikin MekahTekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas.Kegagalan Dakwah di TaifKegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah. Kedatangan penduduk Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada Nabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah.Kematian Abu Talib dan KhadijahKematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.

Mencari Tempat Baru untuk BerdakwahNabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan dari penduduk Mekah kurang menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang menerima Islam agak kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.Persediaan Penduduk Madinah Menerima NabiPersediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk Madinah sangat berharap Nabi dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.Kedudukan Madinah yang StrategikKedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.Penduduk Madinah Hampir dengan Agama SamawiPenduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi. Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding penduduk Mekah.WahyuHijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Wahyu tersebut ialah ayat 30, Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah terhadap Nabi. Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.

3.0PENYUSUNAN MASYARAKAT BERNEGARA BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN MADINAH.

Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia. Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad. Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.

Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan -kesalahan di luar bidang kuasa ketua -ketua kaum berkenaan.

Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.

Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.

Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.

Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam secara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.

Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.

Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.

Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain.

Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.

Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.

Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.

Sebagaimana diketahui umum, ketika Rasul saw mendirikan negara Madinah, masyarakat Madinah terdiri daripada beberapa kumpulan. Pertama, kumpulan kaum muslim dari kalangan kaum Muhajirin dan Ansar, dan ini adalah kumpulan majoriti. Kedua, kumpulan musyrik yang berasal dari kabilah-kabilah yang ada di Madinah. Mereka sudah terdedah oleh dakwah Islam dan tidak lagi nampak sebagai masyarakat tersendiri. Ketiga, kumpulan Yahudi dari berbagai kabilah yang tinggal di kawasan Bandar Madinah, termasuk Yahuni Bani Qainuqa, dan kumpulan yahudi yang tinggal di luar bandar Madinah iaitu Yahudi Bani Nadir dan Bani Quraidzah. Kumpulan Yahudi ini merupakan komuniti yang berasingan dengan komuniti kaum muslim, pemikiran dan perasaan mereka berbeza dengan kaum muslim. Begitu pula kaedah penyelesaian masalah di antara mereka. Sehingga mereka merupakan kelompok masyarakat tersendiri yang terpisah dari masyarakat Madinah. Yahudi sejak lama telah menakut-nakutkan masyarakat Madinah. Masalah ini memerlukan penyelesaian. Maka segera setelah Rasulullah Saw hijrah dan melakukan peleburan dan penyatuan seluruh kaum Muslimin hingga keadaannya stabil dan kukuh, baik melalui strategi mempersaudarakan kaum Muslim dengan persaudaraan yang kuat dan berimplikasi pada aspek mu'amalah, harta dan urusan mereka mahupun pembangunan masjid yang berpengaruh pada pembinaan ruhiyah mereka, pada tahun 622 M Rasulullah saw menyusun teks perjanjian yang mengatur interaksi antar kaum muslim dan sesama warga negara, hak dan kewajiban warga negara dan hubungan luar negeri. Piagam ini juga secara khusus mengatur dan menyekat secara tegas kedudukan kaum Muslim dan kaum Yahudi, mengatur interaksi di antara mereka dan merumuskan kewajiban-kewajiban yang harus mereka pikul dengan dasar khusus. Dengan kata lain, sebagaimana disebutkan oleh Jaih Mubarak, Piagam Madinah telah menjadi dasar persatuan penduduk Yatstrib yang terdiri atas Muhajirin, Ansar dan Yahudi. Dengan piagam inilah, kewibawaan negara Islam dan ketuanan hukumnya boleh tegak. Dan ini merupakan modal awal bagi negara yang baru berdiri untuk menjaga kestabilan dalam negerinya dan fokus pada usaha membina pelbagai aspek yang menjadi jalan bagi terealisasinya tetapan pelbagai urusan umat, baik di dalam maupun di luar negeri. Melaui Piagam Madinah, semua warga Madinah saat itu walaupun mereka berasal dari pelbagai suku (plural / heterogen) disatukan sebagai satu komuniti (ummah). Hubungan antara sesama warga yang muslim dan yang bukan muslim berdasarkan atas prinsip-prinsip berjiran yang baik, saling membantu dalam menghadapi pencerobohan dari luar dan menghormati kebebasan beragama. Melalui perjanjian ini pula seluruh warganegara (baik muslim maupun non muslim), maupun negara berjiran yang terikat dengan perjanjian terjamin hak dan kewajiban politiknya secara adil dan merata.

4.0 SEBAB DAN TUJUAN HIJRAHDakwah Islamiah telah disebarkan di Makkah lebih kurang 13 tahun.Pelbagai rintangan telah dihadapi oleh nabi Muhammad S.A.W dalam masa tersebut. Untuk meneruskan dakwah Islamiah, nabi Muhammad S.A.W telah mangambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah.Terdapat beberapa faktor berlakunya hijrah ke Madinah. Faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah adalah disebabkan perintah Allah menerusi wahyu. Maka dalam wahyu ini Allah telah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W dan Allah telah memerintahkan baginda agar segera berhijrah. Perintah ini yang berasas ayat Al-Quran, iaitu surah Al-Anfal yang telah mempercepatkan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke kota Madinah. Dengan perlindungan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W dan sahabatnya, Abu Bakar Al-Siddiq selamat sampai ke Madinah.Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman daripada orang Arab Quraisy telah menjejaskan aktiviti penyebaran Islam di Makkah. Walaubagaimanapun, penghijrahan itu bukan bererti orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut tetapi ini merupakan strategi Nabi Muhammad S.A.W untuk mengembangkan Islam. Bagi baginda, suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah islamiah. Selain itu, hijrah juga membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan.Hijrah Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah adalah disebabkan jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik.pada ketika itu suku Aus dan Kharaj di Madinah sering bertelagah sesame sendiri dan ekonomi mereka pula dikuasai oleh golongan Yahudi. Oleh itu, golongan Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad S.A.W untuk mengetuai kepimpinan di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W juga diperlukan untuk mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan ( Muhd Yusof bin Ibrahim et.all, 2006 ).

KESIMPULANBerdasarkan topik yang dibincangkan iaitu berkenaan hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah, kami dapat simpulkan bahawa hijrah yang dilakukan oleh baginda mendatangkan banyak kesan samada dari segi kebaikan atau keburukan walaupun baginda dan sahabat menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan. Penghijrahan yang telah baginda lakukan ada yang disokong oleh orang sekelilingnya dan ada juga yang menbantah. Kekuatan dan kesabaran baginda telah membuahkan hasil apabila berjaya berhijrah ke Madinah dan menyampaikan wahyunya di negeri tersebut. Banyak pengajaran yang boleh kita dapati melalui penghijrahan baginda. Antaranya, kita haruslah bersabar dalam melakukan sesuatu. Seterusnya, kita juga harus bijak berfikir sebelum melakukan sesuatu. Selain itu, kita juga hendaklah memberi keutamaan kepada agama dengan bersolat dan berdoa dalam apa jua yang kita lakukan.

RUJUKANFaizal Ismail, ( 1984 ), Sejarah Dan Kebudayaan Islam Dari Zaman Permulaan Hingga Zaman Khulafaurasyidin. Yogyakarta: CV Bina Usaha.Muhd Bukhari Lubis, ( 1981 ), Sekitar Sejarah Dan Tamadun Islam. Bangi, Selangor:Ustara Sendirian Berhad.Naeem Siddiqi, ( 1985 ), Muhammad Pembina Umat. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Muhd Yusof Bin Ibrahim, Muhammad Bukhari Bin Ahmad, Rosnanaini Binti Sulaiman, ( 2006 ), Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Zulkarnain Yunus, Muhammad Salam Kamil, Xpress PMR. Selangor Darul Ehsan: Sasbadi Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Bin Rukini. 1997. Pendidikan Sirah. Jabatan Agama Johor : Synergymate Sdn.Bhd. Hlm 27.

Saibon Ismail. 2001. Sejarah Kehidupan Rasulullah SAW. Kota Bharu : Penerbitan JM.

Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman. 2003, Biografi Muhammad Bin Abdullah. Pahang DarulMakmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.,

Habsyi Fathullah Al-Hafnawy. 2005. Kisah dan Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publisher.

http://ctu151.blogspot.com/2009/04/faktor-berlakunya-hijrah.html

http://norlihanahani.blogspot.com/2014/01/hijrah-peristiwa-dan-kepentingannya.html

http://sitinafidah.blogspot.com/2011/04/piagam-madinah-sebagai-konstitusi.html = baik

KISAH PERJALANAN HIJRAH RASULULLAH

Ketika Islam diterima dengan baik oleh masyarakat Madinah, Rasulullah kemudian mengizinkan umat Islam yang ada di Makkah untuk berhijrah. Para sahabat pun segera mempersiapkan diri. Orang pertama yang dicadangkan berangkat adalah Abu Salamah bin Abdul Saat dan isterinya Hindun binti Abi Umayyah (Ummu Salamah). Namun takdir Allah menentukan lain, Ummu Salamah bertahan di Makkah. Namun akhirnya dia keluar satu tahun kemudian bersama puteranya Salamah diiringi Utsman bin Abi Thalhah yang ketika itu belum masuk Islam.

Sedikit demi sedikit, kaum Muslimin meninggalkan Makkah hingga tidak ada yang tinggal di Bandar itu kecuali beberapa orang termasuk Rasulullah, Abu Bakar, dan Ali bin Abi Talib Dan keduanya menunggu perintah Rasulullah yang juga sedang menunggu perintah Allah bila masa yang sesuai keluar meninggalkan Makkah.

Pihak Musyrikin yang mengetahui para sahabat Rasulullah telah pergi membawa harta, anak, dan isteri mereka ke negeri Aus dan Khazraj (Madinah), meyakini bahawa negeri tersebut akan membela dan melindungi Rasulullah. Oleh itu mereka khuatir, jika Rasulullah kemudiannya menyusul, nescaya umat Islam akan mempunyai kekuatan. Maka sebelum hal itu terjadi, mereka bersepakat untuk membunuh Rasulullah.

Suatu siang, datanglah Rasulullah ke rumah Abu Bakar dan Keluarkanlah siapa pun yang ada di rumahmu. Kata Abu Bakar, Mereka adalah keluargamu juga, wahai Rasulullah. Rasulullah berkata, Allah telah mengizinkan saya keluar.

Abu Bakar berkata, Saya yang akan menyertaimu, wahai Rasulullah? Kata Rasulullah, Ya. Kemudian Abu Bakar mengatakan, Ambillah salah satu kenderaanku ini, demi bapak dan ibuku tebusanmu.

Rasulullah berkata, Dengan harga. Aisyah menceritakan, Kemudian kami mempersiapkan segala sesuatu untuk bekal pemergian Rasulullah dan Abu Bakar. Asma binti Abi Bakar memotong kain pinggangnya menjadi dua bahagian, satu untuk mengikat pinggang dan yang lain untuk membawa bekal tersebut. Dan sejak itu dia dikenali Dzatu Nithaqain (Perempuan yang Memiliki Dua Ikat Pinggang).

Ibnul Qayyim mengisahkan (Zadul Maad 3/54), Al-Hakim (dalam Al-Mustadrak) dari Umar, menceritakan bahawa Rasulullah dan Abu Bakar berangkat menuju gua Tsur. Dalam perjalanan itu, kadang-kadang Abu Bakar berjalan di depan, kadang di belakang Rasulullah. Melihat hal ini, Rasulullah bertanya, dan Abu Bakar menjawab, Wahai Rasulullah, kalau saya teringat pengintai dari depan, saya sengaja berjalan di depan, kalau saya ingat kepada para pengejar, maka saya berjalan di belakang.

Kata Rasulullah, Apakah kau ingin jika terjadi sesuatu, engkau yang mengalaminya, bukan aku? Kata Abu Bakar, Ya. Demikianlah, keduanya sampai dan bersembunyi di dalam gua. Sementara orang-orang kafir Quraisy yang kehilangan jejak, menyebarkan para pencari jejak hingga ke mulut gua. Ketika itu Abu Bakar berkata sebagaimana disebutkan dalam hadis Anas bin Malik, Wahai Rasulullah, seandainya salah seorang dari mereka melihat ke bawah, nescaya mereka melihat kita.

Rasulullah r bersabda, Bagaimana menurutmu dengan (keadaan) dua orang di mana Allah adalah yang ketiganya. Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita, (Sahih, Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Didalam Sahih Al-Bukhari disebutkan bahawa Abdullah bin Abi Bakar selalu bermalam di gua bersama Rasulullah dan Abu Bakar. Dia seorang pemuda yang cerdik. Sebelum fajar dia sudah berkumpul kembali di tengah orang-orang kafir Quraisy untuk mendengar berita daripada mereka dan menyampaikannya kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Sementara salah seorang bekas budak yang dimerdekakan Abu Bakar, Amir bin Fuhairah senantiasa menggembala kambingnya di sekitar gua dan memerahkan susu untuk Rasulullah dan Abu Bakar. Demikianlah hal ini berjalan selama tiga malam.

Kisah Suraqah bin Malik

Setelah berusaha mencari ke seluruh pelosok Makkah, kaum Quraisy tidak juga menemukan Rasulullah dan Abu Bakar. Akhirnya, mereka membuat peraduan, barang siapa yang Berjaya membawa Rasulullah dan Abu Bakar hidup atau mati, akan diberi hadiah. Manakala Rasulullah dan Abu Bakar mulai meningglkan Makkah menyusuri tepi pantai menuju Madinah.

Sesampai di daerah Bani Mudlij, seseorang melihat mereka dan melaporkan kepada Suraqah bin Malik bin Jusyum. Berita ini ditolak oleh Suraqah, Namun secara senyap-senyap dia memerintahkan budaknya membawa kuda dan tombak keluar dari belakang rumah (dan disuruh) menunggu di balik gunung.

Setelah itu, dia memacu kudanya mengejar Rasulullah dan Abu Bakar. Abu Bakar yang mengetahuinya berkata, Ya Rasulullah, lihat Suraqah bin Malik mengikuti kita. Rasulullah pun berdoa. Akhirnya kuda Suraqah beberapa kali tersungkur. Kemudian dia berputus asa, lalu meminta Rasulullah dan Abu Bakar berhenti. Setelah bercakap dengan Rasulullah, Suraqah meminta dituliskan perjanjian persefahaman. Persefahaman itu dipegangnya hingga peristiwa Fathuh Makkah.

Suraqah kemudian menyerahkan tambahan bekalan makanan kepada Rasulullah, namun Rasulullah menolak secara halus sambil mengatakan, Tidak. Tapi alihkan perhatian para pengejar dari kami. Maka setelah itu setiap kali bertemu dengan para pencari jejakrombongan Rasulullah, Suraqah selalu mengatakan: Saya sudah mencari maklumat dan tidak terlihat yang kalian cari.

Demikianlah, awalnya dia berusaha menangkap Rasulullah dan Abu Bakar, namun akhirnya dia menjadi pelindung.

Kisah Ummu Mabad

Ibnul Qayyim menceritakan; Rombongan Rasulullah meneruskan perjalanan dan singgah di kemah Ummu Mabad, yang tinggal di padang pasir (dan suka) memberi makan dan minum para musafir yang singgah di tempatnya. Rombongan singgah di sana dan menanyakan apa gerangan yang dimilikinya. Ummu Mabad mengatakan tidak ada kecuali kambing yang jauh dari tempat gembala. Seterusnya Rasulullah minta izin untuk memerah susunya. Ummu Mabad pun mengizinkan.

Rasulullah dengan menyebut nama Allah, mengusap susu kambing tersebut lalu berdoa. Memancarlah susu kambing itu yang kemudian ditampung dalam sebuah bejana. Baginda menyuruh Ummu Mabad minum, setelah itu para sahabatnya, baru kemudian baginda sendiri. Setelah semua puas, baginda memenuhi bejana itu kembali dan meninggalkannya di sana, kemudian meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian, Abu Mabad suami Ummu Mabad pulang dan terhairan-hairan melihat bejana yang penuh dengan air susu. Dia bertanya dari mana ini susu itu datangnya? Ummu Mabad mengatakan bahawa baru saja singgah seorang lelaki penuh berkat dengan sifat demikian dan demikian. Mendengar keterangan isterinya, Abu Mabad segera meyakini bahawa orang itulah yang dicari-cari kaum Quraisy. Dan dia bertekad seandainya mempunyai peluang akan menemui lelaki itu.

Tiba di Madinah

Orang-orang Ansar yang mendengar berita keluarnya Rasulullah dari bandar Dan Makkah berusaha untuk menanti. Setiap hari dari pagi hingga matahari meninggi, mereka menunggu kedatangan rombongan Rasulullah di pinggiran bandar. Namun setelah beberapa hari, yang ditunggu belum juga tampak.

Pada hari ke-12 bulan Rabiul Awwal, mereka menunggu seperti biasa. Ketika matahari mula terik, mereka pun bersiap untuk kembali ke rumah masing-masing. Seorang Yahudi yang ketika memanjat rumahnya untuk suatu keperluan, melihat bayangan dari jauh dan tidak dapat menahan dirinya. Dengan lantang dia berteriak bahawa yang ditunggu-tunggu telah datang.

Mendengar hal itu, orang-orang Ansar bergegas menyandang senjata dan menuju ke pinggiran bandar menyambut rombongan Rasulullah. Kaum muslimin bertakbir gembira dengan kedatangan rombongan Rasulullah ini. Mereka menyambut dengan penuh kehormatan menurut syariat Islam. Setelah melalui pelbagai rintangan, Rasulullah bersama rombongan akhirnya berjaya memasuki bandar Madinah.

Masjid Pertama

Ketika Rasulullah sampai di Madinah, sebenarnya kaum muslimin di Madinah masih ramai yang belum mengenali Rasulullah dan Abu Bakar Ash-Shiddiq. Selepas melihat seseorang melindung seorang yang lain daripada terik matahari, mereka mengenai yang dilindungi itu adalah Rasulullah.

Rasulullah singgah di Quba, tempat Kultsum bin Al-Hidmi di perkampungan Bani Amr bin Auf selama beberapa hari dan mulai membangun Masjid Quba. Inilah masjid pertama yang dibangunkan sejak baginda tiba di Madinah.

Terjadi perbezaan pendapat di kalangan para ulama, masjid apa yang pertama dibangun di atas dasar ketakwaan, Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah Masjid Quba, dan ini diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Adh-Dhahhak, dan Al-Hasan. Mereka berpegang kepada kalimat : 9sejak hari pertama) ; Masjid Quba adalah yang pertama kali dibangunkan di Madinah sebelum Masjid Rasulullah (Masjid Nabawi).

Demikian juga pendapat Ibnu Umar, Said bin Musayyab, dan Al-Imam Malik menurut riwayat Ibnu Wahb, Asyhab, dan Ibnul Qasim. Setelah menukilkan beberapa hadis, Al-Imam Al-Qurthubi dalam Tafsir-nya mengatakan bahawa hadis ini menunjukkan bahawa masjid yang dimaksud adalah Masjid Quba. Dan ini pula pendapat Asy-Syaikh Abdurrahman As Sadi dalam At-Taisir.

Namun ada pula yang mengatakan, masjid itu adalah Masjid Nabawi. Al-Imam At-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri tentang dua orang sahabat yang berdebat tentang masjid yang dimaksudkan dalam ayat ini, kemudian disampaikan kepada Rasulullah, dan kata baginda : Itu adalah Masjidku. Al-Imam At-Tirmidzi berkata bahawa hadis ini sahih. Ibnu Katsir menerangkan bahawa susunan ayat ini menggambar Masjid Quba, kemudian beliau meneruskan, dengan menukilkan riwayat Al-Imam At-Tirmidzi dari hadis Abu Said Al-Khudri sebelumnya, dan berkata : Ini sahih, dan tidak ada pertentangan antara ayat dengan hadis tersebut. Kerana kalau Masjid Quba dianggap sebagai masjid pertama yang didirikan di atas dasar ketakwaan, maka Masjid Rasulullah tentunya lebih utama dan lebih layak. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir,2/474, dan Tafsir Al-Qurthubi).

Semasa sampai di Madinah, beberapa orang sahabat cuba memegang tali unta baginda dan menuntunnya dengan niat mengajak baginda singgah di tempatnya. Tapi Rasulullah memerintahkan agar dibiarkan kerana untanya diperintah oleh Allah. Akhirnya, rombongan tiba di lokasi masjid yang sekarang ini.

Ibnul Qayyim mengisahkan bahawa Al-Imam Az-Zuhri menceritakan, beberapa kali unta Rasulullah berputar dan akhirnya kembali di tempat dia menderum pertama kali. Rasulullah turun dan segera disambut oleh Abu Ayyub, yang masih mempunyai hubungan kekeluargaan dari Bani Najjar. Tanah lokasi masjid itu sebetulnya milik dua anak yatim Sahl dan Suhail yang diasuh Asad bin Zuharah. Rasulullah membeli tanah itu dari keduanya untuk didirikan masjid di atasnya.

Setelah membersihakn tanah itu dari kuburan orang Islamdan pohon-pohon gharqad, mulailah tanah itu diratakan. Beberapa batang kurma ditebang dan disusun di arah kiblat masjid. Ukuran panjangnya (dari kiblat sampai ke belakang) ketika itu sekitar 100 hasta (kira-kira 50 meter). Begitu pula kedua sisinya, hampir sama. Sedangkan tapak asasnya sekitar tiga hasta yang kemudian dibina dengan bata.

Rasulullah tidak duduk diam semasa pembinaan masjid ini dilakukan. Baginda bahkan ikut mengangkat dan memindahkan tanah. Ketika itu, kiblat masih menghadap Baitul Maqdis (Masjidil Aqsha). Atap masjid dibina menggunakan pelepah-pelepah kurma. Setelah itu baru dibangunkan rumah untuk isteri-isteri baginda.

Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

Seterusnya Rasulullah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar di rumah Anas bin Malik. Ketika itu mereka berjumlah 90 orang. Mereka dipersaudarakan atas persamaan, saling mewarisi sampai terjadinya peristiwa Badar.

Setelah Allah SWT menurunkan ayat : Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris mewarisi) di dalam kitab Allah (Al-Anfal: 75)

Maka pewarisan dikembalikan kepada hubungan darah dan tidak lagi berdasarkan ukhuwah diniyyah. Ibnu Katsir menerangkan dalam Tafsir-nya bahawa ayat ini menyatakan pewarisan diantara sesame kerabat lebih utama daripada saling mewarisi antara Muhajirin dan Ansar. Ayat ini menasikh (menghapus) hokum warisan sebelumnya yang berdasarkan hilf (perjanjian) persaudaraan yang terjadi diantara mereka.

Kemudian Ibnu Katsir menukilkan riwayat dari Az-Zubair bin Al-Awwam yang dipersaudarakan dengan Kaab bin Malik, bahawa seandainya Kaab bin Malik meninggal dunia ketika itu, dialah yang akan mewarisinya. Lalu turunlah ayat dibawah. Begitu eratnya persaudaraan ini, Allah SWT menceritan tentang keadaan ini dalam firman-Nya.

Dan orang-orang yang telah menempati Bandar Madinah dan telah beriman (yakni kaum Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberiakn kepada mereka (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung, (Al-Hasyr: 9)

Ibnu Katsir menerangkan dalam Tafsirnya : Allah memuji orang-orang Ansar, menjelaskan betapa tinggi kedudukan, kemuliaan, kemurahan, tidak adanya kedengkian pada diri mereka, dan mereka mempunyai sikap suka mengutamakan serta mendahulukan kepentingan orang lain daripada diri mereka sendiri meskipun mereka sangat memerlukan.

Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan pula betapa mereka mencintai orang-orang Muhajirin yang dating ke tempat mereka, yang kesemuanya itu didorong oleh kemuliaan peribadi meeka. Mereka tidak mendapatkan dalam diri mereka kedengkian terhadap kedudukan dan kemuliaan orang-orang Muhajirin, meskipun mereka disebut oleh Allah pertama kali (dalam ayat tersebut). Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas bin Malik : Rasulullah mengundang orang-orang Ansar untuk dibagikan kepada mereka harta Bahrain, namun mereka berkata : Tidak, kecuali kalau engkau bagikan pula seperti itu kepada saudara-saudara kami kaum Muhajirin. Atau tidak sama sekali . Rasulullah berkata: Kalau begitu bersabarlah, sampai kalian bertemu denganku. Kerana sesungguhnya kalian akan dapati adanya atsarah (sikap pemimpin yang mengutamakan diri sendiri) sepeninggalku.

Berkaitan dengan ayat tadi, disebutkan pula oleh Ibnu Katsir bagaimana para sahabat Ansar mendahulukan kepentingan orang lain daripada diri mereka sendiri. Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan : Abu Hurairah menceritakan: Ada seorang laki-laki dating menemui Rasulullah, kemudian baginda perintahkan supaya menemui isteri-isteri baginda. Namun kata mereka : Kami tidak punya sesuatu kecuali air (minum). Kemudian Rasulullah berkata : Siapa yang menjamu tamu ini? Tiba-tiba seorang sahabat Ansar berkata : Saya, wahai Rasulullah. Maka berangkatlah dia membawanya ke rumah Sahabat Ansar ini berkata kepada isterinya : Muliakan (jamulah) tamu Rasulullah ini.

Wanita itu berkata, Kita tidak punya apa-apa kecuali makanan untuk anak-anak. Suaminya berkata, Siapkan makananmu itu, perbaiki pelitamu dan tidurkan anak-anakmu. Kalau mereka minta makan, alihkan perhatian mereka.

Wanita itu melaksanakan perintah suaminya, dia mulai menidurkan anak-anak dan menyiapkan makanan dan berdiri seakan-akan mahu memperbaiki pelita lalu memadamkannya. Mereka pun berbuat seoalah-olahmemperlihatkan kepada tamunya itu bahawa mereka juga ikut makan bersamanya.

Setelah itu meeka berdua tertidur menahan lapar. Keesokan harinya ketika laki-laki yang menyediakan jamuan itu menemui Rasulullah, baginda berkata : Allah tertawa melihat perbuatan kalian terhadap tamu kalian tadi malam.

Maka Allah menurunkan firman-Nya: dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Rasulullah telah mengingatkan pula sebagaimana dalam hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim:

Tidak (sempurna) iman salah seorang dari kalian, sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa-apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri.

Seorang mukmin dengan mukmin lainnya bagaikan bangunan yang kukuh, saling menguatkan satu sama lain. Pelbagai kisah tentang persaudaraan Muhajirin dan Ansar yang telah dicontohkan oleh generasi terbaik umat ini, dinukilkan dalam pelbagai kitab sejarah, tafsir dan lainnya. Namun sejauh mana kita berusaha menerapkannya dalam kehidupan kita di zaman di mana persaudaraan dan hubungan kasih saying diikat dan dinilai dengan material, harta benda dunia?

Saban tahun kita didedahkan dengan peristiwa Hijrah Rasulullah yang penuh dengan kegigihan, kecekalan dan kesantunan. Semoga kisah ini menjadi bekalan kita untuk berhijrah menuju kehidupan yang berasaskan Iman, Islam dan Ihsan sebagai usaha mencontohi apa yang telah dicontohkan Rasulullah.