1
RENTAK GALUR Sarimah Othman ISBN 978-983-62-9683-2 RM20.00 # 298 hlm. S eorang anak yatim piatu berusaha men- cari keturunan ibu dan ayahnya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan. Sebuah buku catatan sebagai panduan. Buku catatan yang bakal merungkai jurai keturunannya dan memainkan peranan penting dalam hubungan sebuah keluarga yang kini dia merupakan seorang ang- gotanya. Ikuti kisah Nilam Atiqah dalam usaha menjejaki susur galur keluarganya hanya berbekalkan catatan dalam sebuah buku. KHILAF Nada Haifaa Remlle ISBN 978-983-62-9729-7 RM18.00 # 281 hlm. Z arel pelajar yang aktif dalam kurikulum dan kokurikulum. Kecemerlangannya telah menjadikan Zarel disenangi banyak pihak. Namun, ada juga yang kurang senang dengan keperibadiannya. Atas kekhilafan individu di sekeliling terma- suk ayahnya sendiri dan kesilapan dalam kehidupan, dia pergi. Apakah yang ber- laku kepada Zarel? Ikuti kisah teladan yang perlu dihayati dalam novel ini. Dapatkan naskhah anda hari ini. Halaman Enam BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007 BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007 Halaman Tujuh PERLU DIMILIKI BULAN DAN MENTARI Zaharah Nawawi ISBN 978-983-62-9663-4 RM30.00 # 462 hlm. J uliana dan Roma, menjadi lambang kejayaan bangsa Melayu, umpama bulan dan mentari. Julianalah Si Mentari yang datang menyinari kehidupan Roma. Mereka saling mengasihi dan mencintai, tetapi hanya gelora rasa yang menjadi saksi. Namun, bulan dan mentari tidak akan bersatu kerana paksinya tiada titik pertemuan. Cinta dan kasih tidak bersatu kerana egois manusia yang tidak berkesu- dahan. Hayati kisah yang cukup menarik untuk dijadikan pengajaran dalam meniti kehidupan. OMBAK BUKAN PENGHALANG Osman Ayob ISBN 978-983-62-9648-1 RM30.00 # 472 hlm. S eorang dermawan berhasrat memba- ngunkan sebuah kampung yang teruk dilanda tsunami. Namun, agenda peribadi yang hanya menguntungkan seseorang telah menggugat hasrat mulia dermawan tersebut. Adakah si dermawan benar- benar ikhlas membantu atau ada udang di sebalik batu? Apakah hasratnya tercapai? Bagaimana penerimaan penduduk kam- pung tersebut? Dapatkan naskhah anda untuk mengetahui jawapannya. ANAK RUMA’ KADANG Mohamad Faizal Jamil ISBN 978-983-62-9644-3 RM25.00 # 338 hlm. P ertentangan pendapat golongan tua yang memegang kukuh adat dan keper- cayaan dengan anak muda yang menda- pat pendidikan tinggi mengakibatkan si anak diusir dari kampung halaman. Latar pedalaman negeri Sarawak yang kaya dengan resam dan budayanya membuatkan novel ini begitu menarik untuk dibaca. Ikuti kisah suka duka anak jati peribumi dalam membangunkan kampung halaman di bumi merdeka. KEMBALI SEBUTIR MUTIARA Noraini Osman ISBN 978-983-62-9651-1 RM25.00 # 391 hlm. H idup Hasan ibarat langit malam, ada waktunya gelap-gelita dan ada kala- nya bersinar indah dengan kerlipan bin- tang. Namun, apalah ertinya jika gadis bermata biru dan berambut perang itu tidak mampu dimiliki. Apakah yang ter- jadi padanya setelah pulang ke tanah air. Relakah dia terus menjadi seperti pohon tua yang hanya menanti masa untuk rebah ke bumi? Ketahui perjalanan hidup Hassan dalam naskhah anda hari ini. JERIJI KASIH Ramlah Abd. Rashid ISBN 978-983-62-9677-1 RM20.00 # 310 hlm. K edamaian hidup Anuariza, remaja desa yang cacat tetapi berhati waja itu terusik oleh kedatangan keluarga Syed Mustafa, dari bandar. Tiba-tiba Anuariza mendapati dirinya menjadi tiang tempat bergantung keluarga ini yang kehausan kasih sayang. Keadaan ini dapat ditanganinya kecuali ragam anak gadis Syed Mustafa yang cuba menganjurkan dimensi baharu dalam hidup Anuariza. Bersediakah Anuariza merealisasikan impian gadis itu? Siapakah pula Syed Mustafa dan keluarganya? Ikuti kisah selanjutnya hari ini juga. GELOMBANG BUANA Osman Ayob ISBN 978-983-62-9676-4 RM30.00 # 451 hlm. H ilmi nekad tidak akan pulang ke Kuala Lumpur selagi keputusan STPM tidak diumumkan. Dia mencari-cari ketenangan dan jemu dengan hiruk-pikuk dan kesi- bukan kota raya. Persoalan tentang masa hadapannya kerap bermain di sanubari- nya. Tidak terfikir oleh Hilmi yang dia akan benar-benar ‘hanyut’ bukan dalam arus kehidupan tetapi gelombang gadang yang hampir meragut nyawanya. Dapatkan naskhah anda untuk mengetahui kisah seorang anak muda yang cekal ini. MUZIKAL KAMPUNG BARU Hatta Azad Khan ISBN 978-983-62-9650-4 RM12.00 # 84 hlm. S krip yang telah memenangi tem- pat kedua dalam Sayembara Mengarang Skrip Drama Pentas Sempena Perayaan Jubli Emas DBP ini penuh dengan humor, tari dan lagu yang merupakan kritikan dra- matis terhadap kegagalan pihak ber- wajib dalam membangun dan memo- denkan Kampung Baru yang terletak di tengah- tengah bandar raya yang bertaraf dunia. Jangan ketinggalan untuk memiliki naskhah anda hari ini. MAHABBAH Shahnon Ahmad ISBN 978-983-62- 9649-8 RM30.00 # 316 hlm. N ovel terbaharu Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang membawa kelainan daripada novel- novel lain. Agak mengejutkan apabila sebahagian ciri penting yang mengidentifikasikan dan mematapkan sesebuah novel telah dirombak dan dianggap tidak pen- ting lagi dalam Mahabbah. Kelainan Mahabbah mempu- nyai hubungan yang erat dengan pemusatan cerita yang tertumpu pada perjalanan minda ikon Endar sahaja – lelaki tua yang lumpuh anggota badan dan terlantar di perbaringan akibat penyakit Myasthenia Gravis, hanya berupaya menggerakkan mindanya pada dua persoalan utama. Apakah persoalan yang difikirkan oleh Endar? Apakah kelainan dalam penulisan novel ini? Dapatkan naskhah anda untuk mengetahui kejutan yang dilakukan oleh SN Shahnon Ahmad. SIRI PEMENANG SAYEMBARA MENGARANG SEMPENA PERAYAAN JUBLI EMAS DBP NOVEL DEWASA NOVEL REMAJA SIRI PENDIDIKAN AL-QURAN UNTUK KANAK-KAKAK Antologi Drama WALINONG SARI ISBN 978-983-62-9675-7 RM30.00 # 534 hlm. M enghimpunkan tujuh skrip drama pentas yang memenangi hadiah sagu hati dalam Sayembara Mengarang Skrip Drama Pentas Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Pelbagai tema dan persoalan masyarakat telah dikupas menjadikan drama-drama ini cukup menarik untuk diikuti. Antara yang diketengahkan termasuk cinta antarabangsa dan isu nasionalisme, bencana tsunami, intrique istana, futuristik, kelangsungan tradisi dalam persaingan, kisah keluarga dan semangat lagu rakyat. Antologi Cerpen dan Puisi DI TENGAH ARUS ISBN 978-983-62-9760-0 RM213.00 # 18 hlm. M erupakan himpunan 13 buah cerpen dan 13 buah puisi yang telah meme- nangi hadiah Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Dengan tema memartabatkan bahasa Melayu, persoalan dan isu bahasa yang diperjuangkan oleh tokoh-tokoh bahasa cuba diaplikasikan oleh penulis ke dalam karya mereka. Dapatkan karya-karya ter- baik penulis tanah air sekarang. PENDUDUK AIKAH Rizq Haibah ISBN 978-983-62-9383-1 RM7.00 # 43 hlm M engisahkan penyebaran dakwah Nabi Syuaib kepada penduduk Aikah yang zalim dan ingkar akan perintah Allah. Perasaan riak dan takbur senantiasa menyelubungi mereka. Pelbagai kejadian telah menimpa penduduk Aikah. Potongan ayat-ayat Al-Quran banyak menjelaskan dakwah para rasul yang diutuskan oleh Allah untuk dihayati bersama. Dapatkan siri pendidikan ini untuk bacaan dan renungan seisi keluarga. PARA TETAMU NABI IBRAHIM ALAIHISSALAM Mohd Ali Qutbi ISBN 978-983-62-9382-4 RM7.00 # 23 hlm P ara malaikat telah datang kepada Nabi Ibrahim a.s. dengan menyampaikan berita gembira bahawa bagin- da akan dikurniakan anak walaupun umurnya sudah meningkat usia. Manakala berita buruk ialah azab pedih yang akan menimpa kaum yang mensyirikkan–Nya. Hayatilah kisah ini yang menceritakan pelbagai golongan para tetamu Nabi pilihan. DRAMA, CERPEN DAN PUISI MAQAM IBRAHIM TEMPAT SEMBAHYANG Mohd. Ali Qutbi ISBN 978-983-62-9381-7 RM7.00 # 25 hlm M engisahkan sejarah pembinaan semula Kaabah oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. Turut diterangkan sejarah tatacara mengerjakan haji dan umrah seperti yang dilakukan oleh baginda berdua. Namun, ajaran yang dibawa oleh kedua-dua nabi ini telah diselewengkan oleh kaum musyrikin sehingga lahir seorang nabi akhir zaman yang membawa rahmat ke seluruh alam. Ikuti sirah nabawi daripada petikan ayat al-Quran untuk dijadikan panduan.

SIRI PEMENANG SAYEMBARA MENGARANG … berbekalkan catatan dalam sebuah buku. KHILAF Nada Haifaa Remlle ISBN 978-983-62-9729-7 RM18.00 # 281 hlm. Zarel pelajar yang aktif dalam kurikulum

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SIRI PEMENANG SAYEMBARA MENGARANG … berbekalkan catatan dalam sebuah buku. KHILAF Nada Haifaa Remlle ISBN 978-983-62-9729-7 RM18.00 # 281 hlm. Zarel pelajar yang aktif dalam kurikulum

RENTAK GALURSarimah OthmanISBN 978-983-62-9683-2RM20.00 # 298 hlm.

Seorang anak yatim piatu berusaha men­cari keturunan ibu dan ayahnya yang

telah meninggal dunia akibat kemalangan. Sebuah buku catatan sebagai panduan. Buku catatan yang bakal merungkai jurai keturunannya dan memainkan peranan penting dalam hubungan sebuah keluarga yang kini dia merupakan seorang ang­gotanya. Ikuti kisah Nilam Atiqah dalam usaha menjejaki susur galur keluarganya hanya berbekalkan catatan dalam sebuah buku.

KHILAFNada Haifaa RemlleISBN 978-983-62-9729-7RM18.00 # 281 hlm.

Zarel pelajar yang aktif dalam kurikulum dan kokurikulum. Kecemerlangannya

telah menjadikan Zarel disenangi banyak pihak. Namun, ada juga yang kurang senang dengan keperibadiannya. Atas kekhilafan individu di sekeliling terma­suk ayahnya sendiri dan kesilapan dalam kehidupan, dia pergi. Apakah yang ber­laku kepada Zarel? Ikuti kisah teladan yang perlu dihayati dalam novel ini. Dapatkan naskhah anda hari ini.

Halaman Enam BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007 BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007 Halaman Tujuh

PERLU DIMILIKI

BULAN DAN MENTARIZaharah NawawiISBN 978-983-62-9663-4RM30.00 # 462 hlm.

Juliana dan Roma, menjadi lambang kejayaan bangsa Melayu, umpama

bulan dan mentari. Julianalah Si Mentari yang datang menyinari kehidupan Roma. Mereka saling mengasihi dan mencintai, tetapi hanya gelora rasa yang menjadi saksi. Namun, bulan dan mentari tidak akan bersatu kerana paksinya tiada titik pertemuan. Cinta dan kasih tidak bersatu kerana egois manusia yang tidak berkesu­dahan. Hayati kisah yang cukup menarik untuk dijadikan pengajaran dalam meniti kehidupan.

OMBAK BUKAN PENGHALANGOsman AyobISBN 978-983-62-9648-1RM30.00 # 472 hlm.

Seorang dermawan berhasrat memba­ngunkan sebuah kampung yang teruk

dilanda tsunami. Namun, agenda peribadi yang hanya menguntungkan seseorang telah menggugat hasrat mulia dermawan tersebut. Adakah si dermawan benar­benar ikhlas membantu atau ada udang di sebalik batu? Apakah hasratnya tercapai? Bagaimana penerimaan penduduk kam­pung tersebut? Dapatkan naskhah anda untuk mengetahui jawapannya.

ANAK RUMA’ KADANGMohamad Faizal JamilISBN 978-983-62-9644-3RM25.00 # 338 hlm.

Pertentangan pendapat golongan tua yang memegang kukuh adat dan keper­

cayaan dengan anak muda yang menda­pat pendidikan tinggi mengakibatkan si anak diusir dari kampung halaman. Latar pedalaman negeri Sarawak yang kaya dengan resam dan budayanya membuatkan novel ini begitu menarik untuk dibaca. Ikuti kisah suka duka anak jati peribumi dalam membangunkan kampung halaman di bumi merdeka.

KEMBALI SEBUTIR MUTIARANoraini OsmanISBN 978-983-62-9651-1RM25.00 # 391 hlm.

Hidup Hasan ibarat langit malam, ada waktunya gelap­gelita dan ada kala­

nya bersinar indah dengan kerlipan bin­tang. Namun, apalah ertinya jika gadis bermata biru dan berambut perang itu tidak mampu dimiliki. Apakah yang ter­jadi padanya setelah pulang ke tanah air. Relakah dia terus menjadi seperti pohon tua yang hanya menanti masa untuk rebah ke bumi? Ketahui perjalanan hidup Hassan dalam naskhah anda hari ini.

JERIJI KASIHRamlah Abd. RashidISBN 978-983-62-9677-1RM20.00 # 310 hlm.

Kedamaian hidup Anuariza, remaja desa yang cacat tetapi berhati waja itu terusik

oleh kedatangan keluarga Syed Mustafa, dari bandar. Tiba­tiba Anuariza mendapati dirinya menjadi tiang tempat bergantung keluarga ini yang kehausan kasih sayang. Keadaan ini dapat ditanganinya kecuali ragam anak gadis Syed Mustafa yang cuba menganjurkan dimensi baharu dalam hidup Anuariza. Bersediakah Anuariza merealisasikan impian gadis itu? Siapakah pula Syed Mustafa dan keluarganya? Ikuti kisah selanjutnya hari ini juga.

GELOMBANG BUANAOsman AyobISBN 978-983-62-9676-4RM30.00 # 451 hlm.

Hilmi nekad tidak akan pulang ke Kuala Lumpur selagi keputusan STPM tidak

diumumkan. Dia mencari­cari ketenangan dan jemu dengan hiruk­pikuk dan kesi­bukan kota raya. Persoalan tentang masa hadapannya kerap bermain di sanubari­nya. Tidak terfikir oleh Hilmi yang dia akan benar­benar ‘hanyut’ bukan dalam arus kehidupan tetapi gelombang gadang yang hampir meragut nyawanya. Dapatkan naskhah anda untuk mengetahui kisah seorang anak muda yang cekal ini.

MUZIKAL KAMPUNG BARUHatta Azad KhanISBN 978-983-62-9650-4RM12.00 # 84 hlm.

Skrip yang telah memenangi tem­pat kedua dalam Sayembara

Mengarang Skrip Drama Pentas Sempena Perayaan Jubli Emas DBP ini penuh dengan humor, tari dan lagu yang merupakan kritikan dra­matis terhadap kegagalan pihak ber­wajib dalam membangun dan memo­denkan Kampung Baru yang terletak di tengah­tengah bandar raya yang bertaraf dunia. Jangan ketinggalan untuk memiliki naskhah anda hari ini.

MAHABBAHShahnon AhmadISBN 978-983-62-9649-8RM30.00 # 316 hlm.

Novel terbaharu Sasterawan Negara Shahnon Ahmad yang

membawa kelainan daripada novel­novel lain. Agak mengejutkan apabila sebahagian ciri penting yang mengidentifikasikan dan mematapkan sesebuah novel telah dirombak dan dianggap tidak pen­ting lagi dalam Mahabbah.

Kelainan Mahabbah mempu­nyai hubungan yang erat dengan pemusatan cerita yang tertumpu pada perjalanan minda ikon Endar sahaja – lelaki tua yang lumpuh anggota badan dan terlantar di perbaringan akibat penyakit Myasthenia Gravis, hanya berupaya menggerakkan mindanya pada dua persoalan utama. Apakah persoalan yang difikirkan oleh Endar? Apakah kelainan dalam penulisan novel ini? Dapatkan naskhah anda untuk mengetahui kejutan yang dilakukan oleh SN Shahnon Ahmad.

SIRI PEMENANG SAYEMBARA MENGARANG SEMPENA PERAYAAN JUBLI EMAS DBP

NOVEL DEWASA NOVEL REMAJA

SIRI PENDIDIKAN AL-QURAN UNTUK KANAK-KAKAK

Antologi DramaWALINONG SARIISBN 978-983-62-9675-7RM30.00 # 534 hlm.

Menghimpunkan tujuh skrip drama pentas yang memenangi hadiah sagu

hati dalam Sayembara Mengarang Skrip Drama Pentas Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Pelbagai tema dan persoalan masyarakat telah dikupas menjadikan drama­drama ini cukup menarik untuk diikuti. Antara yang diketengahkan termasuk cinta antarabangsa dan isu nasionalisme, bencana tsunami, intrique istana, futuristik, kelangsungan tradisi dalam persaingan, kisah keluarga dan semangat lagu rakyat.

Antologi Cerpen dan PuisiDI TENGAH ARUSISBN 978-983-62-9760-0RM213.00 # 18 hlm.

Merupakan himpunan 13 buah cerpen dan 13 buah puisi yang telah meme­

nangi hadiah Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Dengan tema memartabatkan bahasa Melayu, persoalan dan isu bahasa yang diperjuangkan oleh tokoh­tokoh bahasa cuba diaplikasikan oleh penulis ke dalam karya mereka. Dapatkan karya­karya ter­baik penulis tanah air sekarang.

PENDUDUK AIKAHRizq HaibahISBN 978-983-62-9383-1RM7.00 # 43 hlm

Mengisahkan penyebaran dakwah Nabi Syuaib kepada penduduk Aikah yang zalim dan ingkar akan perintah

Allah. Perasaan riak dan takbur senantiasa menyelubungi mereka. Pelbagai kejadian telah menimpa penduduk Aikah. Potongan ayat­ayat Al­Quran banyak menjelaskan dakwah para rasul yang diutuskan oleh Allah untuk dihayati bersama. Dapatkan siri pendidikan ini untuk bacaan dan renungan seisi keluarga.

PARA TETAMU NABI IBRAHIM ALAIHISSALAMMohd Ali QutbiISBN 978-983-62-9382-4RM7.00 # 23 hlm

Para malaikat telah datang kepada Nabi Ibrahim a.s. dengan menyampaikan berita gembira bahawa bagin­

da akan dikurniakan anak walaupun umurnya sudah meningkat usia. Manakala berita buruk ialah azab pedih yang akan menimpa kaum yang mensyirikkan–Nya. Hayatilah kisah ini yang menceritakan pelbagai golongan para tetamu Nabi pilihan.

DRAMA, CERPEN DAN PUISI

MAQAM IBRAHIM TEMPAT SEMBAHYANGMohd. Ali QutbiISBN 978-983-62-9381-7RM7.00 # 25 hlm

Mengisahkan sejarah pembinaan semula Kaabah oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. Turut

diterangkan sejarah tatacara mengerjakan haji dan umrah seperti yang dilakukan oleh baginda berdua. Namun, ajaran yang dibawa oleh kedua­dua nabi ini telah diselewengkan oleh kaum musyrikin sehingga lahir seorang nabi akhir zaman yang membawa rahmat ke seluruh alam. Ikuti sirah nabawi daripada petikan ayat al­Quran untuk dijadikan panduan.