Upload
others
View
15
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SISTEM PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT
E-PEMBELAJARAN MENERUSI WEB DAN SMS
LOW MING WEE
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
MAY, 2009
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS'
JUDUL: SISTEM PEMBERITAHUANPENGEMASKINIAN MAKLUMATE-PEMBELAJARAN MENERUSI WEB DAN SMS.
SESI PENGAJIAN: SEMESTAR II 2008/2009
Saya LOW MING WEE( HURUF BESAR )
mengakumembenarkantesis(PSM/@)*inidis impandiPerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
t -
2.
J.
4.
TE
57 KG KERBAU LENGKOK.KG RAJA O8OOO.SUNGAI PETANT KEDAH.
Tarikh: 07 MEI2009
Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuanpengajian sahaja.Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antarainstitusi pengaj ian tinggi.**Sila tandakan (r' )
t] su',lr (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub didalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telahditentukan oleh organisasiibadan di mana penylidikandijalankan)
TERHAD
TIDAK TER}IAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENYELIA)
DR. SUBARIAH BTE IBRAHIMNAMA PENYELIA
Tarikh: 9,o A?s\L Le(r<i
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap:
PSZ l9:16 (Pind. 1/97)
CATATAN: + Potorig yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. sila lam
pihak berkuasa./organisasi berkenaan dengan menyatakan sekah sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
I Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara keqia kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yangtiap_tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya,,.
Tandatangan :
Nama Penulis :
Tarikh :
LOW MINC WEE
o7 ner )M
"saya akui bahawa saya terah membaca karya ini dan pada pandangan
saya ini adalah memadai dari segi skop dan kuariti untuk tujuan
penganu gerah an ljazah Sarjana M uda Sains (Sai ns Komputer).,,
Tandatangan
Nama Penyelia DR. SUBARIAH BTE IBRAHIM
PN. SITI HAJAR BINTI OTHMAN
Tarikh
ii
PENGHARGAAN
Saya berasa amat bersyukur kerana saya dapat menyempurnakan Laporan
Projek Sarjana Muda 1 ini dengan jayanya mengikut masa yang ditetapkan. Saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
penyelia saya iaitu Dr. Subariah Bte Ibrahim dan Puan Siti Hajar binti Othman atas
segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberi sepanjang proses menyiapkan laporan
PSM1 ini. Sumbangan idea serta pendapat beliau banyak membantu saya dalam
melaksanakan projek ini.
Sekalung perhargaan turut dirakamkan kepada Ahli Jawatankuasa Projek
Sarjana Muda Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi dan semua pensyarah
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang terlibat sama di dalam Projek
Sarjana Muda 1 di atas tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang masa ini.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada keluarga saya terutama ibu saya
dan adik-adik saya yang dikasihi di atas segala sokongan dan dorongan yang
diberikan selama ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat
seperjuangan yang sentiasa member sokongan dan bantuan kepada saya dalam proses
pembangunan projek ini. Sekian.
iii
ABSTRAK
E-Pembelajaran merupakan sebuah alatan sistem pembelajaran yang
mempermudahkan peroleh bahan pembelajaran dan amat diperlukan oleh pengguna
terutamanya pengguna di Institusi Pengajian Tinggi. Sistem ini berperanan sebagai
satu platform untuk pengguna sistem saling berkongsi maklumat dan bahan-bahan
bacaan. Akan tetapi sistem sekarang mempunyai kelemahan di mana ia tidak
mempunyai kaedah penghantaran maklumat atau makluman terbaru yang efektif.
Bagi mengatasi kelemahan ini Sistem Pemberitahuan Pengemaskinian Maklumat di
E-Pembelajaran Menerusi Web Dan SMS dicadangkan di mana sistem cadangan ini
mempunyai fungsi yang memberi pemberitahuan kepada pengguna melalui SMS.
Sistem yang dibangunkan akan menghantar pemberitahuan tentang maklumat
pengemaskinian melalui SMS kepada pengguna seperti pelajar bagi tujuan
mengingatkannya tentang perkara penting. Selain itu, sistem ini berupaya
melaksanakan proses menhantar makluman kepada pensyarah apabila terdapat pelajar
yang telah membuat temu janji dengannya. Sistem ini akan malaksanakan proses
pemberitahuan kepada pelajar apabila menerima maklum balas daripada pensyarah
tentang temu janji tersebut. Selain itu, pensyarah juga boleh menghantarkan mesej
terkini melalui SMS ke sistem. Sistem akan menghantarkan mesej tersebut kepada
pelajar atau kumpulan pelajar dengan mengikut arahan mesej tersebut. Sistem ini
dibangunkan dengan menggunakan metodologi prototaip, teknik UML (Unified
Modeling Language), bahasa pengaturcaraan ASP.NET dan SQL Server sebagai
pangkalan data. Selain itu, Laman web dinamik yang berkaitan dengan sistem ini
dibina dengan menggunakan perisian Microsoft Visual Studio 2005. Dengan
pembangunan ini diharap akan menjadi sebuah sistem E-Pembelajaran yang lebih
efisyen.
iv
ABSTRACT
E-learning is an education tool that allows users to get learning modules easily
and it is needed especially for users who study in higher institution. E-learning also
act as a education platform for the users to information and reading materials.
However the current E-learning that UTM provide has no effective method for
sending announcement about the update and latest information. To overcome these
problems, Sistem Pemberitahuan Pengemaskinian Maklumat E-Pembelajaran
Menerusi Web Dan SMS is suggested where it has an alert function to remind users
and also announce the updated information to the users through SMS technology.
Besides that, this system allows students to generate an appointment with a lecturer
by SMS. This system also sends back the result to the student when it gets the reply
from the lecturer. Besides that, lecturers can send an updated message or important
notices through SMS by their cellular phone to system. The system E-Pembelajaran
will process the message and forward to those student or the group of students
according the instructions of the message given. This project development is based on
prototype methodology and using the Unified Modeling Language (UML) method.
This system is developed using ASP.NET and Microsoft SQL Server as a database
for the system. Besides of these, Microsoft Visual Studio 2005 software will be used
to build a dynamic web page for this system. With this development, it is hoped that
the E-learning system will become more advantages and efficiently.
v
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB 1 PENGENALAN PROJEK
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Matlamat 5
1.4 Objektif 5
1.5 Skop 6
vi
1.6 Justifikasi Projek 7
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 8
2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 9
2.3 Kajian Terhadap Teknologi Bagi Pembangunan Sistem 14
2.3.1 Active Server Pages (ASP.NET) 15
2.3.2 Microsoft Visual Studio 2005 16
2.3.3 Microsoft Internet Information Services (IIS) 17
2.3.4 Microsoft SQL Server 2005 17
2.4 Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas ( SMS ) 18
2.4.1 Kebaikan SMS 20
2.4.2 Kekangan SMS 21
2.4.3 Bagaimana SMS Berfungsi 22
2.4.4 Aplikasi SMS 23
2.5 Kesimpulan 25
BAB 3 METODOLOGI PROJEK
3.1 Pengenalan 25
3.2 Metodologi Pembangunan Sistem 27
3.2.1 Fasa Perancangan 29
3.2.2 Fasa Analisis Sistem 29
vii
3.2.3 Fasa Rekabentuk Awalan Projek 30
3.2.4 Fasa Implimentasi Sistem 30
3.3 Bahasa Permodelan
Unified Modeling Language (UML) 31
3.4 Justifikasi Penggunaan Metodologi 32
3.5 Analisis Kerperluan Sistem 32
3.5.1 Analisis Perkakasan 33
3.5.2 Analisis Perisian 33
3.6 Kesimpulan 35
BAB 4 ANALISIS DAN PERLAKSANAAN REKABENTUK
4.1 Pengenalan 36
4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 36
4.3 Permodelan Kes Guna 38
4.3.1 Takrifan Aktor-Aktor Sistem 38
4.4 Rajah Jujukan Aktiviti 45
4.5 Rajah Kelas 45
4.6 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 47
4.6.1 Rekabentuk Navigasi 48
4.7 Rekabentuk Pangkalan Data 49
4.8 Spesifikasi Input Dan Output 49
4.9 Kesimpulan 52
viii
BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN SISTEM
5.1 Pendahuluan 53
5.2 Persekitaran Pembangunan 53
5.3 Implementasi Dalam Sistem 54
5.3.1 Fungsi Log Masuk Pengguna Sistem 55
5.3.2 Fungsi Pengendalian Penyambungan
Pangkalan Data 56
5.3.3 Fungsi Penyambungan Dan Pemutusan
Sambungan Pangkalan Data 57
5.3.4 Fungsi Pertanyaan Data Daripada Pangkalan Data 58
5.3.5 Fungsi Pengendalian Pengguna Sistem 59
5.3.5.1 Fungsi Pendaftaran Pengguna Baru 59
5.3.5.2 Fungsi Pengemaskinian Pengguna Sistem 62
5.3.6 Fungsi Muat Naik Dokumen 64
5.3.7 Fungsi Carian Pengguna Sistem 67
5.3.8 Fungsi Membuat Temu Janji Dengan SMS 73
5.3.9 Fungsi Hantar Notis Ke E-Pembelajaran Melalui
SMS 75
5.4 Pengujian 82
5.5 Pengujian Kotak Hitam 82
5.5.1 Contoh Kes Ujian 82
5.5.2 Pengujian Terhadap Capaian Pangkalan Data 84
5.6 Pengujian Sistem 85
5.7 Ringkasan 86
ix
BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pendahuluan 87
6.2 Pencapaian Projek 87
6.3 Kelemahan Sistem 88
6.4 Cadangan Peningkatan 89
6.5 Kesimpulan 89
RUJUKAN 91
LAMPIRAN A-E 92
x
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kekerapan Menggunakan Aplikasi E-learning Dalam Sehari 10
2.2 Masalah Kaedah Penyebaran Maklumat Dalam Sistem Sedia Ada. 11
2.3 Kaedah Interaksi Dalam Menyampaikan Maklumat Penting Dan
Terkini Tentang Pembelajaran 12
2.4 Pendapatan Terhadap Cara Makluman Sistem E-learning 12
2.5 Persetujuan Pengguna Membangunkan Sistem Peringatan
Pemberitahuan Terhadap Maklumat Terkini Menerusi SMS 14
2.6 Seni Bina Rangkaian GSM Dengan SMSC 23
3.1 Model Metodologi Prototaip 28
4.1 Rekabentuk Senibina Sistem 37
4.2 Rajah Kes Guna Bagi Aktor Pentadbir Sistem 39
4.3 Rajah Kes Guna Bagi Aktor Pensyarah 41
4.4 Rajah Kes Guna Bagi Aktor Pelajar 43
4.5 Rajah Jujukan Bagi Proses Log Masuk 96
4.6 Rajah Jujukan Bagi Proses Daftar Akaun Pensyarah Dan Pelajar 97
4.7 Rajah Jujukan Bagi Proses Hantar Makluman (SMS) 98
4.8 Rajah Jujukan Bagi Proses Hapus Maklumat Pengguna Sistem 99
4.9 Rajah Jujukan Bagi Proses Kemaskini Maklumat 100
4.10 Rajah Jujukan Bagi Proses Buat Carian 101
4.11 Rajah Jujukan Bagi Proses Terima SMS 102
xi
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.12 Rajah Jujukan Bagi Proses Hantar SMS Ke Sistem 103
4.13 Rajah Jujukan Bagi Proses Muat Turun Bahan Pembelajaran 104
4.14 Rajah Jujukan Bagi Proses Buat Temujanji 105
4.15 Rajah Jujukan Bagi Proses Hantar SMS Ke Sistem 106
4.16 Antaramuka Menu Utama 107
4.17 Antaramuka Utama Pentadbir Sistem 108
4.18 Antaramuka Utama Pensyarah 109
4.19 Antaramuka Utama Pelajar 110
4.20 Antaramuka Pendaftaran Pengguna Sistem 111
4.21 Antaramuka Penghantaran Makluman SMS (Pensyarah) 112
4.22 Antaramuka Penghantaran Makluman SMS (Pelajar) 113
4.23 Antaramuka Telefon Bimbit (1) 114
4.24 Antaramuka Telefon Bimbit (2) 114
4.25 Gambarajah Kelas Bagi Pentadbir Sistem 46
4.26 Gambarajah Kelas Bagi Pensyarah 46
4.27 Gambarajah Kelas Bagi Pelajar 47
4.28 Gambarajah Rekabentuk Navigasi Pengguna Sistem 48
5.1 Keratan Aturcara Log Masuk Bagi Pengguna Sistem 55
5.2 Keratan Aturcara Penyambungan Dan Pemutusan Pangkalan Data 57
5.3 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Pertanyaan Daripada Pangkalan Data 58
5.4 Antaramuka Pengguna Bagi Fungsi Pendaftaran Pengguna Baru 60
5.5 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Button2_Click 61
xii
5.6 Antaramuka Pengguna Bagi Fungsi Mengemaskini Profil Pengguna 62
5.7 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Mengemaskini Profil Pengguna 63
5.8 Antaramuka Pengguna Bagi Fungsi Muat Naik Dokumen 65
5.9 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Muat Naik Dokumen 66
5.10 Antaramuka Pengguna Bagi Fungsi Carian Pengguna Sistem 67
5.11 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Carian Pengguna Sistem 68
5.12 Antaramuka Pelajar Bagi Fungsi Membuat Temu Janji SMS 73
5.13 Keratan Aturcara Bagi Membuat Temu Janji SMS 74
5.14 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Hantar Notis ke E-Pembelajajaran
Melalui SMS 76
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Senarai Keperluan Minima Perkakasan 33
4.1 Senarai Atribut Bagi Jadual Pentadbir Sistem 116
4.2 Senarai Atribut Bagi Jadual Terima SMS 117
4.3 Senarai Atribut Bagi Jadual Pensyarah 117
4.4 Senarai Atribut Bagi Jadual Pelajar 118
4.5 Senarai Atribut Bagi Jadual Temu Janji 119
4.6 Senarai Atribut Bagi Jadual Muat Naik 120
4.7 Senarai Atribut Bagi Jadual Subjek 120
4.8 Spesifikasi Input dan Output Bagi Modul-Modul Sistem 50
5.1 Kes Ujian Fungsi Memasukkan Data 83
5.2 Kes Ujian Keselamatan Dan Kepercayaan Sistem 85
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Gantt Projek 1 92
B Rajah Jujukan Aktiviti 95
C Rekabentuk Pangkalan Data 115
D Borang Soal-Selidik 122
E Manual Pengguna 125
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN PENERANGAN
ASP Active Server Pages
API Application Program Interface
BSS Base Station System
CRL Common Language Runtime
GPRS General Packet Radio Service
GSM Global Standard Mobiles
HTML Hyper Text Markup Language
MAP Mobile Application Port
UML Unified Modeling Language
SMS Short Message Services
SMSC Short Message Service Center
WAP Wireless Application Protocol
XML Extensible Markup Language
MS Mobile Subscriber
MSC Mobile Switching Center
TDS Tabular Data Stream
ODBC Open Database Connectivity
MAP Mobile Application Port
1
BAB 1
PENGENALAN PROJEK
1.1 Pengenalan
Sistem pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran adalah cara baru dalam
proses pembelajaran dan pengajaran. E-learning merupakan dasar dan konsekuensi
logik dari perkembangan teknologi informasi dan komunikasi. E-learning tidak hanya
meliputi pembelajaran jarak jauh secara maya malahan melibatkan ‘Web Portal’.
Kelebihan portal pendidikan ini ialah ia mempunyai bank-bank ujian, pelan
pengajaran, bilik darjah maya, bahan-bahan pengajaran untuk guru, ujian untuk
pelajar, dan direktori laman-laman web yang berkaitan dengan tujuan pembelajaran
serta maklumat-maklumat yang berguna seperti maklumat-maklumat sekolah,
kalender tahunan, aktiviti pendidikan dan sebagainya.
Selain itu, E-learning juga mempermudahkan segala interaksi antara pelajar
dengan sebarang sumber ilmu, hubungan di antara pelajar dengan pensyarah atau
pihak fakulti mahupun pelajar dengan pelajar dapat dibina. Dengan sistem E-learning,
pelajar dapat saling berkongsi maklumat dan bahan-bahan pembelajaran. Dengan
keadaan sedemikian, pelajar dapat lebih memantapkan penguasaan mata pelajaran.
2
Walaubagaimanapun, kaedah penghantaran informasi atau maklumat penting
dan mesej kecemasan digunakan bagi sistem tersebut adalah kurang efektif. Kaedah
yang digunakan sekarang adalah penghantaran melalui e-mel atau pemberitahuan
melalui sudut notis di laman web E-Pembelajaran. Sistem E-Pembelajaran disediakan
untuk penggunanya di setiap masa pembelajaran. Akan tetapi, kebanyakan pelajar
hanya menggunakan sistem tersebut untuk keperluan mereka atau jika hanya pada
waktu yang diperlukan sahaja. Jadi ini menyebabkan kebiasaan pelajar tidak dapat
menerima informasi atau maklumat penting mahupun kecemasan seperti perubahan
kelas, perubahan tarikh peperiksaan ataupun pembatalan kelas yang disampaikan
pada bila-bila masa oleh pensyarah.
Selain itu, pihak fakulti kini kebiasaannya menyampaikan maklumat penting
seperti taklimat, seminar dan pertandingan dengan kaedah konvensional seperti
penampalan notis di papan kenyataan. Papan kenyataan biasanya dipenuhi dengan
agenda-agenda lain dan notis yang ditampal tidak menarik perhatian pelajar-pelajar..
Seperti yang disebutkan tadi, kebanyakan pelajar cuma menggunakan sistem tersebut
untuk keperluan mereka sahaja. Oleh itu, sekiranya pelajar itu sendiri terlupa atau
gagal mendapatkan mesej mengenai informasi penting atau maklumat kecemasan,
maka pihak fakulti sendiri tidak mempunyai satu kaedah yang khusus dalam
mengelakkan keadaan ini berlaku. Maka disinilah perlunya kepada pembangunan
sebuah sistem yang dapat menghantar pemberitahuan kepada pelajar memaklumkan
tentang sebarang penambahan maklumat di sistem E-Pembelajaran.
Sistem ini berasaskan web dan merupakan satu portal web yang akan memberi
banyak informasi berkaitan dengan pembelajaran. Di samping itu, sistem ini
menggunakan teknologi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) sebagai media komunikasi
untuk memberi peringatan kepada pelajar berkaitan dengan informasi penting atau
pengemaskinian yang disampaikan oleh pihak pensyarah.
3
Teknologi SMS digunapakai dalam sistem ini adalah kerana dilihat
kebanyakan masyarakat di Malaysia ketika ini kebanyakannya menggunakan telefon
bimbit. Jadi SMS merupakan satu medium komunikasi yang bercirikan murah dan
pantas, menyebabkan ia dipilih untuk teknologinya diadaptasi dalam sistem ini.
Selain itu, penggunaan SMS juga mudah diguna dan difahami oleh kebanyakan
pengguna telefon bimbit. Semua jenis telefon bimbit mampu menggunapakai
perkhidmatan SMS untuk menerima atau menghantar mesej. Oleh itu, penggunaan
teknologi SMS bagi sistem ini merupakan pemilihan yang sesuai bagi melaksanakan
Sistem Peringatan Pemberitahuan Maklumat Penting atau Pengemaskinian E-
Pembelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sistem E-Pembelajaran UTM yang digunakan sekarang adalah amat penting
untuk pengguna UTM. Segala interaksi antara pelajar dengan sumber maklumat
pembelajaran, pelajar dengan pensyarah atau pihak fakulti mahupun pelajar dengan
pelajar dapat diperolehi dengan penggunaan sistem tersebut. Kewujudan sistem E-
Pembelajaran memberi banyak kebaikan kepada pengguna UTM.
Walaubagaimanapun, kaedah penghantaran maklumat penting dan terkini
yang dilaksanakan menerusi sistem adalah agak kurang efektif. Kaedah yang
digunakan sekarang adalah penghantaran melalui e-mel atau pemberitahuan melalui
sudut notis di laman web E-Pembelajaran. Kemungkinan e-mel yang dihantar
dimasukkan pada mel sampah dan kebanyakan pelayan e-mel akan memadamkan e-
mel tersebut dalam tempoh masa tertentu. Bukan itu sahaja, e-mel akan ditendang
balik jika peti mesej penerima penuh dengan e-mel.
4
Selain itu, penghantaran informasi penting atau maklumat terkini melalui
sudut notis di laman web tersebut juga adalah diantara kaedah penyampaian mesejnya.
Untuk mendapatkan maklumat tersebut, pelajar perlu mencapai laman web E-
Pembelajaran setiap masa. Akan tetapi, untuk menggunakan sistem, pelajar
memerlukan talian ke internet. Kebanyakan pelajar-pelajar UTM mempunyai
komputer sendiri, namun dengan kekurangan bekalan internet yang mencukupi di
kampus UTM menimbulkan masalah terhadap pelajar untuk melayar ke sistem E-
Pembelajaran setiap masa dan ini telah mengakibatkan maklumat penting dan terkini
seperti pembatalan kelas, perubahan tarikh peperiksaan atau perubahan kelas dan
lain-lain yang disampaikan oleh pensyarah tidak dapat disampaikan dalam masa yang
sepatutnya.
Di samping itu, kaedah penghantaran informasi yang digunakan sekarang juga
membawa masalah kepada pensyarah. Ini disebabkan kerana ramai pensyarah di
UTM terlibat dengan taklimat, mesyuarat, dan kursus di luar kawasan kampus.
Keadaan ini agak menyusahkan pensyarah yang hendak menyampaikan maklumat
terkini seperti pembatalan atau penangguhan kelas menggunakan e-mel kepada semua
pelajar ataupun bagi tujuan memuat naik notis kecemasan.
Masalah lain, kebanyakan pelajar tidak tahu atau kurang mengambil berat
tentang perkara atau maklumat penting seperti taklimat, seminar dan pertandingan
yang disampaikan oleh pihak fakulti yang dipamerkan di laman web E-Pembelajaran.
Oleh itu, sekiranya pelajar tidak diberitahu ataupun terlupa, maka pihak fakulti
sendiri tidak mempunyai satu kaedah khusus dalam mengelakkan kegagalan sebegini
dari berlaku. Maka disinilah perlunya kepada satu pembangunan sistem yang
berupaya untuk memberi makluman kepada pelajar melalui SMS berhubung status
penerimaan maklumat kepada pelajar. Sistem ini juga turut menyediakan alternatif
lain iaitu melalui laman web E-Pembelajaran.
5
1.3 Matlamat
Matlamat utama projek ini adalah untuk membangunkan Sistem
Pemberitahuan Pengemaskinian Maklumat E-Pembelajaran yang berasaskan web
yang dinamik dan makluman menerusi SMS bagi tujuan untuk peringatan dan
pemberitahuan kepada pelajar UTM mengenai maklumat penting dan terkini yang
disampaikan oleh pihak pensyarah atau pihak fakulti menerusi pemberitahuan SMS.
1.4 Objektif
Dalam pembangunan sistem ini, beberapa objektif telah digariskan untuk
dicapai, antaranya ialah:
i. Mengkaji terhadap permasalahan dalam kaedah penghantaran
pemberitahuan atau makluman terkini bagi system yang sedia ada.
ii. Merekabentuk senibina sistem yang menggabungkan teknologi SMS dan
membangunkan prototaip system berasaskan kepada rekabentuk senibina
sistem tersebut.
iii. Menghasilkan sebuah sistem yang efektif dan berkesan serta berupaya
melaksanakan penghantaran penberitahuan kepada pelajar mengenai
sebarang pengemaskinian maklumat terkini yang dilakukan oleh
pensyarah atau pihak fakulti melalui teknologi SMS.
6
1.5 Skop projek
Berikut merupakan skop bagi sistem yang akan khusus dibangunkan:
i. Sistem ini difokuskan untuk digunakan di Fakulti Sains Komputer Dan
Sistem Maklumat UTM sahaja.
ii. Pengguna bagi sistem ini adalah terdiri daripada pentadbir sistem,
pensyarah dan pelajar sahaja.
iii. Sistem ini tidak membangunkan semua modul yang ada pada E-
Pembelajaran sistem UTM. Ia cuma akan memfokuskan kepada modul
yang berkaitan dengan sistem pemberitahuan maklumat sahaja.
iv. Pelajar perlu mempunyai telefon bimbit dan nombor telefon yang
disahkan.
v. Panjang SMS dihadkan kepada maksimum 160 aksara sahaja.
vi. Sistem ini menggunakan teknologi SMS bagi tujuan pemberitahuan
kepada pengguna (pensyarah/pelajar) tentang maklumat penting dan
terkini.
vii. Sistem ini boleh diimplementasikan di mana-mana kawasan yang
mempunyai capaian tanpa wayar telefon bimbit.
viii. Sistem berupaya menerima maklumat penting dan dipamer di notis laman
web melalui SMS daripada pensyarah.
7
1.6 Justifikasi Projek
Tujuan projek ini dihasilkan adalah untuk membangunkan Sistem
Pemberitahuan Pengemaskinian Maklumat E-Pembelajaran yang berasaskan web
yang dinamik dan makluman menerusi SMS untuk menggantikan kaedah
penghantaran maklumat sistem yang sedia ada. Penggantian kaedah penghantaran ini
adalah penting untuk membantu pelajar menerima maklumat-maklumat
pengemaskinian. Ini bukan sahaja boleh menjimatkan masa bagi pelajar dengan
kaedah penghantaran sistem baru ini, mahupun juga membawa kemudahan kepada
pensyarah untuk menyampaikan maklumat penting melalui sistem ini.
Oleh yang demikian, sistem yang dibangunkan ini dijangkakan dapat
menyampaikan makluman dan peringatan lebih cekap lagi berbanding dengan kaedah
penghantaran makluman yang sedia ada. Tambahan pula, sistem penghantaran
makluman melalui teknologi SMS ini juga mudah digunakan dan memastikan
penerima dapat menerima makluman terkini kerana setiap pemberitahuan atau
makluman pengemaskinian akan disampaikan kepada penerima hanya dalam
mengambil masa beberapa saat sahaja dan kebolehpercayaan sistem yang tinggi.
Kesimpulannya, Sistem Pemberitahuan Pengemaskinian Maklumat E-
Pembelajaran Menerusi Web dan SMS yang dibangunkan dijangka dapat melicinkan
proses kaedah penghantaran makluman terkini bagi E-Pembelajaran. Selain itu,
sistem ini dapat menjaga kebajikan pelajar fakulti dan pensyarah dapat
menyampaikan maklumat lebih efisyen serta berkesan. Dengan itu, sistem bukan
sahaja dapat menghantar makluman antara pengguna sistem, ia juga merapatkan
hubungan antara pengguna sistem ini.